faktor

17
1896, Sukan Olimpik Moden pertama kali dilangsungkan di Athens, Greece. Wanita tidak dibenarkan menyertai. Dipercayai penggunaan tenaga fizikal akan merosakkan sistem peranakan. Senaman dan kegiatan sukan merosakkan alat dan sistem peranakan dan pusingan haid wanita. Namun sebenarnya, wanita yang mengandung lebih elok bersenam untuk kesihatan bayi.. Kajian mendapati, wanita yang cergas dalam bidang sukan, melahirkan anak-anak yang sihat dan cergas. Alat peranakan wanita dilindungi bahan cecair yang dapat menyerap dan menyebarkan daya tekanan. Wanita yang melibatkan diri secara cergas dalam aktiviti sukan akan menjadikan mereka memiliki sifat kelelakian. Ketahanan wanita tak sama dengan lelaki. Oleh itu acara sukan jarak jauh tidak elok untuk kesihatan wanita. Namun, kajian mendapati wanita mempunyai ketahanan diri lebih baik berbanding lelaki kerana mempunyai peratus lemak di bawah kulit badan yang berlebihan.. Salah satu kesannya ialah melahirkan wanita yang cergas dan cerdas. Contohnya, aktiviti sukan yang melibatkan pergerakan anggota badan mampu menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh. Hal ini dapat membantu menjana tenaga kepada wanita yang terlibat dalam aktiviti sukan melalui proses pemendapan lemak dalam badan. Penglibatan dalam sukan dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan kepada atlit wanita. Dengan ini, wanita yang aktif dalam sukan akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes, seperti kata pepetah “otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat. 1

Upload: saravanan-krishna

Post on 20-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sangat berguna

TRANSCRIPT

1896, Sukan Olimpik Moden pertama kali dilangsungkan di Athens, Greece. Wanita tidak dibenarkan menyertai. Dipercayai penggunaan tenaga fizikal akan merosakkan sistem peranakan. Senaman dan kegiatan sukan merosakkan alat dan sistem peranakan dan pusingan haid wanita. Namun sebenarnya, wanita yang mengandung lebih elok bersenam untuk kesihatan bayi.. Kajian mendapati, wanita yang cergas dalam bidang sukan, melahirkan anak-anak yang sihat dan cergas. Alat peranakan wanita dilindungi bahan cecair yang dapat menyerap dan menyebarkan daya tekanan. Wanita yang melibatkan diri secara cergas dalam aktiviti sukan akan menjadikan mereka memiliki sifat kelelakian. Ketahanan wanita tak sama dengan lelaki. Oleh itu acara sukan jarak jauh tidak elok untuk kesihatan wanita. Namun, kajian mendapati wanita mempunyai ketahanan diri lebih baik berbanding lelaki kerana mempunyai peratus lemak di bawah kulit badan yang berlebihan..Salah satu kesannya ialah melahirkan wanita yang cergas dan cerdas. Contohnya, aktiviti sukan yang melibatkan pergerakan anggota badan mampu menguatkan sendi-sendi dan otot-otot tubuh. Hal ini dapat membantu menjana tenaga kepada wanita yang terlibat dalam aktiviti sukan melalui proses pemendapan lemak dalam badan. Penglibatan dalam sukan dapat membantu proses perpeluhan dan menghilangkan panas badan kepada atlit wanita. Dengan ini, wanita yang aktif dalam sukan akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung dan diabetes, seperti kata pepetah otak yang cerdas terletak pada badan yang sihat.Kesan seterusnya adalah atlit wanita berpeluang mendapat keuntungan yang lumayan malalui acara yang dipertandingkan. Jelaslah sukan memberi ruang untuk menambahkan pendapatan secara individu dan kumpulan. Atlit wanita boleh meningkatkan taraf kehidupan melalui sukan yang dipilh. Justeru, atlit wanita yang mencapai tahap kemahiran profesional boleh menjadikan sukan sebagai kerjaya yang lumayan. Pada masa kini, pendapatan yang diperoleh melalui adalah banyak berbanding dengan pada masa dahulu. Oleh, itu, atlit wanita boleh memilih sukan sebagai kerjaya bagi meningkatkan status dan prestif diri di kaca mata dunia. Misalnya, jika atlit wanita melibatkan diri acara dalam sukan di peringkat antarabangsa, secara langsungnya mereka akan memperoleh