faculty of cognitive sciences and human development antara iklim kerja dan stress... · masyarakat...
TRANSCRIPT
Faculty of Cognitive Sciences and Human Development. .
HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH SWASTA
Patricia Mandang Anak Tinggom
RA Master of Science 785 (Human Resource Development) P314 2014 2014
9usat Khldnlat Msklumat Akademil< \Th;1VERSm MALAYSIA SARAWA!\
HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DAN STRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH SWAST A
PATRICIA MANDANG ANAK TINGGOM
A thesis submitted in partial fuliillment of the requirement for the degree of Master of Science (Human Resource Development)
I
Faculty of Cognitive Sciences and Human Development
UNIVERSITY MALAYSIA SARA WAK
2014
UNIVERSITY MALAYSIA SARA WAK
Grade:---~-------Please tick (--J) .'
Final Year Project Report Master §Phd
DECLARATION OF ORIGINAL WORK
This declaration is made on the 30th day of October 2014.
Student's Declaration:
I, PATRICIA MANDANG ANAK TINGGOM (13030213) ofFaculty of Cognitive Sciences And Human Development hereby declare that the work entitled, The Relationship Between Work Climate And Job Stress Among The Teachers Of Private Schools is my original work. I have not copied from any other student's work or from any other sources except where due reference or acknowledgement is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.
30th October 2014 Patricia Mandang Anak Tinggom (13030213) Date submitted Name of student (Matric No.)
Supervisor's Declaration:
I, Dr Surena Sabil hereby certifies that the work entitled, The Relationship Between Work Climate And Job Stress Among The Teachers Of Private Schools was prepared by the above named student, and was submitted to the "F AC!JL TV" as partial/full fulfillment for the conferment of Master of Sciences (Human Resource Development) and the aforementioned work, to the best of my knowledge, is the said student's work.
~o / q J fitReceived for examination by: Dr Surena Sabil I>ate:-------------------
(Name of the supervisor)
ii
I declare this ProjectlThesis is classified as (Please tick (."J »:
c=Ji CONFIDENTIAL (Contains Confidential information under the official Secret Act 1972)* sf
CJ RESTRICTED (Contain restricted information as specified by the organization where research was done)* C7J OPEN ACCESS
Validation of ProjectITbesis
I therefore duly affirmed with free consent and willingness declared that this said Project/Thesis shall be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abide interest and rights as follows:
• This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNlMAS).
• The centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the purpose of academic and research only and not for other purpose.
• The centre for Academic Information Services has the lawful right to digities the content to for the Local Content Database.
• The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the Project/Thesis for the academic exchange between Higher Learning Institute.
• No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this Project/Thesis once it becomes sole property ofUNIMAS.
• This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS permission.
Student's Signature .....~.?. .".... Supervisor's signature ....l'~: ....... . (Date) (Date)
Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attached together as annexure a letter from the organization with the period and reasons of confidentiality and restriction. [The instrument was duly prepared by the centre for Academic Information Services]
iii
Penghargaan
Syukur kepada Tuhan di atas berkat dan kumiaNya kerana memberikan kejayaan
" kepada saya dalam menyempumakan penulisan tesis ini. Selain itu, saya juga ingin merakam
penghargaan atas ketjasama, bantuan, serta bimbingan daripada pelbagai pihak yang terlibat.
Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Dr. Surena Sabil selaku penyelia atas segala tunjuk ajar, nasi hat,
pandangan dan bimbingan yang amat berharga dan tidak temilai. Terima kasih juga saya
tujukan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Sains Kognitif dan Sumber Manusia di atas
ketjasama yang diberikan sehingga tesis ini sempuma dilaksanakan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru-guru di
Sekolah Menengah Swasta lalan Riam, Miri yang terlibat dalam kajian ini kerana memberi
bantuan yang bermakna bagi saya dalam menyiapkan tesis ini.
Seterusnya, ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan sekuliah saya
kerana telah membantu dan memberi tunjuk ajar yang sewajamya kepada saya.
