garis panduan pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · garis panduan pelaksanaan mygaya hidup terkini...

78
Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Upload: others

Post on 24-May-2020

85 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

Garis Panduan Pelaksanaan

MYGaya Hidup Terkini

Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM

dan Kementerian Pendidikan Malaysia

Page 2: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian
Page 3: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

ii

Page 4: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

iii

Garis Panduan Pelaksanaan

MYGaya Hidup Terkini

Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM

dan Kementerian Pendidikan Malaysia

2016

Page 5: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

iv

Penasihat

Dr Noor Aliyah Binti Ismail

Editor

Dr Nizam Baharom

Dr Sharol Lail Sujak

Dr Fauziah Ahmad

Edisi Pertama 2016

@Program Kesihatan Pergigian KKM

Hak cipta terpelihara, tiada bahagian dari

terbitan ini boleh diterbitkan semula,

disimpan dalam apa jua bentuk mekanikal

atau elektronik kecuali setelah mendapat

kebenaran penerbit

Pengkatalogan

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan

Garis Panduan Pelaksanaan PROGRAM PENCEGAHAN DAN INTERVENSI

MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENERUSI

PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH / Editor Dr Nizam Baharom, Dr

Sharol Lail Sujak, Dr Fauziah Ahmad.

ISBN 978-967-12079-1-8

1. Smoking—Prevention. 2.Students—Dental care.

I. Nizam Baharom, Dr. II. Sharol Lail Sujak, Dr. III. Fauziah Ahmad, Dr.

616.86506

Diterbitkan oleh

Program Kesihatan Pergigian

Kementerian Kesihatan Malaysia

Aras 5, Blok E10, Komplek E, Precint 1

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62590 Putrajaya

Tel: 603-88834215

Faks: 603-88886133

Email: [email protected]

Website: http://ohd.moh.gov.my

Facebook: www.facebook.com/pergigiankkm

Blogspot: www.ohdmoh.blogspot.com

Page 6: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

v

Kandungan

Serangkai kata dari Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia vi

Kata Aluan Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM vii

1.0 Pengenalan 2

2.0 Konsep dan Justifikasi 3

3.0 Objektif Program 4

4.0 Pelaksanaan Program 5

4.1 Carta Alir Pelaksanaan Program 6

4.2 Saringan 7

4.3 Pencegahan dan Intervensi Ringkas 9

4.4 Intervensi Lanjutan Pelajar Yang Merokok 12

4.5 Laporan Pencapaian Program 13

5.0 Apendiks 16

Apendiks A Rekod Saringan Merokok (PPIM 01-2016) 17

Apendiks B Borang Penilaian Tabiat Merokok (Intervensi Lanjutan) (PPIM 02-2016)

18

Apendiks C TEKNIK 5R 20

Apendiks D Slaid-Slaid Taklimat Pendidikan Kesihatan Pergigian 21

Apendiks E Kaedah DEAD Pointers 25

Apendiks F Borang Ujian Fagerstrom 26

Apendiks G Interpretasi Markah Ujian Fagerstrom dan Tindakan Susulan

27

Apendiks H Modul Intervensi Lanjutan 28

Apendiks I Rekod Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPIM 03-2016)

64

Apendiks J Daftar Intervensi Lanjutan Di Sekolah Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigan Sekolah (PPIM 04-2016)

65

Apendiks K Rekod Intervensi Lanjutan Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah (PPIM 05-2016)

66

6.0 Penyumbang 67

Page 7: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

vi

Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Amalan merokok merupakan faktor risiko utama yang telah

menyumbang kepada peningkatan penyakit tidak berjangkit.

Menurut kajian Global Youth Tobacco Survey 2009 , 46.7% murid

lelaki dan 12.4% murid perempuan yang berumur 13-15 tahun ada

mencuba menghisap rokok. Sementara, prevalen perokok semasa

pula adalah 30.9% di kalangan murid lelaki dan 5.3% di kalangan

murid perempuan. Ini amat membimbangkan!

Oleh itu, Program Pencegahan Dan Intervensi Merokok Dalam

Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian

Sekolah telah dirangka untuk menurunkan prevalen merokok di

kalangan murid sekolah. Program ini adalah program kerjasama di

antara Bahagian Kesihatan Pergigian dan Bahagian Kawalan

Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Bahagian

Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia

(KPM). Program ini merupakan elemen tambahan kepada

Perkhidmatan Pergigian Sekolah yang sedia ada.

Untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar maka lahirlah

Garis Panduan Perlaksanaan Program Pencegahan Dan Intervensi

Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan

Pergigian Sekolah. Modul ini bakal menjadi rujukan yang

komprehensif kepada semua pihak yang terlibat. Akhir kata, saya

berharap misi kearah generasi bebas rokok akan tercapai!

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Page 8: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

vii

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia

Pelan Strategik Bagi Kawalan Tembakau 2015-2020 telah menggariskan polisi

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu kearah generasi bebas dari sebarang

bentuk amalan merokok melalui tiga (3) misi utama iaitu:

Sasaran kanak-kanak lahir pada tahun 2009 dan ke atas tidak memulakan

tabiat merokok

Menjadikan amalan merokok yang tidak diterima masyarakat dan

Menjadikan 100% tempat-tempat awam sebagai tempat dilarang merokok

Pelan ini mensasarkan tiga (3) objektif utama iaitu:

Mengekalkan prevalen merokok kurang daripada 5% di kalangan wanita

berumur 15 tahun dan ke atas

Menurunkan prevalen merokok kepada 15% menjelang tahun 2025

Mensasarkan penurunan kurang daripada 5% prevalen merokok (towards the

end game)

Bagi memastikan objektif tersebut tercapai, Bahagian Kesihatan Pergigian

memainkan peranan yang besar melalui “incremental dental care” dimana setiap

kanak-kanak sekolah akan mendapat pemeriksaan pergigian semenjak dari berumur

7 tahun iaitu yang berada di Tahun 1 persekolahan sehingga mereka menamatkan

alam persekolahan akan dapat membantu untuk mencapai misi Pelan Stratergik

Bagi Kawasan Tembakau 2015 – 2020 iaitu, kanak-kanak yang lahir pada tahun

2009 dimana pada tahun 2016 mereka berada di tahun 1 persekolahan dan ke atas

tidak memulakan tabiat merokok dan menjadikan amalan merokok amalan yang

tidak diterima masyarakat.

Justeru itu Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar

Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah melalui aktiviti “incremental

dental care” adalah satu kaedah yang sangat tepat dalam memastikan objektif Pelan

Stratergik Bagi Kawalan Tembakau 2015-2020 tercapai.

Dr Noor Aliyah Binti Ismail

Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 9: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

1

Page 10: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

2

1.0 Pengenalan

Sejak tahun 1980, merokok telah dikenalpasti sebagai satu faktor risiko bersama

(common risk factor) untuk penyakit tidak berjangkit seperti penyakit kardiovaskular,

kanser dan penyakit kronik obstruktif paru-paru, serta penyakit kesihatan oral1.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjangkakan penggunaan tembakau seperti

merokok akan menyebabkan kematian seramai 6 juta orang setahun2. Separuh

daripada perokok akan mengalami kematian pra-matang akibat merokok.

Menurut kajian Global Youth Tobacco Survey (GYTS)

2009, hampir separuh (46.7%) pelajar lelaki pernah

mencuba rokok sebelum umur 16 tahun, manakala 12.4%

pelajar perempuan pernah mencuba rokok sebelum umur

16 tahun3. Kajian ini juga menunjukkan bahawa prevalen

perokok semasa dalam kalangan pelajar berumur 13-15

tahun adalah 18.2% (pelajar lelaki 30.9%, pelajar

perempuan 5.3%).

Malaysia adalah salah sebuah negara yang telah menandatangani perjanjian

antarabangsa WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang telah

berkuatkuasa sejak 2005. Seiringan dengan itu juga, satu Pelan Strategik Kawalan

Tembakau Kebangsaan 2015-2020 juga telah diwujudkan. Di antara misinya adalah

untuk mewujudkan generasi Malaysia bebas tembakau.

Perkhidmatan pergigian di Malaysia mempunyai potensi yang besar untuk

menyumbang kepada pencegahan dan intervensi faktor risiko merokok ini. Menurut

Laporan Kesihatan Oral Sedunia 20034, perkhidmatan kesihatan pergigian boleh

memainkan peranan kerana:

a. Kesan merokok menyebabkan kerosakan gigi dan periodontal

b. Perkhidmatan ini mempunyai akses kepada kanak-kanak dan berpeluang untuk

mempengaruhi mereka sebelum ketagihan nikotin menjadi lebih serius

c. Anggota perkhidmatan kesihatan pergigian mampu meningkatkan motivasi

perokok untuk berhenti dengan menunjukkan kesan sebenar merokok pada gigi

dan mulut

d. Intervensi perkhidmatan kesihatan pergigian boleh menunjukkan kesan

intervensi yang sama efektif dengan anggota kesihatan yang lain.

Rujukan

1. WHO1980. Risk factors and comprehensive control of chronic diseases. Geneva: World Health Organization

2. WHO 2015. Tobacco Fact Sheet No 339. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs339/en/

3. Malaysia Global Youth Tobacco Survey (GYTS) Fact Sheet. 2009.

http://nccd.cdc.gov/gtssdata/Ancillary/DataReports.aspx?CAID=1

4. Petersen PE. The World Oral Health Report 2003. Continuous improvement of oral health in the 21st century and the

approach of the World Health Organization Global Oral Health Programme. Geneva, World Health Organization, 2003.

Page 11: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

3

2.0 Konsep dan Justifikasi Program

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah telah diperkenalkan pada tahun 1957.

Penjagaan kesihatan pergigian yang komprehensif dan sistematik ini diberi untuk

memastikan murid-murid sekolah mempunyai kesihatan mulut yang baik apabila

mereka tamat zaman persekolahan. Jururawat Pergigian dan Pegawai Pergigian

bertanggungjawab memeriksa dan merawat kesihatan oral murid-murid tersebut.

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan samada melalui Klinik

Pergigian Sekolah, Pasukan Pergigian Bergerak atau Klinik Pergigian Bergerak.

Perkhidmatan pergigian di sekolah dijalankan secara tahunan. Ini bermakna pelajar

yang sama akan mendapat intervensi dan pengukuhan mesej tidak merokok dari

tahun ke tahun. Program yang berterusan sebegini mampu menyumbang ke arah

pembentukan generasi Malaysia bebas tembakau.

Perkhidmatan kesihatan pergigian mempunyai potensi yang besar untuk

mempengaruhi pelajar yang merokok untuk berhenti merokok. Pelajar dapat

menerima nasihat daripada anggota perkhidmatan kesihatan pergigian kerana

pemeriksaan dapat menunjukkan kesan merokok kepada kesihatan oral. Pelajar juga

tidak merasakan beban masalah disiplin apabila berbincang dengan anggota

perkhidmatan kesihatan pergigian.

Pelaksanaan Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar

Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah ini dapat menyumbang ke arah

penurunan prevalen merokok dalam kalangan pelajar. Intervensi ringkas yang

berdasarkan konsep 5A dan 5R bukan sahaja dapat meningkatkan kadar pengesanan

pelajar yang merokok, malah ia juga berpotensi untuk meningkatkan motivasi pelajar

yang merokok untuk berhenti merokok. Kaedah intervensi ringkas dapat menambah

nilai perkhidmatan kesihatan pergigian di sekolah, tanpa meningkatkan beban hakiki

sedia ada.

Page 12: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

4

3.0 Objektif Program

3.1 Objektif umum

Untuk menurunkan prevalen merokok dalam kalangan pelajar sekolah

menerusi pencegahan dan intervensi kepada pelajar.

3.2 Objektif khusus

Untuk mengetahui status merokok dalam kalangan pelajar menerusi

saringan.