pendapatan yang tinggi jika maraih kejayaan yang cemerlang. Hal ini terbukti apabila kegiatan sukan secara serius di peringkat global mampu menjana keuntungan melalui kadar tukaran wang asing. Kemajuan sukan menampakkan hala tuju wanita yang berkebolehan mengembangkan bakat dan potensi menjadikan sukan sebagai kerjaya masa depan mereka. Misalnya, pemain squash seperti Nicol Ann David dan Atlit Bowling Shalin Zulkifli masing-masing menjadikan badminton dan bowling sebagai kerjaya. Jelaslah sukan juga dapat menjadi kerjaya yang baru kepada masyarakat.Kesan seterunya adalah atlit wanita dapat meningkatkan disiplin diri mereka. Hal ini dikatakan demikian kerana individu yang ingin berjaya dalam bidang sukan mesti mempunyai disiplin yang tinggi dan dapat mengawal diri sendiri untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan. Contohnya dalam sesebuah pasukan itu mesti menepati masa, rajin berlatih, tidak merokok dan mematuhi arahan jurulatihnya. Oleh itu, secara tidak langsung sukan juga turuk membentuk disiplin wanita tersebut.Tambahan pula, kesan penglibatan sukan juga membentuk wanita menjadi seseorang yang berfikiran positif. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan aktif bersukan seseorang itu dapat berfikir secara rasional dan berkeyakinan tinggi dan tidak cepat berputus asa. Contohnya, Roslinda Samsu tetap tidak berputus asa walaupun gagal meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik pada tahun 2006 di Beijing, China. Antara kesan negatif kepada atlit wanita yang terlibat dalam sukan adalah masalah tulang di mana atlit wanita bukan sahaja menghadapi risiko retak atau patah tulang, malahan risiko poros tulang atau pengurangan jisim tulang. Jisim atau kepadatan tulang dinilai dengan melibat bilangan sel tulang yang ada pada tulang rangka badan. Zaiton Othman iaitu belaiau seorang bekas atlit Negara terperanjat dan sukar mempercayai kata-kata doktor bahawa dirinya menghidap poros tulang selepas menjalani pemeriksaan akibat terjatuh dan berasa sakit di bahagian belakang. Menurut doktor, masalah tersebut biasa menyerang atlit sepertinya dan ia berlaku apabila badan yang tidak mempunyai tenaga yang mencukupi lalu menyerap tenaga yang diperlukan daripada tulang. Ahli sukan profesional seperti (CTH) yang menggunakan tenaga pada tahap optimum, poros tulang akan berlaku sekiranya tenaga yang diambil daripada tulang tidak diganti dengan pemakanan yang sempurna, Oleh yang demikan, atlit wanita takut untuk melibatkan diri dalam sukan dan mengundurkan diri dari acara sukan yang amat diminati. Selain itu, penglibatan dalam sukan oleh atlit wanita juga memberi impak yang negatif secara langung atau tidak langsung. Kita sedar bahawa sesetengah acara sukan amat berbahaya dan mengancam nyawa. Hal ini terbukti apabila para atlit wanita mengalami kecederaan yang serius selepas sesuatu pertandingan. Keadaan ini jelas kelihatan dalam sukan tinju dan gusti. Walaupun sukan ini dapat meningkatkan daya tahan para peninju dan ahli gusti, namun mereka menghadapi risiko yang tinggi untuk mendapat kecederaan akibat terkena tumbukan dan pukulan daripada pihak lawan. Hal ini terbukti apabila atlit wanita tidak mempunyai keupayaan untuk melawan pihak lawan kerana secara semula jadinya mereka tidak mempunyai kekuataan fizikal yang tinggi berbanding dengan atlit leaki dalam sesuatu acara. Kecederaan yang didapati oleh atlit wanita mungkin menyebabkan mereka cacat seumur hidup. Nasib malang seperti ini telah menimpa seorang bekas juara tinju dunia yang terkenal pada suatu ketika dahulu iaitu Petinju wanita Becky Zaerlentes. Menurut perangkaan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Sukan Negara, ahli sukan yang yang terlibat dengan jenis sukan seperti tinju, gusti, karate, tae-kwon-do, dan ski, mempunyai 80 peratus kemungkinan untuk mendapat kecederaan yang parah. Atlit wanita yang lain berasa takut dan khuatir akibat menyertai bidang sukan yang berisiko tinggi. Jelaslah bahawa