iklan jawatan kosong penyelidik gred q41 di · pdf filerawatan air kumbahan bagi mengurangkan...

3
IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G41 (SAMBILAN) DI JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR. Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. (a) Jawatan : Pegawai Perikanan Gred G41 Kementerian : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Bilangan kekosongan : Dua (2) di Jabatan Taman Laut Malaysia, Aras 11, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Putrajaya. Klasifikasi : Perkhidmatan Am Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pengurusan dan Profesional Taraf Jawatan : Sambilan (b) Tangga Gaji Perlantikan : G41: P1T1 RM1694.45 Gaji Harian : RM 73.67 sehari I.T.K.A Harian : RM 13.04 sehari B.S.H Harian : RM 13.04 sehari Gaji Bulanan Maksimum : (Tidak melebihi 23 hari bekerja) RM 2,294.25 sebulan. (c) Kemudahan: i. Rawatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan; dan ii. Bayaran wad di hospital kerajaan mengikut gred jawatan yang Pekerja Sambilan itu disandarkan tetapi tidak melebihi kelas dua. iii. Rawatan tidak termasuk suami/isteri dan anak kepada pekerja. iv. Kemudahan perubatan ini tidak meliputi pembekalan alat-alat orthopedic, anggota palsu dan rawatan pergigian otodontik bagi tujuan kosmetik. (d) Syarat Lantikan: i. Warganegara Malaysia ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun iii. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sains dari yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang

Upload: vothuy

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: IKLAN JAWATAN KOSONG PENYELIDIK GRED Q41 DI  · PDF filerawatan air kumbahan bagi mengurangkan discaj air kumbahan dari pulau-pulau di sekitar Taman Laut. xii

IKLAN JAWATAN KOSONG PEGAWAI PERIKANAN GRED G41 (SAMBILAN) DI

JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA, KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM

SEKITAR.

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan

bagi mengisi kekosongan jawatan Pegawai Perikanan Gred G41 di Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar.

(a) Jawatan : Pegawai Perikanan Gred G41

Kementerian : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Bilangan kekosongan : Dua (2) di Jabatan Taman Laut Malaysia,

Aras 11, Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar, Putrajaya.

Klasifikasi : Perkhidmatan Am

Kumpulan Perkhidmatan : Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Taraf Jawatan : Sambilan

(b) Tangga Gaji Perlantikan : G41: P1T1 RM1694.45

Gaji Harian : RM 73.67 sehari

I.T.K.A Harian : RM 13.04 sehari

B.S.H Harian : RM 13.04 sehari

Gaji Bulanan Maksimum : (Tidak melebihi 23 hari bekerja)

RM 2,294.25 sebulan.

(c) Kemudahan:

i. Rawatan perubatan di hospital dan klinik kerajaan; dan

ii. Bayaran wad di hospital kerajaan mengikut gred jawatan yang

Pekerja Sambilan itu disandarkan tetapi tidak melebihi kelas dua.

iii. Rawatan tidak termasuk suami/isteri dan anak kepada pekerja.

iv. Kemudahan perubatan ini tidak meliputi pembekalan alat-alat

orthopedic, anggota palsu dan rawatan pergigian otodontik bagi

tujuan kosmetik.

(d) Syarat Lantikan:

i. Warganegara Malaysia

ii. Berumur tidak kurang dari 18 tahun

iii. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kepujian

dalam bidang Sains dari yang diiktiraf oleh kerajaan daripada

institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang

Page 2: IKLAN JAWATAN KOSONG PENYELIDIK GRED Q41 DI  · PDF filerawatan air kumbahan bagi mengurangkan discaj air kumbahan dari pulau-pulau di sekitar Taman Laut. xii

diiktiraf setaraf dengannya. (Keutamaan diberikan kepada calon

dari jurusan Sains Marin).

iv. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik.

