impressionisme.docx

52
IMPRESSIONISME Imperssionisme adalah satu istilah yang longgar untuk menamakan hasil-hasil karya beberapa orang seniman di Paris pada sekitaran tahun 1872-1882. Ia bukanlah satu badan atau ‘school’ yang rasmi, tetapi merupakan manifestasi orang perseorangan yang mempunyai persamaan dari segi stail dan cara melihat yang pada dasarnya di tumpukan kepada ‘menangkap kesan-kesan cahaya’ untuk diterjemahkan di atas kanvas. Ciri- ciri seperti inilah yang membolehkan penonton menghayati karya-karya mereka sebagai satu stail. Impressionis ingin merakam perubahan cahaya yang turut membawa kesan kepada perubahan objek. Cahaya yang sentiasa berubah menyebabkan mereka tidak boleh menggambarkan sesuatu yang tetap. Mereka Cuma boleh menampakkan satu kesan (impressi) dari cahaya yang lembut. Ini dilakukan menerusi penggunaan warna, meneliti dan mencuba serta memahami teori ‘warna adalah cahaya dan cahaya adalah warna’. Impressionis ingin merakam impressi dan kesan tampak yang bersifat sementara. Karya-karya mereka tidak mengandungi unsur komentar sosial, kiasan, pendidikan moral ataupun drama emosi. Subjek mereka adalah warna dan cahaya. Mereka mengkaji bagaimana warna berubah mengikut masa pada satu-satu masa dan suasana, serta bagaimana cahaya mengubah permukaan dan ruang.

Upload: muham-mad

Post on 14-Dec-2014

42 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: IMPRESSIONISME.docx

IMPRESSIONISME

Imperssionisme adalah satu istilah yang longgar untuk menamakan hasil-hasil karya

beberapa orang seniman di Paris pada sekitaran tahun 1872-1882. Ia bukanlah satu

badan atau ‘school’ yang rasmi, tetapi merupakan manifestasi orang perseorangan

yang mempunyai persamaan dari segi stail dan cara melihat yang pada dasarnya di

tumpukan kepada ‘menangkap kesan-kesan cahaya’ untuk diterjemahkan di atas

kanvas. Ciri-ciri seperti inilah yang membolehkan penonton menghayati karya-karya

mereka sebagai satu stail.

Impressionis ingin merakam perubahan cahaya yang turut membawa kesan kepada

perubahan objek. Cahaya yang sentiasa berubah menyebabkan mereka tidak boleh

menggambarkan sesuatu yang tetap. Mereka Cuma boleh menampakkan satu

kesan (impressi) dari cahaya yang lembut. Ini dilakukan menerusi penggunaan

warna, meneliti dan mencuba serta memahami teori ‘warna adalah cahaya dan

cahaya adalah warna’.

Impressionis ingin merakam impressi dan kesan tampak yang bersifat sementara.

Karya-karya mereka tidak mengandungi unsur komentar sosial, kiasan, pendidikan

moral ataupun drama emosi. Subjek mereka adalah warna dan cahaya. Mereka

mengkaji bagaimana warna berubah mengikut masa pada satu-satu masa dan

suasana, serta bagaimana cahaya mengubah permukaan dan ruang. Impressionis

juga menentang ide Romantis bahawa seni meluahkan perasaan. Seni foto dan seni

cetak potongan kaya Jepun (Ukiyo-e) adalah antara pengaruh-pengaruh luar yang

wujdu dalam impressionisme.

Page 2: IMPRESSIONISME.docx

Contoh

1.Edouart Manet ‘The Bar at the Folies-Bergere’ (1882)

2. Claude Monet ‘Impression Sunrise’(1872)

Impression, soleil levant (Impression, Sunrise) 1873 (210 Kb); Oil on canvas, 48 x 63 cm (19 x 24 3/8"); Musee Marmottan, Paris 

3. Camille Pissaro ‘Place du Theatre Francais’(1895)

Page 3: IMPRESSIONISME.docx

4. Pierre Auguste Renoir ‘La Moulin de la Gallete’ (1876)

Rujukan

1. Hunter, Sam and Jacoubus, John, ModernArtNew York : Harry N. Abrams, 1986

2. Muliyadi Mahamood. Keindahan Alam Dari Kacamata Impressionis. Dalam

Utusan

Malaysia. Kuala Lumpur : Utusan Melayu (M) Bhd., 29 Januari 1986

3. Pool, Phoebe. Impressionisme. London: Thames and Hudson, 1967

POST-IMPRESSIONISME

Page 4: IMPRESSIONISME.docx

Tidak seperti Kubisme, Futurisme ataupun Surrealisme, Post-Impressionisme

bukanlah sebuah kumpulan yng terancang. Ia merupakan satu istilah yang

digunakan untuk menamakan sekumpulan pelukis yang aktif berkarya pada akhir

abd ke-19. Mereka dipengaruhi oleh Impressionisme, tetapi kemudiannya

merasakan prinsip-prinsip Impressionisme terlalu terhad. Mereka menolak

Impressionisme dan membentuk prinsip-prinsip tersendiri.

