garis panduan sumber manusia picoms panduan picoms.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan...

58

Upload: dobao

Post on 16-Jul-2019

277 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain
Page 2: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

2 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

PENDAHULUAN

Kolej Sains dan Kejururawatan Pusrawi Sdn Bhd (Dahulu dikenali sebagai Anggun

Mulia Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam

Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada 19hb Mei 2003 bagi mematuhi keperluan

pendaftaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI dengan Jabatan Pendidikan Swasta

(JPS)/Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Kolej Sains dan Kejururawatan Pusrawi Sdn Bhd mula mengambil alih pentadbiran

Kolej dari Pusat Rawatan Islam Sdn. Bhd. (kini Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd.) diawal

tahun 2004.

Kolej Sains Perubatan Antarabangsa Pusrawi [PICOMS] yang ditukar (Dahulu dikenali

sebagai Kolej Kejururawatan PUSRAWI) yang ditubuhkan pada April 1994 oleh Pusat

Rawatan Islam Sdn. Bhd. (kini Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd.), mengendalikan kursus

peralihan dari Pembantu Jururawat kepada Penolong Jururawat pada peringkat awal

penubuhannya dan pada Julai 1997 Kolej mendapat kelulusan untuk mengendalikan

Program Diploma Kejururawatan.

Pada tahun Oktober, 2010, Kolej telah bertukar kepada Kolej Sains Perubatan

Antarabangsa Pusrawi yang lebih dikenali dengan nama singkatan PICOMS (Pusrawi

International College of Medical Sciences). Nama baru ini lebih realistik dan

mencerminkan sebuah institusi pengajian tinggi setanding dengan kolej universiti

swasta lain dan sejajar dengan perancangannya untuk menawarkan program-program

baru bidang sains perubatan dan kesihatan peringkat Diploma serta Ijazah secara

usahasama dengan Universiti-universiti tempatan dan luar negara, selain

memperkasakan program Diploma Sains Kejururawatan sediada.

Page 3: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

3 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

MOTTO

‘ Ke Arah Kecemerlangan Holistik Dalam Pendidikan & Penjagaan Pesakit”

FALSAFAH

“Melahirkan generasi berilmu, beretika tinggi dan mendukung nilai-nilai murni

insan dengan berpaksikan prinsip-prinsip Islam”

VISI

“Menjadi peneraju utama kecemerlangan akademik dalam bidang sains kesihatan

dan perubatan menjelang tahun 2020 dengan melahirkan graduan yang berkualiti,

bertanggungjawab dan mempunyai etika tinggi dalam penjagaan pesakit secara

holistik”

MISI

Pemantauan ketat dan komitmen tinggi untuk mengekalkan tahap akademik yang

terbaik agar graduan dari PICOMS bersifat bertanggungjawab, dedikasi, efisyen,

berkemahiran tinggi dan berkeperibadian mulia dalam aspek penjagaan pesakit

secara holistik serta keinginan untuk meningkatkan tahap professional yang

berterusan.

Page 4: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

4 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

1. PEMAKLUMAN UMUM

1.1. Garis Panduan ini merupakan syarat-syarat perkhidmatan bagi staf

Bergaji Bulan yang berjawatan tetap / kontrak bagi menentukan tatacara

berhubung dengan perkhidmatan staf;

1.2 Staf yang dilantik adalah tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan ini,

polisi dan peraturan syarikat serta pindaannya dari semasa ke semasa;

1.3 Bagi perkara-perkara yang tidak disebut dalam garis panduan ini, syarikat

berhak atas pertimbangan dan budi bicaranya membuat keputusan-

keputusan serta mengambil tindakan berpandukan kepentingan syarikat

dan undang-undang yang berkuat kuasa;

1.4 Syarikat berhak menambah, membetul, meminda, mengubah atau

membatalkan apa-apa dan mana-mana peruntukan di dalam perenggan

ini melalui Pekeliling dan Arahan Pengurusan dari semasa ke semasa

mengikut keperluan;

1.5 Sebarang perubahan ke atas kelayakan staf adalah tertakluk kepada

undang-undang yang berkuatkuasa.

Page 5: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

5 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

2. PELANTIKAN

2.1 Peraturan Umum

a. Semua skim dan gred jawatan yang diwujudkan atau dijumudkan

telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah.

i- pelantikan staf adalah mengikut keperluan syarikat dari masa ke

semasa yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah

ii- pemilihan staf berdasarkan kepada merit, kelayakan, latihan yang

diperolehi, pengalaman dan rekod pengalaman calon yang lepas.

b. Syarikat adalah dibenarkan membuat lantikan bukan warganegara

bekerja mengikut keperluan setelah mendapat kebenaran/kelulusan

dari Lembaga Pengarah.

2.2. Calon yang dilantik oleh syarikat untuk memegang jawatan akan

diberitahu secara rasmi melalui surat pelantikan yang akan menjelaskan

syarat-syarat kontrak perkhidmatan, taraf jawatan, tempoh percubaan dan

lain-lain syarat.

2.3 Calon yang dilantik dikehendaki memaklumkan kepada syarikat sebarang

pertalian persaudaraan dengan mana-mana ahli keluarga syarikat ( jika

ada).

Page 6: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

6 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

3. PENEMPATAN DAN PERTUKARAN TEMPAT PERKHIDMATAN

3.1 Syarikat boleh menentukan penempatan staf yang dilantik mengikut

kelayakan, kesesuaian dan keperluan syarikat.

3.2 Syarikat boleh menentukan pertukaran staf mengikut kelayakan,

kesesuaian dan keperluan syarikat.

3.3 Kegagalan mematuhi arahan adalah dianggap engkar perintah dan boleh

dikenakan tindakan tatatertib termasuklah ditamatkan daripada

perkhidmatan.

Page 7: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

7 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

4. TATACARA PENGAMBILAN

4.1 Semua pengambilan staf kedalam perkhidmatan boleh diiklankan melalui

pelbagai cara seperti di tampal di notis syarikat, laman sesawang atau

akhbar (jika perlu).

4.2 Calon-calon yang layak akan melalui proses temuduga oleh Panel

Penemuduga/Pengambilan mengikut jawatan atau kaedah lain yang

difikirkan sesuai.

4.3 Calon yang berjaya dalam temuduga akan diberitahu secara rasmi

melalui surat pelantikan yang akan menjelaskan syarat-syarat kontrak

perkhidmatan, gaji asas, elaun tarikh mula kerja, tempoh percubaan,

pengesahan dan lain-lain syarat.

Page 8: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

8 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

5. PEMERIKSAAN KESIHATAN DAN AKUAN BERKANUN

5.1 Sebelum memulakan perkhidmatan calon yang berjaya mestilah

menjalankan pemeriksaan di Hospital atau klinik yang ditetapkan oleh

Syarikat bagi menentukan yang calon sihat untuk menjalankan tugas

jawatan yang ditawarkan oleh syarikat.

5.2 Sekiranya didapati tidak sihat tawaran jawatan oleh syarikat boleh

dibatalkan.

5.3 Perbelanjaan pemeriksaan kesihatan hendaklah ditanggung oleh calon

berkenaan. Walaubagaimanapun tuntutan perbelanjaan pemeriksaan

boleh ditanggung oleh syarikat sekiranya calon itu didapati sihat dan layak

untuk berkhidmat. Kos rawatan ini akan termasuk dalam peruntukan

perbelanjaan rawatan tahunan calon.

5.4 Calon itu hendaklah membuat suatu akuan berkanun di bawah Akta

Akuan Berkanun 1960 (Akta 13) bahawa dia :-

a. tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah;

b. tidak pernah dibuang kerja;

c. bukan penagih dadah;

d. tidak memiliki kewarganegaraan asing; dan

e. bukan seorang bankrap.

Page 9: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

9 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

6. PERNYATAAN TIDAK BENAR

Pada bila-bila masa selepas pelantikan, jika didapati apa-apa butiran yang

diberikan di dalam borang permohonannya tidak benar, staf tersebut boleh

ditamatkan dari perkhidmatan.

Page 10: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

10 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

7. TARIKH KUAT KUASA PELANTIKAN

7.1 Pelantikan staf mula berkuat kuasa pada tarikh dia memulakan tugas dan

staf itu akan menerima gaji dari tarikh tersebut.

7.2 Sekiranya hari staf itu sepatutnya memulakan tugas jatuh pada hari

kelepasan am, maka tarikh kuat kuasa pelantikan staf itu akan dikira

bermula pada hari kelepasan am tersebut.

Page 11: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

11 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

8. PELANTIKAN DENGAN GAJI LEBIH DARIPADA GAJI MINIMUM

8.1 Pelantikan jawatan adalah mengikut gred jawatan selaras dengan struktur

gaji. Sekiranya struktur gaji telah ditetapkan untuk jawatan tertentu, gaji

permulaan ialah gaji minima dalam struktur gaji berkenaan.

8.2 Kecuali setelah mempertimbangkan kelulusan, pengalaman yang

bersesuaian atau sebab-sebab khusus, syarikat dibenarkan membayar

gaji permulaan di mana-mana kedudukan mata gaji atau gred mengikut

pertimbangan Ahli Lembaga Pengarah / Pengurusan yang diwakilkan

kuasa.

