iban.docx
TRANSCRIPT
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
1.0 Aspek sejarah, adat resam, pantang larang, kepercayaan dan kebudayaan
bermula dari kelahiran hingga kematian masyarakat kaum iban di sarawak.
Kaum Iban merupakan penduduk peribumi dan kaum majoriti di Sarawak Bumi
Kenyalang. Kaum Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut dan dengan jumlah
sebanyak 876,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak, kaum Iban
merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan
bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi
kepadatan penduduk Iban adalah di bahagian Kota Samarahan, Sri Aman, Sarikei, Sibu,
Kapit, Bintulu dan Miri. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang
yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi
mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain.
amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang,
tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara
satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian
sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam
dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. Orang Iban
biasanya menduduki di lembah Sungai Saribas, Sungai Skrang, Sungai Batang Lupar,
dan Sungai Rajang. Kaum Iban adalah kaum yang mengamalkan banyak budaya yang
menarik. Mereka hidup bermasyarakat dan mendiami rumah-rumah panjang. Diketuai
oleh ketua kampung yang dipanggil Tuai Rumah. Kebanyakkan masyarakat Iban
sekarang telah menetap di bandar-bandar besar di sekitar Negeri Sarawak.
Adat dan tradisi
masyarakat Iban di sarawak adalah merangkumi keseluruhan budaya dan masyarakat
iban di sarawak yang diamalkan pada masa dahulu dan juga beberapa adat dan tradisi
1
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
yang masih diamalkan sehingga sekarang. Pelbagai adat dan tradisi yang lama tidak
terungkai oleh masyarakat pada zaman ini yang hidup penuh dengan kemajuan dan
pengaruh-pengaruh luar yang menenggelamkan pengaruh tempatan. Masyarakat iban
juga dikenali sebagai masyarakat yang selalu berpindah randah atau bergerak dari satu
tempat ke satu tempat untuk mencari makanan dan kehidupan baru.
Cara hidup masyarakat iban adalah dapat dilihat dari segi kehidupan masyarakat
iban yang teguh dengan kemasyarakatannya iaitu hidup dalam satu rumah panjang.
Struktur organisasi dalam rumah panjang itu diterajui oleh tuai rumah kemudian
beberapa orang yang akan membantu beliau dalam mengendalikan hal-hal pentadbiran
dalam rumahnya. Tuai rumah akan berperanan dalam undang-undang rumah panjang
dan juga mengendalikan adat-adat dalam rumah panjang tersebut. Sementara dari segi
ekonomi pula, masyarakat iban di sarawak masih teguh dengan tradisi masyarakat
mereka yang bergantung kepada aktiviti pertanian secara sara diri. Tradisi ini masih
kekal sehingga ke zaman ini. Tanaman padi ini akan diusahakan setiap setahun sekali
iaitu selepas penghujung bulan jun atau bulan 1 bagi masyarakat iban, yang
menganggap bulan jun sebagai bulan permulaan dalam takwim mereka. Padi akan
selesai dituai pada bulan februari. Pada 1 haribulan jun, sambutan hari gawai dayak
akan diadakan sebagai meraikan semangat padi yang telah memberikan rezeki kepada
mereka. Perayaan Gawai merupakan perayaan utama bagi suku kaum Iban. Jenis-jenis
Hari Gawai adalah seperti Gawai Dayak, Gawai Burung, Gawai Batu, Gawai
Kenyalang, Gawai Panggul, Gawai Kelingkang, Gawai Tuah, Gawai Lelabi dan Gawai
Antu. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai sebagai tanda
kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah merupakan
orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting ini.
Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan. Minuman
yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang. Padi yang
diusahakan pula ialah padi bukit, dan secara keseluruhan aktiviti adalah masih
menggunakan peralatan tradisional seperti kapak, parang, dan peralatan tradisional
yang lain. Selain daripada mengusahakan tanaman padi, masyarakat iban di sarawak
juga turut menanam lada. Lada ditanam sebagai sumber pendapatan bagi menyara
hidup keluarga dan anak-anak mereka. Di samping itu juga, masyarakat iban di sarawak
juga turut menyara hidup mereka dengan aktiviti berburu dan menangkap ikan. Dari
2
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
aspek sosial pula, masyarakat iban terkenal dengan amalan dalam sesebuah rumah
panjang. Pada zaman sekarang, amalan hidup dalam komuniti rumah panjang masih
lagi ada. Di rumah panjang saya sendiri ada lima puluh empat buah rumah yang sama
besar dan juga sama struktur binaannya. Dalam pergaulan seharian, amalan
masyarakat iban antara lelaki dan perempuan adalah tidak disekat ataupun dibenarkan
mengikut adat ngayap. Ngayap ini merupakan satu amalan masyarakat iban pada
zaman dahulu, yang dilakukan oleh si teruna untuk memikat si dara serta berkenalan
dan meluahkan perasaan masing-masing. Mengikut adat, si teruna boleh mengunjungi
si dara tidak melebihi tiga malam berturut-turut. Jika kunjungan berterusan, ibu-bapa si
gadis mempunyai hak untuk menentukan dan bertanya sama ada si teruna serius di
dalam usahanya untuk memikat si gadis. Sekiranya antara mereka serius, mereka akan
dikahwinkan. Pada masa kini, tradisi dan amalan ngayap ini tidak lagi diamalkan.
