hak asasi manusia: pemerdagangan manusia @ human...

Download Hak Asasi Manusia: Pemerdagangan Manusia @ Human …hakamdunia.blogspot.com/2016/03/pemerdagangan-manusia...2017-03-01Pemerdagangan manusia merupakan perdagangan atau perniagaan yang

If you can't read please download the document

Upload: vutuong

Post on 13-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Hak Asasi Manusia: Pemerdagangan Manusia @ Human Trafficking

Hak Asasi Manusia

Tuesday, 8 March 2016

Pemerdagangan Manusia @ Human Trafficking

Apakah yang dimaksudkan dengan HUMAN TRAFFICKING? atau lebih dikenali sebagai PEMERDAGANGAN MANUSIA?.

Pemerdagangan manusia merupakan perdagangan atau perniagaan yang melibatkan pergerakan manusia secara haram untuk tujuan seperti perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa. Kita sebagai masyarakat juga lebih mengetahui bahawa aktiviti pemerdagangan manusia ini semakin aktif dalam negara Malaysia sendiri. Contohnya,lebihan buruh paksa atau warga asing yang bekerja di Malaysia, merupakan salah satu aktiviti pemerdangan manusia yang dibawa masuk ke Malaysia.

Hal ini menunjukkan bahawa, mereka yang dipaksa bekerja di Malaysia adalah berkemungkinan mengalami hutang atau masalah dengan majikan di negara mereka sendiri. Kebanyakkan aktiviti pemerdagangan manusia ini sering kali berlaku di negara-negara miskin atau dikenali sebagai negara berpendapatan rendah. Kebiasaannya pemerdagangan manusia ini melibatkan golongan kanak-kanak dan wanita.

Melalui kisah yang dipaparkan kepada masyarakat pada suatu ketika dahulu, di mana seorang kanak-kanak telah dijual oleh ibu bapanya sendiri atas tujuan aktiviti pelacuran. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat menjalankan aktiviti seperti kanak-kanak normal. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku? Ia menunjukkan bahawa kanak-kanak sering menjadi mangsa dalam pemerdangan manusia kerana keadaan fizikal kanak-kanak itu sendiri dan pemikiran yang belum matang menyebabkan mereka lebih mudah diekploitasi berbanding lelaki dan wanita dewasa.

Kita juga sedia maklum bahawa Malaysia merupakan destinasi popular dalam kalangan pekerja asing atas sebab ekonomi atau sebagai negara transit. Maka, kumpulan pekerja ini terdedah menjadi mangsa pemerdagangan seks dan buruh. Aduan berkaitan isu pemerdagangan orang sentiasa dilaporkan kepada SUHAKAM selama ini. Walaupun Suruhanjaya bukanlah sebuah agensi penguatkuasa bagi jenayah rentas sempadan, namun SUHAKAM sentiasa bertindak sebagai pengantara bagi pengadu dan agensi penguatkuasa untuk memastikan tindakan segera dan sewajarnya diambil ke atas setiap aduan. Hal ini kerana kes-kes seperti ini telah melibatkan hak asasi manusia walaupun ianya dari warga asing.

SUHAKAM berpendapat bahawa isu pemerdagangan orang dan penyeludupan migran harus ditangani dengan kadar segera oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Dalam menyokong usaha negara dalam memerangi pemerdagangan orang, SUHAKAM juga telah mengadakan pelbagai sesi dialog dan perbincangan meja bulat bersama agensi Kerajaan yang berkenaan dan pihak berkepentingan yang lain, dan juga mengemukakan syor-syor kepada Majlis Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (MAPO) di Malaysia. SUHAKAM juga mengadakan lawatan berkala ke pusat perlindungan mangsa pemerdagangan orang dan sentiasa mempromosi kesedaran dalam kalangan semua lapisan masyarakat mengenai kebahayaan pemerdagangan orang serta kepentingan untuk memastikan hak asasi mangsa pemerdaganan orang dijamin mulai saat mereka diselamatkan dan seterusnya, semasa proses pemulihan sehinggalah saat mereka diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.

