hbpe 4103 ( ranjeet kumar -830114065623)

20
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP KHAS) HBPE 4103 PEMBELAJARAN MOTOR NAMA : RANJEET KUMAR A/L NADESAN NO. KAD PENGENALAN : 830114-06-5623 NOMBOR TELEFON : 0149123616 ALAMAT E-MAIL : [email protected] NAMA PENSYARAH : EN.ABDUL KADIR BIN ABDUL RAHIM PUSAT PEMBELAJARAN: BATU PAHAT LEARNING CENTRE, BATU PAHAT , JOHOR.

Upload: ranjeet-kumar

Post on 19-Jul-2016

110 views

Category:

Documents


23 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Page 1: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP KHAS)

HBPE 4103

PEMBELAJARAN MOTOR

NAMA :

RANJEET KUMAR A/L NADESAN

NO. KAD PENGENALAN :

830114-06-5623

NOMBOR TELEFON :

0149123616

ALAMAT E-MAIL :

[email protected]

NAMA PENSYARAH :

EN.ABDUL KADIR BIN ABDUL RAHIM

PUSAT PEMBELAJARAN:

BATU PAHAT LEARNING CENTRE,

BATU PAHAT , JOHOR.

SEMESTER:

MEI 2014

Page 2: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

ISI KANDUNGAN

SEKAPUR SIRIH

Selamat Sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan ribuan terima kasih kepada Tuhan Yang

Maha Esa yang telah mengizinkan saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan setinggi-tinggi terima kasih kami tujukan kepada Pensyarah Tutor kami

iaitu EN.Abdul KadirBin Abdul Rahim yang telah memberi kerjasama dan sokongan

yang tidak terhingga kepada tugasan ini hingga jayanya.

Untuk rakan-rakan seperjuangan, saya juga ingin mengucapkan terima kasih

kerana memahami kesibukan tugas, keprihatinan dan pengorbanan yang diberikan selama

ini.

BIL TAJUK

1. Sekapur sirih

2. Pengenalan Umum

3 Teori Lingkaran Tertutup Adam (Adam’s Closed-Loop Theory)

4 Teori Skema Schmidt (Schmidt’s Schema Theory)

5 Teori Constraint Newell (Newell’s Constraints Theory)

6 Implikasi teori di dalam sukan

10. Rumusan

12 Rujukan

Page 3: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

Akhir kata ‘Jutaan Terima Kasih Dan Salam Takzim’.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat

RANJEET KUMAR A/L NADESAN

( 830114-06-5623 )

Pengenalan

Teori pembelajaran adalah satu andaian teoretis (pendapat) tentang bagaimana

sesuatu organisma itu belajar. Lantaran itu ia harus menyediakan alasan dan haluan

bagi teori pengajaran seseorang di mana seorang guru boleh membentuk serta

memudahkan pengajaran. Dalam aspek Pendidikan Jasmani, teori yang dipilih mestilah

menyediakan satu asas munasabah untuk pemahaman pembelajaran dan satu senarai

prinsip-prinsip pengajaran yang bersesuaian dengan teori pengajaran.Setiap manusia

di muka bumi ini akan mengalami proses kawalan motor.Sebagai contohnya bayi yang

baru dilahirkan juga mengalami situasi yang sama di muka bumi

ini.Walaubagaimanapun proses kawalan motor ini berlaku lebih awal berbanding

dengan pembelajaran motor.Biasanya kawalan motor ini berlaku apabila sseorang bayi

itu mengerakkan tangan,mengerakkan kaki dan sebagainya.Ia dinamakan refleksi

Page 4: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

primitif yang membawa maksud gerakbalas yang terkoodrdinasi atau di luar kesedaran

bayi.Tahap kesedaran bayi boleh dibahagikan kepada lima kategori.Antaranya

ialah,semasa bayi tidur nyenyak,tidur terganggu,mengantuk,sedar senyap dan sedar

aktif.Segala gerak balas yang berlaku adalah tindak balas semula jadi bayi terhadap

rangsangan yang terdapat di sekelilingnya.Tindak balas tidak terkawal akan berlaku

apabila bayi membesar.

