fizik tingkatan 4

11
FIZIK TINGKATAN 4 TAJUK : DAYA DAN GERAKAN SUBTOPIK : MEMAHAMI KESAN DAYA KONSEP Hukum Newton Kedua menyatakan , daya adalah merupakan kadar perubahan momentum . Hukum ini menjelaskan pecutan sesuatu jasad berkadar langsung dengan daya bersih yang bertindak terhadapnya dan berkadar songsang dengan jisim jasad tersebut. Perkaitan antara Daya bersih F, pecutan,a , dan jisim ,m boleh dinyatakan dalam persamaan F = ma STIMULUS GAMBARAJAH 1.0 Gambarajah 1.0 menunjukkan gambar foto dua orang cuba menolak kereta yang rosak. Mereka mendapati kereta itu bergerak dengan perlahan, bagaimanapun kereta itu bergerak dengan lebih laju bila ditolak dengan tiga orang. . SOALAN MENGUJI MINDA 1 Berdasarkan situasi di atas, nyatakan mengapakah kereta itu bergerak lebih laju bila tiga orang menolaknya ? 2 Berdasarkan jawapan anda dalam (1) di atas nyatakan satu inferens yang boleh dibuat. MODUL AMALI SAINS 1

Upload: dbu2952

Post on 18-Jul-2016

742 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

fizik

TRANSCRIPT

Page 1: FIZIK TINGKATAN 4

FIZIK TINGKATAN 4

TAJUK : DAYA DAN GERAKANSUBTOPIK : MEMAHAMI KESAN DAYAKONSEP

Hukum Newton Kedua menyatakan , daya adalah merupakan kadar perubahan momentum . Hukum ini menjelaskan pecutan sesuatu jasad berkadar langsung dengan daya bersih yang bertindak terhadapnya dan berkadar songsang dengan jisim jasad tersebut. Perkaitan antara Daya bersih F, pecutan,a , dan jisim ,m boleh dinyatakan dalam persamaan F = ma

STIMULUS

GAMBARAJAH 1.0

Gambarajah 1.0 menunjukkan gambar foto dua orang cuba menolak kereta yang rosak. Mereka mendapati kereta itu bergerak dengan perlahan, bagaimanapun kereta itu bergerak dengan lebih laju bila ditolak dengan tiga orang. .

SOALAN MENGUJI MINDA

1 Berdasarkan situasi di atas, nyatakan mengapakah kereta itu bergerak lebih laju bila tiga orang menolaknya ?

2 Berdasarkan jawapan anda dalam (1) di atas nyatakan satu inferens yang boleh dibuat.

3 Seterusnya nyatakan satu hipotesis yang bersesuaian dengan situasi di atas.4 Nyatakan pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan

pembolehubah yang dimalarkan.

MODUL AMALI SAINS 1

Page 2: FIZIK TINGKATAN 4

4 FIZIK TINGKATAN

PROSEDUR

Berikut adalah prosedur eksperimen yang anda akan lakukan untuk menguji hipotesis anda tadi.

Alat radas

TroliJangkamasa detikPita detikPemberat beslotBekalan kuasaLandasan

Langkah-langkah eksperimen

Susunan radas

RAJAH 1.2

1 Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.2 di atas.2 Gantung pemberat beslot berjisim 100 g .3 Hidupkan jangmasa detik dan lepas pemberat.4 Dengan menggunakan pita detik ,kirakan pecutan troli itu.5 Ulang eksperiment dengan menambahkan jisim pemberat 200 g, 300 g,

400 g dan 500 g.6 Jadualkan keputusan anda bagi setiap nilai jisim pemberat berpadanan

dengan pecutan troli itu.7 Berdasarkan jadual anda plotkan graf pecutan troli melawan jisim pemberat.8 Nyatakan 2 langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan kejituan eksperimen.

2 MODUL AMALI SAINS

Page 3: FIZIK TINGKATAN 4

FIZIK TINGKATAN 4

SOALAN LANJUTAN

1 Jika jisim pemberat berslot dalam rajah 1.2 ditetapkan pada 200 g dan jisim troli ditambah dengan meletakkan pemberat berslot di atasnya, nyatakan pembolehubah manipulasi dan bergerakbalas.

