hiwar.doc

5
2. PERTANDINGAN HIWAR 2.1 Definisi 2.1.1 Hiwar ialah perbualan di antara tiga peserta secara seimbang dari segi soal jawab, isi dan masa tentang sesuatu topik. Ia berbeza dengan lakonan, drama atau forum. 2.1.2 Berikut ialah perbezaan antara hiwar, lakonan dan forum : Hiwar Lakonan Forum Pergerakan sederhana dan tidak melampau Pergerakan melampau seperti melompat, berlari dan sebagainya Duduk statik tanpa pergerakan Mempunyai satu babak sahaja Mempunyai banyak babak Tiada Mempunyai banyak dialog (aksi hanya sekadar menghidupkan dialog) Mempunyai kurang dialog (mengutamakan aksi) Berbentuk soal jawab sehala Melibatkan tiga watak sahaja Melibatkan ramai watak Melibatkan pengerusi forum dan ahli panel Kurang menggunakan alat sokongan (hanya untuk menghidupkan watak) Banyak menggunakan alat sokongan sehingga mengabaikan dialog Tidak menggunakan alat sokongan 2.2 Peraturan Pertandingan Hiwar 2.2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6). 3

Upload: muhamad-zulhilmi

Post on 22-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: hiwar.doc

2. PERTANDINGAN HIWAR

2.1 Definisi

2.1.1 Hiwar ialah perbualan di antara tiga peserta secara seimbang dari segi soal

jawab, isi dan masa tentang sesuatu topik. Ia berbeza dengan lakonan, drama

atau forum.

2.1.2 Berikut ialah perbezaan antara hiwar, lakonan dan forum :

Hiwar Lakonan Forum

Pergerakan sederhana

dan tidak melampau

Pergerakan melampau

seperti melompat, berlari

dan sebagainya

Duduk statik tanpa

pergerakan

Mempunyai satu babak

sahaja

Mempunyai banyak

babak

Tiada

Mempunyai banyak dialog

(aksi hanya sekadar

menghidupkan dialog)

Mempunyai kurang

dialog (mengutamakan

aksi)

Berbentuk soal jawab

sehala

Melibatkan tiga watak

sahaja

Melibatkan ramai watak Melibatkan pengerusi

forum dan ahli panel

Kurang menggunakan alat

sokongan (hanya untuk

menghidupkan watak)

Banyak menggunakan

alat sokongan sehingga

mengabaikan dialog

Tidak menggunakan

alat sokongan

2.2 Peraturan Pertandingan Hiwar

2.2.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid tahap 2 (tahun 4, 5 dan 6).

2.2.2 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan.

2.2.3 Bilangan peserta dalam satu pasukan adalah tiga orang, terdiri daripada murid

lelaki sahaja atau perempuan sahaja (campuran tidak dibenarkan).

2.2.4 Pertandingan hiwar akan dilaksanakan dalam 1 pusingan.

i. Setiap pasukan bebas memilih tajuk yang sesuai berdasarkan

sukatan Bahasa Arab KSSR / KBSR.

ii. Setiap pasukan diberikan masa 8 minit sahaja. Loceng pertama

akan dibunyikan sekali pada minit keenam dan loceng kedua

akan dibunyikan pada minit kelapan menandakan waktu telah

tamat.

3

Page 2: hiwar.doc

iii. Masa dikira apabila loceng permulaan dibunyikan setelah

peserta berada di atas pentas.

iv. Markah isi tidak diberikan kepada peserta setelah loceng tamat

dibunyikan.

v. Markah persembahan akan dipotong jika persembahan kurang

dari 6 minit atau melebihi 9 minit.

vi. Tiga salinan Skrip Hiwar yang akan dipersembahkan hendaklah

diserahkan kepada urusetia pertandingan semasa pendaftaran.

Salinan skrip hendaklah ditaip dengan font Arabic Traditional 18

langkauan 1.5. Kegagalan menyerahkan skrip akan dipotong 5

markah dari markah isi.

vii Johan adalah kumpulan yang memperolehi markah purata

tertinggi.

2.2.5 Kritikan terhadap isu-isu sensitif berkaitan agama, bangsa, kebudayaan dan

keperibadian seseorang adalah dilarang

2.2.6 Peserta hendaklah menggunakan Bahasa Arab fushah dengan terang dan

nyata. Penggunaan Bahasa Arab a’mmiah atau darijah adalah dilarang.

2.2.7 Peserta dikehendakki memakai pakaian rasmi sekolah / pakaian mengikut

tema persembahan.

2.2.8 Tidak dibenarkan peserta lelaki melakonkan watak perempuan dan

sebaliknya.

2.2.9 Penggunaan alat-alat muzik adalah dilarang.

2.2.10 Sebarang unsur nyanyian, qasidah, sajak dan seumpamanya adalah dilarang.

2.2.11 Pengerusi atau jawatankuasa pertandingan berhak menegur atau

membatalkan penyertaan mana-mana pasukan yang didapati melanggar

syarat-syarat pertandingan.

2.3 Penghakiman

2.3.1 Setiap pasukan akan diadili dalam bidang-bidang berikut :

a) Mesej – 30 markah

Hiwar akan diadili dari aspek :

i. Pengutaraan mesej yang tepat (mengandungi fakta-fakta, data-

data, nas-nas dan contoh-contoh yang bersesuaian)

ii. Kesesuaian mesej dengan tajuk.

iii. Susunan isi yang berurutan.

iv. Mengandungi empat isi dan huraian.

4

Page 3: hiwar.doc

v. Markah bonus kepada pasukan yang memenuhi semua kriteria

di atas.

b) Bahasa – 30 markah

Hiwar akan diadili dari aspek :

i. Bahasa yang jelas dan mudah difahami.

ii. Tatabahasa (nahu & saraf) yang tepat.

iii. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dengan isi

perbualan.

c) Gaya Persembahan – 40 markah

Hiwar akan diadili dari aspek :

i. Kelancaran

ii. Kesesuaian nada

iii. Sebutan yang fasih

iv. Gaya yang menarik

2.3.2 Bilangan Hakim

i. Ketua Hakim (dari kalangan hakim)

ii. Hakim Isi

iii. Hakim Bahasa

iv. Hakim Penyampaian

2.3.3 Cara pemberian dan pemotongan markah

i. Hanya isi yang menepati tajuk hiwar sahaja yang akan diberi markah.

ii. Tiap-tiap satu kesilapan dalam bahagian bahasa dan penyampaian

hendaklah ditandakan dalam borang markah satu huruf alif di ruang

berkenaan.

iii. Tiap-tiap lima kesilapan dalam bahagian bahasa dan persembahan

dipotong satu markah dari markah penuh yang ditetapkan.

iv. Dua markah persembahan akan dipotong jika peserta membaca nota

atau teks semasa persembahan.

v. Borang-borang markah yang telah diisi oleh hakim hendaklah

ditandatangani sebaik sahaja selesai penghakiman. Borang tersebut

hendaklah diserahkan lepada ketua hakim.

vi. Jika terdapat persamaan markah, maka markah gaya persembahan

akan dirujuk terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan markah mesej

seterusnya markah bahasa.

2.3.4 Keputusan hakim adalah muktamad.

5

Page 4: hiwar.doc

6