hanya 3 bulan anak miskin bandar kuasai bahasa inggeris.pdf

Upload: nur-hassan

Post on 02-Mar-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/26/2019 Hanya 3 bulan anak miskin bandar kuasai bahasa Inggeris.pdf

    1/2

    Hanya 3 bulan anak miskin bandar kuasai bahasa

    Inggeris02 Jun 2016 12:15 AM

    - See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/hanya-3-bulan-anak-miskin-bandar-kuasai-bahasa-inggeris-

    1.337638#sthash.1fgjV2GD.dpuf

    MOHD. NAJIB

    KUALA LUMPUR 1 JunProgram Permata Interact memberi peluang kepada golongan remaja

    yang kurang berkemampuan di bandar untuk menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

    Menurut pengasas program itu, Nooryana Najwa Mohd. Najib, golongan tersebut mampu

    berkomunikasi dalam bahasa antarabangsa itu dalam tempoh hanya tiga bulan melaluipendekatan projek pembelajaran berkonsepkan mentor.

    Beliau menjelaskan, golongan tersebut diberi peluang untuk belajar bersama rakan sebaya,

    melatih berfikir secara kritis dan bertanya soalan secara konstruktif, sekali gus meningkatkan

    tahap keyakinan untuk bercakap di depan khayalak.

    Pada masa ini, program ini hanya dimulakan di dua tempat iaitu di Pantai Dalam dan Desa

    Rejang, Setapak sejak tahun lalu.

    Kita ada cadangan untuk memperluaskan ke negeri-negeri lain, namun ketika ini, kita mahumemberi fokus kepada dua tempat berkenaan supaya program ini benar-benar mampu memberi

    manfaat kepada mereka, katanya.

    Beliau berkata demikian selepas membentangkan kertas kerja berhubung program itu dalam

    Persidangan Antarabangsa Permata 2016 di sini hari ini.

    Yang turut hadir isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Program Permata, Datin Seri Rosmah

    Mansor.

    Dalam pada itu, seorang lagi pengasas program itu, Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh

    berkata, idea penubuhan program di bawah Permata Perkasa Remaja tersebut tercetus apabila

    kedua-dua mereka mahu memberi sumbangan kepada masyarakat melalui penguasaan bahasa

    Inggeris.

  • 7/26/2019 Hanya 3 bulan anak miskin bandar kuasai bahasa Inggeris.pdf

    2/2

    Kedua-dua mereka yang pernah belajar dan bekerja di luar negara itu berpendapat, mereka perlu

    berbuat sesuatu untuk golongan tersebut supaya anak-anak generasi ini boleh berjaya di

    peringkat global.

    Sama ada suka atau tidak, bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa. Jika mahu berjaya

    di peringkat global, jadi perlu belajar kemahiran berkomunikasi.

    Kita membantu mereka yang benar-benar mahu membantu diri sendiri. Kita amat gembira

    kerana kesemua mereka menunjukkan peningkatan dan mampu bercakap bahasa Inggeris dengan

    fasih, katanya.

    Permata Interact mempunyai tiga fasa pembelajaran iaitu 12 minggu untuk setiap fasa

    pembelajaran di dalam kelas pada hujung minggu.

    Di samping pembelajaran di kelas, peserta berinteraksi dengan mentor masing-masing melaluipenggunaan teknologi maklumat.

    Seramai 60 pelajar sedang mengikuti program itu ketika ini di bawah 16 mentor sukarelawan

    yang dilatih oleh British Council.

    ...................

    SEBELUM ini saya tidak berkeyakinan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan setiap kali

    saya cuba untuk bercakap, akan ditertawakan orang sekeliling. Namun, selepas menyertai

    program ini, saya mampu berinteraksi dengan baik, malah boleh bercakap di atas pentas denganpenuh yakin.

    - NURUL OCTAVIA JASNI

    Pelajar Permata Interact

    SAYA memang meminati bahasa Inggeris, namun tidak ada tempat yang sesuai untuk saya

    memperbaiki dan mempraktikkan penggunaan bahasa itu dengan rakan-rakan. Lebih

    mengujakan, selepas menyertai program ini, saya mampu memperoleh keputusan cemerlang

    dalam subjek Bahasa Inggeris untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

    - NUR HANANI MOHD. RIDZUAN CHAN

    Pelajar Permata Interact

    - See more at: http://www.utusan.com.my/pendidikan/hanya-3-bulan-anak-miskin-

    bandar-kuasai-bahasa-inggeris-1.337638#sthash.1fgjV2GD.dpuf