status haiwan kesayangan di putrajaya - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/laporan populasi...

19
LAPORAN TEKNIKAL BPI 1/2018 STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA Shariffah Nazari, Mastura Yaacob, Dr. Muhammad Nazri Khairuddin, Sharil Azwan Mohd Zain, Fakhrulisham Razali, Dr. Marzuna Md Yunus, Dr. Chandrawathani Panchadcharam

Upload: others

Post on 24-Sep-2019

34 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

LAPORAN TEKNIKAL BPI 1/2018

STATUS HAIWAN

KESAYANGAN DI

PUTRAJAYA Shariffah Nazari, Mastura Yaacob,

Dr. Muhammad Nazri Khairuddin, Sharil Azwan Mohd Zain,

Fakhrulisham Razali, Dr. Marzuna Md Yunus,

Dr. Chandrawathani Panchadcharam

Page 2: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

1

LAPORAN TEKNIKAL - KAJI SELIDIK

STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA

Disediakan oleh

Shariffah Nazari1, Mastura Yaacob1, Dr. Muhammad Nazri bin Khairuddin2,

Sharil Azwan Bin Mohd Zain1, Fakhrulisham bin Razali1,

Dr. Marzuna Md Yunus2, Dr Chandrawathani Panchadcharam1

1 Bahagian penyelidikan dan Inovasi, IPPV

2 Bahagian Pengurusan Biosekuriti dan SPS, IPPV

1.0 Pendahuluan

Putrajaya adalah wilayah persekutuan ke tiga setelah Kuala Lumpur dan Labuan. Merupakan sebuah bandar terancang seluas 49.32 km2 yang mana pembangunannya dilakukan dengan wawasan untuk menjadikan Putrajaya sebuah bandaraya mampan menjelang 2025 dengan kapasiti penduduk sebanyak 350,000 orang. Putrajaya dengan keluasan 4,930 hektar yang dibahagikan kepada 20 Presint mensasarkan populasi penduduk dengan 65,000 unit kediaman iaitu 55 peratus kuarters kerajaan dan 45 peratus untuk lagi untuk orang ramai.

Pada tahun 2017 populasi pendudukan Putrajaya adalah berjumlah lebih kurang 86,300 orang atau 25% kapasiti maksimumnya menjelang 2025. Adalah dijangkakan pertambahan penduduk pada masa hadapan akan membawa kepada pertambahan haiwan kesayangan di Putrajaya. Berikutan tiadanya data asas untuk mengetahui kedudukan aktiviti memelihara haiwan kesayangan di Putrajaya maka satu kajian ringkas untuk mengetahui status haiwan kesayangan di Putrajaya telah dilakukan mulai Oktober 2017 hingga Disember 2017 secara temuduga dan online. Objektif utama kajian adalah untuk mendapatkan maklumat asas mengenai status pemilikan Haiwan kesayangan, kesihatan dan penjagaannya dan haiwan berkeliaran. Soalan-soalan berkaitan kesedaran penduduk mengenai hal-hal berkaitan bidang kuasa Jabatan Veterinar juga dimasukkan dalam kajian ini disamping peta kedudukan klinik dan kedai haiwan yang terdapat di Putrajaya dan sekitarannya.

2.0 Latar Belakang Responden

Sebanyak 594 orang responder telah menyertai kaji selidik ini. Daripada

jumlah ini, 75.0% (446) adalah penghuni kuarters kerajaan, 13.5%(80)

responden menghuni rumah milik persendirian dan 11.5%(68) responden

tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan data

yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara mengenai pemilikan rumah

2014, yang mana 79.1% adalah kuarters kerajaan, 11.7 % milik persendirian

sementara 9.2% adalah disewa.

Page 3: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

2

Kebanyakkan responden didapati tinggal di rumah kediaman jenis

Pangsapuri (64% atau 380 orang), 32% (190) di rumah teres dan 4%(23)

responden mempunyai banglo. Data Jabatan statistik 2010 juga menunjukkan

komposisi jenis kediaman yang hampir sama di mana 74.7% kediaman di

Putrajaya adalah jenis rumah pangsa/apartment/kondominium dan pejabat,

25.9% adalah jenis rumah biasa.