Menurut tokoh-tokoh yang terkenal seperti Smith(1998) Hopkins dan Butterworth (1997)

perkembangan motor bayi merangkumi kawalan pergerakan yang membantu bayi untuk

menyesuaikan diri dengan persekitaraan dan memerlukan koordinasi sistem

pergerakan yang kompleks dengan keupayaan berbeza disatukan setiap kemahiran

bekerjasama antara satu dengan lain untuk mengawal persekitarannya secara

berkesan.

Pembelajaran Motor ( Motor Learning )

Pembelajaran motor membawa maksur sesuatu Bidang pengajian pergerakan manusia

yang berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor

yang berlaku hasil daripada proses fizikal seperti praktis dan latihan.Sebagai

contohnya,boleh dikatakan satu proses pembelajaran kemahiran secara berperingkat

dalam proses perkembangan motor bayi.Proses ini berlaku sejak bayi dilahirkan hingga

ke dewasa.Dalam situasi ini pembelajaran motor berlaku dengan cepat ataupun lambat

bergantung kepada bimbingan orang di sekelilingnya.Pembelajaran motor kanak-kanak

adalah pergerakkan motor yang diperolehi daripada pengalaman.Contohnya jika

seseorang bayi berada dalam keadaan meniarap dan ternampak sesuatu barang maka

Page 5: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

dengan serta merta ingin mencapai barang tersebut dengan bantuan otot leher dan

paha.

Antara ciri-ciri pembelajaran motor ialah :

Menyusun semula pergerakan asas seseorang

Berlaku perubahan akibat daripada latihan

Adaptasi dan mengatasi ciri persekitaraan.

Penguasaan kemahiran perlu ada peningkatan mengikut masa.

Dapat menunjukkan kemahiran yang bai pada awal pembelajaran

Selepas Latihan,kemahiran akan dikuasai dengan sempurna

TEORI LINGKARAN TERTUTUP

Teori lingkaran tertutup dipelopori oleh adam pada tahun 1971.Teori pembelajaran

motor ini berdasarkan

Kedudukan linear

Kelambatan respons.

Secara umumya teori ini memfokuskan kepada roses perolehan kemahiran motor yang

berlandaskan pengukuhan tingkah laku menerusi maklum balas.Tambahan pula,fokus

pembelajaranya ialah mengenai pengesanan atau penentuan dan pembetulan ralat

dalam prestasi.Jika kita meneliti secara teliti,seseorang pelajar bukan lagi merupakan

organisma yang pasif,sebaliknya dianggap sebagai komponen aktif dalam konteks

Page 6: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

mengawal,memanipulasi dan menghasilkan lakuan atau pergerakan dalam proses

pembelajaran motor.

Dalam Teori ini,terdapat 2 struktur memori yang terbentuk.Antaranya ialah Kesan

memori dan kesan persepsi.Maklum balas intrintik dihasilkan jika seseorang pelajar

melakukan sesuatu pergerakan.Ia bertujuan untuk menandakan lokasi tertentu dalam

badan seseorang itu.Akibat daripada maklum balas ini terbentuklah satu kesan dalam

sistem saraf.dengan adanya tindak balas yang berterusan maka,seseorang pelajar itu

semakin menghampiri sasaran melalui percubaannya.Melalui ini kesan yang lain juga

akan terbentuk dan satu pengumpulan koleksi kesan akan berlaku.Seseorang pelajar

itu,dapat bertindak balas untuk mencapai sasaran selepas beberapa percubaan,dan

satu rangsangan maklum balas akan menunjukkan pergerakan yang betul.Kesan

persepsi yang kukuh dengan setiap KR akan menyebabkan kurangnya kesilapan dan

perlakuan.

Praktis spesifik dan penyampaian maklum balas yang relevan mengukuhkan kesan

memori sementara .Ini disebabkan proses pembelajaran adalah perubahan tingkah laku

yang kekal . Proses ulangan yang tinggi berserta penyampaian KR boleh mengukuhkan

kesan persepsi.

