eric progeo1

21
Negeri Sembilan Darul Khusus Kedah Darul Aman Kelantan Darul Naim Pahang Darul Makmur

Upload: sufern-sufernchin

Post on 22-Jun-2015

35 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

Page 1: Eric Progeo1

Negeri Sembilan Darul Khusus Kedah Darul Aman

Kelantan Darul Naim Pahang Darul Makmur

 

 

 

 Johor Darul Takzim

Page 2: Eric Progeo1

Perlis Indera Kayangan Selangor Darul Ehsan

 

 

 

 

 

 

 

 

Negeri Sarawak Negeri Sabah

Negeri Pulau Pinang Negeri Terengganu

Page 3: Eric Progeo1

  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Negeri Perak

Negeri Melaka

Wilayah Perseketuan Labuan Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur

Page 4: Eric Progeo1

4.0 PENDAHULUAN

Nama saya Lau King Yong . Saya adalah pelajar Tingkatan 1 Einstein di Sekolah Menengah

Kebangsaaan Methodist, sibu. Sebagai memenuhi kehendak Sukatan Pelajaran Geografi, saya dikehendaki

menjalankan satu kerja lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan. Tajuk kajian saya ialah ‘Kepentingan Tanah

Pamah di Kawasan Bandar Sibu.’ Saya memilih kawasan ini kerana saya telah tinggal di Bandar ini selama 13

tahun. Ini akan memudahkan saya mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Wilayah Perseketuan Putrajaya

Page 5: Eric Progeo1

Saya menjalankan kajian ini pada waktu pagi sebelum waktu persekolahan dan pada hari Sabtu dan

Ahad. Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang dikumpulkan di

lapangan secara berkumpulan. Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa lapan minggu.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut:

1. Mengenal pasti bentuk muka bumi di Bandar Sibu, Sarawak.

2. Mengetahui potensi kawasan tanah pamah di Bandar Sibu , Sarawak

7.0 KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut dalam kajian ini:

a. Kaedah Pemerhatian :

Saya telah memerhatikan secara keseluruhan kawasan kajian dan membuat catatan. Perkara yang saya

perhatikan ialah aktiviti penduduk yang ada kaitan dengan bentuk muka bumi.

b. Kaedah rujukan :

Saya dan rakan-rakan kajian juga merujuk buku dan risalah-risalah di perpustakaan sekolah dan perpustakaan awam untuk mendapatkan maklumat. Saya juga telah membuat beberapa rujukan dengan menggunakan internet untuk mendapatkan maktumat tambahan.

8.0 DAPATAN KAJIAN

8.1 Dapatan Kajian

Page 6: Eric Progeo1

Saya telah memerhatikan bentuk muka bumi di Bandar sibu dan kepentingannya kepada Bandar Sibu dengan teliti. Hasilnya, saya mendapati bahawa Bandar Sibu yang bertanah pamah Ini membolehkan pelbagai aktiviti ekonomi dan infrastruktur disalurkan kepda penduduk. . Antara kegiatan ekonomi yang dijalankan di Bandar Sibu ialah perindustrian, pembinaan, pengangkutan , pertanian dan perniagaan Selain daripada kegiatan ekonomi , kawasan tanah pamah di Bandar Sibu telah membolehkan rumah, kilang, kedai dan jalan raya dibina.

8.2 Kepentingan Tanah Pamah Di Bandar Sibu , Sarawak.

a. Petempatan.

Petempatan merupakan tempat tinggal manusia. Kebanyakan kawasan di Bandar Sibu dijadikan

sebagai kawasan petempatan. Ini adalah disebabkan rumah-rumah senang di dirikan di kawasan tanah pamah.

Pembinaan rumah di kawasan tanah pamah tidak memerlukan teknologi dan kos yang tinggi.

Petempatan awal di Sibu terdapat di Jalan Tiong Hua dan Jalan Hua Kiew. Ini disebabkan kawasan ini

berdekatan dengan pusat Bandar. Rumah-rumah di situ mempunyai bentuk yang lebih kurang sama dan

berpenduduk padat. Kini petempatan ini merupakan petempatan golongan yang berpendapatan rendah yang

kebanyakannya berkerja di pusat Bandar.

Di kawasan lain pula terdapat pelbagai jenis petempatan yang dibina seperti rumah teres, rumah

banglo dan apartmen contohnya di sekitar kawasan Jalan Tun Abang Haji Openg. Kini, terdapat banyak

kawasan petempatan yang dibina semakin jauh dari pusat Bandar seperti di Ulu Sungai Merah dan Jalan teku .

