fire alarm

Upload: afiq-ikhram-azhar

Post on 10-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sdsdasd

TRANSCRIPT

Pengenalan

Sistem pengera kebakaran adalah suatu sistem yang digunakan untuk memberi amaran mengenai kebakaran dengan sangat pantas. Ini kerana, dengan memasang sistem ini, dapat mengurangkan risiko kecederaan orang ramai di dalam sesuatu bangunan dengan memberi amaran dan menghalang daripada berlakunya kebakaran yang serius. Selain itu, sistem ini juga dapat mengurangkan kerosakan yang teruk kepada bangunan dengan lebih efektif tanpa menggunakan tenaga kerja yang banyak.Menerangkan Objektif Pengawasan KebakaranAlat penmasangan yang terdapat di dalam bangunan mempunyai dua jenis sistem, iaitu sistem aktif dan sistem pasif. Pengawasan kebakaran dalam konteks kebombaan terbahagi kepada dua kategori iaitu pencegahan kebakaran dan perlindungan kebakaran. Beberapa langkah yang telah diambil bertujuan mencegah, mengehadkan kemusnahan harta benda dan kehilangan nyawa semasa berlakunya kebakaran. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut :- Pendidikan Dan LatihanSatu kaedah pendidikan yang diamalkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada masyarakat.

Mengadakan ceramah/pembelajaran awam tentang bahaya-bahaya kebakaran kepada kumpulan sasaran.

Mengadakan ceramah berkenaan dengan sifat-sifat api, kejadian api, punca, tindakan perlu diambil semasa kejadian dan cara-cara menggunakan peralatan dengan betul berdasarkan sistem-sistem kebombaan yang sedia ada dalam sesuatu banggunan.

Menubuhkan pasukan bomba sukarela di sesuatu kawasan banggunan tinggi ataupun kilang yang berisiko tinggi.

Menerapkan konsep pencegah kebakaran dalam kokurikulum pembelajaran samaada di sekolah rendah ataupun institusi pengajian tinggi.

Mengadakan latihan bersama Mork Drill di sesuatu banggunan bertujuan member pendedahan kepada penghuni bertindak semasa kecemasan dan mengenalpasti masalah-masalah yang wujud dalam latihan tersebut.

Penguatkuasaan Seseorang Pegawai Bomba yang diberi kuasa bagi membuat pemeriksaan penghapusan bahaya-bahaya kebakaran di premis-premis. Menjalankan penguatkuasaan undang-undang yang termaktubdalam Akta Bomba 341/1988, sepertimeng kompaun kesalahan-kesalahan yang berkaitan

Memastikan system pencegah kebakaran yang sedia ada dalam keadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa. KejuruteraanKejuruteraan adalah badan yang mengkaji dan meneliti pelan-pelan bangunan dan bahan-bahan keperluan di dalam bangunan seperti sistem kebombaan (pasif dan aktif).

Kawalan Keselamatan

Mengawasi peralatan kebombaan yang sedia ada di dalam bangunan tersebut dan memastikan ada pihak pungurusan yang akan mengawal keseluruhan peralatan pencegahan kebakaran supaya berada dalam keadaan baik. PenyelenggaraanMana-mana premis yang telah memasang dengan kelengkapan sistem kebombaan, pihak penyelenggaraan hendak memastikan peralatan tersebut dapat digunakan apabila berlaku kebakaran. Good House Keeping

Penyusunan yang mengikut penyesuaian barang-barang atau tempat yang dikhaskan. Barang-barang yang menghalang jalan keluar hendaklah disusun dengan teratur. Susunan barang-barang tidak melindungi sistems prinkler dan jalan keluar keselamatan.Menerangkan Sistem Pencegahan KebakaranSistem kebombaan yang dipasang pada sesuatu bangunan yang merangkumi empat cara bertindak iaitu mengesan, memberi amaran, mengawal dan memadam kebakaran. Pengendalian adalah secara automatic dan manual.

Sistem Pemadaman Menggunakan Air Pili bomba Sistem penyembur air automatic (sprinkler system) Sistem pancur basah (wet riser system) Sistem pancur kering (dry riser sytem) Sistem salur bantu mula Sistem pancur menurun Sistem drenchers Sitem buih Sistem gelung hos (hose reel system) Sistem pili bomba/tekanan (hydrant system) Sistem Pemadaman Munggunakan Gas Sistem halon

Sistem karbon diosida

Innert gasMenerangkan Sistem Penggera KebakaranSistem penggera kebakaran ialah suatu pemasangan yang boleh memberi amaran kepada orang ramai mengenai berlakunya kebakaran. Sistem ini diperlukan berasas kepada jenis occupancy serta ketinggian/kelulusan sesuatu bangunan. Reka bentuk sistem hendaklah mematuhi Tata Amalan Piawaian British yang terbaru.

Apabila berlakunya kebakaran, alat pengesan kebakaran akan mengesan dan menghantar isyarat ke peti penggera kebakaran dan membunyikan loceng untuk memberitahu penghuni supaya menyelamatkan diri. Setiap pemasangan ini hendaklah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.PenutupDalam tugasan ini telahpun diterangkan mengenai sistem penggera kebakaran dengan lebih terperinci. Sebagai contoh, alat-alat yang digunakan untuk mencegah kabakaran, cara/langkah untuk mencegah kebakaran dan fungsi penggera kebakaran. Sistem penggera kebakaran juga dapat memberikan impak yang positif yang banyak kepada pengguna dan orang sekitarnya. Akhir sekali, penggera kebakaran perlulah dikategorikan sebagai alatan yang amat penting dalam kehidupan orang ramai kerana kebolehannya untuk mengurangkan risiko kecederaan yang serius.Lampiran

Rujukan Modul 3 Maintain Fire Alarm System

http://ms.hkvstar.com/category/fire-alarm-detector.html http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penggera1 | Page