fatimah zaharah binti seman abstrak kajian ini adalah merupakan kajian deskriptif. ia bertujuan...

26
ANALISIS ITEM SOALAN MATEMATIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2003, 2004, 2005 DAN 2006 MENGIKUT DOMAIN KOGNITIF TAKSONOMI BLOOM FATIMAH ZAHARAH BINTI SEMAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: hatuyen

Post on 28-Mar-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

ANALISIS ITEM SOALAN MATEMATIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2003, 2004, 2005 DAN 2006 MENGIKUT DOMAIN KOGNITIF

TAKSONOMI BLOOM

FATIMAH ZAHARAH BINTI SEMAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL PEMBANGUNAN E-PEMBELAJARAN BERASASKAN MOODLE BAGI

TOPIK RATIO AND PROPORTION

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : FATIMAH ZAHARAH BINTI SEMAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan

dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar

yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : LOT 1405, PM DR MUHAMMAD YUSOF ARSHAD JALAN SUNYI,

18500 MACHANG

Tarikh : 02 April 2008 Tarikh : 02 April 2008

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

(NAMA PENYELIA)

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan : _____________________________________

Nama Penyelia : PM DR MOHAMMAD YUSOFF ARSHAD

Tarikh : _____________________________________

ANALISIS ITEM SOALAN MATEMATIK SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

TAHUN 2003, 2004, 2005 DAN 2006 MENGIKUT DOMAIN KOGNITIF

TAKSONOMI BLOOM

FATIMAH ZAHARAH BINTI SEMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL, 2008

ii

PERAKUAN

“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : _____________________________________

Nama Penulis : FATIMAH ZAHARAH BINTI SEMAN

Tarikh : _____________________________________

iii

DEDIKASI

Buat bonda tercinta

Bidah Binti Mohamed

Di atas berkat doa dan semangat dicurahkan

Tidak dilupakan

Ayahanda yang telah menghadap Ilahi

Seman Bin Jusoh

Al-Fatihah anakanda kalungkan

Buat ahli keluarga dan rakan-rakan

yang banyak membantu

memberi semangat dan perangsang

budi kalian tidak terbalas

iv

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya

dapat juga saya menyiapkan projek sarjana muda seperti yang telah diamanahkan

kepada saya sebagai memenuhi syarat penganugerahan .

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam

penghasilan projek ini terutamanya Prof. Madya Dr. Mohammad Yusoff Arshad

selaku penyelia bagi projek ini di atas segala susah payah beliau menunjuk ajar,

menasihat, menyemak, menyumbang idea dan bimbingan yang diberikan sepanjang

tempoh projek ini dijalankan sehingga berjaya disiapkan.

Ucapan terima kasih juga untuk semua yang terlibat sama ada secara langsung

atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini, termasuk yang telah memberi

dorongan dan sokongan kepada penulis serta memberi kekuatan kepada penulis dalam

menyiapkan projek ini dengan jayanya.

Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada :

Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor

Perpustakaan Sultanah Zanariah

Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor

Dengan kerjasama semua pihak, maka projek ini dapat berjalan dengan lancar

dan dapat disiapkan dengan sempurna. Semoga Allah S.W.T sahaja yang dapat

membalas segala jasa baik kalian...

Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah merupakan kajian deskriptif. Ia bertujuan untuk

mengenalpasti tahap kognitif yang soalan Matematik kertas 1 dan 2 tahun 2003, 2004,

2005 dan 2006, serta membuat perbandingan antara tahap kognitif kedua-dua kertas

soalan tersebut. Kajian yang dijalankan ini melibatkan kertas 1 dan 2 Matematik Sijil

Pelajaran Malaysia dari tahun 2003 sehingga tahun 2006 yang mengandungi 40

soalan dan 16 soalan masing-masing bagi setiap tahun. Instrumen yang digunakan

untuk menguji tahap kognitif dalam kajian ini pula adalah domain kognitif

Taksonomi Bloom yang mengandungi enam aras kognitif yang utama iaitu

pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Analisis data

dibuat secara kualitatif berdasarkan penilaian penyelidik terhadap item soalan

mengikut domain kognitif Taksonomi Bloom. Dapatan kajian menunjukkan item

soalan yang diuji adalah secara menyeluruh kerana tahap kognitif yang sering diuji

kepada pelajar adalah berada pada tahap rendah bagi kertas 1 soalan Matematik SPM

manakala tahap kognitif yang diuji dalam kertas 2 soalan Matematik SPM adalah

berada pada tahap kognitif yang tinggi. Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa

cadangan yang difikirkan sesuai telah diberikan.

