gengsterisme

29
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FALKUTI:SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN JABATAN:GEOGRAFI KOD KURSUS:ULP 1013-PEMBANGUNAN SAHSIAH KUMPULAN:K PENSYARAH:TUAN SYED SOFIAN BIN SYED SALIM NAMA AHLI KUMPULAN: SITI SUPIAH BT KASSIM D20091035631 SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM D20091035632 MOHD HAFIZOLAH BIN MAT HASAN D20091035630

Upload: dhea-ct

Post on 18-Jun-2015

16.836 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ulp1013: pembangunan sahsiah Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI)

TRANSCRIPT

Page 1: GENGSTERISME

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

FALKUTI:SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

JABATAN:GEOGRAFI

KOD KURSUS:ULP 1013-PEMBANGUNAN SAHSIAH

KUMPULAN:K

PENSYARAH:TUAN SYED SOFIAN BIN SYED SALIM

NAMA AHLI KUMPULAN:

SITI SUPIAH BT KASSIM D20091035631

SITI ZUBAIDAH BT IBRAHIM D20091035632

MOHD HAFIZOLAH BIN MAT

HASAN

D20091035630

Page 2: GENGSTERISME

ISI KANDUNGAN

BILISI KANDUNGAN

MUKA

SURAT

1 Pengenalan 1

2 Senario kejadian gengterisme di Malaysia 2

3 Kaedah kajian 2-4

4 Faktor-faktor gengterisme 4-6

5 Ciri-ciri gengsterisme 6-9

6 Teori personaliti 9-10

7 Kesan masalah gengterisme 11-12

8 Model mengatasi masalah gengterisme 13-15

9 Kesimpulan 16

10 Rujukan 17

Page 3: GENGSTERISME

1.0 PENGENALAN

1.1 Menurut kamus dewan edisi ke-4,halaman 458

Geng ialah kumpulan kerja(penjenayah).

Gengster ialah ahli atau kumpulan penjenayah atau samseng.

Gengsterisme pula merujuk kepada kegiatan-kegiatan gengstar iaitu masalah-

masalah yang dilakukan oleh kumpulan samseng secara berkumpulan.

1.2 Gengstarisme merupakan satu budaya hidup yang keterlaluan dan melanggar norma-norma

kehidupan bermasyarakat.Gengsterisme juga merupakan kelakuan yang akan memusnah dan

merosakkan persekitaran yang dilakukan secara berkumpulan.(Pusat maklumat rakyat,MAC

2009)

1.3 Gengsterisme juga mempunyai pelbagai maksud dan panggilan yang tersendiri:

Ada sesetengah pihak memangilnya sebagai samseng,perogol,kaki

ponteng,penagih dadah,kaki buli dan sebagainya.

Ada juga sesetengah pihak melebalkan sebagai divian dan delinkuen.Bagi gengstar yang

melanggar melanggar peraturan disebut sebagai divian manakala bagi pelajar yang masih

bersekolah disebut sebagai delinkuen.

Namun demikian,golongan ini tetap tergolong dalam kumpulan gengsterisme iaitu

kumpulan yang menggangu kelangsungan kehidupan masyarakat disekelilingnya.

1.4 Menurut kajian Haslina Hassan(2002)mendapati bahawa kegiatan gengsterisme merupakan

pengaruh daripada rakan-rakan yang lebih tua daripada mereka untuk melakukan

keganasaan.Remaja akan lebih cenderung untuk melakukan jenayah apabila mereka mendapat

tunjuk ajar daripada orang yang lebih dewasa daripa mereka.Remaja akan berasa dilindungi dan

mereka akan bersifat lebih agresif lagi.Hal ini menimbulkan banyak berkaitan gengsterisme akan

berlaku di Negara kita.

1.5 Kegiatan gengsterisme ini tidak pernah luput walaupun sudah bermula sejak berdekat-dekat

lamanya.Malahan kegiatan ini semakin menjadi-jadi di Malaysia sehinggakan masyarakat dapat

menyaksikan pelbagai aksi gengsterisme sepanjang tahun.Hal ini akan menimbulkan kerisauan

Page 4: GENGSTERISME

dalam setiap golongan masyarakat kerana Negara bakal kehilangan bakal pemimpin yang

berkaliber.

2.0 Senario Kejadian Gengsterisme di Malaysia

Kegiatan gengsterisme di Malaysia kini sedang hangat diperkatakan. Pelbagai senario kejadian

gengsterisme sedang bermain di sekeliling kita dan di antaranya golongan yang mudah terjebak

dalam kegiatan ini ialah golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur.Perkara ini amat

membimbangkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah.

