himpunan soalan lazim berkaitan bidang …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/faq_bpo_2011.pdf · contoh:...

15
HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG TUGAS DI BPO Soalan 1 Puan Ramlah PTD M54 yang sedang menduduki tempoh akhir perkhidmatan ingin mengemukakan permohonan untuk dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak. Kepada pihak mana beliau boleh merujuk? Adakah permohonan beliau boleh dipertimbangkan? Jawapan Permohonan hanya boleh dikemukakan oleh agensi menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kepada Bahagian Perkhidmatan di JPA. Prosedur pelantikan adalah sebahagian Pekeliling Perkhidmatan di JPA Bilangan 2 Tahun 2008. Bagaimanapun sekiranya pelantikan tersebut melibatkan peruntukan OS29000, permohonan boleh dikemukakan kepada BPO. Soalan 2 Cik Munira seorang pegawai lantikan kontrak di bawah peruntukan OS29000 yang telah berkhidmat selama 2 tahun. Ketua Jabatan beliau, Puan Nurin mendapati khidmat Cik Munira masih diperlukan lalu memikirkan satu cara terbaik untuk meneruskan perkhidmatan Puan Munira dalam lantikan kontrak. Apakah nasihat yang sewajarnya untuk Puan Nurin? Jawapan Di bawah perenggan 18, lampiran kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 menyatakan tempoh sesuatu kontrak di bawah peruntukan OS11000 dan OS29000 hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun. Dalam hal ini, Puan Nurin perlu mematuhi tempoh perkhidmatan Cik Munira agar ianya tidak melebihi tempoh yang ditetapkan. Sekiranya perkhidmatan Cik Munira telah melepasi tempoh tiga (3) tahun, Puan Nurin perlu mengemukakan permohonan baru kepada BPO bagi melantik Cik Munira dengan terma kontrak yang baru. Puan Nurin juga perlu memahami bahawa berdasarkan pekeliling tersebut, sesuatu kontrak itu akan dikira sebagai kontrak baru sekiranya Cik Munira tidak dilantik semula melebihi tempoh enam (6) bulan daripada kontrak sebelumnya tamat. Berdasarkan kenyataan perenggan di dalam Pekeliling tersebut, tempoh kontrak terdahulu tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian tempoh keseluruhan kontrak Cik Munira.

Upload: vannguyet

Post on 06-Feb-2018

266 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG TUGAS DI BPO

Soalan 1 Puan Ramlah PTD M54 yang sedang menduduki tempoh akhir perkhidmatan ingin mengemukakan permohonan untuk dilanjutkan perkhidmatannya secara kontrak. Kepada pihak mana beliau boleh merujuk? Adakah permohonan beliau boleh dipertimbangkan?

Jawapan Permohonan hanya boleh dikemukakan oleh agensi menerusi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

kepada Bahagian Perkhidmatan di JPA. Prosedur pelantikan adalah sebahagian Pekeliling Perkhidmatan di JPA Bilangan 2 Tahun 2008. Bagaimanapun sekiranya pelantikan tersebut melibatkan peruntukan OS29000, permohonan boleh dikemukakan kepada BPO.

Soalan 2

Cik Munira seorang pegawai lantikan kontrak di bawah peruntukan OS29000 yang telah berkhidmat selama 2 tahun. Ketua Jabatan beliau, Puan Nurin mendapati khidmat Cik Munira masih diperlukan lalu memikirkan satu cara terbaik untuk meneruskan perkhidmatan Puan Munira dalam lantikan kontrak. Apakah nasihat yang sewajarnya untuk Puan Nurin?

