bulletin vol 04/2017. - mybha -malaysia budget hotel...
Post on 17-Apr-2018
234 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
Bulletin Vol 04/2017.
Salam Sejahtera, Persatuan Hotel Budget Malaysia merupakan sebuah Persatuan yang telah ditubuhkan bagi membela dan membantu penggiat-penggiat Industri Perhotelan Bajet dinegara ini.
Sejak akhir-akhir ini, industri perhotelan bajet diancam oleh pelbagai peraturan dan prosedur yang secara langsung akan meningkatkan kos operasi perniagaan yang akhirnya akan memaksa pihak Pengusaha untuk menaikkan harga jualan bilik dan ianya akan menjadi tidak relevan kepada pengguna yang berkunjung ke Hotel Bajet dalam matlamat untuk mengurangkan kos penginapan mereka.
Dari segi perundangan pula, pihak Persatuan amat berdukacita kerana masih terdapat Hotel, Motel, Rumah Tumpangan dan Homestay yang menjalankan perniagaan secara tidak berlesen serta tidak diambil apa-apa tindakkan yang tegas oleh pihak bertanggungjawab bagi memastikan semua Hotel, Motel, Rumah Tumpangan dan Homestay yang menjalankan perniagaan mereka secara tidak berdaftar atau tidak berlesen dan boleh dikategorikan sebagai perniaggan haram ditutup atau didaftarkan setelah mereka mengikut peraturan-peraturan serta undang-undang yang sedia ada. Perkara ini akan memberi satu suasana yang adil kepada semua Pengusaha perhotelan bajet berlesen.
Kami juga ingin menarik perhatian penggiat-penggiat Industri Perhotelan Bajet bahawa Industri ini memerlukan suatu perubahan dan memohon supaya semua Penggiat-penggiat industri menetapkan satu standard seiring dengan negara-negara maju bagi memastikan perhotelan bajet dinegara ini diiktiraf oleh pelancong-pelancong antarabangsa.
Akhir kata, saya menyeru kepada semua ahli-ahli Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) serta semua Penggiat-Penggiat Industri Perhotelan Bajet supaya berganding bahu bersama-sama dengan kami dalam membangunkan Industri ini supaya ianya tidak menjadi suatu industri yang terbeban dengan pelbagai masalah yang sepatutnya boleh diselesaikan diantara Penggiat-Penggiat Industri Perhotelan Bajet dan pihak Kerajaan. Bagi dan atas pihak PERSATUAN HOTEL BUDGET MALAYSIA (MyBHA) DR. SRI GANESH MICHIEL
DARI PENA Timbalan Setiausaha Kebangsaan
Merangkap
Pengerusi Biro Undang-Undang & ICT Kebangsaan.
EVENTS / MEETINGS
INVITED / ATTENDED IN
SEPTEMBER 2017
NO. DATE / LOCATION
DESCRIPTION
1 4 6 September 2017
Hotel Melia Kuala Lumpur
Mesyuarat Penyeragaman dan
Taklimat Pentauliahan Premis
Penginapan Pelancong bagi Kategori
Hotel Inovatif dan Hotel Butik
2 7 September 2017
MOTAC
Anugerah Pelancongan Malaysia
(APM) 2016/2017
Press Conference 3 10 September 2017
Kinta Riverfront Hotel
Heritage Business Development &
Marketing Approach
4 11 September 2017
Matic
22nd Edition of the KLTA Tourism
Games 2017
Press Conference
5 11 September 2017
Seremban, Negeri Sembilan
Meeting with Garland of Songs Team
(Synson Music & Art) Press
Conference
6 13 September 2017
Grooming / Motivation Training
Sun Inn, Dmine 2
7 16 September 2017
Muzium Negara
Program NBOS Kempen
#SayangMalaysia 2017 bersempena
dengan sambutan Hari Malaysia pada
16 September 2017
8 18 September 2017
MATIC
Holiday Law Conference
9 20 - 22 September 2017
. IMPACT Exhibition Center,
Bangkok, Thailand
BMAM Expo Asia 2017 & GBR Expo
Asia 2017 VIP Hosted Buyer
Programme
10 27 September 2017
Management Bureau Meeting
No. 03/05
11 28 September 2017
Anggun Hotel Kuala Lumpur
Kuala Lumpur Welcome You
Suatu konsert amal akan dianjurkan bersama PERSATUAN HOTEL
BUDGET MALAYSIA (MyBHA) NEGERI SEMBILAN, SYNSON
MUSIC & ART & SEREMBAN CLARION WORKSHOP yang
bertujuan sebagai suatu program amal bagi membantu golongan
yang kurang bernasib baik. Sehubungan itu, beberapa Rumah
Kebajikan dipilih sebagai penerima bantuan dan penghuni Rumah
Kebajikan ini turut diberi peluang untuk menonton konsert tersebut.
