geran pembangunan pasaran dan khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 kos berkaitan perjalanan...

13
Page 1 of 13 Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak Kandungan 1. Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak 2 2. Kelayakan 4 3. Proses Permohonan dan Penilaian 6 4. Jika anda diberi Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak 9 5. Lampiran A: Laporan Penilaian Diri 11

Upload: doduong

Post on 17-Mar-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 1 of 13

Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak

Kandungan

1. Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak 2

2. Kelayakan 4

3. Proses Permohonan dan Penilaian 6

4. Jika anda diberi Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak

9

5. Lampiran A: Laporan Penilaian Diri 11

Page 2: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 2 of 13

Bahagian 1: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak

Apa itu Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak? Geran ini menyokong kegiatan anda untuk membina khalayak, penaung dan penyokong bagi usaha artistik anda di dalam dan luar negeri. Kami sedar bahawa perantara seni seperti galeri, pengacara, impresario (pengurus konsert/hiburan) dan penerbit karya sastera juga memainkan peranan membawa artis dan karya seni kepada khalayak dan pasaran. Geran ini juga menyokong usaha serupa itu yang secara langsung memberi manfaat kepada artis Singapura, terutamanya bagi menjangkau khalayak dan pasaran baru. Seperti anda juga, kami berpendapat bahawa di samping pemasaran, terdapat keperluan untuk membina hubungan dengan khalayak dan penaung, dan sebaik saja pengalaman itu diperolehi, seni dapat mengukuh dan memperkaya kehidupan. Pada jangka panjang, kami berharap hal ini akan merangsang penghayatan yang mendalam dan berterusan terhadap kesenian sebagai sebahagian budaya kita. Apakah yang disokong Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak? Program dan projek anda boleh melibatkan mana-mana satu kegiatan berikut:

Inisiatif Pembangunan Pasaran dan Khalayak: • Penyelidikan pasaran termasuk tinjauan khalayak; • Penjenamaan, pemasaran dan publisiti bagi kumpulan/syarikat seni, atau bagi projek/penerbitan

khusus1; • Pembangunan dan penerbitan bahan sumber atau kolateral bagi penaja atau penglibatan khalayak;

Kegiatan antarabangsa: • Lawatan antarabangsa; • Penyertaan dalam platform seni antarabangsa (misalnya pesta, pameran dagangan, acara

dwitahunan dan sebagainya); • Program lawatan antarabangsa (misalnya untuk media, tokoh seni dan sebagainya).

Apakah paras pendanaan di bawah skim ini? Pemberian dana berbeza-beza mengikut jenis pemohon dan projek, seperti tertera di bawah ini:

Jenis pemohon Had pendanaaan bagi semua projek (tidak

termasuk perjalanan)

Had pendanaan bagi projek berkaitan perjalanan Tambang pesawat dan

barangan Kos berkaitan

perjalanan2

Individu dan Pertubuh-an yang tidak mencari untung

Maksimum 50% daripada belanjawan

realistik

Maksimum 100% Maksimum 50%

Pertubuhan yang Maksimum 30% Maksimum 100% Maksimum 30%

1 Jika belum lagi disokong oleh Geran Penerbitan Karya atau Geran Persembahan dan Penyertaan Contoh termasuk, tetapi tidak terhad pada, lembar iklan, brosur, poster, kit akhbar, dll. Permohonan untuk sokongan pendanaan bagi pertandingan dan persidangan hendaklah dibuat di bawah Geran Pembangunan Kebolehan. 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan sebagainya. Semua ini boleh disokong sekiranya rakan usahasama rakyat asing anda tidak berupaya menampung kos berkenaan.

3 Jika sebuah pertubuhan yang mempunyai sayap yang tidak mencari untung dan sayap yang mencari untung

memohon geran yang sama dalam satu tahun kewangan, had $70,000 itu dikenakan ke atas kedua-dua sayap, dan semua subsidiari sebuah pertubuhan tunggal akan dianggap sebagai pemohon tunggal.

