fine

4
Laporan Pengajaran Antara kelebihan semasa saya mengendalikan pengajaran tempoh hari ialah, saya dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Hal ini demikian kerana, pada bahagian set induksi, saya telah membuat permainan yang digabungkan dengan muzik. Murid-murid telah melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan yang terkawal. Pada masa yang sama juga, murid banyak bertanya tentag kemahiran yang bakal dijalankan. Selain itu, murid juga ingin meneruskan permainan bola baling tersebut walaupun masa telah mencukupi. Selain itu, ansur maju yang telah saya gunakan pada pengajaran tempoh hari juga sesuai dengan tahap kemampuan murid. Murid dapat mengikuti setiap perkembangan atau ansur maju yang telah dijalankan dengan perasaan yang gembira. Mereka juga mudah faham dengan demontrasi yang telah saya tunjukkan sebelum murid melakukan sesuatu kemahiran. Ansur maju yang telah dijalankan juga berlangsung secara teratur tanpa gangguan. Hal ini demikian kerana, ansur maju yang telah dijalankan bermula daripada aras yang rendah kepada aras yang tinggi. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa ansur maju yang telah dijalankan memang sesuai dengan tahap kemampuan murid. Tambahan pula, saya telah menggunakan peneguhan positif dalam pdp saya pada tempoh hari. Keadaan ini telah membuatkan murid-murid bersemangat untuk berlajar sepanjang pdp berlangsung. Hal ini demikian kerana, murid-murid yang tidak dapat melakukan kemahiran dengan betul saya telah memberikan

Upload: lidyamundugayu

Post on 08-Dec-2015

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

fine

TRANSCRIPT

Page 1: Fine

Laporan Pengajaran

Antara kelebihan semasa saya mengendalikan pengajaran tempoh hari ialah,

saya dapat menarik minat murid untuk terus mengikuti pengajaran dan

pembelajaran pada hari tersebut. Hal ini demikian kerana, pada bahagian set

induksi, saya telah membuat permainan yang digabungkan dengan muzik. Murid-

murid telah melakukan aktiviti dengan bersungguh-sungguh dalam keadaan yang

terkawal. Pada masa yang sama juga, murid banyak bertanya tentag kemahiran

yang bakal dijalankan. Selain itu, murid juga ingin meneruskan permainan bola

baling tersebut walaupun masa telah mencukupi.

Selain itu, ansur maju yang telah saya gunakan pada pengajaran tempoh

hari juga sesuai dengan tahap kemampuan murid. Murid dapat mengikuti setiap

perkembangan atau ansur maju yang telah dijalankan dengan perasaan yang

gembira. Mereka juga mudah faham dengan demontrasi yang telah saya tunjukkan

sebelum murid melakukan sesuatu kemahiran. Ansur maju yang telah dijalankan

juga berlangsung secara teratur tanpa gangguan. Hal ini demikian kerana, ansur

maju yang telah dijalankan bermula daripada aras yang rendah kepada aras yang

tinggi. Keadaan ini telah menunjukkan bahawa ansur maju yang telah dijalankan

memang sesuai dengan tahap kemampuan murid.

Tambahan pula, saya telah menggunakan peneguhan positif dalam pdp

saya pada tempoh hari. Keadaan ini telah membuatkan murid-murid bersemangat

untuk berlajar sepanjang pdp berlangsung. Hal ini demikian kerana, murid-murid

yang tidak dapat melakukan kemahiran dengan betul saya telah memberikan

mereka peluang untuk mencuba lagi sehingga mereka berjaya melakukan

kemahiran tersebut dengan betul. Walaupun terdapat juga murid yang kurang

memberikan fokus semasa pdp berlangsung, saya akan lebih melibatkan mereka

dengan aktiviti. Oelh itu, peneguhan positif yang telah digunakan memberikan impak

yang positif terhadap pengajaran yang telah saya lakukan.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang telah saya lakukan

semasa proses pdp tempoh hari. Antara kelemahan yang telah saya lakukan ialah,

masa pengajaran adalah terhad. Hal ini demikian kerana, masa yang telah

ditetapkan hanyalah selama 30 minit sahaja membuatkan masa untuk melakukan

aktiviti terpaksa dipercepatkan agar kemahiran-kemahiran yang lain dapat dijalankan

Page 2: Fine

pada masa yang sama. Keadaan ini telah membuatkan murid-murid tidak dapat

melakukan aktiviti menjaring dengan kerap.

