garis nombor

4
Garis Nombor Dalam asas matematik, garis nombor adalah merupakan satu garis lurus dimana setiap titik pada garisan nombor di anggap mewakili satu nombor. Apabila titik bergerak kearah kanan, nilai nombor yang mewakili titik semakin menaik dan sebaliknya apabila bergerak kearah kiri. Garis Nombor (Operasi Tambah): Oleh kerana semakin kita bergerak kekanan garis nombor, nilainya semakin menaik, maka pengunaan startegi membilang secara menambah 1 atau lompatan dan model membilang kehadapan adalah sesuai digunakan. Contoh Soalan: 3 + 4 = Langkah 1: Dengan mengunakan garis nombor yang disediakan, murid melukis anak panah dari titik sifar ke titik nombor 3. Langkah 2: Satu anak panah lompatan dilukiskan sekali lagi bermula titik 3 menuju ke empat titik selepasnya.

Upload: jerung-jambu

Post on 30-Dec-2015

129 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

ga

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Nombor

Garis Nombor

Dalam asas matematik, garis nombor adalah merupakan satu garis lurus dimana setiap titik

pada garisan nombor di anggap mewakili satu nombor. Apabila titik bergerak kearah kanan,

nilai nombor yang mewakili titik semakin menaik dan sebaliknya apabila bergerak kearah kiri.

Garis Nombor (Operasi Tambah):

Oleh kerana semakin kita bergerak kekanan garis nombor, nilainya semakin menaik, maka

pengunaan startegi membilang secara menambah 1 atau lompatan dan model membilang

kehadapan adalah sesuai digunakan.

Contoh Soalan: 3 + 4 =

Langkah 1: Dengan mengunakan garis nombor yang disediakan, murid melukis anak panah

dari titik sifar ke titik nombor 3.

Langkah 2: Satu anak panah lompatan dilukiskan sekali lagi bermula titik 3 menuju ke empat

titik selepasnya.

Langkah 3: Nombor dimana anak panah kedua berhenti merupakan penyelesaian pada soalan

yang diberikan.

Page 2: Garis Nombor

maka, 3 + 4 = 7

Garis Nombor (Operasi Tolak):

Bagi operasi penolakkan pula, model membilang ke belakang digunakan. Model ini merupakan

aktiviti membilang nombor dalam turutan menurun. Ianya bertentangan dengan model

membilang kehadapan.

Contoh Soalan: 9 – 7 =

Langkah 1: Dengan mengunakan garis nombor yang disediakan, murid melukis anak panah

yang melompat dari titik sifar ke titik Sembilan.

Langkah 2: Daripada titik Sembilan tadi murid mengira tujuh titik kebelakang bagi mendapatkan

penyelesaian kepada soalan yang diberikan.

Langkah 3: Nombor terakhir dimana anak panah berhenti merupakan penyelesaian kepada

soalan yang diberi. Maka, 9 – 7 = 2

Nota: Guru boleh menyatakan kepada murid bahawa simbol ‘-‘ menunjukkan bergerak

kebelakang. Maka -7 bermakna bergerak kebelakang 7 kali.

-7

Page 3: Garis Nombor

Garis Nombor (Operasi Darab):

Bagi operasi darab, murid akan melakukan startegi penambahan berulang dimana mereka akan

mengira satu persatu secara melangkau dengan memenuhi ciri khusus konsep penambahan

berulang iaitu melibatkan penambahan nombor yang sama.

Contoh Soalan: 4 x 4 =

Langkah 1: Dengan mengunakan garis nombor yang diberikan murid akan melukis anak panah

yang melompat dari 0 ke 4 dan ke empat titik seterusnya sebanyak 4 kali lompatan.

Langkah 2: Setelah cukup empat lompatan, nombor pada hujung anak panah terakhir

merupakan penyelesaian kepada soalan. Maka, 4 x 4 = 16.

Garis Nombor (Operasi Bahagi):

Operasi bahagi merupakan songsangan kepada operasi darab. Pendaraban mengunakan

konsep penambahan berulang manakala operasi bahagi pula mengunakan konsep penolakkan

berulang.

Contoh Soalan: 10 ÷ 2 =

Langkah 1: Dari angka 10, lakukan lompatan melangkau 2 titik setiap lompatan sehingga anak

panah terakhir menunjukkan pada nilai sifar.

Langkah 2: Kira berapa kali lompatan yang diperlukan bagi mendapatkan nilai sifar. Jumlah

lompatan adalah penyelesaian kepada soalan yang diberikan. Maka, 10 ÷ 2 = 5