Page 3: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 3 of 13

mencari untung daripada belanjawan realistik

Dihadkan pada: 3 geran berkaitan perjalanan setiap tahun

kewangan $70,0003 setiap tahun kewangan bagi setiap pemohon

Projek-projek yang dicadangkan oleh pertubuhan yang mencari untung mesti memberi manfaat pembangunan secara langsung kepada para artis, meningkatkan akses kepada bidang seni dan harus mencapai kelestarian perniagaan semakin lama projek itu berjalan. . Kami juga mengutamakan pemberian dana kepada syarikat yang teras perniagaannya ialah dalam bidang kesenian. Sokongan bagi pemohon yang berulang dan pertubuhan yang mencari untung mungkin diatur sebagai satu geran padanan bagi pendapatan yang diperoleh atau dikumpul. Pendanaan berbeza-beza bergantung kepada keperluan projek, di samping faktor-faktor berikut: • Kebagusan (merit) dan ciri inovatif cadangan yang dikemukakan dan potensi sumbangannya untuk

meningkatkan kesedaran dan akses kepada bidang seni di Singapura dan luar negara; • Potensi impak karya anda untuk menarik khalayak baru dan lebih besar, bagi persada seni Singapura; • Kebolehan serta komitmen yang anda tunjukkan bagi merealisasikan idea anda; • Satu anggaran belanjawan4 yang munasabah; dan • Adanya dana NAC.

3 4 Langkah pertama dalam menyiapkan belanjawan yang baik ialah mengenal pasti keperluan projek anda dan memahami berapa kosnya. Kami galakkan anda melakar satu belanjawan realistik, yang mencerminkan kefahaman anda mengenai kos dan keperluan. Belanjawan yang tidak realistik dan terlalu diperbesar tidak semestinya menjamin lebih banyak pendanaan , malah mungkin membawa kesan tidak produktif kerana ia boleh menimbulkan kesangsian mengenai kebagusan cadangan anda secara keseluruhan.

Page 4: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 4 of 13

Bahagian 2: Kelayakan Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak ini untuk siapa? Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak terbuka kepada:

1. Individu yang merupakan w warganegara atau Penduduk Tetap (PR) Singapura, sebaik-baiknya yang tinggal di Singapura dan secara aktif menyumbang kepada persada seni setempat (misalnya artis, kolektif5, pelakon, penulis, pengacara, kurator, penerbit, impresario (pengurus konsert dan hiburan), dramaturge (konsultan teater) dan orang lain yang bekerja dalam industri kesenian); dan

2. Pertubuhan yang teras perniagaannya berkaitan dengan kesenian dan yang sama ada berdaftar dengan ACRA (termasuk pemilik tunggal / perkongsian liabiliti terhad (LLP) / Syarikat Berhad dengan Jaminan (CLG) / Syarikat Sendirian Berhad) atau sebagai persatuan yang berdaftar dengan Pendaftar Persatuan semasa membuat permohonan).

Cadangan yang melibatkan usahasama dengan rakyat asing juga layak, asalkan pemohon utama dan sekurang-kurangnya separuh anggota pasukannya merupakan warganegara atau Penduduk Tetap (PR) Singapura.

Siapa yang tidak layak memohon Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak? NAC tidak dapat menyokong permohonan anda, jika anda:

1) Sebuah kumpulan / pertubuhan • yang ditubuhkan untuk tujuan bukan-sekular; • ;

2) Mencadangkan satu projek yang

• sudah pun bermula sebelum tarikh permohonan; • tidak mempunyai komponen seni yang ditakrif dengan jelas, termasuk projek yang matlamat

utamanya hendak mempromosikan prinsip agama; • diadakan di tempat ibadat; • tidak dimaksudkan untuk kegunaan awam; • dimaksudkan untuk mengumpul dana bagi tujuan amal dan/atau kebajikan; • dipersembahkan di bawah naungan sebuah sekolah atau institusi pengajian tinggi, atau menjadi

sebahagian daripada kurikulumnya; • dimaksudkan untuk tujuan akademik; • (di mana relevan) tidak boleh mendapat Lesen Hiburan Seni (sila lihat “Borang Pelesenan” di

www.mda.gov.sg;

3) Masih menunggu / Ada tunggakan • Masih menunggu laporan penilaian mengenai penggunaan geran yang lalu daripada NAC; • Ada tunggakan hutang dengan NAC (anda layak memohon sebaik saja anda lunaskan hutang

yang tertunggak).

