iklan jawatan kosong universiti pertahanan …pendaftar.usm.my/images/pdf/hebahan_19_2017.pdf ·...

6

Upload: buicong

Post on 07-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN …pendaftar.usm.my/images/pdf/Hebahan_19_2017.pdf · berkaitan dengan pembangunan dan hal ehwal pelajar. Pemohon ... Hasil Pembelajaran

 

Page 2: IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN …pendaftar.usm.my/images/pdf/Hebahan_19_2017.pdf · berkaitan dengan pembangunan dan hal ehwal pelajar. Pemohon ... Hasil Pembelajaran

IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ingin mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan seperti berikut :

Bil JAWATAN GRED TANGGAGAJI

1. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Gred Utama B

(VU6)

RM7,788.05

hingga

RM15,900.42

1. Taraf Jawatan

Tukar Sementara I Pinjaman I Kontrak

2. Cara Memohon

2.1 Pemohon yang berkelayakan dan memenuhi syarat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dan mengepilkan bersama-sama Curriculum Vitae (CV) berserta gambar berukuran paspot terkini dan di hantar kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Jabatan Pendaftar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kem Sg. Besi 57000 Kuala lumpur emel: [email protected] No Tel: 03·90514417 Faks : 03-90581536 (U/P : Encik Mohamad Sabri bin Che Omar)

2.2 Semua permohonan hendaklah mengandungi maklumat-maklumat seperti berikut:

2.2.1 Latar belakang peribadi. keluarga, alamat surat menyurat dan nombor telefon untuk dihubungi.

2.2.2 Latar belakang kelayakan akademiklpendidikan dan ke~aya.

IIPage

Page 3: IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN …pendaftar.usm.my/images/pdf/Hebahan_19_2017.pdf · berkaitan dengan pembangunan dan hal ehwal pelajar. Pemohon ... Hasil Pembelajaran

2.2.3 Anugerah dan hadiah yang berprestij di peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa.

2.2.4 Sumbangan~sumbangan besar dan bermakna bagi pembangunan universiti/Pendidikan Tinggi Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia

2.2.5 Key Performance Indicator (KPI) dan ringkasan mengenai perancangan sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

2.2.6 Dua nama penyokong sebagai Pakar Rujuk (Referee)

3. Tempoh Lantikan

Tiga (3) tahun (Tertakluk kepada keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia)

4. Kelayakan

Sekurang~kurangnya telah memegang jawatan Prof. Madya dengan kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) atau setaraf serta berkebolehan memimpin dan mengurus Hal Ehwal Pelajar dan Alumni. Pemohon hendaklah memenuhi 2 (dua) kriteria utama iaitu Kriteria Umum dan Kriteria Khusus.

5. Kriteria Umum

Garis Panduan dan Kriteria Umum Pemilihan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM adalah seperti ketetapan berikut:

5.1 Kecemerlangan Akademik

Pemohon mestilah mempunyai kelayakan PhD, mendapat command of respect dari kalangan rakan sejawat, mempunyai rekod cemerlang dalam penyelidikan, penerbitan jumal berwasit antarabangsa, inovasi dalam pengajaran dan kecemerlangan dalam khidmat profesional.

5.2 Pengiktirafan Antarabangsa

Pemohon mestilah diiktiraf oleh peers antarabangsa dalam bidangnya, mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh, pemah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari organisasi terkemuka luar negara.

5.3 Kebolehan Memimpin dan Mengurus

Pemohon mestilah mempunyai people skills yang boleh meneraju transformasi, mempunyai gagasan, visi dan misi serta mampu menggerakkan komuniti kampus ke arah budaya kecemerlangan akademik. Selain itu pemohon mestilah keupayaan kemahiran komunikasi dan interpersonal yang mantap, pengalaman dan rekod cemeriang merupakan antara ciri utama dalam menentukan kebolehmampuan calon.

21Page

Page 4: IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN …pendaftar.usm.my/images/pdf/Hebahan_19_2017.pdf · berkaitan dengan pembangunan dan hal ehwal pelajar. Pemohon ... Hasil Pembelajaran

5.4 Reputasi

Menjadi "role mode/" kepada semua peringkat staf, mempunyai pengalaman dan· proven track record serta disanjung baik dan dihormati oleh masyarakat kampus dan luar.

5.5 Personaliti Pemohon

Pemohon mestilah seorang yang berwibawa, berkarisma, bersahsiah tinggi, team player, serta mempunyai motivasi dalaman untuk memacu kecemerlangan universiti. Pemohon juga mestilah memahami aspirasi Negara untuk membangunkan modal insan bermentaliti kelas pertama.

5.6 Proaktif

Mempunyai pemikiran dan sikap yang proaktif serta mampu mengurus kepelbagaian dalam apa jua situasi

5.7 Perwatakan

Mempunyai perwatakan yang dinamik serta bertanggungjawab dan komited kepada tugas dan tanggungjawab berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat dan Negara.

