fakulti sains kognitif dan pembangunan manusia yang mempengaruhi tahap... · saya ingin merakamkan...

24
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI BERKESAN DALAM ORGANISASI. HILDA ELAINE ANAK LADI Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia 2006

Upload: vumien

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI

BERKESAN DALAM ORGANISASI.

HILDA ELAINE ANAK LADI

Sarjana Muda Sains Dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia

2006

Page 2: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI

BERKESAN DALAM ORGANISASI

HILDA ELAINE ANAK LADI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian

Pembangunan Sumber Manusia

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2006

Page 3: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

Projek bertajuk ‘Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Tahap Komunikasi Berkesan Dalam

Organisasi’ telah disediakan oleh Hilda Elaine Anak Ladi dan telah diserahkan kepada

Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Pembangunan Sumber Manusia.

Diterima untuk diperiksa oleh:

...............................................

(Pn. Salbia Bt Hassan)

Tarikh:

...............................................

Page 4: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

iii

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun

Akhir saya, Puan Salbia Binti Hassan atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang

diberikan kepada saya sepanjang saya menyiapkan Projek Tahun Akhir ini. Selain itu,

saya amat berterima kasih atas segala perhatian yang diberikan dan kesabaran

melayan karenah saya dalam menyiapkan projek ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Dalat

dan Mukah (MDDM) khususnya kerana sudi dan telah memberikan kerjasama kepada

saya serta menerima permohonan saya bagi membenarkan saya untuk menjalankan

kajian di MDDM bagi tujuan Projek Tahun Akhir (PTA).

Saya juga amat terhutang budi kepada Encik Abdul Halim Busari atas segala nasihat,

pandangan dan bantuan beliau yang diberikan kepada saya dalam saya menyiapkan

kajian ini terutamanya sewaktu perbentangan Projek Tahun Akhir.

Penghargaan yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada kawan-kawan

seperjuangan dan ahli keluarga serta semua pihak yang turut terlibat baik secara

langsung atau tidak langsung kerana banyak membantu dan memberikan sokongan

padu kepada saya baik dari segi fizikal atau mental sepanjang tempoh saya

menyiapkan projek ini.

Tanpa sokongan dan bantuan daripada semua pihak, saya mungkin tidak mampu

untuk menyiapkan projek ini tepat pada masanya dan projek ini tidak akan berjaya.

Page 5: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

iv

JADUAL KANDUNGAN

Penghargaan

Jadual Kandungan

Senarai Jadual

Senarai Gambarajah

Abstrak

Abstract

BAB 1: PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

1.1 Latar Belakang Kajian

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

1.3.2 Objektif Khusus

1.4 Kerangka Konsep Kajian

1.5 Hipotesis Kajian

1.6 Kepentingan Kajian

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Komunikasi

1.7.2 Berkesan

1.7.3 Komunikasi Berkesan

1.7.4 Organisasi

1.7.5 Komunikasi Dalam Organisasi

1.7.6 Pengetahuan, Kemahiran dan Kebolehan (Knowlegde,

Skills and Ability)