Jawapan Di bawah perenggan 18, lampiran kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2009 menyatakan tempoh sesuatu kontrak di bawah peruntukan OS11000 dan OS29000 hendaklah tidak melebihi tiga (3) tahun. Dalam hal ini, Puan Nurin perlu mematuhi tempoh perkhidmatan Cik Munira agar ianya tidak melebihi tempoh yang ditetapkan. Sekiranya perkhidmatan Cik Munira telah melepasi tempoh tiga (3) tahun, Puan Nurin perlu mengemukakan permohonan baru kepada BPO bagi melantik Cik Munira dengan terma kontrak yang baru. Puan Nurin juga perlu memahami bahawa berdasarkan pekeliling tersebut, sesuatu kontrak itu akan dikira sebagai kontrak baru sekiranya Cik Munira tidak dilantik semula melebihi tempoh enam (6) bulan daripada kontrak sebelumnya tamat. Berdasarkan kenyataan perenggan di dalam Pekeliling tersebut, tempoh kontrak terdahulu tidak boleh diambil kira sebagai sebahagian tempoh keseluruhan kontrak Cik Munira.

Page 2: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 3 Apakah Perbezaan Di antara “Contract For Service” (CFS) dengan Contract Of Service” (COF)?

Jawapan Contract Of Service (COS) COS mengguna pakai skim perkhidmatan, gred dan kadar gaji sebagaimana yang ditetapkan di dalam Perkhidmatan Awam. Kaedah pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan OS11000 / OS29000. Bagi kaedah pembayaran, terdapat dua (2) jenis peruntukan yang diguna pakai iaitu:-

• Peruntukan OS11000 - Lantikan kontrak yang menggunakan peruntukan OS11000 mengguna pakai perjawatan sedia ada. Urusan pengisian tertakluk kepada Pihak Berkuasa Melantik seperti skim perkhidmatan gunasama yang dilaksanakan oleh Bahagian Perkhidmatan di JPA.

• Peruntukan OS29000 - Lantikan kontrak di bawah OS29000 tidak mengguna pakai perjawatan sedia ada. Walaubagaimanapun, lantikan tersebut bersandarkan kepada skim perkhidmatan dan gred jawatan serta kadar gaji yang digunakan dalam Perkhidmatan Awam. Sebarang pewujudan di bawah OS29000 perlu merujuk kepada Bahagian Pembangunan Organisasi untuk pertimbangan.

Contract For Service (CFS) CFS tidak mengguna pakai sebarang skim perkhidmatan, gred jawatan, kadar gaji serta sebarang peraturan sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkhidmatan Awam. Pelantikan CFS dipohon kepada Kementerian Kewangan bagi menetapkan syarat-syarat perkhidmatan yang tertentu.

Page 3: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 4 Apakah perbezaan antara Kajian Penyusunan, Pengukuhan Perjawatan & Penubuhan Agensi Baru?

Jawapan Penubuhan agensi baru merujuk kepada implikasi kajian yang melibatkan pertambahan jumlah agensi (733 buah agensi sedia ada) di dalam sektor awam. Sebarang cadangan bagi penubuhan sesuatu agensi baru perlu dikemukakan ke Mesyuarat Jawatankuasa Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) yang dipengerusikan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara. Sekiranya diluluskan, ianya akan melibatkan penambahan satu program baru di dalam waran perjawatan.

Penubuhan Pejabat /Cawangan merujuk kepada penubuhan Pejabat /Cawangan yang juga membawa kepada perubahan/ pertambahan program di dalam waran perjawatan. Kajian Penyusunan Organisasi melibatkan perubahan kepada struktur organisasi sedia ada di sesebuah agensi. Kajian ini memerlukan asas permohonan yang melibatkan penyediaan Pelan Strategik Organisasi atau Langkah Penjenamaan Semula daripada agensi. Kajian ini turut melibatkan perubahan aktiviti /program di dalam waran perjawatan.

Kajian Pengukuhan Perjawatan merupakan kajian yang melibatkan cadangan pewujudan jawatan tambahan/membuat perubahan butiran tanpa melibatkan perubahan struktur organisasi sesebuah agensi. Ia juga tidak meminda kedudukan aktiviti /program di dalam waran perjawatan.

Soalan 5 Apakah kaedah-kaedah digunakan BPO dalam menimbang permohonan bagi perubahan gred jawatan dan pengukuhan perjawatan?