Rajah 3 menunjukkan majoriti responden tinggal di Presint 5 (26.5%),

diikuti Presint 9 (20.6%), Presint 11(17.6), Presint 18 (14.7%), Presint

14(11.8%), Presint 17 (5.9%) dan Presint 8 (2.9%). Ini sejajar dengan data yang

dikeluarkan oleh Bahagian pengurusan asset, Jabatan Perdana Menteri pada

tahun 2014 yang menunjukan Presint 9, 11, 5 dan 18 merupakan kawasan

dimana kebanyakan kuarters kerajaan didapati.

Seramai 29.2% responden mempunyai bilangan isi rumah seramai

empat 4(29.2%), 5(19.8%) , 3(18.8%), 1(11.5%), 9.4% masing-masing

mempunyai 2 dan 6 orang dan 1.0% masing-masing mempunyai 7 dan 9 orang

bilangan isi rumah. Rajah 4 menerangkan perkara ini. Analisa data kajian juga

menunjukkan 53.5% daripada responden adalah lelaki manakala 46.5% adalah

perempuan yang mana sebahagian besar responder berumur kurang dari 20

tahun dan selebihnya diantara 21 tahun hingga 60 tahun. Majoriti responden

adalah berbangsa Melayu (94.3%), 3.0% India, 2.0% Cina dan selebihnya adalah

merupakan bumiputera Sabah dan Sarawak (0.7%). Dari segi pekerjaan

kebanyakan merupakan pelajar (68.35%), 15.95% adalah merupakan

kakitangan kerajaan, 9.3% adalah kakitangan swasta dan selebihnya bekerja

sendiri (4.2%). Hampir separuh responder berpendapatan seisi rumah antara

RM3,000 hingga RM10,000 sebulan, 39.2% berpendapatan kurang daripada

RM3,000 sebulan, 5.2% tidak mempunyai pendapatan dan 2.1% daripada

mempunyai pendapatan melebihi RM10,000 sebulan.

Rajah 1: Pemilikan Rumah Kediaman

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

80.0%

Kuarters Kerajaan Milik Persendirian Sewa

75.0%

13.5% 11.5%

Page 4: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

3

Rajah 2: Jenis Kediaman

Rajah 3: Lokasi Kediaman

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

Pangsapuri Teres Banglo Lain –lain

61.5%

30.2%

4.2% 4.2%

0.0%

5.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

30.0%

Presint 5 Presint 9 Presint 11 Presint 18 Presint 14 Presint 17 Presint 8

26.5%

20.6%

17.6%

14.7%

11.8%

5.9%

2.9%

Page 5: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

4

Rajah 4: Bilangan Isi Rumah

3.0 AKTIVITI PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA

Daripada keseluruhan data kajiselidik didapati seramai 47% (279)

responder merupakan pemilik haiwan kesayangan. Bagi pemilik haiwan

kesayangan, 46% (128) daripada mereka adalah penghuni kuarters. Kucing

merupakan haiwan kesayangan paling popular (71.5%, 124 betina dan 167

jantan), diikuti ikan(14.4%), hamster(4.6%), arnab(3.0%), kura-kura (2.6%),

anjing(1.3%), burung(1.3%), Hedge Hog (1.0%) dan Iguana (0.35%)(Rajah 5).

Bagi responder (46 orang) yang menjawab mengenai asal usul haiwan

peliharaan masing-masing, kebanyakkan haiwan kesayangan ini (62.9%, 28)

adalah dipungut daripada haiwan berkeliaran tidak bertuan, 23.9% (10) adalah

daripada hadiah/pemberian orang dan 15.2%(7) adalah haiwan yang dibeli

(Rajah 6). Kajian juga menunjukkan 74.7% daripada responden merupakan

pemilik utama haiwan kesayangan manakala 25.3% lagi bukan merupakan

pemilik utama haiwan kesayangan.