sukan juga mempunyai implikasi yang buruk terutamanya bagi jenis sukan yang agresif. Kemalangan yang berlaku mungkin akan mengakibatkan kecederaan yang teruk dan kekal atau sekali gus membawa maut walaupun mereka mengambil langkah-langkah keselamatan dengan memakai jeket keselamatan, topi tahan hentakan, dan sebagainya. Kesan negatif seterusnya adalah menyebabkan isu permusuhan dalam kalangan atlit wanita. Lazimnya orang mengatakan sukan mengeratkan persahabatan. Namun pernyataan itu tidak dapat diterima lagi pada hari ini. Hal ini demikian kerana sukan juga boleh membawa permusuhan, pergaduhan , dan perkelahian. Biasanya pihak yang menang dalam sesuatu pertandingan akan dipuja manakala pihak yang kalah akan dikritik. Keadaan ini akhirnya menimbulkan perasaan dendam dan pergaduhan mungkin tidak dapat dielakkan kerana masing-masing ingin melepaskan kemarahan. Keadaan akan menjadi lebih buruk lagi apabila penonton atau penyokong turut serta dalam persengkitaan yang berlaku. Hal ini boleh mencetuskan satu rusuhan yang besar. Peristiwa pergaduhan seperti ini telah beberapa kali dipaparkan melalui media massa seperti yang sering terjadi di negara-negara barat malah di negara kita juga. Walaupun terdapat pasukan keselamatan mengawal keadaan pada sepanjang perlawanan, namun jumlah penonton yang terlalu banyak itu menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Selain itu tindakan gantung ,dikenakan dalam acara yang dipertandingkan kerana isu pengambilan dadah oleh para atlit kaum wanita dalam sukan untuk menguatkan otot juga merupakan satu tindakan yang melanggar undang-undang. Ahli-ahli tersebut sukan ini sanggup menggunakan dadah yang mengandungi bahan steroid demi wang ringgit dan kemasyhuran. Ahli-ahli sukan yang terkenal disingkirkan dari arena sukan akibat penggunaan dadah steroid dan begitu juga dengan atlit tempatan Sebagai contohnya, tiga penembak negara kita digantung daripada pertandingan selama setahun. Mereka ialah Bibiana Ng, Joseline Cheah Lee Yuan dan Siti Nur Masitah, Isu ini hangat dipaparkan dalam surat khabar berita harian dan disiarkan dalam Bernama. Oleh sebab terlalu ghairah untuk mendapat sanjungan peminat, atlit termasuk atlit wanita kadang-kadang sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan cita-cita mereka tercapai walaupun tindakan mereka itu melanggar peraturan dan undang-undang.Selain itu, hubungan keluarga akan terjejas jika kaum wanita terlibat dalam sukan. Hal ini kerana wanita akan melibatkan diri dalam sukan dan menggunakan sepenuh masa untuk tujuan mendapat kemenangan kepada diri mahupun negara. Hal ini terbukti apabila mereka perlu melatih diri mereka ke arah mencapai kejayaan dengan adanya arahan daripada pelatih masing-masing. Oleh yang demikian, atlit wanita ini tidak ada pilihan untuk mengagihkan masa untuk keluarga dan memenuhi segala prosedur yang diberikan dan turut mengelakkan diri daripada keluarga mereka. Misalnya, kepada atlit wanita yang sudah berumah tangga menghadapi kesusahn untuk melibatkan dalam sukan iaitu menjaga keperluan harian suami dan anak-anaknya.Kesan seterusnya adalah meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan etnik di Malaysia. Hal ini kerana jika atlit wanita terlibat dalam sukan yang diadakan dalam negara kita mahupun antarabangsa sudah semestinya terdapat para penyokong tempatan yang pelbagai etnik. Para penyokong semestinya menyokong kepada atlit wanita tempatan untuk tujuan mendapat kemenangan dengan memberikan sokongkan penuh dan sorakan berbilang kaum dengan berkibar jalur gemilang semasa acara tersebut dipertandingkan. Perkara ini terserlah dalam diri setiap rakyat Malaysia bagi menyatupadukan kaum dan melahirkan semangat patriotik Misalnya, kita boleh tengok peristiwa ini dalam Sukan Olimpik, Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan Olimpik dan sebagainya. Tambahan pula, kita boleh merujuk tentang peristiwa ini dalam dada akhbar mahupun menerusi media massa. Jelaslah sukan dapat