5 Kolektif mesti mencalonkan seorang individu sebagai wakil, atau sebuah pertubuhan yang sah untuk memikul tanggungjawab guaman dan kewangan bagi pihak kumpulan berkenaan. 6 Para penerima Geran Pembangunan Pertubuhan (iaitu Geran Semaian dan Geran Utama) boleh memohonnya untuk projek-projek perjalanan antarabangsa strategik, pada asas pengecualian. Harap bercakap dengan pengurus akaun anda untuk memastikan sama ada sebuah projek itu akan dipertimbangkan bagi penilaian di bawah geran MAD.

Page 5: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 5 of 13

Catitan mengenai Garis Panduan Pendanaan Sementara kami menggalakkan n kepelbagaian ekspresi dan dialog yang terbuka serta saksama dalam

kesenian, NAC sebagai sebuah badan berkanun yang mengagihkan dana awam sejajar dengan dasar

Pemerintah, perlu mengutamakan pendanaan kepada cadangan yang tidak:

• Menyokong atau melobi gaya hidup yang dianggap tidak disenangi masyarakat;

• Memburuk-buruk dan merendahkan maruah seseorang, kumpulan atau kelompok individu berdasarkan bangsa atau agama, atau yang boleh mencetus konflik atau salah faham dalam masyarakat Singapura yang berbilang budaya dan agama;

• Menggugat kuasa atau kesahihan pemerintah dan institusi-institusi awam, atau mengancam keselamatan atau kemantapan negara.

* Jika anda tidak pasti sama ada anda layak menerima dana NAC atau tidak, sila berbincang dengan

salah seorang pegawai NAC kami yang tersenarai di laman web: www.nac.gov.sg/grants/contact.

Page 6: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 6 of 13

Bahagian 3: Proses Permohonan dan Penilaian Bagaimana anda memohon Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak

Sila hantar permohonan anda melalui e-mel kepada [email protected]. Anda boleh juga menghantar permohonan / bahan sokongan melalui pos dalam satu bungkusan kepada:

Majlis Seni Kebangsaan (NAC) Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak [sila jelaskan bidang kegiatan] 90 Goodman Road Blk A #01-01 Singapura 439053

Atau hantarkan permohonan anda secara peribadi di kaunter penyambut tetamu Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 12 tengah hari atau 2 petang hingga 5 petang. Sebelum permohonan dihantar, sila semak terlebih dahulu bagi memastikan anda sertakan perkara berikut:

� Borang permohonan geran

� Surat perakuan (CV) pihak-pihak utama yang terlibat � Contoh kerja karya yang dicadangkan � Belanjawan

Bilakah tarikh tutup permohonan? Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak dibuka untuk permohonan enam kali dalam setahun. Jadual di bawah ini menyenaraikan tarikh dan peluang penting yang perlu anda perhatikan sewaktu menyiapkan permohonan anda:

Bagi Projek Bermula Pada atau Antara

Tarikh Tutup Permohonan

Pemberitahuan Keputusan

15 Julai – 14 Sept 15 April 15 Jun 15 September – 14 Nov 15 Jun 15 Ogos 15 November – 14 Jan 15 Ogos 15 Oktober 15 Januari – 14 Mac 15 Oktober 15 Disember 15 Mac - 14 Mei 15 Disember 15 Februari 15 Mei - 14 Julai 15 Februari 15 April

Harap ambil perhatian bahawa anda boleh kemukakan permohonan anda bagi projek anda pada bila-bila

masa sebelum ‘’Tarikh Tutup Permohonan’ yang dinyatakan dalam jadual di atas. Misalnya, jika

projek anda bermula pada 15 Mac, permohonan boleh dikemukakan bila-bila masa sebelum tetapi

tidak lewat daripada 15 Dis.