Maklumat program yang tersebut diatas adalah seperti berikut :-
TARIKH PROGRAM : 11 NOVEMBER 2017 (SABTU)
TEMPAT : AUDITORIUM SEKOLAH RENDAH JENIS
KEBANGSAAN (SRJK) XIN HUA, SEREMBAN.
Menurut En. Suresh Armugam, Presiden MyBHA Negeri Sembilan,
penganjuran program ini merupakan salah satu Program
Tanggungjawab Sosial (CSR) Persatuan bagi mendekatkan mereka
dengan masyarakat. Kami mahu Persatuan ini tidak hanya
menumpukan kepada perkara-perkara berkaitan perniagaan
semata-mata tetapi turut sama bersama masyarakat. MyBHA Negeri
Sembilan mahu memberi pengiktirafan kepada masyarakat kerana
merekalah banyak membantu industri perhotelan budget. Menurut
beliau lagi, industri perhotelan budget ketika ini sememangnya
memberi pengiktirafan kepada golongan kurang bernasib baik
seperti OKU. Ini dapat dilihat melalui kemudahan khas untuk OKU
seperti tandas khas OKU, tilam dan kemudahan keselamatan di
hotel-hotel budget di negeri ini. Malah, sebahagian dari keperluan
kemudahan ini diwajibkan dan dipantau oleh Kementerian
Pelancongan & Kebudayaan Malaysia (MOTAC).
Bagi En. Ahmad Fairul Ibrahim, Setiausaha Kehormat MyBHA
Negeri Sembilan, pihak MyBHA Negeri Sembilan turut merujuk
kepada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF) di dalam
mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan OKU di hotel-hotel
budget di negeri ini melalui skim khas yang disediakan. Skim ini
melibatkan latihan khusus untuk OKU dalam bidang perhotelan.
Menurut Pengerusi Konsert Amal ini, En Alviz Foong, ini merupakan
kali ketiga Konsert Amal ini dianjurkan. Pada kali ini, kami lebih
berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan MyBHA Negeri
Sembilan. Konsert ini menggunakan 21 orang kekuatan tenaga
musik tempatan bertaraf dunia. Konsert ini dipimpin Saudara Lee
Shiak Yao dari Klang Chamber Choir. Beliau pernah diiktiraf sebagai
Anugerah Konduktor Musik Terbaik di 2nd Voices of Asia
International Choir Festival. Selain itu, beliau turut diberi
pengiktirafan bersama World Youth Choir dalam membuat
persembahan di Nobel Prize Award Caremony.
MYBHA NEGERI
SEMBILAN ANJUR
KONSERT AMAL
PROGRAM LAWATAN KUNJUNG HORMAT PERSATUAN HOTEL BUDGET MALAYSIA
(MyBHA) NEGERI SEMBILAN KE ATAS TN. AHMAD HUSNI B. AHMAD BASRI,
TIMBALAN PENGARAH BAHAGIAN, TOURISM MALAYSIA IBU PEJABAT (MANTAN
PENGARAH TOURISM MALAYSIA NEGERI SEMBILAN) PADA 8 SEPTEMBER 2017 DI
PEJABAT TOURISM MALAYSIA IBU PEJABAT, PUTRAJAYA
Program Lawatan Kunjung Hormat ini diketuai oleh Presiden MyBHA Negeri Sembilan, En.