Antaranya:

Minat terhadap kekukuhan bentuk, sebagaimana yang terdapat dalam karya-

karya Cezanne dan Seurat. Ini mempengaruhi banyak aliran dan gaya seni pada

abad ke-20 seperti Kubisme, De Stijil dan Seni Abstrak. Minat untuk menggunakan

warna, garisan dan corak secara ekspresif dan simbolik seperti dalam karya-karya

Van Gogh dan Gauguin. Ini mempengaruhi Ekspressionisme dan Surrealisme.

Istilah Post-Impressionisme telah diberi oleh pelukis dan pengkritik seni

Inggeris Roger Fry pada 1910. Fry telah ke Perancis mengumpulkan karya-karya

Cezanne, Gauguin, Van Gogh, Seurat dan Matisse untuk dipamerkan di balai Seni

London. Beliau menamakan pameran tersebut Post-Impressionisme. Selain

bermaksud pelukis-pelukis yang datan selepas Impressionisme, Fry dalam catalog

pameran tersebut menjelaskan yang Post-Impressionis adalah “pelukis yang tidak

meniru bentuk, tetapi mencipta bentuk; tidak meniru sesuatu yang hidup, tetapi

mencari persamaan (seni) kepada yang hidup. Mereka membuat imej secara logik

dan bernas, berupaya menarik daya imaginasi dan pengamatan kita, seperti juga

benda-benda dari kehidupan yang sebenar mempengaruhi aktiviti kita”. Clive bell,

seorang pengkritik seni dan rakan rapan Fry dalam catalog yang sama menyebut,

“Post-Impressionis memudahkan, menolak ‘detail’, jelasnya, mereka menekankan

kepda sesuatu perkara yang lebih penting kepada seni abad ke-20 ini”

Pelukis-Pelukis Post-Impressionisme

Paul Cezanne

Page 5: IMPRESSIONISME.docx

Cezanne menegaskan bahawa kesemua bentuk terbahagi kepada tiga kategori asas

geometric iaitu kun, selinder dan sepiar. Bentuk amat penting dalam karya-karyanya.

Subjek-subjeknya seperti alam benda, lanskap Aix-en-Provence dan figura manusia.

Contoh karya

1.Self-Portrait’(1879)

2. ‘Mont. St. Victoire’(1886-88)

Page 6: IMPRESSIONISME.docx

3. ‘Still Life With Apples and Oranges’(1895-1990)

Georges Seurat

Seurat menghasilkan karya dengan mengkaji teori-teori warna secara

saintifik. Beliau menggunakan sapuan-sapuan berus yang halus seperti titik-titik

warna yang ditindan-tindankan serta diatur sebelah menyebelah. Gaya ini juga

dikenali sebagi Neo-Impressiosme, Divisionisme atau Pointilisme.

Page 7: IMPRESSIONISME.docx

Contoh karya

1.‘Bathers’ (1884-85)

2.‘Sunday Afternoon on the Islan of La Grands

Jatte’ (1884-86)

Pau Gauguin

Page 8: IMPRESSIONISME.docx

Paul Gauguin terpengaruh dengan Seni Oriental dan Seni Primitif. Bentuk-bentuk

dalam karyanya bersifat papar dengan penggunaan warna yang agak dekoratif

bertujuan menyalurkan emosi.

Contoh Karya

1.‘Vision After the Sermon’ (1888)

2.‘The spirit of the Dead Watchng’ (1892)

Van Gogh

Page 9: IMPRESSIONISME.docx

Seperti Gauguin, beliau ingin meluahkan emosi menerusi seni lukis. Ini dilakukan

menerusi penggunaan warna yang simbolik seta kaedah sapuan berus yang

tertentu.

Contoh Karya

1.‘Self-Portrait’ (1889)

2.‘The Potato Eaters’ (1885)

3.‘The Starry Night’ (1889)

Page 10: IMPRESSIONISME.docx

Henri de Toulouse-Lautrec

Subjek-subjek karyanya seperti suasana kelab malam, teater, café, restaurant dan

rumah pelacuran. Garis luaran memainkan peranan pentin dalam membentuk

figuranya di samping warna yang rata. Ciri-ciri kartun dan karikatur jelas kelihatan

dalam karya-karyanya.

Contoh Karya

1.‘At the Moulin Rouge’ (1892)

Page 11: IMPRESSIONISME.docx

Edvard Munch

Seorang pelukis berbangsa Norway, ciri-ciri ketegangan, ketakutan dan hysteria

diadunnya dalam karya-karya yang berkaitan dengan seks, kematian dan kesunyian.

