gaya seni bina

13
GAYA SENI BINA Gaya Fatimiyah Kerajaan Fatimiyah yang menguasai seluruh daerah Afrika Utara dan Mesir berjaya menonjolkan Kaherah sebagai kota yang penting dan bererti. Philip K. Hitti" menyatakan kota Kaherah pada zaman kerajaan Fatimiyah ini merupakan kota yang mengalami kegemilangan semula. Kaherah juga dikatakan mempunyai taraf ekonomi dan sosial yang tinggi. Sebuah istana besar lengkap dengan pekerja dan pelayanpelayan yang sentiasa menjaga kesempurnaan dan keselesaan istana dan persekitarannya adalah disediakan untuk khalifah kerajaan Fatimiyah. Mereka tinggal bersama-sama dalam istana itu. Kota dikatakan telah dilengkapi oleh jalan-jalan yang telah dihiasi dengan lampu jalan yang terang-benderang. Sebahagian daripada bangunan di kota dimiliki oleh sultan yang dijadikan sebagai gedung-gedung dan toko- toko. Bangunan bertingkat ini dibuat dari bahan batu. Golongan Fatimiyah dan golongan Mamluk telah berupaya mengetengahkan gaya dan corak khas bagi bangunan-bangunan masjid dan binaan terdiri dari batu batan yang sedia terdapat dengan banyak di sekitarnya, antaranya batu merah. Bentuk bangunan, khususnya bangunan masjid adalah hasil penggunaan gagasan tiang dan ruang. Ini merupakan idea bagi memperolehi ruang lebih lu g s dan besar. Akhir abad ke-11 M., merupakan titik kejatuhan kaum Fatimiyah. Pelbagai masalah dikatakan timbul. Suasana perang pada masa itu juga telah menimbulkan kegelisahan dan konflik politik yang menjadi masalah kepada negara. Keadaan ini dengan sendirinya telah memalapkan kota Kaherah yang sangat makmur sebelumnya. Kehidupan rak- yat yang mulai kacau-bilau, ditambah lagi dengan beban cukai. Ekoran dari keadaan tersebut, muncul seorang wira perang yang berjaya dalam beberapa pertempuran perang Salib. Salahuddin berjaya merampas tampuk pemerintahan dari golongan Fatimiyah, yang dengan sendirinya telah menamatkan kerajaan Fatimiyah.

Upload: mohd-akmal-mohd-din

Post on 23-Oct-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pendidikan Seni Visual

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Seni Bina

GAYA SENI BINA

Gaya Fatimiyah

Kerajaan Fatimiyah yang menguasai seluruh daerah Afrika Utara dan Mesir berjaya menonjolkan Kaherah

sebagai kota yang penting dan bererti. Philip K. Hitti" menyatakan kota Kaherah pada zaman kerajaan

Fatimiyah ini merupakan kota yang mengalami kegemilangan semula. Kaherah juga dikatakan mempunyai

taraf ekonomi dan sosial yang tinggi.

Sebuah istana besar lengkap dengan pekerja dan pelayanpelayan yang sentiasa menjaga kesempurnaan

dan keselesaan istana dan persekitarannya adalah disediakan untuk khalifah kerajaan Fatimiyah. Mereka

tinggal bersama-sama dalam istana itu.

Kota dikatakan telah dilengkapi oleh jalan-jalan yang telah dihiasi dengan lampu jalan yang terang-

benderang. Sebahagian daripada bangunan di kota dimiliki oleh sultan yang dijadikan sebagai gedung-gedung

dan toko-toko. Bangunan bertingkat ini dibuat dari bahan batu. Golongan Fatimiyah dan golongan Mamluk

telah berupaya mengetengahkan gaya dan corak khas bagi bangunan-bangunan masjid dan binaan terdiri

dari batu batan yang sedia terdapat dengan banyak di sekitarnya, antaranya

batu merah. Bentuk bangunan, khususnya bangunan masjid adalah hasil pengguna-

an gagasan tiang dan ruang. Ini merupakan idea bagi memperolehi ruang lebih lugs

dan besar.

Akhir abad ke-11 M., merupakan titik kejatuhan kaum Fatimiyah. Pelbagai

masalah dikatakan timbul. Suasana perang pada masa itu juga telah

menimbulkan kegelisahan dan konflik politik yang menjadi masalah kepada

negara. Keadaan ini dengan sendirinya telah memalapkan kota Kaherah yang

sangat makmur sebelumnya. Kehidupan rakyat yang mulai kacau-bilau,

ditambah lagi dengan beban cukai.

Ekoran dari keadaan tersebut, muncul seorang wira perang yang berjaya

dalam beberapa pertempuran perang Salib. Salahuddin berjaya merampas

tampuk pemerintahan dari golongan Fatimiyah, yang dengan sendirinya telah

menamatkan kerajaan Fatimiyah.