2.1 Antara kejadian senario gengsterisme di Malaysia ialah:

Pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut Pasir

Putih,Kelantan telah dibuang sekolah manakala empat lagi rakannya digantung

persekolahan gara-gara tebbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan kecerderaan pada

pelajar tingkatan tiga kerana terkena libasan kerabit.(Berita Harian,09/03/2009)

Kita pernah digemparkan oleh loporan akhbar mengenai sederet Sembilan kereta dipecah

dan dibakar di sebuah taman perumahan. Selain daripada itu juga seorang pelajar

perempuan di utara tanah air dibuang sekolah ekoran daripada perbuatannya menendang

seorang guru.(Berita Harian,04/12/2008)

Tidak keterlaluan jika mereka disebut “setan cilik”. Hal ini kerana dalam usia semuda

empat belas tahun mereka bukan saja bergerak cergas dalam aktiviti seksual tetapi juga

dalam kegiatan jenayah seperti pecah rumah, mencuri, peras-ugut,buli dan gengsterisme.

Oleh sebab itu seramai 55 orang pelajar tingkatan dua yang bermasalah di Selangor

mengikuti Kem Smart Remaja Siri ke-8 di selayang Selangor baru-baru ini.(Utusan

Malaysia,15/04/2007)

Sebelum dihantar ke sana(penjara),mereka boleh dianggap sebagai golongan pencuri

kecil-kecilan.Tetapi penjara Simpang Renggam boleh diibaratkan sebagai tempat

pengajian tinggi untuk mendapatkan segulung diploma atau ijazah dalam selok-belok

gengsterisme.(Harian Metro,22/03/2007

Page 5: GENGSTERISME

3.0 Kaedah kajian

1. Kajian telah dijalankan melalui jurnal-jurnal dan bahan rujukan yang berkaitan dengan

gengsterisme.

2. Analisis keratan akhbar tempatan.

3. Soal selidik masyarakat di sekitar Tanjung Malim yang merangkumi golongan pelajar

sekolah,golongan dewasa dan pelajar upsi.

Pelajar Sekolah

Pelajar UPSI

Masy. Luar0

102030405060708090

100

Faham makna Geng

Berkawan dengan geng-sterTerlibat dengan gengster

Rajah 1 :Hasil kaji Selidik

Kumpulan kami telah membuat soal selidik mengenai masalah gengsterisme,yang mana kajian

kami ini adalah dalam bentuk borang soal selidik.Borang soal selidik ini telah kami edarkan

kepada pelajar sekolah menengah Khir Johari, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dan

masyarakat sekitar pekan Tanjong Malim.

Dalam borang kaji selidik tersebut telah kami muatkan 10 soalan yang berkaitan dengan

gengsterisme.Rajah diatas menunjukkan hasil kajian kami,terdapat tiga soalan yang menjadi

tarikan untuk kami persembahkan.Antara soalan tersebut ialah kefahaman mengenai geng,

pergaulan dengan gengster dan penglibatan dengan gangster..

Page 6: GENGSTERISME

Berdasarkan rajah diatas,kefahaman mengenai makna geng adalah kurang dalam

kalangan pelajar sekolah menengah berbanding pelajar UPSI dan masyarakat luar masing-

masing 100% dan 89%.Selain itu kami turut mengemukakan soalan tentang pergaulan dengan

gengsterisme,rajah menunjukkan pergaulan masyarakat luar dengan gangster adalah lebih tinggi

berbanding pelajar UPSI dan sekolah menengah.Seterusnya,penglibatan dalam gengsterisme

menunjukkan pelajar UPSI mencatat angka yang tinggi,hal ini kerana ketika di bangku sekolah

mereka begitu terdedah dengan pelbagai jenis pergaulan.

3.18 4.77

72.69

9.97

5.06 2.46 1.88

Peratus Jenayah yang di lakukan oleh gengster %

BunuhRogolSamunkecederaanUgutan JenayahCuri kenderaanCuri motosikal

Rajah 2 : Peratus Jenayah yang di lakukan oleh Gengster

Sumber : Jabatan Statistik Bukit Aman

4.0 Faktor Yang Mempengaruhi  Wujudnya Gejala Gengsterisme

Gejala gangsterisme pada masa kini berpunca daripada pelbagai faktor.Ia merangkumi faktor

dalaman dan luaran.Faktor dalaman merujuk kepada diri individu itu sendiri, faktor luaran pula

merujuk kepada faktor persekitaran seperti pengaruh-pengaruh daripada rakan sebaya,ahli

keluarga dan sebagainya. (Cindy, Tursman, Moore 1930).

Page 7: GENGSTERISME

4.1 Faktor Dalaman Individu Itu Sendiri

Meninjau dari aspek psikologi, zaman remaja ialah satu masa yang amat kompleks. Para remaja

sering menumpukan perhatian kepada perkara seperti ketidakpuasan, kesedihan dan perasaannya

yang tidak difahami oleh orang lain. Remaja juga sering dikatakan sebagai zaman yang banyak

menimbulkan tekanan jiwa pada individu. Namun, tempoh ini juga dilihat sebagai zaman

kegemilangan perkembangan.Seseorang individu yang kekurangan didikan agama biasanya lebih

mudah terjebak ke dalam kegiatan gangsterisme.

