hari sukan

Upload: beh-bell

Post on 29-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

HariSukan

1) Pada 1 Mac yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari sukan

2) Sebelum hari itu, murid-murid dan guru-guru sibuk membuat persiapan

3) Mereka mendirikan khemah di tepi padang sekolah.

4) Panji-panji yang berwarna-warni digantung di sekeliling sekolah.

5) Suasana pada hari itu sungguh meriah.

6) Guru-guru dan murid-murid berkumpul di padang sekolah.

7) Ibu bapa turut hadir untuk memberi sokongan kepada anak-anak mereka.

8) Mula-mula, Guru Besar memberikan ucapan dan kemudian merasmikan Hari Sukan itu.

9) Berbagai-bagai jenis acara sukan diadakan seperti lumba lari, lompat tinggi ,lontar peluru ,lompat jauh dan sebagainya.

10) Semua peserta menunjukkan kesungguhan untuk memenangi acara masing-masing.

11) Ibu bapa dan murid-murid bersorak untuk memberi sokongan kepada peserta-peserta rumah mereka.

12) Akhirnya, Rumah Kuning menjadi johan.

13) Guru Besar menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.

14) Hari sukan ini tamat pada pukul 5 petang.

15) Murid-murid pulang dengan gembira.

Hari Guru

1) Pada 16 Mei yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan Hari Guru

2) Tujuannya adalah untuk menghargai dan mengingatkan jasa baik guru.

3) Sebelumhari itu, murid-murid dan guru-guru membuat persiapan.

4) Mereka menghiasi pentas dengan cantik.

5) Panji-panji yang berwarna-warni digantung di sekeliling dewan.

6) Suasana pada hari itu sungguh meriah.

7) Guru-guru dan murid-murid berkumpul di dewan sekolah.

8) Mula-mula, Guru Besar memberikan ucapan .

9) Beliau menasihati murid-murid supaya menghormati guru.

10) Guru Besar juga mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru.

11) Selepas itu, permainan sukaneka antara guru diadakan.

12) Semua guru bermain dengan gembira.

13) Kemudian, satu jamuan diadakan untuk meraikan Hari Guru.

14) Murid-murid juga memberi hadiah kepada guru-guru.

15) Majlis ini tamat pada pukul 11 pagi.

16) Semua guru dan murid kelihatan gembira pada hari itu.

Hobi Saya

1) Setiap orang mempunyai hobi masing-masing.

2) Ada orang suka mengumpul setem, menanam pokok bunga ,bersukan ,menonton televisyen dan sebagainya.

3) Kegemaran saya ialah membaca.

4) Saya suka membaca buku-buku cerita ,majalah, komik dan suratkhabar.

5) Di sekolah, saya selalu pergi ke perpustakaan untuk membaca buku pada waktu rehat.

6) Saya juga meminjam buku dari perpustakaan untuk dibaca di rumah pada waktu lapang.

7) Selain itu, saya juga selalu bertukar-tukar buku cerita dengan kawan-kawan.

8) Saya bukan sahaja membaca buku dalam Bahasa Cina malah juga Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

9) Pada hujung minggu, saya sering pergi ke perpustakaan awam bersama-sama adik saya.

10) Saya berasa sungguh seronok apabila membaca kerana saya dapat menambahkan pengetahuan saya.

Menghadiri Kem motivasi UPSR

1) Pada 1 Jun yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Kem Motivasi untuk murid-murid Tahun 6.

2) Pada pagi itu, kami berkumpul di dewan.

3) Mula-mula, Guru Besar memberi ucapan dan memperkenalkan penceramah.

4) Kemudian, penceramah memberi nasihat kepada murid-murid.

5) Beliau mengajar murid-murid teknik menjawab soalan.

6) Selepas itu, kami berehat dan makan di kantin.

7) Seterusnya, kami menyanyi dan bermain dengan gembira.

8) Kemudian, Guru Besar menyampaikan cenderamata kepada penceramah.

9) Murid-murid telah memperoleh banyak faedah melalui kem motivasi.

10) Kem motivasi tamat pada pukul 5 petang, murid-murid pulang dengan gembira.

Menyertai perkhemahan Pengakap

1) Pada 1 Jun yang lalu, Persatuan pengakap sekolah saya telah mengadakan perkhemahan pengakap di hutanlipur.

2) Seramai 30 orang ahli pengakap dan 3 orang guru penasihat menyertai perkhemahan ini.

3) Mula-mula, semua ahli pengakap berkumpul di sekolah dan kemudian menaiki bas ke tapak perkhemahan .

4) Selepas tiba di situ, guru memberi taklimat dan membahagikan ahli pengakap kepada beberapa kumpulan.