Menurut Adam seseorang pelajar itu bukan penerima pasif tetapi terlibat secara aktif

dalam pembentukan verbalisasi dan hipotesis.”Knowledge of result” membekalkan

maklumat untuk menyelesaikan masalah motor.KR ini berfungsi untuk membekalkan

maklumat bagaimana pergerakan berikutnya perlu dilakukan selepas satu

percubaan.Adam menafikan percubaan seumpama ini akan memberi laluan untuk

menyelesaikan masalah di pembelajaran motor.Di awal pembelajaran pelajar akan

menggunakan persepsi untuk melakukan pergerakan.Adam menyatakan KR ini tidak

menghasilkan pembelajaran secara terus tetapi ia mewujudkan satu situasi yang sesuai

supaya mekanisme pembelajaran boleh berfungsi.

Dalam teori Adam ,beliau menerangkan juga bagaimana seseorang pelajar

itu,membentuk kebolehan mengesan kesilapan.Selepas beberapa pergerakan

seseorang pelajar tersebut boleh membandingkan maklum balas yang diterima dengan

Page 7: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

kesan persepsi.Ia secara tidak langsung akan mengambarkan kesilapantindak balas

pelajar yang dilaporkan kepada dirinya sebagai pengukuhan subjektif.Tambahan

pula,pengukuhan ini dapat mengekalkan pergerakan dan seterusnya boleh manfaatkan

proses pembelajaran .Ia disebabkan proses maklum balas akan terus ditambah kepada

kesan persepsi.

Wujud kemahiran –kemahiran yang baru

Aktiviti memerlukan ketepatan dan kehalusan

Membenarkan pengubahsuaian mengikut situasi

Menambahkan versalitiy kepada pergerakan

• Kepantasan dan tindakan-tindakan diskret tidak

sepenuhnya tergolong dlm kawalan lingkaran

tertutup (closed-loop control

• Menuntut kpd perhatian & masa;

Kelebihan teori lingkaran

Kekurangan teori lingkaran

Page 8: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

Maklum balas perlu melalui tahap-tahap

pemerosesan

TEORI SKEMA ( Schmidt)

Pada tahun 1975 Schmidt telah menerbitkan perspektifnya dalam penguasaan

kemahiran motor.Ia dinamakan teori Skema.Schidmt pada dahulunya meragui dengan

kenyataan teori yang diulaskan oleh Adams.Menurut Schidmt seseorang manusia tidak

mempelajari pergerakan tetapi mereka sendiri membentuk pergerakkan tersebut

terlebih dahulu.

Menurut beliau seseorang manusia meneroka pergerakan tanpa mengira tepat atau

tidak sesuatu pergerakan yang dilakukan dan mempelajari bagaimana pergerakan itu

berkaitan dengan pergerakan yang lain.Tambahan pula,seseorang manusia itu sendiri

akan mempelajari untuk membuat pelbagai gerakan dengan berpandukan cara atau

had yang menentukan bagaimana sesuatu pergerakan itu harus dibentuk.Had dalam

melakukan sesuatu pergerakan boleh digambarkan melalui parameter.Parameter ini

juga dikenalkan oleh Schidmt dalam melengkapkan lagi teori skemanya.parameter yang

dikenalkan oleh Schidmt adalah sesuatu gambaran pergerakan iaitu,kadar masa atau

keseluruhan masa yang diperlukan untuk sesuatu pergerakan itu dilakukan.Dengan

adanya parameter itu seseorang itu dapat mengenalpasti tahap-tahap perkembangan

otot yang sesuai untuk sesuatu pergerakan dilakukan.Manusia juga dapat membentuk

pelbagai gerakan berdasarkan masa atau tahap perkembangan otot seseorang

manusia.

Selain itu, parameter juga adalah hubungan di antara kekerapan latihan

yang dilakukan dengan hasil pergerakkan dan hubungan di antara kekerapan sensori

motor yang digunakan dengan hasil pergerakkan.