1.7.7 Struktur Organisasi

1.7.8 Teknologi

1.7.9 Saluran Komunikasi

1.8 Limitasi Kajian

1.9 Kesimpulan

BAB 2 : KAJIAN SEMULA PENULISAN

2.0 Pengenalan

2.1 Komunikasi

2.2 Komunikasi dan Organisasi

2.3 Komunikasi Berkesan

2.4 Demografi dan Komunikasi

2.5 Pengetahuan Komunikasi

2.6 Kemahiran Komunikasi

2.7 Kebolehan Komunikasi

2.8 Struktur Organisasi

2.9 Teknologi

iii

iv

vii

viii

ix

x

1

2

3

4

4

4

5

7

8

9

9

10

10

11

12

12

13

14

15

16

16

17

17

19

21

21

22

23

23

24

24

Page 6: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

v

2.19 Saluran Komunikasi

2.11 Teori dan Model

2.11.1 Teori X dan Y McGregor (1960)

2.11.2 Model Pemusatan Kincaids (1979)

2.11.3 A Descriptive Model of Organizational

Communication Climate

2.12 Kajian Sri Sumanty (1997)

2.13 Kesimpulan

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

3.1 Kaedah Persampelan

3.2 Lokasi Kajian

3.3 Pengumpulan Data

3.4 Instrumen dan Reka Bentuk Kajian

3.5 Ujian Rintis (Pilot Test)

3.5.1 Rumusan Keputusan Ujian Rintis (Pilot Test)

3.6 Analisis Data

3.7 Kesimpulan

BAB 4 : DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.0 Pengenalan

4.1 Ciri-ciri Demografi Responden

4.1.1 Jantina

4.1.2 Umur

4.2 Faktor Demografi terpilih (Jantina, Umur) dan Tahap

Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi

4.2.1 Jantina dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam

Organisasi

4.2.2 Umur dan Tahap Komunikasi Berkesan Dalam

Organisasi

4.3 Perkaitan Antara Faktor Demografi Terpilih (Pengetahuan,

Kemahiran, Kebolehan) dan Tahap Komunikasi Berkesan

dalam Organisasi

4.3.1 Pengetahuan Komunikasi dan Tahap Komunikasi

Berkesan Dalam Organisasi

4.3.2 Kemahiran Komunikasi dan Tahap Komunikasi

Berkesan Dalam Organisasi

4.3.3 Kebolehan Komunikasi dan Tahap Komunikasi

Berkesan Dalam Organisasi

4.4 Perkaitan Antara Faktor Bukan Demografi Terhadap Tahap

Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi

4.4.1 Struktur Organisasi dan Tahap Komunikasi berkesan

Dalam Organisasi

25

26

26

28

32

34

36

37

37

39

40

40

42

42

43

45

46

46

46

47

48

48

50

51

51

53

54

55

55

Page 7: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

vi

4.4.2 Teknologi Komunikasi dan Tahap Komunikasi

Berkesan Dalam Organisasi

4.4.3 Saluran Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan

Dalam Organisasi

4.5 Rumusan Ujian Hipotesis

4.6 Kesimpulan

BAB 5 : KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.0 Pengenalan

5.1 Rumusan Kajian

5.2 Cadangan

5.2.1 Cadangan Kepada Organisasi

5.2.2 Cadangan Kepada Pengkaji Lain Pada Masa Akan

Datang

5.3 Kesimpulan

Rujukan

Lampiran 1

57

59

61

62

63

63

67

67

68

69

70

73

Page 8: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

vii

SENARAI JADUAL

Jadual 3.1 Kategori Tindak Balas Responden

Jadual 3.2 Rumusan Keputusan Ujian Rintis

Jadual 3.3 Pearson Correlation Coefficient r Interpretation

Jadual 4.1 Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Umur

Jadual 4.3 Ujian Anova Sehala Antara Jantina dan Tahap

Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

Jadual 4.4 Ujian Anova Sehala Antara Umur dan Tahap

Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

Jadual 4.5 Ujian Korelasi Pearson Antara Pengetahuan

Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam

Organisasi

Jadual 4.6 Ujian Korelasi Pearson Antara Kemahiran

Komunikasi dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam

Organisasi

Jadual 4.7 Ujian Korelasi Pearson Antara Kebolehan Komunikasi

dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

Jadual 4.8 Ujian Korelasi Pearson Antara Struktur Organisasi dan

Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

Jadual 4.9 Ujian Korelasi Pearson Antara Teknologi Komunikasi

dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

Jadual 4.10 Ujian Korelasi Pearson Antara Saluran Komunikasi

dan Tahap Komunikasi Berkesan dalam Organisasi

Jadual 4.11 Rumusan Ujian Hipotesis

40

43

44

47

48

48

50

51

53

54

55

57

59

61

Page 9: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

viii

SENARAI RAJAH

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

Rajah 2.1 Model Pemusatan Kincaids (1979)

Rajah 2.2 A Descriptive Model of Organizational

Communication Climate

Rajah 2.3 Kerangka Konsep Kajian Lepas (Sri Sumanty, 1997)

6

28

32

35

Page 10: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

ix

ABSTRAK

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TAHAP KOMUNIKASI

BERKESAN DALAM ORGANISASI. KAJIAN DIJALANKAN DI MAJLIS

DAERAH DALAT DAN MUKAH (MDDM).