Melalui jurnal yang telah saya perolehi, ia menceritakan pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan seluruh negara termasuk negara Malaysia samaada dalam bentuk perundangan mahupun penguatkuasaan. Kewujudan Majlis Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migran (MAPO) menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai komitmen untuk membanteras aktiviti pemerdagangan manusia. Malah MAPO mempunyai pelbagai fungsi dimana antaranya ialah bekerjasama dengan kerajaan dan organisasi antarabangsa mengenai pemerdagangan orang.

Kerjasama dalam kelompok antarabangsa adalah untuk mengelakkan berlakunya kejadian jenayah pemerdagangan manusia kerana aktiviti ini mampu menjejaskan keselamatan negara. Walaupun negara Malaysia pernah jatuh pada tahap yang buruk dalam membateras pemerdagangan manusia, namun pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang telah meningkatkan tahap yang lebih baik dalam usaha mencegah jenayah ini.

Selain itu, Akta Anti-pemerdagangan Orang dan Anti-penyeludupan Migrain (ATIPSOM) juga diwujudkan untuk menangani sindiket antarabangsa yang telah menjadikan negara Malaysia sebagai negara transit pemerdagangan dan penyeludupan orang untuk membawa mangsa ke negara ketiga terutamanya Australia. Kebanyakan mangsa adalah warga Afghanistan, Pakistan dan Myanmar. Pelbagai penalty yang dilaksanakan bagi kesalahan yang ditetapkan. Antaranya ialah disabitkan hukuman penjara dan dikenakan denda.

Pada pandangan saya sendiri, rundingan dengan negara luar juga merupakan inisiatif kerajaan untuk membanteras jenayah ini. Malah, negara Malaysia juga penah mengadakan hubungan kerjasama dengan negara Australia. Tambahan lagi, Proses Bali adalah penyertaan bersama untuk bekerjasama dan pelbagai langkah diketengahkan untuk membantu mencegah pemerdagangan manusia di rantau Asia Pasifik. Proses Bali ini telah melibatkan 50 buah negara dan agensi antarabangsa. Maka, ini merupakan langkah yang terbaik untuk semua negara membanteras isu ini supaya tidak berleluasa.

Lumrah alam bagi seorang manusia yang menginginkan kebebasan hak asasi manusia. Begitu juga mereka yang telah menjadi mangsa akibat "Human Trafficking".

Adakah kita hanya mampu melihat tanpa membanteras?

"Thinking out of Box"

Rujukan Journal :

USAHA MALAYSIA DALAM MEMBANTERAS

JENAYAHPEMERDAGANGAN ORANG: SATU TINJAUAN

NorcikeyonnSamuni& Nor-Ina Kanyo, International Journal of Environment,

Societyand Space, 2013, (1), Page 62-72

Posted by

kimie

at05:49:00

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

2 comments:

Fidan Hamdani9 March 2016 at 00:23

MUHAMMAD AFFIDAN BIN HAMDANI (A155158) Salam sejahtera, kupasan yang baik dan bernas. Penerangan kepada terma hak asasi adalah lengkap dan boleh diterima akal. Lagu tersebut juga merupakan salah satu eleman penerangan yang bagus. Sila ke laman blog hak asasi saya, https://hakamblog.wordpress.com/. Regards, thank you.

ReplyDeleteReplies

kimie4 April 2016 at 19:19

terima kasih kerana mengunjungi blog saya.

Delete

Reply

Add comment

Load more...

Newer Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

About Me

kimie

View my complete profile

"The Title"

2016

(13)

July

(4)

June

(1)

May

(2)

April

(3)

March

(3)Whether the student has the right to speak or not?...Permulaan CoretanPemerdagangan Manusia @ Human Trafficking

Berita Online

Berita HarianHarakahHarian MetroKOSMOMalaysia KiniSinar Harian OnlineUtusan Online

"Walk in other bloggers"

Hak Asasi manusia

HAK ASASI MANUSIA | FIDAN4HUMANRIGHTS

We Are All Born Free And Equal

Perlembagaan Persekutuan dan Hak Asasi Manusia

MANUSIA DAN HAK MEREKA

Difteria - Igauan para ibu bapa

Simple theme. Powered by Blogger.