Schidmt juga sangsi dengan teori kemahiran tertutup oleh Adams.Dalam teorinya itu,

Adams mengatakan ketepatan dan pengulangan pergerakkan akan lebih meningkatkan

kemahiran dalam pergerakkan oleh seseorang manusia.Teori itu disangkal oleh

Page 9: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

Schmidt.Schmidt menerangkan bahawa pergerakan itu boleh dipelajari tanpa mengira

ketepatan sesuatu gerakan.Akibat daripada itulah muncul Teori Oleh Schidmt.Beliau

menyatakan Teori ini turut berdasarkan pengetahuan manusia tersebut sendiri tentang

kawalan motor dan perkaitan konsep dengan idea untuk mempelajari tangkas atau

perlahan sesuatu pergerakkan dilakukan.

Oleh itu,dalam teori skema,Schmidt telah mengambil sebahagian besar andaian dalam

teori Adam.Teori skema ini menggunakan konsep dan idea untuk proses

pembelajaran.Ia bertujuan untuk menerangkan pembelajaran pergerakan cepat iaitu

(balistik) dan pergerakan lambat.

Akibat daripada itu Schmidt telah mencipta dua skema untuk memudahkan simpanan

maklumat.Antaranya ialah :

Skema ingat kembali

Skema pengenalpastian respons.

Skema ingat kembali adalah satu set peraturan yang memilih nilai parameter untuk

gerakan spesifik dan memulakan sesuatu perlakuan.Manakala Skema pengenalpastian

respons pula,satu set peraturan yang digunapakai untuk menilai dan membandingkan

hasilan dengan parameter yang dipilih.Schimdt (1975) telah menggunakan idea asas

dari konsep teori tersebut untuk membentuk teori tentang bagaimana kemahiran motor

dipelajari. Kedua-dua peringkat tersebut saling berkait rapat antara satu sama lain.

Pertamanya ialah dikenali sebagai imbas kembali kerana membantu dalam

pergerakan. Sebagai contonya seseorang pelajar memerhatikan bagaimana kawan

Page 10: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

yang lain melambung bola,kemudian apabila tiba gilirannya pelajar itu mengimbas

kembali perlakuan kawannya dan melambung bola Dari itu, pelajar tersebut tadi dapat

mempelajari bagaimana cara untuk melambung bola.

Pemerhatian daripada peningkatan kemahiran yang diperoleh berdasarkan

peringkat imbas kembali tadi akan ditunjukkan di dalam parameter. Aktiviti tadi akan

diulang sehingga kanak-kanak tersebut tadi dapat mencapai kemahiran dalam

melambung bola. Maka, dalam parameter akan menunjukkan bahawa semakin banyak

latihan melambung bola dibuat, semakin meningkat kemahiran yang telah dicapai

(dilihat pada movement outcome).

Peringkat yang kedua adalah Skema pengenalpastian respons.Sebagai

contohnya seorang penjaga gawang hoki,keadaan persekitarannya akan

mempengaruhinya menghantar bola kepada pemain pertahanan untuk mengelakkan

daripada jaringan gol pasukan lawan.Oleh itu,dia memilih menendang bola ke arah

pemain pertahanan pasukannya.apabila program motor umum telah dipilih dan

pergerakan telah dilakukan satu skema pengenalpastian respons telah digunakan untuk

menilai dan membandingkan hasilan dengan parameter yang telah dilakukan dan

disimpan melalui maklumat sensori untuk kegunaan pembetulan pada masa akan

datang. Kejayaan tersebut juga dapat ditunjukkan dengan menggunakan parameter,

iaitu semakin banyak sensori motor yang digunakan, semakin banyak pergerakkan

yang banyak dilakukan.

Page 11: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

Menurut teori skema, terdapat banyak faedah dalam menghasilkan pergerakkan.

