gerakan tauhid dan sejarah pembentukan ksa dari 1703-1932

9

Click here to load reader

Upload: al-imran

Post on 19-Jul-2015

50 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

1

Wacana Mingguan Pertama: WAHHABI Oleh THTL pada 08 Mei 2015

� � ��

...� � � �،�و �� � هللا،�ا�

Untuk pengetahuan semua, wacana ini akan diadakan secara berkala, dan akan menyentuh

tentang pelbagai aspek. Untuk minggu pertama, tema yang dipilih adalah "Wahhabi".

Istilah Wahhabi terlalu banyak berlegar dalam komuniti Islam di negara kita, sehinggakan terlalu

banyak persoalan yang timbul:

• Siapakah Wahhabi? Siapakah pula Muhammad bin `Abdul Wahhab (pengasas gerakan

Wahhabi)?

• Adakah Wahhabi sesat? Bagaimana pula dengan mereka yang mengikuti Wahhabi?

• Adakah Wahhabi merupakan agenda Yahudi untuk memalingkan fokus umat Islam?

• Adakah Wahhabi Malaysia sama dengan Wahhabi di luar sana?

• Kenapa Wahhabi banyak membid`ahkan amalan umat Islam di Malaysia, sehingga umat

mula berpecah belah?

• Sekiranya Wahhabi ini kelompok yang baik, mengapa mereka menjatuhkan khilafah

`Utsmaniyyah?

Antara tujuan tema ini dipilih adalah untuk:

• menjelaskan tentang apakah itu Wahhabi

• meluruskan sejarah perjuangan Muhammad bin `Abdul Wahhab serta hubungannya

dengan kejatuhan khilafah `Utsmaniyyah

• menjawab sebahagian fitnah yang dilemparkan oleh pihak yang membenci golongan

Wahhabi

Page 2: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

2

Biodata Panel:

• Nama: Tuan Hassan Tn Lah @ Abdullah, akronim: Abu Syaima' dan

thtl al-jazani.

• Asal: Peringat, Kelantan Darul Naim.

• Pendidikan:

� SDAR Seremban

� Dip. (UiTM) Plantation Mgmt

� BBA (Mgmt)(USA:Michigan)

� MBA (USA: Iowa) Mgmt.

• Kerjaya yang lepas:

� Pensyarah Kanan UiTM dan Pensyarah Kanan Universiti

Telekom (MMU), Internal Consultant, Quality & Productivity

Div, TM Bhd (1999-2010).

• Profesi (sekarang):

� Juruperunding Pembangunan Akademik (Kualiti dan

Akreditasi) dengan Universiti Jazan (www.jazanu.edu.sa),

Jazan City, Arab Saudi bermula sejak 2012.

• Kediaman tetap: Bandar Pusat USJ, Subang Jaya, Selangor Darul

Ehsan.

• Kediaman sekarang: Gizan City, Southern Province, Saudi Arabia.

• Liku-liku dalam memahami Islam: bermula dengan madrasah Islam

haraki, sekarang bermanhaj ASWJ yang global (borderless), non-

partizan.

• Sumbangan di alam cyber: Panel Fiqh bagi msm-net, Islah-net, al-

Ahkam.net (AAN), dan al-Fikrah.net (AFN).

• e-mail: [email protected]

Page 3: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

3

- Sesi bermula pada pukul 10.04 pm -

Assalamu`alaikum semua. Segala puji bagi Allah, dan selawat kepada junjungan kita dan

siapa yang mengikut jalan salaf. Syukran kepada Cikgu Rahim kerana hasil idea beliau untuk

menubuhkan rangkaian bilik kuliah maya. Wa ba`du…

Wahhabi! Pertama, kita kena faham istilah terlebih dahulu. Wahhabi adalah istilah yang

dibenci di Saudi. Ini adalah fakta. Mereka lebih suka dinamakan muwahhidun (gerakan tauhid),

salafi, dakwah Najdiah, tetapi bukan Wahhabi.

Siapa yang mula menggunakan istilah Wahhabi ini masih menjadi khilaf. Banyak kajian

yang mengatakan bahawa gelaran ini berasal daripada British yang mula bertapak di tanah `Arab,

dan mereka menyebarkan ke tanah jajahan British di India dan timur jauh.