Untuk kepentingan masyarakat Salahuddin yang dikenal juga sebagai al-Malik

Nasir al-Sultan Salah al-Din Yusuf " mula mendirikan bangunan-bangunan sekolah

dan masjid. Bertepatan dengan berlangsungnya perang Salib, maka antara karya

seni bina yang terhasil sebagai peninggalan ialah Benteng Kaherah."

Bahan binaan yang digunakan sama seperti yang digunakan untuk bangunan

piramid, iaitu dari batu-batu blok semula jadi. Salahuddin juga mendirikan

masjid-masjid madrasah di Syria seperti yang berlaku di Mesir, yang akhirnya

berkembang menjadi masjid-masjid berkubah gaya Parsi, dengan menggunakan

Page 2: Gaya Seni Bina

empat lengkungan dan iwan mengelilingi ruangan masjid bahagian dalam. Di

madrasah iwan ini biasanya digunakan sebagai ruang penginapan untuk para murid

yang mengaji. Kubah masih berfungsi sebagai atap khusus di hadapan mihrab.

Seni bina masjid di Syria selalunya merupakan mani festasi dari akulturasi

berbagai-bagai budaya yang pernah mempengaruhinya, seperti gaya Saljuk,

Uthmaniyah dan Umaiyah. Masing-masing pernah menerapkan karya melalui gaya

masing-masing dalam seni bina Islam. Oleh sebab itulah akhirnya muncul

masjid gatya Syria sendiri yangcenderung ke arah corak masjid di Damsyik."

Setelah Salahuddin, muncul pula dinasti barn iaitu Mamluk yang juga

sebagai penyambung perkembangan seni bina Islam. Pada zaman ini bangunan-

bangunan masjid sentiasa dikaitkan dengan kepentingan sultan yang men-

dirikannya. Kepentingan ini kemudiannya berkembang dengan munculnya corak

masjid yang merupakan perpaduan antara masjid madrasah dan masjid kuburan

(mouseleum).

Sultan Baybars terkenal sebagai seorang pahlawan, hidupnya sentiasa

dihubungkan dengan perjuangan dan kekerasan yang membawanya ke puncak

kekuasaan sebagai sultan. Kekuasaannya yang berjaya melintasi Syria dan Mesir

diabadikan dalam monumen sejarah yang melambangkan kekuasaannya pada masa

itu. Antara monumen seni bina Islam berunsur Saljuk yang wujud pada zaman

kekuasaannya ialah masjid madrasah Sultan Baybars yang mengambil sempena

namanya sendiri, dikira sebagai bukti kaftan antara bangunan masjid dengan

kepentingan sultan sebagai pemerintah.

Secara umum seni bina Mamluk meminjam teknik seni bina Syria dan

Mesopotamia." Contoh yang jelas terdapat pada penggunaan iwan, pemakaian

bahan semula jadi Berta penerapan atap kubah. Manakala dalam hiasan pula banyak

menggunakan motif-motif geometri, huruf Arab dan tidak ketinggalan hiasan-

hiasan tiga dimensi muqarnas yang digunakan untuk mengisi permukaan tembok

kosong antara lengkung-lengkung. Ini adalah kerana penggunaan ornamen pada

masa itu telah berkurang."

Masjid Sultan Baybars menonjolkan bentuk-bentuk gapura yang menggunakan

menara sedangkan mihrabnya dilibat sebagai suatu bangunan tambahan,

lengkap dengan kubahnya. Kuburan (mouseleum) merupakan bangunan tersendiri

juga menggambarkan bangunan berkubah. Masjid ini coraknya merupakan binaan ruang

dan menggunakan teknik yang tinggi, yang dapat mewujudkan suasana dekorasi yang

Page 3: Gaya Seni Bina

indah. Inilah juga sebabnya penggunaan ornamen dari motif gtometri dan arabes

telah mula berkurangan.

Begitu juga halnya dengan masjid Sultan Hassan yang merupakan perpaduan masjid

madrasah dan masjid kuburan. Unsur lain yang kelihatan menonjol pada masjid ini

ialah dengan terdapatnya ruang-ruang iwan yang meliputi hampir setiap dinding

yang menghala ke lapangan atau kebahagian tengah. Perbezaan masjid itu

dengan masjid-masjid terdahulu, dengan terdapatnya iwan yang kebiasaannya hanya

terdapat di setiap sudut masjid sahaja, sedangkan pada masjid Sultan Hassan kedapatan

hampir di sepanjang dinding tepi lapangan tengah.

Masjid ini juga menggunakan gapura-gapura yang lebih merupakan pintu gerbang

yang diapit oleh dua buah menara berbentuk segi lapan.