__________________________________________________________________________________________

B. Perindustrian dan Premis Perniagaan

Perindustrian merupakan aktiviti ekonomi yang penting bagi sesebuah kawasan. Ia merupakan penjana

kepada aktiviti ekonomi dan penentu kepada taraf hidup penduduk. Kilang-kilang hanya sesuai dibina di

kawasan bertanah pamah. Ini disebabkan pembinaan kilang di kawasan tanah pamah boleh menjimatkan kos

dan memudahkan proses pembesaran kilang.

Di kawasan sekitar Bandar juga terdapat beberapa kawasan industry. Contohnya ialah kawasan di

Jalan Lanang dan Sungai Merah. Kilang-kilang yang terdapat di Bandar Sibu adalah seperti kilang pembuatan

makanan, pencetakan , perabot dan sebagainya.

Page 7: Eric Progeo1

Begitu juga dengan premis perniagaan yang dibina di atas tanah pamah. Di Bandar Sibu , terdapat

banyak premis perniagaan di bina . Antaranya ialah Wisma Sanyan, Medan Mall, dan Delta Mall.

__________________________________________________________________________________________

C. Pengangkutan dan infrastruktur

Kawasan tanah pamah di Bandar Sibu telah membolehkan Bandar Sibu ini mempunyai rangkaian jalan

pengangkutan yang baik untuk menghubungkan kawasan lain. Jalan raya yang baik dan berturap telah dibina

dengan banyaknya di dalam pusat Bandar dan luar pusat Bandar bagi memudahkan pergerakan penduduk.

Selain itu, Pelabuhan Rajang yang terdapat di pusat Bandar Sibu merupakan salah satu pelabuhan

yang penting di Sarawak. Pelabuhan ini dapat membawa barangan pukal sama ada dari dalam atau luar negeri

kepada penduduk Sibu dan kawasan luar Bandar yang lain seperti Sarikei dan Kanawit.

Kawasa tanah pamah juga sesuai untuk membina lapangan kapal terbang. Di Sibu, terdapat

Lapangan Terbang Antarabangsa Sibu yang telah banyak menyumbang kepada ekonomi Sibu seperti

membawa masuk pelancong dan juga memudahkan pergerakan penduduk.

_________________________________________________________________________________________

D. Pertanian

Sibu mempunyai kawasan tanah pamah yang luas yang giat digunakan untuk aktiviti pertanian.

Pertanian adalah kegiatan pengeluaran bahan makanan dan sumber protein seperti penternakan haiwan.

Pertanian di Bandar Sibu ini dijalankan di kawasan pinggir Bandar seperti di kawasan tanah pamah di

pedalaman Jalan Teku dan Jalan Oya. Terdapat pelbagai jenis tanaman dijalankan di situ. Antaranya seperti

padi, sayur-sayuran , buah-buahan tempatan dan sebagainya.

Rumusan

Sebagai rumusan, saya memperoleh banyak faedah setelah menjalankan kerja kursus ini. Dalam

menyiapkan kerja kursus ini, saya telah merujuk kepada beberapa bahan bacaan dan internet. Saya telah

mendapat maklumat mengenai Bandar Sibu. Saya telah mengetahui sedikit sebanyak mengenai sejarah dan

kegiatan ekonomi utama Bandar Sibu.

Page 8: Eric Progeo1

Di samping itu , saya juga dapat menguasai kemahiran-kemahiran seperti membuat pemerhatian,

catatan , rujukan, carta dan lain-lain. Saya juga berasa bersyukur dan berbangga terhadap bentuk muka bumi

yang dimiliki oleh Bandar Sibu yang membolehkan pelbagai kegiatan ekonomi dan kemudahan disediakan.

Saya juga telah memperlajari nilai seperti berdikari dalam menyiapkan kerja kursus ini dan berkerjasama

dengan rakan-rakan dalam mendapatkan maklumat.

Page 9: Eric Progeo1

10 |M u k a s u r a t

Terdapat seramai 4 orang responden yang bekerja sebagai guru di mana 2 orang adalah kaum Cina dan 2 orang

adalah kaum Melayu. Mereka terdiri daripada golongan perempuan kesemuanya.

Terdapat seramai 4 orang responden yang bekerja di bank di mana 2 orang adalah kaum Cina, seorang kaum

Melayu dan seorang kaum India.Mereka terdiri daripada 3 orang lelaki dan seorang perempuan.

