implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh...

5

Click here to load reader

Upload: halimaton-sadiah

Post on 05-Jul-2015

6.466 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk

Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran

dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk darjah.

Pengurusan bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campur

tangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerakerjanya

termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Bilik darjah

sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang

terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya

seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang

menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai

pengetahuan, kemahiran, prosedur, teknik dan strategi (Haji Samsudin bin Md Noor).

Dr Ragbir Kaur (2008) mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai prosedur dan

keperluan yang dicipta untuk mengekalkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang

sihat. Komponen-komponen utama dalam pengurusan bilik darjah ialah dengan menetapkan

cara-cara untuk mengelak masalah pengurusan daripada berlaku dalam bilik darjah serta

menentukan cara-cara untuk memantau tingkah laku murid untuk mengekalkan satu iklim

bilik darjah (persekitaran pembelajaran). Selain itu, ia juga memutuskan bagaimana guru

akan bertindak apabila murid-murid menunjukkan tingkah laku bermasalah dalam bilik

darjah dan bagaimana guru akan menstrukturkan semula iklim bilik darjah yang sihat

selepas membetulkan tingkah laku negatif murid.

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi corak dan suasana interaksi di dalam bilik darjah

pada lazimnya boleh diklasifikasikan kepada tiga kategori iaitu faktor fizikal, faktor

kemanusiaan yang boleh di lihat dari segi faktor sosial dan emosi, dan faktor teknikal (Mak

Soon Sang,2008). Susun atur suasana fizikal memainkan peranan penting dan guru perlu

lebih kreatif untuk menambahbaikkan daya tarikan dalam sesebuah bilik darjah tersebut.

Sekiranya susunan dalam bilik darjah tidak dapat diatur seperti mana yang

dirancangkan,maka ianya akan menghadkan apa dan bagaimana cara sepatutnya

pembelajaran itu harus dijalankan.

Susun atur bilik darjah yang baik mestilah mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam,

papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari,

yang di hiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta

peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan kebersihan. Susunan meja dan

kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid

mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.

Contohnya, berdasarkan pelan kelas pemulihan yang telah dilukis, susun atur meja dan

kerusi adalah teratur dan berdekatan dengan meja guru untuk memudahkan murid

berinteraksi dengan guru dan berinteraksi dengan murid lain. Selain itu, cahaya yang

mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang

secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta

organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata

motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD

sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif.

Page 2: Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk

Murid juga suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi, di

samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif, dan inovatif. Oleh itu, guru perlu

membentuk budaya bilik darjah yang dinamis, dan mementingkan aspek nilai-nilai murni

serta hubungan yang mesra sesama murid dan murid dengan guru. Guru boleh

menggunakan ruang aktiviti dan permainan seperti dalam pelan untuk menggalakkan murid

bergiat aktif dalam pembelajaran sambil berseronok dengan permainan yang di ajar oleh

guru. Ini dapat mengeratkan hubungan diantara guru dan murid kerana guru berjaya

membuatkan murid berasa gembira ketika belajar dan akan menaikkan semangat mereka

untuk datang ke kelas dan belajar.

Sebagai impaknya, kita akan dapat lihat suasana yang harmonis, ceria, dan semangat

kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam

sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat

berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif. Kejayaan

seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek

kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi

dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid.

Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan

peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang

kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah

dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran

sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru harus menitikberatkan susunan bilik

darjah kerana bilik darjah yang susun aturnya kemas dan teratur akan menimbulkan

keseronokan di kalangan murid-murid. Selain itu, pembelajaran akan berlangsung dengan

sempurna, sekaligus dapat meningkatkan kefahaman di kalangan murid-murid terhadap

pengajaran guru.

Penutup

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta peka terhadap

segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya tidak berlaku

pembaziran waktu disebabkan berbagai pemantauan yang penyeliaan yang terpaksa

dijalankan.

Guru yang berwibawa sentiasa memikir kaedah bagi mencapai pengurusan yang

cemerlang, di antara perkara yang menjadi fokus ialah mengetahui dan memahami bidang

kerjayanya, menghayati hasil kerja atau objektif kerja untuk jangka panjang dan jangka

pendek, kerja yang dilakukan lebih spesifik, boleh diukur pencapaiannya, boleh dicapai,

realistik, dan bijak dalam pengurusan masa.

Perancangan yang rapi bagi memastikan objektif-objektif tercapai, meletakkan keutamaan

dalam tugasan. Keupayaan, kemahiran melaksanakan tugas, kemahiran berfikir, kemahiran

berintrkasi, dan berkomunikasi, kemahiran mengurus dan mentadbir, dan kemahiran

mengaplikasi peralatan yang terkini seperti komputer, kecekapan menjalankan tugasan yang

diamanahkan di samping memiliki wawasan yang jelas. Kemampuan membuat pemantauan

atau refelkesi di atas kerja-kerja yang telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan, di

samping memiliki sahsiah sebagai seorang guru yang boleh mempamerkan teladan yang

Page 3: Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk

baik kepada semua orang serta mematuhi tonggak dua belas, nilai dan etika dalam

perkhidmatan awam serta etika kerja dalam Islam.

Guru yang berwawasan bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam

masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited

dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh

melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila

seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi). Guru adalah segala-

galanya.