Mereka hanya bertindak mengikut keinginan semata-mata tanpa memikirkan golongan

yang mereka tindas.Hal ini kerana,mereka ini tidak dapat membezakan dosa pahala dan baik

buruk sesuatu tindakan yang mereka lakukan.Selain itu,terdapat juga individu yang mahu dirinya

dikenali dan diiktiraf.Dengan tujuan mahu dirinya diiktiraf,mereka ini akan melakukan pelbagai

tindakan yang melanggar norma-norma kehidupan masyarakat, secara tidak langsung,kewujudan

mereka mulai diakui sebagai pembawa kepada pelbagai masalah yang menimpa

masyarakat.Walaupun dianggap sebagai pembawa masalah,mereka berasa sangat bangga kerana

kehadiran mereka dalam masyarakat telah diakui.

4.2 Institusi Keluarga

Keluarga menurut takrif antropologi adalah satu unit (kumpulan) yang terdiri daripada ahli-ahli

yang mempnyai hubungan kekeluargaan. Menurut Freud (1953) pula , keluarga sebagai

kombinasi ibu dan bapa yang tinggal serumah atau pun lebih anak.Ibubapa  adalah  orang yang

terpenting  dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan  utama dalam mencorak masa

depan anak-anak,yang mana anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang bertanggugjawab

untuk mencorakkannya.Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali.

Terdapat dalam kalangan ibubapa yang menunjukan teladan yang buruk kepada anak-

anak dengan terlibat dengan aktiviti gangsterisme,penyalahgunaan dadah,kaki botol dan

sebagainya. Ini menyebabkan anak-anak terikut-ikut dengan sikap dan perbuatan  ibubapa

mereka seterusnya mempengaruhi tingkah laku mereka apabila dewasa nanti.Ada juga dalam

Page 8: GENGSTERISME

kalangan ibubapa yang sering bergaduh kerana tidak bersefahaman dan kadangkala pergaduhan

tersebut disusuli dengan kekerasan dan penggunaan kata-kata yang kesat.Ibubapa yang sering

bergaduh akan cenderung untuk memiliki anak-anak yang berisiko untuk menjadi agresif.

.4.3 Rakan Sebaya

Rakan sebaya merujuk pada remaja yang sama umur atau pun sama paras

kematangan.Rakan sebaya didefinisikan sebagai rakan seumur dan dikategorikan rakan

sepermainan, seperjalanan, sebantal, atau rakan seperjuangan(Artwater,1998)Pada peringkat

remaja, rakan sebaya merupakan orang yang boleh mencorak kehidupan mereka.Rakan sebaya

berpengaruh dalam membentuk akhlak dan peribadi remaja. Rakan sebaya yang baik akan

membentuk akhlak yang baik dan begitu juga sebaliknya. Remaja memerlukan rakan sebaya bagi

mendapatkan pengiktirafan dan sokongan.Seseorang remaja lebih banyak menghabiskan masa

dengan rakan sebaya berbanding dengan ahli keluarga.

4.4 Pengaruh media massa dan elektronik

Perkembangan teknologi maklumat dan siber telah membolehkan manusia berhubung antara satu

sama lain dengan pantas.Ditambah lagi dengan pembinaan Koridor Raya Multimedia(MSC) dan

beberapa stesen televisyen memperlihatkan pentingnya media massa kepada masyarakat (Haslina

Hassan,2000).Melalui filem-filem dari negara luar,terutamanya filem dari Hong

Kong,Hollywood dan Bollywood,penonton telah didedahkan budaya keganasan yang diamalkan

oleh masyarakat mereka.

Pelbagai aksi ganas seperti bergaduh sesama kumpulan gangster,membunuh,vandalisme

dan sebagainya yang dipaparkan telah menarik minat golongan yang mudah terpengaruh

terutamanya remaja untuk meniru aksi-aksi tersebut.Hal ini kerana mereka berasa kegiatan

gangsterisme adalah perlakuan yang biasa kerana mereka tidak dapat membezakan sesuatu yang

realiti dengan fantasi kerana terlalu terpengaruh dengan watak-watak yang kelihatan

‘macho’apabila melakukan kegiatan gangsterisme.

Page 9: GENGSTERISME

5.0 CIRI-CIRI SESEORANG GENGSTER

5.1 Mudah Marah

Seorang gengsterisme akan mempunyai peribadi yang sensitif terhadap persekitarannya. Mereka

merupakan seorang yang mudah marah terhadap orang sekelilingnya meskipun melibatkan

perkara yang kecil. Teguran daripada orang terdekat juga seperti ahli keluarga tidak dihiraukan

malah mereka memberontak sehingga ke tahap yang melampau. Di mana, ibu bapa tidak lagi di

hormati dan sering bertindak agresif terhadap mereka.Contohnya, ibu menegur cara pemakaian

anak mereka,anak akan berasa marah dan meninggikan suara terhadap ibu bapa.Teguran ibu

bapa menjadi ancaman dan tekanan dalam diri mereka.Hal ini menyebabkan mereka mudah

marah walaupun disebabkan oleh hal yang remeh.