vi

ABSTRACT

This research is a descriptive research. The objective of this research to

identify the cognitive levels of Mathematics Question Paper 1 and 2 for the year of

2003, 2004, 2005 and 2006, and also to make a comparison about the cognitive

level for both question papers. The research conducted involved Sijil Pelajaran

Malaysia Mathematics question paper 1 and 2 from year 2003 to 2006 which

consist of 40 and 16 questions respectively for each year. The instruments used to

test cognitive level in this research is Bloom Taxonomy Cognitive Domain that

consist six main cognitive levels which is knowledge, understand, application,

analysis, synthesis and evaluation. Data analysis was conducted qualitatively based

on researcher evaluation to the question items followed Bloom Taxonomy

Cognitive Domain. Research findings show that items for exam paper covered the

whole cognitive level that common to be test to the student is in low level for SPM

Mathematics Question Paper 1 while the cognitive level that is test in SPM

Mathematics Questions Paper 2 is in good cognitive level. According to the result

of this research, some suitable and relevant recommendation was given.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

SENARAI SIMBOL

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 10

1.5 Persoalan Kajian 11

1.6 Rasional/Kepentingan Kajian 12

1.6.1 Kepentingan Kepada Penyelidik Atau

Bakal Guru 12

viii

1.6.2 Kepentingan Kepada Pelajar 12

1.6.3 Kepentingan Kepada Guru 13

1.7 Skop Kajian 14

1.8 Definisi Istilah 14

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Sistem Peperiksaan di Malaysia 16

2.3 Kepentingan Penilaian Dalam Pendidikan 17

2.4 Domain Kognitif Taksonomi Bloom 19

2.4.1 Pengetahuan 20

2.4.2 Kefahaman 21

2.4.3 Aplikasi 22

2.4.4 Analisis 23

2.4.5 Sintesis 24

2.4.6 Penilaian 25

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka bentuk Kajian 28

3.3 Sampel Kajian 28

3.4 Instrumen Kajian 29

3.5 Prosedur Kajian 30

3.6 Analisis Data 31

BAB IV ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

4.1 Pengenalan 32

4.2 Huraian Analisis Tahap Kognitif Soalan-soalan 33

Peperiksaan Matematik SPM Kertas I Tahun

2003, 2004, 2005 dan 2006

4.2.1 Tahap Kognitif Item Soalan-soalan 33

ix

Kertas I Matematik SPM Tahun 2003,

2004, 2005 dan 2006 Berdasarkan

Domain Kognitif Taksonomi Bloom

4.3 Huraian Analisis Tahap Kognitif Soalan-soalan 42

Peperiksaan Matematik SPM Kertas II Tahun

2003, 2004, 2005 dan 2006

4.3.1 Tahap Kognitif Item Soalan-soalan 42

Kertas II Matematik SPM Tahun 2003,

2004, 2005 dan 2006 Berdasarkan

Domain Kognitif Taksonomi Bloom

4.4 Huraian Analisis Perbandingan Tahap 58

Kognitif Soalan-soalan Peperiksaan

Matematik SPM Kertas I dan II Tahun

2003, 2004, 2005 dan 2006

4.4.1 Tahap Kognitif Item Soalan-soalan 58

Dalam Kertas I dan Kertas II Soalan

Matematik SPM Tahun 2003, 2004, 2005

dan 2006 Berdasarkan Domain

Kognitif Taksonomi Bloom

BAB V RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 62

5.2 Ringkasan Kajian 63

5.3 Rumusan Hasil Kajian 63

5.4 Saranan Kajian 65

5.5 Kajian Lanjutan 67

5.6 Kesimpulan 67

RUJUKAN 69

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jumlah Item Soalan-soalan Bagi 29