Ia kerana i dapat mengajar seseorang pelajar untuk belajar dari kesilapan. Sebagai

Contohnya, seorang kanak yang sedang berlatih untuk berjalan. Terdapat objek yang

ingin dicapainya (objek adalah matlamatnya). Dalam proses tersebut, kanak tersebut

akan cuba bangun berjalan tetapi tidak sampai beberapa minit telah terduduk kembali,

kemudian beliau akan cuba bangun lagi, berjalan beberapa langkah dan terjatuh. Jika

aktiviti ini sentiasa diulang dengan menggunakan objek lain untuk menarik

perhatiannya, kanak-kanak itu akan dapat meningkatkan kemahirannya dalam berjalan

secara beransur-ansur. Secara tidak langsung, kanak-kanak dapat mempelajari motor

dan dapat mengawal motornya.

TEORI CONSTRANT NEWELL

Menurut teori Newell beliau mencadangkan satu model yang menjelaskan bagaimana

sesuatu kemahiran itu dipengaruhi. Model kekangan Newell menyatakan bahawa

kemahiran motor timbul daripada tiga kekangan yang utama.Beliau menyatakan apa-

apa tugas ,persekitaraan atau faktor individu yang berkaitan dengan yang membentuk

atau pengaruh adalah hasil pergerakan atau corak motor yang diperhatikan.Beliau

menggariskan tiga persekitaran yang berlainan yang memberi kesan kepada

pergerakan motor dan bagaimana ia dipaparkan oleh organisma,individu tugas struktur

dan fungsi,alam sekitar dan lain-lain lagi.Kebanyakkan domain melibatkan kekangan.Ia

Page 12: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

dimana mengalakkan beberapa pergerakan tetapi menyekat orang lain.Sebagai

contohnya seorang yang kurang upaya.Dalam situasi sebegini beliau mungkin

mempunyai kekangan yang akan mempengaruhi kualiti peribadi mereka dan

keupayaan untuk mendapat senaman.Seseorang yang duduk di kerusi roda mungkin

mengalami kekangan alam sekitar seperti langkah-langkah atau tanah tidak

rata,kekangan tugas atau kekangan individu seperti ketidakupayaan untuk

menggunakan kaki atau kesukaran balas sewajarnya dengan rangsangan

persekitaraan tertentu mereka.Sebagai contohnya seorang wanita yang berumur 70

tahun dalam konteks kekangan struktur individu mungkin termasuk perkara seperti

badanya telah berkembang dan maju sepanjang proses penuaan mereka dan jika ia

mula merosot,syarat-syarat yang mengehadkan pergerakan mereka seperti arthritis

atau jika mereka menjalani pembedahan maka badan mereka sakit dan mereka tidak

dapat menjalani senaman seperti orang lain di muka bumi ini.Tambahan pula,

bagi seorang anak ,mereka boleh menggunakan semua kemudahan yang terdapat di

sesebuah taman.Tetapi apabila ketinggian anak itu mengehadkan mereka daripada

melakukan perkara-perkara termasuk mereka sampai untuk aktiviti yang lebih

tinggi.Kepada golongan dewasa kekangan struktur mereka terlalu besar sehingga

mereka bermain dengan kanak-kanak mereka.Sebagai contohnya,jika seseorang

dewasa itu mengalami keceredaan dan duduk di kerusi roda,dan beliau tidak

mempunyai cara untuk bangun dan menonton kanak-kanak bermain di taman

permainan itu.

Bagi seorang wanita yang berusia 70 tahun antara kekangan fungsian termasuklah

perasaan takut.Beliau takut akan mendapat kecederan dan kurangnya motivasi kerana

beliau adalah seorang wanita yang tua ataupun pengalaman yang buruk yang berlaku

di taman menyebabkan beliau tidak mahu datang lagi ke taman tersebut.Bagi

seseorang anak pula kekangan berfungsi adalah seperti perasaan takut.Mereka tidak

cukup baik untuk melakukan semua perkara di taman dan takut untuk berdepan dengan

hakikat yang sebenar.Mereka tidak dapat menghabiskan masa,kerana kekurangan

fokus dan menjadikannya membuang masa.Kekangan seumpama ini boleh termasuk

perkara-perkara seperti motivasi untuk kanak-kanak untuk menghabiskan masa di luar

Page 13: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

rumah kerana lebih berminat duduk di rumah dan membaca ataupun menonton

television.

