estetik
TRANSCRIPT
Pengertian, konsep dan ciri-ciri estetik/estetika.
Secara umum, perkataan estetika dalam bahasa Yunani ialah aesthesis yang
membawa maksud hal-hal yang dapat diserapkan oleh pancaindera atau lebih khusus lagi
ialah ‘kepekaan’ manusia. Estetika juga boleh diertikan sebagai persepsi pancaindera
(sense of perception) dimana istilah estetika digunakan untuk kajian falsafahnya tentang
kesemua cabang kesenian dan untuk manifestasi keindahan sejati.
Estetika membawa banyak pengertian daripada ramai tokoh falsafah. Ahli
Filsafah Jerman bernama Alexander Baumgarten (1714-1716) adalah orang pertama yang
memperkenalkan perkataan ‘aisthetika’. Estetika secara sederhana adalah ilmu yang
membahas keindahan. Oleh itu, estetika merupakan cabang yang sangat dekat dengan
filosofi seni. Namun demikian Cottfried Leibniz (1646-1716) telah mengemukakan
pendapatnya mengenai estetika dan memberi penekanan kepada pengalaman seni sebagai
suatu bentuk ilmu. Menurut Kattsoff of Philisophy.(1953) estetika adalah segala sesuatu
dan kajian terhadap hal-hal yang berkaitan dengan kegiatan seni.
Estetika dan filosofi seni sesuatu yang sangat dekat pengertiannya seperti
pendapat Alexander Baumgarten tetapi persoalan kedua-duanya adalah berbeza. Estetika
mempersoalkan hakikat keindahan alam dan karya seni, sedangkan filsafat seni
mempersoalkan hanya karya seni atau benda seni, atau artifak yang disebut seni. (Jakob
Sumardjo, 2000)
Berbeza pula dengan pendapat John Hosper (1989), estetika merupakan cabang
filsafat yang berkaitan dengan proses penciptaan karya estesika. Dalam buku yang sama,
1
William Haverson mengatakan estetika adalah segala hal yang berhubungan dengan sifat
dasar nilai-nilai nonmoral suatu karya seni.
Estetika sering diungkapkan sebagai persamaan makna seni, tetapi ia berbeza
dengan ‘falsafah keindahan’, kerana estetika tidak semata-mata menjadi permasalahan
falsafah. Di dalamnya menyangkut perbahasan ilmiah berkaitan dengan karya seni, yang
merangkumi bidang ilmiah, antaranya meliputi perbincangan tentang keindahan dalam
seni atau pengalaman estetik, gaya atau aliran seni, perkembangan seni dan sebagainya.
Secara langsung pengkajian falsafah estetika bersangkutan dalam bidang-bidang seperti
psikologi, sosiologi, antropologi dan lain-lain yang bersangkutan.
Estetika adalah rasa indah pada umumnya dan tentang kesenian pada khususnya.
Pandangan mengenai falsafah dan estetika sangat berhubung rapat tentang kesenian.
Apabila disentuh tentang keindahan maka secara langsung akan dibicarakan hal-hal yang
berkaitan dengan ‘seni’ dan kesenian. Persoalan estetika banyak dibincangkan oleh ahli-
ahli falsafah kuno dan ahli falsafah sekarang. Apabila persoalan estetika dibahaskan
maka secara langsung persoalan kesenian dan nilai keindahan akan disentuh. Nilai
estetika itu sendiri adalah seni.
Dilihat dari sudut konsep yang berkait dengan estetika termasuklah keindahan,
cita rasa, simbolik, karya seni, pengalaman estetika dan sebagainya. Estetika adalah suatu
ilmu yang mempelajari segala sesuatu yang berkaitan dengan keindahan, mempelajari
semua aspek yang disebut keindahan. Maksud keindahan itu amat luas. Estetika boleh
membahas tentang indah atau tidaknya sesuatu.. Yang jelas dalam hal ini, estetika adalah
karya seni manusia atau mengenai alam semesta ini.
2
Estetika sebagai keindahan yang berdasarkan penglihatan (seni rupa) dan
keindahan berdasarkan pendengaran (muzik). Sehingga pengertian keindahan dapat
meliputi aspek keindahan seni, keindahan alam, keindahan moral dan keindahan
intelektual. Estetika sebagai kehindahan yang tercermin dari keteraturan, kerapian dan
keagungan. Keindahan yang dicapai adalah keserasian bentuk (wujud) yang setingi-
tingginya.
. Estetika sebagai pengalaman itu adalah perasaan yang timbul kepada seseorang
ketika memandang sesuatu yang indah pada alam atau karya seni. Keindahan secara
murni, menyangkut pengalaman estetik seseorang dalam kaitannya dengan sesuatu yang
dihayatinya. Sedangkan keindahan secara sempit menyangkut benda-benda yang dihayati
melalui pancaindera.
Estetika sebagai penciptaan simbol-simbol yang wujud dari perasaan manusia
sebagai hasil kesenian dan juga sesuatu yang juga mewakili perasaan manusia.