Hilda Elaine Anak Ladi

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi

tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Antara faktor-faktor yang dikaji oleh

pengkaji adalah faktor jantina, umur, pengetahuan komunikasi, kemahiran

komunikasi, kebolehan komunikasi, struktur organisasi, teknologi komunikasi, dan

faktor saluran komunikasi. Kaedah analisis Korelasi Pearson yang digunakan adalah

untuk menentukan hubungan antara pembolehubah. Pembolehubah bersandar adalah

merupakan tahap komunikasi berkesan dalam organisasi. Pembolehubah tidak

bersandar adalah jantina, umur, pengetahuan, kemahiran, kebolehan, struktur

organisasi, teknologi komunikasi, dan saluran komunikasi. Keputusan daripada

dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor jantina

dan umur terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi, dan terdapat

hubungan yang signifikan antara faktor pengetahuan, kemahiran, kebolehan, struktur

organisasi, teknologi komunikasi, dan saluran komunikasi terhadap tahap komunikasi

berkesan dalam organisasi. Oleh yang demikian, organisasi haruslah mengambil kira

kesemua faktor dalam mewujudkan tahap komunikasi dalam organisasi yang lebih

berkesan.

Page 11: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

x

ABSTRACT

FACTORS INFLUENCING THE EFFECTIVENESS LEVEL OF

COMMUNICATION IN ORGANIZATION. A STUDY AT THE MAJLIS

DAERAH DALAT DAN NUKAH (MDDM).

Hilda Elaine Anak Ladi

Generally, this study is to investigate factors that influencing the effectiveness level of

communication in organization. The factors that is being studied including of gender

factor, age, knowledge, skills, ability, organization structure, technology, and

communication channel factor. Method analysis Pearson Correlation is used to

determine the relationship between the variables. The dependent variable in this study

is the effectiveness level of communication in organization. The independent variables

are gender, age, knowledge, skill, ability, organization structure, communication

technology, and channels of communication. The results of finding shows that there is

a significant different between gender and age factors toward the effectiveness levels

of communication in organization, and there is significant relationship between

knowledge, skill, ability, organization structure, communication technology, and

channels of communication factors toward the effectiveness levels of communication

in organization. Thus, organization should take all factors into consideration while

tailoring the effectiveness levels of communication in organization.

Page 12: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan

Pada masa sekarang, kepentingan hubungan dan kelancaran aktiviti dalam

organisasi adalah bergantung kepada komunikasi dalam organisasi itu sendiri. Hal

ini kerana komunikasi meliputi aspek kerja, budaya dan perhubungan sesama

individu dalam organisasi untuk melakukan tugas. Walaupun ada kalanya

organisasi dapat melihat kekurangan yang ada dalam proses komunikasi dalam

kalangan pengurusan dan pekerja, mereka tetap menganggap komunikasi adalah

berkesan asalkan pengurusan dan pekerja dapat berinteraksi, mendengar dan

menerima maklumat dalam organisasi ataupun semasa menjalankan tugas.

Rasberry dan Linsay (1994: 17) mendefinisikan komunikasi sebagai, “sorting, selecting, forming, and transmitting symbols between

people to create meaning; it can best be understood by examining its

elements. Two common elements are necessary in every communication

situation: a source and a receiver.”

Komunikasi berkesan dalam sesebuah organisasi adalah amat perlu untuk

dititikberatkan sama ada oleh pihak pengurusan mahu pun pekerja organisasi. Hal

ini kerana, komunikasi yang berkesan membolehkan kerja yang dilakukan

berjalan dengan lebih lancar dan efisien. Selain melakukan tugas yang lebih

Page 13: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

2

efektif dan efisien, pekerja dan pengurusan secara tidak langsung akan dapat

berkongsi budaya dan nilai dalam organisasi serta dapat mengelakkan salah faham

yang berlaku dalam menerima dan menyampaikan maklumat.

1.1 Latar Belakang Kajian

Pengkaji telah memilih untuk menjalankan kajian di Majlis Daerah Dalat

dan Mukah (MDDM) yang terletak di pusat bandar Bahagian Mukah. MDDM

adalah merupakan sebuah agensi Kerajaan Tempatan yang memikul

tanggungjawab dalam memastikan kawasan bandar dan pekan-pekan kecil

bahagian Mukah serta kawasan liputan cawangan MDDM ini seperti Oya/Dalat,

Balingian dan Selangau/Stapang mendapat pembangunan yang seimbang sejajar

dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru MDDM meliputi bahagian pengurusan dan

pentadbiran yang terdiri daripada Bahagian Perbendaharaan, Pentadbiran,

Penguatkuasa, Kerja Awam, Penilaian, Kesihatan Awam, dan Perpustakaan.

Menurut Tubbs dan Hain (1979) dan Clampitt dan Downs (1983),

komunikasi berkesan adalah berkait rapat dengan pembangunan organisasi

berkesan (Kreps, 1990).

