faktor-faktor yang mempengaruhi hubungan permuafakata

4
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN PERMUAFAKATAN “A school system without parents as it, a bucket with a hole in it’, Jesse L. Jackson. Kenyataan di atas menujukkan bahawa organisasi pendidikan dan permuafakatan komuniti tidak boeh dipisahkan, sebagaiman aur dengan tebing yang sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006-2010 yang telah dilancarkan pada 16 Januari, 2007 bermatlamatkan pembangunan satu sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan ’Minda Kelas Pertama’ yang dapat melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Antara faktor kritikal kejayaan yang dikenalpasti untuk mencapai kecemerlangan institusi pendidikan adalah kerjasama dan komitmen warga pendidikan serta kerjasama dan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders). Jika dulu rata-rata semua organisasi pendidikan hanya berdiri sendiri. Jalinan permuafakatan hanya berlaku bersama PIBG. Namun sekarang masa berlalau dan zaman berubah. Kini sekolah rancak mencari jalinan persahabatan dari setiap penjuru dunia. Semua sektor awam,swasta,individu, ibu bapa, komuniti melaksanakan pelbagai progam bersama bagi tujuan permuafakatan. Permuafakatan membawa maksud, jalinan kerjasama. Kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu (antara dua atau beberapa pihak). Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi, permuafakatan dan perkongsian. Menurut Rutter et al 1979, koloborasi dan kerja berpasukan adalah sangat penting dalam kesatuan matlamat. C. Bernard 1938 pula (disebut di dalam Mohd. Salleh Bin Mahat) dalam bukunya yang berjodol ’The functions Of The Executives’ menjelaskan bahawa ’pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’. Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibubapa dan komuniti dalam mencapai matlamat yang sama. Hubungan tiga dimensi ini adalah amat penting kerana:

Upload: kimora

Post on 04-Dec-2015

540 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Permuafakata

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI HUBUNGAN PERMUAFAKATAN

“A school system without parents as it, a bucket with a hole in it’, Jesse L. Jackson.

Kenyataan di atas menujukkan bahawa organisasi pendidikan dan permuafakatan komuniti tidak boeh dipisahkan, sebagaiman aur dengan tebing yang sentiasa saling memerlukan antara satu sama lain.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006-2010 yang telah dilancarkan pada 16 Januari, 2007 bermatlamatkan pembangunan satu sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan modal insan ’Minda Kelas Pertama’ yang dapat melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Antara faktor kritikal kejayaan yang dikenalpasti untuk mencapai kecemerlangan institusi pendidikan adalah kerjasama dan komitmen warga pendidikan serta kerjasama dan komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders).

Jika dulu rata-rata semua organisasi pendidikan hanya berdiri sendiri. Jalinan permuafakatan hanya berlaku bersama PIBG. Namun sekarang masa berlalau dan zaman berubah. Kini sekolah rancak mencari jalinan persahabatan dari setiap penjuru dunia. Semua sektor awam,swasta,individu, ibu bapa, komuniti melaksanakan pelbagai progam bersama bagi tujuan permuafakatan.

Permuafakatan membawa maksud, jalinan kerjasama. Kerjasama pula didefinisikan sebagai usaha (kerja) bersama-sama atau saling bantu-membantu (antara dua atau beberapa pihak). Jalinan kerjasama juga turut membawa maksud koloborasi, permuafakatan dan perkongsian.

Menurut Rutter et al 1979, koloborasi dan kerja berpasukan adalah sangat penting dalam kesatuan matlamat. C. Bernard 1938 pula (disebut di dalam Mohd. Salleh Bin Mahat) dalam bukunya yang berjodol ’The functions Of The Executives’ menjelaskan bahawa ’pentadbir perlu menggunakan sepenuhnya sumber yang ada dan mendapat sokongan daripada ahli sistem sosial di sekolah dan masyarakat luar’.

Hubungan tiga dimensi antara sekolah, ibubapa dan komuniti dalam mencapai matlamat yang sama. Hubungan tiga dimensi ini adalah amat penting kerana:

• Ia mewujudkan permuafakatan dan perkongsian pintar yang mantap dan akrab antara pihak sekolah, rumah dan komuniti supaya sistem pendidikan mencapai kejayaan.

• Penglibatan masyarakat amat penting dalam membentuk dan mendidik generasi masa depan.