membolehkan semua orang menghargai sukan sebagai alat untuk berinteraksi menjalinkan perpaduan dan memperluaskan pergaulan antara kaum.Satu lagi kesan buruk yang timbul akibat pembabitan wanita dalam sukan ialah berlakunya isu perjudian. Ketika sesuatu pertandingan sukan diadakan di gelanggang sukan, perjudian pula berlaku di luar gelanggang. Dalam hal ini, masing-masing akan bertaruh wang ringgit untuk menentukan pihak yang bakal menjadi pemenang. Bukan sekadar itu sahaja, terdapat pihak yang merasuah dan mengatur perlawanan yang dilangsungkan. Para pemain menjadi boneka sindiket perjudian. Terdapat `bookie yang sanggup membayar beribu-ribu ringgit jika pemain sanggup mengikut telunjuk mereka. Hal ini jelas terbukti apabila terdapat berita tentang pemain-pemain bola sepak yang didakwa di mahkamah kerana menerima rasuah. Ada pemain wanita yang digantung daripada permainan mereka, dan ada juga yang dibuang daerah. Hakikatnya, kerana sukan mereka menjadi tamak dan sanggup membiarkan diri mereka diperalat oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Keadaan seperti ini telah mencemarkan nama baik dan tujuan asal sukan tersebut diadakan.Kesan negatif penglibatan kaum wanita dalam sukan terhadap masyarakat adalah menguatkan lagi jurang perbezaan dan sifat perkauman. Hal ini kerana mengamalkan sukan dominan berdasarkan kaum tertentu sahaja iaitu sukan yang dimonopoli atau dikuasai oleh sesuatu kaum sahaja. Dalam hal ini, kaum lain tidak berpeluang mengambil bahagian. Misalnya, dalam permainan sepak takraw biasanya kaum Melayu yang banyak bermain permainan itu. Oleh itu, kaum Melayu yang tahu tentang selok-belok permainan tersebut. Kaum lain seperti Cina dan India kurang mempunyai pengetahuan tentang permainan sepak takraw. Oleh yang demikian, kaum Melayu yang banyak menceburi permain tersebut berbanding kaum lain. Seterusnya, kita boleh melihat dalam pertandingan sepak takraw kaum Melayu yang melibatkan lelaki dan perempuan Melayu yang banyak bermain permainan tersebut. Dengan ini, pemain berkebolehan dari kaum lain tidak berpeluang mewakili pasukan. Untuk menjaga mutu dan kualiti permainan ini, kaum lain tidak diberi peluang untuk bermain malah diberikan peluang untuk melibatkan permainan lain atau diminati. Contoh permainan dominan adalah Silat dan Sepak Takraw bagi kaum Melayu, Bola Keranjang, Ping Pong, Renang bagi kaum Cina. Silambam dan Kabbadi bagi kaum India.Selain itu, penglibatan atlit wanita juga memberikan kesan positif bagi meningkatkan imej negara dan prestij negara dipandang di peringkat antarabangsa., Kita dapat lihat hasilnya seperti Nicol Ann David, ratu skuash Negara dan Pandelela Rinong anak Pamg atlet renang kita yang telah banyak menempah kejayaan. Mereka juaga memberi asumbangan yang banyak bagi meningkatkan status Negara pada kaca mata dunia. Kewibawaan dan kesungguhan mereka menjadi inspirasi kepada kaum wanita lain dalam negara bagi menceburi bidang sukan dan turut meningkatkan mutu sukan di Negara kita. Selain itu, ia dapat memanfaatkan peluang yang berharga untuk berbakti kepada negara dalam bidang sukan. Jika dilihat dari segi ekonomi pula, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penglibatan wanita dalam sukan. Misalnya, Komanwel pada tahun 1998. Pada tahun tersebut, atlit wanita yang banyak melibatkan diri mereka dalam pelbagai acara dalam Sukan Komanwel 1998. Hal ini sedemikian kerana, pengaliran wang dari seluruh negara-negara ke Malaysia menyebabkan pertukaran wang asing yang seterusnya memberi kelebihan kepada kita. Sementara itu, jualan tiket bagi setiap acara dalam kejohanan juga mampu membawa kepulangan yang lumayan kepada negara dan boleh digunakan sebagai dana untuk pembagunan sosial dan mempertingkatkan lagi mutu sukan negara agar dapat bersaing dengan negara luar. Justeru , pelaburan yang dilakukan untuk menganjurkan acara sukan melalui penglibatan atlit wanita yang lebih banyak memberi kesan yang positif terhadap sesebuah negara.