Cara pemakaian,sikap dan perlakuan gangster menyebabkan masyarakat sekeliling tidak

menyukai mereka.Hal ini menyebabkan masyarakat sering menegur mereka melalui perantaraan

media massa atau pun media elektronik.Isu-isu berkaitan gengsterisme sering menjadi bualan

media dan masyarakat.

5.2 Suka Merosakkan Harta Benda

Suka merosakkan harta benda adalah antara sikap yang ada pada gangster ,terutamanya

merosakkan harta benda awam seperti telefon, perhentian bas dan tandas awam.Sikap ini

menjadi suatu kelaziman pada mereka, di mana ia menjadi kepuasan jika hasrat mereka tercapai

dan menjadi hiburan kepada mereka. Selain itu, merosakkan harta benda awam ini adalah untuk

menunjukkan kehebatan dan keberanian mereka kepada masyarakat. Antara lain juga ia

bertujuan untuk melepaskan kemarahan mereka . Dimana harta benda menjadi mangsa atau

sasaran mereka.

Rajah 3 : Kerosakan telefon awam

Page 10: GENGSTERISME

5.3 Suka Keluar Malam

Seseorang gangster juga mempunyai cirri suka keluar pada waktu malam, waktu malam adalah

watu paling sesuai untuk mereka berseronok seperi melepak , berjudi, merempit, merompak dan

lain-lain kegiatan.Di mana pada waktu ini mereka akan berkumpul beramai-ramai dan membuat

perbincangan mengenai kumpulan mereka. Di samping itu, mereka sering berbuat bising hingga

mengganggu masyarakat sekeliling apatah lagi jika mereka telah di khayalkan oleh benda yang

memabukkan . Kadang kala, timbul pergaduhan sesame ahli sehingga menyebabkan

pertumpahan darah. Hal ini kerana pergaduhan melibatkan penggunaan senjat tajam.

6.0 Isu Gengsterisme Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Isu gengsterisme ini bukan saja berlaku dalam kalangan dewasa, ia juga di sertai oleh

pelajar sekolah yang berumur antara 13 tahun hingga 19 tahun. Antara cirri gengsterisme yang

ada pada pelajar sekolah ialah suka pulang lewat dari sekolah dan mempunyai rekod kehadiran

yang teruk. Pelajar ini suka melepak dengan ahli kumpulan lain selepas pulang sekolah. Mereka

ini akan memenuhi pusat-pusat membeli belah dan cyber café. Mereka suka menghabiskn masa

dengan kawan-kawan berbanding dengan ibu bapa,mereka bertujuan untuk mendapatkan

kebebasan tanpa kekangan ibu bapa di rumah. Keseronokan ynag mereka perolehi ini menjerat

mereka hinggsksn is menjsdi suatu tabiat yang sukar di lepaskan. Kadang kala mereka sanggup

ponteng sekolah untuk menyertai dan mengenali mana-mana pertubuhan gangster lain

Ciri lain yang ada pada pelajar yang menyertai gangster ialah mempunyai rekod

akademik yang kurang memuaskan. Hal ini disebabkan kerana pelajar tidak lagi focus kepada

pembelajaran yang menjadi tanggungjawab mereka kepada diri dan ibu bapa.Pelajar pada tahap

ini lebih focus kepada gengsterisme yang di sertai mereka, yang mana lebih mbanyak mebawa

keseronokan pada diri mereka berbanding belajar. Ini menyebabkan mereka tidak member

perhatian yang penuh sewaktu sesi penbelajaran, tambahan lagi apabila sikap mereka suka

pulang lewat malam menjadi tabiat seperti gangster dewasa yang lain. Tabiat ini akan

menyebabkan pelajar tidur pada waktu siang, yang akan menyebabkan pelajar lambat ke sekolah

atau pin tidur sewaktu sesi pembelajaran.

Page 11: GENGSTERISME

Merokok menjadi tabiat pelajar sekolah yang terjadi disebabkan oleh factor persekitaran

atau ketidakprihatinan ibu bapa. Melalui kegiatan gengsterisme yang di sertai,pelajar boleh

terjebak kepada tabiat merokok. Hal ini di pengaruhi oleh kawan-kawan yang sekumpulan

dengan mereka.

6.1 Sumber Aktiviti Gengsterisme di Sekolah

Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada Oktober 2008.Terdapat 13 jenis salah laku

jenayah yang membabitkan pelajar iaitu berjudi,mencuri,melawan guru,melawan pengawas,peras

ugut,buli,pelacuran, salah guna dadah, bawa senjata, cabul kehormatan, ancam murid, ancam

guru dan ceroboh.

7.0 Model Pendekatan Gengsterisme

7.1 Teori Bandura

Gengsterisme adalah berkaitan perilaku manusia yang bukan secara semula jadi yang ada pada

diri sesorang individu. Dalam isu ini teori yang sesuai di jadikan model untuk mengatasi masalah

gengsterisme ini ialah penggunaa Teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura (1977).