Akhir sekali, penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada keluarga tersayang yang
sentiasa memberi sokongan dari segi fizikal dan mental serta mendoakan kejayaan ini.
iv
i
I
PENGHARGAAN
JADUAL KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SINGKATAN
ABSTRAK
ABSTRACT
BABt
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
1.1 Latar Belakang Kajian
1.2 Pemyataan Masalah
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 ObjektifUmum
1.3.2 Objektif Khusus
1.4 Hipotesis
1.5 Rangka Konseptual
1.6 Kepentingan Kajian
1.7 Limitasi Kajian
1.8 Takrif Istilah
1.9 Rumusan
BAB2
SOROTAN LITERA TUR
2.0 Pendahuluan
2.1 Isu stres guru
2.2 Kontlik Peranan
2.3 Kajian Lepas
2.4 Rumusan
lSI KANDUNGAN Muka Surat
iv
v
viii
ix
x
xi
xii
2
5
5
5
6
7
7
9
10
12
\ 13-, 13
13
13
14
14
16
v
17BAB3
17METODOLOGI
173.0 Pendahuluan , "
183.1 Reka Bentuk Kajian
183.2 Populasi
193.3 Persampelan
3.4 Instrumen Kajian 20
213.5 Kajian Rintis
213.6 Etika
223.7 Pengumpulan Data
233.8 Penganalisis Data
233.9 Rumusan
24BAB4
24DAPAT AN KAJIAN
244.0 Pengenalan
254.1 Taburan Demografi Responden
264.1 .1 Jantina
264.1.2 Umur
264.1.3 Status Perkahwinan
264.1.4 Kelulusan Iktisas
274.1.5 Pengalaman Mengajar
274.2 Hasil Pengujian Hipotesis
274.2.1 Pekali Korelasi Pearson
4.3 Ringkasan Keputusan Dapatan Kajian 32
33BABS
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 33
335.0 Pengenalan
335.1 Ringkasan Kajian
345.2 Cadangan Kajian
5.2.1 Cadangan kepada Kementerian Pendidikan 34
345.2.2 Cadangan kepada Organisasi
vi
355.2.3 Cadangan kepada ibu bapa
355.2.4 Cadangan kepada guru 355.2.5 Cadangan kepada pelajar " 365.3 Rumusan 37
RUJUKAN 40
LAMP IRAN
vii
SENARAI JADUAL
Jaduall
Senarai Sekolah Menengah Swasta di Sarawak 19
Jadual2
Skor penilaian 21
Jadual3
Taburan mengikut latar belakang responden 26
Jadual4
Korelasi hubungan antara karenah pelajar dan stres guru 29
Jadual5
Korelasi hubungan antara beban tugas dan stres guru 30
Jadual6
Korelasi hubungan antara kekangan masa dan stres guru
I
Jadual7
Korelasi hubungan antara penghargaan dan stres guru
31
32
Jadual8
Ringkasan dapatan kajian 33
viii
SENARAI RAJAH
Rajah 1
7Rangka konseptual kajian
-------~-------- ~~:--
ix
..........~==~============================================::
SINGKATAN
PT3 Pentaksiran Tingkatan 3
SPM Sijil Pelajaran Malaysia
UEe Unified Examination Certificate
JSME Junior Science and Mathematic Examination
x
ABSTRAK
HUBUNGAN ANTARA IKLIM KERJA DANSTRES DALAM KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH SWASTA
Patricia Mandang Anak Tinggom
C!<-ajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perhubungan antara iklim kerja dan stres guru
sekolah menengah swasta. Secara spesifik kajian ini mengenal pasti perhubungan dia antara
elemen-elemen iklim kerja iaitu karenah pelajar, beban tugas, kekangan mas a dan
penghargaan terhadap stres guru sekolah menengah swas~ Kajian ini telah dilakukan ke atas
90 orang guru sekolah menengah swasta di Miri, Sarawak. Kajian ini dijalankan melalui
format kuantitatif iaitu pengagihan borang soal selidik . Data dianalisis secara deskriptif
menggunakan kekerapan, peratusan dan korelasi Pearson. Keputusan ujian menunjukkan
terdapat hubungan signifikan di antara semua iklim kerja terhadap stres guru. Dengan ini,
disertakan cadangan dan penambaikkan kajian untuk semua pihak.
xi
~ I I
ABSTRACT
THE RELATIONSHIP BETWEEN WORK CLIMATE AND JOB STRESS AMONG THE TEACHERS OF PRIVATE SCHOOLS
Patricia Mandang Anak Tinggom
This study aims to identify the relationship between work climate and job stress among the
teachers of private schools. Specifically, this study identifies the relationship between the
elements of a climate in which student attitude, workload, time constraints and the
recognition of private secondary school teacher towards stress. The study was conducted on
90 teachers from private schools in Miri, Sarawak. This study was conducted through a
quantitative format that through distribution of questionnaires. Data were analyzed
descriptively using frequencies, percentages and Pearson Correlation. The test results show
that there is a significant relationship between all elements of the work of teacher stress.