Dari segi status Pembiakan dan kesihatan Haiwan Kesayangan, didapati

58.8% haiwan kesayangan ini telah dikembirikan, 38.2% tidak dikembirikan dan

2.9% adalah status dikembiri tidak diketahui ( rajah 7). Manakala

kebanyakannya (86.0%) tidak mempunyai microchip hanya 13.6% haiwan

kesayangan ini telah ditanam microchip, dan 0.4% tidak diketahui status

microchip (Rajah 8). Rajah 9, menunjukkan kebanyakkan haiwan kesayangan

(67.4%) tidak pernah menerima suntikan vaksin, hanya 30.7% telah divaksinkan

dan 1.9% tidak diketahui status pemvaksinan.

11.5%9.4%

18.8%

29.2%

19.8%

9.4%

1.0% 1.0%0.0%

5.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

30.0%

35.0%

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9

Page 6: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

5

Rajah 5: Jenis Haiwan Kesayangan Dipelihara di Putrajaya

Rajah 6: Cara Perolehan Haiwan Kesayangan

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

80.0% 71.5%

14.4%

4.6% 3.0% 2.6% 1.3% 1.3% 1.0% 0.3%

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

Beli Hadiah / Pemberian Haiwan yang tidakbertuan berkeliaran

15.2%

23.9%

60.9%

Page 7: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

6

Rajah 7: Status Kembiri Haiwan Kesayangan

Rajah 8: Status Penanaman mikrocip Haiwan Kesayangan

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

Dikembirikan (Telahdimandulkan)

Tidak dikembirikan Tidak diketahui

58.8%

38.2%

2.9%

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

80.0%

90.0%

Tidak Ya Tidak diketahui

86.0%

13.6%

0.4%

Page 8: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

7

Rajah 9: Status Pemvaksinan Haiwan Kesayangan

4.0 KACAU GANGGU HAIWAN BERKELIARAN DI PUTRAJAYA

Haiwan berkeliaran tanpa tuan merupakan fenomena biasa di kawasan

perbandaran dan boleh menimbulkan ganguan kepada penduduk setempat.

Rajah 10 menunjukkan walaupun 82% daripada responden menyedari

kehadiran haiwan kerkeliaran di kawasan kediaman mereka di Putrajaya tetapi

kebanyakan mereka (68%) tidak menganggap haiwan berkeliaran ini

menimbulkan kacau ganggu di kawasan masing-masing (Rajah 11). Manakala

hanya 32% responden lagi menyatakan terganggu dengan kehadiran haiwan

berkeliaran di kawasan perumahan masing-masing. Kucing merupakan haiwan

berkeliaran paling banyak berkeliaran dengan bilangan minimum sebanyak 2

hingga maksimum, 10 ekor. Anjing berkeliaran hanya dilaporkan dilihat pada 4

situasi tetapi dalam bilangan yang lebih besar iaitu antara 1 hingga 15 ekor.

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

Tidak Ya Tidak diketahui

67.4%

30.7%

1.9%

Page 9: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

8

Rajah 10: Kehadiran Haiwan Berkeliaran di Kawasan Kediaman

Rajah 11: Kacau Ganggu Haiwan Berkeliaran di Kawasan Perumahan

5.0 PENJAGAAN HAIWAN KESAYANGAN KEMUDAHAN KESIHATAN

Pemeliharaan dan penjagaan haiwan kesayangan memerlukan

komitmen dan peruntukan perbelanjaan tertentu. Hasil kajiselidik mendapati

hampir separuh (53%) pemilik di Putrajaya tidak pernah membawa haiwan

kesayangan mereka ke klinik Veterinar. Bagi 46.3% lagi responden yang pernah

membawa haiwan kesayangan ke klinik Veterinar, tujuan utama kunjungan

mereka adalah untuk pemeriksaaan kesihatan umum (47.0%), 33.8% vaksinasi,

13.25% pembedahan, 4.1% microchip dan 1.8% untuk mendapatkan Pet

Passport (Rajah 12). Sebanyak 68.7% responden memilih untuk membawa

haiwan kesayangan mereka ke klinik swasta di sekitar kawasan Putrajaya,

82%

18%

Ya Tidak

32%

68%

Ya Tidak

Page 10: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

9

Kajang dan Bangi manakala 31.3% responden lagi membawa haiwan

kesayangan ke Klinik Veterinar Kerajaan Cheras. Bagi responder yang ada

membawa haiwan kesayangan mereka ke Klinik Veterinar, kekerapan

kunjungan bergantung kepada beberapa perkara, 36.4% daripada responden

membawa haiwan kesayangan ke klinik mengikut tahap kesihatan haiwan

peliharaan serta tarikh temujanji dalam jadual vaksinasi. Sebanyak 34.1%

responder membawa haiwan kesayangan setiap 3 bulan sekali, 25% sekali

setahun sekali dan hanya 4.5% membawa setiap sebulan ( Rajah 13).

