insurans perlindungan rumah - mpigenerali.com · anda perlu memperbaharui polisi insurans anda...

3
LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Lembaran Pendedahan produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk membeli Insurans Perlindungan Rumah. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syarat-syarat am 1. Apakah produk ini? Polisi ini akan memberi perlindungan menyeluruh terhadap setiap kerugian atau kerosakan kepada rumah kediaman persendirian anda dan / atau isi kandungan akibat kebakaran, kilat, letupan atau peril yang dinyatakan di dalam polisi. 2. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan? Polisi ini melindungi kerugian atau kerosakan terhadap rumah kediaman persendirian dan / atau isi kandungan akibat oleh :- Kebakaran, kilat, kebakaran bawah tanah Letupan akibat dari gas yang digunakan untuk tujuan domestik Pesawat udara dan peranti udara yang lain Hentaman oleh kenderaan atau binatang Pecahan atau limpahan tanki atau paip air Kecurian masuk secara paksaan dan keganasan Huriken, siklon, taufan, ribut petir Gempabumi, letusan gunung berapi Banjir Rompakan dan tahan di dalam premis Manfaat tambahan (bukan tariff) termasuk: Digunapakai untuk isi kandungannya Digunapakai untuk bangunan Digunapakai untuk bangunan dan / atau isi kandungannya Kehilangan Wang Peribadi di Rumah Penggantian Tingkap / Pintu / Kunci Luaran Laporan Bomba Kos Penggantian Dokumen Undang- undang Yang Hilang Manfaat Perlindungan Yuran Penyelenggaraan Caj Bomba Elaun Bantuan Domestik Dengan pembayaran premium tambahan, polisi ini boleh dilanjutkan perlindungannya keatas risiko risiko berikut :- Penenggelaman, gelinciran tanah Rusuhan, mogok dan niat jahat Untuk melindungi Barangan Isirumah dan Perabut Tuan Tanah di dalam blok rumah pangsa/ pangsapuri Insurans Kepingan Kaca Untuk melindungi kerugian atau kerosakan oleh hurikan, siklon, taufan atau ribut angin kepada cerobong asap logam, tirai, bidai kajang, papan tanda dan lekapan dan lengkapan luar yang lain termasuk pintu pagar dan pagar Untuk melindungi terhadap pengubahan, pembaikan dan penambahan (tetapi bukan kenaikan nilai melebihi jumlah yang diinsuranskan) Untuk melindungi perlindungan terhadap kecurian tetapi tidak termasuk kecurian oleh pembantu rumah domestik atau mana-mana Ahli Keluarga atau Penghuni Rumah Anda Untuk melindungi kecurian termasuk oleh pembantu rumah domestic Kenaikan had gantirugi tambahan di bawah Manfaat Tambahan Insurans Sewa Kenaikan had gantirugi di bawah Manfaat Tambahan - Liabiliti kepada Awam Tempoh perlindungan adalah untuk satu tahun. Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun 3. Berapakah premium yang saya perlu bayar? Insurans Perlindungan Rumah

Upload: trinhdat

Post on 11-May-2018

251 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Insurans Perlindungan Rumah - mpigenerali.com · Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun ... Sila rujuk kepada contoh kontrak polisi untuk senarai penuh berkenaan

LEMBARAN PENDEDAHAN PRODUK Sila baca Lembaran Pendedahan produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk membeli Insurans Perlindungan Rumah. Pastikan juga anda telah membaca terma-terma dan syarat-syarat am

1. Apakah produk ini?

Polisi ini akan memberi perlindungan menyeluruh terhadap setiap kerugian atau kerosakan kepada rumah kediaman persendirian anda dan / atau isi kandungan akibat kebakaran, kilat, letupan atau peril yang dinyatakan di dalam polisi.

2. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?