Thus, it includes some recommendation that ~ight be help to all.
,,
xii
Menurut Sapora (2007), menyatakan bahawa guru yang gagal mengawal diri akibat
stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu
~
pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan
dan juga profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan
sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya.
Menurut laporan Marzita (2003), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
(NUTP) telah menggesa Kementerian Pelajaran agar menempatkan seorang kaunselor di
setiap daerah di Negara ini dengan secepat mungkin. Ini bertujuan bagi memastikan setiap
kaunselor dapat meneliti masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru guru terutama
tekanan kerja. Dalam laporan tersebut, Presidennya Tengku Habsah Tengku Petsa bimbang
guru-guru terbabit dengan tekanan keIja akan menghadapi tekanan yang lebih besar seperti
masalah mental. Menurut beliau, pihaknya sering menerima aduan daripada guru-guru yang
menghadapi tekanan keIja dan mengadu tidak tahan dengan bebanan kerja, persekitaran
kerja, masalah kewangan dan keluarga.
1.2 Pernyataan Masalah
J>embangunan negara yang pesat dengan pelbagai perubahan yang berlaku dalam
masyarakat dalam persiapan menuju ke arah abad ke-21 tidak akan meringankan beban tugas
guru di semua peringkat sarna ada di peringkat prasekolah sehingga ke peringkat institusi
pengajian tinggi.
Kajian mengenai stres dalam kalangan guru telah banyak dijalankan. Kajian oleh Abdul
dan Muhammad (2001) telah melakukan kajian stres guru ke atas guru prasekolah. Kajian
Tee Sook Kim (2006) pula dilakukan ke atas guru Sekolah Menengah Teknik. Manakala
2
kajian oleh Raja (2011) dilakukan ke atas guru Sekolah Menengah
Kebangsaan.Walaubagaimana pun, kajian ke atas guru Sekolah Menengah Swasta adalah
kurang popular.
Dalam konteks profesion perguruan, guru Sekolah Menengah Swasta juga mempunyai
pelbagai tugas seiring dengan guru Sekolah Menengah Kerajaan.Berdasarkan kepada Buku
Panduan Guru dan Kakitangan (2011), antara bidang tugas guru sekolah menengah adalah
seperti mengajar dan mendidik pelajar, menulis buku rekod mengajar, menjalankan ujian
bulanan dan penilaian kepada pelajar, menyemak buku pelajar, menyediakan bahan bantu an
mengajar yang sesuai dan menyediakan rancangan mengajar bagi mata pelajaran yang diajar.
Bagi tugasan yang dilakukan oleh guru sekolah menengah swasta adalah seiring dengan guru
sekolah menengah kerajaan. Berdasarkan Buku Panduan Guru RRSS (2014), guru Sekolah
Menengah Swasta juga menjalankan tugas seperti mengajar, membuat alat bantuan mengajar,
menyemak kertas peperiksaan dan buku, menjalankan tugas perkeranian seperti mengutip
yuran persekolahan, mendaftar nama pelajar untuk peperiksaan awam ( PT3, SPM, VEC dan
JSME) bagi organisasi sekolah. Berdasarkan kepada tugasan keIja yang perlu dilakukan oleh
guru Sekolah Menengah Swasta boleh mengakibatkan stres.
Selain itu, masalah displin pelajar juga menjadi punca kepada tercetusnya penyakit
stres terhadap guru, mereka perlu sentiasa berhadapan dengan kerenah pelajar yang
mempunyai pelbagai masalah disiplin seperti tidak membuat kerja rumah, ponteng kelas,
merokok, berkelakuan tidak sopan dan sebagainya. Kesabaran guru akan teIjejas sekiranya
guru berkenaan telah mengalami tahap stres yang tinggi. Ini dapat dikaitkan dengan tindakan
guru dalam menghukum pelajar seperti merotan, menampar dan menumbuk telah
menggambarkan bahawa guru berkenaan sudah hilang kesabaran akibat daripada masalah
stres yang wujud dalam dirinya yang tidak diselesaikan. Kes Megat Mohd Asri Megat
Wahab, seorang pelajar yang berumur 14 tahun dirotan oleh gurunya sebanyak 18 kali
3
sehingga punggungnya cedera (Utusan Malaysia, 20 Jan 2005), telah menunjukkan bahawa
guru berkenaan sudah mengalami tahap stres yang tinggi.