Kertas I dan Kertas II

4.2 Kekerapan Soalan-soalan Kertas 1 33

Matematik SPM Tahun 2003, 2004,

2005 dan 2006 Untuk Domain

Kognitif Taksonomi Bloom

4.3 Kekerapan Soalan-soalan Kertas 2 42

Matematik SPM Tahun 2003, 2004,

2005 dan 2006 Untuk Domain

Kognitif Taksonomi Bloom

4.4 Kekerapan Soalan-soalan Kertas 1 dan 58

Kertas 2 Matematik SPM Secara

Keseluruhan Dari Tahun 2003,

Hingga 2006 Untuk Domain

Kognitif Taksonomi Bloom

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Peringkat-peringkat dalam prosedur penilaian 9

1.2 Aktiviti penilaian dengan aktiviti dan objektif 9

pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Graf Peratus Kekerapan Item Keseluruhan 34

Soalan-soalan Matematik Kertas 1 Tahun

2003 Hingga 2006 Untuk Domain Kognitif

Taksonomi Bloom

4.3 Graf Peratus Kekerapan Item Keseluruhan 43

Soalan-soalan Matematik Kertas 2 Tahun

2003 Hingga 2006 Untuk Domain Kognitif

Taksonomi Bloom

4.4 Graf Peratus Kekerapan Item Keseluruhan 59

Soalan-soalan Matematik Kertas 1 dan

Kertas 2 Tahun 2003 Hingga 2006 Untuk

Domain Kognitif Taksonomi Bloom

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN A Set Soalan Kertas 1 Matematik SPM Tahun 2003, 2004, 2005

dan 2006

LAMPIRAN B Set Soalan Kertas 2 Matematik SPM Tahun 2003, 2004, 2005

dan 2006

LAMPIRAN C Taksonomi Bloom dan Contoh-contoh Perkataan Untuk

Objektif Perlakuan

SENARAI SIMBOL

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

JPU - Jadual Penentuan Ujian

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

SMG - School Mathematics Project

SMP - Scottish Mathematics Group

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

f - Kekerapan

% - Peratus

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Beberapa tahun kebelakangan ini, perubahan yang dialami dalam matematik

sedunia telah juga mempengaruhi suasana pendidikan di Malaysia. Hal ini dapat

dilihat daripada perubahan kurikulum yang sentiasa berlaku dalam sistem pendidikan

di negara ini semenjak negara mengalami kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga ke

hari ini. Bermula pada tahun 1970, sebuah program yang dikenali sebagai sebagai

Matematik Moden telah diperkenalkan ke dalam kurikulum sebagai suatu inovasi

dalam kurikulum yang diterima tanpa bantahan merupakan suatu detik penting dalam

sejarah pendidikan matematik di Malaysia (Liew Su Tim, 1982).

Menurut Mok Soon Sang (1996), sukatan pelajaran Matematik Moden ini

adalah dirancang oleh sebuah Jawatankuasa Kurikulum Matematik yang telah

ditubuhkan pada tahun 1969 selepas mengkaji dua jenis kurikulum matematik dari

Britain, iaitu Projek Matematik Sekolah (School Mathematics Project, SMP) dan

Kumpulan Matematik Scotland (Scottish Mathematics Group, SMG), dengan secara

2

mendalam. Jawatankuasa Kurikulum Matematik akhirnya telah memilih sukatan

pelajaran SMG yang difikirkan lebih sesuai untuk murid yang mempunyai pelbagai

tahap kebolehan di sekolah menengah rendah.

Selaras dengan matlamat pendidikan negara yang menekankan pendidikan

sains dan matematik, maka kurikulum yang digubal juga perlulah memenuhi

piawaian yang diingini. Antara perubahan yang didatangkan oleh reformasi

pendidikan di Malaysia yang ada kaitan dengan matematik adalah:

“bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bersifat saintifik, maka

mata pelajaran-mata pelajaran seperti Sains dan Matematik akan

diberi penekanan yang baru.”