Rasberry dan Lindsay (1994) pula menyatakan bahawa pengkomunikasi

mempunyai kemahiran yang pelbagai seperti penulis, pengucap, pembaca,

pendengar, pemikir, dan penyelesai masalah. Kemahiran ini secara tidak langsung

mempengaruhi kebolehan mereka dalam menganalisis sesuatu motif, menjadi

Page 14: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

3

pengantara dalam keadaan konflik, bertindak sebagai ejen perubahan, menjadi

ketua atau pembuat keputusan. Hal ini adalah disebabkan oleh kebolehan mereka

dalam membentuk dan menyampaikan maklumat semasa proses komunikasi.

Keadaan ini membawa kepada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi

ketepatan maklumat yang disampaikan atau pembentukan komunikasi berkesan

iaitu pengetahuan, sikap, sosiobudaya, dan kemahiran teknikal.

1.2 Penyataan masalah

Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) terdiri daripada tujuh bahagian

pentadbiran yang berlainan fungsinya. Walau bagaimanapun, setiap tugas yang

dilaksanakan oleh setiap bahagian adalah saling berkaitan dan bergantungan di

antara satu sama lain. Pekerja di organisasi juga adalah terdiri daripada peringkat

umur dan latar belakang yang berlainan dan keadaan ini secara tidak langsung

mempengaruhi persekitaran perhubungan organisasi dan komunikasi.

Penyampaian maklumat dan proses komunikasi dalam organisasi juga melibatkan

saluran komunikasi seperti memo, papan notis, telefon, dan sistem komputer.

Namun begitu, komunikasi yang berkesan dalam organisasi tidak dapat

dipastikan keberkesanannya berikutan dengan permasalahan yang wujud dalam

penyampaian dan penerimaan maklumat. Keadaan ini secara tidak langsung

menimbulkan masalah dalam menyampaikan maklumat dengan berkesan.

Page 15: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

4

Oleh yang demikian, persoalan kajian yang hendak dijawab oleh pengkaji

adalah seperti berikut:

i. Bagaimanakah faktor demografi terpilih yang merangkumi jantina, umur,

pengetahuan, kemahiran dan kebolehan dapat mempengaruhi tahap komunikasi

berkesan dalam organisasi?

ii. Bagaimanakah faktor organisasi yang merangkumi struktur organisasi,

teknologi dan saluran komunikasi dapat mempengaruhi tahap komunikasi

berkesan dalam organisasi.

1.3 Objektif Kajian

1.3.1 Objektif Umum

Objektif umum kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktor-faktor

yang mempengaruhi tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

1.3.2 Objektif Khusus

Terdapat 8 objektif yang perlu dicapai dalam kajian ini, iaitu:

1. Mengenal pasti perbezaan di antara jantina dengan tahap komunikasi berkesan

dalam organisasi.

2. Mengenal pasti perbezaan di antara umur dengan tahap komunikasi berkesan

dalam organisasi.

Page 16: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

5

3. Mengenal pasti perkaitan pengetahuan komunikasi dengan tahap komunikasi

berkesan dalam organisasi.

4. Mengenal pasti perkaitan kemahiran dengan tahap komunikasi berkesan dalam

organisasi.

5. Mengenal pasti perkaitan kebolehan dengan tahap komunikasi berkesan dalam

organisasi.

6. Mengenal pasti perkaitan di antara struktur organisasi dengan tahap

komunikasi berkesan dalam organisasi.

7. Mengenal pasti perkaitan di antara teknologi dengan komunikasi berkesan

dalam organisasi.

8. Mengenal pasti perkaitan di antara saluran komunikasi dengan komunikasi

berkesan dalam organisasi.

1.4 Kerangka Konsep Kajian

Pengkaji mengkaji dua faktor utama dalam mengenal pasti tahap

komunikasi berkesan dalam organisasi. Dua faktor ini telah dibahagikan kepada

lapan pecahan faktor yang akan dikaji oleh pengkaji. Antara faktor-faktor yang

dikenal pasti dapat mempengaruhi komunikasi berkesan adalah faktor demografi

terpilih yang terdiri daripada jantina, umur, pengetahuan, kemahiran dan

kebolehan. Manakala faktor kedua adalah merupakan faktor organisasi yang

meliputi struktur organisasi, teknologi dan saluran komunikasi.

Page 17: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

6

Rajah 1.1 menunjukkan kerangka konsep kajian pengkaji. Kerangka

konsep adalah memfokuskan kepada tahap komunikasi berkesan di organisasi

yang melihat kepada faktor demografi terpilih yang terdiri daripada jantina, umur,

pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dan faktor organisasi yang meliputi

struktur organisasi, teknologi dan saluran komunikasi.