Kaum Mamluk meletakkan makam kuburan sebagai monumen menandakan

kekuasaan mereka semasa hayat. Bangunan-bangunan makam ini kebiasaannya

terletak di kota-kota terpencil yang merupakan daerah atau kompleks khas untuk

kuburan. Di kompleks ini terdapatnya bangunanbangunan yang hebat, tetapi sunyi sepi

tanpa penghuni. Dari segi bentuk bangunan-bangunan ini dikatakan menerapkan

gaga Parsi dengan memakai corak lengkung bujur perahu yang diterbalikkan."

Kebiasaannya bangunan makam tersebut menggunakan dua atau tiga kubah

yang disangga oleh lengkung-lengkung pada bahagian tepinya yang secara

langsung berfungsi sebagai pintu gerbangnya. Setiap bangunan makam seringkali

dikatakan melambangkan kekuatan atau kekuasaan pemimpin yang dimakamkan

di situ. Oleh itu didapati makam tersebut adalah disiapkan sendiri ketika

seorang sultan itu masih hidup dan berkuasa. Disediakan juga bangunan makam

untuk ahli keluarganya

Selain membina bangunan-bangunan yang berbentuk tuntutan peribadi dan

agama seperti masjid dan makam, pemimpin-pemimpin tidak ketinggalan juga

memerhatikan kehidupan rakyat mereka yang bertani yang juga mempunyai tuntutan.

Oleh itu muncullah saluran-saluran air atau terusan-terusan, jambatan-jambatan dan

rumah perawatan iaitu bangunan yang merupakan perpaduan antara masjid madrasah

dengan rumah perawatan."

Penggunaan dekorasi dan hiasan masjid dalam corak Mamluk ini turut meletakkan

tujuan ini sebagai sesuatu unsur yang khusus dalam seni bina Islam. Ia dengan sendiri

Page 4: Gaya Seni Bina

menambah hebatkan seni bina masjid itu. Penggunaan unsurunsur geometri clan arabes

hanya terdapat di sekeliling bahagian tepi bangunan masjid. Perkara yang menarik dalam

gaya seni bina Mamluk ini ialah penggunaannya sebagai unsur yang memantulkan cahaya.

Cahaya itu memantul pada bahagian tembok yang kosong atau atas suasana kombinasi warna

batu-bata merah dengan batu bata kuning atau putih.

Menara tidak lagi dilihat sebagai sebuah bangunan yang terpisah, tetapi menjadi

bahagian atau struktur yang bersatu dengan bangunan masjid. Bentuknya berbagai-bagai

mengikut fungsi, seperti silinder, segi empat atau segi lapan. Ia juga dilengkapi ruang-

ruang yang membuatkannya lebih menyerupai bangunan bertingkat.

Kegemilangan kaum Mamluk ini berakhir pada saat pemerintahnya lupa daratan dan

tidak lagi melambangkan pemimpin rakyat. Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih

menyerupai individu-individu yang bertindak sendirian secara sewenang-wenangnya.

Kewibawaan mereka menjadi rapuh.

Dengan itu pada akhir abad yang ke-14 M. ketika kaum Uthmaniyah memasuki Mesir,

lenyaplah kebesaran dan riwayat pemerintahan kerajaan Mamluk. Walau bagaimanapun

sumbangan mereka dalam seni bina mengikut corak dan gaya pada zamannya tidak dapat

dinafikan kehadirannya. Peninggalan-peninggalan seperti bangunan-bangunan masjid de-

ngan berbagai-bagai perkembangan bentuk dan corak, bangunan istana dan benteng-

benteng bangunan keperluan sosial, rekreasi dan sebagainya adalah bukti yang jelas me-

nunjukkan sumbangan mereka bersama kaum Fatimiyah, Sultan Salahuddin dan Baybars

sebelumnya kepada perkembangan seni bina Islam khususnya di Mesir dan Syria.

Gaya Moor (di Sepanyol dan Afrika Selatan)

Page 5: Gaya Seni Bina

Panggilan Moor terhadap suku kaum Habsyi itu bermaksud orang Muslimin di

Sepanyol. Mereka sebenarnya orang Baber yang berasal dari keturunan mereka di

Maghribi. Jadi Moor berasal dari kaum Baber yang biasanya juga dipanggil bangsa

Habsyi. 10

Orang Habsyi memang telah terkenal dengan bakat-bakat seni dan budaya

yang telah menerima pengaruh gaya golongan Fatimiyah dan Mesir. Antara ciri

khas yang telah dibawa dalam perkembangannya di Sepanyol ini ialah ciri

ornamen yang banyak menggunakan corak geometri dan arabes. Motif haiwan

dan makhluk hidup tidak langsung digunakan. Demikian juga dengan seni bina

yang mereka miliki, sebenarnya adalah berdasarkan pada gaya Fatimiyah yang

diperkaya dengan pengalaman dari budaya Tunisia. Hal ini terjadi kerana sebelum

tiba di Mesir, golongan Fatimiyah telah melalui Mandiyah dalam daerah Tunisia yang

juga menempatkan kaum Baber.