Untuk memberikan pencegahan dan intervensi ringkas kepada pelajar

untuk menghindari / berhenti merokok.

Untuk menggalakkan pelajar yang telah mula merokok untuk berhenti

merokok menerusi intervensi lanjutan.

Page 13: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

5

4.0 Pelaksanaan Program

Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah dilaksanakan dengan kerjasama di antara

Bahagian Kesihatan Pergigian, Bahagian Kawalan Penyakit (Kementerian Kesihatan

Malaysia) dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini akan dilakukan sewaktu

perkhidmatan pergigian sekolah dijalankan.

Pelaksanaan program ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian utama iaitu:

1. Saringan dan Intervensi Ringkas

2. Intervensi Lanjutan Untuk Pelajar Yang Merokok

Pelaksanaan saringan dan intervensi ringkas adalah berdasarkan konsep 5A dan 5R

dan intervensi lanjutan menggunakan modul yang berdasarkan Garis Panduan

Pelaksanaan Program Pencegahan dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar

Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah.

Page 14: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

6

4.1 Carta Alir Pelaksanaan Program

Mula

Tamat

Rujuk kepada kaunselor sekolah untuk program

intervensi kaunselor bersama MySihat

SARINGAN

Menentukan status

merokok pelajar

Perokok Semasa

Current Smoker

Bekas Perokok

Ex-Smoker

Perokok Pasif

Passive Smoker Bukan Perokok

Non Smoker

PENCEGAHAN DAN INTERVENSI RINGKA oleh Jururawat / Pegawai Pergigian

1. Sewaktu rawatan pergigian

2. Sewaktu Pendidikan kesihatan pergigian

INTERVENSI LANJUTAN

Secara berkumpulan atau individu

oleh Pakar Pergigian Kesihatan

Awam atau Pegawai Pergigian

Pemantauan di

tahun hadapan

Pelajar berhenti merokok

Pelajar masih merokok

Page 15: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

7

4.2 Saringan

Tujuan proses saringan adalah untuk mengenalpasti status merokok para pelajar.

Proses saringan boleh dilakukan sewaktu pemeriksaan gigi pelajar. Soalan ringkas

yang perlu ditanya ialah:

a. Adakah anda merokok ?

b. Adakah anda pernah merokok ?

c. Adakah anda terdedah kepada asap rokok di rumah dan persekitaran?

Pelaksanaan soalan saringan boleh dilakukan secara informal, mengikut kesesuaian

dan peringkat umur pelajar. Hasil soalan saringan merokok, status merokok pelajar

boleh ditentukan seperti carta alir berikut:

Pemerhatian juga boleh membantu menentukan status merokok pelajar. Tanda-tanda

yang mungkin didapati adalah:

a. Bau rokok pada pernafasan / pakaian

b. Stain nikotin – perubahan warna pada gigi disebabkan stain nikotin

c. Smoker’s lip – bibir gelap / hitam disebabkan merokok

d. Smoker’s palate – keputihan pada lelangit mulut

Page 16: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

8

Definisi status merokok pelajar yang digunapakai di sini adalah,

Status Merokok

Definisi

Perokok Semasa

Seseorang yang merokok sekurang-kurangnya

satu rokok dalam tempoh 7 hari yang lalu

Bekas Perokok

Seseorang yang tidak merokok untuk 6 bulan

lepas atau lebih

Perokok Pasif

Seseorang yang tidak merokok secara terus

tetapi terdedah kepada asap rokok di rumah

sahaja

Bukan Perokok Seseorang yang tidak pernah merokok

Hasil saringan hendaklah dicatatkan di dalam borang PPIM 01-2016 (Apendiks A)

yang dicop pada rekod pergigian pelajar (Kad Rawatan Pesakit Am / Sekolah L.P.8-1

Pin.7/97).

Page 17: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

9

4.3 Pencegahan dan Intervensi Ringkas

Intervensi ringkas adalah amalan yang mengenalpasti masalah merokok dalam masa

yang singkat dan menggunakan nasihat kesihatan yang ringkas untuk meningkatkan

motivasi penerima untuk mengatasi masalah tersebut.

Kaedah intervensi ringkas yang sering digunakan untuk merokok adalah kaedah 5A.

Kajian menunjukkan bahawa kaedah 5A mampu meningkatkan peluang seseorang

perokok untuk berhenti merokok, walaupun ianya adalah intervensi ringkas.

Komponen kaedah 5A adalah seperti berikut:

a. Ask Tanyakan status merokok pada setiap peluang yang ada

b. Advise Galakkan perokok untuk berhenti merokok dengan nasihat yang

efektif, jelas dan personal

c. Assess Tentukan keinginan dan kesediaan perokok untuk berhenti merokok

d. Assist Bantu tingkatkan motivasi perokok untuk berhenti dengan jayanya

e. Arrange Aturkan intervensi lanjutan untuk perokok mendapatkan khidmat

berhenti merokok yang sesuai. Pantau perkembangan perokok agar

dapat mengikuti sasaran berhenti merokok

Terdapat juga adaptasi kepada kaedah 5A, iaitu kaedah 3A (Ask, Advise, Arrange)

dan juga kaedah ABC (Ask, Brief advise, refer to Cessation).

Pencegahan merokok dan intervensi ringkas berhenti merokok dilakukan pada dua

waktu iaitu:

a. Sewaktu pemeriksaan / rawatan pergigian pelajar individu

b. Sewaktu pendidikan kesihatan pergigian secara berkumpulan kepada pelajar

Page 18: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

10

Pencegahan dan intervensi ringkas sewaktu pemeriksaan / rawatan pergigian pelajar

individu adalah berdasarkan status merokok pelajar:

Status Merokok Nasihat Ringkas

Bukan Perokok

dan

Perokok Pasif

Merokok membahayakan kesihatan diri dan orang lain

Merokok menyebabkan gigi cepat rosak

Merokok menyebabkan kulit muka menjadi kusam

Merokok menjadikan pernafasan menjadi semput

Jangan mencuba rokok

Jangan jadi mangsa kepada ketagihan tembakau / nikotin

Jauhkan diri dari asap rokok, jangan hidu asap rokok basi

Bekas Perokok

Tahniah kerana berjaya berhenti merokok

Kekalkan semangat untuk tidak merokok lagi

Ingatkan keburukan merokok (seperti di atas)

Perokok Semasa

Merokok merupakan ketagihan kepada nikotin, namun

ketagihan ini boleh diatasi.

Banyak kebaikan untuk berhenti merokok sekarang:

a. Gigi bertambah bersih

b. Kesihatan mulut bertambah baik

c. Paru-paru semakin cergas dan kuat

d. Kulit tidak lagi kusam

e. Dapat jimatkan wang

f. Risiko mendapat penyakit berkurangan (kanser paru-

paru, penyakit jantung, kanser mulut, dan lain-lain)

g. Dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran

Tingkatkan semangat untuk berhenti merokok.

Bagi meningkatkan motivasi perokok untuk berhenti merokok, teknik pendekatan 5R

lazim digunakan (Apendiks C).

Page 19: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

11

Slaid 1

Slaid 2

Slaid 3

Pencegahan dan intervensi ringkas merokok sewaktu taklimat pergigian secara

berkumpulan kepada pelajar:

Sekurang-kurangnya tiga (3) dari tujuh (7) slaid Powerpoint yang telah disediakan

ditambah di dalam taklimat pergigian yang diberikan kepada para pelajar secara

berkumpulan (Apendiks D). Penekanan diberikan untuk meningkatkan pengetahuan /

fakta tentang bahaya rokok kepada pelajar agar pelajar dapat membuat pertimbangan

untuk menghindari / berhenti merokok. Penyampaian adalah di dalam bahasa yang

mudah difahami oleh semua peringkat umur pelajar.

Page 20: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

12

4.4 Intervensi Lanjutan Pelajar Yang Merokok

Bagi pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti sebagai perokok semasa, satu intervensi

lanjutan akan diberikan. Intervensi lanjutan ini bertujuan untuk membantu pelajar-

pelajar yang merokok untuk berhenti merokok.

Intervensi boleh dilakukan di dalam bentuk berkumpulan atau secara individu.

Intervensi adalah berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan Program Pencegahan

dan Intervensi Merokok Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan

Pergigian Sekolah (Apendiks H). Terdapat 8 topik utama di dalam modul ini.

Pelajar yang merokok perlu menjalankan intervensi ini sekurang-kurangnya 3 kali

setahun. Intervensi secara berkumpulan boleh dilakukan secara kolektif dalam satu

daerah, di mana pelajar-pelajar dari beberapa sekolah di dalam satu daerah boleh

dikumpul bersama.

Kerjasama pihak sekolah adalah penting untuk menjayakan intervensi lanjutan ini.

Walau bagaimana pun, pelajar yang mempunyai kriteria berikut perlu dirujuk kepada

pihak kaunselor sekolah masing-masing untuk tindakan susulan oleh pihak sekolah.

Kriteria pelajar untuk dirujuk kepada kaunselor sekolah adalah:

a. Pelajar masih lagi merokok dan tidak berminat untuk berhenti merokok atau

tidak menunjukkan keinginan untuk berhenti merokok setelah beberapa kali

menjalani intervensi lanjutan.

b. Pelajar mempunyai masalah sosial seperti penggunaan dadah terlarang atau /

dan masalah disiplin yang lain.

Untuk tujuan rekod, fail khas perlu diwujudkan untuk menyimpan dokumen dan

maklumat intervensi lanjutan yang dilaksanakan kepada setiap pelajar yang terlibat.

Semua anggota yang dipertanggungjawabkan perlu memastikan dokumen ini

disimpan ditempat yang selamat dengan akses yang terhad bagi memastikan

keselamatan dokumen terkawal.

Page 21: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

13

4.5 Laporan Pencapaian Program

Semua maklumat berkaitan aktiviti yang dijalankan perlulah direkod dan dilaporkan

pada setiap peringkat iaitu peringkat sekolah, daerah dan negeri. Laporan boleh

dibahagikan seperti berikut:

a. Aktiviti saringan dan intervensi ringkas

b. Aktiviti intervensi lanjutan

4.5.1 Aktiviti Saringan dan Intervensi Ringkas

Data status merokok pelajar perlu diwujudkan bagi memudahkan

pengumpulan data peringkat sekolah. Borang PG 307 yang diubahsuai

dengan menambah kolum Status Merokok (perokok semasa, bekas

perokok, perokok pasif dan bukan perokok) boleh digunakan untuk

memudahkan pengumpulan data.

Laporan hasil dari saringan perlu dikemukakan dengan menggunakan

Borang PPIM 03-2016 (Rekod Saringan dan Intervensi (Appendik I)

setiap kali selesai sekolah. Rekod peringkat daerah perlu dikemukakan

kepada Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) setiap

bulan sebelum 5 haribulan bulan yang berikutnya.

Anggota yang dipertanggungjawabkan di peringkat negeri akan

mengumpulkan pencapaian setiap 6 bulan dan mengemukakan kepada

Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia

(Cawangan Penggalakan Kesihatan Pergigian) sebelum 10 haribulan

pada bulan Julai (pencapaian bulan Januari sehingga Jun tahun

semasa) dan bulan Januari (pencapaian bulan Julai sehingga Disember

tahun sebelum). Sesalinan laporan hendaklah juga dikemukakan

kepada Pegawai Epidemiologi, Unit Penyakit Tidak Berjangkit, Jabatan

Kesihatan Negeri masing-masing. Pegawai Epidemiologi Negeri akan

memanjangkan kepada Pegawai Pendidikan Negeri, Kementerian

Pendidikan Malaysia.