Rajah 1.1 Kerangka Konsep Kajian

PEMBOLEHUBAH TIDAK PEMBOLEHUBAH

BERSANDAR BERSANDAR

DEMOGRAFI

TERPILIH

- Jantina

- Umur

- Pengetahuan

- Kemahiran

- Kebolehan

ORGANISASI

- Struktur

- Teknologi

- Saluran

Komunikasi

Tahap

Komunikasi

Berkesan

Dalam

Organisasi

Page 18: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

7

1.5 Hipotesis Kajian

Hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Ho 1: Tidak ada perbezaan yang signifikan di antara faktor jantina terhadap

komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 2: Tidak ada perbezaan yang signifikan di antara faktor umur terhadap

komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 3: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor pengetahuan terhadap

komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 4: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor kemahiran terhadap

tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 5: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor kebolehan terhadap

tahap komunikasi berkesan dalam organiasasi.

Ho 6: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor struktur organisasi

terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

Ho 7: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor teknologi terhadap

tahap komunikasi berkesan dalam organisasi.

Page 19: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

8

Ho 8: Tidak ada perkaitan yang signifikan di antara faktor saluran komunikasi

terhadap tahap komunikasi berkesan dalam organisasi

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai kepentingan kepada organisasi yang terlibat dalam

kajian iaitu Majlis Daerah Dalat dan Mukah (organisasi), pihak pengurusan dan

pekerja mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi tahap komunikasi berkesan

dalam organisasi. Sebarang masalah yang wujud yang berkaitan dalam proses

komunikasi akan dapat diperbaiki dan dipertingkatkan lagi keberkesanannya.

Kajian ini juga membolehkan setiap ahli dalam organisasi mengetahui

tahap keberkesanan komunikasi dalam proses perhubungan dan pengurusan di

organisasi. Berikutan dengan itu, setiap anggota organisasi akan dapat mengetahui

kelemahan dalam penyaluran maklumat komunikasi kepada pihak yang lain

dalam organisasi. Secara tidak langsung, kesalahfahaman terhadap mesej yang

hendak disampaikan juga akan dapat dielakkan pada masa yang akan datang.

Melalui hasil kajian ini juga, pengkaji dapat mengetahui permasalahan lain

yang mungkin timbul dalam mencapai matlamat kajian komunikasi berkesan

dalam organisasi. Walau bagimanapun, soalan kajian yang dinyatakan oleh

pengkaji dalam kajian ini menghadkan perasaan ingin tahu pengkaji terhadap

keputusan kajian yang lebih meluas kerana sebahagian faktor sahaja yang

Page 20: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

9

diberikan penekanan. Pengkaji juga turut melihat kepada kajian pengkaji lepas

sebagai panduan dan sokongan kepada kajian yang dilakukan.

Kajian ini juga penting kepada Pengamal Sumber Manusia pada masa

datang dalam mengenal pasti permasalahan yang berkaitan dengan komunikasi

dalam organisasi, pengurusan dan pekerja. Di samping itu, kajian ini juga boleh

membantu sebagai salah satu rujukan dalam menguruskan dan merancang strategi

komunikasi yang berkesan dalam organisasi. Kajian yang dijalankan juga turut

membantu Pengamal Sumber Manusia dalam membangunkan dan memperbaiki

kelemahan yang wujud dalam proses komunikasi pada masa yang akan datang.

1.7 Definisi Istilah

1.7.1 Komunikasi

Konsepsual: Menurut Kounalakis et al (1999: 224), komunikasi adalah proses

pertukaran maklumat yang berlaku sesama individu melalui sistem

simbol yang asas, isyarat ataupun tingkahlaku.

Operasional: Komunikasi membolehkan setiap ahli dalam sesebuah organisasi

menyalurkan maklumat dan menerima maklumat dengan bantuan

saluran komunikasi. Keadaan ini membolehkan setiap ahli dalam

organisasi berkongsi matlamat, perhubungan dan nilai dalam

Page 21: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

10

organisasi. Komunikasi juga menggalakkan perkongsian nilai dan

budaya dalam organisasi.

1.7.2 Berkesan

Konsepsual: Menurut Kamus Dewan Bahasa yang diambil dari laman web

internet, berkesan; (1) meninggalkan (menunjukkan) kesan atau

bekas, meninggalkan bekas (tanda),berbekas, (2) menimbulkan

hasil (kesudahan) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu

perubahan (perkembangan) efektif, (3) mendatangkan suatu

pengaruh kepada pemikiran (sikap,watak) seseorang atau

sesuatu golongan (seperti mengubah sikap, membangkitkan

sesuatu kecenderungan atau perasaan).