Page 12: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

12 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

9. PEMBAYARAN DAN PERGERAKAN GAJI TAHUNAN

9.1 Pembayaran Gaji

Pembayaran gaji adalah pada sebelum hari terakhir bulan berkenaan mengikut

kalendar dan tidak akan melebihi 7hb pada bulan berikutnya.

9.2 Pergerakan Gaji Tahunan

a. Asas Pemberian

Pergerakan gaji tahunan adalah tertakluk kepada perkhidmatan

yang memuaskan. Penilaian prestasi hendaklah dibuat oleh Ketua

Jabatan/ Ketua Program masing-masing dan diperakukan /

diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif atau Lembaga Pengarah.

b. Kadar pergerakan

Penentuan kadar Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) pada setiap

tahun adalah atas budi bicara syarikat tertakluk kepada merit,

prestasi staf dan kedudukan kewangan syarikat. Pergerakan gaji

tidak dilaksanakan secara automatik dan ia boleh ditahan,

diberhentikan atau ditangguhkan mengikut kesesuaian sekiranya

staf mempunyai masalah prestasi kerja atau tatatertib.

c. Pemakluman pergerakan

Pemaklumkan pergerakan gaji dibuat secara bertulis kepada setiap

staf bagi mempastikan kerahsiaan (confidentiality) terjamin.

d. Tarikh pergerakan

Tarikh pergerakan gaji tahunan adalah pada 1 Januari pada setiap

tahun (berkuatkuasa Januari 2013). Jika perkhidmatan seseorang

staf kurang daripada 12 bulan, kadar kenaikan gajinya akan

diselaraskan mengikut kesesuaian.

Page 13: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

13 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

10. TEMPOH PERCUBAAN

10.1 Setiap staf dikehendaki menjalani tempoh percubaan bagi jawatan yang

disandangnya sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

10.2 Staf yang berkhidmat dalam tempoh percubaan akan dibayar gaji pokok

permulaan mengikut jadual gaji yang telah ditentukan.

10.3 Walau apa pun, Ahli Lembaga / Pengurusan yang diberi kuasa boleh

meletakkan tangga gaji yang lebih tinggi bagi sesuatu lantikan

berdasarkan pengalaman atau keperluan perjawatan.

10.4 Jika penilaian prestasi seseorang staf dalam tempoh percubaan tidak

mencapai tahap yang memuaskan, perkhidmatannya boleh ditamatkan.

Walaubagaimanapun, jika pada pendapat Ketua Program/ Ketua Jabatan

staf tersebut patut diberi peluang untuk memperbaiki mutu

perkhidmatannya lanjutan tempoh percubaan boleh diberikan selama 6

bulan berikutnya kepada staf tersebut. (Peraturan ini tidak terpakai

kepada staf yang dilantik secara kontrak).

Page 14: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

14 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

11. PENGESAHAN JAWATAN

11.1 Seseorang staf yang melaksanakan tugasnya dengan cekap / cemerlang

dalam tempoh percubaan atau dalam tempoh percubaan yang dilanjutkan

boleh disahkan dalam jawatan.

11.2 Jabatan Sumber Manusia akan mengeluarkan Surat Pengesahan Dalam

Jawatan kepada staf berkenaan bagi memaklumkan bahawa staf tersebut

telah disahkan jawatannya.

Page 15: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

15 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

12. KEPERLUAN DALAM PERKHIDMATAN

12.1 Seseorang staf dikehendaki menjalankan dan menyempurnakan tugas-

tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan

sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain tugas

yang diarahkan kepada staf itu dari semasa ke semasa.

12.2 Syarikat boleh menukarkan staf bagi menjalan tugas yang pelbagai untuk

program meningkatkan tugas (job enrichment), memperluaskan tugas (job

enlargement) dan pusingan tugas (job rotation)

12.3 Staf juga boleh diberi tugas yang dibawah gred tugasnya sebagai kesan

penyusunan semula struktur organisasi atau sebab-sebab lain yang pada

pandangan syarikat adalah wajar tetapi syarikat akan memastikan staf itu

dibayar gaji mengikut gred gaji asalnya.

12.4 Seseorang staf hendaklah sepanjang masa mematuhi perintah / arahan

ketuanya atau sesiapa jua yang diwakilkan kuasa untuk mengeluarkan

perintah / arahan tersebut dan hendaklah sentiasa mengutamakan

kepentingan syarikat berbanding dengan kepentingan-kepentingan lain.

Page 16: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

16 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

13. PERTUKARAN DAN PINDAH KHIDMAT

13.1 Seseorang staf boleh diarahkan bertukar di mana-mana Negeri dalam

Malaysia atau di Luar Negara, dimana khidmatnya diperlukan.

13.2 Seseorang staf boleh dipindah khidmat ke mana-mana syarikat atau

organisasi yang syarikat mempunyai kepentingan dan perkhidmatan staf

itu dianggap tidak terputus.

Page 17: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

17 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

14. PEMINJAMAN PEGAWAI

Syarikat berhak untuk melantik staf untuk bertugas secara pinjaman di mana-

mana syarikat miliknya dan melantik staf untuk bertugas secara pinjaman di

syarikat bagi jawatan yang difikirkan sesuai. Tempoh pinjaman adalah selama 2

tahun dan tidak melebihi 5 tahun.

Page 18: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

18 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

15. KENAIKAN PANGKAT

15.1 Kenaikan pangkat seseorang staf adalah berdasarkan merit iaitu:

a. Kecekapan dan prestasi kerja staf;

b. kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman staf;

c. sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan

kenaikan pangkat, keutuhan , potensi dan kepimpinan staf; dan

d. kegiatan luar dan sumbangan staf kepada syarikat,

15.2 Keputusan dalam kenaikan pangkat adalah hak mutlak syarikat dan boleh

dipertimbangkan.

15.3 Jika di dalam pertimbangan kenaikan pangkat, terdapat dua atau lebih

staf yang sama kebolehannya, keutamaan akan diberi kepada staf yang

lebih kekananan perkhidmatannya.

Page 19: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

19 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

16. URUSAN PEMANGKUAN

16.1 Jika berlaku kekosongan sementara akibat dari perletakan jawatan,

percutian yang panjang atau ketiadaan mana-mana staf, seseorang staf

boleh dipertimbangkan oleh syarikat untuk dilantik secara pemangkuan.

16.2 Pelantikan secara pemangkuan bagi jawatan Pengurusan Tertinggi (Ketua

Eksekutif, Pengurus, Dekan, Pendaftar, Bendahari) hendaklah diluluskan

oleh Ahli Lembaga Pengarah.

16.3 Bagi jawatan selain daripada yang tersebut di atas, pelantikan secara

pemangkuan hendaklah diluluskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif /

Pengerusi.

16.4 Ahli Lembaga Pengarah/Pengerusi berhak menetapkan sebarang jumlah

elaun yang munasabah mengikut kesesuaian jawatan yang dipangku.

17. TANGGUNG KERJA

Seseorang staf yang diarahkan menanggung kerja staf lain akan dibayar

dengan kadar elaun ¼ daripada gaji pokok staf yang di tanggung kerja itu atau

tertakluk kepada syarat-syarat pekeliling semasa.

18. PEMBERIAN ELAUN

Syarikat memperuntukkan beberapa jenis elaun kepada staf berdasarkan tugas

dan tanggungjawab jawatan yang disandang. Syarat-syarat, kaedah dan kadar

elaun adalah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh syarikat dan berhak

membuat semakan dari semasa ke semasa.

Page 20: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

20 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

19. PEMBAYARAN ELAUN

Syarikat memperuntukan pembayaran elaun kepada staf yang berkelayakan

mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuatkuasa. Elaun-elaun yang

diperkenalkan adalah bagi kemudahan staf kerana menjalankan tugas-tugas luar

atas permintaan/arahan syarikat:

19.1 Elaun Perjalanan / Elaun Penginapan / Elaun Makan Apabila Melibatkan

Perjalanan

Elaun perjalanan bermaksud elaun yang dibayar oleh syarikat kepada

staf yang melakukan perjalanan atas urusan rasmi syarikat.

a. Elaun Perjalanan

i. Sekiranya staf menggunakan kenderaan sendiri, staf layak

membuat tuntutan elaun per kilometer seperti yang

ditetapkan oleh syarikat seperti berikut :-

GRED JAWATAN KADAR TUNTUTAN

PENTADBIRAN

AKADEMIK

BAWAH

500 KM

501 KM

KEATAS

Ketua Eksekutif

Timbalan Ketua Eksekutif

/Pengurus Besar

Principal Lecturer

RM 0.70 sen RM 0.55 sen

Pengurus Kanan

Pengurus

Penolong Pengurus

Eksekutif

Kerani Pembantu Pejabat

Pensyarah Kanan

Pensyarah

Jururawat Klinikal

RM 0.60 sen RM 0.50 sen

Motorsikal RM 0.30 sen

ii. Staf layak membuat tuntutan tol dan meletak kenderaan (parking)

dengan mengemukakan resit.

iii. Jika perjalanan staf secara berkumpulan menggunakan kenderaan

sendiri dimana tempat yang sama dan waktu yang sama, hanya seorang

Page 21: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

21 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

sahaja yang dibenarkan membuat tuntutan. Kecuali staf tersebut

mempunyai urusan-urusan lain syarikat yang tidak membolehkan staf

pergi secara berkumpulan.

iv. Kadar tuntutan per km ini boleh dipinda oleh Lembaga Pengarah

atas nasihat dan pandangan dari Pengurusan mengikut keadaan

semasa.

