herbert read dan viktor lowenfeld berpendapat pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi...

4
Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya. Herbert Read - Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. - Seni alat untuk mendidik seseorang - Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan pembentukan diri) TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD Menurut Victor Lowenfeld (1975) teori kreativiti yang diutarakan oleh beliau adalah satu naluri semula jadi yang di miliki oleh setiap orang sejak lahir lagi. Naluri merupakan faktor pertama yang digunakan bagi menyelesaikan ataupun membuat pernyataan tentang masalah mengenai kehidupan. Manakala keinginan pula merupakan asas yang mendorong seseorang dalam menyelidik atau meneroka sesuatu. Maka tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak. Menurut Lowenfeid juga, kreativiti turut memberikan penekanan kepada kebolehan manusia dalam menghasilkan sesuatu teknik bagi mengolah bahan, media, serta alat. Teori ini dianggap berkesan sebagai satu cara pembelajaran kreativiti melalui pendidikan seni. TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI LOWENFELD

Upload: kaliammah-ayer

Post on 18-Jan-2016

140 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Herbert Read Dan Viktor Lowenfeld Berpendapat

TRANSCRIPT

Page 1: Herbert Read Dan Viktor Lowenfeld Berpendapat Pendidikan Seni Seharusnya Berasaskan Aspek Psikologi Yang Melihat Kepada Perkembangan Kanak

Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.

Herbert Read- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkankeceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.- Seni alat untuk mendidik seseorang- Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan danpembentukan diri)

TEORI KREATIVITI VICTOR LOWENFELD

Menurut Victor Lowenfeld (1975) teori kreativiti yang diutarakan oleh beliau adalah satu naluri semula jadi yang di miliki oleh setiap orang sejak lahir lagi. Naluri merupakan faktor pertama yang digunakan bagi menyelesaikan ataupun membuat pernyataan tentang masalah mengenai kehidupan. Manakala keinginan pula merupakan asas yang mendorong seseorang dalam menyelidik atau meneroka sesuatu. Maka tanpa naluri dan keinginan, manusia tidak akan bertindak.

Menurut Lowenfeid juga, kreativiti turut memberikan penekanan kepada kebolehan manusia dalam menghasilkan sesuatu teknik bagi mengolah bahan, media, serta alat. Teori ini dianggap berkesan sebagai satu cara pembelajaran kreativiti melalui pendidikan seni.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI LOWENFELD

TAHAP HURAIAN

1. Kepekaan Mempunyai kepekaan yang tinggi pada segala aspek dan situasi. Ini termasuk mengenai keperluan kehidupan manusia, persekitaran dan pancaindera.

Kesedaran pada nilai-nilai estetika, keindahan dan keharmonian objek

Page 2: Herbert Read Dan Viktor Lowenfeld Berpendapat Pendidikan Seni Seharusnya Berasaskan Aspek Psikologi Yang Melihat Kepada Perkembangan Kanak

dalam alam persekitaran

Mempunyai perasaan yang sensitif, positif dan harmoni tentang apa yang dilihat dan yang dilakukan.

2. Fleksibiliti Berkeupayaan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi dan perubahan.

Berkeyakinan

Masalah sebagai cabaran dan peluang

Bertolak ansur dan berfikiran terbuka.

3. Keaslian Berfikir dan bertindak berlainan daripada kelaziman dan kebiasaan.

Melihat kepada kemungkinan-kemungkinan baru.

Mempunyai daya imaginasi.

4. Keterbukaan, kebebasan dan kelancaran.

Berfikiran secara terbuka, berupaya mengaitkan sesuatu perkara dengan hal lain yang berkaitan.

Berkeupayaan melahirkan idea dan pendapat tentang perkara yang akan dilakukan dengan kemungkinan yang akan berlaku secara bersepadu.

5. Keupayaan menganalisis

Berkeupayaan menganalisis dan mencerakinkan apa yang dilihat, dirasai, disentuh, dialami dan dihidu secar terperinci daripada sesuatu yang bersifat umum.

Tidak menggunakan konsep pandang pertama dalam membuat sesuatu keputusan.

6. Keupayaan membuat sintesis

Berkeupayaan membawa unsur-unsur/era dimensi baru yang bermakna.

Melihat sesuatu secara global, sebahagian dan secara terperinci serta dapat menggabungkan dalam membuat sesuatu pernyataan.

Menggunakan konsep member nafas baru pada sesuatu yang lama.

7. Makna Baru Berkeupayaan member fungsi, makna dan pengertian baru

Page 3: Herbert Read Dan Viktor Lowenfeld Berpendapat Pendidikan Seni Seharusnya Berasaskan Aspek Psikologi Yang Melihat Kepada Perkembangan Kanak

8. Ketekalan Organisasi Berkeupayaan mengolah, menyusun menggabung dan mentadbir pelbagai ragam objek dan aspek dalam satu kesepaduan yang harmoni.

lowenfeld berpendapat bahawa naluri dan keinginan sangat penting dalam proses aktiviti seni kanak-kanak. Naluriyang dimiliki kanak-kanak sejak mereka lahir merupakan faktor utama bagi mereka

berfikir dan menyelesaikan masalah secara kreatif. Keinginan merupakan kebolehan kanak-kanak mengaplikasikan bahanseni dengan cara membuat eksperimen dan menerokai sesuatu dalam proses aktiviti seni.