faq

6
1 SOALAN LAZIM PROGRAM KEJURUTERAAN (JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA) TAHUN 2014 1. Apakah itu Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014? Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 adalah program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2013 ke negara Jerman, Perancis, Jepun dan Korea. 2. Apakah bidang yang ditaja di bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014? Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang kejuruteraan SAHAJA. 3. Apakah syarat-syarat permohonan Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea)? Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2013 sahaja, dengan syarat-syarat seperti berikut: Syarat-Syarat Umum (i) Warganegara Malaysia (ii) Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2013. (ii) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya. Syarat Khusus Memenuhi syarat minimum gred dan kombinasi subjek yang ditetapkan mengikut program. Syarat ini boleh didapati di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 21 Mac 2014.

Upload: joannadav

Post on 12-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

How to Study abroad

TRANSCRIPT

Page 1: FAQ

1

SOALAN LAZIM

PROGRAM KEJURUTERAAN (JERMAN, PERANCIS, JEPUN DAN KOREA) TAHUN 2014

1. Apakah itu Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea)

tahun 2014? Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 adalah

program penajaan JPA bagi pelajar lepasan SPM 2013 ke negara Jerman, Perancis, Jepun dan Korea.

2. Apakah bidang yang ditaja di bawah Program Kejuruteraan (Jerman,

Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014? Bidang pengajian yang ditaja adalah bidang kejuruteraan SAHAJA.

3. Apakah syarat-syarat permohonan Program Khas (Jerman, Perancis, Jepun

Dan Korea)? Permohonan adalah dibuka kepada pelajar lepasan SPM tahun 2013 sahaja, dengan syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

(i) Warganegara Malaysia (ii) Berumur kurang 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31

Disember 2013. (ii) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit

kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya. Syarat Khusus Memenuhi syarat minimum gred dan kombinasi subjek yang ditetapkan mengikut program. Syarat ini boleh didapati di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 21 Mac 2014.

Page 2: FAQ

2

4. Bagaimana saya boleh memohon biasiswa JPA di bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014? Permohonan boleh dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my mulai 21 Mac – 27 Mac 2014 (tujuh hari). Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu sebelum boleh memohon secara online. Pemohon hendaklah membaca dan memahami kesemua panduan dan syarat- syarat yang ada disediakan di http://esilav2.jpa.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.

5. Di mana saya boleh melihat iklan Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis,

Jepun Dan Korea) tahun 2014? Iklan boleh didapati di akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Times dan Borneo Post (edisi Sabah dan Sarawak).

6. Apakah kriteria pemilihan penawaran Program Kejuruteraan (Jerman,

Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014?

i) Prestasi akademik; ii) Kokurikulum; iii) Student Assesment Centre (SAC); dan iv) Sosio ekonomi keluarga.

7. Apakah itu Student Assesment Centre (SAC)?

Calon yang telah disenarai pendek adalah dikehendaki untuk menghadiri SAC. SAC adalah satu kaedah penilaian dan pemilihan pelajar yang lebih komprehensif berdasarkan kompetensi-kompetensi yang ditetapkan meliputi minat, tata kelakuan, kepimpinan, patriotisme, kreativiti, ketahanan dan keyakinan diri.

Page 3: FAQ

3

8. Bilakah program SAC akan dijalankan? Program SAC dijadualkan pada 15 hingga 18 April 2014 di pusat yang telah

ditetapkan. 9. Bilakah saya boleh mengetahui sama ada saya dipanggil untuk ke

program SAC? Calon boleh membuat semakan panggilan ke program SAC pada 11 April 2014 secara online di http://esilav2.jpa.gov.my . Tempat SAC adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam surat panggilan.