v. Staf yang diminta menjalankan tugas ke luar kawasan / daerah

dengan menggunakan kenderaan awam boleh membuat tuntutan

seperti berikut:-

GRED JAWATAN JENIS PENGANGKUTAN

PENERBANGAN LAIN-LAIN

Semua Kategori Kelas Ekonomi Keretapi Kelas Pertama

Bas Ekspress Hawa

Dingin

MESTI mengemukakan

resit asal untuk tuntutan

vi. Jika perjalanan perlu dilakukan ke satu tempat dimana terdapat

perkhidmatan pesawat/ penerbangan adalah lebih murah,

perjalanan perlu dilakukan melalui cara tersebut kecuali terdapat

sebab-sebab yang tertentu yang tidak membenarkan keadaan

tersebut.

b. Elaun Penginapan

i. Mana-mana staf yang dikehendaki berada dan bermalam diluar

kawasan dengan tujuan menjalankan tugas-tugas syarikat layak

mendapat elaun penginapan seperti berikut kecuali disediakan :-

Page 22: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

22 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

GRED JAWATAN KELAYAKAN MAKSIMA

PENTADBIRAN

AKADEMIK DENGAN RESIT TANPA RESIT

Ketua Eksekutif

Pengurus Besar

Principal Lecturer RM 250.00 RM 125.00

Pengurus Kanan Pensyarah Kanan RM 200.00 RM 100.00

Pengurus Pensyarah RM 150.00 RM 75.00

Penolong Pengurus

Eksekutif

Kerani

Pembantu Pejabat

Jururawat Klinikal RM100.00 RM 50.00

ii. Sebarang tuntutan mestilah disertakan dengan resit-resit asal yang

berkaitan.

c. Elaun Makan Apabila Melibatkan Perjalanan

i- Mana-mana staf yang dikehendaki berada dan bermalam diluar

kawasan dengan tujuan menjalankan tugas-tugas syarikat layak

mendapat Elaun Makan seperti berikut kecuali disediakan:-

GRED JAWATAN KADAR TUNTUTAN

PENTADBIRAN

AKADEMIK DENGAN RESIT TANPA RESIT

Ketua Eksekutif RM 100.00 RM 50.00

Timbalan Ketua

Eksekutif / Pengurus

Besar

Principal Lecturer RM 90.00 RM 45.00

Pengurus Kanan Pensyarah Kanan RM 80.00 RM 40.00

Pengurus Pensyarah RM 60.00 RM 30.00

Penolong Pengurus

Eksekutif

Jururawat RM50.00 RM 25.00

Kerani

Pembantu Pejabat

RM 40.00 RM 25.00

o Staf yang bertugas diluar kawasan lebih dari 24 jam (seharian)

layak membuat tuntutan seperti diatas ini.

o Staf yang bertugas di luar kawasan bagi tempoh 8 jam tetapi

kurang dari 24 jam termasuk dalam perjalanan adalah layak

menuntut Elaun Harian sebanyak separuh dari Elaun Makan ini.

Page 23: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

23 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

o Elaun Makan ini tidak boleh dituntut di dalam bandar dan kawasan

yang sama ia berada.

o Petaling Jaya di kira didalam kawasan Kuala Lumpur.

o Elaun Makan tidak layak dituntut jika kemudahan makan

disediakan.

Masa Perjalanan dan Kelayakan yang dibenarkan adalah :

Tempoh Masa Kelayakan

Bertolak sebelum 7 pagi dan kembali

selepas 2 petang

Minum Pagi + Makan Tengahari

Bertolak sebelum 7 pagi dan kembali

selepas 7 petang

Minum Pagi + Makan Tengahari +

Makan Malam

Bertolak selepas 7 pagi dan kembali

selepas 7 petang

Makan Tengahari + Makan Malam

Pengiraan tuntutan Elaun Makan adalah seperti berikut :

20% : Minum Pagi

40% : Makan Tengahari

40% : Makan Malam

19.2 Elaun Lebih Masa

i- Istilah Kerja Lebih Masa ialah kerja-kerja sepatutnya diselesaikan

dalam waktu kerja biasa tetapi tidak dapat disempurnakan dan

memerlukan waktu dilanjutkan selepas waktu kerja biasa.

ii- Kerja Lebih Masa ini hanya akan diiktiraf/dibayar setelah mendapat

kebenaran atau diminta berbuat demikian oleh Ketua Jabatan /

Ketua Akademik / Pengetua atau Ketua Eksekutif sahaja.

iii- Pembayaran Kerja Lebih Masa:-

a. Pengiraan kerja lebih masa pada hari kerja biasa adalah seperti

berikut:-

Kadar Sehari = Gaji Pokok

26 hari

Kadar Gaji Sejam = Kadar Sehari

8 jam

Page 24: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

24 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

Jumlah tuntutan lebih masa = Jumlah Jam x Kadar Gaji Sejam

x 1.5

b. Pengiraan kerja lebih masa pada hari rehat adalah seperti berikut:

Jumlah jam bekerja kurang daripada separuh jumlah jam

bekerja biasa akan dibayar ½ hari gaji.

Jumlah jam bekerja lebih daripada separuh jumlah jam bekerja

biasa akan dibayar satu (1) hari gaji.

Jumlah jam bekerja lebih daripada lapan (8) jam akan dibayar

dua (2) kali kadar per jam.

c. Pengiraan kerja lebih masa pada cuti umum adalah seperti berikut:-

Staf yang bertugas lebih satu jam atau kurang lapan jam

semasa cuti umum akan dibayar dua (2) kali pada kadar gaji

sehari.

Staf yang bekerja lebih daripada lapan (8) jam akan dibayar tiga

(3) kali kadar per jam.

iv- Staf yang gaji pokoknya melebihi RM 1,500.00 sebulan adalah tidak

layak untuk membuat tuntutan kerja lebih masa. Pihak syarikat

berhak memberi cuti rehat bagi menggantikan kerja lebih masa

yang dibuat.

19.3 Elaun Pakaian Seragam

a. Staf dalam kategori berikut dikehendaki memakai pakaian seragam

yang ditetapkan oleh syarikat semasa bertugas.

i. Pengajar Klinikal

b. Staf yang dikehendaki memakai pakaian seragam akan

diperuntukkan dua (2) pasang pakaian seragam untuk satu (1) tahun

perkhidmatan oleh syarikat. Pakaian seragam ini meliputi :

i. Staf Perempuan : Baju, kain, tudung dan kasut

Page 25: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

25 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

ii. Staf Lelaki : Baju, seluar dan kasut

c. Jumlah peruntukan setahun untuk pakaian seragam adalah

ditetapkan oleh syarikat.

19.4 Elaun Dobi

Staf yang diberikan pakaian seragam adalah layak menerima Elaun Dobi

sebanyak RM 30.00 sebulan. Jumlah ini tertakluk kepada semakan dari tahun

ke tahun.

Page 26: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

26 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

20. NOTIS PELETAKAN JAWATAN DAN PENAMATAN PERKHIDMATAN

20.1 NOTIS PERLETAKAN JAWATAN

a. Perkhidmatan Dalam Tempoh Percubaan

Staf dalam tempoh percubaan boleh menamatkan perkhidmatan bersama

syarikat dengan syarat :

i. memberi notis 24 jam dan bayaran satu (1) bulan gaji bagi kedua-

dua pihak iaitu staf atau syarikat.

ii. memberi notis satu (1) bulan tanpa dikenakan apa-apa bayaran bagi

kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat.

iii. Staf dalam tempoh percubaan yang memberi notis berhenti kurang

dari satu (1) bulan adalah dikira berhenti 24 jam.

b. Setelah Disahkan Dalam Jawatan

Staf yang telah disahkan dalam jawatan boleh menamatkan perkhidmatan

bersama syarikat dengan syarat :

i. memberi notis 24 jam dan bayaran dua (2) bulan gaji bagi Staf

Pentadbiran dan bayaran tiga (3) bulan gaji bagi Staf Akademik bagi

kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat.

ii. memberi notis dua (2) bulan bagi staf Pentadbiran dan memberi notis

tiga (3) bulan bagi staf Akademik tanpa dikenakan apa-apa bayaran

bagi kedua-dua pihak iaitu staf atau syarikat.

iii. Staf Pentadbiran yang telah disahkan dalam jawatan yang memberi

notis kurang dari dua (2) bulan dan Staf Akademik yang telah

disahkan dalam jawatan memberi notis kurang dari tiga (3) bulan

adalah dikira berhenti 24 jam.

c. Staf Akademik yang meletakkan jawatan, pihak pengurusan akan

mengambilkira semester pelajar yang sedang berjalan bagi memberi

kelulusan penerimaan perletakan jawatan mereka.

Sekiranya perletakan tersebut di pertengahan semester, maka

pengurusan tidak akan menerima perletakan tersebut sehinggalah

Page 27: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

27 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

semester tersebut tamat bagi mengelakkan kerumitan di pihak syarikat /

kolej.

d. Sekiranya di dalam tempoh percubaan atau setelah disahkan dalam

jawatan staf didapati melanggar apa-apa peraturan dan tatatertib

sebagaimana yang terkandung di dalam syarat-syarat perkhidmatan serta

peraturan tatatertib, maka perkhidmatan staf boleh ditamatkan dengan

serta merta dengan tanpa apa-apa faedah atau bayaran pampasan.

