hempedu bumi, pokok cerita - forestry.gov.my · nama saintifik : andrographis paniculata (b urn.f.)...

2
HEMPEDU BUMI, POKOK CERITA Nama saintifik : Andrographis paniculata (Burn.f.) wall.ex Nees Nama biasa : Raja Pahit Nama tempatan : Hempedu bumi, Pokok cerita Famili : Acanthaceae Pendahuluan Herba ini merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai jangkahayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun. Ia berasal dari Asia Tenggara, China dan India. Disebabkan oleh keupayaan pembiakan yang tinggi ia dikatakan sebagai tumbuhan musuh di beberapa tempat. Tumbuhan ini digunakan sejak berabad yang lalu sebagai perawatan khususnya di China, India dan Jawa. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini tumbuhan ini mempunyai keupayaan sebagai tumbuhan herba dan telah memasuki pasaran farmasi. Kini tumbuhan ini menjadi herba perawatan yang boleh mengubati sakit-sakit yang ringan dan telahpun terbukti ke atas banyak gejala penyakit yang berkaitan dengan masalah kesan daripada antibodi yang telah dikeluarkan untuk melawan bahan yang sedia ada dalam badan (autoimmune). Ciri-Ciri Tumbuhan Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh tegak dengan jangka hayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70 cm. Mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan mempunyai dahan yang yang banyak. Daunnya berwarna hijau, susunan daun ringkas, licin. Susunan daunnya adalah secara ‘decussate’ iaitu daun yang berpasangan secara bertentangan. Tabiat Tumbuhan Hempedu bumi umumnya dijumpai secara liar di kawasan tanah terbuka dan kawasan yang ditumbuhi rumput. Di Malaysia hempedu bumi biasanya ditanam di kawasan belakang rumah atau di dalam pasu untuk tujuan herba perubatan. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang lasak dan boleh hidup dengan baik dalam berbagai jenis tanah.

Upload: vuongduong

Post on 26-Mar-2019

267 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HEMPEDU BUMI, POKOK CERITA - forestry.gov.my · Nama saintifik : Andrographis paniculata (B urn.f.) w all.ex Nees ... mengurangkan rasa kesakitan, boleh dijadikan sebagai julap (uba

HEMPEDU BUMI, POKOK CERITA

Nama saintifik : Andrographis paniculata(Burn.f.) wall.ex Nees

Nama biasa : Raja PahitNama tempatan : Hempedu bumi, Pokok ceritaFamili : Acanthaceae

Pendahuluan

Herba ini merupakan sejenis tumbuhan yangmempunyai jangkahayat yang pendek iaitu lebih kurangsatu tahun. Ia berasal dari Asia Tenggara, China danIndia. Disebabkan oleh keupayaan pembiakan yangtinggi ia dikatakan sebagai tumbuhan musuh dibeberapa tempat. Tumbuhan ini digunakan sejakberabad yang lalu sebagai perawatan khususnya di

China, India dan Jawa. Walau bagaimanapun sejakakhir-akhir ini tumbuhan ini mempunyai keupayaansebagai tumbuhan herba dan telah memasuki pasaranfarmasi. Kini tumbuhan ini menjadi herba perawatanyang boleh mengubati sakit-sakit yang ringan dantelahpun terbukti ke atas banyak gejala penyakit yangberkaitan dengan masalah kesan daripada antibodi yangtelah dikeluarkan untuk melawan bahan yang sedia adadalam badan (autoimmune).

Ciri-Ciri Tumbuhan

Merupakan sejenis tumbuhan yang tumbuh tegakdengan jangka hayat yang pendek iaitu lebih kurang satu tahun dan boleh mencapai ketinggiansehingga 60-70 cm. Mempunyai batang yang berbentuk segi empat dan mempunyai dahan yangyang banyak. Daunnya berwarna hijau, susunan daun ringkas, licin. Susunan daunnya adalahsecara ‘decussate’ iaitu daun yang berpasangan secara bertentangan.

Tabiat Tumbuhan

Hempedu bumi umumnya dijumpai secara liar di kawasan tanah terbuka dan kawasan yangditumbuhi rumput. Di Malaysia hempedu bumi biasanya ditanam di kawasan belakang rumahatau di dalam pasu untuk tujuan herba perubatan. Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang lasakdan boleh hidup dengan baik dalam berbagai jenis tanah.

Page 2: HEMPEDU BUMI, POKOK CERITA - forestry.gov.my · Nama saintifik : Andrographis paniculata (B urn.f.) w all.ex Nees ... mengurangkan rasa kesakitan, boleh dijadikan sebagai julap (uba

Bahagian yang digunakan : Daun dan keseluruhan bahagian pokok.

Amalan Tradisi Perubatan

Tumbuhan ini merupakan tumbuhan yang boleh memberikan analgesik iaitu dapatmengurangkan rasa kesakitan, boleh dijadikan sebagai julap (ubat pencuci perut), ubat pengeluarkahak, penghadaman dan juga digunakan sebagai rawatan penyakit kencing manis, demam,jangkitan cacing, bronkitis yang kronik ( bengkak pada tiub udara di kerongkong), kusta,senakatau kembung perut, sakit perut, disentri (cirit birit) dan penyakit kulit (terbakar, luka dan ulser).Tumbuhan ini juga boleh merawat gigitan ular dan juga kitaran haid yang tidak teratur.