Sehubungan itu, kita perhatikan bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang
boleh menyebabkan tekanan kerja kepada guru. Menurut Kamaruzaman (2007), faktor
penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru
yang rajin, berdedikasi, dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Terdapat guru
guru yang benar-benar memberi komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran,
namun penghargaan yang sewajamya masih belum diperolehi. Selain itu, menurut
Kamaruzaman (2007), terdapat guru-guru yang tidak berpeluang untuk kenaikan pangkat dan
masih diiktiraf senioritinya untuk memegang sesuatu jawatan. Adakalanya pandangan,
pendapat dan suara guru-guru terhadap kebaikan sekolah tidak dihargai atau kurang
mendapat perhatian yang baik dari pihak pentadbiran sekolah. Ini juga boleh menimbulkan
perasaan tersinggung dan kecewa sehingga menyebabkan guru-guru itu menjadi kurang
proaktiflagi. Terdapat segelintir guru yang melihat gaji yang diterima tidak seimbang dengan
tugasnya sedangkan mereka ini mengharapkan gaji yang seimbang dengan tugas-tugas yang
ditanggungnya. Sepatutnya apabila guru-guru tersebut memegang sesuatu jawatan atau tugas
yang berat, pihak pentadbir harus peka terhadap mereka yang dibebani kerja yang banyak.
Naylor (2001) dalam kertas kerjanya telah menyatakan bahawa peningkatan
kesukaran dan kekompleksan pengajaran berkaitan eengan pelajar (seperti mengajar pelajar
yang berbagai kebolehan), beban tugas guru dan harapan yang tidak relevan terhadap guru
(seperti perubahan kurikulum dan harapan) dan kekurangan masa, sumber, sokongan dan rasa
honnat telah dikenal pasti sebagai punca yang menyebabkan stres yang tinggi di kalangan
644 orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah di British Columbia.
4
f~ .. t K.hidmat I akJumlt Akademili UNIVERSm MALAVSIA SARAWAK
Berdasarkan masalah yang sedia wujud pengkaji ingin menjalankan kajian ke atas
tahap stres, dan iklim kerja iaitu faktor beban tugas, faktor salah laku pelajar, faktor kekangan ~
masa, dan faktor penghargan yang mempengaruhinya sangat penting untuk dikaji bagi
mengelakkan lebih banyak perkara buruk yang melanda institusi pendidikan negara ini .
Dengan ini, pengkaji ingin mengenalpasti hubungan di antara stres dengan iklim kerja di
kalangan guru-guru di sekolah menengah swasta di Miri.
1.3 Objektif Kajian
Objektifbagi kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu objektifumum dan objektifkhusus.
1.3.1 Objektif Umum
Kajian ini bertujuan mengkaji hubungan antara iklim kerja dan stres dalarn kalangan
guru sekolah menengah swasta di Miri.
1.3.2 Objektif Khusus
Kajian ini juga bertujuan untuk :
1. Mengenal pasti tahap faktor karenah pelajar dalam mempengaruhi stress dalam
kalangan guru sekolah menengah swasta.
11. Mengenal pasti tahap faktor beban tugas dalam mempengaruhi stress dalam kalangan
guru sekolah menengah swasta.
111. Mengenal pasti tahap faktor kekangan masa dalam mempengaruhi stress dalam
kalangan guru sekolah menengah swasta.
5
1.5 Rangka Konseptual
Kajian ini adalah berdasarkan kepada rangka konseptual seperti rajah di bawali :
Pembolehubah Tak Bersandar Pembolehubah Bersandar
IKLIM KERJA
* Karenah pelajar Stres* Beban tugas
* Kekangan Masa
* Penghargaan
Rajah 1 : Rangka Konseptual Kajian
Swnber: Fazura Mohd Nor, 2011
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai hubungan stress dengan
iklim ketja dalam kalangan guru sekolah menengah swasta. Hasil kajian ini dapat
dimanfaatkan dan memberi maklumat yang lebih lanjut kepada pihak-pihak tertentu seperti
pihak kementerian, pihak sekolah, guru, masyarakat dan rujukan masa hadapan . .