Beliau terpengaruh dengan karya-karya Van Gogh, Gauguin dan Lautrec. Warna

digunakannya untuk meluahkan perasaan dan stailnya itu kemudiannya

mempengaruhi pelukis-pelukis Ekspressionis Jerman abad ke-20

Contoh Karya

1.‘The Scream’ (1893)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern

Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Muliyadi Mahamood. Post-Impressionisa : Imej Bergambar Yang Memaparkan Inti

Kehidupan. Dalam Utusan Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Malayu (M) Bhd., 21

Julai

3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Page 12: IMPRESSIONISME.docx

Fauvisme

Fauvisme merupakan aliran estetik dalam catan yang pertama pada abad ke

20, yang didasarkan kepada penilaian terperinci terhadap ‘pure color’ (warna asli

yang tidak bercampur). Fauvisme ditubuhkan di Paris pada 1905. Istilah Fauvisme

dicipta oleh pengkritik seni, Louis Vauxcelles di pameran dalam Salon d’ automne

(1905)

Di antara ciri-ciri utama karya Fauvisme ialah penggunaan warna tanpa

batasan. Kepadatan warna juga dapat dihayati. ‘Pure Color’ digunakan sewenang-

wenangnya untuk kesan emosi dan dekoratif, kadang-kadang seperti Cezanne

menggunakannya untuk mengolh ruang. Pengaruh-pengaruh stail Van Gogh,

Gauguin, Neo-Impressionisme dan Cezanne dapat dikesan dalam Fauvisme. Subjek

karya-karya Fauvisme termasuklah lanskap, figura maunsia, pemandangan dalaman

dan alam benda. Fauvisme mencapai kemuncaknya di Salon d’automne (1905) dan

di Salon des Independants (1906). Ia seolah-olah menjadi satu aliran sementara

sebelum pelukis-pelukis itu mengikuti aliran-aliran lain. Di antara pelukis-pelukis

Fauvisme ialah Henry Matisee, Andre Derain, Raoul Dufy, Georges Rouault dan

Maurice de Vlaminck.

Contoh

1.Henyr Matisse. ‘Joy of Life’ (1905-06)

Page 13: IMPRESSIONISME.docx

2.Andre Derain ‘London Bridge’ (1906)

3.Raoul Dufy ‘Flag-decked Boat’ (1904)

4.Georges Rouault ‘The Old King’ (1916-36)

Page 14: IMPRESSIONISME.docx

5.Vlaminck ‘Rat Mort’ (1906)

Rujukan

Page 15: IMPRESSIONISME.docx

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

3.Tansy, R. G, and de la Croix, H. Art Through the Ages. Harcourt Brace

Jovanovich, Publishers, 1986.

Ekspressionisme

Page 16: IMPRESSIONISME.docx

Ekspressionesme berpusat di Jerman. Selain dari seni lukis, aliran ini turut

mempengaruhi sastera, drama, muzik dan seni bina. Ekspressionisme mencapai

kemuncak pada sekitaran tahun 1990-1920. Meskipun ia berpusat di Jerman,

seniman-seniman dari beberapa negara Timur dan Eropah Tengah termasuk Russia

bertumpu ke Bandar-bandar Jerman seperti Berlin, Munich, Dresden dan Cologne.

Ini merupakan kelahiran bandar-bandar seni yang baru di Eropah, selepas Rom,

Florence dan Paris.

Pada asalnya, Ekspressionisme bukanlah satu pergerakan seni. Ia lebih

mencirikan kepada fakta asas kewujudan metafizika. Ekspressionis mewakili unsur-

unsur mistik, persoalan diri, penghayatan terhadap alam dan spekulasi terhadap

infiniti yang seingkali diekspressikan dalam bentuk ketegangan rasa serta emosi

yang kuat mahupun imaginatif.

Seperti stail aliran yang lain, Ekspressionisme menandakan satu lagi

pembaharuan dalam bidang akademik seni. Impressionis mengkaji cahaya, warna

dan bayang sementara Post-Impressionis mempunyai kepelbagaiannya. Cezanne

memecahkan bentuk alam kepada elemen-elemen geometric kun, selinder dan

sfera, Seurat mengkaji teori wran yang saintifk sementara Gauguin pula terpikat

dengan Seni Oriental. Pendekatan Post-Impressionis seperti Gauguin, Van Gogh

dan Edvard Much memainkan peranan besar dalam kelahiran Ekspressionisme.

Seniman-seniman Ekspressionisme memberikan satu day gerak yang kuat

dan segar, bebas dari Realisme dan Impressionisme. Meskipun masih bertalian

dengan dunia objektif, melalui unsur-unsur deformasi, pengayaan, kontras warna

dan kesedaran emosi ‘seni primitif’ pelukis-pelukis Ekpressionis melahirkan dunia

dalam mereka dalam stail, idiom dan imej yang tersendiri. Dua cabang

Ekspressionisme ialah Die Brucke (The Bridge dan Der Balue Reiter (The Blue

Rider).

Die Brucke (The Bridge)

Page 17: IMPRESSIONISME.docx

Ditubuhkan di Dresden pada 1905, karya-karya mereka merakamkan emosi

manusia yang keras dan hebat. Karya mereka terbentuk dengan gabungan warna

yang cerah, garisan ekspresif, bentuk dipermuda serta figura yang digayakan.

Contoh

1.Emile Nolde ‘The Last Supper’ (1909)

2.Kirchner ‘Street’ (1907)

3.Erich Heckel ‘Two Men at a Table’ (1912)

Page 18: IMPRESSIONISME.docx

Der Blaue Reiter (The Blue Rider)

Ditubuhkan di Munich pada 1911. Karya-karya mereka lebih bersifat imaginatif, tidak

sekeras ‘The Bridge’.