Mereka juga seperti kaum lain yang memberi makan setiap tetamu yang datang ke
rumah mereka. Tetamu yang datang juga mungkin dihantar pulang sekiranya perlu. Di
samping itu juga, tetamu yang hendak pulang juga akan dibekalkan dengan buah
tangan dan juga cenderamata yang menunjukkan tuan rumah senang menerima
kehadiran mereka.
Cara berpakaian masyarakat iban adalah sangat unik dan masih lagi diamalkan
pada masa sekarang terutamanya pada musim keramaian, majlis-majlis tertentu, dan
juga pada musim perayaan iaitu hari gawai. Namun,pada hari-hari biasa, masyarakat
iban menggunakan pakaian seperti mana yang dipakai oleh masyarakat lain. Pada
zaman dahulu, pakaian lelaki dan wanita dalam masyarakat iban adalah jauh berbeza.
Namun demikian ia lebih banyak diperbuat daripada kain tenunan yang memaparkan
corak tenunan yang sangat cantik. Sementara untuk perhiasan pula, masyarakat iban
menggunakan perhiasan yang pelbagai seperti marik empang, sugu tinggi, rawai dan
sebagainya. Perhiasan ini diperbuat daripada bahan logam seperti timah dan juga perak
dengan buatan yang sungguh cantik. Lelaki masyarakat iban terkenal dengan lanjang
atau topi yang dihiasi dengan bulu burung iaitu burung merak atau ruai. Lelaki juga
relevan dengan pantang atau tatu yang diukir pada badan mereka. Amalan bertatu ini
masih lagi diamalkan sehingga pada zaman sekarang dan ia menggambarkan seni
masyarakat iban yang sangat unik dan menarik. Ukiran-ukiran yang sering diukir pada
badan mereka ialah seperti ukiran bungai terong, binatang-binatang buas dan
3
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
sebagainya. Di samping itu juga, amalan menindik telinga juga sebati dengan
masyarakat iban. Tidak kira lelaki dan perempuan. Namun demikian, pada zaman
sekarang, amalan itu tidak lagi diamalkan, melainkan perempuan sahaja yang menindik
telinga untuk dilekatkan subang sebagai perhiasan. Pada zaman dahulu, lelaki juga
memakai kain sirat. Kain sirat merupakan sehelai kain yang berukuran 50m x 500 cm.
Bahagian hujung kain ini dihiasi denga sulaman atau tenunan yang indah. Manik dan
kulit siput juga kadang-kadang dijadikan sebagai hiasan itu. Pemakaian sirat adalah
dengan melilitnya di pinggang dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari
pinggang ke hadapan dan belakang badan untuk mempamerkan bahagian yang
berhias. Lelaki juga sinonim dengan kain dandong atau kain selendang yang dipakai
oleh lelaki iban. Panjang dandong adalah tidak tetap kerana kain dandong ini digunakan
sebagai pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu.
Dandong ini diperbuat daripada tenunan secara ikat. Kain dandong tidak lagi digunakan
pada zaman sekarang, melainkan digunakan untuk perhiasan sahaja. Pakaian lelaki
yang dijadikan sebagai baju pula dikenali sebagai baju burung. Baju burung adalah
merupakan sejenis kain tenunan yang mempunyai corak yang bermotifkan burung dan
coraknya sangat cantik. Cara pemakaian baju burung adalah dipakai seperti baju biasa
hanya ia tidak bertutup dan mendedahkan dada. Baju burung juga dipakai tanpa lengan
kelihatan ringkas namu menarik. Baju burung masih lagi dipakai sehingga zaman
sekarang tetapi pemakaiannya hanyalah pada hari-hari tertentu sahaja seperti musim
perayaan, majlis dan keramaian dan juga menyambut tetamu atau pengabang.