Antara yang mula menggunakan istilah Wahhabi juga adalah Mufti Zaini Dahlan, wafat

pada tahun 1886M. Antara dua kitab beliau; Fitnah Al-Wahhabiyyah dan Durar Asaniyyah Radd

`ala Al-Wahhabiyyah. Jadi, dengan gabungan antara British dan Mufti Zaini Dahlan (Mufti

Makkah), maka wujudlah istilah Wahhabi.

Mufti Zaini Dahlan, seorang anak jati Makkah, dilantik menjadi mufti am Makkah oleh

kerajaan `Utsmaniyyah. Beliaulah ibu kepada semua guru Melayu, Indonesia, Pathani, dan India.

Antara muridnya adalah Syaikh Nawawi Banten, datuk kepada Hamka, Muhammad Amrullah,

pengasas Tareqat Arqam Syaikh Shuhaimi, Toku Ku Paloh, dan sebagainya.

Istilah "Wahhabi" ini disebarkan oleh UK dan murid-murid Zaini Dahlan dengan

pengertian gerakan yang berbahaya dan bukan ASWJ(1)

. Istilah Wahhabi di Malaysia pula

merujuk kepada orang yang tidak mahu mengamalkan 19 amalan tradisi alam Melayu(2)

.

1 ASWJ adalah Ahli Sunnah Wal Jama`ah. 2 19 amalan tradisi alam Melayu tersebut telah disebut dalam Warta Kerajaan Negeri Selangor, iaitu (1) membaca

Yasin pada malam Juma`at, (2) membaca tahlil dan talqin untuk si mati, (3) mengadakan kenduri arwah, (4)

menyambut Maulid Ar-Rasul pada 12 Rabi`u Al-Awwal, (5) membaca Yasin 3 kali pada malam Nisfu Sya`ban, (6)

berdoa beramai-ramai selepas solat jama`ah, (7) membaca wirid dan zikir secara nyaring beramai-ramai selepas

solat fardhu, (8) membaca basmalah secara nyaring dalam solat fardhu, (9) menyebut lafaz "usolli" dalam niat solat,

(10) membaca qunut dalam solat Subuh, (11) bersalaman selepas solat berjama`ah, (12) solat sunat sebelum

Maghrib, (13) solat sunat sebelum solat Juma`at, (14) fidyah solat, (15) terbatal wudhu' dengan sebab bersentuhan

antara lelaki dan perempuan yang harus dikahwini, (16) bilangan raka`at solat sunat tarawih sama ada 8 atau 20

raka`at, (17) menyapu muka selepas memberi salam, (18) `aqiqah dengan kambing sahaja, dan (19) konsep

pengamalan hadits dha`if.

Page 4: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

4

Berdasarkan warta negeri Selangor, inilah definisi Wahhabi untuk 2015; iaitu sesiapa

sahaja yang mengkritik 19 amalan Melayu Selangor. Sedangkan, menurut definisi British pula,

Wahhabi adalah gerakan pembaharuan di Hijaz untuk membasmi kesyirikan, tetapi di Malaysia

definisi Wahhabi adalah mereka yang menentang amalan turun temurun melayu.

Kenapa terjadi penyelewengan dalam maksud Wahhabi di Malaysia? Ini berpunca

daripada murid-murid TG Mufti Zaini Dahlan yang merupakan orang yang mengawal aktiviti

keagamaan di Nusantara. Mereka bertaqlid kepada mufti mereka yang berada dalam kem

`Utsmaniyyah yang ditentang oleh Wahhabi. Isu Wahhabi ini berlarutan selama 220 tahun

(tarikh Syaikh Muhammad wafat adalah 1792M). Isu hari ini adalah istilah Wahhabi memang

telah menyimpang di Malaysia.

Hijaz sekarang adalah KSA (Kingdom of Saudi Arabia), milik Dinasti Sa`ud. Dahulunya

milik Turki (kerajaan `Utsmaniyyah), di bawah kerajaan proxy Kerajaan Hasyimiyyah.

Hasyimiyyah Jordan adalah saki-baki kerajaan tersebut. Hijaz tidak penting kepada

`Utsmaniyyah, maka `Utsmaniyyah memberikan taraf autonomi kepada kerajaan Hasyimiyyah

yang sudah memerintah Makkah dan Madinah selama 700 tahun. Gelaran mereka pun Khadim

Haramain Syarifain. Manakala setiap daerah Hijaz adalah milik beberapa emir. Misalnya, di

Riyadh berada di bawah King Muhammad bin Sa`ud, dan di `Uyainah (tempat kelahiran Syaikh

Muhammad `Abdul Wahhab, seterusnya akan disingkat menjadi SMAW) di bawah King

`Utsman bin Hamid. King Sa`ud ini telah menjadi raja yang memerintah jajahan Di'riyah yang

sekarang dikenali sebagai Riyadh.