(Ee Ah Meng, 1996)

Banyak perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan di negara kita,

malah perubahan yang berkaitan dengan matematik sahaja pun banyak yang telah

dilalui sehingga terhasilnya sukatan pelajaran matematik hari ini yang terkandung

dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Bermula dengan Penyata

Razak, reformasi kurikulum di Malaysia berkembang dengan pesat selepas negara

mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 diikuti dengan Laporan Abdul Rahman

Talib dan seterusnya.

Reformasi kurikulum yang berlaku di negara ini adalah secara menyeluruh

meliputi peringkat rendah dan menengah seperti mana yang terkandung dalam KBSR

dan KBSM. Menurut Omar (1999), rancangan KBSM menegaskan kesepaduan

unsur-unsur intelek, rohani, esmosi dan jasmani yang akan membolehkan potensi

individu berkembang dengan menyeluruh dan seimbang seperti yang termaktub

dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Omar (1999), apabila sesuatu reformasi kurikulum berlaku, semua

pihak yang ada kaitan dengan bidang pendidikan iaitu terdiri daripada pelajar, ibu

3

bapa, guru, pengetua, pegawai di pejabat pendidikan, guru pelatih dan juga orang

ramai dalam komuniti, akan terlibat, seolah-olah satu rantai sedang berlaku.

Dengan adanya reformasi yang menyeluruh dalam kurikulum ini, maka sudah

pastinya kurikulum matematik juga mengalami perubahan untuk menyeimbangkan

kesepaduan unsur-unsur tersebut. Abdul Rahim (2003), dalam bukunya yang

menyentuh mengenai reformasi dalam pendidikan matematik menyatakan bahawa:

“matematik kini tidak lagi dipelajari semata-mata suatu subjek yang

hanya melibatkan pengiraan atau untuk tujuan melanjutkan pelajaran

pada peringkat yang lebih tinggi, tetapi lebih daripada itu.”

Selain itu, menurut Simon (1994) dalam karya Abdul Rahim (2003) pula

menyatakan

“perkembangan atau perubahan dalam pendidikan matematik

melibatkan perbincangan tentang sifat matematik, pembelajaran

matematik dan pengajaran matematik.”

Bagaimanapun, menurut National Council of Teacher of Mathematics dalam

laporannya yang dipanggil sebagai “Curiculum and Evaluation Standards for School

Mathematics” dalam Abdul Rahim (2003) terdapat beberapa matlamat dalam

reformasi pendidikan matematik iaitu:

i. Belajar menghargai matematik

ii. Yakin dengan kebolehan sendiri

iii. Belajar berkomunikasi dalam matematik

iv. Mahir dalam penyelesaian masalah

4

Selain itu, Piez dan Voxman (1997) dalam buku tulisan Abdul Rahim (2003)

pula menyatakan bahawa reformasi pendidikan haruslah mengarah kepada perubahan

seperti yang berikut, iaitu:

i. Matematik mesti dikaitkan dengan kehidupan seharian.

ii. Penekanan kepada kegunaan matematik dalam kehidupan seharian.

iii. Mementingkan pemikiran asli pelajar daripada memanipulasi rumusan

secara penghafalan.

iv. Membenarkan pelbagai cara dalam penyelesaian.

v. Membenarkan pelbagai pendekatan sosial yang berlainan.

vi. Mempelbagaikan perspektif dalam pengajaran.

Melihat kepada perkembangan reformasi kurikulum matematik di negara ini

dengan membuat perbandingan antara zaman sebelum kemerdekaan dan selepas

kemerdekaan sehinggalah sekarang ini, dapatlah disimpulkan bahawa pendidikan

matematik di negara kita telah berkembang dengan pesat yang berpandukan kepada

kesepaduan unsur-unsur intelek, rohani, esmosi dan jasmani yang akan melahirkan

bangsa yang seimbang dan harmoni.

Seperti pandangan Wan Mohd Zahid (1994) dalam bukunya,

“falsafah hidup dan kehidupan murni yang diidamkan tidak mungkin

terserlah dan terlaksana tanpa pendidikan. Justeru itu, kehidupan dan

pendidikan terikat dan berkait rapat. Pendidikan yang lengkap dan

bermutu dapat menjernihkan pembentukan individu, masyarakat dan

bangsa yang kuat dan mulia.”