Jawapan Antara kaedah yang diguna pakai dalam menimbang permohonan tersebut adalah seperti berikut:-

(i) Relativiti dan Pariti Kajian keperluan perjawatan berdasarkan fungsi dengan perbandingan dengan agensi yang lebih ‘establish’ dari segi perjawatan.

Page 4: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

(ii) Model Struktur yang dibangunkan dengan pelbagai maklumat lengkap untuk digunakan sebagai rujukan dan panduan bagi permohonan yang memerlukan rujukan maklumat.

(iii) Wajaran

Teknik yang menggariskan elemen/ faktor tertentu yang diberi nilaian sebagai asas penetapan sesuatu keputusan.

(iv) Nisbah Perjawatan

Perkadaran di antara beban tugas dengan jumlah perjawatan yang diperlukan

(v) Norma Perjawatan Piawaian/standard yang digunakan bagi menentukan perjawatan dan struktur organisasi yang diperlukan mengikut fungsi /peranan yang telah ditentukan bagi sesuatu agensi itu.

Kajian Perubahan Gred Jawatan

Kajian Pengukuhan Perjawatan

Perbandingan Setara Nisbah perjawatan Model Perjawatan Model Perjawatan Wajaran Norma Perjawatan

Page 5: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 6 Apakah Perbezaan Antara Gred Utama dan Gred Khas ?

Jawapan Gred Utama dan Gred Khas tergolong di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi namun dibezakan

mengikut peranan berikut: Gred Utama – Jawatan yang menjalankan fungsi pengurusan dan penggubalan dasar. Contoh: Ketua Pengarah di sesebuah Jabatan. Gred Khas – Jawatan yang mengiktiraf kepakaran dan pengalaman dalam bidang-bidang khusus, tidak memainkan peranan ataupun menjalankan tugas yang bersifat pengurusan dan strategik. Contoh: Pakar Perubatan di Hospital.

Soalan 7 Mengapakah “Jawatan Terbuka” masih diperlukan di dalam perkhidmatan awam?

Jawapan Jawatan Terbuka diwujudkan bagi membolehkan pengisian dibuat oleh mana-mana skim perkhidmatan

yang mempunyai kemahiran /kepakaran yang diperlukan dalam menjalankan sesuatu tugas. Ia turut membuka peluang kemajuan kerjaya bagi organisasi yang bersifat tertutup memandangkan pengisian jawatan tersebut adalah bersifat fleksibel. Walaubagaimanapun, pewujudan Jawatan Terbuka ini tidak boleh digunakan bagi tujuan kenaikan pangkat dan pengesahan Jawatan. Bagi tujuan pengesahan kenaikan pangkat penyandang, permohonan perlu dikemukakan kepada BPO bagi menukar taraf jawatan tersebut kepada tertutup.

Page 6: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 8 Agensi Y (agensi tertutup) telah memaklumkan kepada JPA hanya terdapat dua (2) jawatan Akauntan diwujudkan pada gred W48 dan gred W41. Situasi ini menyukarkan pegawai di gred W41 untuk dinaikkan pangkat. Apakah langkah yang wajar diambil oleh JPA bagi menyelesaikan masalah ini?

Jawapan Terdapat dua (2) isu utama di dalam persoalan ini iaitu isu pengambilan kakitangan bagi mengisi jawatan pada gred kenaikan pangkat dan penyelesaian isu gred sisipan di agensi Y. Isu I (Pengisian Jawatan Pada Gred Kenaikan Pangkat – W48)

Apabila agensi dibekalkan dengan jawatan kenaikan pangkat, agensi terbabit perlu mengemukakan permohonan kepada BPO menerusi Cawangan Skim Perkhidmatan bagi memohon kelulusan pengambilan kakitangan bagi mengisi jawatan di gred terbabit. Ia bagi memastikan pegawai yang dilantik berkelayakan menikmati faedah persaraan.