Maksudnya disini, estetika bersifat simbolisme. Simbol-simbol yang dimaksudkan bukan
sahaja hasil karya seni lukis tetapi juga hasil binaan yang mempunyai simbolik tersendiri
yang dicipta oleh manusia. Contohnya, seni bina masjid yang kaya dengan simbolik
seperti binaan reka bentuk masjid.
Estetika mempunyai ciri-ciri yang luas, seluas bidang cakupannya. Antara ciri-
ciri estetika adalah wujud iaitu kenyataan yang nampak secara konkrit melalui
pancaindera mahupun kenyataan yang tidak dapat dilihat secara konkrit, yakni abstrak
yang hanya dapat dibayangkan seperti suatu yang diceritakan mahupun dibaca dalam
buku. Karya seni lukisan yang mengandungi gambar yang berwujud pemandangan, potret
diri, atau dekorasi. Lukisan berbentuk abstrak boleh mempunyai wujud yang konkrit
3
misalnya garis tebal berwarna merah di sebela kiri dan lingkaran hitam di sebelah kanan,
tetapi isi yang abstrak memerlukan pembayangan secara aktif dari pemerhati untuk
memikirkan apa yang dimaksudkan dan makna tersiratnya.
Ciri seterusnya adalah indah. Keindahan merupakan pengertian yang didalamnya
tercakup sebagai aktiviti kebaikan. Plato misalnya menyebut tentang watak yang indah
dan hukum yang indah, sedangkan Aristoteles merumuskan keindahan sebagai sesuatu
yang baik dan menyenangkan. Plotinus menulis tentang ilmu yang indah dan kebajikan
yang indah. Berbicara mengenai buah fikiran yang indah dan adat kebiasaan yang indah.
Contohnya, kandungan yang dipesembahkan dalam kitab suci al-Quran. Bermula dengan
perbincangan disekitar penciptaan alam, kehidupan makhluknya, manusia dan
sebagainya. Kemudian digalakkan indera penglihatan dan pendengaran kepada segala
yang ada dimuka bumi ini. Tidak ketinggalan keindahan Yang Maha Mencipta itu
sendiri. Akhirnya, ditekankan betapa pentingnya ‘keindahan’ dan ‘perhiasan’ dalam
menjalani kehidupan seorang mukmin.
Apabila membincangkan berkenaan keindahan pertanyaan yang sering disoal
ialah merungkai ciri estetika iaitu “Apakah benda itu indah atau cantik?”. Secara
langsung ia telah memperkatakan tentang estetika dalam diri orang yang bertanya. Walau
pun keindahan dan kecantikan adalah nilai yang subjektif, dua orang yang bertanya
tentang kecantikan kepada sesuatu barang itu sifatnya berbeza pada nilai keindahan.
Tetapi setiap orang inginkan benda-benda yang cantik dan indah. Tiada manusia yang
mahu kepada yang buruk. Itulah hakikatnya fitrah manusia yang dikurniakan oleh tuhan.
Estetika boleh dicirikan sebagai satu simbolik yang dihasilkan oleh manusia
melalui kreativiti dan juga berkaitan dengan komunikasi kreativiti itu. Menghasilkan
4
suatu simbol itu banyak bentuknya. Baik estetika mahupun simbolisme adalah bahagian
yang diperlukan dalam arsitektur.
Ciri seterusnya, estetika dapat menggembiarkan seseorang apabila melihat dan
mengamat-amati sesuatu objek. Ia merupakan janji untuk kegembiraan. Estetika juga
dicirikan sebagai sesuatu yang abstrak iaitu sebagai suatu kemampuan atau kemahiran
secara langsung dan bukanlah pengabstrakan yang sunyi daripada kehidupan.
Estetika boleh dirumuskan sebagai falsafah keindahan, sepanjang permasalah
yang dibincangkan dalam estetika ini adalah aspek falsafahnya. Jika dilihat dari sudut
filsafatnya, estetika mempunyai ruang lingkup yang luas dan boleh dikatakan tidak
terbatas. Merangkumi penonjolan aspek nilai estetik, pengalaman estetik, kreativiti
estetik, penampilan estetik, intuisi dan emosi estetik, simbolisme dalam estetika, ekspresi
estetik, dan juga apresiasi keindahan dan kesenian.
5
Rujukan
Agus Sachari (2002). Estetika: Makna, simbol dan ayat.
Penerbit: ITB. Bandung
A.A.M Djelantik (1990). Estetika: Sebuah Pengantar .
Penerbit Masyarakat Seni Pertunjukan Indonesia: Bandung
Iv. Syafwandi (1993). Estetika & Simbolisme Beberapa Masjid Tradisional di Banten
Jawa Barat: Cilegon. Penerbit Departmen Pendidikan & Kebudayaan: Jakarta.
Mudji Sutrisno & Christ Verhaak (1993). Estetika: Filsafat Keindahan.
Penerbit: Kanisius: Yogyakarta.
6