5

Maka, dapatkah pendidikan matematik di negara kita ini melahirkan insan

yang diharapkan itu kerana pendidikan di negara kita dikatakan terlalu bersifat

peperiksaan. Atau adakah melalui sistem peperiksaan kita, dapat melahirkan individu

dan masyarakat yang dikehendaki pada masa hadapan.

Untuk mengetahui hakikat ini, maka eloklah jika kita dapat melihat dan

merenung sejenak kepada kepentingan penilaian dalam pendidikan agar matlamat

peperiksaan diadakan dapat diperjelaskan kepada umum. Menurut Mok Soon Sang

(1996), terdapat beberapa tujuan atau kepentingan penilaian ini diadakan, iaitu:

i. Mengumpul maklumat tentang pencapaian pelajar selepas aktiviti

pengajaran dan pembelajaran matematik supaya membuat tafsiran dan

mengambil tindakan yang sewajarnya.

ii. Menentukan kekuatan dan kelemahan pelajar dalam pelajaran sesuatu

topik matematik supaya dapat merancang aktiviti pengayaan dan

pemulihan.

iii. Menentukan kesan pengajaran guru untuk merancang strategi pengajaran

yang lebih berkesan.

iv. Menentukan pencapaian objektif pelajaran yang ditetapkan untuk

merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa depan.

v. Merekod keputusan-keputusan penilaian dalam Rekod Prestasi dan Rekod

Profil untuk dirujuk oleh pihak-pihak yang berkenaan.

vi. Menilai keberkesanan pelaksanaan sesuatu program.

6

Malah, Ralph (1991) juga pernah menjelaskan mengenai kepentingan

penilaian dalam pendidikan, di mana penilaian merupakan proses untuk mengetahui

sejauh mana pengalaman pembelajaran yang telah dibentuk dan disusun itu dapat

menghasilkan jangkaan yang diharapkan. Selain itu, proses penilaian ini juga dapat

menentukan kekuatan dan kelemahan rancangan yang telah diusahakan. Menurut

Ralph (1991) lagi, melalui penilaian ini kita dapat mengenalpasti bahagian manakah

yang berkesan dalam kurikulum itu dan tempat-tempat yang memerlukan pindaan dan

pembaikan.

Jelas sekali, penilaian merupakan suatu proses yang penting dalam pendidikan

dan berkait rapat dengan kurikulum itu sendiri. Dalam konteks kajian ini, kepentingan

penilaian yang utama adalah untuk menilai keberkesanan program KBSM yang telah

beberapa lama diperkenalkan. Dengan hal demikian, penyelidik akan menerangkan

mengenai Kurikulum Matematik KBSM dalam Bab 2 yang akan dibincangkan

kemudian.

1.2 Latar Belakang Masalah

Seiring dengan perubahan kurikulum pendidikan di Malaysia, kurikulum

matematik juga mengalami perubahan yang mana mengakibatkan kepelbagaian

bentuk soalan peperiksaan matematik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) juga

mengalami perubahan. Soalan peperiksaan matematik SPM yang digubal adalah

berpandukan kepada Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang telah dibentuk dengan

merujuk kepada topik-topik matematik dan aras kemahiran yang telah ditentukan.

(Mok Soon Sang, 1996)

7

Malah, kita sering mendengar peningkatan pelajar dalam keputusan

peperiksaan pelajar pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pada tahun 2005,

kita telah dikejutkan dengan satu nama yang kini tidak asing lagi iaitu Nur Amalina

Che Bakri, seorang pelajar sekolah menengah harian yang mendapat keputusan dalam

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga 17A1. Manakala, pada tahun 2007 pula kita

sekali lagi dikejutkan dengan satu nama yang mencipta kejayaan dalam peperiksaan

SPM dengan mendapat 19A1, di mana kedua-dua mereka mendapat A1 bagi kesemua

mata pelajaran yang diambil.

Selaras dengan cabaran dalam Wawasan 2020 yang dikemukakan oleh bekas

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Sidang Majlis Perdagangan

Malaysia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 yang mahu

membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan

berpandangan jauh ke hari muka, yakni sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat

memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap

pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan. (Mok Soon Sang,

1996).