Dari segi peruntukan kewangan, kebanyakan pemilik haiwan (82%)

mengeluarkan perbelanjaan antara RM1 hingga RM250 sebulan bagi

mempastikan kesejahteraan haiwan kesayangan masing-masing (Rajah 14),

manakala sebanyak 15.4% pemilik haiwan kesayangan tidak mengeluarkan

perbelanjaan tetap bulanan untuk haiwan kesayangan mereka. Daripada

perbelanjaan bulanan ini, 84.6% responder menggunakannya untuk

perolehan makanan (45.7%), kesihatan (27.1%), perhiasan dan mainan

(16.5%), dandan (7.95%) dan 2.85% untuk perkhidmatan penginapan haiwan

kesayangan masing-masing (Rajah 15).

Hasil kajian juga mendapati 97% responden bersetuju sekiranya klinik

Veterinar kerajaan dibuka di Putrajaya. Daripada peta Putrajaya ( rajah 16)

didapati hanya sebuah Klinik Veterinar swasta berdaftar menyediakan

perkhidmatan veterinary di Presint 15, Putrajaya, sementara 38 buah lagi

dalam 15 km radius dari pusat bandar Putrajaya yang merangkumi sebahagian

daerah di Selangor (23), Kuala Lumpur (14) dan Negeri Sembilan (1).

Rajah 12: Tujuan Lawatan ke Klinik Veterinar

0.0%

5.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

30.0%

35.0%

40.0%

45.0%

50.0%

Pemeriksaankesihatan

umum

Vaksinasi Pembedahan Microchip Pet Passport

47.0%

33.8%

13.2%

4.1%1.8%

Page 11: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

10

Rajah 13: Kekerapan Lawatan Ke Klinik Veterinar

Rajah 14: Jumlah Perbelanjaan Bulanan Untuk Haiwan Kesayangan

0.0%

5.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

30.0%

35.0%

40.0%

lain-lain 3 bulan sekali 1 tahun sekali 1 kali sebulan

36.4%34.1%

25.0%

4.5%

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

80.0%

RM 1 – RM 250 RM 251 – RM500 RM501 – RM750 > RM1000

74.5%

19.7%

2.9% 2.9%

Page 12: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

11

Rajah 15: Pembahagian perbelanjaan Bulanan Untuk Haiwan Kesayangan

6.0 PENGETAHUAN MENGENAI BIDANG KUASA JABATAN VETERINAR

Hasil kajian mendapati kesedaran orang ramai mengenai bidang kuasa

Jabatan Perkhidmatan Veterinar di Putrajaya adalah rendah. Ini dibuktikan

dengan 78.6% responden tidak mengetahui mengenai undang-undang

berkaitan bidang kuasa Jabatan Veterinar Malaysia, hanya 10.45% responden

mengetahui tentang Akta Kebajikan Haiwan, Akta Binatang 1953 (7.6%) dan

Akta Makanan Haiwan (3.5%) (Rajah 17). Mengenai Kesedaran masyarat

Putrajaya mengenai kejadian penyakit zoonotic adalah baik, dengan 62.4%

daripada responden tahu mengenai penyakit haiwan kesayangan yang boleh

menjangkiti manusia manakala hanya 37.6% responden yang tidak mengetahui

(Rajah 18). Dari segi kebajikan haiwan, kebanyakkan responder (65.6%) tidak

mengetahui tentang prinsip 5 kebebasan yang merupakan tunggak kepada

kebajikan haiwan hanya berbanding 34.4% responden mengetahui

mengenainya.