Bekas-bekas bangunan masjid yang terdapat di Tunisia iaitu di Kota

Mandiyah menunjukkan bukti terdapat pengaruh bentuk dari seni bina masjid Sidi

Okba di Kairawan dan masjid al-Azhar di Kaherah. Bentuk bangunannya bercorak-

kan masjid ash Arab, iaitu berupa masjid lapangan. Menaranya didapati menyerupai

menara yang terdapat di masjid Sidi Okba, iaitu menara bertingkat dan berbentuk segi

empat. Dindingnya dilengkapi niche iaitu bentuk-bentuk yang menyerupai jendela

yang menghiasi permukaan dinding tetapi tidak berlubang.

Pada dinding bahagian depan masjid, dinding yang hertentangan dengan dinding

arch kiblat, biasanya terdapat gapura-gapura dan bentuk ladam kuda. Dari kesan-kesan

peninggalan yang ada, didapati dindingnya sangat tinggi dari segi ukuran.

Demikianlah dasarnya yang dibawa oleh kaum Baber dari Maghribi yang menjadi

Tatar belakang kepada perkembangan seni bina Islam gaya Moor ini dari masjid

Kordova, kerana is menjadi titik tolak bagi perkembangan gaya Moor seterusnya. Masjid

yang didirikan pada zaman pemerintahan kaum. Umaiyah ini adalah usaha gigih

seorang pemerintah, Sultan Abdul Rahman yang berusaha menyeberangi Selat Gibratar

untuk membawa kebudayaan Islam ke Andalus. Malahan Istana beliau termasuk

salah sebuah istana yang terindah di Eropah.

Pada masa itu Kordova tida% sahaja menjadi pelopor, malahan juga menjadi

simbol yang menjadi contoh cemerlang pembangunan kota dilengkapi dengan jalan-jalan

yang diperkemas pula dengan lampu-lampu yang meneranginya. Menu-rut seorang

penulis Philip K. Hitti, menyatakan di Kordova pada masa itu terdapat 700 buah

masjid dan 300 tempat pemandian awam, sementara istana raja mempunyai

400 ruangan.

Perkembangan kebudayaan Islam di Sepanyol ini menjangkaukan pengaruhnya

sampai ke seluruh Eropah barat dengan menjadikan Kordova sebagai pusat segala

kegiatan. Orang Islam Sepanyol pada masa itu telah mendirikan gedung-

Page 6: Gaya Seni Bina

gedung untuk kemudahan awam, istana-istana pembesar, masjid besar dan hebat,

yang dibangunkan secara teratur dan sistematik dalam sebuah kota. Sedangkan

pada masa itu di Eropah barat masih belum kedapatan aktiviti pembangunan apatah

lagi pembinaan bandar dan kota. Malah jalan-jalan dikatakan masih tidak diturap dan

becak.

Pada awal 700 M. Abdul Rahman mendirikan sebuah masjid di Kordova,

masjid yang mengikut bentuk asas masjid Arab ash dan mengambil gaya masjid

Umaiyah. Masjid ini kemudian telah dirobah oleh pengikut-pengikutnya, seperti

penambahan tiang-tiang dengan tujuan untuk menambahkan lagi keluasannya. Pada

permulaan ditambah sejumlah lima deretan, kemudian 17 deretan memanjang dan

Japan deretan ke sisi.

Menara masjid Kordova yang berbentuk segi empat memperlihatkan gaya yang

dipinjam dari masjid-masjid di Syria. Selain bangunan masjid, Sultan al-Hakam,"

juga bertanggungjawab mendirikan bangunan-bangunan kemudahan awam

yang lain seperti pusat perguruan tinggi. Beliau juga telah mewujudkan

perpaduan antara masjid dengan kemudahan pendidikan. Hal ini membawa kepada

perguruan tinggi Kordova menjadi pusat pendidikan yang menarik tumpuan para

mahasiswa dari pelbagai negeri seperti Eropah, Afrika, Asia dan Sepanyol sendiri.

Sebagai tambahan dibina pula perguruan tinggi di Teledo untuk kemudahan

kebudayaan khususnya pendidikan bagi menampung pelajar-pelajar yang datang

dari negara-negara Eropah

Setelah mencapai tahap kegemilangan dengan penampilan profil Kordova

dan Toledo, maka karya-karya kaum Umaiyah telah mula menurun. Hal ini didapati

terutamanya disebabkan mulai berkembangnya pengaruh al-Morawiyah dan al-

Mohad yang muncul dan hanya mencapai puncak kegemilangannya dengan gaya

Moor melalui dua atau tiga generasi setelah dinasti ini.