Contoh

1.Franc Marc ‘Deer in the Wood’ (1913)

2.Wassily Kandinsky ‘Improvisation’ (1912)

Page 19: IMPRESSIONISME.docx

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

3.Tansy, R. G, and de la Croix, H. Art Through the Ages. Harcourt Brace

Jovanovich, Publishers, 1986.

Kubisme

Page 20: IMPRESSIONISME.docx

Kubisme merupakan aliran seni lukis yang lahir selepas Fauvisme dan

dianggap sebagai salah satu aliran terpenting abad ke-20. Ia juga disebut sebagai

satu stail kepada satu revolusi estetik dan teknik dalam seni lukis. Prinsip Kubisme

berbeza dari Fauvisme dan Seni Ekspressionistik.

Kubisme dianggap sebagai ibu kepada semua sni lukis abstrak dan bermula

dengan usaha Picasso (1881-1973) dan Braque (1882-1963) untuk menggantikan

kesan visual Impressionis dengan penukaran objek kea rah bentuk dan warn yang

berkonsep intelektual, walaupun pada zamannya ia dianggap ganjil dan absurd.

Karya-karya akhir Cezanne dianggap sebagai titik tolak ke arah kelahiran

Kubisme di mana wujud penerokaan yang lebih mendalam terhadap kesatuan

permukaan gambar dua dimensi, analisis terhadap bentuk dan perhubungannya,

sehingga wujud penelitian terhadap keseluruhan struktur objek dan kedudukannya di

dalam ruang secara praktikal. Merekamenyatukan berbagai-bagai sudut pandangan

objek ke dalam sebuah karya. Selain dari karya-karya Cezanne, seni arca Afrika

juga menjadi sumber utama Kubisme. Bentuk geometric, kombinasi bentuk lengkung

dan lurus memberikan arca-arca ini struktur dan tenaga yang memikat Picasso dan

Braque. Menurut mereka pengarca Afrika berkarya dengan bentuk dan rupa yang

bebas daripada wujud sebagai realiti tampak.

Kubisme memecahkan konsep di antara satu dengan yang lain, misalnya :

i.Konsep cahaya dan bayang

ii.Konsep permukaan atau latar gambar dan unsure ketinggian atau sudut

pandangan yang berbagai.

iii.Pengamatan terhadap kawasan-kawasan yang terlindung bersifat sebaliknya.

Kubisme bergabung dalam satu objektf yang bersifat matematik, mekanikal

kejenteraan (machienary), sehingga Leger menegaskan Kubisme sebagai seni

Zaman jentera (art of the machine age). Aliran yang diasaskan oleh Picasso dan

Braque, turut dianggotai oleh Gris, Leger, Villon, Metzinger, Rivera dan lain-lain.

Nama Kubisme lahir dari kritikan Lousi Vauxcelles dalam ulasannya terhadap

Page 21: IMPRESSIONISME.docx

pameran Brague, dalam akhbar Gil Blas (14 November 1908), yang membicarakan

tentang, cubes dan kemudiannya ‘Bizarreries Cubiques’.

Empat peringkat Kubisme adalah :

1.Proto-Kubisme (1902-08)

Picasso dan Braque terpengaruh dengan stail Cezanne, Matisse dan Seni Afrika.

Bentuk kan.semulajadi dipermudah

2.Analitik Kubisme(1908-11)

Bentuk-bentuk semulajadi dipecah-pecahkan kepada satah-satah geometrik. Sudut

pandangan yang pelbagai dipersembahkan dalam sebuah catan. Warna lebih

bersifat monochromatic.

3.Kolaj (1910-12)

Alam benda menjadi subjek utama. Kolaj dibentuk menerusi penampalan keratan-

keratan kertas seperti akhbar dan majalah ke atas kanvas dan panel.

4.Synthetic Kubisme (1912-30)

Objek-objek yang dikenali kembali wujud dalam catan dengan warna-warna yang

cerah.

Contoh

Page 22: IMPRESSIONISME.docx

1.Picasso ‘Ambrose Vollard’ (1910-11)

‘The Accodianist’ (1911)

‘Les Demoiselles d’avignon’ (1907)

Page 23: IMPRESSIONISME.docx

2.Georges Braque ‘The Portuguese’ (1911)

‘ The Table (1928)

3.Juan Gris ‘Bottle of Banyuls’ (1914)

Page 24: IMPRESSIONISME.docx

4.Fernand Leger ‘The City’ (1919)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Murray, Peter and Linda. A Dictionary of Art and Artists. Penguin Books, 1977.

3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

4.Unit 7-Cubism. The Open University press, 1976.

Page 25: IMPRESSIONISME.docx

Contructivisme

Constructivisme adalah pergerakan abstrak dalam seni arca yang diasaskan

oleh pengarca adik-beradik Antoine Pevsner dan Naum Pevsner (Naum Gabo),

pada 1917 di Russia. Constructivisme wujud daripada ‘Construct in Art’.