Isu II (Ketiadaan Gred Sisipan) Gred sisipan merujuk kepada lapisan gred bagi sesuatu skim perkhidmatan bagi memberi peluang kemajuan kerjaya kepada penyandang seperti gred 44,48,52 dan 54. Berdasarkan kepada kes di atas, terdapat tiga (3) syor yang boleh dicadangkan kepada Agensi Y iaitu: 1. Memfleksikan jawatan sedia ada dengan gred jawatan kenaikan pangkat seperti Akauntan, Gred

W41/W44;

2. Melaksanakan kenaikan pangkat ke gred sisipan menerusi kaedah Khas Untuk Penyandang iaitu Akauntan. Gred W41 berada di jawatan Gred W48; atau

3. Mewujudkan jawatan gred sisipan baru iaitu pewujudan jawatan Akauntan, Gred W44.

Walaubagaimanapun, semua syor yang dinyatakan perlu mempunyai asas yang kukuh untuk dipertimbangkan oleh JPA seperti wujud pertambahan beban tugas, wujud perubahan skop tugas dan sebagainya.

Page 7: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 9 Sebuah agensi berkanun mendakwa terdapat beberapa penyandang yang sudah berkhidmat lama tetapi masih tidak dinaikkan pangkat. Ini kerana tiada jawatan di gred kenaikan pangkat. Apakah nasihat yang boleh diberi kepada agensi?

Jawapan Agensi dinasihati agar membuat permohonan perjawatan baharu khususnya pada gred kenaikan pangkat. Kajian bagi pewujudan jawatan di gred kenaikan pangkat tidak akan dipertimbangkan sekiranya tiada pertambahan beban tugas yang setara dengan gred yang dipohon. JPA menerusi BPO juga tidak mengesyorkan kaedah pewujudan Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) sebagai jalan penyelesaian terhadap isu perjawatan di agensi Badan Berkanun berdasarkan faktor-faktor berikut:

i. Kuasa pewujudan jawatan KUP bagi agensi berkanun hanya boleh dipertimbangkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat yang turut diwakili oleh pihak Kementerian Kewangan dan JPA;

ii. Pewujudan jawatan KUP tanpa justifikasi beban tugas yang setara boleh memberi kesan

terhadap mutu produktiviti sesebuah organisasi; dan

iii. Pewujudan jawatan KUP yang dibuat tanpa pertimbangan yang teliti boleh menyebabkan berlakunya masalah kecacatan struktur di dalam organisasi sesebuah agensi.

Soalan 10 Encik Majid merupakan seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17 yang telah

berkhidmat melebihi 15 tahun namun tidak berjaya di dalam peperiksaan PTK. Bolehkah Encik Majid dipertimbangkan bagi tujuan kenaikan pangkat Khas Untuk Penyandang (KUP) bagi tempoh 15 tahun?

Jawapan Tidak boleh. Ini kerana salah satu syarat untuk kenaikan pangkat secara KUP ialah lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) yang ditetapkan seperti perenggan 3.1, (c), Lampiran A, Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam Bilangan JPA(S)NP.134/1 Klt. 19/s.k. 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009.

Page 8: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 11 Puan Suhana seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Gred N17 yang memangku Gred N22. Puan Suhana telah memohon supaya diletakkan sebagai Khas Untuk Penyandang (KUP). Adakah permohonan beliau layak dipertimbangkan?

Jawapan Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) hanya akan dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam apabila penyandang telah dinaikkan pangkat dan tidak ada jawatan yang sesuai bagi menampung penyandang tersebut. Di dalam kes di atas, jawatan KUP Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 tidak dapat diwujudkan kerana jawatan hakiki penyandang masih pada gred asal walaupun penyandang memangku jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22.

Soalan 12 Apakah maksud:

i) Agensi dengan saraan diasingkan dan dibebaskan ii) Agensi dengan saraan diasingkan tetapi tidak dibebaskan

Jawapan Agensi dengan saraan diasingkan merujuk kepada agensi berkanun di yang ditubuhkan bawah peruntukan