Di Afrika Utara iaitu di Marakesh iaitu tempat asal golongan al-Murabitun

dan al-Muwahhidun telah didirikan masjid Kutubiyah yang kemudiannya diikuti pula

dengan pembangunan Masjid Hassan di Rabat. Masjid yang berupa masjid lapangan

ini hanya beratap di bahagian dinding arah ke kiblat. Atap yang disangga dengan

tiang-tiang itu sebenarnya bertujuan untuk memperolehi kawasan yang lebih lugs.

Kubah biasanya menjadi penutup bahagian tengah diapit oleh dua ruangan di sebelah

kiri dan kanan yang menyebelahi lapangan. Mihrabnya berbentuk relung segi empat.

Menara berbentuk segi empat dengan ukuran yang sama dari bahagian

bawah hingga ke puncak terdapat menghiasi masjid yang ditempatkan di suatu sudut

bangunan tersebut. Terdapat sebuah tangga mengelilingi menara dari bawah

hingga ke puncak. Atap bahagian dalamnya merupakan bentuk lelangit lengkung

yang disangga oleh tiang-tiang sebagai penyokong atapnya. Dinding menara,

terutama di bahagian atasnya dihiasi dengan jendela-jendela. Lengkung ladam

kuda digunakan untuk bentuk mihrab sementara kubah didapati menggunakan

Page 7: Gaya Seni Bina

hiasan muqarnas.

Terdapat juga bangunan-bangunan seperti masjid kuburan, bangunan kubur

dan bangunan pertahanan yang merupakan sumbangan monumen seni bina Islam, di

samping masjid. Untuk bangunan masjid kebanyakannya mengambil contoh dari

masjid Sidi Okba, selain berbagai-bagai variasi gaya tempatan. Contohnya di

Tunisia. Di Maghribi terdapat pula gaya Mariniyah" yang menghasilkan

bangunan-bangunan masjid madrasah dengan corak Parsi dan Mesir. Kelainan

yang khusus dilihat pada penempatan bilik-bilik untuk para pelajar sebagai ruang

utama yang menghala ke ruang yang terdapat pada arah kiblat. Pada masjid

madrasah ini

Terdapat pula ruang untuk berjalan atau arcade yang mengelilingi ruang lapangan tengah. Ia seolah-olah menjadi serambi bagi bilik-bilik pelajar. Bilik-bilik yang bertingkat itu pintu masuknya ditempatkan pada pintu besar masjid yang berbentuk iwan.

Seni bina Islam gaya Moor ini mencapai puncak perkembangannya pada permulaan abad ketiga belas. Antara pendokong yang dapat dicatatkan penglibatan mereka termasuklah para sultan dari kaum al-Murabitun dan al-Muwahhidun Yang berketurunan Baber.

Sebuah istana telah dibangunkan di Granada sekitar abad ke-13 M. oleh sultan Nazrid. istana yang dikenali sebagai alHambra (al-Hamra') ini terus-menerus diperlengkap dan disempurnakan dari semasa ke semasa oleh para sultan yang memerintah. Al-Hamra' bererti merah sebagai kesan penggunaan batu merah untuk dinding yang mewujudkan kese luruhan istana itu berwarna merah.

Pada saat akhir perkembangan pengaruh Islam di Sepanyol lahir corak baharu yang dinamakan gaya Mudejar. Masa Mudejar yang merupakan sisa-sisa pengaruh Islam, tampil karya-karya seni bina di beberapa tempat seperti di Kordova, Toledo dan Seville yang berupa bangunan-bangunan istana merangkap benteng pertahanan.

Setelah itu boleti dikatakan tiada lagi hasil-hasil seni bina Islam, malahan masjid-masjid dan istana-istana yang telah sedia adapun kemudiannya diambil alih oleh orang Kristian untuk dijadikan gereja. Pada masa renaissance Sepanyol oleh Kristian, ahli-ahli seni bina Islam terns digunakan sebagai pekerja untuk mengubah suai bangunan atau membina bangunan-bangunan baharu. Sebab itu banyak bangunan milik orang Kristian mempunyai ciri-ciri seni bina Islam. Masa itulah lahir kaum muslimin berselimut atau berselubung.

Pada masa yang sama, sekitar abad ke-15 M. di Maghribi iaitu di daerah asal gaya Moor berkembang, lahir kekuasaan kaum Sa`diyah. Marakesh menjadi pusat pemerintahan semula. Kaum Sa`diyah ini sempat melahirkan bangunan masjid, masjid madrasah dan bangunan-bangunan kuburan yang beratapkankan kibah sebagai naungan dibahagian makamnya. Walau bagaimanapun, gaya Sa’diah ini tidaklah sehebat penonjolan di daerah-daerah lain. Ia dikatakan menunjukkan kesan yang kurang matang dan tidak berpengalamanBegitulah halnya seni bina gaya Moor yang sempat menjelajah Sepanyol dalam menunjukkan hasil karya-karya seni bina Islam.