Teori Bandura ini ialah satu pembelajaran yang berlaku dengan memerhati orang lain

melakukan sesuatu atau menjadikan sesorang sebagai model tingkah laku. Di mana persekitaran

akan dapat mempengaruhi tingkahlaku sesorang. Seseorang individu akan memerhatikan sesuatu

tingkahlaku orang lain , kemudian dia akan menyimpan maklumat yang diperhatikan secara

kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku tersebut.

Tingkah laku agresif yang diperkatakan oleh Bandura dapat dipelajari melalui

persekitaran seperti interaksi individu dengan keluarga , interaksi dengan rakan sebaya , media

massa dan konsep kendiri ( Mahmood 2001)

Page 12: GENGSTERISME

Dalam Teori Bandura, beliau telah menganalisis bagaimana manusia belajar melalui

pemerhatian.Di mana pembelajaran ini adalah melalui peniruan , mengaju dan memadan.Dalam

hal ini kanak-kanak adalah sampel paling sesuai kerana mereka akan menilai sesuatu berasaskan

kepada perkara yang dilihat melalui persekitaran. Bandura mendapati kanak-kanak akan

mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton sesuatu filem yang berunsuar agresif.

Terdapat dua bentuk tingkah laku agresif iaitu fizikal dan verbal ( Thraser 1963 ).

Tingkah laku agresif fizikal ialah ugutan secara fizikal atau kekerasan seperti menendang,

memukul dan menyerang. Verbal pula ialah melalui percakapan atau sebutan seperti mencemuh ,

mengejek , mencaci dan suka membuat bising semasa sesi pembelajaran.

7.2 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL OLEH BANDURA

Kumpulan kami memilih model Teori Pembelajaran Sosial sebagai pendekatan untuk mengatasi

masalah gengsterisme terutaamanya dalam kalangan pelajar dan dewasa hari ini . Teori ini

memperlihatkan kepada kita bahawa gengsterisme ini bukanlah wujud secara semula jadi dalam

diri individu.

Ibu bapa dan rakan sebaya adalah orang yang paling hampir dengan seseorang

individu.Setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh ibu bapa akan diperhatik an dan ditiruoleh

kanak-kanak. Di sekolah pula, kehidupan kanak-kanak amat dipengaruhi oleh rakan sebaya.

Pengaruh rakan sebaya tidak kurang penting terhadap perkembangan dan pengekalan tingkah

laku sama ada secara positif atau negative.

7.3 PENGGUNAAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL BANDURA

Pelajar yang mulanya hanya menjadi pemerhati terhadap kejadian perlakuan gangster kemudian

turut terlibat dengan menyertai kumpulan tersebut. Dalam pernyataan ini Goldstein 1991 telah

bersetuju iaitu tingkah laku gengsterisme melibatkan manipulasi social yang mendatangkan

ancaman dan kemudharatan terhadap penerima.Contohnya, seseorang individu yang sentiasa

Page 13: GENGSTERISME

sendirian akan cenderung melakukan apa saja untuk mendapatkan kawan dan pengaruh

( Gardner 1983).

Fenomena gengsterisme adalah disebabkan oleh perkembangan keremajaan yang menjadi

sinonim dengan tugasan untuk membentuk pemilihan identity kendiri yang unik.Dalam hal ini,

jika remaja gagal dalam pembentukkan identity ini maka wujudlah kekeliruan dan kekecewaan

dalam diri individu tersebut. Hal ini menyebabkan induvidu sukar unuk menilai perkara baik dan

buruk yang akan mewujudkan pelbagai salah laku seperti melepak, buli dan gengsterisme.

Hal ini kerana ramai remaja hari ini lebih seronok dan banyak meluangkan masa untuk

bersama rakan berbanding dengan ahli keluarga sendiri.Seseorang remaja sentiasa ingin dirinya

diterima dan diiktiraf oleh rakan-rakan.Jadi mereka sanggup melakukan apa sahaja supaya

diterima oleh rakan-rakan.Remaja mendapati tekanan rakan sebaya adalah pengaruh dan tekanan

yang dirasai oleh remaja daripada rakannya (Artwater, 1998). Remaja yang berasal daripada

keluarga yang bermasalah mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang mungkin senasib

dengannya dan membentuk kumpulan sendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-

anasir jahat terutamanya gangsterisme.

8.0 Kesan-Kesan Gangsterisme

Aktiviti gangsterisme mampu meninggalkan pelbagai kesan yang mendalam kepada semua

pihak.Terutamanya kepada masyarakat yang menjadi mangsa kepada aktiviti-aktiviti negetif

tersebut.Selain itu,kegiatan gangsterisme juga boleh meninggalkan kesan keatas pelaku kegiatan

tersebut itu sendiri.

