faiz kaedah kajian

3
4.1 Pemerhatian Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting.Kaedah ini memerlukan pengkaji mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat pemerhatian situasi yang sebenar.Pengkaji menggunakan kaedah ini supaya pemerhatian terhadap kajian lebih terperinci, jelas dan cepat.Selain itu, maklumat daripada pemerhatian boleh dijadikan sebagai bahan rujukan dan maklumat benar-benar diberikan oleh sampel yang dikaji. Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan beberapa item, iaitu ; 1. Faktor generasi muda kurang mengamalkan amalan adat tradisional semasa Tahun Baru Cina. 2. Kepentingan tahun baru cina boleh mengeratkan hubungan silaturahim 4.2 Temu bual Menurut Therese L. Baker (1999) temu bual adalah interaksi sosial dengan satu orang yang bertanya beberapa soalan dan orang lain memberikan jawapan. Temu bual adalah satu perbualan antara dua atau lebih (penemu bual dan yang ditemu bual).Temu bual biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat dari seseorang.Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk memudahkan pengkaji berinteraksi secara lansung dengan responden dan responden juga dapat memberikan jawapan secara lansung.Pengkaji mendapati dengan kaedah temu bual ini penjelasan secara lansung diperoleh dan jawapan juga bukan bersifat andaian ataupun

Upload: muhamad-faiz

Post on 25-Dec-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kAedah kajian

TRANSCRIPT

Page 1: Faiz Kaedah Kajian

4.1 Pemerhatian

Pemerhatian adalah suatu kaedah penyelidikan yang penting.Kaedah ini memerlukan pengkaji

mempunyai latar belakang pengetahuan serta pemahaman situasi yang luas untuk membuat

pemerhatian situasi yang sebenar.Pengkaji menggunakan kaedah ini supaya pemerhatian

terhadap kajian lebih terperinci, jelas dan cepat.Selain itu, maklumat daripada pemerhatian boleh

dijadikan sebagai bahan rujukan dan maklumat benar-benar diberikan oleh sampel yang dikaji.

Kaedah ini digunakan untuk memerhatikan beberapa item, iaitu ;

1. Faktor generasi muda kurang mengamalkan amalan adat tradisional semasa Tahun Baru

Cina.

2. Kepentingan tahun baru cina boleh mengeratkan hubungan silaturahim

4.2 Temu bual

Menurut Therese L. Baker (1999) temu bual adalah interaksi sosial dengan satu orang yang

bertanya beberapa soalan dan orang lain memberikan jawapan. Temu bual adalah satu perbualan

antara dua atau lebih (penemu bual dan yang ditemu bual).Temu bual biasanya digunakan untuk

mendapatkan maklumat dari seseorang.Pengkaji menggunakan kaedah ini untuk memudahkan

pengkaji berinteraksi secara lansung dengan responden dan responden juga dapat memberikan

jawapan secara lansung.Pengkaji mendapati dengan kaedah temu bual ini penjelasan secara

lansung diperoleh dan jawapan juga bukan bersifat andaian ataupun tafsiran.Pengkaji juga boleh

menerangkan dengan jelas maksud soalan atau kajian dan mengelakkan salah tafsir dan salah

anggap.Responden yang dipilih secara rawak telah dipilih untuk mendapatkan maklumat

mengenai persepsi penglibatan pelajar di sekolah berkenaan. Temu bual mengemukakan dua

item soalan, iaitu ;

1. Amalan adat tradisional semasa sambutan Tahun Baru cina.

2. Kepentingan amalan adat tradisional semasa sambutan Tahun Baru Cina

4.3 Soal Selidik

Page 2: Faiz Kaedah Kajian

Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan

betul.Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang

hendak dijalankan. Pengkaji telah mereka bentuk borang soal selidik yang menggunakan skala

likert yang sesuai dengan tajuk yang akan di kaji. Borang itu akan diedarkan secara rawak

kepada 30 orang awamsekitar Bandar Bentong. Maklumat yang pengkaji inginkan datangnya

daripada borang soal selidik ini.Borang soal selidik ini mempunyai 3 bahagian dan mempunyai

11 soalan.Bahagian A merangkumi demografi responden manakala bahagian B soalan terhadap

persepsi responden terhadap Amalan adat tradisional semasa TahunBaru Cina..Soalan C

mempunyai dua bahagian yang merangkumi kepentingan amalan adat tradisional semasa Tahun

Baru Cina dan faktor generasi muda kurang mengamalkan amlan adat tradisional semasa Tahun

Baru Cina.

4.4 Rujukan

Kaedah ini digunakan dengan cara merujuk kepada buku teks dan buku rujukan di

perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, penyelidik juga

membuat rujukan melalui internet.Kaedah ini menjadi kaedah tambahan kepada kajian

penyelidik.

4.5 Analisis Data

Pada peringkat akhir kajian ini, telah dijalankan analisis secara

deskriptif untuk menganalisis data daripada soal selidik dan penilaian ujian

untuk menghasilkan laporan kajian.Data yang telah diperoleh dianalisis

menggunakan kekerapan dan peratusan