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2000), matematik merupakan

jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains

dan teknologi. Justeru itu, bagi menyediakan tenaga kerja yang bersesuaian dengan

perkembangan dan keperluan untuk membentuk sebuah negara maju, maka

penguasaan ilmu matematik perlulah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Seperti yang telah diperkatakan sebelum ini, sistem pendidikan kita lebih

menumpu kepada peperiksaan. Sejauh manakah sistem peperiksaan di negara ini

mampu melahirkan individu atau tenaga kerja yang dikehendaki dalam tujuan untuk

perkembangan dan pembangunan negara dalam menuju kepada sebuah negara maju.

Di sini dapatlah kita lihat kepentingan penilaian kerana penilaian merupakan cermin

terbaik untuk melihat hasil pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.

8

Sekiranya penilaian yang dilakukan bersifat untuk menguji kurikulum yang

disediakan, maka kita akan dapat melihat hasil kurikulum pendidikan yang digunakan

adakah selaras atau tidak dengan keperluan negara yang sedang menuju negara maju

dan keperluan dalam pekerjaan. Jika penilaian yang dibuat adalah untuk menjaga

reputasi peratus kelulusan seperti tahun sebelumnya, maka sudah tentu kita tidak

dapat mengetahui sejauh manakah keberkesanan kurikulum pendidikan matematik di

Malaysia.

1.3 Pernyataan Masalah

Proses menggubal dan membina sesuatu item ujian bukanlah suatu proses

yang mudah. Para penggubal soalan untuk Matematik SPM mestilah pakar dalam

mata pelajaran tersebut dan mengetahui perkembangan semasa kurikulum matematik

pada masa itu. Hanya mereka yang layak sahaja terpilih untuk menggubal dan

membina item-item soalan dalam sesuatu ujian seperti peperiksaan awam SPM ini.

Persediaan dan perancangan yang rapi sangat diperlukan dalam menggubal sesuatu

item, lebih-lebih lagi apabila Matematik merupakan subjek teras dalam Kurikulum

Pendidikan Kebangsaan.

Proses penilaian ini merupakan suatu aktiviti yang penting dalam setiap

peringkat pengajaran dan pembelajaran. Penilaian digunakan untuk menentukan sama

ada segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik yang telah dijalankan

mencapai objektif yang telah diharapkan atau sebaliknya. Menurut Mok Soon Sang

(1996), prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat yang telah

ringkaskan seperti yang berikut:

9

Rajah 1.1: Peringkat-peringkat dalam prosedur penilaian

Menurut Mok Soon Sang (1996) lagi, aktiviti penilaian dengan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran adalah sangat berkait rapat untuk mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Rajah menunjukkan hubungan antara

penilaian, pengajaran dan pembelajaran bertindakbalas antara satu sama lain untuk

mencapai objektif pendidikan yang diharapkan.

Rajah 1.2: Aktiviti penilaian dengan aktiviti dan objektif pengajaran dan

pembelajaran.

Peringkat persediaan ujian

Peringkat pentadbiran ujian

Peringkat pemeriksaan dan pengukuran

Peringkat analisis

Peringkat interpretasi dan tindakan

Aktiviti pengajaran

Penilaian

Aktiviti pembelajaran

Objektif pengajaran dan pembelajaran

10

Selain itu, matematik juga sangat penting kepada pelajar untuk meneruskan

pengajian di peringkat yang lebih tinggi atau untuk memohon sesuatu jawatan.

Berikutan kepentingan matematik yang begitu mendesak pada zaman sains dan

teknologi ini, adakah sesuatu item yang digubal dalam kertas soalan Matematik SPM

adalah benar-benar berdasarkan kurikulum yang tersedia atau untuk memastikan

pelajar mendapat keputusan yang baik seperti pelajar-pelajar pada tahun sebelumnya

seterusnya memastikan peratus kelulusan peperiksaan Matematik SPM tetap sama,

dan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau

mendapatkan pekerjaan yang baik.

Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti dan

mengkaji sejauh mana kurikulum matematik di negara ini mencapai objektifnya dan

mengkaji perkaitan antara sukatan pelajaran mata pelajaran Matematik dalam

kurikulum dengan penilaian peperiksaan SPM.