hukum suntikan botulinum toxin type a

5
Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA) 2006/73/ Muzakarah Perubatan 7536 reads ShareThis Keputusan English Version Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa: 1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir. 2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan. 3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan. 4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat

Upload: ina

Post on 05-Jan-2016

265 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan.

TRANSCRIPT

Page 1: Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A

Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA)

2006/73/ Muzakarah Perubatan

7536 reads ShareThis

Keputusan English Version

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-73 yang bersidang pada 4 - 6 April 2006 telah membincangkan Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A (BTA). Muzakarah telah memutuskan bahawa:

1. Setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir. 

2. Suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox ini juga didapati boleh memberi mudharat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan. 

3. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Muzakarah memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya botox adalah haram digunakan. 

4. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah.

Keterangan/Hujah:  

1. Botox adalah singkatan Botulinum Toxin Type A (Botox cosmetic). Ia adalah sejenis protin kompleks yang dihasilkan oleh sejenis bakteria, clostridium botulinum yang mengandungi racun yang hampir sama dengan racun yang dikenalpasti menjadi punca keracunan makanan. Toksin bakteria Botulinum ini boleh melumpuhkan fungsi otot perut dan ia boleh membawa maut jika diambil dalam jumlah yang besar kira-kira 5000 unit.

Page 2: Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A

Dalam konteks penggunaanya di bidang rawatan kosmetik, Botox yang digunakan untuk terapi dikatakan selamat dan tidak membahayakan tubuh kerana dosnya hanya 1% dari dos yang boleh menyebabkan gejala keracunan. 

2. Berdasarkan maklumat kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A. berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A dan laporan yang terkandung di dalam kertas fatwa Department Of Islamic Endowment And Religious Affairs Ecumenical Decrees (Fatwa) And Research Committee Synod Of Islamic Jurisprudence Dubai, United Arab Emirates (UAE), BTA dihasilkan daripada sumber-sumber yang meragukan dan kemudharatan yang dialami akibat penggunaannya amat besar dan ramai umat Islam menggunakannya. 

3. Kebanyakan mereka yang menggunakan suntikan BTA ini lebih cenderung kepada kepentingan yang dilarang oleh Syariat Islam.Suntikan BTA ini adalah bersifat sementara dan ia merupakan suatu penipuan (gharar) kepada pasangan (suami atau isteri) apabila keadaan fizikal seseorang itu kembali kepada asal. Ini mengakibatkan salah seorang daripada mereka boleh menuntut fasakh .Dalam berhias beberapa perkara perlu dikenalpasti agar tidak terkeluar dari landasan syarak. Pertama, bahan yang digunakan untuk berhias hendaklah bebas daripada sebarang unsur yang meragukan atau seperti daripada haiwan atau mengandungi perkara yang najis; Kedua, bahan yang digunakan itu hendaklah tidak memudharatkan; Ketiga, tidak bersikap berlebih-lebihan sehingga merubah ciptaan Allah swt. Keempat, berhias hendaklah dengan niat yang bersih kerana berhias menjadi perkara terlarang sekiranya niatnya adalah untuk bertabbaruj lebih-lebih lagi jika ia dilakukan untuk tujuan riak, menunjuk-nunjuk dan dipuji oleh manusia. 

4. Menurut Syeikh Yusuf al-Qardhawy dalam buku al-Halal wa al-Haram menyatakan perbuatan mentatu ( األبدان ) mencukur kening sehingga menjadi nipis sekali ,(وشم dengan meletakkan sesuatu di celah gigi atau (المتفلجة) menjarangkan gigi , ( النمصmengasah gigi ( وشراألسنا) dianggap berlebih-lebihan dalam berhias dan bertentangan dengan jiwa Islam yang sebenar. Beliau secara tegas menyatakan perbuatan sesetengah umat Islam yang melakukan pembedahan plastik untuk tujuan kecantikan merupakan pengaruh budaya meterialistik Barat sehingga sanggup mengeluarkan wang yang banyak dan menanggung segala kesakitan demi menjalani pembedahan kosmetik untuk mencantikkan anggota seperti hidung, mata dan payu dara. 

5. Ia adalah perbuatan yang termasuk dalam kategori perbuatan yang dilaknat Allah dan RasulNya. Ini kerana ia bukan sahaja terkandung penyiksaan bahkan merubah bentuk ciptaan Allah tanpa sebarang kepentingan yang diharuskan syarak. 

6. Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya al-Mufassal fi Ahlam al-Mar’ah wa Bait al-Muslim fi al-Syariah al-Islamiyyah, membincangkan isu usaha wanita untuk mencantikkan diri mereka dalam konteks yang lebih luas. Sebarang aktiviti ke arah kecantikan atas usaha sendiri seperti mengamalkan senaman, berbedak, bercelak, bertindik telinga, mengawal pemakanan sama ada dengan tujuan untuk menambah atau menurunkan berat badan adalah harus kerana termasuk dalam a’mal al-tajmil.

Page 3: Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-suntikan-botulinum-toxin-type-bta

Hukum Suntikan Kosmetik Botox Sosial/Syariah

Tarikh Keputusan: 18 Sep, 2006 Keputusan: Mesyuarat mengambil perhatian mengenai maklumat terkini kajian perubatan yang dikemukakan oleh American Medical Association, Chicago U.S.A dan American Veterinary Medical Association Schaumburg U.S.A berkaitan kandungan Botulinum Toxin Type A

Berdasarkan maklumat tersebut dan fatwa-fatwa daripada Negara Timur Tengah yang telah dikemukakan. Mesyuarat berpandangan bahawa isu suntikan Botulinum Toxin Type A ini telah jelas mengandungi perkara-perkara yang diharamkan oleh Islam

Oleh itu, Mesyuarat bersetuju menerima keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke 74 pada 25-27 Julai 2006 bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A adalah haram dan sighah fatwa adalah seperti berikut :

i. setelah meneliti laporan kajian dari dalam dan luar negara serta hujah-hujah yang jelas dalam pengeluaran fatwa oleh beberapa negara Islam lain, Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan, antara bahan-bahannya ialah khinzir

ii. suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox ini juga didapati boleh memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka pendek, jangka panjang dan boleh dimanipulasikan untuk tujuan penipuan

iii. Berdasarkan kepada penemuan-penemuan seperti yang dinyatakan tersebut, Mesyaurat memutuskan bahawa suntikan Botulinum Toxin Type A atau nama komersialnya Botox adalah haram digunakan

iv. Walaubagaimanapun untuk tujuan perubatan, suntikan Botulinum Toxin Type A ini adalah dibenarkan dengan syarat penggunaannya dalam keadaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan oleh pakar yang bertauliah

  

Status Penwartaan: Tidak Diwartakan

Page 4: Hukum Suntikan Botulinum Toxin Type A

Nombor Rujukan: LFNS KE-10

http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-suntikan-kosmetik-botox-0