Semua permohonan perlu dikemukakan selewat-lewatnya jam 11.59 malam pada tarikh tutup.

Permohonan yang lewat tidak akan diterima. Jika anda menunggu pengesahan daripada rakan-rakan

kongsi/kolaborator atau surat undangan/penerimaan sebuah program, harap kemukakan

permohonan anda sebelum tarikh tutup dan nyatakan apa yang belum disertakan, kemudian

Page 7: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 7 of 13

kemukakan dokumen-dokumen ini kepada pegawai-pegawai NAC yang relevan sebaik sahaja ia

diperolehi.

Siapakah boleh anda hubungi jika ada pertanyaan? Jika anda ada sebarang pertanyaan, atau ingin membincangkan permohonan anda secara terperinci, sila hubungi mana-mana pegawai NAC kami yang tersenarai di laman web: www.nac.gov.sg/grants/contact. Apakah yang berlaku selepas anda kemukakan permohonan?

Semua permohonan yang kami terima akan dinilai dengan rapi i oleh NAC. Pemohon utama anda mungkin dihubungi jika kami perlukan maklumat lanjut. Permohonan anda akan dinilai sama ada oleh satu pasukan dalaman atau oleh gabungan penilai dalam dan penilai luar. Penilai luar, jika perkhidmatan mereka digunakan, terdiri daripada penasihat industri, pakar dan pengamal seni yang akan menilai dan mengulas tentang permohonan yang layak berdasarkan kriteria yang ditetapkan. Anda diberi jaminan bahawa semua cadangan yang dikemukakan kepada Majlis akan dirahsiakan. Begitu juga, panel penilaian kami juga terikat dengan perjanjian bahawa mereka harus menyimpan rahsia sebelum mereka menyemak cadangan anda.

Bagaimanakah permohonan anda dinilai? Penilaian kami akan dipandu oleh kriteria berikut:

Kriteria Penilaian Markah

Impak kegiatan dalam membangunkan khalayak dan pasaran baru

• Adakah kegiatan tersebut akan menyumbang kepada daya maju dan kelestarian amalan artistik pemohon/pertubuhan secara keseluruhan dengan meningkatkan kesedaran, akses kepada karya dan penggunaan karya mereka?

Bagi inisiatif pembangunan pasaran dan khalayak yang tertumpu pada seluruh syarikat:

• Adakah pemohon mempunyai idea yang jelas tentang apa yang hendak mereka capai melalui projek itu? Misalnya, soal-soal penyelidikan yang ditakrif dengan jelas, penjenamaan dan hasil khidmat nasihat. .

• Adakah pemohon mempunyai pelan untuk menggunakan hasil projek itu untuk mencorakkan pendekatan pembangunan pasaran dan khalayak mereka?

• Adakah projek tersebut membantu pemohon membina penjenamaan dan identiti yang lebih kuat bagi membina asas peminat yang setia?

Bagi inisiatif pembangunan pasaran dan khalayak yang tertumpu khusus pada sesuatu projek:

• Adakah pemohon memahami khalayak sasaran mereka? Adakah projek yang dicadangkan itu dapat sampai kepada khalayak sasaran ini dengan sebaiknya?

80%

Page 8: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 8 of 13

• Sejauh manakah strategi pemasaran pemohon bersifat inovatif dan berkesan dari segi kos?

• Adakah projek itu membantu pemohon membangkitkan kesedaran mengenai cabang /kumpulan seni dan mendekati khalayak baru, termasuk mereka yang jarang melibatkan diri dalam bidang kesenian?

Bagi kegiatan-kegiatan antarabangsa, termasuk program lawatan:

• Adakah pemohon yang bakal membuat persembahan di satu acara/pesta/tempat mempunyai reputasi seni yang baik?