Kajian ini akan berguna kepada pihak kementerian pendidikan di mana kajian ini
dapat memberi maklumat dan pendedahan kepada pihak kementerian ten tang stress yang
dialami oleh guru sekolah menengah swasta. Dengan ini, pihak kementerian dapat berusaha
untuk membantu guru yang mempunyai tahap stress yang tinggi. lni supaya guru sekolah
menengah dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.
7
Justeru itu, adalah penting kepada pihak sekolah iaitu Sekolah Menengah Jalan Riam,
Miri mengenal pasti hubungan iklim kerja terhadap stres guru di sekolah tersebut. Pihak
'" sekolah perlu mengetahui tahap stress yang dialami oleh guru di sekolah tersebut. Secara
tidak langsung, ia boleh membantu pihak sekolah untuk melaksanakan dan memperbaiki
kelemahan yang ada dalam pengurusan.
Selain daripada itu, kajian ini dilihat dapat memberi ruang dan peluang kepada guru
sekolah menengah swasta dalam mengetahui tahap stress mereka terhadap ikIim kerja. Guru
perlu mengawal stres supaya dapat menjalankan tugas dengan baik terutama apabila
berhadapan dengan masalah disiplin pelajar dan beban tugas yang banyak.
Tidak ketinggalan juga, kepentingan kajian ini kepada masyarakat. Masyarakat juga
memainkan peranan dalam stres guru. Dengan kajian ini, masyarakat dapat gambaran bahawa
menjadi seorang guru bukan satu kerja yang senang. Masyarakat harus bekerjasama dengan
guru supaya dapat menjalinkan hubungan yang baik sekali gus dapat berinteraksi sesama
sendiri.
Adalah diharapkan agar hasil ini dapat memberi manfaat, kebaikan, panduan dan
rujukan kepada pengkaji pada mas a akan datang yang mengkaji ten tang stres guru di temp at
kajian yang dijalankan.
8
1.7 Limitasi Kajian
Semasa menjalankan kajian, terdapat beberapa batasan kajian yang berkemungkinan
dihadapi oleh penyelidik. Antaranya ialah kekangan dari segi masa, kos dan juga kaedah
yang diguna pakai. Hal ini akan memberi kesan kepada penyelidikan yang dilakukan. Batasan
tersebut adaJah seperti berikut :
I. Kajian ini dijalankan terhadap semua guru Sekolah Menengah Swasta di Miri tetapi
tidak semua guru yang dapat menjawab borang soal selidik kerana tuntutan ketja di
luar sekolah pada tempoh masa tertentu.
II. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kajian soal selidik. Dengan ini, segal a
maklumat mengenai responden adalah berdasarkan maklum balas melalui soal
selidik. Oleh itu, kebolehpercayaan dapatan kajian bergantung kepada kesungguhan
dan keikhlasan responden menjawab item-item di dalam soal selidik.
III. Kajian ini juga adalah merupakan kajian jangka mas a pendek iaitu kurang daripada
setahun. Ianya disebabkan oleh sumber, tenaga dan masa yang terhad. Ketepatan
maklumat adalah bergantung kepada kefahaman, ketjasama, serta kejujuran
responden menjawab soalan-soalan yang terkandung dalam borang soal selidik.
9
,..
1.8 Takrif IstUah
Takrif istilah dibahagikan kepada dua iaitu secara konseptuaI dan operasionaf.
a. Stres
Menurut Raja (2011), tekanan boleh didefinisikan sebagai tindak balas ernosi
yang tidak spesifik terhadap desakan sarna ada yang sebenar atau yang
diirnaginasikan.
Dalarn konteks kajian ini. stres rnerujuk kepada keadaan guru Sekolah Menengah
Swasta yang dipengaruhi dengan faktor iklirn ketja iaitu karenah pelajar, beban
tugas, kekangan rnasa dan penghargaan.
b. Guru
Menurut Mok (2001), guru rnerupakan tenaga ikhtisas di dalarn bidang perguruan
yang diberi tanggungjawab untuk rnendidik pelajar-pelajar di sekolah. Peranan
guru rnasa kini yang rnengalarni transformasi dari seorang penyampai rnaklurnat
kepada seorang pengurus, jurulatih dan juga fasilitator.