8.1 Kesan kepada Diri Sendiri dan Keluarga

Remaja yang terlibat dalam gejala sosial menyebabkan mereka menjadi sampah masyarakat dan

dipandang hina.Pada tahap ini remaja tidak mempunyai hala tuju atau matlamat yang jelas pada

masa depan dan tidak bercita-cita tinggi .Sekali pun mereka insaf, mereka tetap sukar untuk

mendapat kepercayaan masyarakat dan mereka akan dipandang serong.Hal ini menyukarkan

Page 14: GENGSTERISME

untuk mereka mendapat pekerjaan seterusnya akan disisihkan oleh ahli keluarga kerana tidak

dapat menerima kelakuan mereka menyebabkan hidup mereka tambah terumbang ambing.

Akibat perlakuan sendiri,keluarga pelaku gengster turut mendapat impaknya,Kerana nila

setitik rosak susu sebelanga. masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut ,maruah

keluarga tercalar dengan tindakan remaja tersebut ibarat “menconteng arang ke muka” . Hal

inimenjejaskan masa depan adik-beradik yang lain dan lebih teruk lagi jika menjejaskan emosi

ahli keluarga yang tidak dapat menerima tekanan daripada masyarakat.Masalah ini akan

berlarutan dalam jangka masa yang lama untuk dipulihkan.

8.2 Kesan Kepada Persekitaran

Kesan aktiviti gangsterisme yang paling mudah untuk dilihat adalah kerosakan harta benda

terutamanya harta benda awam.Antara harta benda awam yang sering menjadi sasaran mereka

adalah pondok telefon,tandas awam dan sebagainya.Buktinya, ganggang telefon awam terputus

dan banyak grafik yang menyakitkan mata diconteng di dinding-dinding tandas.Menurut kamus

dewan(2003), menconteng dinding bermaksud mencoreng-coreng dengan cat,arang dan

sebagainya.Bercalit-calit,berpalit-palit di dinding-dinding tanpa matlamat atau tujuan.

Grafik-grafik yang diconteng adalah sukar dipadam dan memerlukan perbelanjaan yang

banyak untuk membersihkan atau mengecatkannya semula.Selain itu,di Alor Star terdapat kes

pelajar mengebom kereta guru dengan bom petrol disebabkan guru disiplin merotan mereka

kerana melanggar disiplin di sekolah(Harian Metro,2009)Kegiatan merosakkan harta benda

awam atau vandalisme yang dilakukan oleh ahli-ahli gengsterisme ini telah banyak menyusahkan

masyarakat terutamanya semasa berlakunya kes-kes kecemasan.

8.3 Kesan Kepada Masyarakat

Aktiviti-aktiviti gangsterisme yang sering berlaku akan menyebabkan masyarakat berasa

tidak selamat untuk hidup. Anggota masyarakat biasanya akan mengelak untuk keluar dari

rumah. Hal ini kerana,mereka takut akan turut menjadi mangsa keganasan.Segala aktiviti-aktiviti

harian mereka seperti bersukan,beriadah dan sebagainya akan dikurangkan dan dihentikan bagi

Page 15: GENGSTERISME

menjamin keselamatan diri.Biasanya kejadian yang paling ditakuti masyarakat ialah terbabit

dengan pergaduhan antara kumpulan-kumpulan gangster.Pergaduhan mereka biasanya akan

mengakibatkan kecederaan yang serius atau lebih teruk lagi mati.

Aktiviti memeras ugut peniaga-peniaga pula akan mengakibatkan untung yang diperolehi

oleh peniaga akan terjejas.Menurut Kamus Dewan (2003), memeras ugut bermaksud meminta

wang, barang kemas, datang mengugut (mengancam) secara paksa.Bayaran perlu dibuat kepada

kumpulan-kumpulan gangster bagi mendapat perlindungan dari digangu oleh kumpulan gangster

yang lain.Hal ini boleh menggangu aktiviti perniagaan dan boleh menyusahkan para peniaga..

8.4 Kesan Kepada Persekitaran Sekolah

Kewujudan golongan pelajar di sekolah yang terlibat dengan kegiatan gangsterisme akan

membawa masalah yang besar kepada sekolah.Salah laku pelajar akan memberi impak secara

langsung ke atas kualiti pendidikan yang diberikan di sekolah.Golongan ini akan melakukan

pelbagai masalah dan perkara ini boleh menggangu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

di sekolah.Contohnya kes seorang pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tok

Janggut dibuang sekolah,manakala empat lagi digantung persekolahan selama dua hingga tiga

minggu kerana terbabit pergaduhan yang menyebabkan seorang pelajar Tingkatan Tiga terkena

libasan kerambit disekolah itu(Berita Harian,2009).

