frequently asked questions (faqs) program …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program...

8
1 FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING TANPA IZIN (PATI) – PROGRAM REHIRING 1. Apakah itu Program Rehiring? Program Rehiring merupakan suatu inisitif yang dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan. Program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam Negara bagi tujuan pemantauan dan memenuhi keperluan senario keselamatan semasa. 2. Bilakah jangka masa / tempoh Program Rehiring dilaksanakan? Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menetapkan program tersebut dilaksanakan bermula pada 15 Februari 2016 hingga 30 Jun 2016. 3. Bagaimanakah penglibatan syarikat-syarikat yang dilantik oleh Kerajaan dalam Program Rehiring? KDN telah melantik tiga syarikat untuk membantu JIM mengendalikan Program Rehiring iaitu: i. Syarikat International Marketing and Net Resources Sdn Bhd (IMAN) bagi menguruskan PATI warganegara Republik Indonesia; ii. Syarikat Bukti Megah Sdn Bhd bagi menguruskan PATI warganegara Myanmar; dan iii. Konsurtium PMF bagi menguruskan PATI lain-lain warganegara selain Republik Indonesia dan Myanmar. Adalah ditekankan bahawa peranan syarikat-syarikat yang dilantik adalah terhad kepada skop kerja yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sahaja manakala pelaksanaan secara keseluruhan Program Rehiring adalah diterajui KDN dan JIM.

Upload: lequynh

Post on 27-Jul-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (pati) – program rehiring

1

FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs)

PROGRAM PENGGAJIAN DAN PENEMPATAN SEMULA PENDATANG ASING

TANPA IZIN (PATI) – PROGRAM REHIRING

1. Apakah itu Program Rehiring?

Program Rehiring merupakan suatu inisitif yang dilancarkan oleh Kerajaan bertujuan

untuk memberi peluang kepada PATI yang bekerja secara haram di Malaysia diberikan

permit kerja yang sah bagi memenuhi sektor pekerjaan yang dibenarkan.

Program ini turut dirangka untuk memenuhi permintaan majikan untuk mengisi

keperluan pekerja di sektor pekerjaan yang dibenarkan sahaja serta membolehkan

Kerajaan mengetahui jumlah PATI dalam Negara bagi tujuan pemantauan dan

memenuhi keperluan senario keselamatan semasa.

2. Bilakah jangka masa / tempoh Program Rehiring dilaksanakan?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menetapkan program tersebut dilaksanakan

bermula pada 15 Februari 2016 hingga 30 Jun 2016.

3. Bagaimanakah penglibatan syarikat-syarikat yang dilantik oleh Kerajaan

dalam Program Rehiring?

KDN telah melantik tiga syarikat untuk membantu JIM mengendalikan Program

Rehiring iaitu:

i. Syarikat International Marketing and Net Resources Sdn Bhd (IMAN) bagi

menguruskan PATI warganegara Republik Indonesia;

ii. Syarikat Bukti Megah Sdn Bhd bagi menguruskan PATI warganegara

Myanmar; dan

iii. Konsurtium PMF bagi menguruskan PATI lain-lain warganegara selain

Republik Indonesia dan Myanmar.

Adalah ditekankan bahawa peranan syarikat-syarikat yang dilantik adalah terhad

kepada skop kerja yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia sahaja manakala

pelaksanaan secara keseluruhan Program Rehiring adalah diterajui KDN dan JIM.

Page 2: FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (pati) – program rehiring

2

4. PATI dari negara manakah yang layak menyertai Program Rehiring?

Program Rehiring hanya dibuka kepada PATI dari 15 negara sumber pekerja asing

sahaja iaitu Bangladesh, Filipina, India, Indonesia, Kazakhstan, Kemboja, Laos,

Myanmar, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Thailand, Turkmenistan, Uzbekistan dan

Vietnam.

5. Apakah syarat-syarat utama Program Rehiring dan adakah saya layak

untuk memutihkan pekerja asing yang tidak sah?

Antara syarat-syarat utama Program Rehiring adalah:

• PATI perlu mempunyai rekod kemasukan asal secara teratur ke Malaysia;

• Anda merupakan Majikan kepada PATI

• PATI bebas daripada sebarang rekod jenayah.

• Majikan tidak tersenarai dalam senarai majikan yang digantung urusniaga oleh

KDN.

Selain itu, pelaksanaan Program Rehiring adalah tertakluk kepada sektor berikut:

1. Perkilangan

2. Pembinaan

3. Perladangan

4. Pertanian

5. Perkhidmatan:

5.1 Restoran (Tukang Masak)

5.2 Pembersihan/Pencucian

5.3 Pulau Peranginan

5.4 Spa

5.5 Refleksologi

5.6 Hotel

5.7 Kedi (Lelaki dan Wanita)

5.8 Taman Tema

5.9 Dobi

5.10 Tukang Gunting Rambut

5.11 Perniagaan Borong & Runcit

5.12 Perniagaan Tekstil

5.13 Tukang Emas

5.14 Rumah Kebajikan

5.15 Pengawal Keselamatan (Nepal – lelaki sahaja)

Page 3: FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (pati) – program rehiring

3

5.16 Pekerja am di Bengkel

5.17 Pekerja am di Tempat Cuci Kereta

5.18 Pekerja am di Pasar (bukan frontliner)

5.19 Pekerja am di Kedai Serbaneka, Stesen Minyak (bukan frontliner)

5.20 Pekerja am di Hypermarket

5.21 Perlombongan

5.22 Hutan Kayu bakau / Hutan Kayu Balak

5.23 Gudang

5.24 Kargo

Keputusan muktamad ke atas permohonan bagi Program Rehiring adalah terletak di

bawah bidang kuasa JIM.