Motif Hiasan

Dekoratif dan ornamentif adalah salah satu kelengkapan yang penting dan bererti dalam seni bina Islam yang biasanya memberikan kesan khusus kepadanya. Perkara ini

Page 8: Gaya Seni Bina

merupakan tugasan terakhir dalam usaha membina sesebuah bangunan yang berunsur seni bina Islam yang dengan sendirinya pula menentukan keupayaan sesebuah bangunan itu diletakkan dalam hasil k-rya yang bermutu serta bernilai.

Biasanya hiasan yang dipakai sebagai mengisi ruang dalaman terdiri daripada seni ukir, stuco, fresco dan sebagainya. Unsur seperti bentuk, garisan, ruang rentak dan warna serta perpaduan antara berbagai-bagai unsur dapat melahirkan suatu kesatuan yang kaya memperkayakan. Antaranya ialah hiasan arabes, pola hiasan geometri dan ornamen khat-khat kufi. Hingga menjangkau abad ke-7 M. tulisan yang dijalinkan dengan ukiran yang menjadi motif hiasan hanyalah tulisan khat kufi dan tulisan lain yang di bawah jenisnya. Kemudian dengan itu baharulah diperluas lagi dengan penggunaan jenis khat yang lain. Antara ayat al-Qur'an yang sering diambil untuk ukiran itu ialah ayat-ayat permulaan seperti 'Basmalah', kalimah-kalimah tauhid dan sebagainya.

Seni ukir Islam diakui menduduki nilai yang sangat tinggi, sama ads dalam susunan, komposisi, pengisian ruang yang dihias mahupun cara-cara atau teknik motif itu dilak-sanakan. Pembahagian bidang selalunya dibuat dengan tepat mengikut ukuran tertentu. Motif-motif semulajadi seperti dawn, bungs, akar, dahan, ranting dan sebagainya digayakan menurut kehalusan rasa. Oleh itu, dalam seni Islam terlihat perpaduan yang harmoni antara rasa dan fikiran. Motif yang berbagai-bagai itu ukirannya dilakukan di atas berjenis permukaan seperti kayu, batu, terracotta dan sebagainya, termasuk juga emas.

Seni ukir yang biasanya dijalinkan demngan seni tulis merupakan satu keistimewaan, sering menjadi hiasan bangunan-bangunan Islam. Oleh sebab itu, ukiran itu tidak sekadar sebagai perwujudan seni untuk seni, atau sebagai curahan rasa indah sahaja, tttapi is memberikan kesan lain yang lebih mendalam, iaitu kesan keindahan yang mendekatkan perikemanusiaan dengan rasa ketuhanan yang tinggi.

Menurut seorang penulis," pada abad pertengahan, iaitu pada zaman renaissance, seni ukir yang berjalin dengan seni tulis itu semakin popular dan amat digemari, bukan sahaja di kalangan uffiat Islam sendiri, tetapi juga telah mempengaruhi cara cipta seniman Kristian. Di Itali dikatakan ada beberapa buah gereja yang dihiasi menurut ragam ukiran Islam ini, seperti gereja Milano, pada pinto masuknya terdapat ukiranukiran yang tersusun dari tulisan Arab, seperti yang Bering terdapat pada kebanyakan bangunan-bangunan Islam. Selain itu di gereja Milano itu di beritakan terdapat juga lukisan Paulus dan Petrus memaka.i jubah yang tepinya dihiasi dengan sulaman tulisan kufi.

Ukiran-ukiran yang menjadi hiasan masjid kebiasaannya diambil dari bentuk-bentuk alam semula jadi dan geometri, tidak terdapat ukiran-ukiran yang menjadi hiasan masjid itu mengambil motif kehidupan atau makhluk yang bernyawa, fenomena ini mempunyai hubungan dengan syari`at Islam itu sendiri.

Gaya Uthmaniyah

Hari berganti hari, bulan barganti bulan, tahun berganti tahun dan zaman berganti zaman, begitulah yang terjadi ke atas kaum Mamluk, pertukaran kepada sikap buruk para sultannya memberi ruang kepada kaum Uthmaniyah mengembangkan kekuatan.