Selain itu, tidak menggunakan wisel dengan kerap. Seperti yang kita sedia

maklum, penggunaan wisel dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani amatlah penting. Hal ini demikian kerana, bunyi wisel digunakan untuk

mengalihkan perhatian murid-murid. Semasa pdp yang lepas, saya lebih kerap

memanggil nama murid untuk mengalihkan perhatian mereka dengan cara

meninggikan suara tanpa menggunakan wisel. Oleh itu, murid kurang fokus dengan

nada suara saya kerana keadaan di padang adalah bising. Oleh kerana pasif

menggunakan wisel, saya terpaksa menjerit dan memberikan arahan dengan nada

yang tinggi sepanjang proses pdp tempoh hari.

Tambahan pula, arahan yang telah saya berikan kurang jelas. Keadaan ini

telah membuatkan terdapat segelintir murid tidak faham dengan rahan yang telah

diberikan. Sebagai contoh, saya menyuruh murid menjaring dengan cara melompat

agar bola tersebut melantun depan tiang gol. Namun segelintir murid tidak dapat

memahami arahan tersebut. Mereka telah menjaring dengan cara merejam,

menjaring sisi dan sebagai lagi. Dengan itu, saya terpaksa membuat demontrasi

dengan kerap agar murid faham dengan objektif utama pembelajaran tersebut. Oleh

itu, terbuktilah bahawa arahan yang telah saya sampaikan kepada murid kurang

jelas.

Seterusnya, saya juga kurang bersedia semasa mengendalikan pdp pada

hari tersebut. Hal ini membuatkan terdapat beberapa alatan yang tidak mencukupi

disediakan. Sebagai contoh, penyediaan skitel dan bola. Keadaan ini sedikit

sebanyak telah menganggu proses pengajaran dan pembelajaran pada hari

tersebut. Murid terpaksa menggunakan bola secara bergilir-gilir sementara

menunggu rakan yang lain melakukan jaringan. Selain itu, saya juga tidak sedia

dengan rph yang telah saya rancang. Hal ini demikian kerana, sebelum mengajar

dalam kelas, saya tidak membuat pembacaan kali kedua rph yang telah saya

rancang. Keadaan ini telah membuatkan sesi permulaan keadaan kelas agak kelam-

kabut.

Oleh itu, penambahbaikan perlulah dilakukan agar pengajaran dan

pembelajaran pada masa akan datang lebih lancar dan berkesan. Antara

Page 3: Fine

penambahbaikan pengajaran yang akan saya lakukan ialah, saya akan membuat

persediaan mengajar dengan awal. Hal ini demikian kerana, guru yang bersedia

dengan pengajara awal akan membuatkan proses pdp pada masa tersebut lebih

lancar dan berkesan. Kita juga tidak akan membazirkan masa untuk memikirkan

aktiviti yang bakal dijalankan. Dengan itu, melakukan persediaan mengajar dengan

awal banyak mendatangkan kebaikan kepada proses pengajaran dan pembelajaran

kita.

Pada masa yang sama juga, saya akan menggunakan wisel untuk

menarik perhatian murid semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan

Jasmani berlangsung. Hal ini demikian kerana, dalam Pendidikan Jasmani setiap

guru sepatutnya memiliki satu wisel. Selain itu, saya juga akan memastikan alatan

mestilah cukup sebelum saya melakukan pengajaran dan pembelajaran. Keadaan

ini akan membuatkan murid lebih bersemangat lagi melakukan kemahiran dengan

semua peralatan atau alatan yang mencukupi. Oleh itu, alatan yang mencukupi

amatlah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang guru.