20.2 PENAMATAN PERKHIDMATAN

20.2.1 Syarikat boleh menamatkan perkhidmatan mana-mana pegawai dengan

kelulusan Ahli Lembaga 20.2.2 Notis penamatan perkhidmatan hendaklah

mengikut Akta Kerja 1955 (Akta 265).

20.2.2 Perkhidmatan seseorang pekerja boleh ditamatkan atas sebab-sebab

yang berikut:

(a) Dikenakan tindakan tatatertib

(b) Telah disabitkan dengan suatu kesalahan jenayah oleh mahkamah

syariah atau mahkamah sivil;

(c) Telah diisytiharkan bankrap oleh mahkamah

(d) Memalsukan maklumat kesihatan.

(e) Penstrukturan semula syarikat

(f) Penutupan syarikat

(g) Pengurangan pengeluaran

(h) Penggabungan syarikat

(i) Kegawatan ekonomi dan

(j) Penambahan teknologi.

20.2.3 memberi notis penamatan perkhidmatan sebagaimana yang ditetapkan di

bawah akta 265 mengikut ketetapan yang berikut:

a. 4 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama kurang daripada 2

tahun;

b. 6 minggu notis jika pekerja telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang

daripada 5 tahun; atau

c. 8 minggu notis jika pekerja telah bekerja lebih daripada 5 tahun.

Page 28: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

28 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

atau mengikut tempoh notis perkhidmatan yang dinyatakan dalam kontrak

perkhidmatan pekerja itu.

20.2.4 melaksanakan pemberhentian pekerja secara berperingkat dalam tempoh yang

lebih panjang.

Page 29: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

29 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

21. BONUS TAHUNAN

21.1 Syarikat hanya akan mengisytiharkan peruntukan bonus tahunan setelah

mengambilkira kewangan syarikat bagi tahun kewangan sebelumnya

diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah.

21.2 Pengiraan bonus staf pula adalah berdasarkan penilaian prestasi masing-

masing pada tahun berkenaan. Staf yang mempunyai penilaian prestasi

tahunan tidak memuaskan, rekod kedatangannya tidak memuaskan atau

yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang mengambil cuti tanpa gaji

atau melanggar syarat-syarat pemberian bonus yang ditetapkan oleh

Lembaga Pengarah tidak layak menerima bonus yang diisytiharkan.

Page 30: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

30 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

22. UMUR PERSARAAN

22.1 Umur persaraan wajib bagi staf ialah 60 tahun.

22.2 Seseorang staf yang berumur lebih daripada 60 tahun boleh dilantik

semula secara kontrak dengan syarat kesihatan staf diperakui baik dan

memuaskan. .

22.3 Faedah persaraan wajib ini adalah ditentukan oleh Ahli Lembaga

Pengarah.

Page 31: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

31 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

23. CUTI

23.1 Cuti Umum

Sekiranya cuti umum tersebut jatuh pada hari cuti rehat maka cuti rehat akan

diganti pada hari bekerja berikutnya. (Klausa ini tidak melibatkan cuti umum

yang jatuh pada hari Sabtu).

Pihak Syarikat berhak meminta dalam keadaan tertentu sekiranya diperlukan

mana-mana staf bertugas pada hari cuti umum.

23.2 Cuti Rehat Tahunan

a. Kelayakan Cuti

i. Hanya staf yang berjawatan tetap layak mendapat peruntukan cuti

tahunan bergaji. Manakala staf bukan berjawatan tetap adalah

mengikut Surat Perlantikan (kontrak, sambilan dsbnya).

ii. Staf yang berjawatan tetap tetapi belum disahkan jawatan hanya layak

mengambil cuti selepas 3 bulan perkhidmatan. Jika dalam 3 bulan

pertama staf tersebut mengambil cuti, cuti yang diambil dikira sebagai

Cuti Tanpa Gaji.

iii. Selepas tempoh 3 bulan tersebut, staf dibenarkan menggunakan

kelayakan cuti tahunannya.

iv. Staf perlu bekerja lengkap setahun (12 bulan) bagi mendapat

kelayakan cuti tahunan penuh. Jika tempoh perkhidmatan tidak genap

setahun untuk tahun berkenaan, kelayakan cuti akan berdasarkan

kiraan prorata dari tarikh perlantikan staf.

v. Kelayakan cuti tahunan staf yang berjawatan tetap adalah seperti

berikut:

Page 32: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

32 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

GRED JAWATAN KELAYAKAN CUTI

PENTADBIRAN

AKADEMIK

DIBAWAH 5

TAHUN

PERKHIDMATAN

LEBIH

5 TAHUN

PERKHIDMATAN

Ketua Eksekutif 28 32

Pengurus Besar Principal Lecturer 26 30

Pengurus Kanan Pensyarah Kanan 24 28

Pengurus Pensyarah 20 24

Penolong Pengurus

Eksekutif

Jururawat Klinikal 18 22

Kerani 16 20

Pembantu Pejabat 14 17

b. Cara Memohon Cuti Tahunan

i. Permohonan dengan mengisi borang yang disediakan oleh

syarikat.

ii. Mendapatkan sokongan dari pegawai dan diluluskan dari Ketua

Jabatan/ Ketua Program masing-masing.

iii. Menyerahkan Borang Cuti ke Jabatan Sumber Manusia tiga (3)

hari sebelum staf memulakan cuti bagi tujuan rekod.

iv. Sekiranya kurang dari 3 hari akan dikira sebagai Cuti Kecemasan.

c. Kelulusan Bercuti

Jabatan Sumber Manusia berhak tidak meluluskan cuti yang telah diluluskan

oleh Ketua Jabatan/Ketua Program masing-masing sekiranya tidak mematuhi

polisi permohonan cuti tahunan yang ditetapkan kecuali dalam keadaan

kecemasan.

Pengurusan berhak untuk memanggil balik staf yang sedang bercuti ataupun

membatalkan cuti tahunan atau sebahagian darinya pada bila-bila sama

sekiranya memerlukan kehadiran staf tersebut.

d. Sambungan Cuti

Page 33: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

33 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

Staf tidak dibenarkan menyambung cuti tanpa kebenaran dari Ketua

Jabatan/Ketua Program masing-masing. Sebarang permohonan untuk

melanjutkan cuti hendaklah dibuat kepada Ketua Jabatan/Ketua Program

masing-masing sebelum cuti yang diambil itu tamat.

e. Cuti Tahunan Untuk Tempoh Yang Panjang

Staf yang ingin memohon cuti tahunan lebih dari 14 hari bekerja berturut-turut

adalah dikehendaki memohon secara bertulis dengan menyatakan alasan

munasabah untuk bercuti bagi satu tempoh yang lama beserta Borang Cuti.

Permohonan bertulis juga mestilah mendapatkan kelulusan dan disahkan oleh

Ketua Jabatan masing-masing.

f. Cuti Tahunan Yang Tidak Dihabiskan

Staf dibenarkan membawa baki cuti rehat tahunan ke tahun hadapan sebanyak

7 hari sahaja. Atas sebab-sebab tertentu staf yang ingin membawa baki lebih

dari yang ditetapkan, perlu mendapat kelulusan dari Pengurusan terlebih

dahulu.

Baki cuti tersebut pula perlu dihabiskan dalam tempoh 4 bulan pertama tahun

semasa. Sekiranya staf gagal berbuat demikian dalam tempoh yang

ditetapkan, Pengurusan berhak untuk memansuhkan baki cuti tersebut.

Syarikat tidak akan membuat sebarang bayaran bagi baki cuti tahunan yang

tidak habis digunakan.

g. Cuti Melebihi Had Kelayakan

Sekiranya staf mengambil cuti tahunan berlebihan dari kelayakan yang

diperuntukkan, syarikat berhak memotong dari gaji bulanan staf berkenaan.

23.3 Cuti Kecemasan

Cuti kecemasan adalah sebarang cuti yang dipohon atau diambil oleh staf

kurang daripada 3 hari sebelum tarikh bercuti.

Staf dibenarkan mengambil cuti kecemasan hanya jika berlaku,

i. Kematian.

Page 34: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

34 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

ii. masalah kesihatan yang serius ahli keluarga terdekat.

iii. perkara / masalah staf yang memerlukan perhatian segera dari staf

Ketua Jabatan hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu pada hari cuti dipohon

dan tempoh maksima sesuatu cuti kecemasan yang dibenarkan ialah 3 hari

sahaja.

Staf perlu mengisi Borang Cuti terlebih dahulu sekembalinya bertugas. Bukti

dokumen atau Sijil Kematian perlu dikepilkan bersama Borang Cuti berkenaan.

Pengambilan cuti kecemasan yang banyak dan / atau kerap akan diambilkira

dalam penilaian prestasi tahunan staf.

23.4 Cuti Sakit

Staf yang sakit dan tidak dapat menjalankan tugas hendaklah mendapatkan cuti

sakit dari doktor kerajaan atau doktor panel syarikat.