Page 10: Eric Progeo1

Terdapat seramai 3 orang yang bekerja sebagai pengurus di mana seorang adalah kaum India dan 2 orang

adalah kaum Melayu. Mereka terdiri daripada golongan lelaki kesemuanya.

Disebabkan Taman Sungai Pinang dan kawasan di sekitarnya merupakan kawasan bertanah pamah yang rata dan luas, banyak kemudahan seperti ruang perniagaan dapat dibina, justeru itu menggalakkan aktiviti - aktiviti perniagaan di situ. Antara perniagaan yang dijalankan ialah pengurusan kedai makan, kedai runcit, kedai komputer dan perniagaan berbentuk perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, kedai dobi pakaian dan bengkel membaiki kereta. Oleh itu, ramai penduduk di sini menjalankan aktiviti perniagaan.

Selain daripada itu, penduduk di Taman Sungai Pinang juga terlibat di dalam bidang pendidikan sebagai tenaga pengajar kerana berhampiran kawasan ini terdapat Sekolah Tinggi Klang, Sekolah Kebangsaan Batu Belah , Tadika Sg Pinang dan Tadika Batu Belah. Terdapat juga penduduk yang bekerja di bank-bank dan syarikat-syarikat berdekatan atau di Pusat Bandar Klang disebabkan sistem jalan raya yang baik dapat dibina dengan mudahnya di kawasan tanah pamah. Ini ternyata benar berdasarkan soal selidik terhadap 20 responden yang kesemuanya menggunakan kenderaan mereka sendiri ke tempat kerja dan ke tempat-tempat lain. Lihat Jadual 3.

Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia Bentuk muka bumi juga boleh menghalang manusia menjalankan kegiatan ekonomi.

Kawasan tanah pamah yang rendah dan sentiasa berair mengakibatkan kejadian banjir di kawasan Taman

Sungai Pinang, Klang. Kejadian banjir mengganggu perjalanan di kawasan tersebut kerana semua sistem

tergendala. Justeru, semua kegiatan ekonomi seperti perniagaan tidak dapat dijalankan. Selain daripada itu,

akibat petempatan yang padat, jalan–jalan yang dibina berdekatan kawasan kajian adalah sempit.

Bagi Pulau Jawa pula, halangan utama bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia ialah apabila berlakunya

letusan gunung berapi. Ia bukan sahaja mengancam nyawa manusia dan merosakkan harta benda, tetapi

memusnahkan tanaman di lereng-lereng gunung.

8.3 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kegiatan manusia boleh memberi kesan negatif terhadap alam sekitar. Di kawasan kajian iaitu Taman Sungai

Pinang, terdapat pengusaha kedai makanan yang membuang sisa-sisa makanan dan sampah-sarap dengan

sewenang-wenangnya ke dalam longkang-longkang mengakibatkan pencemaran air, tersumbatnya saliran dan

seterusnya kejadian banjir kilat. Sisa bahan mentah dan sisa toksik yang dibuang ke dalam Sungai Putus dari

kilang berhampiran kawasan kajian juga turut menyumbangkan kepada pencemaran air dan ancaman kepada

hidupan air. Pencemaran udara turut berlaku akibat pembakaran terbuka serta pembebasan debu, asap dan

habuk ke dalam udara dari kilang–kilang.

Page 11: Eric Progeo1

Selain daripada itu, jalan sempit yang menuju ke Taman Sungai Pinang menjadi sesak apabila ramai pengguna

jalan raya menggunakannya sebagai jalan pintas menuju ke Taman Klang Utama. Kesesakan sering berlaku

terutamanya ketika pagi dan petang kerana waktu tersebut waktu puncak orang ramai pergi dan balik dari kerja. Bagi Pulau Jawa pula, kesan daripada kegiatan pertanian yang tidak diurus dengan baik dan terancang di cerun-cerun bukit boleh menyebabkan

hakisan tanah dan tanah runtuh berlaku. Hakisan tanah memusnahkan tanaman dan tanah runtuh menyebabkan

kerosakan harta benda, kemudahan awam dan mengorbankan nyawa.