6. Apakah jantina Pekerja Asing dan Sektor Yang dibenarkan untuk bekerja

bagi program Rehiring ini?

Secara ringkasnya adalah seperti berikut:

Bil Negara Jantina

Sektor L P

1. Thailand / /

Perladangan, Pertanian, Perkilangan,

Pembinaan & Perkhidmatan (bagi subsektor

Pengawal Keselamatan Nepal, kelayakan hanya

Lelaki sahaja)

2. Kemboja / /

3. Nepal / /

4. Myanmar / /

5. Laos / /

6. Viet Nam / /

7. Filipina / /

8. Pakistan / /

9. Sri Lanka / /

10. Turksmenistan / /

11. Uzbekistan / /

12. Kazakhstan / /

13. India / /

14. Indonesia / /

15. Bangladesh / /

7. Adakah Pekerja Asing di bawah Program 6P yang telah tinggal lebih masa

layak untuk didaftarkan untuk Program Rehiring ini?

Page 4: FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (pati) – program rehiring

4

PATI yang pernah berdaftar dengan program 6P boleh dipertimbangkan untuk

Program Rehiring ini.

8. Adakah Program Rehiring ini dilaksanakan di seluruh negara?

Program ini dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sahaja, tidak termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

9. Siapakah yang perlu mendaftar bagi program Rehiring ini?

Majikan yang mempunyai Pekerja Asing yang tidak mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah.

10. Adakah tanggungan PATI juga boleh didaftarkan?

Tidak boleh didaftarkan mengikut dasar Pekerja Asing sedia ada. Namun demikian, tanggungan PATI perlu hadir di mana-mana Bahagian Penguatkuasa, Pejabat Imigresen terdekat untuk proses penghantaran pulang ke negara asal melalui Program (3+1). 11. Adakah pemegang kad UNHCR boleh mendaftar?

Pelarian yang memegang kad UNHCR tidak boleh mendaftar dalam program ini.

12. Bagaimana pula dengan pekerja asing yang mempunyai PLKS yang sah

tetapi dalam tempoh terakhir penggajiannya?

Program ini hanya dihadkan kepada PATI. Pekerja Asing yang sah boleh memperbaharui PLKS mengikut dasar sedia ada. Manakala Pekerja Asing yang telah berkhidmat selama 10 tahun (tempoh maksimum yang dibenarkan), boleh memohon di bawah Program ini.

13. Bagaimanakah permohonan bagi Program Rehiring dibuat?

Permohonan bagi Program Rehiring oleh Majikan dan PATI boleh dilakukan secara

atas talian melalui portal rehiring.imi.gov.my. Syarat-syarat terperinci Program turut

boleh diperolehi di laman web yang sama.

Page 5: FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (pati) – program rehiring

5

Sejurus memasuki laman utama portal, pengguna perlu memilih jenis warganegara

(Indonesia, Myanmar atau lain-lain Negara) di mana akan disambungkan (linked)

kepada laman web rasmi syarikat dilantik yang berkenaan untuk tujuan pendaftaran.

Pemohon perlu melengkapkan butiran yang diperlukan oleh syarikat pengendali

termasuk memuat naik dokumen-dokumen yang berkaitan. Seterusnya, permohonan

akan diproses. Sekiranya pemohonan memenuhi syarat, bayaran sejumlah RM

800.00 (tidak termasuk kos GST) caj perkhidmatan (awal) hendaklah dibuat

kepada syarikat pengendali berkenaan.

Syarikat dilantik seterusnya akan memaklumkan dari semasa ke semasa status

permohonan kepada majikan / PATI termasuk mengaturkan bagi proses-proses yang

berkaitan seperti urusan pembayaran kompaun di Bahagian Penguatkuasa, Jabatan

Imigresen Malaysia (JIM), pembayaran levi di Bahagian Pekerja Asing JIM,

pemeriksaan kesihatan di kilinik-klinik yang berdaftar dengan FOMEMA dan

seterusnya pengeluaran permit kerja (Pas Lawatan Kerja Sementara – PLKS). Carta

alir bagi Program Rehiring seperti di Lampiran 1.

Caj perkhidmatan sejumlah RM400 hanya akan dibayar kepada syarikat

pengendali sekiranya semua proses selesai dan PLKS berjaya dikeluarkan

kepada pekerja.