Polisi ini melindungi kerugian atau kerosakan terhadap rumah kediaman persendirian dan / atau isi kandungan akibat oleh :-

Kebakaran, kilat, kebakaran bawah tanah

Letupan akibat dari gas yang digunakan untuk tujuan domestik

Pesawat udara dan peranti udara yang lain

Hentaman oleh kenderaan atau binatang

Pecahan atau limpahan tanki atau paip air

Kecurian masuk secara paksaan dan keganasan

Huriken, siklon, taufan, ribut petir

Gempabumi, letusan gunung berapi

Banjir

Rompakan dan tahan di dalam premis

Manfaat tambahan (bukan tariff) termasuk:

Digunapakai untuk isi kandungannya Digunapakai untuk bangunan Digunapakai untuk bangunan dan / atau isi kandungannya

Kehilangan Wang Peribadi di Rumah Penggantian Tingkap / Pintu / Kunci Luaran

Laporan Bomba

Kos Penggantian Dokumen Undang-undang Yang Hilang

Manfaat Perlindungan Yuran Penyelenggaraan

Caj Bomba

Elaun Bantuan Domestik

Dengan pembayaran premium tambahan, polisi ini boleh dilanjutkan perlindungannya keatas risiko – risiko berikut :-

Penenggelaman, gelinciran tanah

Rusuhan, mogok dan niat jahat

Untuk melindungi Barangan Isirumah dan Perabut Tuan Tanah di dalam blok rumah pangsa/ pangsapuri

Insurans Kepingan Kaca

Untuk melindungi kerugian atau kerosakan oleh hurikan, siklon, taufan atau ribut angin kepada cerobong asap logam, tirai, bidai kajang, papan tanda dan lekapan dan lengkapan luar yang lain termasuk pintu pagar dan pagar

Untuk melindungi terhadap pengubahan, pembaikan dan penambahan (tetapi bukan kenaikan nilai melebihi jumlah yang diinsuranskan)

Untuk melindungi perlindungan terhadap kecurian tetapi tidak termasuk kecurian oleh pembantu rumah domestik atau mana-mana Ahli Keluarga atau Penghuni Rumah Anda

Untuk melindungi kecurian termasuk oleh pembantu rumah domestic

Kenaikan had gantirugi tambahan di bawah Manfaat Tambahan – Insurans Sewa

Kenaikan had gantirugi di bawah Manfaat Tambahan - Liabiliti kepada Awam

Tempoh perlindungan adalah untuk satu tahun. Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun

3. Berapakah premium yang saya perlu bayar?

Insurans Perlindungan Rumah

Page 2: Insurans Perlindungan Rumah - mpigenerali.com · Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun ... Sila rujuk kepada contoh kontrak polisi untuk senarai penuh berkenaan

Jumlah premium yang anda perlu bayar mungkin berbeza bergantung kepada jumlah diinsuranskan:

Perlindungan standard : RMxx premium untuk jumlah wang yang diinsuranskan RMxx

Perlindungan tambahan : RMxx

Jumlah premium anggaran yang perlu anda bayar ialah : premium perlindungan standard + premium perlindungan tambahan

4. Apakah kadar dan caj yang saya perlu bayar?

Sebagai tambahan kepada premium, anda perlu membayar: Jumlah

a. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (jika ada) 6% daripada premium

b. Duti Setem RM 10.00

c. Komisen yang dibayar kepada pengantara insurans, (jika ada)

15% daripada premium

5. Apakah terma dan syarat utama yang saya harus ketahui?

Kepentingan pendedahan :

Menurut Perenggan 5 daripada Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon insurans ini sepenuhnya untuk tujuan

yang tidak berkaitan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda mempunyai kewajipan untuk mengambil langkah yang

munasabah untuk tidak salah nyata dalam menjawab soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon insurans ini). Anda

dikehendaki menjawab soalan-soalan dalam Borang Cadangan ini dengan lengkap dan tepat.

Kegagalan untuk mengambil langkah yang munasabah dalam menjawab soalan-soalan, mungkin mengakibatkan pembatalan kontrak

insurans anda, keengganan atau pengurangan gantirugi, perubahan terma atau penamatan kontrak insurans anda.

Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak insurans anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami.

Sebagai tambahan kepada soalan-soalan di dalam Borang Cadangan (atau semasa memohon insurans ini), anda dikehendaki untuk

mendedahkan apa-apa perkara lain yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar

dan terma yang dikenakan.

Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak insurans anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan insurans ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah

Anda harus memastikan harta anda diinsuranskan pada amaun yang berpatutan dengan mengambil kira pengubahsuaian yang dibuat pada harta

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada contoh kontrak polisi untuk senarai penuh berkenaan pengecualian di bawah polisi ini

6. Adakah panduan yang boleh membantu dalam menentukan anggaran jumlah yang akan diinsuranskan untuk bangunan ?

Terdapat kalkulator kos bangunan (BCC) yang boleh membantu anda dalam menentukan anggaran jumlah yang akan diinsuranskan untuk

hartanah kediaman, dan bukan pengganti untuk nasihat profesional yang akan diperolehi.

Sebelum menggunakan kalkulator, sila ambil perhatian perkara berikut:

1. jika apa-apa pengubahsuaian telah dibuat kepada harta anda, anda dinasihatkan untuk menunjukkan jumlah (kos pengubahsuaian) di dalam

kotak yang disediakan di BCC.

2. jika harta anda mempunyai ciri reka bentuk yang unik atau istimewa dan / atau mempunyai banyak renovasi dan / atau mempunyai struktur

kompleks yang dilekatkan, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional untuk penilaian yang lebih tepat terhadap harta anda.

BCC beroperasi di laman web PIAM http://www.piam.org.my/consumer/industry/building-cost-calculator-bcc/ dan di laman web Syarikat kami

mpigenerali.com (di bawah INSIGHTS AND TIPS> BUILDING COST CALCULATOR)

Page 3: Insurans Perlindungan Rumah - mpigenerali.com · Anda perlu memperbaharui polisi insurans anda setiap tahun ... Sila rujuk kepada contoh kontrak polisi untuk senarai penuh berkenaan

7. Apakah pengecualian utama di bawah polisi ini?

Polisi ini tidak melindungi kerugian tertentu, seperti:

Apa-apa jenis kerugian turutan atau kerosakan

Jumlah yang berlebihan

Peperangan dan sebarang tindakan Keganasan

Nota: Senarai ini tidak lengkap. Sila rujuk kepada contoh kontrak polisi untuk senarai penuh berkenaan pengecualian di bawah polisi ini

8. Bolehkah saya batalkan polisi ini?

Anda boleh membatalkan polisi ini bila-bila masa dengan memberi notis bertulis kepada kami. Di atas pembatalan, sebarang pemulangan premium akan tertakluk kepada syarat-syarat yang termaktub dalam kontrak polisi.

9. Apakah yang harus saya lakukan jika terdapat perubahan pada butiran perihal saya?

Adalah penting bagi anda untuk memaklumkan pada kami tentang sebarang perubahan butiran perihal anda bagi memastikan segala surat-

menyurat dapat disampaikan kepada anda tepat pada masanya.

10. Dari manakah boleh saya dapatkan informasi yang lebih terperinci?

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Insurans Risiko Kebakaran ini atau manamana jenis produk insurans, anda boleh

menghubungi kami atau mana-mana cawangan atau ejen anda atau layari laman web kami di www.mpigenerali.com

MPI Generali Insurans Berhad (Licensed under Financial Services Act 2013 and regulated by Bank Negara Malaysia) 8th Floor, Menara Multi-Purpose Capital Square, 8, Jalan Munshi Abdullah 50100 Kuala Lumpur Tel: +603-2034 9888 Fax: +603-2694 5758 Email: [email protected]

NOTA PENTING: ANDA DI NASIHATKAN PERLINDUNGAN, PENGECUALIAN DAN PEMBATASAN FAEDAHFAEDAH YANG DI TEGASKAN INI ADALAH TIDAK LENGKAP. KETERANGAN PENUH ADALAH YANG TERDAPAT PADA INSURANS KONTRAK. ANDA HARUS MEMUASKAN DIRI IAITU POLISI INI AKAN MEMENUHI KEHENDAK ANDA YANG TERBAIK. ANDA HARUS MEMBACA DAN MEMAHAMI POLISI INI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN INSURANS ATAU MENGHUBUNGI TERUS KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT. Informasi yang disediakan dalam lembaran pendedahan ini adalah sah pada 12/03/2018.