4
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
Pakaian tradisional wanita iban adalah sangat unik dan hampir keseluruhannya
merupakan kain tenunan yang mempunyai corak-corak yang menarik. Pakaian wanita
iban dapat dilihat daripada bahagian kepala sehinggalah ke bahagian kaki. Bahagian
kepala akan dihiasi dengan sugu tinggi, yang merupakan hiasan yang diperbuat
daripada logam timah dan kelihatan cantik apabila wanita iban menggunakannya.
Bahagian bahu pula akan dihiasi dengan marik empang yang diperbuat daripada manik-
manik yang disusun mengikut corak. Bahagian pinggang pula akan dililit dengan ngepan
yang diperbuat daripada timah dan kelihatannya seperti syiling yang disusun berjuntai-
juntai. Kaki juga mempunyai perhiasan yang cantik dan setiap gelang kaki akan
diletakkan gerunung yang mengeluarkan bunyi-bunyian yang menarik perhatian sesiapa
yang mendengarnya. Begitulah halnya dengan pakaian wanita. Pakaian dijadikan baju
adalah dinamakan selayah(bedong) yang merupakan sejenis kain tenunan yang sangat
panjang dan dilit di bahagian dada. Sementara kain sarung yang dipakai separas lutut.
Kain sarung ini ditenun dengan corak jalur yang berwarna-warni. Malah ada diantaranya
juga dihiasi dengan corak bermotif tradisionla dan disongketkan dengan benang emas
atau perak di atas kain dasar yang berwarna merah.
Pua kumbu adalah hasil tenunan kaum iban yang paling terkemuka. Pua kumbu
dikatakan mempunyai kuasa dan dijadikan bahan penting di dalam upacara-upacara
seperti perubatan, gawai dan seumpamanya. Pua kumbu biasanya diperbuat daripada
benang yang ditenun dengan pelbagai motif atau corak yang sangat unik dan menarik.
Apabila menggunakannya, ia perlulah direntangkan. Pua kumbu digunakan juga dalam
majlis perkahwinan dan dijadikan sebagai mas kahwin. Semasa bersanding, pasangan
pengantin duduk di bawah ‘sengkuap’ untuk mendapat restu daripada saudara tua.
Seringkali juga pua digunakan sebagai pelamin dan lain-lain kegunaan selain digunakan
sebagai pakaian. Namun pada masa sekarang, penggunaan pua kumbu ini adalah
sebagai hiasan dan merupakan hasil tangan yang sangat unik bagi masyarakat iban.
Masyarakat iban adalah masyarakat yang mempunyai adat resam yang pelbagai
dan ianya masih lagi diamalkan sehingga ke zaman sekarang. Adat resam ini adalah
adat dan pantang larang yang meliputi keseluruhan cara hidup masyarakat iban.
5
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
Contohnya ialah adat mengurus kandungan dan kelahiran, adat perkahwinan, dan adat
sewaktu menguruskan kematian.
Adat sewaktu mengandungkan anak ialah adat yang mengikat wanita iban dan
juga suaminya dengan pantang larang. Banyak pantang larang yang patut dipatuhi oleh
wanita iban dan suaminya. Antaranya ialah tidak boleh menggali parit di kawasan padi
atau di mana-mana sahaja, tidak boleh menyiang daging, membunuh binatang dan juga
tidak boleh menanam pokok pisang. Semua pantang larang ini mesti diamalkan untuk
menjamin kesempurnaan fizikal bayi yang akan lahir dan juga menghalang kuasa-kuasa
ghaib yang tidak diingini daripada mengganggu bayi tersebut.