Sekiranya PATI tidak memenuhi syarat yang ditetapkan, syarikat dilantik akan

menguruskan penghantaran pulang PATI ke negara asal melalui Program PATI Serah

Diri Secara Sukarela Untuk Kembali Ke Negara Asal (Program 3+1).

Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat di semua Pejabat Imigresen Negeri.

14. Berapakah kos yang perlu dibayar bagi Program Rehiring?

Pecahan kos yang terlibat di bawah Program Rehiring adalah seperti berikut:

Bil. BUTIRAN KERJA CAJ (RM)

1 Caj Perkhidmatan Syarikat 1200.00

2 Bayaran Kompaun PATI 300.00

3 Bayaran Pas Khas 100.00

4 Bayaran Pas Khas (Lanjutan) 100.00

5 Bayaran Kompaun Majikan 500.00

6 Bayaran untuk pemeriksaan kesihatan di FOMEMA 180.00 (Lelaki)

190.00 (Perempuan)

Page 6: FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (pati) – program rehiring

6

7 Bayaran Levi (mulai 18 Mac 2016)

Perkilangan

1850.00

Pembinaan

Perkhidmatan

Perkhidmatan

(Pulau Peranginan)

Perkhidmatan

(Rumah Kebajikan)

Perladangan 640.00

Pertanian

8 Bayaran Multiple Entry Visa (MEV) Mengikut

Warganegara

9 Bayaran Sita Mengikut

Warganegara

10 Bayaran Proses Fi 125.00

11 Bayaran Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) 60.00

Kadar visa dan bayaran sita pekerja asing mengikut warganegara adalah seperti

berikut:

Bil. WARGANEGARA VISA (RM) KADAR SITA (RM)

1 Bangladesh 20.00 500.00

2 Filipina 36.00 750.00

3 India 50.00 750.00

4 Indonesia 15.00 250.00

5 Kazakhstan 20.00 1,500.00

6 Kemboja 20.00 250.00

7 Laos 20.00 1,500.00

8 Myanmar 19.50 750.00

9 Nepal 20.00 750.00

10 Pakistan 20.00 750.00

11 Sri Lanka 15.00 750.00

12 Thailand Gratis 250.00

13 Turkmenistan 20.00 1,500.00

14 Uzbekistan 20.00 1,500.00

15 Vietnam 13.00 1,500.00

Page 7: FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (pati) – program rehiring

7

15. Adakah Program Rehiring akan menggugat keselamatan dan

ketenteraman awam Negara?

Program Rehiring akan dilakukan dengan berhati-hati dan terkawal supaya tidak

berlaku kes-kes penipuan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab yang

cuba mengambil peluang untuk mengaut keuntungan daripada PATI. Bagi tujuan ini,

Kerajaan mengenakan syarat-syarat yang ketat terhadap PATI dan Majikan untuk

menyertai Program Rehiring serta akan memastikan mana-mana PATI yang tidak

layak akan dihantar pulang ke negara asal mengikut prosedur sedia ada iaitu Program

3 +1 bagi memastikan pengurangan lambakan PATI dalam Negara.

16. Apakah bentuk hukuman yang akan dikenakan jika Majikan masih

menggaji PATI secara haram meskipun PATI itu layak menyertai Program

Rehiring?

Mana-mana Majikan yang didapati menggaji PATI tanpa berdaftar di bawah Program

Rehiring akan dikenakan hukuman yang berat mengikut perundangan sedia ada

melibatkan kesalahan menggaji PATI iaitu seperti mana tertakluk di bawah Sekseyn

55 (B) Akta Imigresen 1959/ 63 yang mengenakan hukuman denda tidak kurang RM

10,000 tetapi tidak lebih RM 50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-

duanya sekali. Hukuman sebat boleh dikenakan ke atas majikan.

17. Apakah hotline dan nombor untuk dihubungi bagi sebarang pertanyaan

melibatkan Program Rehiring?

Permohonan bagi Program Rehiring oleh majikan dan PATI boleh dilakukan secara

atas talian melalui portal www.rehiring.com.my. Syarat-syarat terperinci Program turut

boleh diperolehi di laman web yang sama.

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai Program Rehiring boleh dirujuk secara terus

kepada call centre Program Rehiring mengikut warganegara seperti berikut:

PERTANYAAN MENGIKUT

WARGANEGARA

NO. TELEFON EMEL

Republik Indonesia

03-4149 4788 (IMAN

Resources)

[email protected]

Page 8: FREQUENTLY ASKED QUESTIONS (FAQs) PROGRAM …€¦ · 1 frequently asked questions (faqs) program penggajian dan penempatan semula pendatang asing tanpa izin (pati) – program rehiring

8

Myanmar 07-333 4797/

07-333 6797

(Bukti Megah Sdn. Bhd.)

enquiry@homme-

osc.com

Lain-lain Negara 03-7801 8888

(Konsortium PMF)

[email protected]

Lain-lain pertanyaan mengenai program ini turut boleh dirujuk kepada Bilik Gerakan

JIM pada setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 11.00 malam melalui talian 03 - 8880

1555.