geografi tingkatan 2

6
Geografi Tingkatan 2 B6D1E2: Mencadangkan Langkah- langkah untuk Mewujudkan Sistem Pengangkutan Lestari Nama: Audrey Loh Tingkatan: 2G

Upload: gee-fiziey

Post on 12-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

penempatan lestari

TRANSCRIPT

Geografi Tingkatan 2 B6D1E2: Mencadangkan Langkah-langkah untuk Mewujudkan Sistem Pengangkutan Lestari

Geografi Tingkatan 2B6D1E2: Mencadangkan Langkah-langkah untuk Mewujudkan Sistem Pengangkutan LestariNama: Audrey LohTingkatan: 2GPengangkutan lestari adalah pengangkutan yang tidak memberi implikasi yang besar terhadap alam sekitar. Contohnya, LRT, MRT, Monorel dan sebagainya. Ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga memberi masa depan yang cerah untuk generasi yang akan datang.

Mewujudkan LRT/Monorel Di Sarikei

Dengan adanya kemudahan seperti LRT,Monorel dan MRT, pencemaran udara dapat dikurang kerana asap tidak dilepaskan berbanding dengan menggunakan kereta atau bas.

Pembentukan Jalan Kaki Yang Kondusif dan Mesra Pengguna

Pembentukan jalan kaki dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan juga masalah jerebu. Ini juga dapat mengurangkan penggunaan sumber bumi seperti petroleum yang perlu diterokai bagi menghasilkan petrol.

Menggalakkan Pengunaan Basikal di Kawasan Kampus/Sekolah

Mengguna basikal dalam kawasan sekolah atau kampus dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana ibubapa tidak perlu menghantar anak menggunakan kereta. Selain itu, pencemaran udara juga dapat dikurangkan kerana basikal tidak menghasilkan asap-asap yang boleh membawa kesan yang buruk kepada alam sekitar.

Mewajibkan Penggunaan Catalytic Converter Pada Ekzos Kenderaan

Pemasangan catalytic converter pada ekzos kenderaan merupakan antara cara yang berkesan untuk mengurangkan pencemaran udara. Asap-asap yang dihasilkan akan dirawat terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke atmosfera. Toksik-toksik yang terkandung dalam asap dapat dihilangkan.