garis panduan penggunakan alatan...

4
UTHM/OSHE/GP.012 1 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE) GARIS PANDUAN PENGGUNAKAN ALATAN PENCEGAHAN JATUH DARI TEMPAT TINGGI (SAFETY HARNESS) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan dan pemahaman kepada setiap orang/pekerja yang menggunakan abah-abah keselamatan (safety harness), tali sawat (lanyard) dan tali nyawa (life line) untuk melakukan sesuatu kerja di dalam universiti. 2.0 SKOP Garis panduan ini digunapakai bagi seseorang yang dikehendaki bekerja pada sesuatu tempat dan mungkin terjatuh pada ketinggian lebih daripada 3 meter ketika melakukan kerja- kerja pembinaan kerja-kerja binaan kejuruteraan, kerja kendalian bangunan, pengubahsuaian bangunan/infra, penyelenggaraan, lanskap dan pembersihan di dalam universiti . 3.0 RUJUKAN 3.1 Garispanduan Pencegahan Jatuh di Tempat Kerja 2007 dikeluarkan oleh JKKP 3.2 Peraturan 12, Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 3.3 Peraturan 50-54, Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 4.0 DEFINISI / SINGKATAN Abah-abah Keselamatan Abah-abah Keselamatan adalah komponen yang direka sebagai sokongan kepada tubuh badan terutamanya untuk tujuan penangkapan jatuh.

Upload: doanh

Post on 26-Mar-2018

309 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENGGUNAKAN ALATAN …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Guidelines/...(SAFETY HARNESS) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi

UTHM/OSHE/GP.012

1 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

GARIS PANDUAN PENGGUNAKAN ALATAN PENCEGAHAN

JATUH DARI TEMPAT TINGGI (SAFETY HARNESS)

1.0 TUJUAN

Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan dan pemahaman kepada

setiap orang/pekerja yang menggunakan abah-abah keselamatan (safety harness), tali sawat

(lanyard) dan tali nyawa (life line) untuk melakukan sesuatu kerja di dalam universiti.

2.0 SKOP

Garis panduan ini digunapakai bagi seseorang yang dikehendaki bekerja pada sesuatu

tempat dan mungkin terjatuh pada ketinggian lebih daripada 3 meter ketika melakukan kerja-

kerja pembinaan kerja-kerja binaan kejuruteraan, kerja kendalian bangunan, pengubahsuaian

bangunan/infra, penyelenggaraan, lanskap dan pembersihan di dalam universiti .

3.0 RUJUKAN

3.1 Garispanduan Pencegahan Jatuh di Tempat Kerja 2007 dikeluarkan oleh JKKP

3.2 Peraturan 12, Peraturan-peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang

dan Jentera

3.3 Peraturan 50-54, Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan

Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan)

4.0 DEFINISI / SINGKATAN

Abah-abah Keselamatan Abah-abah Keselamatan adalah komponen yang direka

sebagai sokongan kepada tubuh badan terutamanya untuk

tujuan penangkapan jatuh.

Page 2: GARIS PANDUAN PENGGUNAKAN ALATAN …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Guidelines/...(SAFETY HARNESS) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi

UTHM/OSHE/GP.012

2 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

5.0 KOMPONEN PERALATAN KESELAMATAN KETIKA BEKERJA DI TEMPAT TINGGI

Abah-abah Keselamatan (Full Body Harness)

Topi Keselamatan Anchorage

Tali sawat (Lanyard)

Penyangkut (Snap Hooks)

D-ring

Tali nyawa (Horizantal Life Line)

Tali nyawa (Vertical Life Line)

Rope Grab

Work Positioning Belt

Page 3: GARIS PANDUAN PENGGUNAKAN ALATAN …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Guidelines/...(SAFETY HARNESS) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi

UTHM/OSHE/GP.012

3 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

6.0 CARA PEMAKAIAN ABAH-ABAH KESELAMATAN

7.0 TATACARA BEKERJA DI TEMPAT TINGGI MENGGUNAKAN PERALATAN

PENCEGAHAN JATUH

Periksa abah-abah

keselamatan terlebih

dahulu dan pastikan

ianya berkeadaan

baik seperti tiada

kesan terpotong atau

koyak dan tiada

jahitan yang terputus.

Sarungkan abah-

abah keselamatan

pada bahagian

tangan dan kaki.

Laraskan abah-abah

keselamatan di

bahagian dada

/pinggang dan peha

mengikut sesesuaian

(pastikan tidak terlaku

ketat dan terlalu

longgar).

Pastikan D-ring

berada ditengah-

tengah antara bahu

kanan dan bahu kiri.

Sediakan peralatan pencegahan jatuh yang

mencukupi apabila dikehendaki melakukan

kerja-kerja di tempat tinggi. Pastikan pekerja

yang melakukan kerja di tempat tinggi

mempunyai kemahiran dan kesihatan yang

baik.

Periksa dan pastikan abah-abah keselamatan,

tali sawat (lanyard), tali nyawa (life line),

penyangkut (snap hooks) dan topi keselamatan

berkeadaan baik.

Page 4: GARIS PANDUAN PENGGUNAKAN ALATAN …oshe.uthm.edu.my/v2/images/doc/MACHINERY_SAFETY_SECTION/Guidelines/...(SAFETY HARNESS) 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan bertujuan untuk memberi

UTHM/OSHE/GP.012

4 BAHAGIAN PERSEKITARAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSHE)

Pakai topi keselamatan dan sarungkan abah-

abah keselamatan pada badan dan laraskan

mengikut kesesuai dan keselesaan.

Mulakan aktiviti memanjat dan pastikan :

Penyangkut (snap hooks) sentiasa di sangkut

pada bahagian tangga atau bahagian

perancah pada aras yang lebih tinggi daripada

aras pinggang atau

Rope grab pada tali sawat (lanyard)

berhubung / bersambung dengan tali nyawa

(vertical life line).

Apabila sampai di kawasan bekerja, pastikan

penyangkut (snap hooks) pada tali sawat

(lanyard) di sangkut kepada tali nyawa

(horizontal life line) atau di sangkut pada

anchorage.

Mulakan kerja di tempat tinggi dan perlu

sentiasa mengambil langkah berhati-hati

ketika bekerja bagi mengelakkan sebarang

kemalangan dari berlaku.