4.5.2 Aktiviti Intervensi Lanjutan

Senarai pelajar yang terlibat dalam intervensi lanjutan untuk setiap

sekolah perlulah direkod dalam Borang PPIM 04-2016 iaitu Daftar

Intervensi Lanjutan Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui

Perkhidmatan Pergigian Sekolah adalah SULIT (Apendiks J). Daftar ini

menyenaraikan pelajar-pelajar yang dikenalpasti sebagai perokok

semasa dan penglibatan mereka dalam intervens lanjutan. Maklumat

Page 22: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

14

dalam borang ini adalah SULIT dan terhad kepada Pegawai Pergigian

dan pembantu yang mengendalikan intervensi lanjutan.

Laporan berkaitan murid-murid yang terlibat dalam intervensi lanjutan

dilaporkan melalui Borang PPIM 05-2016 iaitu berkaitan. Rekod

Intervensi Lanjutan Program Saringan dan Intervensi Merokok Melalui

Perkhidmatan Pergigian Sekolah (Apendiks K). Rekod ini dikemukakan

selepas intervensi lanjutan selesai di sekolah tersebut. Rekod peringkat

daerah perlu dikemukakan ke peringkat negeri di Pejabat Timbalan

Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) setiap bulan sebelum 5

haribulan pada bulan yang berikutnya. Anggota terlibat di Pejabat

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) akan mengumpulkan

pencapaian setiap 6 bulan dan mengemukakan kepada Bahagian

Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum 10

haribulan pada bulan Julai (pencapaian bulan Januari sehingga Jun

tahun semasa) dan bulan Januari (pencapaian bulan Julai sehingga

Disember tahun sebelum). Sesalinan pencapaian hendaklah juga

dikemukakan kepada Pegawai Epidemiologi, Unit Penyakit Tidak

Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri berkenaan.

Page 23: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

15

Ringkasan Penyaluran Laporan Program Pencegahan dan Intervensi Merokok

Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah.

Peringkat Aktiviti Saringan dan

Intervensi Ringkas

Aktiviti Intervensi Lanjutan Pegawai

bertanggungjawab

Sekolah Rekod status individu pelajar

di PG307 (diubahsuai)

Borang PPIM 03-2016

kemukakan kepada Pejabat

Pergigian Daerah sama seperti

laporan HIMS yang lain

Borang PPIM 04-2016

Borang PPIM 05-2016

Kemukakan kepada Pejabat

Pergigian Daerah selepas

intervensi lanjutan selesai di

sekolah

Pegawai Pergigian

/ Jururawat Pergigian

Daerah Borang PPIM 03-2016

kemukakan kepada Pejabat

TPKN(G) sebelum 5hb bulan

yang berikutnya. (Kes baru

hendaklah sama dengan

jumlah kes baru program

pergigian incremental dalam

Laporan HIMS daerah)

Borang PPIM 05-2016

kemukakan kepada Pejabat

TPKN(G) sebelum 5hb bulan

yang berikutnya.

Penyelia / Ketua

Jururawat Pergigian

yang menyediakan

Laporan HIMS

peringkat daerah

Negeri Borang PPIM 03-2016

kemukakan data setiap 6 bulan

kepada Bahagian Kesihatan

Pergigian, sesalinan kepada

Pegawai Epidemiologi, Unit

Penyakit Tak Berjangkit, JKN.

Bagi bulan Januari sehingga

Jun (hantar sebelum 10 Julai)

dan bagi bulan Julai sehingga

Disember (hantar sebelum 10

Januari tahun berikutnya)

Borang PPIM 05-2016

kemukakan data setiap 6

bulan kepada Bahagian

Kesihatan Pergigian,

sesalinan kepada Pegawai

Epidemiologi, Unit Penyakit

Tak Berjangkit, JKN. Bagi

bulan Januari sehingga Jun

(hantar sebelum 10 Julai)

dan bagi bulan Julai

sehingga Disember (hantar

sebelum 10 Januari tahun

berikutnya)

Penyelia Jururawat Unit

Promosi / anggota lain

yang menyediakan

Laporan HIMS

peringkat negeri

Page 24: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

16

5.0 Apendiks

Apendiks A

Borang PPIM 01-2016

Rekod Saringan Merokok

Apendiks B

Borang PPIM 02-2016

Borang Penilaian Tabiat Merokok (Intervensi Lanjutan)

Apendiks C

Teknik Pendekatan 5R

Apendiks D

Slaid-Slaid Taklimat Pendidikan Kesihatan Pergigian

Apendiks E

Kaedah DEAD Pointer

Apendiks F

Borang Ujian Fagerstrom

Apendiks G

Interpretasi Markah Ujian Fagerstrom dan Tindakan Susulan

Apendiks H

Modul Intervensi Lanjutan

Apendiks I

Borang PPIM 03-2016

Rekod Saringan dan Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan

Pergigian Sekolah

Apendiks J

Borang PPIM 04-2016

Daftar Intervensi Lanjutan Di Sekolah Program Saringan dan

Intervensi Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Apendiks K

Borang PPIM 05-2016

Rekod Intervensi Lanjutan Program Saringan dan intervensi

Merokok Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Page 25: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

17

Apendiks A Borang PPIM 01-2016

TAHUN

KELAS

STATUS MEROKOK

Perokok Semasa

Bekas Perokok

Perokok Pasif

Bukan Perokok

TANDA-TANDA MEROKOK

Bau Rokok

Stain Nikotin

Smoker’s Lip

Lelangit Perokok

KESEDIAAN UNTUK BERHENTI MEROKOK

Ya

Tidak

DIRUJUK UNTUK INTERVENSI LANJUTAN

Ya

Tidak

Format ini disediakan dalam bertuk cop bersaiz : 87mm (lebar) × 117mm (tinggi)

REKOD SARINGAN MEROKOK

Page 26: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

18

Apendiks B Borang PPIM 02-2016

Borang Penilaian Tabiat Merokok (Intervensi Lanjutan)

Nama Pelajar: .............................................. Sekolah: .....................................

Untuk diisi oleh pelajar sewaktu intervensi lanjutan. (Merokok bermaksud menghisap

atau menghembus asap / wap hasil tembakau atau bahan-bahan lain).

Bagi soalan yang bertanda *, anda boleh memilih lebih dari satu jawapan.

1. Berapa lama anda telah merokok? _____bulan _____tahun

(rokok / rokok eletronik / sisha & lain-lain)

2. Berapa batang rokok anda hisap sehari @ berapa kali anda mengambil rokok eletronik / sisha / lain lain.................(nyatakan)?

_____batang / kali sehari

*3. Sumber mendapatkan bekalan rokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain :

Beli sendiri kongsi dengan

kawan

Melalui ahli keluarga

Melalui kawan-kawan Lain-lain : Nyatakan ___________

*4. Apakah faktor yang menyebabkan anda mula menghisap rokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain?

Pengaruh kawan Pengaruh keluarga yang merokok

Stres / tekanan perasaan Perasaan ingin mencuba

Lain-lain : Nyatakan ___________

*5. Di manakah biasanya anda merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?

Di rumah Di sekolah Di kompleks membeli-belah

Di kedai makan Di perhentian bas Lain-lain : ___________

*6. Pada waktu bilakah anda biasa merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain?

Ketika stres / tekanan Ketika waktu bosan / tiada aktiviti

Selepas makan Ketika lepak / santai bersama kawan

Sewaktu belajar Lain lain:______________________

*7. Dengan siapakah biasanya anda merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?

Seorang diri sahaja Bersama ahli keluarga

Bersama kawan Lain -lain:_____________________

Page 27: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

19

8. Adakah ahli keluarga yang serumah dengan anda merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?

Tidak Ya : (Nyatakan siapa: _____________________)

9. Pernahkah anda cuba berhenti merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?

Tidak pernah Ya : (Berapa kali anda mencuba? ______ kali)

10. Adakah anda mahu berhenti merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain sekarang ?

Tidak Ya, saya mahu berhenti merokok

11. Adakah anda perlukan bantuan untuk berhenti merokok / rokok eletronik / sisha / lain-lain ?

Tidak Ya

*12. Selain dari merokok, adakah anda pernah mencuba sebarang dadah jenis lain?

Tidak

Ya (Nyatakan)

Ketum Gam Ice / syabu /ectasy

Ganja Heroin Lain:__________

Skor ujian Fagerstrom : _____ markah

Tahap ketagihan nikotin : Rendah Sederhana Tinggi

Page 28: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

20

Apendiks C

Teknik Pendekatan 5R (Teknik 5R)

Teknik 5R lazim digunakan bagi meningkatkan motivasi perokok untuk berhenti

merokok. Komponen 5R adalah seperti berikut:

1. Relevance Bantu perokok untuk mengenalpasti kenapa berhenti merokok

adalah satu tindakan yang sangat berkaitan dengan beliau.

Contohnya berkaitan kesihatan fizikal / emosi diri, kewangan,

hubungan keluarga/sosial dan sebagainya.

2. Risk Galakkan perokok untuk kenal pasti kesan-kesan buruk akibat

perbuatan merokok.

3. Rewards Galakkan perokok untuk kenal pasti kebaikan sekiranya beliau

berjaya berhenti merokok.

4. Roadblocks Bantu perokok untuk kenal pasti halangan yang mungkin

menyebabkan kesukaran untuk berhenti merokok. Senaraikan

halangan-halangan ini dan bincangkan cara-cara yang terbaik

untuk mengatasinya.

5. Repetition Gunakan setiap peluang yang ada untuk meningkatkan motivasi

perokok agar terus cekal berusaha sehingga berjaya mencapai

status bebas tembakau. Ulangi nasihat dan mesej berhenti

merokok setiap peluang yang ada.

Page 29: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

21

Apendiks D

Slaid-Slaid Taklimat Pendidikan Kesihatan Pergigian

Slaid 1

Slaid 2

Page 30: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

22

Slaid 3

Slaid 4

Kanser payu dara

Page 31: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

23

Slaid 5

Slaid 6

Page 32: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

24

Slaid 7

Page 33: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

25

Apendiks E

Kaedah DEAD Pointer

D - Delay (Melengahkan)

Sengaja melengah-lengahkan masa untuk menyalakan / menghisap rokok

dengan melakukan kerja lain sehingga rasa gian hilang

E - Escape (Melepaskan diri)

Contoh melakukan aktiviti di kawasan larangan merokok atau menghindarkan

diri dari kumpulan yang sedang merokok

A - Avoid (Mengelak)

Mengelak dari apa-apa kaitan dengan rokok

Tidak mengelak pekara yang dapat membantu berhenti merokok

D - Distract (Mengalihkan fikiran)

Teknik relaksasi – teknik pernafasan, urutan, meditasi

Fokus minda kepada pelajaran, hobi atau keluarga

Melakukan perkara lain seperti kerja sekolah, kerja-kerja rumah dan membantu

keluarga

Page 34: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

26

Apendiks F

Borang Ujian Fagerstrom

Borang Penilaian Tabiat merokok

Nama Pelajar:................................... .............. Sekolah:.....................................

Sila pilih satu jawapan yang paling sesuai untuk setiap soalan berikut:

1.Berapa cepatkah anda menghisap rokok yang pertama selepas bangun dari tidur?

Dalam masa 5 minit (3)

6 hingga 30 minit (2)

31 hingga 60 minit (1)

Selepas 60 minit (0)

2.Adakah anda berasa sukar untuk tidak merokok di tempat-tempat larangan

merokok? Contohnya di sekolah, kompleks membeli belah, perhentian bas

Ya (1)

Tidak (0)

3.Menghisap rokok yang manakah yang paling sukar untuk anda tinggalkan?

Yang pertama di sebelah pagi (1)

Yang lain (0)

4.Berapa batang rokok yang anda hisap dalam sehari?