Akta Parlimen/Enakmen Negeri. i) Agensi dengan saraan diasingkan dan dibebaskan bermaksud agensi bebas menentukan hala tuju organisasi termasuk menguruskan sumber pendapatan, saraan (gaji dan pampasan) dan sumber manusia (perkhidmatan dan perjawatan) tanpa perlu merujuk kepada kelulusan Agensi Pusat seperti JPA. Contoh: Lembaga Urusan Tabung Haji (LTAT), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). ii) Agensi dengan saraan diasingkan tetapi tidak dibebaskan bermaksud agensi masih lagi tertakluk kepada kelulusan Agensi Pusat dalam menentukan urusan perjawatan dan skim perkhidmatan. Satu-satunya agensi yang masih terlibat adalah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Page 9: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 13 Terdapat tiga orang calon telah dilantik ke jawatan Penolong Pegawai Sains Gred C27. Seorang

penyandang memiliki kelayakan Diploma Sains daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM), seorang penyandang memiliki kelayakan Diploma Teknologi Makmal daripada Universiti Sains Malaysia manakala seorang lagi penyandang memiliki kelayakan Diploma Teknologi Getah dan Plastik daripada UiTM. Persoalannya, berapakah gaji permulaan yang sewajarnya diterima oleh ketiga-tiga orang penyandang tersebut?

Jawapan Walaupun hanya bidang kimia atau mikrobiologi sahaja dinyatakan dalam syarat lantikan bagi skim perkhidmatan Penolong Pegawai Sains manakala bidang teknologi getah dan plastik tidak dinyatakan dalam rang skim perkhidmatan, tetapi tidak bermakna hanya kelayakan dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi sahaja layak diberi mata gaji P1T6. Sekiranya mata gaji permulaan bagi kelayakan Diploma Teknologi Getah dan Plastik dari UiTM ditetapkan pada P1T1 mengambil kira ia merupakan diploma dalam bidang sains, ianya adalah bersalahan kerana nilai taraf kelayakan Diploma Teknologi Getah dan Plastik dari UiTM adalah setaraf dengan diploma biasa iaitu lebih tinggi daripada SPM. Oleh yang demikian, gaji permulaan sewajarnya ditetapkan pada mata gaji P1T6 mengambil kira klausa kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya sebagaimana dinyatakan dalam skim perkhidmatan.

Page 10: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 14 Adakah terdapat sumber rujukan berkaitan perbandingan pangkat PDRM dan Awam berpandukan PP Bilangan 25 Tahun 2009?

Jawapan Perkhidmatan Polis merupakan sebahagian daripada perkhidmatan awam di Malaysia namun ia merupakan perkhidmatan yang unik kerana ia melibatkan elemen-elemen Arahan dan Kawalan yang lebih ketat dan kompleks daripada perkhidmatan awam biasa. Sehubungan itu, perkhidmatan PDRM tidak boleh dibuat perbandingan dengan perkhidmatan awam biasa.

Soalan 15 Definisi dan tujuan pemberian Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP)

Jawapan Kelayakan Masuk Pelbagai (KMP) membolehkan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) membuat pengambilan dari kalangan calon-calon dengan pelbagai kelayakan atau peringkat akademik.Tujuan utama pengenalan KMP adalah bagi membolehkan pemilikan modal insan yang kompeten dan berprestasi tinggi bagi memenuhi keperluan perkhidmatan awam yang sentiasa bertindak balas dengan perubahan semasa. Kategori KMP adalah seperti berikut:

i) Kelayakan masuk pelbagai akademik/ peringkat; ii) Kelayakan masuk pelbagai dan berdaftar dengan lembaga professional; iii) kelayakan akademik atau sijil kekompetenan; dan iv) berdaftar dengan badan profesional.

Page 11: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 16 Apakah situasi/keadaan yang membolehkan sesebuah jabatan itu memohon untuk mewujudkan

jawatan KUP?