Adat selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera dipotong dan bayi akan
dimandikan. Seterusnya bayi dibedung dengan kain pua kumbu atau selimut yang
ditenun cantik. Ketika bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan
memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya badan si ibu akan
diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan rasa sengal-sengal badan akibat
bersalin tadi. Selepas diurut, badan si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat
daripada halia dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat
daripada kulit kayu. Pantang larang sewaktu menyambut kelahiran bayi pula wajib
dipatuhi oleh ibu kepada bayi tersebut. Wanita iban akan berpantang selama tiga puluh
hari selepas melahirkan anak dan makanan akan dicampurkan dengan halia supaya
dapat memanaskan badan. Selepas bersalin, wanita kaum iban akan menjalani satu
amalan iaitu berdiang, di mana si ibu perlu dekat dengan unggun api. Kayu yang
dijadikan unggun api pula ialah kayu malam, langsat, dan sebagainya yang boleh
menyembuhkan penyakit ibu yang baru lepas bersalin. Si ibu perlu berdiang selama
empat puluh hari untuk mengembalikan tenaga itu seperti biasa. Seterusnya, ialah adat
menanggalkan pusat bayi. Adat melihat matahari atau merasa garam dijalankan apabila
bayi sudah tanggal pusat iaitu ketika bayi berusia empat hari. Bayi itu akan dibawa ke
tanju atau ke anjung untuk melihat matahari dan diberi air garam. Selepas itu disusuli
dengan pemberian nama kepada bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir itu, diberikan
nama sempena nama nenek moyang mereka. Tujuannya adalah agar anak yang baru
lahir itu mewarisi jasa dan sumbangan datuk dan neneknya yang telah tiada. Selepas itu
6
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
pula disusuli oleh adat mandi sungai. Adat ini dijalankan pada usia bayi berumur satu
bulan dan untuk membiasakan bayi dengan sungai. Bayi itu akan dipakaikan dengan
kain pua belantan dan diiringi dengan doa dan mantera meminta supaya bayi itu
menjadi seorang yang sempurna. Sebaik sahaja mantera dibaca, dua orang lelaki akan
menetak air dan ayam disembelih. Bagi bayi lelaki, sayap ayam akan diikat dengan
benang merah yang digantung pada galah berayang. Manakala bagi bayi perempuan
pula, benang tersebut digantung pada galah laletan. Selepas itu bayi dimandikan dan
gendang akan dipalu untuk selepas itu jamuan ringan akan diadakan.
Adat perkahwinan dalam masyarakat iban adalah sangat unik jika dibandingkan
dengan masyarakat lain. Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban adalah
perkahwinan yang mematuhi kehendak adat. Pihak yang melanggar mana-mana adat
perkahwinan akan didenda sama ada dihukum mengikut adat perkahwinan yang telah
ditetapkan. Terdapat beberapa peringkat perkahwinan dalam masyarakat iban.
Peringkatnya adalah seperti di bawah ini. Merisik adat merisik ini adalah adat yang mesti
dan wajib dalam masyarakat iban. Dalam masyarakat iban, perkahwinan biasanya
ditentukan oleh pengantin lelaki. Sekiranya seorang teruna telah berkenan kepada
seorang gadis, ibu bapanya atau wakil akan bertandang ke rumah gadis untuk merisik.
Perjumpaan kedua belah pihak ini juga dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-
jarum. Pada masa itu syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan termasuklah berian
dan sebagainya. Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis
jika hasil pertemuan itu menggalakkan. Syarat perkahwinan ditentukan kemudian oleh
kedua-dua pihak. Bertunang setelah perundingan selesai dibuat, barulah ikatan
pertunangan itu dijalankan. Keluarga pengantin akan datang untuk menguruskan ikatan
pertunangan itu. Setelah mencapai kata sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan
“lapit” atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagi tanda pertunangan. Mulai
dari hari itu, lelaki dan perempuan akan ditanda dengan ikatan pertunangan yang sah.