8.4 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

Kerajaan telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar agar alam sekitar semakin

terjaga dan terus dapat dinikmati sehingga masa hadapan. Dengan menguatkuasakan undang-undang dengan

lebih ketat lagi, masalah pembakaran terbuka yang berlaku boleh ditangani. Tong sampah kitar semula dan juga

tapak pelupusan sampah yang banyak haruslah disediakan oleh Majlis Perbandaran Klang. Selain daripada itu,

pihak berkuasa sepatutnya memperbanyakkan lagi tong sampah atau menambahkan kekerapan mengutip

sampah oleh pihak Majlis Perbandaran Klang di kawasan ini. Ini dapat mengelakkan sistem perparitan atau

sungai dijadikan

tempat pembuangan sampah. Dengan peningkatan jadual pengutipan sampah di kawasan ini,

masalah sampah berbau juga semakin berkurang dan tiada lagi anjing liar yang menyelongkar sampah. Pihak

berkuasa sepatutnya menyaman kilang-kilang yang cuai dan melakukan pencemaran

terhadap alam sekitar seperti membuang bahan kimia, sisa-sisa toksik dan sampah sarap ke dalam sungai dan

melepaskan asap kotor dan berbahaya yang tidak bertapis ke udara. Pihak kilang pula tidak sepatutnya

menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan. Asap yang dilepaskan pula haruslah ditapis terlebih dahulu

agar tidak mencemarkan udara. Akhir sekali, untuk mengatasi masalah ini, penduduk di kawasan kajian haruslah

bertanggungjawab terhadap diri mereka dan keluarga mereka sendiri dengan menjaga kawasan ini dengan baik. Beberapa langkah yang lain bagi mengatasi masalah pencemaran yang berlaku di Taman Sungai Pinang ialah seperti berikut:

Mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan ini

Mengadakan kempen kesedaran penduduk terhadap kepentingan menjaga kebersihan persekitaran mereka

Melalui aktiviti gotong-royong ini, hubungan antara masyarakat berbilang kaum di kawasan ini dapat dieratkan

terutamanya generasi muda. Saya berpendapat bahawa setiap penduduk di Taman Sungai Pinang seharusnya

peka dengan isu-isu yang melibatkan alam sekitar bagi memastikan alam sekitar kita terjaga dan terpelihara.

Selain daripada itu, kita juga harus menyokong usaha-usaha kerajaan dalam kempen-kempen penjagaan alam

Page 12: Eric Progeo1

sekitar dan sentiasa berganding bahu memastikan negara yang tercinta ini kekal sebagai warisan alam selama-

lamanya.

Bagi mengurangkan kesan kesesakan lalulintas di kawasan kajian, penduduk di sekitar kawasan ini boleh

mengamalkan kongsi kereta. Kesesakan lalulintas yang biasanya berlaku disebabkan oleh banyak orang

menggunakan kenderaan masing-masing untuk keluar walaupun arah dan tujuannya adalah sama, contohnya

menghantar anak ke sekolah. Jika berkongsi kenderaan, jalan raya akan menjadi kurang sesak. Selain daripada

itu, menggunakan kenderaan awam seperti bas juga boleh boleh mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di

kawasan ini.

9.0 RUMUSAN

Sesungguhnya, kajian ini telah memberikan banyak kesan yang positif. Melalui kajian ini, saya telah mengetahui

dengan lebih mendalam tentang bentuk muka bumi di kawasan kajian iaitu Taman Sungai Pinang, Malaysia

serta di negara Indonesia. Kajian ini juga memberi saya maklumat tentang potensi bentuk muka bumi yang

terdapat di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta di negara Indonesia kepada kegiatan

manusia. Selain daripada itu, saya dapat mengetahui halangan bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan

Taman Sungai Pinang, Klang, Malaysia serta negara Indonesia terhadap kegiatan manusia . Akhir sekali, saya

dapat mengenal pasti kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di kawasan Taman Sungai Pinang, Klang,

Malaysia serta di negara Indonesia dan langkah-langkah mengurangkan kesan-kesan tersebut.

Hasil daripada kajian ini, menjadikan saya bangga kerana dibesarkan dan tinggal di kawasan yang serba

lengkap dan maju dengan kemudahan– kemudahan asas dan infrastruktur

yang lengkap. Jika dibandingkan dengan kawasan-kawasan yang kurang bernasib baik

seperti Pulau Jawa yang terlalu padat penduduknya dan mengalami risiko bencana alam seperti letusan gunung

berapi, kawasan tempat tinggal saya serta negara kita adalah jauh lebih bertuah kerana mempunyai kegiatan

ekonomi yang amat baik serta kemudahan yang sempurna serta

penduduk yang harmoni. Oleh yang demikian kita seharusnya menghargai apa yang ada dan menyayangi negara kita dengan sepenuh hati.

