fort cornwallis

3
Tapak / Tempat Bersejarah Di Pulau Pinang: KOTA CORNWALLIS / FORT CORNWALLIS Kota Cornwallis Jalan Tun Syed Sheh Barakbah 10200 Georgetown, Pulau Pinang Fort Cornwallis / Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor General India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georgetown. Fort Cornwallis terletak berhampiran Esplanade, bersebelahan dengan Jam Memorial Victoria.

Upload: jennifer-wong

Post on 25-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

project perkenalan tempat bersejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Fort Cornwallis

Tapak / Tempat Bersejarah Di Pulau Pinang:

KOTA CORNWALLIS / FORT CORNWALLIS

Kota CornwallisJalan Tun Syed Sheh Barakbah 10200 Georgetown, Pulau Pinang

Fort Cornwallis / Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor General India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown, Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung. Ia menjadi salah satu mercu tanda bersejarah di Georgetown. Fort Cornwallis terletak berhampiran Esplanade, bersebelahan dengan Jam Memorial Victoria.

Ia dibina oleh Kapten Framcis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi. Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T. Farquhar sebagai Gabenor

Page 2: Fort Cornwallis

Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan kepentingan British dari serangan Perancis. Dinding-dinding kubunya, yang setinggi 10 kaki, dibina dalam bentuk bintang. Jikalau Berjalan kaki sepanjang dinding kubu, ia akan mengambil masa selama 10 minit. Pada hari ini, kawasan ini hanya tinggal batu luar tetapi di dalam kubu masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina lebih seabad yang lalu, termasuk sebuah gereja kecil, sel-sel penjara, bilik tahanan, kawasan storan senjata dan peluru, tiang bendera asal dan kira-kira 17 meriam gangsa lama, salah satu daripada meriam Belanda ini bernama Seri Rambai,yang bertarikh 1603. Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), yang dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor sebelum ia berpindah tangan dari satu kerajaan kepada kerajaan lain akibat peperangan. Sekarang, jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada meriam Sri Rambai itu.

Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun 1920-an. Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, Ia kini merupakan tumpuan pelancong utama di Georgetown,Pulau Pinang .

Pada hari ini, tapak bersejarah yang diuruskan secara persendirian ini popular di kalangan pengunjung. Ia dilengkapi dengan kiosk informasi pelancong, sebuah kafe, dewan terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata serta jurupandu yang boleh membawa pelancong-pelancong melawati kawasan kubu sambil memberi penerangan tentang sejarahnya