Selepas ikatan pertunangan itu diikat, perempuan yang telah ditunangkan tidak
dibenarkan menerima kunjungan lelaki lain selain daripada tunang dan ahli keluarganya
sahaja. Jika tidak, perempuan itu akan dianggap mencemari ikatan pertunangan yang
baru diikat itu. Sebentuk cincin di jari masing-masing adalah sebagai tanda ikatan
pertunangan dan tanda bahawa masing-masing sudah dimiliki. Tempoh pertunangan
kemudian ditetapkan. Tarikh perkahwinan juga turut ditetapkan. Dua atau tiga hari
7
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
kemudian, wakil dari pihak lelaki akan memaklumkan kepada saudara-mara dan jiran
tetangga tentang pertunangan itu. Semasa pertunangan itu, bakal pengantin lelaki dan
pengantin perempuan haruslah sentiasa memakai cincin pertunangan sebagai tanda
mereka sudah ada yang memiliki. Sekiranya pertunangan itu putus kerana salah
seorang yang melakukan kecurangan, maka sesiapa yang melakukan kecurangan itu
akan dikenakan denda sebagai menebus malu keluarga pihak yang dicurangi itu. Tetapi,
sekiranya pertunangan itu terputus kerana kematian dan sebab-sebab lain, maka
hubungan di antara pihak lelaki dan perempuan masih berjalan dengan baik. Majlis
perkahwinan atau melah pinang majlis perkahwinan dimulakan oleh pihak lelaki. Pihak
lelaki akan menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada
pihak perempuan seperti kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan mungkin juga barang
kemas. Keluarga perempuan juga turut membuat persiapan termasuklah memburu
binatang untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang. Selain itu, kedua belah
pihak juga turut menetapkan perbelanjaan dan juga pemberian yang sesuai untuk
pasangan masing-masing. Pengantin lelaki memakai pakaian tradisional iban dan
disediakan tempat duduk. Paluan gong akan mengiringi rombongan dan perarakan
tersebut. Sebaik sahaja sampai di rumah pengantin perempuan, akan dilepaskan satu
tembakan sebagai tanda tetamu sudah tiba. Penduduk di rumah panjang pengantin
perempuan akan bersiap sedia untuk menyambut kedatangan rombongan pengantin
lelaki. Rombongan pengantin perempuan akan turun ke sungai untuk mandi bersama-
sama dengan pengantin lelaki sebagai tanda permulaan silaturahim antara pengantin
rombongan pengantin lelaki dan pengantin perempuan. Semasa perkahwinan itu
hendak bermula, mereka akan mengadakan perbincangan di ruai dan air tuak
dihidangkan sekali lagi sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah mengetahui
hubungan kekeluargaan, pengantin perempuan akan meminta berian. Tetapi nilainya
adalah mengikut yang telah ditetapkan oleh masyarakat di situ sendiri. Pihak pengantin
perempuan pula akan meminta bayaran “pemecah tangga” iaitu sebilah beliung,
bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu
sebilah pedang dan bayaran-bayaran yang lain. Upacara membelah pinang adalah
upacara menentukan tempoh jodoh antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan.
Setelah dibelah, pinang itu akan diagihkan kepada tetamu yang datang. Upacara
perkahwinan telah dianggap tamat dan menunggu masa untuk bersanding di sebelah
malam sahaja. Sekiranya ada kesalahan atau kesilapan semasa majlis perkahwinan itu,
pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Mereka juga diminta
8
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
untuk memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan mereka
akan hilang bagi setiap individu. Sementara menunggu majlis persandingan yang akan
berlangsung pada sebelah malamnya, akan diadakan sedikit perbincangan antara
keluarga sebelah pengantin lelaki dan perempuan. Perbincangan ini adalah tentang
tempoh yang sesuai bagi pengantin perempuan tinggal di rumah pengantin lelaki
sebelum dibenarkan melawat keluarganya.
Masyarakat iban menguruskan kematian mengikut adat-adat tertentu. Semasa
kematian, sanak-saudara (kaban belayan) akan datang menghadirinya. Mayat si mati
akan dimandikan dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya dan diletakkan di tengah-
tengah rumah panjang (ruai). Di atasnya akan digantung pua kumbu. Semua barang-
barang kepunyaan mayat akan dibekalkan di dunia selepas mati atau dunya sebayan.
Sepanjang malam dan siang akan ada orang yang ditugaskan untuk menangisi si mati
selain keluarga si mati. Tangisan itu adalah dalam doa yang menghantar si mati ke
dunya sebayan. Kemudian pengebumian mayat pula akan dilaksanakan pada waktu
subuh kira-kira pukul empat pagi. Lubang mayat akan digali dan ditimbus bersama
barang-barang yang dibawanya. Mayat juga dibuatkan rumah. Kemudian, apabila
selepas kematian, upacara berkabung atau ngulit dijalankan. Seisi rumah panjang
dilarang membuat bising, memakai barang kemas, pakaian yang cantik-cantik, dan
digantung pinggan yang dibalut kain hitam pada pintu rumah keluarga si mati
menandakan ada kesusahan dan kesedihan menimpa. Tidak lama kemudian,upacara
beserara bungai dijalankan untuk memastikan roh si mati tidak lagi mengganggu mereka
yang masih hidup. Setelah genap tempoh yang ditetapkan oleh keluarga si mati, maka
upacara berkabung pun tamat.
