garis panduan pendaftaran sebagai penanam · pdf file6.3 pemohon perlu mendaftarkan maklumat...

Download GARIS PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENANAM · PDF file6.3 Pemohon perlu mendaftarkan maklumat di dalam Borang E – ... dan pejabat-pejabat Wilayah / Negeri di ... agensi/syarikat yang

If you can't read please download the document

Upload: voque

Post on 07-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • ______________________________________________________________________ KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

    GARIS PANDUAN

    PENDAFTARAN SEBAGAI

    PENANAM SPESIES TERJADUAL

    (KARAS/DEPU)

    DI BAWAH AKTA 686

    PERDAGANGAN ANTARABANGSA

    MENGENAI SPESIES TERANCAM

    ______________________________________________________________________

    LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA

    KPPK

  • ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENDAFTARAN BARU DAN PEMBAHARUAN PENDAFTARAN Pendahuluan 1 Latarbelakang 1 Tujuan Pendaftaran 2 Spesies Kayu Yang Disenarai Sebagai Spesies Terjadual 2 (Jadual Ketiga) Fi/Yuran Pendaftaran dan Bayaran Permohonan 3 Permit dan Sijil Syarat Pendaftaran Bagi Penanam Spesies Terjadual 3 Borang E, Borang F dan Borang Memohon Permit Eksport, 3 Permit Import dan Sijil Eksport Semula CITES Pendaftaran Menggunakan Borang E 4 Pemeriksaan Pasukan Petugas Teknikal 4 Pembaharuan Pendaftaran Menggunakan Borang F 5 Proses dan Perakuan Pendaftaran 5 Lampiran I 6 - Carta Aliran Proses Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual Lampiran II 7 - Alamat Ibu Pejabat dan Pejabat MTIB Wilayah dan Negeri Di Semenanjung Malaysia - Alamat Pejabat Wilayah MTIB Sabah 8

  • PENDAFTARAN BARU DAN

    PEMBAHARUAN PENDAFTARAN LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA ______________________________________________________________________ KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

  • 1. PENDAHULUAN

    1.1 Garispanduan ini disediakan bertujuan untuk memberi panduan dan

    sebagai rujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan

    pendaftaran untuk aktiviti pembiakkan secara buatan ( atau juga dipanggil

    sebagai penanam) pokok spesies terjadual sepertimana termaktub dalam

    Peraturan-peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies

    Terancam (Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) yang diperbuat

    dibawah seksyen 54: Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies

    Terancam 2008, AKTA 686.

    1.2 Penekanan dan fokus garispanduan ini adalah kepada aktiviti tanaman

    karas/gaharu atau Aqularia spp, selaras dengan kepentingan aktiviti

    tanaman tersebut pada masa kini.

    2. LATAR BELAKANG

    2.1 AKTA 686: PERDAGANGAN ANTARABANGSA MENGENAI SPESIES

    TERANCAM 2008 telah diwartakan pada 14 Februari 2008 manakala

    Peraturan-peraturan Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies

    Terancam (Permit, Perakuan, Pendaftaran dan Fi) diwartakan pada 24

    Disember 2009. Pelaksanaannya akan mula dikuatkuasakan sepenuhnya

    pada 1 Julai 2010. MTIB mentadbir pelaksanaan AKTA 686 meliputi

    kawasan Semenanjung dan Sabah. Jabatan Perhutanan Sarawak

    mentadbir bagi negeri Sarawak.

    2.2 Mana-mana orang atau syarikat yang menghasilkan tumbuhan yang

    dibiakbakakan dalam kurungan atau dibiakkan secara buatan (bagi tujuan

    perdagangan komersial) tanpa berdaftar dengan MTIB adalah melakukan

    suatu kesalahan. Mana-mana orang atau syarikat yang tidak memohon

    untuk berdaftar bagi menghasilkan tumbuhan dibiakkan secara buatan

    adalah melakukan suatu kesalahan.