0.0%

5.0%

10.0%

15.0%

20.0%

25.0%

30.0%

35.0%

40.0%

45.0%

50.0%

Makanan Kesihatan Perhiasan Dandan Penginapan

45.7%

27.1%

16.5%

7.9%

2.8%

Page 13: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

12

Rajah 17: Kesedaran Bidang Kuasa Jabatan Veterinar

Rajah 18: Kesedaran Penyakit Berjangkit antara Haiwan dan Manusia

7.0 Kesimpulan

Kajian ini menunjukan serba sedikit mengenai status

pemeliharaan haiwan kesayangan dan berkeliaran di Putrajaya. Terdapat

sedikit kekangan dalam kajiselidik ini dimana terdapat penghuni kuarter yang

keberatan untuk memberi kerjasama disebabkan terdapatnya peraturan

0.0%

10.0%

20.0%

30.0%

40.0%

50.0%

60.0%

70.0%

80.0%

Tidak tahu Akta KebajikanHaiwan

Akta Binatang1953

Akta makananHaiwan

78.6%

10.4%7.6%

3.5%

62.4%

37.6%

Ya Tidak

Page 14: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

13

daripada pihak Bahagian Pengurusan Hartanah, Jabatan Perdana Menteri yang

tidak membenarkan pemeliharaan haiwan kesayangan di kuarters kerajaan.

Walaubagaimana pun didapati penduduk Putrajaya cenderung untuk

mempunyai haiwan kesayangan di dalam keluarga masing-masing yang mana

kebanyakannya adalah kucing dan ikan.

Kebanyakkan haiwan kesayangan yang dipelihara oleh

penduduk Putrajaya berasal daripada haiwan terbiar, Ini menunjukan terdapat

haiwan berkeliaran tanpa tuan dalam komuniti. Haiwan-haiwan tanpa tuan ini

jika terus dibiarkan akan membiak dan menimbulkan masalah kacau ganggu di

kawasan kediaman terbabit. Kempen kesedaran dan kawalan seperti kembiri

dicadangkan diadakan dari masa ke semasa bagi mengelakkan pertambahan

haiwan terbiar masa datang seiring dengan petambahan penduduk.

Penubuhan klinik veterinar kerajaan di Putrajaya merupakan

pilihan terbaik bagi penduduk Putrajaya bagi golongan berpendapatan

sederhana seperti kakitangan kerajaan tetapi perkhidmatan penjagaan

kesihatan haiwan kesayangan boleh juga didapati daripada sejumlah besar

klinik Veterinar swasta dalam lingkungan 15 km radius Putrajaya.

Memandangkan kesedaran orang ramai mengenai fungsi dan

objektif Jabatan adalah agak rendah di kalangan penduduk Putrajaya, kempen

dan promosi mengenai Jabatan ini perlu diadakan secara berterusan dengan

penyertaan aktif Jabatan dalam acara setempat.

Rujukan

1. Anggaran Penduduk Pertengahan Tahun berasaskan data Banci

Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

http://www.bph.gov.my/sbbphv2/images/Kuaters/Maklumat%20Kuarter

s%20BPH%20di%20Putrajaya.pdf

2. Buku tahunan Perangkaan Malaysia 2015.

https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/4_Portal%20Content/1_Abo

ut%20us/7_AnnualReport/Laporan_Tahunan_2015_DOSM.pdf

3. Data Penduduk Bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

http://www.data.gov.my/data/en_US/dataset/9feac45f-c2c5-485b-86e1-

f503d50fadc4/resource/0337a0ab-2f5c-44cf-9cbb-e699746ecc52

4. Perangkaan terpilih KPKT Sehingga 31 Mac 2015.

http://www.kpkt.gov.my/resources/index/user_1/GALERI/PDF_PENERBIT

AN/PERANGKAAN%20TERPILIH/Buku_Perangkaan_31Mac2015.pdf

Page 15: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

14

Page 16: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

15

Page 17: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

16

Page 18: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

17

Page 19: STATUS HAIWAN KESAYANGAN DI PUTRAJAYA - …research.dvs.gov.my/opac/author/upload/Laporan Populasi Haiwan... · tinggal di rumah sewa (Rajah 1). Dapatan ini adalah hampir sama dengan

18