Page 5: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

5

Maka di Hijaz, raja yang paling berkuasa adalah kerajaan Hasyimiyyah, manakala di

timur Saudi sekarang ada beberapa raja kecil, antaranya King Sa`ud di Di'riyah atau Riyadh.

Pemerintah yang diiktiraf oleh kerajaan `Utsmaniyyah adalah King Hasyimiyyah. Manakala raja

kecil yang lain, berbai`ah dengan King Hasyimiyyah, kecuali King Sa`ud. King Muhammad bin

Sa`ud ini mempunyai cita-cita untuk menakluki Hijaz.

Ini suasana di Hijaz pada tahun 1600M-1700M. Negara yang berautonomi, kuasa paling

besar dimilik oleh Dinasti Hasyimiyyah. Agama di Hijaz seperti di Malaysia. Upacara paling

utama adalah kuburi atau berpesta di kubur wali, kerana di Hijaz terdapat paling banyak kubur

sahabat, tabi`in dan orang-orang shalih. Kubur yang paling keramat di Najd adalah kubur Zaid

bin `Umar bin Al-Khattab yang terletak berdekatan dengan rumah Syaikh Muhammad `Abdul

Wahhab.

Pada tahun 1703M, maka lahirlah SMAW di pekan `Uyainah, daerah Yamamah, 50 km

dari Riyadh (Riyadh terletak 1000 km dari Makkah, 1400 km dari Madinah). Ia adalah kawasan

`Arab badui yang terputus hubungan dengan dunia luar untuk jangka waktu yang agak lama.

Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai gembala unta dan kambing.

SMAW menghafal Al-Qur'an sejak berusia 10 tahun, dan berguru dengan ayahnya

sendiri, Syaikh `Abdul Wahhab bin Sulaiman. Setelah remaja, ayahnya menghantarnya ke

Makkah dan Madinah. Gurunya ramai, namun antara yang paling berpengaruh terhadapnya

adalah Syaikh `Abdulah bin Salim Al-Basri, Syaikh `Abdullah bin Ibrahim Saif, Syaikh

Muhammad bin Hayat Ibrahim As-Sindi, Syaikh Ismail Muhammad Al-`Ajluni Asy-Syami. Para

`ulama' yang terkenal di Makkah ini dipilih oleh ayahnya kerana bermazhab Hanbali, `aqidah

salaf, dan ahli hadith serta mengkhatamkan kitab-kitab karya Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim Al-

Jauziyyah.

Kitab-kitab karya Ibn Taimiyyah dan Ibn Al-Qayyim inilah yang mengubah peribadi dan

minda SMAW. Jika Ibn Taimiyyah dan Ibn Al-Qayyim hanya menulis kitab, namun yang

melaksanakan ajaran dalam kitab Ibn Taimiyyah dan Ibn Al-Qayyim adalah SMAW.

Apabila pulang ke Yamamah atau `Uyainah, SMAW mula berdakwah, dan penduduk

Yamamah melaporkan kepada emir. Beliau diusir dari kampungnya sendiri. Kemudian, beliau

pergi ke `Iraq, dan di sana juga beliau diusir, lalu beliau kembali ke `Uyainah dan sekali lagi

diusir. Akihrnya beliau pergi ke Di'riyah (atau Riyadh), dan di sana beliau diterima oleh King

Muhammad bin Sa`ud. Ini sama seperti Nabi ملسو هيلع هللا ىلص yang diusir dari Makkah, dan diterima di

Yatsrib (nama asal Madinah).

Page 6: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

6

SMAW berkahwin dengan anak King Sa`ud, dan terjadilah perjanjian antara kedua-

duanya untuk menakluki Hijaz; King Sa`ud bercita-cita untuk menjadi raja `Arab, manakala

SMAW bercita-cita untuk menerapkan ajaran Ibn Taimiyyah.