10 atau kurang (0)

11 hingga 20 (1)

21 hingga 30 (2)

31 atau lebih (3)

5.Adakah anda lebih kerap merokok dalam jam pertama selepas bangun tidur

berbanding masa-masa lain sepanjang hari?

Ya (1)

Tidak (0)

6.Adakah anda masih merokok walaupun anda sakit teruk dan terpaksa berbaring di

atas katil untuk kebanyakan masa?

Ya (1)

Tidak (0)

Sila jumlah markah keseluruhan dengan mencampurkan semua markah dalam

kurungan, mengikut jawapan pilihan anda.

Skor ujian Fagerstrom : _____ markah

Tahap ketagihan nikotin : Rendah Sederhana Tinggi

Page 35: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

27

Apendiks G

Interpretasi Markah Ujian Fagerstrom Dan Tindakan Susulan

Markah ujian

Fagerstrom

Tahap ketagihan

Tindakan

0-3 markah

Ketagihan rendah

kepada nikotin

Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk

pelajar membuang tabiat merokok.

Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan

kawan-kawan

Jika perlu rujuk kepada kaunselor sekolah

4-5 markah

Ketagihan sederhana

kepada nikotin

Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk

klien membuang tabiat merokok

Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan

kawan-kawan

Perlukan terapi kaunseling lebih kerap mengikut

jadual yang ditetapkan atau kaunseling individu jika

perlu.

Rujuk kepada kaunselor sekolah jika perlu

6-10 markah

Ketagihan tinggi

kepada nikotin

(mungkin mengalami

gejala ketagihan /

gian yang kuat jika

berhenti merokok)

Fasilitator memberi kaunseling dan sokongan untuk

pelajar membuang tabiat merokok

Kaunseling secara individu

Perlukan kaunseling mengikut jadual yang ditetapkan

atau lebih kerap jika perlu

Dapatkan sokongan daripada ahli keluarga dan

kawan-kawan

Rujuk kepada kaunselor sekolah untuk rawatan lanjut

jika intervensi tidak berkesan

Page 36: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

28

Apendiks H

Modul Intervensi Lanjutan

Program Pencegahan dan Intervensi Merokok dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Menerusi Perkhidmatan Pergigian Sekolah

Topik 1 Pengenalan: Mengenalpasti Pelajar Yang Merokok

Topik 2 Rokok dan Ketagihan

Topik 3 Bahaya Merokok & Asap Rokok (Perokok Pasif)

Topik 4 Kebaikan Tidak Merokok dan Persepsi Remaja Tentang Rokok

Topik 5 Peruntukan Undang-Undang dan Pandangan Islam Mengenai Merokok

Topik 6 Faedah Berhenti Merokok

Topik 7 Persiapan dan Kaedah Berhenti Merokok

Topik 8

Mengatasi Keinginan Untuk Merokok (Gian) dan Mengekalkan Status

Tidak Merokok (Relapse Prevention)

Page 37: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

29

TOPIK 1: PENGENALAN: MENGENALPASTI PELAJAR YANG MEROKOK

1. AKTIVITI

Mengisi Borang Penilaian Tabiat Merokok Intervensi Lanjutan: Borang PPIM

02-2016 (Apendiks B) dan borang skor Fagerstrom (Appendiks F) untuk pelajar

yang dikenalpasti merokok

2. OBJEKTIF

i) Penilaian peserta

ii) Penilaian tabiat merokok

iii) Penilaian tahap ketagihan nikotin

3. MASA

30-60 minit

4. ALAT

i) Borang PPIM 02-2016 (Apendiks B)

ii) Borang Skor Fagerstrom (Apendiks F)

iii) Jadual interpretasi ujian Fagerstrom dan tindakan susulan (Apendiks

G)

5. LANGKAH

i) Fasilitator mengedarkan Borang Penilaian Tahap Merokok (PPIM 02-

2016) yang akan diisi oleh semua murid yang mengikuti Intervensi

Lanjutan. Jelaskan tujuan saringan dilakukan bagi tujuan kesihatan

dan bukan hukuman. Jika intervensi dibuat secara individu fasilitator

boleh mengisikan ringkasan penilaian tersebut untuk pelajar.

ii) Seterusnya edarkan borang skor Fagerstrom untuk diisi oleh murid

(ianya menilai status merokok dan tahap ketagihan kepada nikotin.

Jumlah skor hendaklah dimasukkan ke dalam Borang Penilaian Tabiat

Merokok (PPIM 02-2016). Interpretasi tahap ketagihan nikotin adalah

seperti Apendiks G.

iii) Fasilitator memberi maklumat berkaitan tabiat merokok dan tahap

ketagihan nikotin dan membuat kesimpulan bersama murid.

iv) Fasilitator mengumpul data berkaitan intervensi dan memasukkan ke

dalam reten format yang disediakan.

v) Maklumat intervensi direkodkan dalam fail khas yang disediakan untuk

pelajar yang menjalani intervensi lanjutan.

Page 38: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

30

TOPIK 2 ROKOK DAN KETAGIHAN

1. TOPIK

i) Kandungan dalam sebatang rokok dan asapnya

ii) Nikotin dan kesan ketagihan

2. OBJEKTIF

i) Peserta akan dapat memahami kandungan rokok

ii) Mengetahui faktor utama yang menyebabkan ketagihan.

3. KAEDAH

i) Ceramah

ii) Perbincangan / Latihan dalam Kumpulan

4. PRA DAN POS UJIAN (Ikut kesesuaian peringkat umur pelajar)

Arahan: Sila tandakan ( ) pada petak yang disediakan bagi jawapan yang

betul.

i) Di antara bahan-bahan kimia yang terdapat dalam rokok yang

manakah menyebabkan ketagihan?

Tar

Plumbum

Ammonia

Nikotin ()

Karbon monoksida

ii) Lima (5) kesan-kesan ketagihan rokok

Murung ()

Mengantuk ()

Lesu ()

Ceria

Gian ()

Cergas

Resah gelisah ()

Waras

Berubah selera makan (selera meningkat)

Kurang tumpuan

Page 39: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

31

5. NOTA FASILITATOR

i) Jenis Rokok Dan Kandungannya:

Produk hasil tembakau yang terdapat dalam pasaran :

Tidak terbakar (smokeless tobacco) : e-cigarette, tembakau

kunyah / hisap

Terbakar (combustible tobacco) : rokok, rokok gulung, cerut,

rokok paip shisha, bidis

Rajah 2.1:Produk hasil tembakau

Rokok Rokok Gulung / Daun Cerut

Bidis Tembakau kunyah Shisha

Tembakau snuf / snuf Rokok elektronik Paip

Page 40: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

32

ii) Kandungan Rokok Dan Asapnya

7000 bahan kimia

300 bahan toksik

81 bahan penyebab kanser

Rajah 2.2 Antara bahan-bahan kimia di dalam rokok / asap rokok

iii) Bahan-Bahan Berbahaya Dalam Rokok:

Rajah 2.3 Bahan-bahan merbahaya dalam rokok

Karbon dioksida, nitrogen dioksida,

hidrogen sianida, aseton

KARBON MONOKSIDA

NIKOTIN, amonia, kresol, metanol, metopren, kadmium,

arsenik, sianida

Toluena, TAR, DDT, formaldehida, butana, logam berat, nitrosamina,

uretana

Page 41: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

33

iv) Nikotin Dan Kesan Ketagihan:

Nikotin:

Adalah sejenis dadah yang terdapat dalam tembakau

Bahan yang menyebabkan perokok sukar untuk berhenti

merokok

Sampai ke otak dalam masa 7-10 saat selepas disedut

Menyebabkan ‘kebergantungan fizikal’ - ketagihan

Pengambilan yang berlebihan boleh menyebabkan keracunan,

koma atau maut

Kesan fizikal:

Meningkatkan degupan jantung

Meningkatkan tekanan darah

Penyempitan salur darah

Meningkatkan paras asid dalam perut

Meningkatkan paras kolesterol dalam darah (LDL)

Pernafasan menjadi cepat dan pendek

Kesan Fisiologi:

Nikotin bertindak merangsang pengeluaran bahan kimia dalam sistem

saraf dan tubuh badan yang menghasilkan kesan fisiologi seperti di

dalam Rajah 2.4:

Rajah 2.4 Pencetus neuro hasil rangsangan nikotin dan kesan-kesannya.

Dopamin Kenikmatan, penekanan selera makan

Norepinefrin Rangsangan, penekanan selera makan

Nikotin Asetikolina Rangsangan, peningkatan kognitif

Glutamat Pembelajaran, peningkatan daya

ingatan

Serotonin Modulasi ‘mood’, penekanan selera

makan

Endorfin-β Pengurangan kebimbangan dan

ketegangan

Asid aminobutirik-gama

Pengurangan kebimbangan dan

ketegangan (gamma – aminobutyric

acid; GABA)

Page 42: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

34

Pada peringkat awal, merokok memberi kesan selesa dan seronok

akibat dari rangsangan Dopamin yang dikeluarkan oleh otak. Lama

kelamaan, kebergantungan akan berlaku di mana perokok akan terus

merokok untuk mengatasi masalah ketagihan nikotin.

v) Konsep ketagihan

Seseorang menjadi ketagih merokok jika mengalami gejala berikut :

Toleran - Keperluan untuk meningkatkan pengambilan rokok

bagi mendapatkan kesan yang sama dengan yang sebelumnya

Rokok perlu diambil dalam jumlah yang lebih banyak dan lebih

kerap berbanding sebelumnya.

Keinginan merokok adalah di luar kawalan perokok

Sindrom Tarikan - Timbul tanda-tanda seperti kegelisahan,

keresahan atau cepat marah akibat kekurangan jumlah nikotin

dalam badan.

Perokok perlu merokok bagi meningkatkan semula jumlah

nikotin dalam badan.

Sanggup menghabiskan wang dan masa bagi memenuhi

keperluan.

Menjejaskan pelajaran, pekerjaan dan pergaulan.

Tahu tentang bahaya rokok tetapi tidak mampu berhenti kerana

kebergantungan yang kuat terhadap nikotin.

vi) Rajah Putaran ketagihan

Rajah 2.5 Putaran ketagihan nikotin akibat merokok

Page 43: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

35

vii) Tar Dan Kanser

Tar terhasil sewaktu pembakaran tembakau di dalam rokok. Ini

bermakna merokok akan menghasilkan tar di dalam asap rokok.

Tar adalah sangat toksik dan akan merosakkan tisu paru-paru

perokok di dalam jangka masa panjang.

Tar juga menyebabkan penurunan kesihatan oral dengan

menghitamkan gigi, merosakkan gusi dan mengurangkan

sensitiviti deria rasa lidah.

Tar mengandungi pelbagai bahan mutagenik (merosakkan

DNA di dalam sel) dan karsinogenik (menyebabkan kanser)

seperti Polycyclic aromatic hydrocarbons (PAH), benzene,

acrylamide and acrylonitrile.

Merokok (secara aktif atau pasif) akan menyebabkan sel paru-

paru terdedah kepada bahan-bahan ini dan meningkatkan risiko

mendapat kanser.

viii) Karbon Monoksida Dan Masalah Kesihatan

Karbon monoksida adalah gas tanpa warna yang terhasil akibat

pembakaran bahan yang mengandungi asas karbon seperti

tembakau.

Karbon monoksida diserap dengan cepat ke dalam saluran

darah dan terikat dengan molekul hemoglobin di dalam sel

darah merah.

Hemoglobin bertanggungjawab untuk membawa oksigen ke

seluruh tubuh badan, tetapi karbon monoksida bersaing dengan

oksigen ke atas reseptor di hemoglobin.

Akhirnya sel darah merah tidak mampu membawa oksigen

sepenuhnya dan jantung terpaksa bekerja dengan lebih kuat

untuk memastikan sel-sel menerima oksigen di seluruh tubuh

badan.