Jawapan Jawatan Khas Untuk Penyandang (KUP) ialah jawatan yang diwujudkan bagi mengekalkan atau menyesuaikan gred hakiki penyandang apabila berlaku perbezaan dengan hakiki jawatan yang disandarkan. Jawatan yang diwujudkan itu adalah secara KUP dan akan dihapuskan sebaik sahaja penyandang meninggalkan jawatan tersebut. Situasi/keadaan yang membolehkan jawatan KUP ini dipohon ialah: a) atas sebab-sebab kepentingan perkhidmatan iaitu:

i. penyandang jawatan tersebut dinaikkan pangkat sedangkan jawatannya tidak dinaik taraf; atau ii. jawatan yang disandang oleh pegawai berkenaan dinaikkan atau diturunkan tarafnya.

b) untuk menampung pegawai-pegawai yang mengisi jawatan-jawatan dalam perkhidmatan jumud; atau c) berikutan dengan perubahan dalam dasar perkhidmatan Kerajaan hasil dari penguatkuasaan Surat

Edaran JPA Bilangan 12 Tahun 2009-Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Pegawai Kumpulan Sokongan Yang Telah Berkhidmat 15 Tahun dan Lebih Dalam Skim Perkhidmatan dan Perkhidmatan Semasa.

Page 12: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 17 Apakah maksud syarat kelulusan Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia? Jawapan Syarat Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia akan menjadi dasar bagi pelantikan untuk mengisi jawatan dalam

perkhidmatan kerajaan. Setiap skim perkhidmatan akan menentukan taraf kelulusan yang dikehendaki sama ada di peringkat kepujian atau lulus dalam SPM/PMR/SRP mengikut keperluan perkhidmatan. Bagi skim perkhidmatan yang lebih rendah, hanya disyaratkan berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia dengan memuaskan.

Soalan 18 Adakah proses pengambilan bagi jawatan-jawatan kritikal sebagai contoh Pegawai Perubatan turut

dibekukan mengikut surat edaran JPA.BPO(S) 71/3/4-2 Jld.3(17) bertarikh 20 Mei 2011?

Jawapan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mengambil maklum akan isu pengambilan bagi jawatan-jawatan kritikal. Keseluruhan aspek mengenai perkara ini akan dikaji bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekurangan tenaga sektor awam dalam perkhidmatan yang diberikan dalam tempoh pembekuan pengambilan ini. Tempoh pembekuan pengambilan baru ini berkuat kuasa mulai 20 Mei 2011 sehingga 31 Ogos 2011. Selepas tempoh berkenaan, proses pengambilan adalah seperti biasa.

Soalan 19 Definisi/ Terminologi Kumpulan Perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa.

Jawapan Terminologi Kumpulan Perkhidmatan adalah seperti berikut:

i. Pengurusan Tertinggi: Gred JUSA C - Turus I; ii. Pengurusan & Profesional: Gred 41 - Gred 54;

Iii. Kumpulan Sokongan Berkelayakan Diploma/STPM: Gred 27 - 40; dan iii. Kumpulan Sokongan Berkelayakan PMR/SRP & ke bawah: Gred 1 - 16.

Page 13: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 20 Encik Mikhail merupakan seorang graduan daripada University of Toledo, Ohio, USA. Beliau

memiliki kelayakan akademik Bachelor of Sc. in Chemical Engineering Engine (Process Design). Beliau ingin memohon pekerjaan dalam perkhidmatan awam namun beliau perlu menyemak terlebih dahulu nilai taraf kelayakan beliau sama ada memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh skim perkhidmatan ataupun tidak. Soalannya, apakah saluran yang disediakan oleh pihak JPA untuk semakan pengiktirafan kelayakan akademik bagi maksud pelantikan ke perkhidmatan awam?

Jawapan Semakan pengiktirafan kelayakan sesuatu kelayakan akademik boleh dibuat melalui laman portal Unit Pengiktirafan Kelayakan, Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA. (http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp)

Soalan 21 Seorang Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 memiliki kelayakan diploma dalam bidang

Perakaunan. Semasa dilantik, beliau telah diberi penetapan gaji permulaan pada P1T1. Adakah pegawai layak diberi penetapan gaji permulaan mengikut kelayakan diploma dalam bidang Perakaunan yang dimiliki beliau iaitu pada P1T9?