Pengikut SMAW dan King Sa`ud telah membentuk sebuah pasukan tentera yang agak

besar dan mereka mula menyerang daerah-daerah yang berhampiran. Mereka kemudiannya

menamakan kerajaan Islam Di'riyah. Kerajaaan ini amat mengganggu Turki. Kemudian SMAW

wafat, dan King Sa`ud yang pertama juga wafat. Mereka hanya sempat membina kerajaan di

Riyadh sahaja.

King Muhammad Sa`ud digantinya oleh puteranya, iaitu King `Abdul `Aziz, dan beliau

mula menyerang untuk menakluki Madinah dan Makkah, dan berjaya melakukannya pada tahun

1802M. Kerajaan Hasyimiyyah ditumpaskan, dan banyak berlaku pertumpahan darah antara

tentara King `Abdul `Aziz dan King Hasyimiyyah. Kerajaan Turki yang sudah lemah

mengerahkan tenteranya di Mesir, di bawah panglima Ibrahim Pasha untuk datang ke Hijaz

untuk memerangi King `Abdul `Aziz. Tentera Pasha datang dan mereka berjaya menumpaskan

tentera King `Abdul `Aziz, dan beliau melarikan diri ke Riyadh, namun tentera Mesir mengejar

beliau dan memusnahkan Riyadh. Akhirnya, King `Abdul `Aziz melarikan diri ke Bahrain. Pada

tahun 1818M, musnahlah Kerajaan Sa`ud.

Pada tahun 1901M, ketika Kerajaan `Utsmaniyyah semakin lemah dengan gerakan Turki

Muda pimpinan Ataturk, King `Abdul `Aziz dengan bantuan Bahrain, Qatar, Kuwait, dan Oman,

kembali menyerang Riyadh dan berjaya menawan dan kembali menubuhkan Kerajaan Sa`ud di

Riyadh. Pada tahun yang sama, Kerajaan Hasyimiyyah juga memberontak dan menubuhkan

Kerajaan Hasyimiyyah yang berdaulat di Makkah dan Madinah.

Adakah Brtish yang berada di Jordan, Palestine dan `Iraq, juga mempunyai bahagian

dalam Kerajaan Hasyimiyyah di Riyadh dan di Makkah? Oleh sebab UK memang menginginkan

Kerajaan Turki musnah (kerana British ingin menjajah seluruh jajahan takluk `Utsmaniyyah),

maka UK memang pakar dalam dasar "pecah dan perintah", dan membangkitkan semangat

nasionalisma.

Apabila Hasyimiyyah merdeka, dan menjadi Khadim Haramian, King `Abdul `Aziz

melancarkan peperangan untuk menawan Makah dan Madinah sekali lagi. Kali ini, tentera Sa`ud

dibantu oleh tentera Wahhabi yang dinamakan sebagai tentera Ikhwan(3)

. Tentera Ikhwan ini

ditubuhkan oleh `ulama'-`ulama' Wahhabi dengan mengumpulkan `Arab badui di Najd.

Ketuanya ialah Sultan bin Bajad Al-`Utaibi, dengan kekuatan 60,000-70,000 orang tentera.

Mereka inilah yang terkenal dengan keganasan ketika perang. Mereka membunuh kaum lelaki,

dan menjadikan kaum wanita sebagai hamba sahaya.

3 Tentera Ikhwan ini bukanlah Ikhwan Al-Muslimin yang diasaskan oleh Hasan Al-Banna.

Page 7: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

7

King `Abdul `Aziz dengan bantuan tentera Ikhwan telah berjaya menumpaskan Kerajaan

Hasyimiyyah walaupun Hasyimiyyah dibantu oleh British. Peperangan ini berlaku dari tahun

1923M sehingga tahun 1932M, dengan banyak kematian dan kemusnahan harta benda. Pada

tahun 1932M, Kerajaan Hasyimiyyah tumpas. Sherif Husin iaitu raja terakhir, dibawa oleh

British ke Pulau Cyprus, dan kemudiannya ditabalkan di Jordan yang ketika itu dimiliki oleh

British.

Inilah bukti dan hujah yang kuat antara King Sa`ud dan King Hasyimiyyah; siapa

sebenarnya yang ditolong oleh UK. Jawapannya adalah Sherif Husin, kerana sewaktu Makkah

dikepung, pihak British telah membawa lari keluarga Sherif Husin ke Cyprus dan ke Jordan.