5) Setiap kumpulan membuat tugasan yang diberikan masing-masing seperti mendirikan khemah, mencari kayu api dan memasak.

6) Pada waktu malam, kami duduk mengelilingi unggun api.

7) Kami mengadakan persembahan mengikut kumpulan masing-masing.

8) Pada keesokkan hari, kami mengadakan aktiviti meredah hutan.

9) Selepas makan tengah hari, kami bersiap-siap untuk pulang.

10) Kami telah mendapat banyak faedah melalui perkhemahan ini.KemalanganJalan Raya

1) Pada suatu hari, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu sekolah.

2) Dalam perjalanan, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman yang kuat.

3) Tanpa berlengah saya segera mencari dari mana bunyi itu datang.

4) Saya dapati sebuah kereta telah terlanggar tiang elektrik di tepi jalan.

5) Tiang elektrik itu condong manakala bahagian hadapan kereta itu telah remuk.

6) Ramai orang berkerumun di tempat kejadian.

7) Kami dapati pemandu kereta itu cedera parah dan hanya tinggal nyawa-nyawa ikan.

8) Tidak lama kemudian, ambulans dan polis pun tiba di tempat kejadian.

9) Beberapa orang awam menolong petugas ambulans mengangkat mangsa kemalangan ke hospital.

10) Pihak polis pula mengawal lalu lintas.

11) Setelah mangsa kemalangan dibawa ke hospital, saya pun meneruskan perjalanan pulang ke rumah.

Berkelah di tepi pantai

1) Pada cuti seko lah yang lalu, kami sekeluarga telah pergi berkelah di sebuah pantai.

2) Setelah menyediakan makanan dan minuman , kami pun bertolak dengan menaiki kereta bapa.

3) Kami juga membawa barang-barang seperti tikar, radio ,pelampung dan baju renang.

4) Dalam perjalanan , kami berbual-bual sambil melihat pemandangan yang cantik di luar kereta.

5) Apabila tiba di tepi pantai, kami dapati ramai orang sedang bermandi manda.

6) Kami segera mengeluarkan barang-barang dari kereta dan meletakkannya di bawah pokok.

7) Bapa membentangkan tikar, lalu kami pun duduk berehat sebentar.

8) Selepas itu, saya dan abang menukar baju renang lalu pergi bermandi manda di laut.

9) Kami menikmati makanan dan minuman yang disediakan oleh ibu.

10) Selepas makan, kami membina istana pasir di tepi pantai.

11) Kami juga mengutip kulit siput di tepi pantai untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

12) Kira-kira pada pukul 4 petang, kami pun mengemas barang-barang untuk pulang.

13) Sayaberasasangatgembirakeranadapatmenghabiskancutibersamakeluargasaya.

JIran saya

1) Encik Ali ialah jiran saya.

2) Kami tinggal di Taman Saga.

3) Encik Ali mempunyai dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan.

4) Kami telah berjiran dengan Encik Ali sekeluarga hampir lima tahun.

5) Encik Ali ialah seorang guru.

6) Dia mengajar di sekolah Kebangsaan Aman Jaya.

7) Tiap-tiap petang, saya selalu bermain badminton dengan anak Encik Ali.

8) Encik Ali dan isterinya sangat baik hati dan peramah.

9) Mereka selalu menolong orang yang berada dalam kesusahan.

10) Kami sekeluarga berasa sungguh bertuah kerana mempunyai jiran yang baik hati seperti Encik Ali sekeluarga.

Banjir

1) Hujan lebat telah turun beberapa hari tidak berhenti-henti.

2) Air sungai telah pasang hingga paras berbahaya.

3) Tidak lama kemudian, air sungai telah melimpah keluar dan kampung saya telah dilanda banjir.

4) Kami sekeluarga segera mengangkat perabot-perabot ke tempat yang lebih selamat.

5) Selepas itu, kami mengambil pakaian dan barang-barang penting lalu naik ke atas bumbung rumah untuk menunggu pasukan penyelamat datang menyelamatkan kami.

6) Tidak lama kemudian, pasukan penyelamat datang dengan bot dan membawa kami sekeluarga dan penduduk kampung ke pusat penempatan sementara.

7) Kami tinggal di sana selama 3 hari.

8) Apabila hujan telah berhenti dan air telah surut, kami dibenarkan pulang ke rumah

9) Dalamperjalananpulangkerumah, kami ternampakkawasankampungterdapatbanyaksampahsarapdanbangkaihaiwan yang matiakibatbanjir.

10) Rumah kamidipenuhilumpurdansangatkotor.

11) Kami bergotong-royongmembersihkanrumah.

12) Tidak lama kemudian, rumahsayamenjadibersihdancantiksemula.