Dalam keadaan kecemasan, dimana jika tiada klinik/hospital kerajaan atau panel

klinik syarikat, staf dibenarkan mendapat cuti sakit dari mana-mana klinik swasta.

a. Kelayakan Cuti Sakit

Had cuti sakit yang dibenarkan adalah seperti berikut:

BERKHIDMAT

KURANG DARI

2 TAHUN

2 TAHUN ATAU

LEBIH TETAPI TIDAK

LEBIH DARI 5

TAHUN

BERKHIDMAT

LEBIH

5 TAHUN

Semua jawatan 14 hari 18hari 25 hari

i. Staf perlu memaklumkan sendiri atau melalui pihak ketiga memaklumkan

kepada Ketua Jabatan masing-masing dengan segera apabila mereka

mengambil cuti sakit dan menyerahkan surat/ Sijil Cuti Sakit dengan

segera atau apabila kembali bertugas.

ii. Ketua Jabatan hendaklah mengesahkan kesahihan cuti sakit tersebut

sebelum diserahkan ke Jabatan Sumber Manusia. Staf yang

mengemukakan Sijil Cuti Sakit palsu atau yang diperolehi dengan cara

yang tidak sah boleh diambil tindakan tatatertib oleh pihak syarikat.

Page 35: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

35 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

iii. Syarikat mempunyai hak menolak cuti sakit yang disebabkan perkara

yang disengajakan seperti:

pembedahan plastik untuk tujuan kosmetik atau

mengambil dadah dengan sengaja atau

mengugurkan kandungan dengan sengaja atau kerana hamil

luar nikah

iv. Staf yang mengambil cuti sakit semasa bercuti tahunan maka cuti tahunan

mereka tidak akan ditolak.

v. Jika staf mengambil cuti sakit melebihi kelayakan, cuti tahunan staf akan

ditolak. Jika cuti tahunan telah habis digunakan, maka tindakan

pemotongan gaji boleh diambil ke atas staf tersebut.

b. Cuti Sakit Yang Tidak Diambil

Mana-mana staf yang tidak mengambil cuti sakit dalam satu-satu tahun semasa

mengikut kalender tahunan, pengurusan dari masa kesemasa boleh memberi

imbuhan/ganjaran sebagai galakan.

c. Cuti Masuk Hospital / Cuti Sakit Berpanjangan

Staf syarikat yang menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor kerajaan atau

doktor panel syarikat (kecuali diminta membuat rujukan ke hospital atau doktor

lain oleh doktor panel) dan disahkan tidak sihat serta dimasukkan ke hospital

layak mendapat cuti masuk hospital bergaji tertakluk kepada peraturan berikut :

i. Bagi tempuh 60 hari bergaji penuh

ii. Bagi 30 hari berikut bergaji separuh

iii. Bagi 30 hari seterusnya tanpa gaji

Staf perlu memaklumkan sendiri atau melalui pihak ketiga memaklumkan kepada

Jabatan Sumber Manusia dengan segera apabila mereka dimasukkan ke mana-

mana hospital.

Staf dikehendaki menyerahkan surat/ sijil masuk hospital kepada Jabatan

Sumber Manusia apabila kembali bertugas.

Page 36: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

36 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

Pihak syarikat mempunyai hak tidak menerima cuti masuk hospital jika di

sebabkan perkara yang disengajakan seperti pembedahan plastik, akibat

penyalahgunaan dadah, arak dan perkara yang menyalahi undang-undang.

Staf yang dimasukkan ke hospital semasa mengambil cuti tahunan, cuti tahunan

mereka tidak akan ditolak.

Staf yang sakit berpanjangan sehingga satu (1) tahun atau mengambil cuti sakit

melebihi had dibenarkan 3 tahun berturut-turut boleh diminta menjalani

pemeriksaan kesihatan oleh satu Lembaga Perubatan (Medical Board) bagi

menentukan tahap kesihatan staf.

Bagi maksud pengiraan cuti sakit, staf yang disahkan sakit berlanjutan tetapi

tidak dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab tertentu dan atas nasihat

berserta surat akuan dari doktor yang merawat dianggap sebagai dirawat di

hospital.

Staf yang tidak bertugas kerana cuti sakit pada hari berkenaan tanpa mendapat

pengesahan dari doktor panel Syarikat atau hospital kerana ataupun setelah

mendapat pengesahan akuan sakit tidak memberitahu atau berusaha

memberitahu syarikat dalam tempoh 2 hari berturut-turut dari tarikh cuti sakitnya

bermula akan dianggap tidak hadir bertugas tanpa kelulusan Syarikat.

23.5 Cuti Bersalin

23.5.1 Setiap staf wanita berhak mendapat cuti bersalin selama 60 hari secara

berterusan. Tempoh ini adalah termasuk hari cuti rehat dan cuti umum.

Untuk layak menerima faedah cuti bersalin ini, seseorang staf itu mestilah

telah berkhidmat tidak kurang dari 90 hari dalam masa 4 bulan sebelum

bersalin.

23.5.2 Ketidakhadiran selepas dari 60 hari akan dikira sebagai cuti tanpa gaji.

23.5.3 Keguguran selepas 7 bulan, cuti kerana keguguran dianggap cuti bersalin

biasa dan cuti 60 hari diberikan. Jika keguguran kurang dari 7 bulan

(28 minggu) akan dikira cuti sakit biasa.

Page 37: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

37 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

23.5.4 Kemudahan cuti bersalin bergaji ini dibenarkan tidak lebih dari lima (5) kali

termasuk kelahiran anak sebelum berkhidmat dengan syarikat dan

mengambilkira bilangan lima (5) anak yang masih hidup. Kos bersalin

selepas 5 orang anak akan ditanggung sendiri oleh staf.

23.6 Cuti Paterniti

Peruntukan cuti dengan bergaji penuh diberikan selama 2 hari bagi staf lelaki

bilamana isteri bersalin bagi menguruskan kelahiran anak.

23.7 Cuti Tanpa Rekod

23.7.1 Cuti tanpa rekod adalah diberi kepada staf atas budi bicara syarikat

tertakluk kepada kes-kes tertentu atau istimewa, diwajibkan, khas atau

yang tidak dapat dielakkan seperti :

a. Mewakili syarikat, negeri, negara dalam sebarang aktiviti sukan atau

kebudayaan.

b. Melanjutkan pelajaran, atau menduduki peperiksaan yang ditaja atau

diluluskan oleh syarikat.

c. Menghadiri aktiviti latihan pertubuhan beruniform atau persatuan yang

diluluskan oleh kerajaan (bagaimana pun ianya mesti tidak melebihi 21

hari setahun).

d. Menghadiri mesyuarat, kursus, seminar, persidangan atau aktiviti

pertubuhan atau persatuan yang diluluskan oleh syarikat.

e. Menggantikan tempoh kerja lebih masa yang telah dilakukan.

f. Terpaksa melalui proses kuarantin di pintu masuk negara, lapangan

terbang atau pelabuhan yang diarah pihak berkuasa.

g. Kehadiran yang diperlukan oleh undang-undang seperti menjadi saksi

mahkamah dan sebagainya.

23.7.2 Hanya staf yang berjawatan tetap, telah disahkan dalam jawatan serta

telah berkhidmat melebihi dua (2) tahun sahaja layak diberi cuti tanpa

rekod.

Page 38: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

38 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

23.7.3 Cuti tanpa rekod yang akan diluluskan mestilah membawa kebaikan

kepada kedua-dua belah pihak iaitu staf dan syarikat atau pun

kepentingan umum. Dokumen atau bukti bertulis adalah diperlukan

sebelum kelulusan boleh diberikan.

23.7.4 Syarikat akan menentukan samada memberi cuti tanpa rekod bergaji

penuh, separuh gaji atau tiada gaji berdasarkan status cuti tersebut.

23.8 Cuti Tanpa Gaji

23.8.1 Cuti tanpa gaji hanya diberi kepada staf yang berjawatan tetap, telah

disahkan dalam jawatan serta telah berkhidmat melebihi dua (2) tahun.

23.8.2 Staf perlu menggunakan atau menghabiskan semua cuti tahunan masing-

masing sebelum layak memohon cuti tanpa gaji.

23.8.3Kelulusan permohonan cuti tanpa gaji hanya akan diberikan tertakluk

kepada syarat-syarat berikut :

a. menyumbang meningkatkan mutu kerja staf.

b. mengatasi masalah, perlindungan atau peningkatan tahap

kesihatan samada bagi diri sendiri, ibu bapa, suami isteri atau

anak. (Laporan kesihatan daripada doktor adalah dikehendaki

sebelum kelulusan diberikan).

c. melanjutkan pelajaran, menghadiri kursus atau seminar atau

sebarang program memajukan diri yang boleh memberi kebaikan

kepada syarikat secara langsung atau tidak langsung.

d. Menunaikan haji atau umrah. (Tempoh maksima cuti diberi untuk

tujuan ini ialah 40 hari).

e. mengikut suami atau isteri yang ditugaskan ke luar negara. Cuti

maksima diberi ialah 2 tahun sahaja.

23.8.4 Staf perlulah mendapat sokongan dan kelulusan dari Ketua Jabatan

masing-masing bagi cuti tanpa gaji ini.

Page 39: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

39 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

23.8.5 Bagi staf yang mengambil cuti tanpa gaji untuk tempuh 30 hari ke atas,

tarikh kenaikkan gaji tahunan mereka akan tertunda.