10.0 LAMPIRAN 1. Lampiran 1– Lampiran makluman kerja kursus Geografi

2. Lampiran 2– Kebenaran menjalankan kajian Geografi Tempatan

3. Lampiran 3– Surat kebenaran ibu bapa

4. Lampiran 4 - Soal Selidik

Kawasan kajian

Page 13: Eric Progeo1

Kawasan Kajian saya ialah bandar Sibu. Bandar Sibu terletak di Latitud 2 19 Utara dan longtitud 111 15 timur yang merupakan kawasan tengah Sarawak di mana Sungai Rejang dan Sungai Igan bertemu iaitu kira-kira 130 kilometer dari Laut China Selatan. Oleh yang demikian, bandar sibu ini terletak di kawasan hilir sungai yang merupakan kawasan tanah pamah yang sesuai untuk pelbagai kegiatan ekonomi dan sosial.

Bandar Sibu wujud pada pertengahan abad yang ke-19 iaitu sewaktu berlakunya pergolakan politik di Sarawak. Pada masa tersebut Sibu merupakan tanah jajahan Kesultanan Brunei. Akibat daripada pergolakan tersebut James Brooke yang telah tiba ke Sarawak pada tahun 1841 telah mengambil kesempatan dengan membantu Kesultanan Brunei dalam menyelesaikan masalah yang berlaku. Sebagai balasan, pada 1853 Kesultanan Brunei pada ketika itu telah menyerahkan Sarawak termasuk Sibu kepada Rajah pertama iaitu Rajah James Brooke. Bandar Sibu juga adalah dikenali sebagai sebuah bandar yang diasaskan oleh Imigran Foochow yang datang dari selatan negara China.

Kini Bandar Sibu yang merupakan pintu masuk utama di bahagian selatan Sarawak sedang berada dalam era pembangunan yang berkembang pesat dari pelbagai aspek sama ada dari segi pentadbiran, ekonomi dan sosial bagi menyahut akan cabaran Wawasan 2020. Sejajar dengan itu, Bahagian Sibu sedang berusaha meningkatkan pembangunan yang khusus terutamanya kemudahan infrastruktur , pendidikan , pusat peniagaan dan sebagainya.

Page 14: Eric Progeo1

8.1 bentuk muka bumi dan cirinya i.

Jalan Tun Perak merupakan kawasan tanahpamah iaitu merupakan kawasan yang datar danberalun. Ia juga mempunyai ketinggian kurang dari180 meter dari aras laut. Kawasan tanah pamahJalan Tun Perak sesuai untuk petempatan, sistempengangkutan dan aktiviti perniagaan. Terdapat jugadua sungai yang berhampiran Jalan Tun Perak iaituSungai Gombak dan Sungai Klang.

Unsur patriotisma: saya berbangga dengan ciri-ciri bentuk muka bumi di Malaysia yang sangat sesuai untuk dimajukan.

8.2 potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia di Jalan Tun Perak dan perbandingannya di Pulau Jawa.

Terdapat beberapa potensi bentuk muka bumikepada kegiatan manusia di J alan Tun Perak dan PulauJawa, Indonesia.i.di Jalan Tun Perak

Kawasan tanah pamah yang rata dan beralunmemudahkannya untuk dibangunkan dan dimajukan.Kawasan ini sesuai dijadikan kawasan tumpuanperniagaan di mana premis-premis perniagaan terdiridaripada bangunan-bangunan dapat dibina denganmudah kerana bentuk muka buminya yang rata.Kawasan tanah pamah yang rata dan beralun di JalanTun Perak juga sesuai untuk pembinaan sistemjaringan pengangkutan jalan raya yang

menghubungkan kawasan ini dengan kawasan-kawasanyang lain seperti pembinaan lebuh raya, jalan dua haladan pembinaan jalan keretapi seperti komuter untukkemudahan pengguna.

Unsur patriotisma: saya berbangga dengan potensi bentuk muka bumi di Malaysia yang mudah untuk dibangunkan.

Page 15: Eric Progeo1

8.3 halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia di Jalan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia. I. di Jalan Tun Perak

kawasan tanah pamah yang terletak berhampiransungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klangmenyebabkan kawasan ini akan ditengelami air akibatbanjir kilat jika berlakunya hujan lebat tanpa hentiuntuk tempoh-tempoh tertentu yang menenggelamkanpremis-premis perniagaaan yang terletak di kawasansekitarnya. Selain itu, banjir juga menyebabkan sistemjaringan pengangkutan tergendala berikutan jalan-jalanutama ditenggelami air.