Kaum Uthmaniyah dari Turki ini sebenarnya berasal dari keturunan campuran suku Mongolia dan bangsa Iran yang dikatakan berkembang di Asia Tengah dan Asia Kecil. Banff Uthmaniyah Turki inilah yang kemudiannya menamatkan kekuasaan kaum Mamluk Syria dan Mesir yang pada ketika itu di bawah pemerintahan kaum Mamluk, dijatuhkannya pada awal abad ke-15 Masihi. Pemerintah dan dinasti Uthmaniyah yang awal dan lugs kekuasaannya terkenal sebagai Sultan Salim.Seni bina Islam gaya Uthmaniyah ini mengandungi unsur-unsur gaya Saljuk dan unsur-unsur pengaruh dari seni Byzantine. Dalam seni bina masjiTl pada umumnya terdapat tiga gaya yang dikemukakan, iaitu masjid lapangan, masjid madrasah dan masjid kubah. Masjid lapangan dilihat seperti masjid Arab asli, menonjolkan penggunaan tiang-tiang untuk tuba mendapatkan ruang yang lugs. Seni bina yang jelas menunjukkan percampuran dengan tradisi Saljuk tergambar pada masjid lapangan di Konia, yang merupakan masjid berbenteng. Dalam perkembangan selanjutnya dapat dilihat pengaruh dari seni bina masjid Umaiyah dan

Page 9: Gaya Seni Bina

Damsyik. Keistimewaan terletak pada cara pengendalian ruang yang di lihat terdiri dari lima bahagian yang setiap satu ditutupi oleh kubah sebagai atap, termasuk ruangan tengah yang pada asalnya terbuka.

Menara berbentuk bulat didapati menghias di dua sudut hadapan bangunan yang bertentangan dengan dinding arah kiblat. Masjid madrasah yang terdapat di Konia dibangunkan sekitar abad ke tiga belas iaitu pada permulaan pertumbuhan kaum Uthmaniyah. Ia berkembang ketika masuk pengaruh Parsi ke Asia Kecil, membuatkan coraknya sama seperti masjid madrasah gaya Parsi. Perbezaan hanya wujud kerana masjid madrasah di Konia tidak menggunakan lengkunglengkung iwan. Gapura sebagai pintu masuk masjid dan menara berbentuk silinder tetap menyerupai gaya Parsi. Sumber air tempat berwudu' terletak di tengah ruang, manakala dinding arah kiblat terdapat ruang yang memakai atap lengkung yang dikatakan dilengkapi dengan menara-menara ramping.

Masjid kubah terdapat juga di Konia. Saiznya kecil dan sederhana jika dibandingkan dengan masjid kubah di Parsi. Itulah yang menjadi ciri-ciri khas pada masjid kubah gaya Uthmaniyah.

Bahagian dinding kubah dilengkapi dengan jendela-jendela untuk mendapatkan cahaya. Kubah utama yang menjadi atap kepada ruang tengah disanggar oleh empat pilar utama. Mihrab berbentuk lengkung dan dihiasi dengan hiasan-hiasan mozik dan motif hiasan muqarnas.

Selain bangunan-bangunan masjid, terdapat juga bangunan lain seperti monumen-monumen

dan bangunan-bangunan kubur yang juga menonjolkan elemen kubah dan menara yang terdapat

pada masjid, walaupun saiznya lebih kecil.

Seni bina gaya Uthmaniyah ini bermula dari bentukbentuk gaya Saljuk yang kemudiannya disempurnakan sesuai dengan gabungan dengan pengalaman-pengalaman yang ter-sentuh oleh pengaruh Byzantine. Dalam perkembangan mutakhir yang merupakan proses penyempurnaan bentuk, masjidnya masih same dengan masjid-masjid yang terdahulu. Antaranya, penonjolan dalam corak masjid lapangan, masjid madrasah dan masjid kubah. Didapati masjid kubah diberi perhatian khas. Hal ini terjadi mungkin kerana ads di antara ahli-ahli seni bina Uthmaniyah yang menaruh minat yang mendalam pada gaya Byzantine.

perkembangan seterusnya wujudlah masjid-masjid yang didirikan khusus untuk kepentingan sultan. Contohnya masjid Sultan Salim yang dibangunkan sekitar abed ke-15 M. pada seat seni bina Islam corak Uthmaniyah telah memperolehi identitinya sendiri. pada umumnya menara masjid ini berbentuk ramping, menjulang ke etas, memakai kubah utama sebagai penutup ruang tengah yang dihubungkan pula dengan kubah-kubah lain yang lebih kecil bagi menutupi bahagian lain bangunan.

Suatu hal yang dikira baharu dalam seni bina Islam gaya Uthmaniyah ini, ialah munculnya perancangan bangunan oleh seorang ahli seni bina yang khusus mempelajari bidang seni bina. Sinan seorang ahli seni bina yang mempelajari seni bina di Yunan telah berjaya menghasilkan berbagai-bagai bentuk bangunan sebagai hasil karyanya. Di antaranya ter-masuklah masjid Sultan Suleiman di Istanbul.