IMPLIKASI TEORI INI DALAM SUKAN

Implikasi teori ini akan membawa kesan yang tidak baik kepada seseorang pelajar

dalam sukan.Beliau menyatakan sebarang kesilapan yang berlaku semasa latihan

adalah berbahaya dan ia akan membahayakan pembelajaran.Ini kerana jika seseorang

pelajar melakukan kesilapan dalan sukan,maklum balas darinya adalah berlainan

dimana ia akan dikaitkan dengan tindak balas yang betul dan kesan persepsi akan

diturunkan sedikit sebagai akibatnya.Dalam konteks sebegini,Adam mencadangkan

pemberian panduan adalah perlu sebagai satu pendekatan latihan untuk mengelakkan

kesilapan berlaku lagi pada masa akan datang.

Kesimpulan

Seperti yang diketahui, pembelajaran motor berlaku kepada manusia sejak daripada

lahir lagi..

Otak memainkan peranan penting dalam pembelajaran motor .Otak mempunyai

bahagian tertentu yang mempunyai fungsi yang berbeza bagi mengawal pembelajaran

motor

Kawalan motor adalah satu perkara yang awal terjadi kepada bayi kemudian akan

diikuti oleh pembelajaran motor yang akan berlaku sehingga akhir hayat manusia.

Pembelajaran motor sememangnya sesuatu perkara yang ada pada manusia yang

tidak dapat dipisahkan kerana ianya saling berkait antara satu sama lain.

Page 14: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

Demi meningkatkan kemahiran pembelajaran motor, sebagai seorang guru

mahupun ibu bapa perlu melatih kanak-kanak sejak dari lahir lagi. Latihan pula haruslah

dipelbagaikan mengikut umur dan bersesuain dengan kanak-kanak.Saya sebagai

seorang guru telah meningkatkan kefahaman saya tentang pembelajaran

motor.Tambahan pula saya dapat mengaplikasikan segala teori ini dalam sesi

pengajaran dan pembelajaran saya di dalam kelas atapun di luar kelas.

Sebagai seorang guru juga mereka harus menggunakan contoh-contoh yang

bersesuaian dalam pembelajaran di bilik darjah.Murid sekolah rendah masih belum

bersedia untuk menyelesaikan sebarang masalah secara abstrak.Guru perlu

menggunakan anologi-anologi serta perbandingan yang bersesuaian supaya murid

faham.Guru juga harus pastikan isi pelajaran dan aktiviti-aktiviti pelajaran yang

disediakan oleh mereka adalah perlu selaras dengan peringkat perkembangan kognitif

para murid sekalian.Tajuk pengajaran yang disampaikan oleh guru perlu bersesuian

dengan tahap seseorang pelajara.maka pelajar tersebut dapat meneliti segala

pembelajaran yang diamalkan oleh guru di dalam kelas.

.

Segala teori yang dipelajari oleh saya akan mengaplikasikan dalam kelas .Teori –teori ini banyak membantu saya dalam mengenali diri para murid dengan lebih mendalam lagi.Saya dapati pembelajaran motor itu penting bagi seseorang murid untuk meningkatkan diri mereka secara beransur ansur.

Page 15: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

Rujukan

Essa, Eva (1999). Introduction to early childhood. New York: Delmar

Schidmt, Richard A. (1991). Motor learning and performance: from principlesto practice. Champaign: Human Kinetics Books.

Schidmt, Richard A. dan Lee, Timothy D. (2005). Motor control and learning: a behavioural emphasis. Champaign: Human Kinetics Books

Page 16: HBPE 4103 ( RANJEET KUMAR -830114065623)

Schmidt, R.A. (1991). Motor learning principles for physical therapy. In: Foundation for Physical Therapy. Contemporary Management of Motor Control Problems: Proceedings of the II-STEP Conference. Alexandria, VA: Foundation for Physical Therapy.