(e) Deskripsi tugas:

i. Menyediakan sistem pangkalan data bagi mewujudkan sistem

perkongsian maklumat yang efektif antara penyelidik, pihak yang

mengurus Taman Laut dan pihak berkepentingan lain.

ii. Mengumpul, menganalisis dan dan mengkaji penghasilan data

secara berterusan dari kesemua sumber mengenai kajian-kajian

yang pernah, sedang dan akan dijalankan di kawasan perairan

Taman laut.

iii. Menganjurkan bengkel-bengkel peringkat kebangsaan bagi

menghasilkan Dokumen Strategi Taman Laut Kebangsaan dan

memastikan Dokumen ini dipersetujui dan ditandangani oleh

semua pihak berkepentingan.

iv. Menyediakan Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan kerjasama

dan persefahaman dalam pengurusan dan polisi Taman Laut.

v. Merancang dan menjalankan kajian berkenaan integrasi antara

eco-tax dan caj pemuliharaan di Taman Laut.

vi. Merancang program berasaskan ”fund-raising” di mana pelawat

dan dan pengusaha pelancongan boleh menyumbang dari segi

kewangan (secara tidak langsung) bagi aktiviti-aktiviti

pemuliharaan.

vii. Memeriksa aplikasi mekanisme kewangan sedia ada bagi

menggalakkan industri kecil dan sederhana terlibat dalam

pelaburan sektor alam sekitar.

viii. Membuat replikasi berkenaan penyusunan perancangan dan

institusi yang telah dibentuk di lain-lain Kawasan Larangan Taman

Laut (Marine Protected Areas) di Malaysia.

ix. Memformulasi pelan pengurusan bersama dengan komuniti

setempat dan kerajaan tempatan.

x. Menggalakkan kerjasama pengusaha pelancongan untuk

berurusan terus dengan petugas Taman Laut dan memastikan

pengusaha pelancongan mempunyai kapasiti dan insentif untuk

melaksanakan amalan terbaik bagi memulihara biodiversiti marin.

xi. Memastikan perancangan, pembangunan dan identifikasi teknologi

rawatan air kumbahan bagi mengurangkan discaj air kumbahan

dari pulau-pulau di sekitar Taman Laut.

xii. Memastikan perancangan bagi pengutipan dan pelupusan minyak

dan gris dari dapur dan vesel perikanan bagi mengurangkan

pencemaran minyak di perairan Taman Laut.

xiii. Mempromosikan standard-standard peringkat antarabangsa bagi

pengurusan Kawasan Larangan Taman Laut.

xiv. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pengarah Jabatan Taman Laut

dari masa ke semasa.

Page 3: IKLAN JAWATAN KOSONG PENYELIDIK GRED Q41 DI  · PDF filerawatan air kumbahan bagi mengurangkan discaj air kumbahan dari pulau-pulau di sekitar Taman Laut. xii

(f) Cara memohon:

i. Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan

jawatan yang boleh didapati secara percuma di Jabatan Taman

Laut Malaysia, Aras 11, Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar dan sila berjumpa dengan pegawai bertugas (Puan Intan

Suhana Idris) atau dimuat turun daripada laman web Jabatan

Taman Laut Malaysia (www.dmpm.nre.gov.my). Permohonan

yang tidak menggunakan borang tersebut akan ditolak.

ii. Borang permohonan yang telah dilengkapkan hendaklah di hantar

dalam sampul surat 32cm x 22 cm dan ditulis NAMA JAWATAN

DI SUDUT ATAS SEBELAH KIRI SAMPUL SURAT DENGAN

MENYERTAKAN DOKUMEN-DOKUMEN YANG DISAHKAN.

(a) Sekeping gambar berukuran passport

(b) Salinan Kad Pengenalan baru

(c) Salinan Sijil Kelahiran; dan

(d) Salinan Sijil/Kelulusan Persekolahan

iii. Permohonan yang tidak lengkap seperti berikut akan DITOLAK:

(a) Tidak disertakan dokumen yang diperlukan;

(b) Tidak lengkap dan terang;

(c) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan

dalam iklan;

(d) Borang tidak ditandatangani.

iv. Permohonan hendaklah sampai di alamat berikut sebelum atau

pada 24 Julai 2009 (Jumaat):

UNIT PENGURUSAN PROJEK

PROJEK GOM-UNDP/GEF

JABATAN TAMAN LAUT MALAYSIA

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

ARAS 11, BLOK 4G3, PRESINT 4,

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62574 PUTRAJAYA.

Catatan Am:

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Permohonan yang tidak menerima jawapan dalam tempoh 2 bulan selepas iklan

jawatan ditutup hendaklah dianggap tidak berjaya.