Kaum Iban mempunyai pelbagai Pantang larang. Pantang larang sewaktu makan
mesti diikut oleh masyarakat iban jika mereka mahu sentiasa sihat. Contohnya
seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan. Mereka dilarang meminum air
sebelum dan semasa makan. Rasionalnya minum sebelum makan boleh membuat
mereka kurang makan nasi sementara minum semasa makan boleh mengakibatkan
mereka lemah tenaga batin. Selepas makan, mereka dilarang tidur atau
mandi. Rasionalnya kerana tidur sejurus selepas makan boleh menyebabkan proses
9
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
penghadaman terganggu dan perut menjadi buncit. Mandi selepas makan pula
boleh mengakibatkan seseorang lemah sendi dan sakit kepala. Pantang larang ketika
tidur hanya tertakluk di luar rumah. Contohnya mereka dilarang menunjuk ke dahan
reput di atas pokok. Mereka juga dilarang tidur di kawasan yang terlalu bersih atau
terlalu cantik kerana mereka percaya kawasan sebegitu berpenunggu. Pantang larang
untuk budaya mengurut Masyarakat iban mengamalkan budaya mengurut untuk
mengelakkan sakit badan dan tegang urat. Bagi mereka, mengurut dapat meredakan
ketegangan perasaan, ketakutan, dan seterusnya memberi kedamaian dan ketenangan.
Contoh pantang larangnya ialah Masyarakat iban dilarang mandi selepas berurut kerana
boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran. Sewaktu mengandung dalam
tempoh tujuh bulan, wanita iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang,
antaranya ialah mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana
sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana
dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak.
Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu
pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua suami isteri tidak
boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan
cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak
berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana
dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik
supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.
Masyarakat
iban mempunyai
tarian yang agak
menarik dan unik.
Antara tarian iban
yang popular ialah
tarian ngajat. Tarian
ini terbahagi
kepada beberapa
10
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
jenis tetapi dilakukan pada masa dan waktu yang sama iaitu pada musim perayaan
gawai, di mana masyarakat iban akan berpesta dengan pelbagai tarian bagi menyambut
semangat padi, apabila selesai sahaja musim menuai. Antara jenis tarian yang
diamalkan ialah tarian ngajat lesong, ngajat bebunoh, ngajat pua kumbu, ngajat indu
dan banyak lagi. Semasa tarian ini ditarikan, gendang akan dibunyikan dan penari akan
menarikan tarian mengikut paluan gendang. Sementara nyanyian atau leka main pula
begitu unik dan mempunyai pelbagai fungsi. Antara leka main yang masih relevan lagi
pada zaman sekarang ialah pantun, ramban, renong, ganu, pengap, sampi, timang,
bebiau, naku antu pala, geliga dan banyak lagi. Rasa kerinduan, menyindir dengan cara
yang halus, menyampaikan rintihan dan keluhan, hiburan kanak-kanak dan juga sebagai
pembakar semangat atau motivasi. Sekiranya diteliti, dan dikaji dengan lebih mendalam
leka main atau sastera tradisional masyarakat iban ini, ia nampak lebih menarik jika
dibandingkan dengan sastera atau bidang puisi masyarakat bumiputera yang lain. Jenis
puisinya yang sangat banyak menampakkan lagi keunikan yang terdapat pada puisi
tersebut. Melalui leka main atau puisi ini, dapatlah diketahui corak pemikiran,
pandangan hidup, kejadian yang berlaku, susunan masyarakat dan kepercayaan
masyarakat iban. Tambahan pula ia disampaikan secara lisan dan diwarisi secara turun
temurun oleh masyarakat iban pada masa kini walaupun tidak semua orang yang tahu
menyanyikan atau melagukannya. Keistimewaanya yang seterusnya pula ialah apabila
ia disampaikan daripada masyarakat primitif yang animisme atau pagan. Leka main atau
puisi ini tersebar secara lisan dan ia bersifat kolektif dan fungsional. Bentuknya masih
terikat oleh konvensi tertentu dan keterikatan ini telah memberikan perbezaan
kepadanya daripada genre puisi tradisional etnik yang lain di sarawak. Masyarakat iban
seharusnya bangga kerana kepandaian mereka bermain dengan kata-kata yang berbait
dan sangat indah apabila didengar.
Secara keseluruhannya, masyarakat iban di sarawak adalah masyarakat yang
mempunyai cara hidup dan tradisi yang agak istimewa. Cara hidup mereka adalah amat
menarik sekali untuk diungkapkan dan diceritakan. Kehidupan masyarakat iban jika
dilihat dari aspek sosial, ekonomi dan politik sesungguhnya amatlah berbeza dengan
kaum-kaum lain di malaysia ini. Pada masa kini, adat dan tradisi masyarakat iban
banyak juga yang telah ditinggalkan. Antaranya adat-adat yang menjurus kepada
animisme, kepercayaan karut, dan adat-adat yang difikirkan tidak logik untuk diamalkan
11
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
pada masa sekarang. Hal ini memandangkan masyarakat pada zaman sekarang sudah
maju dan pemikiran masyarakat pun berubah ke arah yang lebih moden. Tambahan
pula, sudah ramai golongan cerdik pandai dalam kalangan masyarakat iban yang
membawa budaya dan cara hidup masyarakat bandar dan menerapkannya dalam
kalangan masyarakat iban.