Dalam konteks kajian ini pula, guru bermaksud orang yang akan dikaji
berdasarkan iklirn ketja terhadap stres.
10
J
c. Karenah pelajar
Menurut Fazura (20ll),karenah pelajar merujuk kepada segala perlakuan atau ~
tingkah laku pelajar yang merangkumi sikap, tabiat, kelakuan, minat pelajar
Dalam konteks kajian ini, karenah pelajar merujuk kepada gangguan daripada
pelajar, tingkah laku kurang sopan pelajar, pelajar tidak lulus ujian dan sikap
pelajar yang tidak memahami pembelajaran guru.
d. Beban tugas
Menurut Fazura (2011), beban tugas merujuk kepada semua tugas-tugas yang
perlu dilakukan oleh guru sarna ada yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran ataupun di luar pengajaran dan pembelajaran.
Dalam konteks kajian ini, beban tugas merujuk kepada tugas menyediakan
rancangan pengajaran harian, melakukan tugas perkeranian. melakukan tugas di
rumah dan mengajar kelas yang terdiri daripada pelajar yang bermasalahdalam
pembelaj aran.
e. Kekangan masa
Menurut Raja Maria (2011), kekangan masa merujuk kepada kekurangan . peralatan dan kemudahan pembelajaran, keadaan bilik guru, kelas yang besar,
tuntutan sukatan pelajaran, kurang masa untuk membimbing pelajar dan masa
rehat yang singkat.
Dalam konteks kajian ini, kekangan mas a merujuk kepada kurang masa rehat
guru, kekurangan masa memberikan tumpuan terhadap pelajar secara individu,
11
1.9 Rumusan
jumJah waktu mengajar yang banyak, tidak dapat menghabiskan sukatan
pelajaran, dan terpaksa menjadi guru ganti kepada guru yang tidak hadir ke
sekolah.
f. Penghargaan
Menurut Kamaruzaman (2007), faktor penghargaan ini merujuk kepada
penghargaan yang sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang raj in, berdedikasi,
dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.
Dalam konteks kajian InI, penghargaan merujuk kepada aspek-apek
pembangunan dan penghargan professional guru seperti penghargan ke atas
pengajaran yang baik, struktur keIjaya, peluang kenaikan pangkat,dan kuasa
dalam membuat keputusan.
Secara amnya, bab ini menjelaskan secara ringkas mengenai latar belakang kajian,
penyataan masalah, objektif kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan
kajian dan juga takrif istilah. Bab seterusnya membincangkan tentang kajian-kajian
lepas berkaitan dengan stress guru dan iklim keIja sekali gus melihat kepada kajian
lepas dari luar dan dalam negara.
12
kerja
- - -----------~----------------------
BAB2
SOROTAN LITERATUR ,
2.0 Pendahuluan
Bab ini membincangkan mengenai sorotan kajian yang reIevan dengan topik kajian
iaitu mengenai stres ketja guru, konflik peranan dan dapatan kajian lepas.
2.1 Isu stres guru
Naylor (2001) dalam kertas ketjanya telah menyatakan bahawa peningkatan
kesukaran dan kerumitan kekompleksan pengajaran berkaitan dengan pelajar (seperti
mengajar pelajar yang berbagai kebolehan), beban tugas guru dan harapan yang tidak relevan
terhadap guru (seperti perubahan kurikulum dan harapan) dan kekurangan masa, sumber,
sokongan dan rasa hormat telah dikenal pasti sebagai punca yang menyebabkan stres yang
tinggi di kalangan 644 orang guru sekolah menengah dan sekolah rendah di British
Columbia Menurut Naylor (2001), responden-reponden kajian ini telah dibebankan dengan
tugas yang terlalu banyak dan kebanyakan mereka mengalami stres yang tinggi.
Kyriacou dan Chien (2004) telah menjalankan satu penyelidikan untuk mengkaji stres
di kalangan 203 orang guru sekolah rendah di Taiwan. HasH kajian mereka
mendedahkan bahawa 26 peratus responden tertekan atau amat tertekan. Perubahan dasar
pendidikan yang kerap oleh kerajaan dan beban tugas yang banyak telah ditentukan sebagai
punca stres yang utama.
13