gtr

9
KERTAS KERJA LAWATAN BENCHMARKING-SEKOLAH CEMERLANG. DAN CERAMAH. 1.0 PENDAHULUAN Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).. Semasa di semester lepas kami guru-guru Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) telah didedahkan dengan program ceramah.Kali ini juga kami didedahkan pula dengan program lawatan penanda aras bagi sekolah- sekolah cemerlang agar kami dapat menjadi guru yang cemerlang di sekolah masing-masing nanti. 2.0 Rasioanal. 1

Upload: harraz

Post on 26-Sep-2015

229 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

yu

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA LAWATAN BENCHMARKING-SEKOLAH CEMERLANG. DAN CERAMAH.

1.0 PENDAHULUAN Pembangunan Modal Insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran tinggi serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru di Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan aspirasi dan hasrat negara. Kursus Bina Insan Guru (BIG) ini juga merupakan satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG).. Semasa di semester lepas kami guru-guru Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) telah didedahkan dengan program ceramah.Kali ini juga kami didedahkan pula dengan program lawatan penanda aras bagi sekolah-sekolah cemerlang agar kami dapat menjadi guru yang cemerlang di sekolah masing-masing nanti.

2.0 Rasioanal. Program ceramah ini merupakan satu program yang diwajibkan kepada guru- guru Program Pensiswazahan Guru ( PPG) dan merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran dalam program Bina Insan Guru. Dalam program ini, guru-guru didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion keguruan, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan menjadikan sesebuah sekolah yang cemerlang bukan di mata masyarakat malah di mata Negara juga diterapkan kepada pendidik supaya guru-guru berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bekerjasama. Di samping itu juga, program ini dapat melatih guru-guru untuk menjadi contoh untuk pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa . 3.0 MATLAMAT. Aktiviti Lawatan Penanda Aras dalam Program Bina Insan Guru dan ceramah LADAP adalah untuk melatih guru-guru PPG melihat ciri-ciri kepimpinan, pengurusan, iklim sekolah dan infrastruktur budaya sekolah cemerlang ini di laksanakan, di samping membina peribadi mulia serta profesionalisme perguruan .Lawatan yang diadakan ini bukan sahaja dapat membina kesepakatan antara guru dalam perlaksanaannya tetapi dapat juga menyedarkan tentang pentingnya kualiti peribadi dan profesioanalisme seseorang guru itu.

4.0 OBJEKTIF.Objektif program ini ialah untuk:- Membina kemahiran merancang, melaksana menguruskan dan menganjurkan aktiviti lawatan Melaksanakan sesuatu aktiviti berasaskan semangat berpasukan, amanah dan bertanggungjawab. Meningkatkan nilai nilai keperibadian dan profesionalisme seseorang guru itu. Menghayati nilai keyakinan dalamm diri guru dan murid serta meningkatkan akhlak keguruan. Memastikan aktiviti lawatan dan ceramah yang dilaksanakan ini dapat membantu kami guru-guru untuk lulus dalam Program Pensiswazahan ini.5.0 KUMPULAN SASARANKmpulan sasaran adalah guru-guru yang mengikuti Program Pensiswazahan Guru Ambilan Jun 2011 seramai 22 orang.

6.0 ANJURAN. Program Lawatan dan ceramah ini adalah salah satu aktiviti dalam program Bina Insan Guru yang dianjurkan secara bersama oleh guru-guru dari kelas Pengajian Sains 1 ,semester 8, Program Pensiswazahan Guru Institut Perguruan Raja Melewar sesi Jun 2011/ Jun 2015 dengan murid dan guru-guru SK Siliau, Rembau Negeri Sembilan .

7.0 TAJUK LAWATAN DAN CERAMAH LAWATAN BENCHMARKING- SEKOLAH CEMERLANGCERAMAH- FUNGSI JPNS DAN SEKTOR-SEKTOR

8.0 TARIKH 10 Mac 2015 bersamaan hari Selasa.

9.0 MASA 8.30 pagi

10.0 TEMPAT Sk Siliau, Rembau, Negeri Sembilan

11.0 JAWATANKUASA INDUKPenasihat: En.Benedict Clement DSilvaPengerusi: Pn. Fuziah bte Md.Nor Naib Pengerusi: Pn. Azlimaton bte AbasSetiausaha: Pn.Norkamilah binti Mohamed YusofBendahari:Fatimah Sham binti Razak 12.0 JAWATANKUASA KERJAJuruacara: En.KhairolBuku Program & Banner: Pn.Pusparani A/P : Pn.Thurgah A/P Bacaan Doa: Faridah bintiMakanan : Pn.Nor Hannah binti Pn.Noor Emilya Pn.Nor Hafizah: Pn.Siti Nor Arfah binti Jemputan & hadiah: Pn.Noriah: Pn.Salmiah: En.FadrulSiaraya &persiapan tempat: En.Selvarajah A/L : En.Azaruddin bin Dokumentasi & Fot0 : Pn.Zana: Pn.Aliza: Pn.Madura bintiRakaman Video/: En.Fadrul bin : En. Mastafa bin

13.0 ANGGARAN PERBELANJAANBanerRM 30Bayaran PenceramahRM 150JamuanRM 75 ( Rm 3 x 35 orang )CendaramataRM 125Buku ProgramRM 20Lain-lain perbelanjaanRM 50JUMLAH RM 450.0014.0 SUMBER KEWANGAN Kutipan dari Peserta PPG Unit Sains 1

15.0 TENTATIF PROGRAMTARIKHMASAAKTIVITI

10 .03. 2015SELASA8.00 pagi Peserta berkumpul di IPGKRM

8.15 pagi Bertolak dari Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar Ke Sk.Siliau

9.15 pagi Tiba di SK Siliau.Rembau

9.45 pagi Penerangan dan taklimat tentang sejarah penubuhan sekolah

Taklimat tentang corak kepimpinan dan sistem pengurusan sekolah

Lawatan ke makmal, perpustakaan, bilik komputer, bilik-bilik khas matapelajaran dan kios

1.00 petang Makan tengah hari dan solat

2.00 petang Ceramah dari JPNS Fungsi JPN dan Sektor-sektor yang telibat.

3.30 petang

4.30 petang Majlis Penutupan Lawatan Benchmarking dan Ceramah di Sk.Sailiau,Rembau Bertolak pulang ke IPGKRM.

16.0 PENUTUP.Semoga Program BIG dalam Fasa terakhir ini dapat mengeratkan kerjasama yang erat antara guru, peserta dan pensyarah. Diharap para peserta dapat menimba ilmu yang sebanyak mungkin untuk di aplikasikan sebaik mungkin di sekolah masing-masing . Semoga melalui lawatan yang dijalankan, ia memberi idea-idea yang menarik dan terbaru untuk diterjemahkan kepada sekolah masing-masing.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,..(Norkamilah bte Mohamed Yusof) (Azlimaton bte Abas)Setiausah Program Lawatan danPengerusi Program Ceramah LADAP Bina Insan Guru 2015

4