Operasional: Komunikasi yang berkesan mampu memberikan maklumat dan

rangsangan kepada setiap individu secara tepat serta dapat

memberikan tindak balas yang dikehendaki dalam proses

berkomunikasi.

1.7.3 Komunikasi Berkesan

Konsepsual: Timm and Stead (1996: 145) menyatakan apabila sesuatu

maklumat telah diterima, difahami dan audiens bercadang untuk

Page 22: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

11

menggunakan maklumat tersebut, bermakna komunikasi berkesan

telah berlaku

Operasional: Sesuatu komunikasi berkesan adalah disebabkan penyampaian

maklumat yang betul dan jelas. Dengan penyampaian maklumat

secara berkesan, setiap tugas dalam organisasi dapat dilakukan

dengan lebih mudah serta mendorong kepada peningkatan dalam

prestasi dan produktiviti kerja.

1.7.4 Organisasi

Konsepsual: McShane dan Von Glinow (2005: 6) mendefinisikan organisasi

sebagai, “Groups of people who work interdependently toward

some purpose.”

Operasional: Organisasi adalah merupakan satu gabungan di antara pengurusan

kerja dan perhubungan manusia yang saling bergantungan antara

satu sama lain bagi mencapai satu matlamat yang telah ditetapkan.

Organisasi adalah terdiri daripada sekumpulan individu yang

mentadbir dan sekumpulan individu yang ditadbir dalam

mewujudkan perhubungan kerja serta menggalakkan interaksi dan

komunikasi dalam kumpulan.

Page 23: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

12

1.7.5 Komunikasi Dalam Organisasi

Konsepsual: Goldhaber (1990: 19) menyatakan bahawa komunikasi dalam

organisasi sebagai satu proses menghasilkan dan berkongsi

maklumat dalam saluran perhubungan yang saling bergantungan

sesama individu bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di

persekitaran yang tidak menentu. Tanggapan ini termasuklah tujuh

konsep dalam komunikasi yang utama iaitu proses, maklumat,

saluran,pergantungan, perhubungan, persekitaran dan

ketidaktentuan.

Operasional: Komunikasi dalam organisasi juga menggalakkan interaksi wujud

dalam organisasi yang melibatkan pengurusan dan pekerja. Proses

komunikasi ini melibatkan perkongsian maklumat, pendapat dan

penyelesaian masalah yang timbul dalam proses kerja dan

perhubungan dalam organisasi.

1.7.6 Pengetahuan, Kemahiran dan Keupayaan (Knowledge, Skills

and Ablity)

Konsepsual: Menurut DeSimone dan Harris (1998), pengetahuan adalah

merupakan pemahaman seseorang individu terhadap fakta-fakta

dan prinsip yang berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran

pula adalah merupakan kombinasi aktiviti psikomotor di antara

Page 24: Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Yang Mempengaruhi Tahap... · Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Tahun ... Ribuan terima kasih

13

keupayaan dan kemampuan yang terhasil melaui pengalaman

persekitaran ataupun latihan. Manakala keupayaan atau kebolehan

adalah merupakan kemampuan individu yang berkaitan dengan

prestasi terhadap perlaksanaan suatu set tugas. Keupayaan adalah

membangun sepanjang masa melalui interaksi bakat dan

pengalaman secara berterusan.

Operasional: Pengetahuan, kemahiran dan keupayaan yang dimiliki oleh

seseorang individu dalam organisasi adalah mempengaruhi cara

penyampaian, penerimaan dan pentafsiran sesuatu maklumat.

Ketiga- tiga konsep ini menekankan kepada intipati sesuatu

komunikasi yang akan membolehkan seseorang individu

penyampai dan penerima maklumat mengkomunikasikan

maklumat yang selaras agar dapat membentuk suatu komunikasi

yang berkesan. Semakin banyak pengetahuan yang mereka miliki,

semakin tinggi keupayaan dan kemahiran yang dapat mereka

aplikasikan semasa proses komunikasi dalam melakukan tugas dan

mencapai matlamat diri dan organisasi.

1.7.7 Struktur Organisasi

Konsepsual: Rassberry dan Lindsay (1994: 44), struktur organisasi adalah

merupakan corak perhubungan kuasa formal yang wujud di antara