10. Apakah dokumen yang perlu saya bawa semasa menghadiri program SAC?

a. Calon perlu membawa dokumen/ sijil asal seperti berikut:

(i) Kad Pengenalan; (ii) Slip keputusan SPM 2013; (iii) Surat Beranak Calon; (iv) Surat Beranak Ibu/ Bapa/ Penjaga; (v) Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/ Bapa/ Penjaga (yang berkenaan

sahaja); (vi) Slip Gaji/ Kad pesara Ibu/ Bapa/ Penjaga; (vii) Borang Pengesahan Pendapatan Keluarga (muat turun dari

http://esilav2.jpa.gov.my); (viii) Slip pengesahan menduduki ujian Psikometrik

(http://www.interactive.jpa.gov.my/ukbp) (ix) Sijil-sijil berhenti sekolah; (x) Sijil kegiatan kokurikulum bagi tingkatan 4 dan 5 sahaja; (xi) Sijil Bahasa Asing (sekiranya ada);

b. Calon juga perlu membawa bersama salinan dokumen seperti berikut:

i) Kad Pengenalan; ii) Surat Beranak Calon; ii) Surat Beranak Ibu/ Bapa/ Penjaga; dan iii) Sijil-sijil kewarganegaraan Ibu/ Bapa/ Penjaga (yang berkenaan

sahaja).

Page 4: FAQ

4

11. Bagaimanakah JPA akan membuat pemakluman berhubung urusan

permohonan, panggilan SAC, keputusan dan penawaran Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014?

Semua urusan berhubung Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 iaitu permohonan, panggilan SAC, keputusan dan cetakan surat tawaran serta dokumen-dokumen yang berkaitan akan dibuat secara online di http://esilav2.jpa.gov.my.

Surat-surat/ slip-slip pengesahan yang berkenaan hendaklah dimuat turun dan dicetak sendiri oleh calon. Calon adalah dinasihatkan untuk sentiasa membuat semakan di http://esilav2.jpa.gov.my dari semasa ke semasa bagi mengetahui sebarang maklumat terkini berhubung Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014.

12. Apakah nombor yang boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan?

i) Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3552/3541/3453 Talian-talian ini dibuka setiap hari bekerja dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang mulai 21 Mac hingga 27 Mac 2014. Pertanyaan mengenai program tajaan JPA boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3670/3398/3564/3489 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang mulai 21 Mac hingga 27 Mac 2014 atau emel di [email protected].

Page 5: FAQ

5

LAIN-LAIN SOALAN BERKAITAN 1. Saya mendapat 9A- dalam peperiksaan SPM 2012. Bolehkah saya

memohon Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014? TIDAK, Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 hanya dibuka kepada pelajar cemerlang lepasan SPM 2013 sahaja.

2. Bolehkah calon memilih negara pengajian?

BOLEH, calon-calon hanya dibenarkan memilih satu di antara empat negara pengajian (Jerman, Perancis, Jepun dan Korea) yang ditawarkan bergantung kepada minat dan kecenderungan calon.

3. Di manakah Program Persediaan diadakan?

Program persediaan akan diadakan di kolej-kolej persediaan yang ditetapkan oleh JPA bergantung kepada negara pengajian.

4. Adakah calon dibenarkan untuk mengikuti program persediaan secara persendirian? TIDAK, calon-calon yang berjaya ditawarkan di bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 perlu mengikuti program persediaan di kolej/ pusat persediaan yang telah ditetapkan oleh JPA sahaja.

5. Sekiranya saya tidak dipanggil ke SAC atau telah menjalani SAC dan

tidak berjaya ditawarkan di bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 adakah saya boleh merayu? TIDAK, sebarang kekosongan tempat akan ditawarkan kepada calon yang layak seterusnya.

Page 6: FAQ

6

6. Sekiranya saya menolak tawaran biasiswa di bawah Program Kejuruteraan (Jerman, Perancis, Jepun Dan Korea) tahun 2014 adakah saya layak dipertimbangkan sebarang penajaan lain di JPA? YA, pelajar boleh memohon apa-apa program penajaan lain yang ditawarkan oleh JPA sekiranya berminat dan melepasi syarat penajaan.

7. Adakah saya layak untuk memohon Program Biasiswa Nasional?

TIDAK, Program Biasiswa Nasional adalah program khas yang ditawarkan kepada 50 orang pelajar paling cemerlang lepasan SPM 2013 yang telah disenaraikan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.