Merokok adalah penyebab utama tahap karbon monoksida

tinggi dalam darah dan perokok mempunyai tahap karbon

monoksida 10 kali ganda daripada bukan perokok.

Rajah 2.6 Karbon monoksida bersaing dengan Oksigen untuk molekul hemoglobin

di dalam sel darah merah

Page 44: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

36

TOPIK 3 BAHAYA MEROKOK & ASAP ROKOK (PEROKOK PASIF)

1. TOPIK:

i) Padah merokok kepada pelajar / individu

ii) Penyakit yang dikaitkan dengan merokok

iii) Bahaya asap rokok basi (perokok pasif)

2. OBJEKTIF:

i) Memahami kesan buruk merokok kepada pelajar / individu

ii) Mengetahui penyakit yang dikaitkan dengan merokok

iii) Memahami kesan bahaya yang dihadapi oleh perokok pasif

3. KAEDAH:

i) Informasi dan perbincangan

ii) Perbincangan kumpulan kecil

4. PRA DAN POS UJIAN:

i) Pilih beberapa kesan akibat merokok terhadap pelajar

Mengheret ke arah dadah dan alkohol ()

Meningkatkan keterampilan diri

Melanggar disiplin sekolah ()

Disukai keluarga dan kawan

Menjejaskan prestasi pelajaran ()

Menjejaskan stamina ()

Menjejaskan penampilan diri ()

Cergas dalam sukan

Cemerlang dalam pelajaran

ii) Tiga (3) jenis penyakit akibat merokok

Kanser ()

Demam kencing tikus

Angin ahmar ()

Demam denggi

Penyakit jantung ()

Page 45: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

37

5. NOTA FASILITATOR

i) Bahaya Merokok

Merokok adalah langkah pertama ke arah:

Penyalahgunaan dadah : 90% penagih dadah bermula dengan

rokok

Pengambilan alkohol : 70% penyalahgunaan alkohol bermula

dengan rokok

Masalah disiplin sekolah:

a) Ponteng

b) Vandalisme

c) Gangsterisme

d) Menjejaskan prestasi akademik dan ko-kurikulum

Stamina menurun: Kurang minat dalam aktiviti sukan sekolah

Menjejaskan penampilan diri:

a) Selekeh / comot

b) Nafas berbau

c) Smoker’s lip – bibir gelap / hitam disebabkan merokok

d) Gigi kuning

Batuk

Mempercepatkan proses penuaan (kelihatan lebih tua):

a) Kulit cepat berkedut

b) Rambut cepat beruban

Menjejaskan kesuburan perempuan dan lelaki (mati pucuk)

Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan keguguran

janin

Pendek umur / kematian pra-matang secara purata, perokok

kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa

Menghidap penyakit-penyakit akut

Penyakit radang gusi

Jangkitan saluran pernafasan

Menghidap penyakit-penyakit kronik (keterangan lanjut di muka

surat seterusnya)

Page 46: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

38

ii) Penyakit-Penyakit Kronik Yang Dikaitkan Dengan Merokok

Penyakit kanser:

Rajah 3.1 Penyakit Kanser

Kanser mulut dan lidah (3-15 kali ganda risiko)

Paru-paru (7-15 kali ganda risiko) Kanser payu dara

Kanser perut (2 kali ganda risiko) Kanser hati

Page 47: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

39

Penyakit-penyakit kronik lain:

Rajah 3.2 Penyakit-penyakit Kronik

Penyakit paru-paru kronik seperti ‘emphysema’ (10-20 kali ganda risiko)

Serangan sakit jantung (1.5 - 3 kali ganda risiko)

Kebutaan

Angin ahmar / strok

Kerosakan buah pinggang

Penyakit periodontal

Page 48: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

40

iii) Perokok Pasif Dan Bahaya Asap Rokok Pasif

Definisi perokok pasif

Individu yang tidak merokok tetapi menyedut asap rokok.

Definisi oleh World Health Organization (WHO): Seseorang yang

terdedah kepada asap rokok selama sekurang-kurangnya15 minit

dalam masa 2 hari seminggu

Rokok yang menyala mengeluarkan 2 jenis asap iaitu:

a) Asap aliran utama (main-stream): asap yang dihembus

keluar oleh perokok

b) Asap aliran sisi (side-stream smoke): asap yang

dibebaskan di hujung puntung rokok yang terbakar

Kombinasi asap aliran utama dan asap aliran sisi dikenali sebagai

asap rokok pasif

Rajah 3.3 Jenis asap aliran rokok

Asap rokok aliran sisi tidak tertapis dan terhasil oleh proses

pembakaran yang tidak sempurna. Kandungan bahan kimia dalam

asap rokok sisi umumnya lebih tinggi berbanding asap rokok aliran

utama.

Asap aliran utama

Asap aliran sisi

Page 49: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

41

Di antaranya :

i) 2 X ganda kandungan Nikotin

ii) 3 X ganda kandungan Tar

iii) 5 X lebih tinggi kandungan Karbon Monoksida (CO)

iv) 50 X lebih tinggi kepekatan bahan kimia yang boleh

menyebabkan kanser

Rajah 3.4 Asap rokok basi adalah sangat berbahaya kerana tiada tahap selamat

terhadap pendedahannya

Risiko kesihatan perokok pasif

i) 30% lebih tinggi mendapat kanser paru-paru

ii) 25% lebih tinggi mendapat sakit jantung

iii) Penyakit asma / lelah bertambah teruk

iv) Merencatkan perkembangan dan tumbesaran bayi di

dalam kandungan

v) Kelahiran bayi yang kurang berat badan dan/atau pra-

matang

vi) Menyebabkan kematian janin dalam kandungan dan

keguguran janin

vii) Meningkatkan risiko wanita untuk mendapat kanser payu

dara

viii) Kanak-kanak terdedah kepada penyakit seperti jangkitan

salur pernafasan dan jangkitan kuman di telinga

ix) Mengganggu pertumbuhan paru-paru kanak-kanak.

Asap Aliran Sisi

(70%)

Asap Aliran Utama dihembus

keluar (80%)

Asap Rokok

Pasif/basi

Asap Aliran Utama disedut

(30%)

Masuk paru-paru (20%)

Page 50: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

42

Orang-orang di sekeliling perokok akan mengalami impak negatif

apabila mereka menghisap asap rokok basi.

Kajian mendapati bahawa:

Mereka yang tinggal bersama perokok lebih daripada 30 tahun,

adalah 30% lebih mudah mendapat demensia (nyanyuk)

berbanding dengan golongan yang tidak pernah tinggal

bersama perokok.

Meninggikan risiko serangan jantung, terutamanya bagi

golongan berisiko tinggi berpenyakit jantung.

Rajah 3.5 Anggaran kematian akibat terdedah kepada asap basi di seluruh dunia

Rajah 3.6 Risiko kesihatan berkaitan dengan perokok pasif

Page 51: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

43

TOPIK 4: KEBAIKAN TIDAK MEROKOK DAN PERSEPSI REMAJA TENTANG

ROKOK

1. TOPIK

i) Kebaikan tidak merokok

ii) Persepsi remaja tentang merokok

2. OBJEKTIF

i) Mengetahui kebaikan tidak merokok

ii) Mengetahui persepsi salah remaja tentang merokok dan fakta

sebenarnya

3. KAEDAH

i) Ceramah

ii) Perbincangan

4. PRA DAN POS UJIAN

i) Lima (5) kebaikan yang diperolehi jika tidak merokok:

Kelihatan lebih segak ()

Membosankan

Dapat menjimatkan wang ()

Gagal dalam pelajaran

Tidak dapat menumpukan pada pelajaran

Lebih ceria dan riang ()

Runsing dan gelisah

Lebih sihat, cergas dan berstamina ()

Berpotensi mencapai kecemerlangan akademik ()

ii) Berikut adalah persepsi remaja tentang tabiat merokok. Sila tandakan

sama ada persepsi tersebut betul atau pun salah.

Betul Salah

Merokok melambangkan kedewasaan

Merokok memudahkan seseorang mendapat kawan

Merokok merupakan sumber ilham

Merokok melambangkan kehebatan (macho)

Merokok boleh mengekalkan kelangsingan badan

Page 52: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

44

5. NOTA FASILITATOR

i) Kebaikan Berhenti / Tidak Merokok

Lebih segak

Matang

Berketerampilan

Keyakinan diri tinggi

Perawakan yang menarik

Kecemerlangan akademik

Lebih cergas dan berstamina

Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit

Sentiasa ceria

Lebih disenangi orang lain

Lebih wang saku dan dapat berjimat cermat

ii) Persepsi Tentang Merokok

Ramai pelajar masih mempunyai persepsi yang salah tentang perbuatan

merokok. Ianya mungkin akibat propaganda syarikat rokok atau pemerhatian

mereka yang tidak berdasarkan fakta yang benar. Jadual 4.1 menunjukkan

persepsi yang sering di dalam pemikiran pelajar yang merokok. Perbincangan

bersama dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang fakta sebenar

perbuatan merokok.

Jadual 4.1 Persepsi remaja yang salah tentang merokok

Bil Persepsi salah Fakta sebenar

1. Merokok melambangkan

kedewasaan

Ramai remaja yang tidak merokok didapati lebih matang dan

dewasa. Kedewasaan bukan diukur dengan perbuatan

merokok.

Remaja yang merokok sebenarnya kurang yakin pada diri

sendiri.

2. Dengan merokok

seseorang itu mudah

dapat kawan

Apa guna mendapat kawan sekiranya memberi pengaruh

negatif terhadap anda.

Dengan tidak merokok, remaja akan mendapat ramai kawan

yang baik kerana majoriti remaja tidak merokok.

3. Merokok boleh

mengekalkan

kelangsingan badan

Merokok bukanlah cara untuk mengekalkan kelangsingan

badan.

Page 53: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

45

Cara yang betul ialah dengan bersenam dan mengamalkan

pemakanan yang sihat.

Ini akan menjadikan remaja lebih sihat dan terhindar daripada

berbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, kanser dan

lain-lain.

4. Merokok melambangkan

kehebatan (macho) bagi

lelaki dan bergaya (trendy)

untuk perempuan

Imej macho dan trendy ini sebenarnya adalah ciptaan palsu

yang diketengahkan oleh pengeluar rokok melalui iklan.

Sebenarnya perokok kelihatan lebih selekeh, nampak tua dan

nafas berbau busuk.

5. Merokok merupakan

sumber ilham

Merokok sebenarnya tidak mencetuskan ilham tetapi hanya

sekadar meredakan ketagihan.

Ketagihan inilah yang menyebabkan seseorang itu tidak dapat

berfikir secara produktif.

Page 54: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

46

TOPIK 5: PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DAN PANDANGAN ISLAM

MENGENAI MEROKOK

1. TOPIK

i) Peruntukan undang-undang

ii) Pandangan Islam mengenai merokok

2. OBJEKTIF

i) Mengetahui undang-undang berkaitan

ii) Mengetahui dengan jelas hukum merokok dalam Islam

iii) Mengetahui kaedah melindungi diri dari merokok

3. KAEDAH

i) Perbincangan dan informasi

ii) Roleplay

4. PRA DAN POS UJIAN

Jumlah denda boleh dikenakan oleh mahkamah di bawah Peraturan 13,

Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2011, sekiranya

disabitkan kesalahan memiliki, menguyah dan merokok:

a) RM 100

b) RM 500

c) RM 1000 ()

d) RM 1500

e) RM 2000

Page 55: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

47

5. NOTA FASILITATOR

i) Peruntukan Undang-Undang Mengenai Merokok:

Di bawah Peraturan 13, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil

Tembakau 2004 (Pindaan 2011)

Melarang penjualan rokok kepada mereka yang berumur di

bawah 18 tahun

Mereka yang berumur di bawah 18 tahun dilarang merokok,

mengunyah, membeli atau mempunyai hasil tembakau

Larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan

sebagai kawasan larangan merokok.