Sinan Pasha berjaya menghasilkan satu hubungan yang harmoni dan sim.bolik antara masjid sebagai lambang kebesaran dan kemegahan kekuasaan seseorang sultan dengan keagungan masjid sebagai keperluan agama.

Dari segi ornamen, seni bina gaya Uthmaniyah ini banyak menggunakan ornamen muqarnas yang diterapkan pada lengkung-lengkung kubah dan mihrab. Mihrab yang diturap dengan sistem lengkung-lengkung muqarnas ini yang hujungnya runcing sudah pasti menimbulkan kesan hiasan yang sungguh hebat.

Hiasan bahagian luar, pada bidang-bidang dinding bangunan, hiasan menggunakan marmar yang dipadankan dengan batu-batu berwarna. Bentuk ornamen geometri dan arabes dengan motif tumbuhan dilaksanakan dalam bentuk berlilit-lilitan memperlihatkan ciri- ciri hiasan khas seni bina Islam.

Dari segi fungsi, timbul pada zaman Uthmaniyah ini masjid yang mempunyai dua tujuan. Selain mempunyai tujuannya yang lazim, is juga mempunyai fungsi kemasyarakat-an. Misalnya dikatakan terdapat masjid yang dilengkapi dengan dapur umum yang diuntukkan khusus bagi memberi makan fakir-fakir miskin sesuai dengan tuntutan ajaran

Page 10: Gaya Seni Bina

Islam yang menitikkan peranan kasih sayang dan belas kasihan sesama umat Allah S.W.T.

Masjid sekolah adalah masjid yang dilengkapkan dengan ruang-ruang belajar yang kemudian berkembang menjadi masjid madrasah. Terdapat juga masjid yang diuntukkan bagi orang sakit Berta masjid yang dilengkapkan dengan kemudahan penginapan untuk para pedagang atau musafir.

Selain itu terdapat pula bangunan-bangunan istana sultan yang tentu mempunyai bentuknya yang tersendiri. Istana sultan biasanya diperlengkapkan dengan ruang-ruang tempat sultan mengadakan perbincangan dengan orang bawahnya. Ruang-ruang ini seolah-olah berfungsi sebagai bilik gerakan. Kebiasaannya dalam sebuah istana terdapat beberapa buah ruangan seperti ini.

Dari segi bentuk, bangunan istana tiada banyak berbeza daripada bangunan masjid. Penggunaan corak hiasan yang berdasarkan pola ornamen arabes dan ditambah dengan pola hiasan geometri yang biasanya berlatar belakangkan marmar dan batu binaan berwarna. Di bahagian luar bangunan istana biasanya dilengkapi pula oleh taman istana. Satu hal yang agak berlainan dari masjid, dalam ruangan istana kadangkadang terdapat lukisan yang menggambarkan makhluk hidup yang kadangkala juga dilukis secara relief."

Hal ini merupakan pengaruh daripada budaya Byzantine yang kebetulan kadang-kadang pekerjanya yang memang didatangkan dari sang, contoh Istana Torkapi Turki.

Selain bangunan-bangunan yang telah disebutkan, dalam zaman Uthmaniyah ini terdapat juga bangunan kuburan. Bangunan kuburan ini merupakan corak. Ia merupakan bangunan beratap yang dikelilingi oleh ruang-ruang yang berturap.

Zaman Sultan Sulaiman 1 (1520-1566) tidak sahaja mencapai kemuncak pemerintahan Uthmaniyah dari segi politik dan ekonomi, tetapi juga dalam bidang seni terutamanya seni bina. Malahan zaman ini dianggap sebagai Golden Age dalam kedua-dua bidang tersebut."

Ketua seni bina genius Sinan (1490-1588) bertanggung jawab dalam pembangunan beratus-ratus bangunan seperti: jalan raga, jambatan dan sistem tali air."

Sumbangan Sinan yang terbesar ialah pembinaan kompleks Sultan Sulaiman yang mengandungi sebuah masjid yang besar. Di sekeliling masjid ini didirikan bangunan -bangunan sekolah, universiti, perpustakaan, hospital, tempat pemandian awam, dapur dan kedai-kedai.

Ada kalangan berpendapat bahawa keagungan seni bina Islam mencapai kemuncak pada zaman Abbasiyah, walaupun ketika itu tamadun Islam dikatakan telah berhadapan derigan beraneka jenis tamadun yang terdapat di dunia ini khususnya dalam seni bina. Pertembungan dengan kebudayaan asing yang barbagai-bagai bentuk itu telah memberi inspirasi yang cukup baik kepada ahli-ahli seni bina Islam dalam usaha mereka membentuk bangunan dan hiasannya. Dari segi pengaruh, seni bina zaman Abbasiyah banyak menerima pengaruh seni bina Parsi.