• Adakah projek itu meningkatkan jangkauan pasaran antara-bangsa bagi pemohon dan memperdalam apresiasi terhadap cabang seni/kumpulan anda?

• Adakah projek itu membantu menaikkan profil karya dan artis Singapura?

• Adakah pemohon mempunyai satu pelan untuk terus meluaskan pasaran selepas projek ini?

Perhatian: Keutamaan akan diberikan kepada:

• Pemohon yang melawat atau bekerja di ibu kota atau bandar-bandar kesenian yang utama di rantau Asia-Pasifik, Eropah, Amerika Utara dan Amerika Selatan

• Permohonan yang layak yang melibatkan artis/karya Singapura yang ditampilkan buat pertama kali dalam acara kesenian yang bertaraf antarabangsa.

Keupayaan dan komitmen untuk melaksanakan projek anda

a. Kaliber artistik: • Adakah pemohon dan/atau pasukannya mempunyai

rekod pencapaian artistik dan penerbitan yang baik? • Pernahkah karya tersebut diiktiraf secara kritis di

Singapura dan/atau di persada seni antarabangsa? • Adakah pemohon mempunyai keupayaan dan komitmen

untuk membangun dan meningkatkan cabang seninya di Singapura?

b. Kemahiran pengurusan projek: Pelaksanaan: • Adakah cadangan itu telah dirancang dengan rapi, yang

menunjukkan pertimbangan mendalam dan teliti mengenai sumber dan rakan kongsi yang diperlukan untuk melaksanakan pelan pemasaran?

• Adakah pemohon mempunyai kebolehan dan kepakaran untuk menjayakan projek itu?

Kewangan: • Adakah pemohon mempunyai pelan yang kukuh dengan

unjuran pendapatan dan perbelanjaan yang realistik; dan satu anggaran munasabah sama ada projek itu boleh disiapkan mengikut belanjawan?

• Adakah pemohon mempunyai akses kepada kemahiran

20%

Page 9: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 9 of 13

dan pengetahuan yang sesuai bagi memastikan kewangan projek dapat diurus dengan cekap?

Page 10: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 10 of 13

Bahagian 4: Jika anda diberi Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak

Jika permohonan anda berjaya, kami ucapkan tahniah! Anda akan menerima Surat Tawaran yang mengandungi maklumat berikut:

1. Terma dan syarat-syarat geran 2. Matlamat prestasi dan hasilnya seperti yang dipersetujui oleh anda dan NAC.

Pemohon yang gagal akan menerima Surat Pemberitahuan dalam tempoh yang sama. Tawaran geran berlaku selama dua minggu dari tarikh surat pemberitahuan dihantar (kecuali kami menulis surat menyatakan hal sebaliknya). Jika anda tidak menyatakan penerimaaan tawaran dalam tempoh tersebut, tawaran itu akan luput. Semua rayuan juga harus diserahkan dalam tempoh 2 minggu daripada pemberitahuan keputusan.

Bagaimanakah anda menerima dana? Bergantung kepada kuantum geran, geran anda akan dibayar sebanyak dua atau tiga ansuran, seperti diringkaskan dalam jadual di bawah ini:

Kuantum Geran Ansuran pertama Ansuran kedua Ansuran ketiga

Kurang daripada $10,000

80% daripada kuantum geran apabila geran diberikan dan tawaran geran diterima

20% daripada kuantum geran apabila projek

berjaya dijalankan dan laporan penilaian

diserahkan

-

Sepadan dengan atau lebih daripada

$10,000

50% daripada kuantum geran apabila geran

diberikan dan tawaran geran diterima

30% daripada kuantum geran

apabila projek berjaya dijalankan

20% daripada kuantum geran apabila laporan penilaian dan penyata akaun yang disahkan6

diserahkan.

Geran akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda atau akaun pertubuhan anda yang diiktiraf. Apakah yang diharap dapat anda laksanakan? Jika anda berjaya, anda diharap dapat melaksanakan pelan yang telah anda lakar dalam usul permohonan dana dan unjuran jadual waktu anda.