Remaja-remaja yang di dapati bersalah di bawah peraturan ini

boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM 1000.00.

Namun, biasanya kompaun ditawarkan sebanyak RM50,

sebelum kes dibawa ke mahkamah.

Perokok dinasihatkan agar tidak merokok di kawasan larangan

merokok dan sebaiknya berhenti merokok.

ii) Kawasan-Kawasan Larangan Merokok

Beberapa kawasan telah diwartakan sebagai kawasan larangan

merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau

2004 (Pindaan 2011) iaitu:

Hospital dan klinik (Kerajaan dan Swasta)

Pusat hiburan dan teater

Lif atau tandas awam

Tempat makan atau kedai berhawa dingin

Kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam

Di dalam mana-mana bangunan yang diwartakan oleh Menteri

Sekolah dan Institusi Pendidikan (Kerajaan dan Swasta)

Lapangan terbang

Premis kerajaan

Dewan Orang Ramai

Bas Sekolah

Tadika, taman asuhan kanak-kanak

Kaunter perkhidmatan awam:

a) Bank atau institusi kewangan

b) Tenaga Nasional Berhad

c) Pos Malaysia Berhad

d) Telekom Malaysia Berhad

Kompleks membeli-belah serta kaki limanya

Kompleks sukan

Page 56: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

48

Stadium

Stesen minyak.

Kem PLKN

Kafe internet

Perpustakaan

Bangunan tujuan keagamaan.

Tempat kerja berhawa dingin dengan sistem hawa dingin

berpusat

Kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di lebuhraya

iii) Pandangan Agama Mengenai Merokok

Hukum merokok dalam Islam adalah haram. Berikut adalah fatwa dan

nas yang menyokong pandangan ini:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal

Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada

23 Mac 1995 bersetuju membuat keputusan bahawa:” Merokok

adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya

terdapat kemudaratan”.

Islam menekankan kepada setiap umatnya supaya memelihara

kesihatan jasmani dan rohani. Setiap benda yang apabila

digunakan mendatangkan kemudaratan kepada manusia

adalah diharamkan seperti firman Allah: ‘...Dan janganlah kamu

mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan...’ Al

Baqarah:195

‘...Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau,

maka merokok diputuskan sebagai haram...’ Sheikh Abdul Aziz

Abdullah bin Bazz, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Akademi

Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi

‘...Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya,

mengeluarkannya dan menjalankan perniagaan di dalamnya...’

Ulama Al-Azhar Lujnah (fatwa di Al-Azhar)

‘...Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan

tujuan apa pun akan merosakkan kesihatan dan merugikan

wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit.

Justeru itu berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah

diharamkan...’ Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar

Masjid Al-Azhar.

‘...menghisap rokok adalah haram dalam Islam...’ Fatwa oleh

Bekas Mufti Mesir. Dr Nasr Farid Wasil.

Page 57: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

49

Hukum agama boleh menjadi satu faktor dorongan untuk berhenti

merokok. Pelbagai agama-agama utama yang lain juga menyokong

bahawa merokok adalah tidak digalakkan kerana mendatangkan

kemudaratan.

Agama Hindu menganggap merokok sebagai perbuatan

meracuni tubuh badan dan tidak sepatutnya diamalkan.

Di dalam agama Sikh, Guru Gobind Singh melarang

pengikutnya dari merokok. Tembakau dinamakan ‘jagat jhoot’

atau ‘penipuan dunia’.

Penganut Buddha digalakkan agar mengamalkan cara hidup

sihat dengan tidak merokok. Malah, di Bhutan, mana-mana

sami Buddha yang didapati merokok akan dipenjarakan.

Page 58: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

50

TOPIK 6: FAEDAH BERHENTI MEROKOK

1. TOPIK

Faedah berhenti merokok

2. OBJEKTIF

Mengetahui faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok

3. KAEDAH

Perbincangan

4. PRA DAN POS UJIAN

i) Nyatakan lima (5) kebaikan fisiologi dengan berhenti merokok

Sistem darah akan bersih daripada nikotin ()

Kandungan oksigen tidak akan meningkat dalam darah

Tekanan darah akan naik dengan mendadak

Denyutan nadi akan balik ke paras normal ()

Bertambah berat badan

Kesuburan lelaki dan wanita berfungsi baik ()

Muka nampak cengkung

Karbon monoksida akan berkurangan daripada tubuh ()

Berkurangnya risiko mendapat penyakit kardiovaskular ()

ii) Nyatakan lima (5) kebaikan psiko sosial apabila berhenti merokok

Terlepas daripada belenggu ketagihan ()

Meningkatkan keyakinan diri ()

Tidak disayangi oleh keluarga atau kawan-kawan

Prestasi akademik dan ko-kurikulum akan meningkat ()

Membentuk imej baru yang matang dan bergaya ()

Sentiasa ketagih

Kurang cerdas dalam pelajaran

Menjadi tauladan yang baik kepada seisi keluarga dan rakan

()

Tidak berkeyakinan

iii) Nyatakan dua (2) kebaikan ekonomi dengan berhenti merokok

Perbelanjaan merawat penyakit akibat merokok dapat

dijimatkan ()

Harga rokok akan dinaikkan

Dapat menjimatkan wang yang dibazirkan ()

Penanam tembakau akan kehilangan mata pencarian

Page 59: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

51

5. NOTA FASILITATOR

i) Kesan Positif Pada Fisiologi Selepas Berhenti Merokok

Selepas 12 jam anda berhenti merokok, badan anda akan mula pulih

secara spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam sistem

badan anda akan turun secara mendadak dan jantung serta paru-paru

anda akan membaik pulih kerosakan yang disebabkan oleh rokok.

Jadual 6.1 di bawah menerangkan perubahan drastik yang berlaku

dalam badan anda selepas anda berhenti merokok:

Jadual 6.1 Perubahan dalam badan selepas berhenti merokok

TEMPOH

BERHENTI

PERUBAHAN DALAM BADAN

Hari 1

Beberapa jam selepas berhenti merokok, semua kesan karbon monoksida

telah disingkirkan daripada badan anda.

Hari 2

Semua hasil sampingan rokok disingkirkan dari sistem badan. Deria rasa dan

bau anda juga bertambah peka

2 hingga 3 minggu Kesan gian rokok telah hilang.

3 minggu Lapisan silia, unjuran berupa rerambut dalam peparu anda mula

menyingkirkan tar dan lendir yang terkumpul di dalam paru-paru . Ini

menyebabkan anda batuk untuk mengeluarkan bahan-bahan tersebut

1 bulan Anda berasa lebih mudah untuk bersenam dan mendaki anak tangga kerana

pengaliran udara ke dalam peparu anda telah bertambah baik.

2 bulan Pengaliran darah ke anggota kaki dan tangan bertambah baik , maka

suhunya dinaikkan semula ke suhu badan normal.

1 tahun Risiko mendapat penyakit jantung telah berkurang separuh berbanding

dengan seseorang yang masih merokok.

10 hingga 15 tahun Selepas 10 hingga 15 tahun, risiko kematian awal diminimumkan seperti

mereka yang tidak pernah merokok.

10 tahun selepas berhenti merokok, risiko kematian akibat kanser paru-paru

adalah 30 hingga 50 peratus lebih rendah daripada golongan yang masih

merokok

Page 60: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

52

ii) Kesan Psikososial

Terlepas daripada belenggu ketagihan

Keyakinan pada diri akan meningkat

Prestasi sekolah sama ada akademik mahupun ko-kurikulum

akan meningkat

Kehidupan akan lebih ceria

Kelihatan lebih tampan dan kemas

Terbentuk imej baru yang lebih matang dan bergaya

Menjadi contoh teladan yang baik kepada seisi keluarga dan

juga rakan-rakan

Tidak lagi dipinggirkan oleh rakan-rakan lain yang

kebanyakannya tidak merokok

iii) Faedah Ekonomi

Banyak wang dapat dijimatkan

Jadual 6.2 Jumlah wang yang dapat dikumpulkan sekiranya berhenti merokok

Batang rokok 10 20 30 40

Kos rokok sehari

1 minggu (RM)

Satu bulan (RM)

Satu tahun (RM)

5 tahun (RM)

10 tahun (RM)

3.40

23.80

95.20

1,142.40

5,712.00

11,424.00

6.80

47.60

190.40

2,284.80

11,424.00

22,848.00

10.20

71.40

285.60

3,427.20

17,136.00

34,272.00

13.60

95.20

380.80

4,569.60

22,848.00

45,696.00

Dengan berhenti merokok, risiko mendapat penyakit dapat

dikurangkan dan kos rawatan penyakit akibat merokok dapat

dijimatkan.

Dengan berhenti merokok, risiko kebakaran dapat dikurangkan.

10% daripada kebakaran rumah berpunca daripada puntung

rokok yang menyala.

Page 61: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

53

TOPIK 7: PERSIAPAN DAN KAEDAH BERHENTI MEROKOK

1. TOPIK

i) Persiapan berhenti merokok

ii) Kaedah berhenti merokok

2. OBJEKTIF

i) Membantu peserta membuat persiapan awal untuk berhenti merokok

ii) Memberi pengetahuan tentang kaedah yang betul berhenti merokok

3. KAEDAH

i) Perbincangan

ii) Isi fail individu:

Sebab ingin berhenti merokok

Faedah yang akan diperolehi dengan berhenti merokok

4. PRA DAN POS UJIAN

Tiga (3) perkhidmatan yang boleh diperolehi untuk membantu perokok

menghindari tabiat merokok adalah:

i) Melalui kaedah kaunseling ()

ii) Mendapatkan pertolongan daripada pekilang rokok

iii) Mendapatkan perkhidmatan rawatan gantian nikotin ()

iv) Mendapatkan perkhidmatan bomoh

v) Dapatkan rawatan daripada Klinik Berhenti Merokok ()

vi) Membakar kilang rokok

Page 62: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

54

5. NOTA FASILITATOR

i) Persiapan Awal Berhenti Merokok

Cara untuk berhenti merokok

Terdapat 2 cara untuk berhenti merokok: Ianya mungkin bergantung

kepada tahap ketagihan dan penggunaan rokok

a) Berhenti merokok secara serta-merta

b) Berhenti secara beransur-ansur

Tarikh Berhenti Merokok (Quit date)

a) Tentukan tarikh untuk berhenti merokok –

b) Catat dalam diari / telefon pintar / kalendar

c) Pilih hari yang penting dan personal, contohnya tarikh

hari lahir diri sendiri, ibu bapa, WNTD, Merdeka dan

kenalpasti tarikh yang penting. Tarikh Berhenti Merokok

adalah sangat penting dan personal kepada perokok

kerana ianya adalah tarikh yang akan diingati dan sangat

bermakna.