Jawapan Skim Perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17 tidak memperuntukkan kelayakan diploma, maka penetapan gaji permulaan adalah berdasarkan kepada syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan dan tiada penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi bagi pemegang diploma dalam bidang perakaunan atau perniagaan. Walaubagaimanapun, mungkin pegawai boleh mempertimbangkan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27 melalui permohonan baru atau Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) kerana skim perkhidmatan ini memperuntukkan syarat diploma dalam bidang pengajian perdagangan atau pengajian perakaunan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau lulus Peperiksaan Khas.

Page 14: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 22 Apakah syarat-syarat yang diperlukan bagi sesebuah jabatan/agensi membuat permohonan penambahan jawatan baru akibat kekurangan pegawai yang kritikal?

Jawapan Sebarang permohonan untuk penambahan jawatan baru bagi sesebuah jabatan/ agensi perlulah mengambil kira arahan semasa Kerajaan dan melalui kaedah penempatan semula (redeployment) atau secara tukar ganti (trade-off) dengan jawatan sedia ada. Turut dicadangkan agar digunapakai kaedah pelantikan secara kontrak di bawah OS 29000 bagi menampung keperluan kekurangan pegawai yang kritikal bagi pelaksanaan tugasan.

Soalan 23 Adakah pengiklanan kekosongan sesuatu jawatan sebagai contoh, jawatan Pegawai Tadbir Gred

N41 yang menetapkan kelayakan masuk dengan memiliki ijazah sarjana muda atau ijazah sarjana muda dengan kepujian atau ijazah sarjana muda Undang-undang boleh diletakkan syarat-syarat lantikan khusus/ spesifik seperti kelayakan ijazah sarjana muda Komunikasi?

Jawapan Iklan kekosongan jawatan perlulah meletakkan syarat lantikan sepertimana yang ditetapkan mengikut skim perkhidmatan yang berkenaan. Oleh kerana skim perkhidmatan Pegawai Tadbir tidak meletakkan secara spesifik/khusus syarat lantikan maka pihak berkenaan atau Pihak Berkuasa Melantik tidak boleh mengkhususkan permohonan ke jawatan tersebut daripada calon yang mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda Komunikasi. Walaubagaimanapun, tapisan secara pentadbiran terhadap semua calon yang memohon jawatan tersebut boleh dibuat sebelum sesi temuduga diadakan.

Page 15: HIMPUNAN SOALAN LAZIM BERKAITAN BIDANG …docs.jpa.gov.my/docs/faq_bpo/FAQ_BPO_2011.pdf · Contoh: Pakar Perubatan di Hospital. Soalan 7 Mengapakah “Jawatan ... pewujudan jawatan

Soalan 25 Mohon pihak JPA memberi perhatian dan menilai semula skim-skim perkhidmatan yang masih lagi

belum ditambah baik sebagai contoh jawatan Penyelia Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) berbanding jawatan Penyelia Asrama dan Penyelia Jurupakaian yang telah ditambah baik kepada Gred 17.

Jawapan JPA secara berterusan menambahbaik skim-skim perkhidmatan yang berkuatkuasa dari segi keperluan syarat lantikan atau kenaikan taraf skim perkhidmatan berikutan perubahan skop fungsi tugas. Justeru, pihak JPA mengambil perhatian dan mengucapkan terima kasih atas cadangan yang telah dikemukakan dan akan mempertimbangkannya sekiranya ada penambahbaikan skim perkhidmatan tersebut.

Soalan 24 Kami merupakan penyandang yang berada di skim perkhidmatan Juruaudio Visual Gred N17. Bolehkah permohonan pelarasan gaji dibuat mengikut kelayakan akademik lebih tinggi yang dimiliki sedangkan jawatan disandang hanya memerlukan kelayakan SPM sahaja?

Jawapan Skim perkhidmatan Juruaudio Visual Gred N17, N22, N26 merupakan antara 13 skim perkhidmatan yang terlibat melalui pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2011-Kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Bagi Maksud Pelantikan Ke Perkhidmatan Awam yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2011. Berdasarkan pekeliling perkhidmatan tersebut, penyandang skim perkhidmatan Juruaudio Visual yang memiliki kelayakan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 atau 3 adalah layak diberi pelarasan gaji berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dalam pekeliling perkhidmatan tersebut.