Pelajar-pelajar yang digantung atau dibuang sekolah akan ketinggalan dalam pelajaran

Berasakan perkembangan ini,aktiviti gangsterisme yang wujud di sekolah-sekolah jika tidak

dikawal akan menyebabkan P&P tidak dapat dijalankan dengan berkesan.Hal ini bukan sahaja

merugikan mereka yang melakukan aktiviti gangsterisme malahan kepada peljar-pelajar lain

yang tidak bersalah

Page 16: GENGSTERISME

9.0 MODEL MENGATASI MASALAH GENGSTERISME

9.1 Dalam kalangan Pelajar:

Masalah gengsterisme kini semakin meruncing di sekolah.Jika, hal ini dibiar berterusan ia akan

member impak yang besar pada masa akan datang.Semua pihak perlu memandang serius

masalah ini.Para remaja merupakan aset penting dalam menentukan masa depan sesebuah

Negara.Oleh itu, mereka perlu dicorakkan dengan pelbagai pengetahuan supaya mereka

memperolehi jati diri yang yang unggul.

9.1.1 Kuasa Pihak Sekolah

Sistem pendidikan di Malaysia mewajibkan kanak-kanak ke sekolah,yang mana ibu bapa akan di

kenakan tindakan jika anak-anak mereka tidak di hantar ke sekolah.Sekolah merupakan tempat

pendidikan kanak-kanak yang pertama apabila mereka keluar dari rumah.Kanak-kanak akan

melalui pelbagai peringkat pendidikan seperti Pra sekolah, sekolah rendah, Sekolah Menengah

dan IPT.Gengsterisme yang wujud di sekolah perlu dikekang untuk mengelakkan penularan,

yang mana pihak sekolah perlu memainkan peranan dalam mengawal masalah ini.

Dalam hal ini,kerjasama semua guru amat diperlukan.Sesetengah guru di sekolah

meletakkan masalah ini di bahu guru disiplin semata-mata.Guru-guru perlu sentiasa memantau

aktiviti pelajar di kawasan sekolah bukan hanya duduk di bilik guru dan masuk kelas untuk

mengajar sahaja.Selain itu, peraturan pihak sekolah perlu diketatkan dan dijalankan mengikut

tatacara yang betul. Ini boleh dilakukan dengan menambahkan aktiviti-aktiviti berteraskan

akademik dan separa akademik  seperti kegiatan ko-kurikulum di sekolah. Begitu juga dengan

perubahan-perubahan teknik-teknik pengajaran seperti penggunaan komputer, video, bantuan

alat pandang dengar dan teknik pengajaran luar kelas.

9.1.2 Peranan Kaunselor

Kaunselor adalah orang yang bertanggungjawab untuk memperbaiki dan meningkatkan motivasi

pelajar dari aspek pembelajaran.Kaunseling di peringkat sekolah adalah penting untuk dalam

membantu remaja mengatasi masalah mereka.Dengan adanya kaunselor-kaunselor yang

Page 17: GENGSTERISME

berkelayakan dan berpengalaman di lantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan

kaunseling.

Kaunselor juga bertanggungjawab untuk melemah dan menghapuskan factor-faktor

penarik dan penolak yang mempengaruhi pelajar untuk terlibat dalam kumpulan-kumpulan

gangster dan menjadikan sekolah sebagai faktor yang kuat untuk menarik semua kumpuloan

pelajar agar menyayangi sekolah.

9.1.3 Peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) perlulah memainkan peranan untuk mengatasi

masalah social dalam kalangan pelajar. PIBG perlu mengadakan pertemuan sekerap

mungkin untuk mengenalpasti dan mengetahui setiap perubahan yang berlaku kepada

pelajar dan sikap pelajar di dalam dan luar sekolah.Dengan ini, pelajar akan rasa lebih

di sayangi dan di hargai,seterusnya dapat meningkatkan semangat mereka dalam aspek

pembelajaran.

9.2 Dalam Kalangan Dewasa

Keadaan golongan dewsa hari ini begitu membimbangkan,hal ini kerana mereka begitu mudah

terpengaruh dengan masalah social, oleh itu pelbagai langkah mesti di atur untuk membendung

masalah ini.

9.2.1 Peranan Institusi Kekeluargaan

Ibu bapa adalah orang yang paling dekat dengan anak-anak.Ibu bapa selalu meletakkan tugas

pembelajaran kepada guru semata-mata.Tanggungjawwab mereka dalam mendidik anak-anak

diabaikan,terutama ibu bapa yang sibuk berkerja.Anak-anak kurang mendapat perhatian.Hal ini

memudahkan anak-anak melakukan sesuatu tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.Ibu bapa

perlulah memainkan peranan dalam hal ini,hubungan kekeluargaan perlulah dieratkan dengan

meluangkan masa dengan anak-anak untuk mendengar masalah mereka dan menjadi sahabat

kepada anak-anak.Selain itu membawa anak-anak bercuti atau pun melakukan aktiviti yang

menarik.

Page 18: GENGSTERISME

Ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka, memberikan nasihat jika ibu

bapa mendapati kawan -kawan anak mereka mencurigakan dan dapat membawa masalah pada

kemudian hari.Pendidikan agama dan nilai-nilai murni perlulah diterapkan sejak kecil lagi untuk

mengelakkan anak terjebak dalam gejala gengsterisme.Ibu bapa juga perlu sentiasa prihatin

dengan perubahan sikap anak -anak iaitu cara berpakaian, pertuturan,fizikal dan menasihati

dengan cara berhemah dan tidak memarahi secara melulu jika anak -anak telah berubah ke arah

yang tidak sihat.Ibu bapa adalah model terbaik kepada anak-anak .