23.9 Cuti Ehsan

23.9.1 Pertimbangan untuk kelulusan Cuti Ehsan kepada staf adalah

berdasarkan keadaan seperti berikut :

a. Kematian keluarga terdekat. Maksud keluarga terdekat:

i- Suami / isteri staf

ii- Anak-anak

iii- Ibu bapa staf

iv- Ibu Bapa Mertua staf

v- Adik- Beradik staf

b. Bencana alam seperti kebakaran, banjir, tanah runtuh dan

sebagainya

23.9.2 Kelayakan Cuti Ehsan bergaji penuh yang diberikan dalam setahun ialah

selama 5 hari. Staf hanya dibenarkan mengambil maksima 3 hari Cuti

Ikhsan bagi setiap kali permohonan. Bagaimanapun dalam keadaan yang

tertentu, Ketua Jabatan boleh menimbangkan untuk memberikan lebih

dari 3 hari.

23.9.3 Bagi keadaan kecemasan staf perlu memaklumkan kepada Ketua

Jabatan masing-masing melalui telefon secepat mungkin.

23.9.4 Staf perlu mengisi Borang Cuti sebaik sahaja balik bekerja dan

mengemukakan dokumen atau bukti bagi kejadian tersebut. Kegagalan

mengemukakan dokumen atau bukti, staf akan dianggap cuti tanpa

kebenaran.

23.9.5 Sekiranya staf mengambil lebih dari 5 hari yang dibenarkan maka cuti

yang selebihnya itu akan ditolak dari cuti tahunan.

23.10 Cuti Belajar dan Cuti Peperiksaan

Page 40: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

40 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

23.10.1 Cuti belajar/peperiksaan diberi kepada semua kategori staf syarikat

tertakluk kepada syarat-syarat berikut :

a. Ianya menyumbang meningkatkan mutu kerja staf.

b. Kursus atau program diikuti dapat memajukan diri staf dan

memberi kebaikan kepada syarikat.

23.10.2 Staf perlu mengemukakan bukti atau dokumen pendaftaran

sebagai pelajar dan mendapat kebenaran bertulis dari syarikat

untuk menyambung pengajian.

23.10.3 Semua permohonan cuti belajar/cuti peperiksaan mestilah

dikemukakan kepada pengurusan satu (1) bulan sebelum

mengambil cuti belajar/cuti peperiksaan dan pengurusan akan

meneliti terlebih dahulu bagi memastikan ianya membawa kebaikan

kepada syarikat dan juga staf.

23.10.4 Kelulusan bagi cuti belajar hanya bagi tempoh staf itu belajar

(termasuk hari-hari peperiksaan).

23.10.5 Kelulusan bagi cuti belajar melebihi 1 tahun hanya akan diberi

sekali sahaja bagi setiap (3) tahun berkhidmat dan kelulusan

cuti belajar untuk tempuh 6 bulan hingga 1 tahun hanya akan

diberi sekali sahaja bagi setiap dua (2) tahun berkhidmat.

23.10.6 Syarikat akan menentukan samada staf diberi cuti belajar bergaji

penuh, separuh gaji atau tanpa gaji dalam tempoh cuti belajar

tersebut.

23.10.7 Cuti belajar/peperiksaan hanya layak kepada staf yang telah

disahkan jawatan sahaja. Bagi staf yang belum disahkan jawatan

perlu mengambil cuti tanpa gaji.

23.11 Cuti Untuk Menunaikan Fardu Haji

Cuti menunaikan Fardhu Haji diberikan kepada semua staf yang berugama

Islam dengan syarat-syarat berikut :

Page 41: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

41 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

23.11.1 Staf telah berkhidmat berterusan melebihi lima (5) tahun layak

diberi Cuti Haji bergaji penuh sekali bagi sepanjang perkhidmatan

dengan syarikat.

23.11.2 Staf yang tidak layak dibawah peruntukan di para 4.12.1

hendaklah mengambil cuti tahunan mereka atau mengambil cuti

tanpa gaji bagi tujuan ini.

23.11.3 Tempoh cuti diberi ialah 40 hari dikira dari hari staf berangkat ke

Mekah.

23.11.4 Staf hendaklah menggunakan cuti rehat masing-masing (jika perlu)

untuk tujuan persiapan dan lain-lain tujuan sebelum dan / atau

sekembali dari menunaikan haji.

23.11.5 Semua permohonan bagi cuti menunaikan Fardu Haji perlu

dibincangkan dan mendapat kelulusan dari Lembaga Pengarah /

Ketua Eksekutif dua (2) bulan terlebih dahulu supaya tidak

mengganggu perkhidmatan.

23.12 Cuti Kahwin

Staf yang berkahwin kali pertama semasa perkhidmatan dengan syarikat adalah

layak untuk mendapat cuti kahwin sebanyak 2 hari. Kelayakan ini hanya untuk

staf yang telah disahkan dalam jawatan sahaja.

23.13 Cuti Gantian

Staf yang bekerja pada hari cuti rehat atau cuti umum tetapi tidak layak

membuat tuntutan kerja lebih masa adalah dibenarkan mendapat cuti gantian.

Cuti gantian hanya akan diberi kelulusan sekiranya tugas yang perlu dilakukan

pada hari cuti tersebut adalah benar-benar diperlukan dan tidak boleh ditangguh.

Kelayakan dan syarat mendapat cuti diatas:

a. telah bekerja lebih dari 4 jam pada hari cuti rehat / cuti umum

tersebut.

b. diarahkan bertugas oleh Ketua masing-masing (Ketua Jabatan

/Ketua Akademik / Ketua Eksekutif / Pengetua).

Page 42: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

42 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

c. memaklumkan terlebih dahulu kepada Jabatan Sumber Manusia

keperluan untuk bekerja pada hari cuti rehat / cuti umum.

Staf tidak digalakkan mengambil cuti gantian pada hari yang berikutnya.

24. KEMUDAHAN PERUBATAN

Definisi Panel Doktor

Bermaksud doktor perubatan yang berdaftar dan dilantik oleh syarikat. Nama-nama

doktor panel ini disenaraikan dan akan dimaklumkan kepada semua staf. Sebarang

penambahan doktor panel akan dimaklumkan.

Definisi Tanggungan

a. Isteri bagi staf lelaki

b. Anak kandung, anak tiri atau anak angkat yang sah staf itu, dengan syarat

anak tersebut masih belum berkahwin dan berumur tidak lebih dari 21 tahun

atau jika masih belajar dalam Malaysia, anak tersebut hendaklah berumur

tidak lebih dari 23 tahun.

24.1 Rawatan Pesakit Luar

Semua staf dan tanggungan mereka boleh mendapat rawatan pesakit luar atau/

dan pakar di rangkaian klinik kendalian Hospital PUSRAWI Sdn. Bhd atau panel

doktor yang dilantik atau mana-mana klinik/hospital kerajaan. Kelayakan had

tanggungan syarikat setahun adalah seperti berikut :-

a. Staf Berkahwin - RM 1,000.00 setahun

b. Staf Bujang - RM 500.00 setahun

Dalam keadaan tertentu/kecemasan sekiranya rawatan tidak dapat diperolehi

dari klinik/hospital yang dinyatakan diatas, maka staf dibenarkan mendapatkan

rawatan dari mana-mana klinik swasta yang berdaftar.

24.2 Rawatan Pesakit Dalam

Page 43: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

43 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

Had kos rawatan yang ditanggung oleh syarikat untuk pesakit yang dimasukan

ke dalam wad (In-Patient) termasuk rawatan bersalin adalah seperti berikut :-

a. Rawatan Sakit Dalam - RM 8,000.00 setahun

24.2.1 Kemasukkan Ke Wad Hospital Kerajaan

Staf yang dimasukkan ke Hospital Kerajaan jika dirujuk oleh Doktor /

Pakar Hospital PUSRAWI Sdn.Bhd. layak mendapat kemudahan wad

kelas 2 tertakluk kepada perenggan 24.2 diatas.

24.2.2 Rujukan Kepada Pakar Luar

a. Mana-mana staf yang dirujuk oleh Doktor / Pakar Hospital

PUSRAWI Sdn.Bhd. kepada Pakar Luar layak menuntut separuh

dari jumlah bil rawatan Pakar luar tersebut tertakluk kepada had

maksima RM3,000.00 bagi setiap kes.

b. Mana-mana staf yang TIDAK dirujuk oleh Doktor / Pakar Hospital

PUSRAWI Sdn.Bhd. TIDAK layak mendapat kemudahan

perubatan seperti di perenggan 24.2 (a) dan dikehendaki

menjelaskan bil perubatannya sendiri.

24.2.3 Ubat-Ubatan/ Rawatan Yang Tidak Ditanggung

Ubat-ubatan dari kategori kosmetik, vitamin dan pil perancang keluarga

atau rawatan bertujuan untuk melansingkan badan, pengguguran

kandungan yang disengajakan atau bersalin (tanpa penikahan yang sah)

adalah tidak ditanggung oleh syarikat.

24.3 Rawatan Pergigian

Kemudahan rawatan pergigian diberikan kepada staf sahaja tidak lebih dari RM

200.00 setahun.

Kemudahan ini tidak termasuk gigi palsu, ‘crowning’, ‘braces’ dan rawatan yang

berbentuk kosmetik.