5.8 Pengurusan Konflik

8erkeupayaan mengenal pasti konflik dan menguruskannya dengan baik dan berhemah.

5.9 Potensi

Mempunyai potensi untuk menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan Universiti dan Pendidikan Tinggi Negara secara keseluruhan

6. Kriteria Tambahan

Kriteria Khusus lebih mirip kepada keperluan di UPNM iaitu berdasarkan Garis Panduan dan Kriteria Pemilihan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) IPTA adalah seperti ketetapan berikut:

6.1 Berkemampuan menguruskan urusan berkaitan Pembangunan dan Hal Ehwal Pelajar:

Pemohon perlu mempunyai pengalaman dalam menguruskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan dan hal ehwal pelajar. Pemohon mestilah bertanggungjawab menyelia aktiviti yang dianjurkan oleh persatuan pelajar, terutama Majlis Perwakilan Pelajar agar sebarang aktiviti yang dijalankan adalah selari dengan matlamat penubuhan universiti dan tidak bercanggah dengan dasar­dasar semasa kerajaan.

31Page

Page 5: IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN …pendaftar.usm.my/images/pdf/Hebahan_19_2017.pdf · berkaitan dengan pembangunan dan hal ehwal pelajar. Pemohon ... Hasil Pembelajaran

6.2 Aktif dalam Ko-kurikulurn dan Berpengetahuan dalam Mereka bentuk dan Melaksanakan Ko-kurikulurn Berkredit serta Program Pernbangunan Pelajar secara Holistik:

Pemohon mestilah mahir dalam mereka bentuk ko-kurikulum berkredit berteraskan Hasil Pembelajaran (LO) dan Kemahiran Insaniah (KI) serta aras taksonomi pembelajaran yang selaras dengan atribut afektif yang perlu dihasilkan melalui ko­kurikulum. Pemohon perlu berpengalaman dalam menterjemah ko-kurikulum berkredit kepada program memperkasakan pelajar serta berupaya memberi kesedaran, dorongan dan galakan kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dalam usaha melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

6.3 Penglibatan dalarn Jawatankuasa yang berkaitan Hal Ehwal Pelajar:

Pemohon akan terlibat dalam Jawatankuasa Kebajikan Pelajar, Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, Jawatankuasa Anugerah Khas Bakat dan Kepimpinan Pelajar dan Jawatankuasa-jawatankuasa lain yang berkaitan dengan hal ehwal pelajar. Oleh yang demikian, pemohon mestilah seorang individu yang service-oriented dan senantiasa bersedia mendekati pelajar bagi menjaga kebajikan mereka tidak kira siang ataupun malam. Pemohon juga perlu mempunyai pengetahuan dalam bidang psikologi dan kaunseling/runding cara sebagai asas untuk mendekati pelajar dan mengetahui permasalahan mereka.

6.4 Berpengalaman dalam Menguruskan Kolej-kolej kediarnan:

Pemohon mestilah mempunyai asas dalam pengurusan. Ini adalah kerana pengurusan kolej-kolej kediaman di universiti merupakan tanggungjawab dan berada di bawah bidang kuasa TNC (HEPA). Pemohon mestifah mempunyai kemahiran dalam penyelesaian masalah bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan pelajar agar perkhidmatan yang disediakan ini dapat melahirkan dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif.

6.5 Mempunyai Jaringan Hubungan yang Luas Serta dihormati dari Kalangan Alumni:

Pemohon mestilah mempunyai jaringan hubungan yang luas serta dihormati dari kalangan alumni. Ini adalah kerana pewujudan alumni adalah penting sebagai salah satu teras kerana pembangunan dan kemajuan universiti.

7. Bidang Tujahan Penyelidikan

Pemohon perlu mendalami dan dapat menyesuaikan diri serta berkemampuan untuk mengaitkan bidang keselamatan dan pertahanan di dalam semua aspek latihan sernasa dan pendedahan, orientasi siswa, debat keamanan, pidato siswa dan lain·lain arena yang berkaitan dengannya.

41Page

Page 6: IKLAN JAWATAN KOSONG UNIVERSITI PERTAHANAN …pendaftar.usm.my/images/pdf/Hebahan_19_2017.pdf · berkaitan dengan pembangunan dan hal ehwal pelajar. Pemohon ... Hasil Pembelajaran

8. Hanya pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Pemohon yang tidak menerima apa-apa Jawapan dalam masa enam (6) bulan selepas tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

9. Sebarang pertanyaan/kemusykilan sila hubungi :

i) Puan Sarina binti Abdul Rani Timbalan Pendaftar

03-90513423 [email protected]

ii) Encik Mohamad Sabri bin Che Omar -Penolong Pendaftar Kanan

03-90514417 [email protected]

10.Tarikh tutup permohonan jawatan adalah pada 13 Mac 2017 (Isnin)

11.Proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka di mana pihak universiti boleh mencalonkan mana-mana calon yang dirasakan sesuai untuk pertimbangan Jawatankuasa Pemilih.

51Page