12
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
2.0 Implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan murid terhadap proses
pengajaran dan penbelajaran di bilik darjah.
Budaya merupakan pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan
individu. Ini kerana budaya mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan mempengaruhi
pandangan serta perasaan seseorang. Kerap kali terdapat perbezaan antara murid,
faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran secara optimum dalam pengurusan
bilik darjah adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya
murid. Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Murid perlu
mengelakkan penggunaan dialek mengikut kaum, murid harus diingatkan agar sentiasa
berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Murid harus diingatkan agar
menghormati rakan lain yang tidak faham penggunaan bahasa mereka. Murid yang
terdiri dari pelbagai bangsa harus bersosial dalam kelompok yang berbeza terutamanya
ketika melakukan aktiviti. Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan latar
budaya masing-masing.
Aktiviti yang dijalankan juga haruslah berupaya menyemai semangat saling
mempercayai ke dalam jiwa murid. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalin
dalam masyarakat. Murid harus bersosial dalam melakukan aktiviti pembelajaran dan
seharusnya berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikap prejudis
terhadap rakan bangsa lain. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan melalui pendidikan
terbaik supaya tidak terdapat perbezaan antara individu atau kumpulan murid dengan
yang lain.
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid-murid semasa
berada di sekolah terutamanya semasa berlangsungnya pembelajaran. Unsur-unsur
dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, dan murid harus sentiasa berinteraksi
dengan menggunakan bahasa yang betul. Laras bahasa yang tepat akan membantu
murid berkomunikasi dengan lancar. Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung
dengan mereka yang berlainan jantina mengikut batas-batas yang sepatutnya. Mereka
juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan
jantina dan saling menghormati antara satu sama lain. Kemahiran juga berkomunikasi
memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Komunikasi
13
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
berkesan dapat dicapai melalui cara bertutur, penggunaan bahasa badan, penulisan,
juga melalui penggunaan alat-alat tertentu seperti komputer, telefon dan sebagainya.
Murid biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan,
menyentuh emosi, disamping meningkat kecergasan mental, kreatif dan ininovatif dan
bermatlamat. Guru diperlukan membentuk budaya bilik darjah yang dinamis,
mementingkan aspek nilai-nilai murni, hubungan yang mesra sesama murid dan murid
dengan guru. Murid yang sentiasa mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan
sebaya, tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah, yang dibaluti
perasaan kasih saying dapat memberi peluang yang terbaik untuk mengembangkan
potensi diri mereka kearah pembentukan modal insan yang berkualiti.
Tindakan murid boleh dibuat jangkaan oleh guru. Guru boleh dapat
mengurangkan kadar ponteng dan masalah disiplin melalui pendekatan pengurusan bilik
darjah yang berkesan. Kadar bilangan murid yang terlalu ramai dan tidak seimbang
bukanlah ukuran subjektif bahawa kelas itu tidak dapat dibangunkan. Kecekapan yang
ditunjukkan oleh bakal guru menghasilkan sebuah bilik darjah yang dapat
ditransformasikan menjadi sebuah rumah yang menepati slogan ‘bilik darjahku,
rumahku’. Mungkin terdapat beberapa orang murid yang nakal didalam setiap kelas,
namun harus diingat bahawa bukan murid menjadi puncah permasalahan. Kemahiran
mengawal kelas sebaik sahaja guru memasuki kelas merupa titik noktah penting dalam
pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid yang menimbulkan punca permasalahan
harus dikenalpasti, supaya murid lain tidak menjadi ‘pak turut’. Guru mesti mencuba
membantu menyelesaikan punca permasalahan dan meneruskan aktiviti pengajaran
dengan banyak berinteraksi dengan murid sehingga ia merasakan dirinya mendapat
perhatian dan dihargai sehingga ia merasakan mendapat perhatian dan dihargai bukan
kerana dirinya tetapi kerana tingkahlakunya yang disenangi guru. Murid harus
diterapkan supaya membiasakan diri datang ke bilik darjah tepat pada masanya.