Faktor-faktor menghalang wanita dari melibatkan diri dalam SukanBerdasarkan beberapa kajian sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menjadi kekangan kepada para wanita untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti fizikal. Kekangan atau halangan yang dihadapi oleh kaum wanita scmasa diperingkat kanak-kanak adalah sarna dengan halangan-halangan ketika mereka di peringkat dewasa. Faktor-faktor yang menjadi kekangan kepada mereka untuk melakukan aktiviti fizikal dapat dikategorikan kcpada tiga aspek: persekitaran, sosiologi dan psikologi.Faktor Persekitaran Aspek persekitaran merangkumi kurangnya penekanan ke atas aktiviti pendidikan jasmani di sekolah-sekolah, juga kurangnya program-program rekreasi yang mana ia sebenarnya disukai oleh remaja perempuan dan boleh menarik rninat mereka melakukan aktiviti tersebut, latar belakang keluarga yang tidak berminat kepada aktiviti fizikal, pengaruh teknologi seperti televisyen dan komputer yang menghalang mereka dari melakukan aktiviti fizikal, keadaan cuaca yang tidak sesuai, dan masalah perbelanjaan kewangan yang tinggi. Qisten (1990), melihat bahawa ibu bapa adalah sebagai faktor penghalang kepada perempuan untuk melakukan aktiviti sukan. Terdapat ibu bapa yang terlalu mengawal anak-anak mereka daripada terlibat dalam aktiviti sukan dan terlalu memfokuskan kepada bidang akademik. Ini menyebabkan pelajar termasuk pelajar perempuan telah menghadkan masa bersukan mereka terutamanya apabila menjelang musim peperiksaan. Kemudian terdapat juga di antara mereka telah diingatkan oleh pihak-pihak tertentu supaya tidak menggunakan alat-alat senaman di luar bagi tujuan aktiviti fizikal kerana cuaca yang tidak sesuai dan perbelanjaannya yang tinggi.Satu tinjauan telah dilakukan ke atas 1005 wanita di Malaysia tentang faktor- faktor yang menghalang wanita dari melibatkan diri dalam aktiviti fizikaJ. Antara dapatan beliau yang boleh dikategorikan dalam aspek persekitaran ialah kekurangan masa kerana banyak kerja dan sibuk belajar (87%) dan kekurangan masa kerana melaksanakan tanggungjawab di rumah (30.5%). Berdasarkan kepada faktor yang pertama didadapti lebih separuh daripada responden yang dikaji terlalu sibuk dengan hal-hal pekerjaan dan urusan pelajaran dan ini menghalang rnereka bergiat aktif dalam aktiviti fizikaJ.Faktor Sosiologi Halangan - halangan dari segi sosial pula ialah seperti penumpuan kepada kerja-kerja lain yang lebih penting; kurangnya sokongan dari kawan-kawan, adik-beradik, atau keluarga, dan pengaruh daripada individu yang terlibat dengan aktiviti fizikal tidak menunjukkan kesan positif atau peningkatan. Tambahan pula mengikut pendapat Roszilah Asrnuti dan Mohd Sofian (2003), wanita kini lebih suka kepada benda-benda yang cantik; menurut mereka kecantikan itu adalah suatu aspek yang penting dalam kehidupan sebagai seorang wanita, Nadhratul Wardah (2000) turut menyatakan bahawa masalah yang menyebabkan kurangnya wanita melibatkan diri dalam sukan atau aktiviti fizikal ialah kekurangan pengetahuan dan maklumat tentang aktiviti fizikal, tidak berminat dalam sukan, tidak mendapat sokongan dari masyarakat, masalah pakaian sukan yang tidak sesuai, menganggap tidak ada sebarang faedah, dan masalah larangan dalam agama ketika bersukan. Di samping itu, menurut Nadhratul Wardah (2000), masalah kebenaran daripada ibu bapa untuk melaksanakan aktiviti fizikal sebenarnya tidaklah besar, kerana melalui kajiannya, beliau mendapati lebih kurang 96.8% wanita menyatakan