guli

8
Permainan tradisional Disediakan oleh : Beh Jun Siong Lau Jie Ying Lee Boon Hao Ooi Li Jie Teh Huey Chyi

Upload: wan-azmi

Post on 15-Aug-2015

40 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guli

Permainan tradisional

Disediakan oleh : Beh Jun Siong Lau Jie Ying Lee Boon Hao Ooi Li Jie Teh Huey Chyi

Page 2: Guli

Definisi

• Berdasarkan kamus dewan edisi 4, Permainan tradisi bermaksud permainan atau sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan (adat, kepercayaan, dll) yg kekal turun-temurun, sesuatu yg sudah menjadi amalan yg sudah sebati dgn sesuatu masyarakat (golongan, kumpulan, dsb).

Page 3: Guli

GULI

Page 4: Guli

Guli• Permainan guli adalah permainan

tradisional melayu yang digemari oleh kanak-kanak pada masa lapang terutamanya pada zaman dahulu.

• Permainan guli ini juga dikenali sebagai Kelereng. Permainan guli ini dimainkan secara melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya.

• Permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur antara tujuh hingga dua belas tahun.

Page 5: Guli

• Kawasan yang paling sesuai untuk dijadikan gelanggang adalah di tempat yang teduh, tanah rata dan kawasan yang lapang.

• Hal ini demikian kerana pemain mengharapkan tanah kering untuk menggali lubang. Apabila tanah becek, permainan guli tidak menyeronokkan kerana buah guli akan melengket pada tanah dan menyukarkan prosaes permainan tersebut.

Page 6: Guli

• Untuk memulakan permainan, gelanggang perlu dibuat terlebih dahulu. Yang pertama pemain perlu melukis bulatan di atas tanah berukuran garis pusat 1meter dan ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10cm, lebar dan sedalam 7cm dengan cara menghentakkan tumit kaki ke tanah. Lubang tersebut dikenali sebagai lubang induk. Seterusnya, satu garisan lurus dibina dengan jarak 3meter daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

Page 7: Guli

• Pada zaman dahulu, potongan-potongan kayu dibulatkan sebesar sebiji telur ayam untuk dijadikan sebiji guli. Selepas Perang Dunia Pertama, guli dibuat daripada bahan atau batu kapur yang diadukkan dengan simen dan sebesar ibu jari kaki. Jumlah pemain dalam permainan ini tidak melebihi lima orang.

• Permainan guli boleh dibahagikan kepada dua,

i). mencari “raja guli” yang berkuasa untuk “mendera” pemain yang kalah.ii). Mengumpul seberapa banyak guli yang mampu.