14
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
3.0 Langkah-langkah untuk menangani isu kepelbagaian budaya dan bahasa
dalam kalangan murid di dalam bilik darjah.
Guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya murid-muridnya.
Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial murid.
Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira samada mereka dari kelas atasan
atau bawahan. Perbezaan tahap kecerdasan murid juga harus dititik beratkan oleh
seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran.
Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan
agar murid dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra sesama mereka tanpa
mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang
menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu murid haruslah sentiasa dihormati dan
bersikap adil kepada mereka. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran
bersesuaian dengan tahap murid. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid-murid
merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar
dikawal. Guru juga harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan.
Guru perlu sentiasa bertindak dalam memastikan ruang pembelajaran murid
tidak terganggu dengan perbezaan latar belakang, kelas sosial dan kaum masing-
masing dengan cara tidak membezakan mereka di antara satu sama lain. Contohnya,
guru akan memastikan murid dari pelbagai latar belakang ditempatkan dalam satu
kumpulan yang sama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Ini akan memberikan
peluang kepada murid untuk berinteraksi sesama sendiri secara terbuka seterusnya
mewujudkan pergaulan yang tidak berkelompok dan tanpa sekatan budaya dan
masyarakat. Guru juga perlu menunjukkan teladan yang baik di hadapan murid-murid.
Contohnya guru datang awal ke bilik darjah, sentiasa bersikap adil dan berdisiplin dalam
apa jua hal. Perkara ini akan meningkatkan rasa hormat murid terhadap guru dan
menjadikan guru sebagai idola mereka. Hubungan guru dengan murid akan erat dan ini
akan meningkatkan minat murid untuk meneruskan pembelajaran mereka.
15
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
Selain itu, guru juga perlu sentiasa membantu murid untuk memahami diri sendiri
dalam membentuk nilai, sikap dan tingkah laku yang sesuai. Murid dibimbing untuk
memahami kekuatan pada diri sendiri yang boleh digunakan untuk membantu murid
lain. Ini dapat membuatkan murid tersebut rasa dihargai dan akan sentiasa bersungguh-
sungguh dalam setiap perkara yang dilakukannya. Hubungan rapat dapat dijalinkan di
antara guru dengan murid. Guru juga perlu membantu murid membina konsep positif
kendiri serta memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan prestasi murid samada dari segi
akademik dan sebagainya.
Guru juga perlu memberi peluang sama rata kepada semua murid untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Guru perlu menggunakan bahasa
standard kebangsaan yang boleh diterima oleh semua lapisan murid dan bukannya
menggunakan dialek bahasa yang sedikit sebanyak memberikan impak terhadap
pembelajaran. Penggunaan bahasa yang standard memberi peluang kepada semua
murid untuk mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran. Kemajuan dan
kelemahan setiap murid perlu dicatat dan diambil tindakan dengan cara membuat
penambahbaikan terhadap mutu pengajaran dan pembelajaran selain daripada
membimbing murid untuk mempertingkatkan prestasi tanpa membezakan mereka di
antara satu sama lain.
Guru perlu sentiasa memikirkan kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan.
Selain daripada itu, guru juga perlu mengetahui dan memahami bidang kerjayanya dan
bijak dalam mengendalikan anak muridnya. Dalam memastikan perancangan yang
dilakukan selaras dengan kepelbagaian sosiobudaya masyarakat, guru perlu sentiasa
meningkatkan kualiti, kemahiran, keupayaan diri dan sebagainya bagi memastikan
kejayaan tersebut.
16
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
RUJUKAN
LAMAN WEB
http://noorhasnahadam.multiply.com/journal/item/13/
KEUNIKAN_AMALAN_KESIHATAN_MASYARAKAT_IBAN_BH.
http://malaysiana.pnm.my/01/0104010101swkiban_mengandung.htm
http://ms.wikipedia.org/wiki/Iban
http://gnmawar.wordpress.com/adat-iban/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Iban
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/budaya/6645-tarian-ngajat-identiti-istimewa-
masyarakat-iban-.html
BUKU
Melissa Ching,Adnan Baharom(2011).Budaya Dan Pembelajaran.Kuala
Lumpur.Percetakan Sentosa (K.L) SDN.BHD.
Boon Pong Ying Et.Al(2014). Budata Dan Pembelajaran.Shah Alam. Oxford Fajar
SDN.BHD.
17
BUDAYA DAN PEMBELAJARAN 2015
LAMPIRAN
18