Pada 1920, Manifesto Constructivisme ‘Realist Manifesto’ diperkenalkan. Ia

berkisar kepada perkembangan bersifat sosiologi yang bertentangan dengan

pegangan Vladimir Tatlin. Tatlin menyebut bahawa seni mestilah berfungsi kepada

kehendak-kehendak dan berfaedah kepada masyrakat. Sementara dari sudut estetik

pula arca merupakan satu isi padu yang static dalam ruang. Pada 1920 itu, pameran

Constructivist yang terbesar dengan ‘Realistic Manifesto’nya diaadakan. Ia

memperjelaskan idea Archipenk dan Boccioni yang hanya menekankan kepada

ruang, bukan isi padu sebagai ciri utama dalam seni arca.

Menjelang 1921, pergerakan ini mati di Rusia kerana sebab-sebab politik.

Pelukis-pelukisnya beralih kepada rekabentuk perabut, dekorasi pentas, percetakan

buku dan apa saja jenis catan dan arca. Pada 1922-23, Antoine dan Naum Gabo

meninggalkan Russia dan memperkenalkan pengaruh-pengaruh ini di Barat.

Seniman Constructivisme memperkenalkan satu bentuk seni baru yag dapat

meneroka bentuk serta nilai-nilai estetik dalam ruang. Idea mereka mempunyai

pengaruh seni bina dan dekorasi. Manifestasi mereka mengandungi arca-arca

abstrak yang menggunakan bahan-bahan moden dan ‘non-tradisi’ seperti aluminium,

perspek, kaca lutsinar dan plastic, di samping kaedah dan teknik industry seperti

kimpalan(welding). Penggunaan bahan serta kaedah ini mampu menyalurkan

ideologi moden, lebih bersifat intelek daripada keseronokan semata-mata.

Contoh

1.Naum Gabo ‘Linear Construction, Variation’ (1942-43)

Page 26: IMPRESSIONISME.docx

2.Antoine Pevsner ‘Construction in the Egg’ (1948)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

3.Phaidon Encyclopedia of Art and Artist Phaidon, 1978.

Dadaisme

Dadaime adalah sebuah pergerakan seni tampak dan sastera di Eropah yang

lahir sebagai satu revolusi ganas terhadap kepuasan diri. Dalam aliran ini;

pengutamaan terhadap nilai-nilai artistic telah diabaikan dan ia bersifat ‘anti-art’.

Pergerakan yang agak ekstrim ini memasukkan unsur-unsur jenaka yang

kasar berserta nilai-nilai perangsangan dan pengejutan dalam usaha melibat reaksi

Page 27: IMPRESSIONISME.docx

masyarakat yng berpegang kepada nilai-nilai tradisi. Dadaisme lahir dari rasa untuk

membebaskan diri daripada angan-angan. Mereka sedar bebas beranggapan,

menyindir serta bertindak dalam suasana kekacauan penentangan terhadap

pemerintah. Pusat aktivitinya di Cabaret Voltaire, Zurich.

Aliran yang bermula di Zurich pada 1915 itu kemudiannya merebak ke New

York, Cologne, Paris dan negara-negara Eropah. Mereka juga membantah

Peperangan Dunia Pertama dan masyarakat yang mencetuskannya. Mereka juga

melahirkan seni tak bermakna untuk menunjukkan kekosongan hidup masyarakat

moden. Tristan Tzara telah memperkenalkan isitlah DADA yang bermaksud HOBBY

HORSE dalam Bahasa Perancis –‘an infantile sound’, yang diperoleh melalui

tekanan pen secara sebarangan ke atas muka surat kamus.

Di awla kelahirannya, Dada tidak mendukung apa-apa stail artistic atau

estetik yang tertentu. Kaedah dan manifestonya lebih ke arah Futurisme, walaupun

kurang dengan prinsip-prinsip mekanik. Pada 1915, Marcel Duchamp

memperkenalkan prinsip-prinsip Dada melalui pamerannya di New York dengan

objek-objek yang di sebut ‘ready-mades as works of Art’. Pada 1919, Manifesto

Dada dibentuk di Hannover. Selepas perang, pengaruh Dada menular ke Jerman

menerusi pelukis-pelukis seperti Ernst, Grosz Schwitters.

Kekecohan dan krisis sosial menjadi gelanggang terbaik untuk aktiviti Dada

bergerak. Prinsip-prinsip Dada diperbaiki menjadi asas-asas dalam mendukung

kelahiran Surrealisme. Dada tidak mati di situ shaja, Neo-Dada Art lahir di New York

di akhir-akhir 1950 an dan 1960 an dengan karya-karya berbentuk assemblage.

Contoh

1.Jean Arp ‘Mountain Table Anchors Navel’ (1925)

2.Max Ernst ‘The Elephant of the Gelebes’ (1921).

Page 28: IMPRESSIONISME.docx

3.Marcel Duchamp ‘Bottle Rack’ (1914), ‘L.H.O.O.Q’ (1919)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Murray, Linda and Peter, A Dictionary of art and Artist, Penguin Books. 1977

Page 29: IMPRESSIONISME.docx

3.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Surrealisme

Surrealisme adalah satu pergerakan pelukis dan penyair yang lahir

berdasarkan nilai-nilai Dadaisme, yang mencapai kemutlakan atau kenyataan yang

lebih (super-reality) dengan menggunakan unsur-unsur pengalaman alam mimpi dan

bawah sedar dalam berkarya. Sebagaimana Andre Breton, pengasas Surrealisme

ada menyebut, “Untuk menghidangkan pengalaman-pengalaman alam mimpi dan

realiti ke arah kebenaran dan kenyataan yang lebih (super-reality)”(Osborne, Harold.

