garis panduan permohonan baru bas persiaran.pdf

1
GARIS PANDUAN PERMOHONAN BARU LESEN BAS PERSIARAN 1. Pemohon mesti mempunyai lesen perniagaan pelancongan dalam negeri yang diluluskan oleh Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992. 2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang 1 (Subperaturan 3(1)). 3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan dalam Borang 1 (Subperaturan 3(1)). Borang tersebut mestilah ditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat. 4. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan, Pejabat Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Putrajaya. 5. Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonan dalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Kumpulan Wang SPAD. 6. Sebarang kompaun mestilah dijelaskan sebelum permohonan dapat diproses (Jika ada). 7. Sekiranya permohonan yang diterima tidak lengkap, Kementerian akan menghantar notis 14 hari kepada syarikat bagi mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan. 8. Sekiranya diluluskan, SPAD akan mengeluarkan Surat Tawaran Kelulusan bagi tujuan melesenkan kenderaan. 9. Piagam Pelanggan: 35 hari dengan syarat maklumat lengkap. Dokumen sokongan a. Salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). b. Salinan penyata kewangan terkini yang diaudit (Jika berkenaan). c. Salinan penyata bank bagi 3 bulan terakhir / kemudahan kewangan. d. Statistik pelancong yang diuruskan bagi tempoh 3 bulan terakhir. e. Salinan invois penyewaan bas persiaran dari syarikat lain bagi tempoh 3 bulan terakhir. f. Senarai pemilikan lesen bas persiaran yang telah dimiliki. g. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (Perjanjian/surat tawaran yang diterima daripada pihak hotel/agensi/syarikat/organisasi/ persatuan). 1

Upload: shafiebuang

Post on 04-Sep-2015

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • GARIS PANDUAN PERMOHONAN BARU LESEN BAS PERSIARAN1. Pemohon mesti mempunyai lesen perniagaan pelancongan dalam negeri yang

    diluluskan oleh Pesuruhjaya Pelancongan di bawah Akta Industri Pelancongan1992.

    2. Permohonan hendaklah menggunakan Borang 1 (Subperaturan 3(1)).3. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan seperti

    yang dinyatakan dalam Borang 1 (Subperaturan 3(1)). Borang tersebut mestilahditandatangani oleh Pengarah dan dilengkapi dengan cop syarikat.

    4. Borang yang lengkap hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pelesenan, PejabatSuruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Putrajaya.

    5. Menyertakan fi pemerosesan sebanyak RM 50.00 bagi setiap permohonandalam bentuk Bank Draf/Kiriman Wang/Wang Pos atas nama Kumpulan WangSPAD.

    6. Sebarang kompaun mestilah dijelaskan sebelum permohonan dapat diproses(Jika ada).

    7. Sekiranya permohonan yang diterima tidak lengkap, Kementerian akanmenghantar notis 14 hari kepada syarikat bagi mengemukakan dokumensokongan yang diperlukan.

    8. Sekiranya diluluskan, SPAD akan mengeluarkan Surat Tawaran Kelulusan bagitujuan melesenkan kenderaan.

    9. Piagam Pelanggan: 35 hari dengan syarat maklumat lengkap.

    Dokumen sokongana. Salinan sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).b. Salinan penyata kewangan terkini yang diaudit (Jika berkenaan).c. Salinan penyata bank bagi 3 bulan terakhir / kemudahan kewangan.d. Statistik pelancong yang diuruskan bagi tempoh 3 bulan terakhir.e. Salinan invois penyewaan bas persiaran dari syarikat lain bagi tempoh 3 bulan

    terakhir.f. Senarai pemilikan lesen bas persiaran yang telah dimiliki.g. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (Perjanjian/surat tawaran yang

    diterima daripada pihak hotel/agensi/syarikat/organisasi/ persatuan).

    1