9.2.2 Peranan Media massa

Media massa sebagai wahana menyampaikan informasi terkini perlulah berhati -hati

memilih bahan yang ingin ditayangkan atau diterbitkan, yang mana tidak terlalu bersikap terbuka

dengan memilih bahan -bahan dari luar negara. Mengutamakan bahan yang bermutu dan tidak

memilih bahan atau rancangan yang diimport dari Barat yang boleh mengugat norma-norma

masyarakat timur. Tidak mementingkan keuntungan semata –mata untuk menayangkan

rancangan atau bahan yang berbentuk komersial sahaja Selain itu, mengehadkan rancangan yang

bercorak hiburan dan perlu menyelitkan rancangan/bahan yang berunsurkanpendidikan atau

ilmiah

9.2.3 Peranan Kerajaan

Melancarkan pelbagai kempen atau program untuk pembangunan masyarakat, keluarga dan

remaja.Contohnya mengadakan kempen anti gangster,rakan muda dan sebagainya

dalam kalangan remaja. Melalui kempen ini, remaja mendapat penerangan yang jelas tentang

sesuatu isu seperti kesan penglibatan dalam gangster, impak kepada diri, keluarga,agama dan

negara. Program Rakan Muda mendedahkan remaja dengan cara hidup yang sihat adn remaja

dilatih untuk berdisiplin menerusi PLKN.Menguar-uarkan kempen hingga ke kawasan luar

bandar memberikan peluang kepada remaja di luar bandar untuk mengetahui informasi-informasi

terkini tentang sesuatu isu.Hal ini kerana ramai dalam kalangan mereka yang akan berhijrah ke

bandar mengalami kejutan budaya dengan pendedahan atau kemen yang dilakukan oleh kerajaan

masalah gangster dapat dikurangkan/lebih berhati -hati.

Page 19: GENGSTERISME

9.2.4 Penguatkuasaan undang-undang

Undang-undang yang sedia ada perlulah dikemaskini dan di jalankan sebagai kewajiban,bukan

hanya suatu alat untuk diperkatakan sahaja.Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia(MCPF)

perlulah memantau setiap perubahan dalam perlakuan jenayah yang hari ini semakin

meningkat.Hukuman perlulah di berat dan diperketatkan,Hal ini bertujuan untuk memberi

pengajaran kepada orang lain,supaya mereka dapat menjauhkan diri dari jenayah yang membawa

padah.

10.0 KESIMPULAN

Keadaan gengsterisme hari ini semakin membimbangkan semua pihak,pelbagai

masalah mereka timbulkan. Ia merupakan isu yang memerlukan penyelesaian

segera.Akitiviti-aktiviti kumpulan ini telah mengeruhkan iklim sekolah dan

masyarakat,yang mana di sekolah ia member kesan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran.Penglibatan semua pihak adalah penting dalam menangani isu ini supaya

ia dapat di kawal dan dibasmi daripada berlarutan.

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-

anak mereka di rumah sebelum mereka dihantar ke sekolah.Hal ini penting,supaya

anak-anak apabila keluar dari rumah mereka mempunyai kemantapan disiplin, iman

dan aspek fizikal serta mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana

globalisasi.Keimanan dan disiplin yang tinggi akhirnya akan melahirkan pelajar yang

bersih dari pelbagai gejala dan salah laku

Page 20: GENGSTERISME

BIBLIOGRAFI

Freud,S.F.(1953).Circle of friends:The role of gander and network in delinquent group dynamic.

Paper presented at annual meeting of the Ameriican Society of Criminology,Chicago,IL

Artwater,D.(1998) Learning and earning.The value of working for urban student.(On

Line).Availabe

Aminudin Mansor,Membanteras gengsterisme di sekolah,17/03/2009,Harian Metro

Ramli Hussin,Pelajar Libas Kerabit Dibuang Sekolah,09/03/2009,Berita Harian

Artwater, D (1981).Learning and earning.Thae Value of Working for Urban Student. ( 0n-line )

Available.

Fotana, M. (1981). Contribution of delinquency and Subtance use to school droupout youth.

Soc.211:306-354.

Freud,S.F (1953) Circle of Friend

Haslina , H (2000). Gejala Gengsterisme di kalangan Remaja.Fenomena Yang Semakin

meresahkan.Dewan masyarakat (1999).

Berita Harian

a) Pelajar libas Kerabit Kena Buang Sekolah, 09/03/2009

b) Filem Luar Tingkat Gejala Gengsterisme.Masalah Sosial 04/12/2008

Utusan Malaysia, Ramai tersesat. 15/04/2007

Harian Metro, Gengster dapat “ijazah”.28/03/2007

Pusat Maklumat Rakyat (PMR).Reaksi Terhadap Kes Buli dan Gengsterisme di Sekolah.Mac

2009