1979:115)

Pada peringkat awalnya, Surrealisme lebih menitikberatkan aktiviti-aktiviti

penyair sahaja. Namun, di antara 1924 hingga 1928, beberapa orang pelukis

menunjukkan keupayaan menyalurkan serta menjelmakan prinsip-prinsip

Surrealisme melalui seni lukis. Ia berkembang pesat sebagai pergerakan estetik

yang controversial di antara Perang Dunia Pertama dan Kedua. Kini, Surrealisme

lebih dikenali menerusi karya-karya pelukis, bukan penyair.

Surrealisme terbentuk pada 1924. Andre Breton, seorang penyair Perancis

telah menerbitkan MANIFESTE DU SURREALISME; Manifesto Pertama yang

memperjelaskan skop pergerakan itu. Breton menganggap Surrealis sebagai ‘Pure

Psyhic Automatism’, iaitu satu ekspressi secara pertuturan, tulisan dan cara-cara

lain, sebagai proses berfikir yang sebenar. Seperti Dadaist, pemimpin Surrealisme

berjuang dengan konsep ‘artistic Freethinking’ (pemikiran bebas yang artistik, bebas

dari ikatan moral dan agama).

Surrealisme berkembang dengan dua cara:

1.Fantasi sebenar

2.Satu perakaman terhadap alam bawah sedar.

Page 30: IMPRESSIONISME.docx

Andre Breton menyebut,

“ Surrealisme menekankan soal psikik atau yang berkaitan .dengan kerohanian yang

disampaikan samaada dengan pertuturan, penulisan atau apa juga cara dan aktiviti,

sebagai satu pemikiran yang bebas dari sebarang kawalan estetik atau moral.

Surrealisme meletakkan kepercayaan dalam bentuk-bentuk kenyataan reality yang

tinggi dalam nilai alam bawah sedar yang hebat serta minat seimbang dalam

pemikiran “. (Ibid, 115).

Karya-karya surrealis merupakan pendekatan baru terhadap karya-karya

yang punya aspek-aspek fantastic dan grotes (ganjil, pelik, absurd), seperti karya-

karya Bosch, Gayo dan Piranesi. Di antara pelukis-pelukis awal surrealism ialah

Redon, Chirico dan Chagali. Ciri-ciri estetik Surrealis dibentuk oleh penyair-penyair

Perancis seperti Andre Breton, Paul Eluard dan Paul Recerdy.

Teori Freud tentang nilai-nilai bawah sedar dikaji sebagai satu cara

pengawalan atau alasan dalam berkarya. Mengikut Freud, terdapat satu aspek

dalam manusia yang bertugas secara non-rasional yang disebut bawah-sedar

(subconciou) dan kepentingannya sama dengan keadaan rasional. Lantas Surrealis

membina unsure estetika berdasarkan aspek ini. Secara sedar, mereka

menghasilkan unsure bawah sedar, iaitu menguasai aspek rasional dan dapat

memberikan peranan bebas kepada unsur bawah sedar.

Contoh

1.Max Ernst ‘Two Children Are Threatened by a Nightingale’ (1924).

Page 31: IMPRESSIONISME.docx

2.Joan Miro ‘Harlequin’s Carnival’ (1925).

3.Salvador Dali ‘The Persistence of Memory’ (1931)

4.Rene Magritte ‘The Human Condition’ (1934).

Page 32: IMPRESSIONISME.docx

5. Alberto Giacometti ‘The Invisible object’ (1934).

Page 33: IMPRESSIONISME.docx

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Abstrak-Ekspressionisme

Aliran ini bermula di Amerika Syarikat dalam tahun 1940an dan ia dianggap

sebagai stail catan Peperangan Dunia Kedua menyebabkan ramai pelukis-pelukis

Eropah berhijrah ke Amerika dan ini menyebabkan pusat seni Barat bertukar ke

Amerika Syarikat.

Abstrak Ekspressionisme merupakan aliran seni abstrak non-geometrik yang

bermula di New York selepasa Peperangan Dunia Kedua. Ia kemudianny menjadi

ekspresi internasional. Karya-karya Abstrak Ekspressionisme dianggap sebgai catan

non-figuratif, anti-formal, pengucapan tanpa perancangan, dinamik, bertenaga dan

berteknik bebas. Ia lebih bersifat meransang penglihatan daripada memperkenalkan

imej-imej biasa yang menarik. Abstrak Ekspressionme juga disebut ‘New York

School’ atau ‘Action Painting’

Akar-umbi Abstrak Ekspressionisme dapat dirujuk kepada karya-karya

Kandinsky (1910-1914) dan berkembang menerusi karya-karya pelukis Amerika

seperti Arshile Gorky (1904-1948), Jackson Pollock, Hans Hofmann, Willem de

Kooning dan Gottlieb (Kumpulan pelukis-pelukis di New York). Karya-karya mereka

dianggap bersifat baru. Aliran ini juga dihubungkan dengan Tachisme di Eropah

(akhir 1950an dan 60an). Penyokong kuat Abstrak Ekspressionisme ialah pengkritik

seni Clement Greenberg yang menyebut bahwa masa depan seni Barat bergantung

kepada aliran ini (1948).