• Masyarakat dapat menjayakan hasrat murni ini melalui sumbangan idea, tenaga, bahan atau peralatan serta wang ringgit. ( Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1988)

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Permuafakatan terbahagi kepada dua;

i) Faktor Dalaman ii) Faktor Luaran

Page 2: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Permuafakata

i) Faktor Dalaman Jalinan permuafakatan di antara Pengetua, Pengurusan sekolah, Ketua Bidang atau

Guru Kanan atau Panitia Mata Pelajaran, Guru Penyelaras,Peranan semua guru Pengawas Sekolah, Murid, Peranan Koperasi Sekolah dan lain-lain

ii) Faktor Luaran Peranan PPD, Jabatan Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia Jabatan-jabatan Kerajaan Warga Korporat dan Syarikat Swasta PIB-G

Antara Sub-Faktor yang tersenarai di atas, PIBG sangat tidak asing bagi setiap individu.

Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru (PIB-G), yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan 5 tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di Sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak Sekolah, ibubapa dan komuniti setempat. PIBG juga mempunyai peranan „saling lengkap melengkapi‟ terhadap fungsi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana Sekolah yang kondusif kepada murid-murid dan guru-guru di Sekolah.

Setiap ibubapa dan guru ingin melihat anak/murid yang dipimpin mencapai kejayaan, Usaha ini akan lebih mudah tercapai jika kedua-dua pihak berkolaborasi, mewujudkan komunikasi dua hala dan bekerja sebagai satu pasukan. Penglibatan Ibu bapa dalam pendidikan amat penting kerana ibu bapa adalah insan yang paling hamper dengan permata hati mereka. Ibu bapa yang prihatin akan melihat perkembangan anak-anak mereka pada setiap masa. Ibu Bapa yang prihatin akan sentiasa berhubung dengan guru anak-anak mereka. Hubungan ibubapa dan guru yang terjalin akan wewujudkan rasa saling percaya dan memupuk sikap keterbukaan diantar dua pihak dalam usaha mencemerlangkan murid.

Medan Sosial dan gajet-gajet , adalah salah satu agen permuafakatan yang sangat popular dewasa ini dan boleh dijadikan medan berkongsi idea. Contohnya aplikasai Whats App, Laman Muka Buku, Twitter,Line, Telegram, telefon pintar adalah sumber permuafakatan tanpa sempadan berlaku. Melaui elemen moden dan sofistikated ini ibubapa, komuniti dan Organisasi sentiasa berhubungan untuk tujaun perkongsian ilmu, penyebaran maklumat sekolah, perbincangn terhadap mendapatkan keperluan berupa motivasi , sokong kewangan dan tenaga dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, penggunaan aplikasi ini perlulah secara berhemah agar tidak berlaku sebarang isu pemalsuan berita dan sebagainya.

Kajian mengatakan, “Discipline starts from home”. Komuniti PIB-G juga boleh menyumbang bantuan melalui kaedah mendidik emosi dan rohani anak-anak di rumah secara tidak lansung. Contohnya menjadi role model yang baik terhadap anak-anak, mungkin dari segi menjaga solat dan

Page 3: Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Permuafakata

tertib diri. Anak-anak yang berdisiplin lebih mudah dibentuk. Pada masa yang sama anak-anak yang berdisiplin lebih berupaya untuk belajar dengan lebih tenang dan fokus di sekolah kerana sudah terdidik dengan disiplin dan kecemerlangan diri dapat dicapai dalam tempoh yang singkat.

Melalui sokongan berterusan ibubapa , aktiviti kebajikan atau kemasyarakatan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya mengikut kepakaran yang ada, aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah, memperbaiki peralatan yang rosak atau urusan kutipan derma untuk membantu hal-hal kecemasan atau pun membantu dalam sesuatu projek sekolah. Perkara ini akan memberi pulangan yang positif terhadap anak-anak/murid-murid di sekolah tersebut. Tenaga dan wang ringgit ini bukan sahaja membantu meringankan beban pihak sekolah dan malah menjimatkan kos kewangan. Pada masa yang sama aktiviti yang dijalankan secara beramai-ramai seperti gotong royong dapat meringankna dan menyegerakan tugas yang dibuat, disamping mengeratkan hubungan silaturrahim.