Tentera Ikhwan yang mara untuk menyerang Jordan ditumpaskan oleh UK. Ramai tentera

Ikhwan yang terbunuh dalam peperangan Jordan. Kerajaan Hasyimiyyah masih kekal hingga kini

di Jordan, terima kasih kepada UK yang memberikan Jordan kepada mereka. Jika tidak, mereka

masih berada di Cyprus.

Tentera Ikhwan mendatangkan masalah kepada King `Abdul `Aziz kerana mereka

menganggap King `Abdul `Aziz longgar dalam penerapan fahaman SMAW. Maka, mereka

memberontak, namun King `Abdul `Aziz menyerang dan membunuh hampir kesemua tentera

Ikhwan dalam Peperangan Sabila, dan tamatlah riwayat tentera Ikhwan badui.

Rumusan:

1. Hijaz mempunya dua raja yang ingin berkuasa untuk seluruh Hijaz; (1) King

Hasyimiyyah di Makkah dan Madinah, ini merupakan kerajaan yang sah dan diberi kuasa

autonomi oleh Istanbul (Turki), dan (2) King Muhamamad Ibn Sa`ud, yang menguasai

Riyadh, dan dengan bantuan tentera badui yang berfahaman ajaran SMAW, mereka

melancarkan peperangan untuk menakluki Hijaz. King Sa`ud berperang untuk menjadi

raja, manalaka SMAW pula ingin menerapkan ajaran syaikhul Islam Ibn Taimiyyah.

2. King Sa`ud tidak menentang `Utsmaniyyah, beliau hanya ingin menjadi raja `Arab, sama

seperti King Hasyimiyyah.

3. Pihak yang lebih hampir dengan pihak British adalah Kerajaan Hasyimiyyah.

4. SMAW menggunakan kekerasan untuk menyebarkan dakwah tauhid, bekerjasama

dengan King Sa`ud menyebabkan dakwah beliau menjadi dakwah militan.

Itu adalah sejarah Sa`udi dari tahun 1703M hingga 1932M.

• 1703M: kelahiran SMAW, 1792M: wafat.

• Menubuhkan kerajaan Di'riyah bersama King Muhammad bin Sa`ud

• 1803M: King `Abdul `Aziz As-Sa`ud menawan Makkah dan Madinah

• 1813M: Ibrahim Pasha menawan semula Makkah dan Madinah

• 1818M: Kerajaan Riyadh tumpas, dan King `Abdul `Aziz melarikan diri ke Bahrain

Page 8: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

8

• 1901M: King `Abdul `Aziz kembali, dan menawan semula Riyadh

• 1910M: Sherif Husin merdeka dari Turki

• 1923M: King Sa`ud menyerang Makkah dan Madinah

• 1924M: `Utsmaniyyah dibubarkan oleh Kemal Atarurk

• 1929M: Tentera Ikhwan dimusnahkan oleh King Sa`ud

• 1932M: Sherif Husin menyerah kalah, dan beliau dilarikan oleh UK ke Jordan

• 1932M: King `Abdul `Aziz menamakan Daulah Arab Sa`udi atau KSA

• 1933M: KH Sirajuddin Abbas melarikan diri, pulang ke Indonesoia selepas bersembunyi

di Attache Belanda di Jeddah selama 3 tahun

KH Sirajuddin Abbas menulis kitab "I'tiqad ASWJ" pada tahun 1965M, dan dalam kitab

tersebut, KH mengatakan bahawa Wahhabi, Ibn Taimiyyah, dan Ibn Al-Qayyim bukan ahli

sunnah tetapi Mujassimah(4)

. Kitab ini digunakan di seluruh pesantren (pondok), sehingga

dicetak oleh Pustaka Aman Press pada tahun 1972M, dan menjadi kitab utama di pondok

Malaysia, Brunei, dan Thailand. Maka, salah faham Wahhabi dicetuskan secara besar-besaran

oleh KH Sirajudin Abbas.

Kerajaan Hasyimiyyah adalah kerajaan yang memberikan perlindungan dan penempatan

kepada pelajar Nusantara, manhaj pula sama, bermazhab Asy-Syafi`i, mengamalkan tareqat.

Maka, orang Nusantara amat menyintai Kerajaan Hasyimiyyah. Apabila berlaku peralihan kuasa

kepada Saudiyyah, maka `ulama'-`ulama' Nusantara mula bangkit dan membela Kerajaan

Hasyimiyyah, dan merekalah yang mengobar-ngobarkan sentimen anti-Sa`ud dan Wahhabiyyah.