Pada akhri 1950an, Abstrak Ekspressionisme menjadi agak longgar dengan

kelahiran aliran-aliran seni yang baru seperti Abstract Impressionisme, Neo-Dada

dan pengembalian kepada Imej bergambar pada awal dekad enam puluhan.

Page 34: IMPRESSIONISME.docx

Kaedah berkarya Abstrak Ekspressionisme bertentangan dengan cara-cara karya

tradisi. Ia melihatkan nilai-nilai agresif, kespontanan serta kebebasan ekspresi. Ia

telah bersifat keindividuan, bagaikan aktiviti untuk meluah dan menyelesaikan

dilemma dalam diri terhadap perkembangan semasa yang kompleks, yang berkaitan

dengan kebudayaan dan peradaban. Mereka memberi tumpuan kepada aktiviti-

aktiviti fizikal, iaitu keseluruhan aspek ke atas catan, serta penglibatan terhadap

pergerakan tangan (gestural) dan pemikiran dan sapuan-sapuan berus kasar,

spontan dank eras. Selain berus, mereka juga menggunakan kayu, sabut dan lain-

lain. Walaupun dianggap bersifat eksperimentasi, dan kurang perhubungan dengan

stail tertentu, ia dianggap membawa unsur estetik dan cara pengamatan yang baru.

Pollock misalnya, berkarya tanpa lakaran awal, mengembangkan karya dengan

“Improvisatory Acts”; menaburkan cat-cat enamel di ats kanvas.

Contoh

1.Jackson Pollock ‘Lucifer’ (1947)

2.Arshile Gorky “Golden Brown Painting” (1947)

Page 35: IMPRESSIONISME.docx

3.Willem de Kooning ‘Women I’ (1950-52)

4.Hns Hofmann ‘The Gate’ (1960)

Page 36: IMPRESSIONISME.docx

5.Franz Kline “Mahoning’ (1956)

6.Clyford Still ‘Painting’ (1951)

7. Mark Rothko ‘Earth and Green’ (1955)

Page 37: IMPRESSIONISME.docx

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Pop Art

Pop Art berkisar kepada hasil kebudayaan popular yang bersifat komersil dan

materialistic. Kalau sebelumnya terdapat tanggapan yang membezakan ‘seni

gunaan’, ‘seni dagangan’ dengan ‘seni tulen’ yang dipamerkan di galeri, Pop Art

memihak kepada seni yang dianggap rendah. Lantas lahirlah karya seni

berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik, kartun dan iklan. Jelasnya, subjek

Pop Art bukan berdasarkan imajan-imajan biasa seperti komik, kartun dan iklan.

Jelasnya, subjek Pop Art berdasarkan idea klasik atau agama, sejarah atau

keindahan alam, tetapi sesuatu yang biasa dalam kehidupan masyarakat sekarang.

Misalnya imajan-imajan tin sup, botol, keratan komik yang diperbesarkan, barang

makanan, pakaian potret bintang filem. Aliran yang bermula di England pada

pertengahan 1950an itu menular ke Amerika Syarikat dan berkembang pesat dalam

dekad enam puluhan.

Pop Art merangkumi kepentingan sekeliling serta keadaan semulajadi karya

seni yang telah dihasilkan. Ia mencerminkan keadaan sekeliling pengguna dan

kawasanny. Jurucakap pergerakan, David Sylvester memetik huraian Roy

Lichtenstein bahawa Pop Art adalah unsur-unsur dalam budaya, sesuatu yang kita

benci, tetapi mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kita (Osborne, Harold.

1979;894).

Istilah Pop Art telah dicipta oleh pengkritik Inggeris Lawrence Alloway untuk

satu pergerakan atau kumpulan yang menggelar diri mereka independenc Group

(1954-1955 (English Pop Art). Di Amerika Syarikat, Pop Art lahir di New York sekitar

Page 38: IMPRESSIONISME.docx

1959 dan berkembang ke seluruh Amerika dan Eropah, Robert Rauschenberg dan

Jasper Johns dianggap sebagai pelukis PopArt pertama di Amerika. Di Amerika

juga, Pop Art dianggap sebagai reaksi kepada Abstrak Ekspressionisme bila ia

menggunakan imej bergambar serta teknik-teknik ‘hard-edged’ dan fotografi. Ini

disebut sebagi kembali kepada imej bergambar.

Pop Art juga dianggap sebagai Neo-Dadaists bila menggunakan subjek-

subjek biasa seperti komik, tin sup, penanda lebuhraya yang mana punya

persamaan dengan karya-karya Marcel Duchmp (Ready-mades as works or art

1915-1920-keadaan semulajadi karya seni yang telah dihasilkan).