6 Satu penyata akaun yang telah disahkan oleh seorang akauntan yang mengamalkan profesinya yang berdaftar dengan Institut Akauntan Bertauliah Singapura (ISCA) diperlukan hanya untuk geran sebesar $20,000 dan lebih. Yuran perakaunan bagi penyata ini boleh dimasukkan ke dalam belanjawan yang terdapat dalam permohonan anda.

Page 11: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 11 of 13

Bagaimanakah NAC menilai kemajuan anda? Apabila anda selesai menjalankan projek anda, anda akan diminta mengemukakan satu laporan penilaian diri (sila rujuk Lampiran A) bagi membantu anda merenung kembali apa yang telah anda capai dan cabaran yang anda hadapi, jika ada. Anda perlu serahkan laporan ini bersama satu perincian belanjawan yang dikemaskini, yang menunjukkan pendapatan dan perbelanjaan yang diunjurkan dan yang sebenarnya. Bagi projek yang berulang, kami akan berjumpa anda pada penamat setiap projek untuk menyemak kembali kejayaannya, sebelum menilai sama ada geran itu akan diperbaharui bagi edisi seterusnya. Bagaimanakah lagi dapat NAC membantu anda mencapai yang terbaik buat karya anda? NAC terlibat dalam pelbagai program yang bertujuan membangun khalayak. Ini termasuk Program Pendidikan Seni, Seni untuk Semua, Seni @ Kerja dan program Seni Perak bertujuan memperluas akses kepada kesenian di sekolah, pejabat dan masyarakat umum. Jika program-program ini mempunyai tujuan yang sejajar, kami bersedia mempermudah jaringan kerja (networking) dan pertemuan dua pihak (link-up).

Page 12: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 12 of 13

Lampiran A: Laporan Penilaian Diri Apabila projek anda selesai dijalankan, kami berharap anda dapat berkongsi dengan kami penilaian dan renungan anda mengenai projek berkenaan. Anda boleh gunakan soalan-soalan berikut sebagai panduan. Sekiranya boleh, sila kepilkan apa jua: • Foto / rakaman • Klip media / ulasan akhbar

Bagi inisiatif yang tertumpu pada seluruh syarikat(misalnya penjenamaan, pemasaran dan publisiti, penyelidikan pasaran)

• Apakah matlamat anda menjalankan projek ini, dan bagaimanakah anda menilai hasilnya?

Bagi inisiatif yang tertumpu khusus untuk sesuatu projek(misalnya pemasaran dan publisiti bagi penerbitan/pameran khusus)

Jika berkenaan / jika ada Sebenar Bilangan Persembahan / Bilangan Hari Pameran Diadakan Jumlah Kehadiran Bilangan tiket yang dijual Peratus Kehadiran

• Adakah kehadiran khalayak / jualan anda sudah meningkat berbanding projek sebelumnya? • Adakah inisiatif anda berkesan dalam pembangunan pemasaran dan khalayak? Apakah inisiatif

yang berjaya dan apa yang tidak? Apakah yang dapat dilakukan dengan lebih baik?

Bagi Kegiatan Antarabangsa

Jika berkenaan / jika ada Sebenar Bilangan bandar raya yang dilawati Jumlah kehadiran Bilangan tiket yang dijual Peratus kehadiran

• Bagaimanakah sambutan khalayak terhadap projek anda?

Page 13: Geran Pembangunan Pasaran dan Khalayak02200d3f-150b-4331-95fe-2... · 2 Kos berkaitan perjalanan termasuk penginapan, pengangkutan, kos percetakan, bayaran visa, dan ... • Satu

Page 13 of 13

• Bagaimanakah projek ini memberi manfaat kepada anda (misalnya menaikkan profil anda di peringkat antarabangsa, dan mewujudkan peluang-peluang baru)?

Maklum balas mengenai Geran:

• Adakah sebarang bidang yang NAC boleh lakukan dengan lebih baik bagi menyokong usaha pembangunan pasaran dan khalayak anda?