Tips untuk pemilihan Tarikh Berhenti Merokok:

a) Beri tiga pilihan tarikh yang sesuai

b) Jangan biarkan terlalu lama untuk berhenti merokok

c) Sebagusnya di dalam tempoh 2 – 4 minggu dari tarikh

perbincangan

Bantuan untuk hari-hari menjelang tarikh berhenti (fading

day)

Bagi yang memilih untuk berhenti secara beransur-ansur,

perkara berikut boleh dilakukan dalam masa 2-4 minggu

sebelum tarikh berhenti merokok:

Pelan berhenti - gunakan kaedah STAR (Set, Tell, Anticipate,

Remove)

a) Set - Menentukan tarikh berhenti merokok

Sebaik-baiknya tarikh berhenti dalam tempoh 2 minggu

selepas membuat keputusan untuk berhenti

b) Tell - Memberitahu;

Page 63: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

55

Dapatkan sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan

dengan memaklumkan tarikh klien akan berhenti

merokok. Cuba dapatkan sokongan dari rakan-rakan

yang rapat dan boleh bawa rakan-rakan yang rapat

dalam sesi kaunselling.

c) Anticipate challenges – Menjangka cabaran/rintangan

yang akan dihadapi apabila berhenti merokok

Memahami cara-cara untuk menangani hari-hari sebelum

berhenti

Memahami tanda-tanda dan cara untuk mengatasi masalah

gian apabila berhenti merokok

Amalkan kaedah DEAD Pointers (Apendiks D) untuk

mengatasi cabaran

Memahami situasi yang mendorong pelajar menyalakan rokok

dan bagaimana mengatasinya (Jadual 7.1)

Jadual 7.1 Menjangka situasi yang akan menyebabkan pelajar merokok semula dan

bagaimana untuk mengatasinya

Situasi Bagaimana mengatasi (Sesi perbincangan bersama

pelajar untuk mencari penyelesaian)

Bersama kawan-kawan

yang merokok

Elakkan dari terlibat dalam situasi berkenaan

Beritahu rakan-rakan anda tidak lagi merokok

Cekalkan hati untuk tidak merokok

Ahli keluarga yang

merokok

Alihkan perhatian – lakukan perkara lain

Ingatkan ahli keluarga yang merokok, asap rokok

membahayakan kesihatan diri sendiri dan ahli

keluarga yang lain

Ajak ahli keluarga untuk sama-sama berhenti merokok

Boleh buat ‘kad cinta’ untuk ayah yang merokok

Kawan yang memberikan

rokok percuma

Ingatkan rakan anda bahawa anda tidak lagi merokok

Minta rakan hormati pilihan anda untuk tidak merokok

Alihkan perhatian / buat perkara lain sementara rakan

sedang merokok

Galakkan rakan untuk sama-sama berhenti merokok

Situasi yang

mendatangkan stres dan

tekanan seperti

peperiksaan

Gunakan kaedah DEAD Pointers

Berbincang masalah dengan kawan-kawan, guru dan

ahli keluarga

Doa, sembahyang, meditasi bagi tingkatkan semangat

Melakukan teknik-teknik relaksasi

Mendapatkan masa tidur yang mencukupi

Page 64: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

56

Membuang tabiat

merokok di dalam rutin

harian seperti pada

waktu pagi

Lakukan carta merokok dalam sehari dan lihatlah

waktu mana anda biasa merokok dan kenapa anda

merokok

Setelah mengenalpasti bila dan kenapa anda

merokok, cuba buangkan rutin merokok satu-persatu,

dimulakan dengan yang mudah dibuang dahulu (e.g.

seperti selepas makan).

d) Remove - Buangsemua perkara yang boleh

mengingatkan anda kepada rokok

Buang rokok yang ada dalam simpanan,

Buang barang-barang yang berkaitan e.g. bag / topi / t-shirt /

selaput telefon yang berkait dengan jenama rokok

Sembunyikan atau buangkan saja bekas abu rokok dan pemetik

api yang ada di dalam rumah, dalam kereta

ii) Aktiviti Lain Yang Perlu Dilakukan

Minum lebih banyak air (air masak)

Kunyah gula-gula getah tanpa gula (sugar free gum) untuk

membuang tabiat tangan dan mulut yang sudah biasa

menghisap rokok, dan juga untuk meningkatkan pengeluaran

air liur

Mulakan bersenam / tingkatkan aktiviti senaman

Senaraikan semua sebab anda ingin berhenti merokok dan

baca setiap malam sebelum tidur

Wujudkan rumah, sekolah atau persekitaran bebas asap rokok

iii) Bantuan pada hari berhenti merokok (on Quit day)

Klien dinasihatkan untuk melakukan perkara-perkara berikut pada hari

berhenti:

Buang semua rokok, mancis, tempat habuk rokok

Tukar rutin yang berkaitan dengan rokok seperti:

a) Tukar minum kopi kepada minuman lain yang tiada

kafein contohnya susu/air suam

Jangan kunjungi kedai di mana anda sering membeli rokok

Jangan bersama kawan-kawan yang merokok

Basuh semua baju yang berbau rokok

Jauhi tempat di mana ramai orang merokok

Berada di kawasan larangan merokok

Page 65: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

57

Sibukkan diri dengan aktiviti yang berfaedah seperti bersenam.

Jika berjaya, hadiahkan diri sendiri dengan sesuatu yang anda

suka

Jumpa doktor gigi untuk membersihkan kesan merokok pada

gigi

iv) Tanda-Tanda Awal Apabila Berhenti Merokok

Apabila pelajar berhenti merokok, beliau mungkin akan mengalami

tanda-tanda berikut:

Pening atau ringan kepala. Ini disebabkan oleh penurunan

paras karbon monoksida dan peningkatan paras oksigen dalam

darah / otak.

Kebas di tangan dan kaki yang disebabkan oleh pengaliran

darah yang lebih baik.

Batuk – berfungsi untuk membuang lendir di salur pernafasan.

Selera makan bertambah kerana deria bau dan rasa yang

semakin baik.

Mulut menjadi tawar atau payau dan terjadi luka-luka kecil

kerana pertukaran organisma di dalam mulut.

Sembelit – tembakau mempunyai kesan laksatif (laxative)

Perasaan gian kerana paras nikotin ke otak berkurangan

Gelisah, cepat marah dan kurang tumpuan disebabkan oleh

kesan ketiadaan rangsangan nikotin dan pertukaran tabiat.

Semua tanda-tanda di atas adalah sementara semasa di peringkat

awal berhenti merokok. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa

kesihatan perokok akan menjadi bertambah baik dan ianya adalah

sebagai proses pemulihan dan penyesuaian kepada gaya hidup sihat

tanpa rokok.

v) Tanda-tanda gian / withdrawals

Kegelisahan

Cepat marah

Tiada mood / tidak bersemangat

Kurang tumpuan

Hilang sifat sabar

Susah tidur

Nadi menjadi perlahan

Selera makan meningkat

Page 66: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

58

vi) Bagaimana menangani masalah gian (boleh juga rujuk kaedah

DEAD Pointer – Apendiks D)

Perkara-perkara berikut boleh dilakukan untuk mengurangkan

perasaan gian terhadap rokok:

Fahami bahawa gejala gian / withdrawal symptoms ini boleh

dialami sehingga sampai 10 minggu selepas berhenti merokok

Apabila timbul rasa gian, ingat bahawa perasaan ini akan hilang

dalam masa beberapa minit sahaja. Lihat jam dan anda akan

menyedari perasaan gian ini akan hilang selepas 3 – 5 minit

sahaja.

Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah tanpa gula (sugar

free gum), makanan ringan tanpa lemak, buah-buahan dan lain-

lain.

Membuat sesuatu dengan tangan seperti menaip, bermain

komputer, mengait, melukis dan sebagainya.

Membuat pekerjaan di mana merokok adalah menyusahkan

seperti membuat kerja sekolah, bersukan, membuat kerja

rumah, mandi atau beriadah.

Jangan duduk diam tanpa melakukan sesuatu atau menonton

TV terlalu lama.

Melakukan teknik-teknik relaksasi seperti bersolat, berwirid,

meditasi dan lain-lain.

vii) Kaedah Untuk Berhenti Merokok

Kaedah tanpa menggunakan ubatan / non-farmakologi

Kaedah tanpa farmakologi merangkumi semua kaedah selain

daripada penggunaan ubat. Ini termasuk pendekatan kerohanian,

terapi tingkah laku dan sebagainya.

Beberapa cara boleh diguna pakai seperti:

Amalkan pemikiran positif serta ingatkan diri bahawa banyak manfaat

boleh diperolehi dengan membuat keputusan berhenti merokok.

a) Meningkatkan kesihatan badan, stamina dan tenaga

b) Menurunkan risiko mendapat sakit: gigi kuning berkarat,

karang gigi, kulit cepat kendur, kulit berjerawat, gusi

bengkak, nafas berbau busuk, kuku/bibir hitam, batuk,

asma, ulser, kanser mulut (use good body image to stop

smoking)

Page 67: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

59

c) Mewujudkan rumah dan sekolah tanpa pencemaran

asap rokok

d) Sikap dan tauladan yang baik

e) Menjimatkan kewangan

f) Melindungi orang sekitar anda dari penyakit akibat asap

rokok basi

Kaedah menggunakan ubatan/ farmakologi

Kaedah ini akan diguna pakai di bawah pengawasan Pegawai

Perubatan. Walau bagaimanapun rawatan farmakologi

biasanya diberikan kepada perokok berumur 18 tahun ke atas

sahaja. Bagi pelajar yang menghadapi masalah untuk berhenti

merokok dengan cara kaunseling dan kaedah tanpa ubat,

beliau boleh dirujuk kepada Klinik Berhenti Merokok di Klinik

Kesihatan yang berdekatan, dengan persetujuan ibu bapa

pelajar.

Page 68: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

60

TOPIK 8: MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK (GIAN) DAN

MENGEKALKAN STATUS TIDAK MEROKOK (RELAPSE

PREVENTION)

1. TOPIK

i) Mengatasi keinginan untuk merokok/gian

ii) Mengekalkan status tidak merokok

2. OBJEKTIF

i) Memahami tanda-tanda gian dan cara mengatasinya

ii) Mengetahui kaedah mengekalkan status tidak merokok / keinginan

untuk merokok semula.

iii) Mengetahui cara melindungi diri daripada tabiat merokok

3. KAEDAH

i) Perbincangan

ii) Roleplay

4. PRA DAN POS UJIAN

Tiga (3) cara untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam amalan

merokok

a) Melepak

b) Sentiasa mengikuti ajaran agama dan kerohanian ()

c) Sentiasa menonton filem kartun

d) Melengkapkan diri dengan fakta-fakta tentang bahaya rokok ()

e) Menjadi kutu rayau

f) Melibatkan diri dalam aktiviti berfaedah seperti persatuan ()

Page 69: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

61

5. NOTA FASILITATOR

i) Cara Mengatasi Keinginan Untuk Merokok Semula / Gian

Jadual 8.1 Gunakan petua 12 M untuk mengatasi keinginan untuk merokok

Melengahkan

Melambat-lambatkan mencari rokok atau tunggu

sekurang- kurangnya 5 minit sebelum menyalakan

rokok.

Menarik nafas panjang

Tarik nafas secara dalam (deep breathing), tahan

selama 5 saat dan lepaskan perlahan–lahan.

Minum air Minum banyak air kosong dan jus buah – buahan.

Elakkan minuman berkafein, manis atau beralkohol.

Membuat sesuatu Buat sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran daripada

rokok

Mandi dan membasuh

tangan

Basuh tangan setiap kali terasa ingin merokok

Mengunyah sesuatu Bila terasa ingin merokok – kunyah sesuatu

menggantikan rokok.

Simpan bahan gantian (makanan - oral substitutes)

seperti kuaci, epal, kismis, gula-gula getah tanpa gula di

rumah / sekolah

Melakukan senaman

regangan

Bergerak dan lakukan senaman regangan atau lenturan

Memohon doa Berdoa agar dikuatkan semangat untuk menempuhi

percubaan berhenti merokok

Berdoa agar berjaya menjadi bekas perokok tanpa

ketagihan nikotin lagi

Menjauhkan diri dari

rokok

Elakkan dari situasi / persekitaran yang berkait dengan

perbuatan merokok

Mengelakkan diri dari

merokok semula

Jangan mudah berputus asa

Berjanji tidak merokok lagi walaupun satu sedutan

Mendapatkan sokongan dan pemerhatian dari keluarga,

kawan dan guru / fasilitator

Menyibukkan diri Berikan tumpuan kepada pelajaran dan keluarga

Meditasi dengan

pemikiran positif

Amalkan pemikiran positif, sentiasa ingatkan diri

kelebihan berhenti merokok

Page 70: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

62

ii) Mengekalkan Status Tidak Merokok / Tingkahlaku Berulang

(Relapse Prevention)

Sebab-sebab pelajar merokok semula

a) Faktor diri sendiri :

- Lemah jati diri, tiada matlamat kukuh, tidak tegas

dan mudah terpengaruh

- Tiada keyakinan diri

- Tiada kemahiran menangani stres / tekanan

- Ketagihan yang tinggi

b) Faktor persekitaran :

- Di kelilingi ahli keluarga dan rakan yang merokok

- Mudah mendapatkan bekalan rokok

- Sukar mengatakan ’tidak’ kepada rokok.