bahawa mereka tidak ada halangan dari ibu bapa mereka untuk me lib atkan diri dalam aktiviti sukan atau aktiviti fizikal. Ini menunjukkan bahawa ibu bapa mereka menunjukkan sikap yang positifterhadap aktiviti fizikal.Kemudian jika ditinjau perkembangan sukan masa kini, sebenarnya wanita tidak pernah dikecualikan daripada menyertai aktiviti kecergasan fizikal, tetapi peluang penyertaan mcreka dalam aktiviti tersebut telah dihadkan. Kemudian Plaisted (1995) serta Rodgers dan Douglas (1998) juga berpendapat bahawa penglibatan wanita dalam sukan juga telah dihadkan oleh pertubuhan sukan itu sendiri. Misalnya International Olympic Committee (IOC) scndiri enggan memberi kebenaran kepada atlit wanita menyertai acara larian jarak jauh seperti marathon sehingga awal tahun 1980-an. Alasannya ialah atlit wanita tidak mempunyai ketahanan untuk mcnghadapi ketegangan acara tersebut.

Faktor Psikologi Selain daripada aspek persekitaran dan sosial, aspek psikologi juga turut menyumbang kepada faktor penghalang kaum wanita melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Misalnya, para wanita kurang yakin dengan kemampuannya terutama dari aspek fizikal, rasa tidak selesa dengan pendidikan luar, dan masalah kurang yakin dengan kemampuan did yang sebenarnya mereka boleh dibimbing untuk menyertai aktiviti-aktiviti luar. Menurut Napolitano (2000), darjah keyakinan diri juga turut mempengaruhi kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal. Iaitu apabila mereka tidak mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri, secara tidak lang sung mereka tidak akan dapat melakukan aktiviti fizikal dengan sempurna. Terdapat juga di antara mereka yang bimbang dengan kemunculan dan penilaian terhadap tubuh badan mereka. (Dalam satu kajian ke atas wanita yang tinggi tahap kebimbangan sosial susuk badan (social physique anxiety-SPA) yang diukur menggunakan Social Physique Anxiety Scale (SPAS) (Hart et al., 1989), didapati wanita lebih mengalami tekanan berdasarkan laporan kendiri, merasai kurang selesa semasa penilaian susuk badan dan lebih kerap berfikiran negatif tentang penampilan tubuh badan mereka (Hart et. al., 1989). Oleh itu, mereka memilih untuk berlatih di persekitaran yang terpencil dan persekitaran yang tidak menitikberatkan susuk badan.Zainun Ishak (1994) pula menyatakan bahawa terdapat juga di antara wanita yang tidak aktif melakukan aktiviti fizikal kerana bimbang badan mereka akan berotot seperti lelaki. Kemudian menurut Cox (1998), wanita yang menyertai sukan dan berlatih dengan serius akan dianggap mannish atau kelakian dan unfeminine atau tidak kewanitaan. Para wanita takut jika dia menang dalam persekitaran yang dominannya kelakian, dia akan kehilangan kewanitaannya dan juga akan disingkirkan oleh masyarakat sama ada lelaki atau wanita. Menurut Cox (1994) juga, wanita sebenarnya mempunyai perasaan malu dalam penyertaan sukan yang tidak sesuai dengan perananjantina mereka. Situasi yang demikian menyebabkan kurangnya penglibatan yang ramai dari kalangan wanita untuk melakukan aktiviti fizikal ataupun sukan. Ada juga di antara mereka yang rasa ragu-ragu atau bimbang hendak mengikuti aktiviti fizikal kerana kurangnya kcyakinan dengan kemampuan fizikal mereka dan kadang-kadang rasa sukar dan kekok melakukan latihan di tempat-tempat awam. (Hasil daripada tinjauan di Malaysia, Nadhratul Wardah (2000) juga mendapati lebih kurang 69.8% daripada sampel yang dikaji menyatakan bahawa mereka kekurangan kemampuan, kekuatan dan