Pengurusan bilik darjah yang dinamik bergantung kepada kebijaksanaan guru memainkan

peranan sebaik mungkin bagi menghasil bilik darjah harmonis, kondusif dan perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran yang memberansangkan serta mencapai objektif.

Kepentingan Membina Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra Budaya Dalam Konteks Sekolah Di Malaysia (Rasional Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan) Seperti yang diketahui, Malaysia amat dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. Secara tidak langsung, pelbagai budaya akan wujud dalam sesebuah bilik darjah. Oleh yang demikian, guru tidak seharusnya menganggap ini sebagai satu masalah dengan kehadiran murid yang berbeza dari segi individu dan budaya tetapi menjadikan fenomena ini sebagai keistimewaan yang wujud dalam bilik darjah. Murid yang hadir dari pelbagai ras atau etnik akan membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Murid berbeza dari segi cara mereka berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai sosial dan intelektual, cara berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) merka yang dipengaruhi oleh budaya masyarakat asal mereka. Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Melalui program ini juga diharap dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Berdasarkan program ini, jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Keperluan pendidikan berbilang budaya ini amat meruncing di Malaysia. Murid-murid datang daripada latar belakang dan budaya yang berbeza. Oleh itu, guru perlu peka kepada kepelbagaian ini supaya tiada kelompok merasakan diri mereka tersisih di sekolah atau di bilik darjah. Pendekatan ini turut menjadikan guru lebih peka kepada amalan-amalan sekolah yang selama ini diterima tanpa dipersoal. Ada amalan-amalan sekolah secara tidak langsung mendiskriminasi golongan tertentu. Sebagai contoh, sistem pengaliran, pengisian kurikulum dan buku teks yang tidak mengambil kira keperluan dan pengertiannya bagi murid-murid yang berbilang latar belakang, mungkin menyebabkan murid tertentu berasa tersisih dan ketinggalan. Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dapat membantu guru dalam mengenali murid dengan lebih dekat lagi. Apabila guru dan pihak sekolah peka kepada kepelabagaian muridnya dan mengambil inisiatif untuk memahami keperluan dan mengenal mereka dengan lebih dekat lagi, sekolah akan lebih bermakna kepada sebilangan besar murid. Selain itu, melalui bilik darjah yang mesra budaya ini juga dapat mengurangkan stereotaip dan prasangka (prejudice) dalam kalangan guru dan murid. Ada guru yang mempunyai prasangka (negatif) kepada murid disebabkan ras, agama, kecacatan atau kebolehan mereka. Pendekatan ini memberi peluang kelompok yang berasa tersisih, meningkatkan keyakinan diri mereka selain meningkatkan peluang mereka mengecapi kejayaan.

Page 4: Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk

Jika dikaitkan dengan konteks RIMUP, persekitaran yang mesra budaya dapat meningkatkan peluang untuk berjaya dan menimbulkan kesefahaman dan perpaduan dalam kalangan murid. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, budaya asal seseorang murid itu boleh mempengaruhi tingkah lakunya di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lemah dan datang dari keluarga yang miskin mempunyai gaya belajar yang berbeza. Mereka memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik berbanding dengan murid yang lebih berupaya yang hanya memerlukan bimbingan sahaja dan boleh belajar sendiri.

K E A D A A N F I Z I K A L B I L I K D A R J A H Bilik yang terlalu panas atau terlalu sesak, gelap atau cahaya yang tidakmencuk up i , k e rus i dan me j a yang k u rang ses ua i ak an mewu j udk anmasalah disiplin. Bilik darjah tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran d ) S U A S A N A S O S I O E M O S I Y A N G K U R A N G S I H A T Guru autokratik dan dominant akan mengakibatkan murid-muridnyasentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan, bimbang sertatakut pada gurunya. Guru perlu menjejaskan keupayaan murid untuk menerima pelajaranyang disampaikan. Cor ak pe rs ahaba tan d i k a langan mur id t i dak s iha t mak a wu j ud lahkelompok tertutup, pengasing, murid yang tersingkir dan sebagainya. e ) K E S I H A T A N M U R I D Badan sihat otak cergas maka dapat memberi tumpuan penuh terhadappengajaran guru. Gangguan emosi, tidak cukup rehat akan menyebabkan murid berasagelisah atau rimas. f ) K U A L I T I G U R U Guru yang berinisiatif serta kreatif, bahan serta alat bantuan mengajar akan menarik minat kanak-kanak. Guru yang kurang tegas serta tidak tetap pendiriannya sukar mendapatpenghormatan murid-murid.

g ) P E R S E K I T A R A N S E K O L A H Bilangan murid yang ramai merumitkan guru mengawal disiplin murid-murid. Kesannya - setengah-setengah murid tidak dilayani oleh guru. Pihak sekolah yang amat menekankan peperiksaan, bentuk dan struktur ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya akanmenggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah darisegi akademik. h ) K E L U A R G A

Page 5: Implikasi susun atur ilik bdarjah dan cadangan menyelesaikan masalahpembelajaran dan pengajaran oleh kepelbagaian budaya melalui penyusunan bilk

Ibubapa yang sibuk mengejar kekayaan, menghadiri majlis dan aktivitisosial menyebabkan ibubapa tidak dapat memberikan perhatian yangsewajarnya kepada anak-anak mereka. i ) R A K A N S E B A Y A Interaksi rakan sebaya akan terbawa-bawa ke dalam bilik darjah. Contoh, sifat-sifat social positif rakan sebaya juga akan menghasilkanseorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satumasyarakat.