2 Seterusnya tuliskan satu rangka kerja eksperimen untuk menerangkan situasi tersebut.

3 Nyatakan dua contoh di mana hubungan daya dengan pecutan digunakan dalam situasi harian.

MODUL AMALI SAINS 3

Page 4: FIZIK TINGKATAN 4

4 FIZIK TINGKATAN

TAJUK : DAYA DAN GERAKANSUBTAJUK : KEKENYALAN

Rajah 1.0

Rajah 1.0 menunjukkan satu spring yang serupa tanpa beban dan dengan beban.Apakah yang anda jangkakan apabila beban dialihkan?

Kekenyalan ialah sifat bahan yang membolehkan ia kembali kepada bentuk @ saiz @ panjang asal apabila beban dialihkan.

Sifat kekenyalan adalah disebabkan oleh daya tolakan dan daya tarikan antara molekul atau atom dalam bahan pepejal. Bentuk pepejal tidak berubah jika tiada daya luar bertindak kerana daya tolakan antara moleku diimbangi oleh daya tarikan antara molekul. Apabila pepejal diregang, daya tarikan antara molekul bertindak untuk mengembalikan pepejal kepada kedudukan keseimbangan. Apabila pepejal dimampat, daya tolakan antara molekul bertindak untuk mengembalikan pepejal kepada kedudukan keseimbangan.

Rajah 1.1

4 MODUL AMALI SAINS

Page 5: FIZIK TINGKATAN 4

FIZIK TINGKATAN 4

Rajah 1.1 menunjukkan keadaan buaian spring yang serupa apabila diisikan dengan bayi.

1 Berdasarkan situasi di atas, nyatakan mengapakah pemanjangan spring berbeza?2 Berdasarkan jawapan anda dalam (1) di atas nyatakan satu inferens yang boleh

dibuat.3 Seterusnya nyatakan satu hipotesis yang bersesuaian dengan situasi di atas.4 Nyatakan pembolehubah manipulasi, pembolehubah bergerak balas dan

pembolehubah yang dimalarkan.

PROSEDUR

Berikut adalah prosedur eksperimen yang anda akan lakukan untuk menguji hipotesis anda tadi.

Tujuan eksperimen.

Menyiasat hubungan antara daya dengan pemanjangan spring.

Alat radas

Kaki retot, pembaris meter, spring, jisim berslot, pin optik dan benang.

Langkah-langkah eksperimen

Susunan radas

MODUL AMALI SAINS 5

Page 6: FIZIK TINGKATAN 4

4 FIZIK TINGKATAN

Rajah 1.2

1 Susun radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.2 di atas.2 Ukur panjang spring semasa tanpa beban digantung, lo 3 Gantung jisim berslot berjisim 50 g4 Hitungkan daya, F. (F = mg)5 Ukur panjang spring. l16 Hitung pemanjangan spring, x

Pemanjangan spring, x = l1 - lo7 Ulang eksperiment dengan menambahkan jisim berslot 100 g, 150 g,

200 g dan 250 g.8 Jadualkan keputusan anda bagi setiap nilai jisim pemberat berpadanan dengan

pemanjangan spring itu.9 Berdasarkan jadual anda plotkan graf daya melawan pemanjangan spring.10 Nyatakan 2 langkah berjaga-jaga untuk meningkatkan kejituan eksperimen.

CUBA DAN FIKIR

1 Dengan menggunakan spring-spring yang serupa, ukur nilai pemanjangan spring, x bagi susunan spring-spring seperti dalam Rajah 1.3, Rajah 1.4 dan Rajah 1.5.

2 Nyatakan satu kesimpulan bagi nilai kekerasan spring (pemalar spring) bagi susunan spring tersebut.

Rajah 1.3

6 MODUL AMALI SAINS

Page 7: FIZIK TINGKATAN 4

FIZIK TINGKATAN 4

Rajah 1.4

Rajah 1.5

MODUL AMALI SAINS 7

Page 8: FIZIK TINGKATAN 4

4 FIZIK TINGKATAN

8 MODUL AMALI SAINS

Page 9: FIZIK TINGKATAN 4

FIZIK TINGKATAN 4

MODUL AMALI SAINS 9