Suresh Armugam dan turut sama Setiausaha Kehormat MyBHA Negeri Sembilan, En.
Ahmad Fairul b. Ibrahim. Di dalam lawatan ini, pelbagai perkongsian maklumat berhubung
industi pelancongan dan perhotelan dikongsi. En Ahmad Husni turut membawa beberapa
pegawai beliau turut sama berbincang bagi melihat kerjasama yang boleh dijalin bersama
MyBHA di dalam menarik pasaran di Asia dan Afrika. Di dalam lawatan ini, En. Suresh
Armugam menyampaikan Sijil Penghargaan kepada En. Ahmad Husni Ahmad Basri bagi
mengenang jasa-jasa beliau memimpin Tourism Malaysia Negeri Sembilan sebelum ini.
DARI KANAN TN SURESH ARMUGAM-PRESIDEN MyBHA NEGERI SEMBILAN, TN AHMAD HUSNI AHMAD BASRI-MANTAN PENGARAH TOURISM MALAYSIA NEGERI SEMBILAN, TN AHMAD FAIRUL IBRAHIM-SETIAUSAHA KEHORMAT MyBHA NEGERI SEMBILAN
PROGRAM LAWATAN KUNJUNG HORMAT PERSATUAN HOTEL BUDGET
MALAYSIA (MyBHA) NEGERI SEMBILAN KE ATAS YB. DATO HJ. MOHAMMAD
RAZI B. HJ. KAIL, PENGERUSI LEMBAGA PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN
PADA 12 SEPTEMBER 2017 DI KEDIAMAN RASMI YB. DATO HJ. MOHAMMAD
RAZI B. HJ. KAIL
Program Lawatan Kunjung Hormat ini diketuai oleh Presiden MyBHA Negeri Sembilan,
En. Suresh Armugam dan turut sama Setiausaha Kehormat MyBHA Negeri Sembilan,
En. Ahmad Fairul b. Ibrahim. Di dalam lawatan ini, pelbagai perkongsian maklumat
berhubung industi pelancongan dan perhotelan dikongsi. YB. Dato Mohammad Razi b.
Hj Kail banyak berkongsi idea dan wawasan beliau sebagai Pengerusi Lembaga
Pelancongan Negeri Sembilan. Malah, beliau banyak berkongsi pengalaman beliau
sebagai Exco Pelancongan Negeri Sembilan sebelum ini.
TN SURESH ARMUGAM-PRESIDEN
MyBHA NEGERI SEMBILAN DAN TN
AHMAD FAIRUL IBRAHIM-SETIAUSAHA
KEHORMAT MyBHA NEGERI SEMBILAN
BERSAMA YB. DATO HJ. MOHAMMAD
RAZI B. HJ KAIL-PENGERUSI LEMBAGA
PELANCONGAN NEGERI SEMBILAN
LAUNCHING OF KUALA LUMPUR WELCOME YOU (MYBHA KUALA LUMPUR CHAPTER)
COMING SOON
MYBHA JOHOR FUN MAP
WILL BE AVAILABLE AT TOURISM SPOTS AND
MEMBERS HOTEL.
Heritage Business Development and Marketing Approach 1 day
International Workshop.
Attended by : Mr Ray (MyBHA Perak Chapter Secreatary)
13/09/2017
A very successful "Law OF Attraction"
workshop organised by The Malaysia Budget
Hotel Association (MyBHA) Selangor at Sun
Inns D'mind with 35 member participated.
LAW OF ATTRACTION" WORKSHOP
HOLIDAY LAW CONFERENCE was particularly to equip participants with the key to understand legal aspects in sustainable development and management of travel and hospitality products, protecti