    2.3 Bagi memenuhi maksud dalam perkara 2.2 MTIB perlu melaksanakan

    pendaftaran penanam spesies terjadual (Karas/Gaharu) seperti kehendak

    Akta 686.

  • 3. TUJUAN PENDAFTARAN

    3.1 Memastikan penanam spesies terjadual mematuhi peraturan di bawah Akta 686.

    3.2 Mengatur dan mengawalselia perdagangan antarabangsa spesies

    terjadual dalam Senarai Apendiks CITES.

    3.3 Menyusun dan membantu pembangunan industri spesies terjadual (tanaman, pasaran dan perdagangan antarabangsa).

    3.4 Mengumpul dan menyenggara maklumat dan rekod mengenai industri

    spesies terjadual

    4. SPESIES KAYU YANG DISENARAI SEBAGAI SPESIES TERJADUAL

    JADUAL KETIGA

    APPENDICES

    I II III

    FLORA (PLANTS)

    Family : Araucariaceae (Monkey-puzzle tree)

    Araucaria araucana (Chilean Pine)

    Family : Leguminosae (Fabaceae) (Afrormosia, Cristobal, Rosewood, Sandalwood)

    Dalbergia nigra (Brazilian Rosewood)

    Caesalpinia echinata #10 Pericopsis elata #5 (Devils Tree, Red Bark) Platymiscium pleiostachyum #1 (Cachimbo, Cristobal, Nambar) Pterocarpus santalinus #7 (Angsana, Sena)

    Dipteryx panamensis (Pittier)

    Family : Meliaceae (Mahoganies, Spanish Cedar)

    Swietenia humilis #1 (Honduras, Mexican Mahogany) Swietenia macrophylla #6 (Brazilian, Bolivian Mahogany) Swietenia mahagoni #5 (Cuban, Spanish Mahogany)

    Cedrela odorata #5 (Cigar Box, Spanish Cedar)

    Family : Pinaceae (Guatemala Fir)

    Abies guatemalensis (Guatemala Fir)

    Family : Podocarpaceae (Podocarps)

    Podocarpus parlatorei (Parlotores Podocarp)

    Podocarpus nerifolius #1 (Podo)

    Family : Thymelaeaceae (Aquilarlaceae) (Agarwood, Ramin)

    Aquilaria spp. #1 (Agarwood) Gonystylus spp. #1 (Ramin) Gyrinops spp. #1

  • 5. FI/YURAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN PERMOHONAN PERMIT DAN

    SIJIL

    Fi dan Yuran yang dikenakan kepada pemohon adalah seperti dinyatakan dalam

    Peraturan Pendaftaran, Fi / Yuran dan permit dimana bayaran pendaftaran

    baharu bagi aktiviti pembiak bakaan ialah RM200 setahun manakala bagi

    pembaharuan pendaftaran ialah RM100 setahun.

    6. SYARAT PENDAFTARAN BAGI PENANAM SPESIES TERJADUAL

    6.1 Bagi orang perseorangan/penanam individu atau suatu pertubuhan

    perbadanan yang menjalankan aktiviti biakbakakan secara buatan dan

    aktiviti dibiakkan secara semulajadi terhadap spesies terjadual bagi

    maksud perdagangan komesial perlu memohon untuk berdaftar. Carta

    aliran keseluruhan proses pendaftaran adalah seperti di Lampiran I

    6.2 Pemohon hendaklah mempunyai maklumat hak milik tanah yang lengkap

    yang digunakan bagi penanaman spesies terjadual sama ada tanah

    persendirian atau tanah sewaan/pajakan. Sekiranya pemohon

    menyewa/memajak tanah persendirian atau tanah kerajaan, dokumen

    yang berkaitan harus dikemukakan semasa proses pendaftaran berjalan.

    6.3 Pemohon perlu mendaftarkan maklumat di dalam Borang E

    Permohonan Bagi Pendaftaran Sebagai Penanam Spesies Terjadual.