keyakinan untuk melakukan aktiviti fizikal.Faktor yang menjadi penghalang kepada minat wanitaPenglibatan dan minat seorang individu perempuan akan menurun untuk bersukan selepas mereka berkahwin dan melahirkan anak. Ini disebabkan kurangnya aktiviti fizikal ketika tempoh mengandung. Proses membesarkan anak juga menyebabkan fokus terhadap sukan akan berkurangan dan setiap perlakuan berfokuskan kepada aktiviti bukan sukan. Kajian oleh Lee (1995) turut menegaskan perkahwinan, kehamilan dan keperluan menjaga anak menyebabkan perempuan semakin kurang berminat untuk melakukan aktiviti sukan. Ini menghadkan aktiviti fizikal mereka. Pendapat ini dikukuhkan oleh Powel (2000) yang menyatakan perempuan hanya akan melakukan aktiviti bersukan dan bersosial dengan keluarga terdekat mereka. Peranan perempuan sebagai suri rumah yang melibatkan memasak dan mengemas rumah tidak memotivasikan perempuan untuk terlibat dalam aktiviti sukan. Hasil kajian Porter (2002) mendapati bahawa uniform Pendidikan Jasmani yang sangat ketat dan tidak sesuai untuk pelajar perempuan juga merupakan faktor yang menjadi menghalang kepada perempuan untuk menyertai sukan di sekolah.Disamping itupelajar perempuan yang obes dan mempunyai body mass index melebihi 28 juga menyebabkan merekakurang berminat terhadap aktiviti sukan. Pelajar perempuan yang mempunyai body mass index yang tinggi biasanya digolongkan dalam kategori obes. Tubuh badan yang obes ini pula akan menghadkan aktiviti mereka untuk melakukan aktiviti yang lasak dan mencabar.

Faktor FizikalDari segi fizikal, keupayaan kanak-kanak dari kedua-dua janitina adalah lebih kurang sama sahaja sebelum akil baligh. Dari segi rupa bentuk am, tubuh wanita adalah lebih kecil kecuali sendi lutut pada tubuh wanita yang lebih lebar untuk memberikan kestabilan kepada tubuh wanita yang lebih kecil. Girdel pelvik(pelvic girdle) yang lebih lebar menyebabkan lutut wanita membengkok ke dalam. AKibatnya, tapak wanita adalah lebih sempit. Hal inilah yang menyebabkan wanita berjalan dengan cara dan gaya yang istimewa. Sudut pada sendi tulang pelvis dan tulang femur wanita adalah lebih tirus. Ini menyebabkan tulang kaki membengkok ke dalam dan seterusnya menjadi halangan kepada prestasi berlari.Wanita juga berkemungkinan menghadapi lebih banyak masalah lutut semasa berlari, melompat serta menukar arah dengan tiba-tiba. Dari segi somatotaip ataupun rupa bentuk tubuh pula, pada amnya wanita adalah lebih mirip kepada bentuk endomorph(kegemukan) dan lelaki pula kepada bentuk mesomorph(tubuh yang lebih berotot). Putaran di bahagian pinggul(juga punggung) adalah lebih nyata pada tubuh wanita dan ini bermaksud mekanik serta teknik berjalan, berlari serta bergerak secara am adalah berlainan berbanding dengan kaum lelaki. Tangan wanita adalah lebih pendek dan bersudut keluar dari tubuh di bahagian siku untuk mengelak pelvis yang lebih luas seperti yang telah kita perhatikan tangan yang pendek akan menghasilkan daya tuil yang kurang berkesan, umpamanya untuk menggunakan alatan seperti raket badminton. Wanita mempunyai lebih banyak lemak, sementara lelaki mempunyai lebih banyak otot. Wanita juga tidak boleh mencapai rupa bentuk yang berotot kenyal seperti lelaki. Oleh itu, ramai atlit wanita yang ingin mencapai tahap kekuatan yang lebih tinggi menggunakan steroid dan juga testosterone dan bahan-bahan yang diharamkan oleh persatuan-persatuan sukan antarabangsa untuk membantu pertumbuhan otot dan justeru membantu mempertingkatkan prestasi mereka.12