Diantara pelukis-pelukis Pop Art Amerika ialah Jasper Johns, Robert

Rauschenberg, Andy Warhol Roy Lichtenstein dan Tom Wesselmann. Sementara

pelukis Pop Art British seperti Richard Hamilton, David Hockney, Peter Blakd dan

Allen Jones.

Pelbagai kaedah berkarya telah diambil oleh para pelukis Pop Art. Jasper

Johns menghasilkan catan dengan imej bendera, arca daripada tin-tin bird an mentol

lampu. Robert Rauschenberg mengunakan kolaj serta gabungan dengan botol-botol

coke, gambar-gambar dari akhbar dan majalah. Pelukis Pop juga memasukkan

teknik-teknik konvensional yang lebih diminati dari teknik-teknik catan Jasper John

dan Rauschenberg. Misalnya Andy Warhol menggunakan sutera saring terhadap

imej-imej tin sup, kerusi elektrik, potret Marilyn Monroe serta bunga-bunga. Roy

Lichtenstein menggunakan petikan-petikan dari komik, sementara Tom Wesselmann

terkenal dengan karya-karya alam benda serta ‘Great American Nudes’. James

Rosenquist, Robert Indiana, Jim Dine dan Larry Rivers menyatukan subjek biasa

dengan teknik-teknik catan.

Pengarca Pop Art seperti Claes Oldenburg menggunakan subjek seperti kun

ais krim dan Hamburger. Georges Segal juga tergolong sebagai pengarca Pop Art.

Page 39: IMPRESSIONISME.docx

Contoh

1.Jasper Johns ‘Target With Four Faces’ (1955)

2.Larry River ‘Europe II’ (1956)

Page 40: IMPRESSIONISME.docx

3.Andy Warhol ‘Marilyn Monroe’ (1962)

4.Roy Lichtenstein ‘Balm’ (1962)

5.Robert Rausehenberg ‘Trapeze’ (1964)

Page 41: IMPRESSIONISME.docx

6.James Rosenquest ‘FO111’ (1965)

7.Claes Oldenburg ‘Model (Ghost) Typewriter’ (1963)

Page 42: IMPRESSIONISME.docx

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Op Art

Op Art adalah stail seni abstrak abad ke-20 yang cuba menggambarkan pergerakan

ilusi dengan menggunakan kesan-kesan penglihatan. Op Art ialah singkatan Optical

Art. Pengetahuan dalam bidang sains, falsafah psikologi memainkan peranan

penting dalam membentuk aliran ini.

Op Art yang lahir dan berkembang di Amerika sekitaran 1960an itu juga dianggap

sebagai reaksi kepada ‘action painting’. Pameran yang mempopularkan aliran ini

ialah ‘The Responsive Eye’, anjuran William G. Seitz di Muzium of Modern Art, New

York (1965). Pelukis terkenal Op Art ialah Victor Vasrely.

Pada prinsipnya, pelukis-pelukis Op berpegang kepada ciri-ciri sains serta merujuk

kepada kerja-kerja para saintis dalam bidang psikologi persepsi. Mereka turut

merujuk para psikologis dan pensejarah seni seperti Rudolf Arnheim dengan

bukunya ‘Art’ and Visual Perception : A Psychology of the Creative Eye’ (1954).

Pengkajian terhadap sifat subjek yang mempunyai pertalian dengan kimia warna,

matematik, penglihatan dan tenaga (Optic dan Kinetic), tenunan dan catan-catan

‘Hard-edged’.

Op Art juga mementingkan interaksi ilusi, satah-satah gambar, kefahaman dan

penglihatan yang melibatkan pergerakan mata ke atas permukaan gambar.

Penglihatan ini terlibat dengan corak-corak bentuk kecil atau garisan yang banyak.

Misalnya corak-corak Vasarely dan Bridget Riley sebenarnya static, tapi kelihatan

bergerak. Ia memberi kesan penglihatan yang mendorong penonton melihat ilusi

Page 43: IMPRESSIONISME.docx

tampak. Lapisan perspek berwarna cerah oleh Eric Olsen dan Francisco Sobrino

membentuk ilusi dalam ruang dan kedalaman. Karya-karya Gunther Uecker dan Sue

Fuller dengan komposisi-komposisi tali mempunyai persamaan dengan arca

Constructivist Gabo yang membentuk kesan optical dengan cahaya dan bayang di

antara permukaan-permukaan yang kompleks.

Op Art Berjaya di seni teknik. Kesan-kesan tersebut bergantung kepada kontras di

antara rupa-rupa yang mudah serta kesan pengamatan ganjil yang mereka bentuk.

Contoh

1.Bridget Riley ‘Canto II’ (1967)

2.Yaacov Agam ‘Double Metamorphosis II’(1964)

3.Victor Vasarely ‘Orion Mc’ (1963)

Rujukan

1.Hunter, Sam and Jacobus, John. Modern Art.New York : Harry N. Abrams, 1985

2.Osborne, Harold. The Oxford Companion to Art. Oxford at claderon Press, 1979.

Posted by zul at 6:21 PM 0 comments