Page 44: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

44 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

25.0 WAKTU BEKERJA

25.1 Waktu Kerja

Hari bertugas dan waktu kerja biasa bagi staf adalah seperti berikut:-

HARI WAKTU BEKERJA

Isnin – Jumaat 8.00 pagi – 5.00 petang

Staf di Bahagian Akademik tidak tertakluk kepada waktu kerja yang

ditetapkan tetapi tertakluk kepada jadual mengajar yang ditetapkan oleh

fakulti masing-masing

25..2 Waktu Rehat

HARI WAKTU REHAT

Isnin – Khamis 1.00 petang – 2.00 petang

Jumaat 12.15 tengahari – 2.45 petang

25.3 Meninggalkan Tempat Kerja Semasa Bertugas

25.3.1 Mana-mana staf yang perlu meninggalkan tempat kerja semasa waktu

bertugas (kecuali waktu rehat tengahari) dikehendaki mendapatkan

kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing terlebih dahulu.

25.3.2 Staf yang keluar pejabat sehingga dua (2) jam bagi urusan peribadi atau

kecemasan perlu mendapat kebenaran Ketua Jabatan / Ketua Eksekutif

terlebih dahulu.

25.3.3 Jika staf keluar melebihi dua (2) jam tetapi tidak melebihi empat (4) jam

maka staf dikehendaki mengambil cuti separuh hari dan jika melebihi

empat (4) jam staf dikehendaki mengambil cuti penuh satu (1) hari.

25.4 TIdak Hadir Bertugas

25.4.1 Staf syarikat diwajibkan menelefon untuk memaklumkan

ketidakhadirannya ke pejabat segera mungkin atau sebelum bermula

waktu bekerja supaya kerja-kerja mereka boleh dijadualkan semula.

Page 45: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

45 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

25.4.2 Panggilan hendaklah dibuat untuk setiap hari tidak hadir kecuali pada

panggilan pertama satu tempoh tertentu dinyatakan. Ketua Jabatan

berhak mengetahui sebab-sebab ketidakhadiran staf berkenaan.

25.4.3Tidak hadir bekerja tanpa meminta cuti atau kebenaran bererti melanggar

tatasusila kerja dan tindakan tatatertib tertentu akan dikenakan terhadap

staf yang berkenaan.

Perhatian: Seksyen 15 (2) Akta Kerja 1955 memperuntukan bahawa seseorang

pekerja yang telah tidak hadir bertugas lebih dari dua (2) hari berturut-turut tanpa

memberitahu atau cuba apa-apa notis terdahulu dengan sendirinya memutuskan

kontrak pekerjaan dengan majikan.

Page 46: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

46 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

26. CARUMAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP)

26.1 Caruman staf ialah 11% daripada gaji pokok, elaun-elaun tetap, dan

bonus yang diterima oleh staf manakala caruman oleh syarikat ialah 12 %

daripada gaji pokok dan lain-lain pendapatan staf.

26.2 Kadar caruman adalah tertakluk kepada sebarang perubahan Akta KWSP

yang dikeluarkan dari masa kesemasa.

27. CARUMAN PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL (PERKESO)

Kadar caruman adalah tertakluk adalah mengikut polisi dan undang-undang

yang berkuatkuasa.

Page 47: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

47 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

28. LATIHAN DAN PEMBANGUNAN

Syarikat menggalakkan staf untuk mengikuti latihan dan pembangunan bagi

peningkatan pengetahuan dan kemahiran supaya staf boleh melaksanakan tugas

dengan cekap dan berkesan yang boleh membawa kebaikan kepada syarikat.

28.1 Umum

a. Staf boleh dikehendaki menghadiri apa-apa latihan/kursus/seminar/forum

atau menduduki apa-apa ujian/penilaian/peperiksaan yang dikehendaki

oleh syarikat.

b. Syarikat juga akan membantu mana-mana staf yang ingin melanjutkan

pelajaran dalam bidang yang diperkenalkan dalam bentuk pemberian

subsidi kepada yuran kelas atau ditanggung terus oleh syarikat dan/atau

mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

c. Staf yang diberi peluang untuk mengikuti latihan dan pembangunan

yang bersesuaian dengan keperluan syarikat mestilah mendapat

kelulusan dari pihak pengurusan / Lembaga Pengarah terlebih dahulu

sebelum memohon untuk dibiaya.

d. Staf yang dibiayai bagi mengikuti latihan dan pembangunan ini, setelah

tamat tempoh latihan dan pembangunan kehendaki menandatangani satu

perjanjian dan akan terus berkhidmat dengan syarikat mengikut kontrak

perjanjian.

e. Bagi latihan atau kursus yang dipohon melebihi tempoh 3 bulan, syarikat

perlu mendapatkan kelulusan dari Lembaga Pengarah.

Page 48: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

48 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

29. TATATERTIB

29.1 Umum

Staf adalah sentiasa terikat dengan etika kerja, peraturan, polisi dan prosedur

syarikat yang berkuatkuasa.

a. Staf syarikat pada amnya adalah dikehendaki menjalankan tugas dan

tanggungjawab dengan sempurna dan meletakkan sepenuh kesetiaan

kepada syarikat bagi memajukan syarikat dalam bidang kerja masing-

masing.

b. Etika kerja, peraturan, polisi dan prosedur yang akan dikuatkuasakan

bertujuan memastikan staf memahami serta mengenalpasti

garispanduan tertentu. Ianya juga usaha pihak syarikat dalam

mewujudkan suasana tempat kerja yang harmoni, adil dan saksama bagi

semua staf.

29.2 Jenis-jenis Kesalahan dan Salahlaku

Staf yang gagal menjalankan tugas, tanggungjawab serta mematuhi peraturan

dan polisi syarikat seperti berikut, maka tindakan tatatertib boleh di ambil ke atas

mereka seperti berikut:

1. Engkar perintah yang diberikan oleh Lembaga Pengarah atau mana-mana

Pengurusan Atasan yang menjalankan peraturan-peraturan syarikat.

2. Enggan menerima pemberitahuan yang dikeluarkan atas urusan tatatertib.

3. Enggan melakukan kerja lebih masa dengan sengaja tanpa sebab-sebab

munasabah.

4. Enggan atau menolak daripada menjalankan sebarang tugas yang di

arahkan.

Page 49: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

49 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

5. Enggan memberi perkhidmatan kepada pelanggan tanpa sebab-sebab

yang munasabah.

6. Berkelakuan atau bertutur dengan pelanggan dengan cara yang sumbang

atau menyakitkan hati pelanggan.

7. Memberikan maklumat palsu dengan tujuan untuk di ambil bekerja.

8. Mengemukakan tuntutan-tuntutan yang didapati palsu atau tidak benar.

9. Memalsukan atau memadam apa-apa rekod atau dokumen rasmi

mengenai staf dengan tujuan menipu atau mengelirukan pihak syarikat.

10. Meminda atau mengubah maklumat dalam dokumen, surat pekeliling atau

notis yang dikeluarkan oleh syarikat dengan tanpa kebenaran.

11. Memberi atau membocorkan atau cuba membocorkan mana-mana rahsia

atau maklumat terperinci syarikat kepada mana-mana pihak.

12. Mencuri, menipu atau bersubahat melakukan sebarang perbuatan yang

boleh ditakrifkan tidak jujur berkaitan dengan harta benda syarikat, atau

stafnya atau mana-mana pelanggannya atau harta benda atau barangan

pihak lain yang melawat atau berurusan dengan syarikat.

13. Merosakkan atau menyebabkan akan kehilangan harta benda atau

barangan milik syarikat.

14. Mengubah, memindah atau menyorokkan harta benda syarikat atau staf

lain tanpa izin samada di kawasan syarikat atau di tempat kerja.

15. Menerima atau memberikan rasuah.

16. Menerima apa-apa bentuk barangan atau hadiah yang boleh ditaksirkan

sebagai rasuah.

17. Tidak hadir bertugas tanpa melebihi dua (2) hari atau lebih berturut-turut

tanpa dapat dikesan atau sebab-sebab yang munasabah.

18. Melazimkan datang lewat atau pulang lebih awal daripada waktu kerja

yang dijadualkan.

19. Meninggalkan atau tiada berada di tempat kerja semasa waktu bekerja

atau kembali lewat ke tempat kerja apabila keluar pada waktu rehat

dengan tanpa keizinan pegawai atasan.

Page 50: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

50 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

20. Cuai dalam melakukan tugas.

21. Tidak cekap atau gagal menepati syarat mutu kerja minima atau

penghasilan kerja minima yang ditetapkan.

22. Tidur dalam waktu bekerja.

23. Merusuh atau berkelakuan diluar kesopanan semasa waktu kerja atau di

dalam kawasan tempat kerja.

24. Menumbuk atau memukul atau melakukan perbuatan yang sama dengan

sengaja yang boleh menederakan staf atau pelanggan.

25. Bersama-sama atau membantu atau bersubahat melakukan perbuatan-

perbuatan di perenggan 24.

26. Berkelakuan yang boleh mendatangkan bahaya ke atas nyawa dan

keselamatan orang lain di tempat kerja.

27. Didapati tidak siuman atau mengalami kesan dadah atau minum minuman

yang memabukkan semasa berada di tempat kerja atau diluar syarikat.

28. Didapati bersalah atau dihukum oleh mana-mana mahkamah termasuk

mahkamah syariah.

29. Melakukan perbuatan sumbang yang dilarang oleh Agama Islam di dalam

atau di luar kawasan syarikat.

30. Mengambil bahagian atau bersubahat dalam apa-apa bentuk perjudian

ditempat kerja.

