http buang bayi

1
http://kisahbest.org/2013/05/kejam-buang-bayi-dalam-saluran-lubang- tandas-fotovideo/ Kejam! Buang Bayi Dalam Saluran Lubang Tandas (Foto+Video) | Jangan terkejut! Inilah yang berlaku di alam realiti. Sifat yang dianggap kejam terhadap manusia ini apabila seorang bayi yang baru dilahirkan di buang ke dalam lubang tandas dan tersumbat dalam paip kumbahan. Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia, tetapi di sebuah rumah di China . Walaupun tersangkut dalam saluran paip, bayi berkenaan diselamatkan anggota bomba dari dalam paip selebar 10 sentimeter. Kebetulan saluran paip tersebut terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa orang mendengar bayi menangis . Anda boleh tonton video di atas ini. Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya. Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di kawasan mewah Zhejiang. Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital berhampiran. Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu. Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya, selamat dan stabil. Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip tandas. Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. – Daily Mail

Upload: bavani-vani

Post on 14-Dec-2015

222 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Http Buang Bayi

http://kisahbest.org/2013/05/kejam-buang-bayi-dalam-saluran-lubang-tandas-fotovideo/

Kejam! Buang Bayi Dalam Saluran Lubang Tandas (Foto+Video) | Jangan terkejut! Inilah yang berlaku di alam realiti. Sifat yang dianggap kejam terhadap manusia ini apabila seorang bayi yang baru dilahirkan di buang  ke dalam lubang tandas dan tersumbat dalam paip kumbahan. Kejadian ini bukan berlaku di Malaysia, tetapi  di sebuah rumah di China. Walaupun tersangkut dalam saluran paip, bayi berkenaan diselamatkan anggota bomba dari dalam paip selebar 10 sentimeter. Kebetulan saluran paip tersebut terletak betul-betul di bawah sebuah tandas selepas beberapa orang mendengar bayi menangis.  Anda boleh tonton video di atas ini.

Polis menyiasat kes itu sebagai cubaan membunuh dan melancarkan gerakan menjejaki ibu bapanya.

Rangkaian televisyen China, CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di bawah sebuah kediaman di Jinhua, di

kawasan mewah Zhejiang.

Pasukan penyelamat terpaksa memotong paip berkenaan dan membawanya bersama-sama bayi itu ke hospital

berhampiran. Doktor dengan berhati-hati memotong paip itu, kerja yang dilakukan hampir sejam, sebelum

dapat menyelamatkan bayi lelaki seberat 2.3 kilogram itu.

Media China melaporkan, kanak-kanak itu yang dinamakan Bayi Nombor 59 sempena nombor inkubatornya,

selamat dan stabil.

Rakaman video mengenai usaha menyelamat itu disiarkan di seluruh negara semalam dan mendapat ribuan

ulasan menerusi Weibo, laman media sosial popular negara itu. Seorang pengguna menulis: “Saya tidak boleh

menerima atau memaafkan perbuatan membuang bayi yang masih beruri dan bertali pusat ke dalam paip

tandas.

Adakah mereka yang bertanggungjawab layak dipanggil manusia. “Sifat kehaiwanan berbanding kemanusiaan di

kalangan orang dewasa semakin meluas.” Laporan mengenai bayi dibuang sering disiar media negara

berkenaan. Antara punca yang dikatakan menyebabkan keadaan itu berleluasa ialah undang-undang merancang

keluarga yang ketat. China melarang pasangan suami isteri mempunyai lebih daripada seorang anak. – Daily

Mail