Mencegah ulangan (Relapse Prevention)

a) JANGAN MEROKOK WALAUPUN SATU SEDUTAN

b) Kemahiran mengatakan “TIDAK” dengan tegas

(Assertiveness)

c) Mengurus stres – senaman regangan , berekreasi

d) Mengurus emosi – teknik relaksasi

e) Meningkatkan aktiviti fizikal- senaman

f) Mengawal berat badan

g) Imej / identit baru, mengubah gaya hidup, menjauhi

kenalan yang merokok / tidak boleh memberi sokongan

Melindungi diri daripada tabiat merokok

Kaedah yang boleh digunakan untuk melindungi diri dan

menjauhi daripada merokok:

a) Ketahui fakta-fakta tentang bahaya merokok.

b) Bina keyakinan diri - katakan ’TIDAK’ pada rokok

c) Bersikap positif terhadap cabaran

d) Libatkan diri dalam aktiviti berfaedah:

e) Bersukan

f) Berekreasi

g) Bergiat aktif dalam persatuan

h) Sentiasa patuh ajaran agama

i) Tidak terpedaya dengan promosi dan iklan rokok

Page 71: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

63

iii) Berkaitan rokok elektronik / e-vapor

Rokok elektronik sama ada mengandungi nikotin atau tidak,

boleh menyebabkannya pelajar terjerumus semula kepada

tabiat merokok.

Keselamatan penggunaan rokok elektronik masih belum

terbukti lagi.

Malah kajian menunjukkan terdapat beberapa bahan kimia

merbahaya di dalam wap rokok elektronik.

Ramai pengguna rokok elektronik akhirnya menggunakan

kedua-dua rokok biasa dan rokok elektronik.

Pelajar-pelajar hendaklah menjauhi rokok elektronik dan

hendaklah menyemai gaya hidup tanpa rokok / e-vapor / nikotin

/ tembakau.

Page 72: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

64

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

REKOD SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

TAHUN :____________________________

SEKOLAH/ DAERAH/NEGERI____________________________________

TA

HU

N /

TIN

GK

AT

AN

BIL

EN

R

OLM

EN

T KES BARU PEROKOK SEMASA BEKAS PEROKOK PEROKOK PASIF BUKAN PEROKOK

BIL

EN

RO

LM

EN

T

BIL

LE

LA

KI

PE

RE

MB

PU

AN

BIL

%

LE

LA

KI

PE

RE

MP

UA

N

BIL

RU

JU

KA

N

INT

ER

VE

NS

I LA

NJU

TA

N

BIL

%

LE

LA

KI

PE

RE

MP

UA

N

BIL

%

LE

LA

KI

PE

RE

MP

UA

N

BIL

%

LE

LA

KI

PE

RE

MP

UA

N

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28

M C I L M C I L

JUMLAH

PENERANGAN: Column 7, 18, 21 dan 26 : Bilangan / Kes Baru X 100. M=Melayu, C=Cina, I=India, L=Bumiputra lain

CETAK MENGGUNAKAN KERTAS A3

Apendiks I Borang PPIM 03-2016

Page 73: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

65

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

DAFTAR INTERVENSI LANJUTAN DI SEKOLAH

PROGRAM SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

NAMA SEKOLAH :________________________________ NAMA PEGAWAI PERGIGIAN:___________________________

TAHUN:________________

NAMA PELAJAR KELAS

TARIKH KEHADIRAN STATUS SELEPAS

INTERVENSI LANJUTAN

Ru

juk

Ke

pad

a G

uru

K

aun

selin

g

Sesi

1

Sesi

2

Sesi

3

Sesi

4

(Jik

a p

erlu

sah

aja)

Sesi

5

(Jik

a p

erlu

sah

aja)

Sesi

6

(Jik

a p

erlu

sah

aja)

Tid

ak B

erh

enti

Ber

hen

ti

Tari

kh B

erh

enti

Mer

oko

k

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Apendiks J

Borang PPIM 04-2016 (SULIT)

Page 74: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

66

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

REKOD INTERVENSI LANJUTAN

PROGRAM SARINGAN DAN INTERVENSI MEROKOK MELALUI PERKHIDMATAN PERGIGIAN SEKOLAH

SEKOLAH/DAERAH/NEGERI :_____________________________

BULAN/TAHUN:________________

TAHUN/ TINGKATAN

BILANGAN PEROKOK SEMASA

BILANGAN PEROKOK

YANG MENYERTAI INTERVENSI LANJUTAN

BILANGAN PEGAWAI YANG

TERLIBAT DALAM

INTERVENSI LANJUTAN

BILANGAN SESI

INTERVENSI LANJUTAN

BILANGAN PEROKOK BERHENTI MEROKOK SELEPAS

INTERVENSI

BILANGAN PEROKOK DIRUJUK KEPADA GURU

KAUNSELING

JUMLAH

Apendiks K

Borang PPIM 05-2016

Page 75: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

67

6.0 Penghargaan

1. Dr Sharol Lail bin Sujak

Pakar Kesihatan Awam Pergigian Cawangan Penggalakan Kesihatan Pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia

2. Dr Lydia Mason ak Lionel

Pakar Kesihatan Awam Pergigian Klinik Pergigian Kelana Jaya Lot 38294, Jalan Ss6/3a Petaling Jaya 47301 Selangor Darul Ehsan

3. Dr Zainab binti Shamdol

Pakar Kesihatan Awam Pergigian Cawangan Teknologi Kesihatan Pergigian Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia

4. Prof. Madya Dr Wee Lei Hum

Pensyarah Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Kuala Lumpur

5. Prof. Dr Rahimah binti Abdul Kadir

Dekan, Fakulti Pergigian, Lincoln University College Petaling Jaya Selangor

6. Prof. Madya Dr Mohamad Haniki NikMohamed

Deputy Dean (Academic Affairs) Kulliyyah of Pharmacy International Islamic University Malaysia Kuantan, Pahang

7. YBhg Datin Dr Noralaini binti Ismail

Pegawai Pergigian Daerah Pejabat Kesihatan Putrajaya Jalan P11/2, Presint 11, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya.

8. Dr Rashidi Mohamed bin Pakri Mohamed

Pensyarah dan Pakar Kesihatan Keluarga Jabatan Kesihatan Keluarga Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

9. Pn Jaleha Yusuf

Unit Intervensi Dadah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

10. En Burhanuddin Disa

Unit Intervensi Dadah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

11. En Ahmad Fauzee bin Mohamad

Sektor Pengurusan Kaunseling & Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

12. En Mohd Pilus bin Abdullah

Sektor Pengurusan Kaunseling & Disiplin Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan Malaysia

13. Dr Noorhaida binti Ujang

Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat Kementerian Kesihatan Malaysia

14. Dr Norhamimah binti Abdullah

Pegawai Kesihatan Kanan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Tinggi Kementerian Kesihatan Malaysia

15. Dr Marina Mohd Said

Pakar Kesihatan Keluarga PKD Batu Pahat, Johor Kementerian Kesihatan Malaysia

16. Cikgu Jamnah Mohamed Zin

Kaunselor, Sekolah Menengah Tun Ismail Batu Pahat, Johor

17. Dr Zaleha Jailani

Pegawai Perubatan PKD Batu Pahat, Johor Kementerian Kesihatan Malaysia

18. Cikgu Ibrahim Ya’akub

Kaunselor, Sekolah Menengah Kebangsaan Linggiu Kota Tinggi, Johor

19. Dr Fatanah binti Ismail

Cawangan Kesihatan Keluarga Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia

20. Datin Dr Siti Haniza Mahmud

Unit Quality Assurance Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

21. Dr Yusmah binti Muhammad

Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Johor Kementerian Kesihatan Malaysia

22. Dr Nur Farohana bt Zainol

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kesihatan Pergigian Majlis Pergigian Malaysia Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 76: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

68

23. Dr Misliza binti Ahmad

Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

24. Dr Misah binti Ramli

Pegawai Pergigian Daerah Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Sabak Bernam Selangor Darul Ehsan.

25. Dr Norli binti Abdul Jabbar

Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Kementerian Kesihatan Malaysia

26. Dr Ho Bee Kiau

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Bandar Botanik Kementerian Kesihatan Malaysia Bandar Botanik, 42000 Klang, Selangor

27. Dr Norma binti Sabtu

Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Melaka Kementerian Kesihatan Malaysia

28. Dr Khalijah binti Mohd Yusof

Pegawai Epidemiologi Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Kementerian Kesihatan Malaysia

29. Encik Munshi bin Abdullah

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

30. Puan Rosnani binti Kassim

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Promosi Kesihatan Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia

31. Dr Gunenthira Rao

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia

32. Dr Saidatul Nurbaya binti Buang

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia

33. Dr Noraryana binti Hassan

Unit Kawalan Tembakau dan Sekretariat FCTC Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

34. Dr Nizam bin Baharom

Unit Kawalan Tembakau dan Sekretariat FCTC Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

35. Dr Christopher Eugene

Unit Kawalan Tembakau dan Sekretariat FCTC Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia

36 Dr Tay Hong Luk

Pegawai Pergigian Kesihatan Awam Pej. Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Perlis

37 Dr Fauziah Bt Ahmad

Pegawai Pergigian Daerah Pej, Kesihatan Pergigian Daerah Kulim/B.Baharu, Kedah

38 Dr Nur Azilina Ramli

Pegawai Pergigian Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri P. Pinang

39 Dr Law Chai Hoon

Pegawai Pergigian Daerah Kuala Kangsar, Pejabat Pergigian Hospital Kuala Kangsar, Perak

40 Dr Zakiah Muhammad

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Negeri Sembilan

41 Dr Harlina bt Ali Hanafiah

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Melaka

42 Dr Kamariah Bt Seman

Ketua Penolong Pengarah Kanan Pej. Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Kelantan

43 Dr Muhammad Zulkefli Bt Ramlay

Pakar Pergigian Kesihatan Awam Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bentong, Pahang

44 Dr Haliza Bt Tugeman

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu

45 Dr Aminnudin B. Mohd Natar

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Sarawak

46 Dr Roslinda Abdul Samad

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Johor

Page 77: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian

69

47 Dr Mohd Zaid B. Abdullah

Pakar Pergigian Kesihatan Awam Pusat Pergigian Kanak-kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

48 Datin Dr Norinah Bt Mustafa

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Sabah

49 Dr Siti Aminah Bt Jamaluddin

Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri WP Labuan

50 Dr Nooraini Bt Osman

Pakar Pergigian Kesihatan Awam Pegawai Pergigian Daerah Pejabat Kesihatan Pergigian Lembah Pantai Kuala Lumpur

51 Dr Nurkurshiah Bt Hj. Selamat

Ketua Penolong Pengarah Kanan Pejabat Timbalan Pengarah Kesihatan Pergigian Negeri Perak

Page 78: Garis Panduan Pelaksanaan - ohd.moh.gov.my · Garis Panduan Pelaksanaan MYGaya Hidup Terkini Program Kesihatan Pergigian KKM dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit KKM dan Kementerian