Kerajaan Sa`udiyyah dan Wahhabiyyah yang memerintah Hijaz membawa ajaran Ibn

Taimiyyah, anti-tareqat, dan sunnah yang tulen. Maka, Nusantara yang membawa manhaj lama

Kerajaan Hasyimiyyah, menentang keras gabungan Sa`udiah dan Wahhabiyyah.

Maka Wahhabi yang sudah berusia 220 tahun adalah suatu kisah dendam kesumat, sama

seperti Syi`ah Iran yang masih membawa sentimen Karbala. Maka orang Melayu Nusantara pula

masih teringat kenangan lama bersama Kerajaan Hasyimiyyah, zaman membaca Yasin dan tahlil

di Ka`bah, dan zaman memuja kubur di Baqi' dan Maala. Kuburan itu semuanya telah diratakan

oleh kerajaan Sa`ud. Semuanya kerana dengki:

���ا�ن�� ����� �����! ����#$

!�'&��أ (��ا�

"Kerana dengki dari dalam diri mereka sesudah nyata kepada mereka kebenaran…" (Al-Baqarah,

ayat 109).

4 Mujassimah adalah golongan yang menyamakan Allah dengan makhluk (misalnya tangan Allah sama seperti

tangan kita). Dakwaan KH Sirajuddin Abbas hanyalah berbentuk fitnah semata-mata terhadap golongan Wahhabi,

Ibn Taimiyyah, dan Ibn Al-Qayyim.

Page 9: Gerakan Tauhid dan Sejarah Pembentukan KSA dari 1703-1932

9

- Sesi tamat pada pukul 11.36 pm –

Rujukan:

1. Minhajul Firqah An-Najiyah Wat Thaifah Al-Manshurah (�*#+�,.-*�وا��ج�ا�#0/*�ا�&�23

edisi Indonesia Jalan Golongan Yang Selamat, Penulis Syaikh Muhammad bin ,(ا8&67رة

Jamil Zainu.

2. Yamen Ali Effendi (1018H/1609M) bertajuk "Qawaniyyin Aali Uthman Mudomin Daftar

al-Diwan" (ن�د>;:�ا��69ان� .(/6ا$�ن�آل�'?��ن� <�

3. British in the Middle East Hardcover – April 12, 1979, by Sarah Searight East-West

Publications (U.K.) Ltd; 2nd edition (April 12, 1979).

4. Biography and Mission of Muhammad Ibn Abdul Wahhab by Jalal Abualrub, dan Alaa

Mencke (Medinah publishers).

5. Membersihkan Salah Faham Terhadap Dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab

oleh Abdul Aziz bin Muhammad Al-Abd. Al-Lathif (Jahabersa, Johor Bahru, 2008).

6. Dr Abdullah Al-Utsaimin, Muhammad ibn `Abd al-Wahhab Hayatuhu wa Fikruhu (���B

���ا�G6�ب�(-���Eو>0Dه'�!H).

7. Syaikh Muhammad Basyiir As-Sahsawaani Al-Hindi, Shiyanatul Insan `an waswasah As-

Syaikh Dahlan (نI)د�J-Kا��*L6Lن�'!�و��MN�*$�-O)" (Penjagaan manusia dari igauan

syaikh Dahlan).

8. Mas`ud An-Nadawy, Muhammad bin `Abdul Wahab Muslih Mazlum (� ��'� !H� ��B

.( 6QR �ST7م ا�G6�ب

9. Abdul Aziz Abdul Lathif, Da'awy Munaawi-iin li Dakwah Muhammad bin Abdil Wahab

���ا�G6�ب)'�!H���B �J-Kن���'6ة�ا�� .(د'�وى�ا8&�و+

10. Dr Shalih Fauzan Al-Fauzan, Min A`lam Al-Mujaddidiin (!9د�V8م�اI'أ�! ).

11. Tarikh Najd, Ibn Ghannam, Muhaqqiq, Dr Nasiruddin al-Asad, Darul Syuruq (�V$�JWر��)

12. Uthman bin `Abdullah bin Bishr, Ibn Bishr, Unwan Al-majd fi Tarikh Najd (��V86ان�ا&'

�V$� JWر��� XY). Muhaqqiq: `Abdul Rahman Alu Syaikh, Pustaka Malik `Abdul `Aziz,

Riyadh.