Unsur partiotisma: kita perlulah mengatur langkah-langkah yang strategik untuk mengekang masalah ini dari terus berlaku.

8.4 kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Jalan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia Terdapat kesan-kesan yang timbul akibat daripadakegiatan manusia terhadap alam sekitar di Jalan TunPerak dan Pulau Jawa, Indonesia.a.di jalan Tun Perak

Kemajuan sistem jaringan pengangkutan jalanraya telah menyebabkan peningkatan jumlahkenderaan bermotor seperti kereta, bas danmotorsikal di atas jalan-jalan utama di kawasan ini.Keadaan ini telah menyebabkan peningkatankandungan gas karbon monoksida di udara kerana daripada pelepasan asap-asap dari kenderaan yang seterusnya menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Selain itu, premis-premis perniagaan terutamanyapremis-premis penjualan makanan seperti restoran-restoran mengalirkan sisa-sisa pepejal seperti sisamakanan dan sampah sarap terus ke dalam sungai-

sungai utama iaitu Sungai Gombak dan Sungai Klangtelah menyebabkan berlakunya pencemaran s ungai.

Unsur patriotisma: manusia perlulah merancang denganbaik untuk mengelakkan berlakunya unsur-unsur yangboleh memusnahkan alam sekitar.8.5 Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatanmanusia terhadap alam sekitar di Jalan Tun Perak danPulau Jawa, Indonesia.

Page 16: Eric Progeo1

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Jalan Tun Perak dan Pulau Jawa, Indonesia i.di Jalan Tun Perak

Untuk mengelakkan berlakunya pencemaran udara diJalan Tun Perak kesan daripada pelepasan asapkenderaan, penggunaan petrol tanpa plumbum mampumengurangkan pelepasan asap selain mengurangkanpelepasan gas karbon monoksida ke udara.

Pemasangan sangkar berdawai di sungai-sungaiutama boleh menghalang sampah sarap yang dibuang

oleh individu yang tidak bertanggungjawab ke dalamsungai daripada menyekataliran air sungai danseterusnya mengelakkan berlakunya banjir kilat sertahujan lebat.

Page 17: Eric Progeo1
Page 18: Eric Progeo1

kawasan tersebut selain mengekalkan kehidupan flora dan fauna di kawasan tersebut Unsur patriotisma: manusia haruslah memikirkan langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi masalah yangtimbul demi menjamin kestabilan alam sekitar.J

Rumusan Melalui kajian geografi yang telah saya buat, rumusan

yang dapat dibina ialah apakah jenis-jenis kegiatan ekonomi dikawasan kajian. Kita mestilah jenis-jenis kegiatan ekonomi ditempat kita. Ini dapat memupuk sifat menghayati danmerasaikepentingan kegiatan ekonomi yang dijalankanterhadap pembangunan negara.

Kita juga dapat mengetahui apakah sumbangan kegiatanekonomi di tempat kita terhadap negara kita yang tercinta.Dengan ini, unsur patriotisme seperti cinta akan tanah air danberbangga dengan sumbangan kegiatan ekonomi setempatterhadap pembangunan negara dapat dicapai.

Pelbagai kesan yang didapati kegiatan ekonomi terhadapalam sekitar. Contoh kesannya ialah seperti pencemaran airdan udara. Dengan melihat kesan kegiatan ekonomi terhadap

alam sekitar, sifat bertanggungjawab dapat dilihat apabilapenduduk bersama-sama mengurangkan kesan-kesan tersebut.

Saya berbangga dengan kegiatan ekonomi di tempat sayayang semakin berkembang. Ini memberikan saya keyakinanuntuk membuat kerja khusus ini di Jalan Tun Perak. Sayaberharap agar kawasan yang saya duduki ini semakinberkembang dengan lebih pesat.

Akhir sekali, kita akan dapat mengenal pasti apakahlangkah-langkah yang telah diambil untuk mengurangkankesan-kesan kegiatan ekonomi tersebut. Apabila pendudukmelihat langkah-langkah yang telah diambil, mereka akan turutmengikuti langkah-langkah tersebut. Unsur patriotisme seper

bertindak wajar dan timbul rasa cinta akan tanah air dapatdilihat apabila penduduk mengikuti langkah-langkah tersebut.

Page 19: Eric Progeo1