iklan jawatan 2015

5
  MAJLIS PERBANDARAN MUAR Karung Berkunci No. 516, 84009 Muar IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS PERBANDARAN MUAR Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri Johor) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk mengisi jawatan berikut; Bil. Jawatan Gred Kumpulan Perkhidmatan Klasifikasi Perkhidmatan Jadual Gaji (JGMM) Kosong 1 Pegawai Kesihatan Persekitaran (Tetap) U41/ U42 Pengurusan dan Profesional Perubatan dan Kesihatan RM2,260.00 RM 8,756.00 1 2 Pegawai Perancang Bandar & Desa (Tetap) J41 Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Kejuruteraan RM2,360.00 RM8,743.00 1 3 Pembantu Tadbir (Kewangan) (Tetap) W17 Pelaksana Perkhidmatan Kewangan RM 929.00 RM3,377.00 1 4 Pembantu Penguatkuasa (Tetap/Kontrak) N17 Pelaksana Pentadbiran dan Sokongan RM 928.00 RM3,375.00 13 5 Pembantu Operasi (Tetap) N11 Pelaksana Pentadbiran dan Sokongan RM 802.00 RM2,663.00 3 6 Penghantar Notis (Tetap) N11 Pelaksana Pentadbiran dan Sokongan RM 802.00 RM2,663.00 2 7 Pemandu Kenderaan (Tetap) H11 Pelaksana Perkhidmatan Kemahiran RM 837.00 – RM2,619.00 2 8 Pembantu Awam (Tetap) H11 Pelaksana Perkhidmatan Kemahiran RM 837.00 – RM2,619.00 5 Kelayakan Masuk Bil. Jawatan/Kategori Kelayakan Masuk 1. Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U41/U42 Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya: Gaji permulaan ialah RM2,260.00. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U36 yang sedang berkhidmat dan memenuhi syarat kenaikan pangkat ke jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U42 juga layak memohon.

Upload: fitry-heiry

Post on 04-Oct-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hehe

TRANSCRIPT

  • MAJLIS PERBANDARAN MUAR

    Karung Berkunci No. 516, 84009 Muar

    IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI MAJLIS PERBANDARAN MUAR

    Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia (Keutamaan kepada rakyat Negeri

    Johor) berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan berkelayakan untuk

    mengisi jawatan berikut;

    Bil. Jawatan Gred Kumpulan

    Perkhidmatan

    Klasifikasi

    Perkhidmatan Jadual Gaji (JGMM) Kosong

    1 Pegawai Kesihatan

    Persekitaran (Tetap)

    U41/

    U42

    Pengurusan dan

    Profesional

    Perubatan dan

    Kesihatan RM2,260.00 RM 8,756.00 1

    2 Pegawai Perancang Bandar &

    Desa (Tetap) J41

    Pengurusan dan

    Profesional

    Perkhidmatan

    Kejuruteraan RM2,360.00 RM8,743.00 1

    3 Pembantu Tadbir (Kewangan)

    (Tetap) W17 Pelaksana

    Perkhidmatan

    Kewangan RM 929.00 RM3,377.00 1

    4 Pembantu Penguatkuasa

    (Tetap/Kontrak) N17 Pelaksana

    Pentadbiran dan

    Sokongan RM 928.00 RM3,375.00 13

    5 Pembantu Operasi (Tetap) N11 Pelaksana Pentadbiran dan

    Sokongan RM 802.00 RM2,663.00 3

    6 Penghantar Notis (Tetap) N11 Pelaksana Pentadbiran dan

    Sokongan RM 802.00 RM2,663.00 2

    7 Pemandu Kenderaan (Tetap) H11 Pelaksana Perkhidmatan

    Kemahiran RM 837.00 RM2,619.00 2

    8 Pembantu Awam (Tetap) H11 Pelaksana Perkhidmatan

    Kemahiran RM 837.00 RM2,619.00 5

    Kelayakan Masuk

    Bil. Jawatan/Kategori Kelayakan Masuk

    1.

    Pegawai Kesihatan

    Persekitaran Gred U41/U42

    Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf

    oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi

    tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya:

    Gaji permulaan ialah RM2,260.00.

    Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U36 yang

    sedang berkhidmat dan memenuhi syarat kenaikan pangkat

    ke jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U42 juga

    layak memohon.

  • 2.

    Pegawai Perancang Bandar

    dan Desa Gred J41

    Ijazah Sarjana Muda Perancang Bandar dan Wilayah yang

    diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian

    tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf

    dengannya: Gaji permulaan ialah RM2,360.00.

    Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian

    Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan

    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    3 Pembantu Tadbir (Kewangan)

    Gred W17

    i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan diiktiraf

    setaraf dengannya oleh kerajaan serta kepujian

    dalam subjek Matematik atau Perdagangan atau

    Akaun pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji

    permulaan ialah pada Gred W17: RM929.00);

    atau

    ii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan

    Malaysia Peringkat Pertengahan (Simpan Kira-

    kira) atau atau kelayakan diiktiraf setaraf

    dengannya oleh kerajaan serta kepujian dalam

    subjek Matematik atau Perdagangan atau Akaun

    pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji

    permulaan ialah pada Gred W17: RM985.00);

    atau

    iii) Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan

    Malaysia Peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau

    kelayakan diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17:

    RM1,154.00); atau

    iv) Sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau

    penyimpan kira-kira yang diiktiraf oleh kerajaan

    daripada politeknik-politeknik tempatan atau

    kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17:

    RM1,436.00), dan

    v) Kepujian dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa

    Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau

    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan.

    4 Pembantu Penguatkuasa

    Gred N17

    i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang

    diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau

    ii) Bekas anggota Polis Diraja Malaysia atau

    Angkatan Tentera Malaysia yang berpangkat

    Koperal keatas dan telah disahkan dalam jawatan

    tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan

    yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca

    dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan

    memuaskan.

  • iii) Lulus Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu

    (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil

    Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf

    setaraf dengannya oleh kerajaan.

    iv) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan

    pancaindera seperti berikut;

    a) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi

    lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa

    bersepatu;

    b) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg

    bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;

    c) Mempunyai Indeks Jisim Badan (BMI)

    diantara julat 19 hingga 26;

    d) Mempunyai ukuran dada yang biasa

    sekurang-kurangnya79sm dan semasa

    menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);

    e) Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri

    dan kanan yang diuji berasingan dengan

    ketetapan V6/9 tanpa mengunakan

    cermin mata;

    f) Pengecaman warna dan pendengaran

    yang tidak cacat;

    g) Diperiksa dan diperakui sihat untuk

    berkhidmat oleh pengamal perubatan

    berdaftar.

    v) Lulus ujian fizikal yang akan diadakan.

    5 Pemandu Kenderaan Gred

    H11

    i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang

    diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

    ii) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada

    peringkat Penilaian Menengah Rendah atau

    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan.

    iii) Lesen memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I yang

    dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan

    [kecuali lesen memandu dalam tempoh

    percubaan (P)];dan

    iv) Berkebolehan memandu, mengendali dan

    menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi

    oleh skim perkhidmatan ini.

    v) Gaji permulaan ditetapkan mengikut Kelas Lesen

    Memandu berikut:

    Kelas D RM 896.15

    Kelas E/E2/E1 RM 942.30

    Lesen F/H RM 988.45

    Lesen G/I RM1,034.60

  • 6 Pembantu Operasi

    Gred N11

    i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan

    yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

    (Gaji permulaan ialah pada Gred

    N11:RM847.99); atau

    ii) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang

    diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan

    memiliki lesen memandu Kelas

    D/E/E1/E2/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan

    Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu

    dalam tempoh percubaan (P)].

    (Gaji permulaan ialah pada Gred N11:

    RM894.14)

    iii) Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada

    peringkat Penilaian Menengah Rendah atau

    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan.

    7

    Penghantar Notis Gred N11

    i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang

    diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dan

    memiliki sekurang-kurangnya lesen memandu

    Kelas B2 yang dikeluarkan oleh Jabatan

    Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu

    dalam tempoh percubaan (P)].

    (Gaji permulaan ialah pada Gred

    N11:RM847.99); dan

    a) Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa

    Melayu pada peringkat Penilaian

    Menengah Rendah atau kelulusan yang

    diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan.

    8 Pembantu Awam Gred H11

    i) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang

    diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

    (Gaji permulaan ialah pada Gred

    H11:RM850.00); dan

    ii) Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu

    pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau

    kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh

    kerajaan.

  • CARA MEMOHON

    a. Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh

    diperolehi dengan harga RM1.00 di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran

    Muar (MPM) atau dengan memuat turun atau dicetak dari laman Web MPM di alamat

    http://www.mpmuar.gov.my.

    b. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan salinan-salinan dokumen yang telah

    disahkan seperti Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil-sijil Akademik, transkrip serta

    dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

    c. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-

    Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah melalui Ketua Jabatan masing-

    masing mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,

    Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan hendaklah disertakan

    dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan Nilaian

    Prestasi Tahunan terkini.

    d. Semua Borang Permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dimasukkan ke dalam

    sampul surat yang sesuai dengan dicatatkan dipenjuru atas sebelah kiri sampul itu

    jawatan yang dipohon. Semua permohonanan hendaklah dihantar kepada;

    Yang Dipertua

    Majlis Perbandaran Muar

    Karung Berkunci No. 516

    84009 Muar

    e. Tarikh tutup permohonan ini ialah pada 15 Mac 2015. Permohonan yang lewat diterima

    tidak akan dilayan.

    f. Hanya calon-calon yang disenarai pendek sahaja akan dijemput hadir temuduga.

    Permohonan tuan/puan dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya tidak dihubungi dalam

    tempoh enam (6) bulan selepas tarikh tutup permohonan di atas.

    MPM:23/79 JLD.9 ( )