31. Melibatkan diri dalam kegiatan meminjamkan wang secara riba atau di

isytihar bankrap.

32. Tidak memakai atau enggan memakai pakaian seragam yang dibekalkan

oleh syarikat semasa bertugas.

33. Tidak mematuhi kod berpakaian yang ditetapkan oleh syarikat.

34. Gagal mematuhi undang-undang atau peraturan keselamatan atau

prosedur yang ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan atau jangkitan

penyakit.

Page 51: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

51 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

35. Merancang atau menyertai atau menghasut staf lain untuk melancarkan

sebarang bentuk mogok atau apa bentuk tindakan perusahaan terhadap

syarikat.

36. Mengadakan atau menganjurkan apa-apa mesyuarat yang dilarang di

kawasan syarikat tanpa mendapat kebenaran pihak syarikat.

37. Melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan atau jualan di tempat kerja atau di

tempat lain yang mendatangkan kemerosotan prestasi kerja.

38. Menjadikan sesuatu kepentingan diri atau perniagaan lebih utama

daripada tugas dan tanggungjawab kepada syarikat.

39. Menjalankan perniagaan yang sama dengan syarikat.

40. Membawa apa-apa tekanan atau anasir luar untuk mempengaruhi

keputusan syarikat atau menjejaskan keselamatan di tempat kerja.

41. Melakukan sesuatu atau mengingkari sesuatu peraturan sehingga

mencemarkan nama baik syarikat atau menyebabkan keadaan serba

salah ke atas syarikat.

42. Mana-mana kelakuan atau keingkaran yang bercanggah dengan mana-

mana peraturan yang dikeluarkan oleh syarikat yang di mana staf adalah

tertakluk dengan peraturan-peraturan tersebut.

Page 52: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

52 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

30. TINDAKAN UNDANG-UNDANG

30.1 Semua tindakan undang-undang yang dimulakan oleh syarikat atau yang

dikenakan terhadap syarikat atau pegawai, dalam menjalankan tugasan

rasmi akan dimaklumkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif bagi

mendapatkan arahan dan tindakan tindakan selanjutnya.

30.2 Ketua Pegawai Eksekutif bertanggungjawab untuk melaporkan semua

tindakan undang-undang yang dimulakan oleh syarikat atau yang

dikenakan terhadap syarikat atau pegawai dalam menjalankan tugasan

rasmi kepada Ahli Lembaga dan MAIWP.

30.3 Syarikat hendaklah menanggung semua kos yang berbangkit daripada

tindakan undang-undang seprti yang disebut di bawah sub-subperenggan

6.31.1.

Page 53: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

53 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

31. PENGISYTIHARAN DAN PELUPUSAN HARTA

31.1 Semua staf hendaklah membuat pengisytiharan harta kepda syarikat

dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh lantikannya

31.2 Staf hendaklah membuat pengisytiharan bagi sebarang pertambahan atau

pelupusan harta dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh pemilikan atau

pelupusan harta itu.

31.3 Syarikat berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap staf yang gagal

mematuhi arahan di abawah subsub perenggan 31.1 dan 31.2

32. PENGISYTIHARAN KEPENTINGAN DIRI

32.1 Semua staf hendaklah membuat pengisytiharan kepentingan diri kepada

syarikat dalam apa-apa transaksi syarikat yang staf itu ada kepentingan

32.2 Syarikat boleh mengambil tindakan tatatertib terhada staf yang gagal

memathui arahan di bawah sub-subperenggan 32.1

Page 54: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

54 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

33. PERLINDUNGAN TAKAFUL

Setiap staf syarikat adalah dilindungi oleh Polisi Insuran Kemalangan Diri

Berkelompok (Group Personal Accident Insurance) yang bersangkutan dengan

kecacatan (Total permanent disablement), kematian dan disebabkan oleh

sebarang kemalangan.

Page 55: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

55 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

34. ETIKA PEKERJAAN/ TATATERTIB

Etika Pekerjaan dan Peraturan-peratuan yang disenaraikan dibawah ini perlu

dipatuhi oleh setiap staf.

a. Merekod Kedatangan/Kad Perakam Waktu

Setiap staf adalah diwajibkan mendaftar diri dengan mengetip waktu

kedatangan mengikut peraturan semasa syarikat sebaik sahaja beliau

melaporkan diri untuk bertugas pada hari tersebut dan juga sewaktu

hendak pulang habis bertugas pada hari yang sama.

Kegagalan mengetip waktu kedatangan boleh dianggap sebagai tidak

hadir dan pihak syarikat berhak menolak dari cuti tahunan staf tanpa

memaklumkan kepada staf.

Tindakan disiplin boleh diambil terhadap mana-mana staf yang dengan

sengaja tidak mengetip kad perakam waktu dirinya atau meminta orang

lain mengetip kad perakam waktu dirinya atau mengetip kad perakam

waktu staf lain.

b. Kelakuan Sewaktu Bertugas

Setiap staf syarikat perlu memelihara kelakuan ataupun pertuturan

mereka sewaktu bertugas agar mencerminkan sopan santun yang baik

samada sesama rakan sekerja khususnya kepada pihak luar yang

berurusan dengan syarikat. Sebarang kelakuan kasar baik dari segi fizikal

ataupun yang terkeluar dari garis-garis normal akan dianggap sebagai

perbuatan yang melanggar tatatertib.

c. Melanggar Tugas dan Tidak mengikut Arahan

Page 56: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

56 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

Setiap staf dikehendaki mematuhi arahan-arahan yang bersangkutan

dengan urusan syarikat samada arahan itu termasuk didalam bidang

tugas mereka atau tidak dari Ketua/Pegawai masing-masing.

d. Tag Nama

Setiap staf syarikat diwajibkan memakai tag nama sepanjang masa beliau

menjalankan tugas syarikat samada di pejabat atau di luar pejabat.

e. Kod Berpakaian

Setiap staf hendaklah sepanjang waktu bekerja berpakaian yang sesuai,

bersopan dan menutup aurat bagi melambangkan imej syarikat.

i- Kakitangan lelaki :

Kemas, rapi dan bertali leher

ii- Kakitangan wanita:

Pakaian hendaklah kemas, menutup aurat, tidak terlalu ketat yang

menampakkan bentuk tubuh badan

iii- Kakitangan wanita (bukan beragama Islam)

Skirt : Haruslah panjang hingga ke paras buku lali dan tanpa

belahan

Seluar Panjang : Potongan longgar dan tidak ketat

Blaus: Longgar menutupi pinggul tanpa belahan

Berkolar tinggi dengan lengan panjang ke paras pergelangan

tangan

Tudung : Tidak nipis (transparent) atau berjaring (netted)

f. Pakaian Seragam:

Staf yang diberikan pakaian seragam diwajibkan memakainya sewaktu

bertugas.

g. Peribadi Muslim

Page 57: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

57 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

Staf muslim mestilah menonjolkan peribadi yang bersesuaian dengan

keperluan organisasi Islam

h. Mengemaskini Rekod Peribadi

Sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat peribadi atau lain-lain

maklumat, adalah menjadi tanggungjawab staf memaklumkan secara

bertulis dengan segera kepada Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia.

Maklumat penting yang dimaksudkan:

i) Alamat dan nombor telefon

ii) Butiran penama yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan

iii) Peningkatan kelulusan / kelayakan akademik

iv) Tambahan bilangan anak dan maklumat lengkap anak

v) Status perkahwinan bagi staf yang masih bujang semasa

berkhidmat

vi) Lain-lain maklumat yang memberi kesan kepada staf ataupun

syarikat

i. Penggunaan Telefon

Telefon pejabat bertujuan memberi kemudahan perhubungan syarikat

dengan pihak luar dan sebaliknya. Oleh itu staf adalah tidak dibenarkan

menggunakan telefon untuk membuat panggilan peribadi kecuali waktu

kecemasan.

j. Pemeliharaan Harta-Harta Syarikat

Setiap staf syarikat hendaklah bertanggungjawab bersama sepanjang

masa memelihara atau menjaga peralatan / harta syarikat.

k. Menyimpan Rahsia Syarikat

Staf adalah dikehendaki pada bila-bila masa sewaktu atau selepas

penamatan perkhidmatannya di dalam syarikat (kecuali dengan arahan

atau dikehendaki bagi tujuan menjalankan tugas) tidak akan

membocorkan, memberitahu atau menggunakan sebarang maklumat

rahsia atau sulit mengenai urusniaga, kewangan, perihal syarikat atau

operasi kepada pihak luar.

Page 58: GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Panduan PICOMS.pdf · tugas mengikut keperluan jawatannya dan hendaklah menumpukan sepenuh masa dan perhatian terhadap tugas tersebut atau lain-lain

GARIS PANDUAN SUMBER MANUSIA PICOMS Disember

2012

58 KOLEJ SAINS PERUBATAN ANTARABANGSA PUSRAWI (PICOMS)

l. Pencegahan / Elakkan Pembaziran

Setiap staf dikehendaki memberi kerjasama dan sumbangan mereka bagi

menutup semua suis lampu, komputer dan lain-lain bagi mengelakkan

pembaziran arus elektrik dan sentiasa menjaga keselamatan harta

syarikat dan tempat kerja.

Selain yang dinyatakan, semua staf adalah tertakluk kepada peraturan

tatatertib yang terkandung dalam akta 265 dan peraturan-peraturan lain

yang dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh syarikat.