    Suatu Surat Akuan Pendaftaran sebagai penanam spesies terjadual

    akan ditadbirkan oleh MTIB.

    6.4 Setelah berdaftar dengan MTIB dan bagi merekodkan pembaharuan

    pendaftaran secara tahunan, pemohon perlu mengisi maklumat

    menggunakan Borang F Permohonan Bagi Pembaharuan Pendaftaran

    Sebagai Penanam Spesies Terjadual.

    7. BORANG E, BORANG F DAN BORANG MEMOHON PERMIT EKSPORT,

    PERMIT IMPORT DAN SIJIL EKSPORT SEMULA CITES

    7.1 Semua borang-borang tersebut boleh diperolehi dari Ibu Pejabat MTIB

    dan pejabat-pejabat Wilayah / Negeri di Semenanjung dan Sabah

    dialamat yang dinyatakan pada Lampiran II.

  • 8. PENDAFTARAN MENGGUNAKAN BORANG E

    8.1 Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian I. Maklumat pemilikan sendiri

    atau syarikat, alamat premis pejabat dan kebun / ladang / tapak semaian

    (nursery) dan tempoh pendaftaran yang dipohon.

    8.2 Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian II. Maklumat daftar perniagaan

    di bawah Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956. Meliputi jenis

    perniagaan, milikan (tunggal atau perkongsian), perjanjian sewa / pajak

    tanah, butiran ahli kongsi dan pegangan saham.

    8.3 Mengisi maklumat lengkap pada Bahagian III. Maklumat daftar

    perbadanan syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

    Meliputi jenis syarikat, pegangan syer, maklumat Lembaga Pengarah dan

    laln-lain yang berkaitan.

    8.4 Bahagian IV perlu diisi dengan lengkap kerana ia merujuk kepada

    maklumat mengenai kawasan tanaman karas, status tanah, jenis daftar

    kawasan tanaman karas, (nombor lot/geran tanah), nama spesies karas

    yang ditanam, tarikh mula penanaman, sumber pokok diperolehi, kos

    projek, sumber modal dan data purata pengeluaran karas / gaharu /

    agarwood pada setiap bulan.

    8.5 Bahagian V memerlukan mereka yang terlibat sebagai penanam karas

    menyatakan maklumat tenaga kerja dan pengurusan.

    9. PEMERIKSAAN PASUKAN PETUGAS TEKNIKAL

    Sebelum MTIB memperakukan dan meluluskan pendaftaran sebagai penanam

    spesies terjadual, satu pasukan petugas teknikal akan melawat dan memeriksa

    kawasan tanah berkaitan bagi membuat pengesahan. Setelah disahkan

    maklumat adalah teratur, MTIB secara rasmi akan mendaftarkan pemohon

    sebagai penanam spesies terjadual. Satu Surat Perakuan Pendaftaran akan

    dikeluarkan MTIB kepada pihak penanam yang berkenaan.

  • 10. PEMBAHARUAN PENDAFTARAN MENGGUNAKAN BORANG F

    Setiap individu, agensi/syarikat yang diperakukan pendaftaran sebagai penanam

    Spesies Terjadual (karas/depu) dengan MTIB harus memperbaharui pendaftaran

    pada setiap tahun dengan menggunakan Borang F. Penanam diminta

    memasukkan maklumat jumlah karas/depu yang sudah dituai/tebang dalam

    tempoh satu tahun kalender, pasaran dimana karas/gaharu dibekalkan

    disamping maklumat asas (nama individu/syarikat, alamat premis, tahun mula

    beroperasi dan jenis spesies ditanam).

    11. PROSES DAN PERAKUAN PENDAFTARAN

    Borang E dan Borang F yang telah dilengkapkan berserta lampiran dokumen

    yang berkaitan, hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat MTIB, Kuala Lumpur seperti

    berikut:-

    Bahagian Pendaftaran, Pelesenan & Penguatkuasaan

    Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia

    Tingkat