elektrik & elektronikkhb-eee.blogspot.com/2009/09/nota-kemahiran-hidup...2014-10-01litar siri *...

Download elektrik & elektronikkhb-eee.blogspot.com/2009/09/nota-kemahiran-hidup...2014-10-01Litar siri * Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri 4. Litar selari * Litar

If you can't read please download the document

Upload: builiem

Post on 13-Feb-2018

238 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

elektrik & elektronik

skip to main | skip to sidebar

elektrik & elektronik

;

;

;

Friday, September 4, 2009

Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Satu

Elektrik : Elektif KT

1. Litar Elektrik

1. Maksud Litar

* Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar)

i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis)

iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)

Lukisan skimatik litar mudah

2. Jenis-jenis Litar

1. Litar mudah

* Litar yang mengandungi satu sumber satu beban dan satu pengalir

2. Litar pintas

* Litar tanpa beban

* Litar yang mengandungi wayar pintasan

3. Litar siri

* Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri

4. Litar selari

* Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari

5. Litar siri selari

* Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari

Litar asas

A = Beban , B = Pengalir , C = Sumber elektrik

Litar siri

Litar selari

Litar siri selari

3. Perbezaan litar siri dan litar selari

Litar Siri Litar Selari

Voltan

Voltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambah

Vj=V1+V2+V3..... Voltan

Voltannya sama disemua tempat

Vj=V1=V2=V3.....

Arus

Arusnya sama disemua tempat Arus

Arusnya semakin kurang apabila semakin banyak beban

Rintangan

Semakin ditambah beban semakin banyak jumlah rintangan Rintangan

Jumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecil

Apabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyala Apabila satu mentol terbakar , mentol yang lain akan terus menyala

Jika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana bebanan bertambah Jika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah

2. Voltan, Arus dan Rintangan

1. Definisi

1. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik

2. Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V)

3. Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik

4. Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I)

5. Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus

6. Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm

2. Hukum Ohm

1. Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan Rintangan

2. Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm

3. Contoh pengiraan

Diberi voltan=12 volt, rintangan = 4 ohm, cari arus = (?) dalam litar di bawah.

3. Meter elektrik

1. Meter Volt

* Meter yang digunakan untuk menyukat voltan atau daya gerak elektrik(DGE)

* Terdapat dua jenis meter volt

1. Meter volt arus terus

2. Meter volt arus ulang alik

* Meter disediakan dalam beberapa julat tertentu

* Meter volt dipasang selari dengan sumber (sel) dan beban (mentol) didalam litar

i. Meter volt arus terus ii. Meter volt arus ulang-alik

2. Meter Ampere

* Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar

* Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol) di dalam litar

4. Meter Pelbagai

* Kegunaan

o Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan

o Untuk menguji keterusan litar

* Bahagian meter pelbagai

A = Skala B = Skru pelaras sifar

C = Julat bacaan D = Tombol pemilih julat

E = Punca positif F = Punca Negatif

G = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk

1. Skala

o Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik

2. Jarum Penunjuk

o berfungsi menunjukkan bacaan pada skala

3. Skru Pelaras Sifar

o berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)

4. Pelaras Sifar Ohm

o berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan

5. Prob Negatif dan prob Positif

o berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronik

prob hitam untuk negatif

dan prob merah untuk positif

6. Tombol Pemilih Julat

o berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki

7. Julat

o berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur

* Membaca meter Ohm pada meter pelbagai

o Langkah-langkah membaca meter Ohm

1. Laraskan tombol ke julat bacaan ohm

2. Temukan kedua-dua prob negatif dan positif

3. Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar (0)

5. Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik

i. Suis Utama ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi iii. Peti Agihan Berfius iv. Soket dan suis

1. Fius Perkhidmatan

* Fungsi - untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk memutuskan bekalan kepada pelanggan yang gagal membayar bil penggunaan

2. Penyambung Neutral

* Fungsi - menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral

3. Meter KWJ

* Fungsi - untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik

* jenis - terdapat dua jenis meter

1. Meter analog

2. Meter digital

Meter kWJ jenis diigital

4. Suis Utama

* Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah

* Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah

* Di dalamnya terpasang fius katrij

5. Pemutus Litar bocor ke bumi

* berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas

6. Kotak agihan berfius

* berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar

7. Suis dan Soket

* Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik

* Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah

i. Fius Perkhidmatan ii. Penyambung Neutral iii. Meter Kwj

iv. Suis utama v. PLCB vi. Kotak Agihan Berfius

6. Kuasa Elektrik

1. Maksud Kuasa Elektrik

* Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik

* Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)

2. Formula Mencari Kuasa Elektrik

* Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )

3. Kuasa elektrik alatan elektrik

* Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan dalam plat perincian

* Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik berbanding yang mengeluarkan cahaya

* Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor berkuasa 40W

Contoh plat perincian sebuah kipas elektrik

Menu

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2007

SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting.

Masih dalam pembinaan

Posted by

RASZoszie

at9:59 PM

1 comment:

brandyz PosiusJuly 29, 2012 at 7:21 PM

blh panjangkan lgi x nota nie??

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

Loading...

;

;

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Nota Kemahiran Hidup

Keselamatan Elektrik

Jangan gunakan plag atau soket yang pecah dan rosak

Jangan membuat sambungan yang banyak daripada satu punca

Jangan cuba menyentuh wayar hidup yang tidak bertebat

Jangan cuba menmengantikan dawai fius dengan sebarang dawai atau logam

Jangan menggunakan kabel yang pecah atau terlalu lama

Hendaklah utamakan KESELAMATAN DIRI, KESELAMATAN MAKMAL/BENGKEL dan KESELAMATAN PERALATAN.

Pamirkan slogan UTAMAKAN KESELAMATAN agar selalu dapat mengingatkan guru-guru dan pelajar-pelajar sepanjang berada dan melakukan aktiviti di makmal/bengkel.

UTAMAKANKESELAMATAN

Menu

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006SMK. Bukit Jana, 34600 Kamunting, Perak

Masih dalam pembinaan

ELEKTROMEKANIKAL

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATUElektromekanikal

A. Definisi Pergerakan Pergerakan ialah jarak yang dihasilkan oleh suatu titik pada kedudukan yang baru

B. Jenis Pergerakan Pergerakan mekanikal Pergerakan mekanikal ialah pergerakan yang dikawal secara terus oleh manusia Pergerakan ini dilakukan secarai. Manual ii. menggunakan enjin iii. menggunakan elektrik

Pergerakan manual

Pergerakan elektromekanikal

C. Pergerakan Mekanikal Pergerakan terbahagi kepada dua Gerakan lurus- gerakan ke atas dan ke bawah atau gerakan ke hadapan dan ke belakang Gerakan Putaran- gerakan arak ikut jam atau gerakan arah lawan jam

Jam - contoh gerakan putaran

Pergerakan dapat dikawal dengan mengawal tenaga atau daya yang dikenakan ke atas objek menambahkan gear atau takal untuk menjadikan gerakan lebih teratur dan sempurna

Pengangkat kereta - contoh pergerakan lurus (atas bawah) Takal dan tali sawat

Definisi Ciri-ciri Digerakkan oleh motor gerakan dihasilkan adalah gerakan putaran kelajuan sukar diubah

Contoh pergerakan menggunakan takal dan tali sawat Mesin gerudi lantai mesin jahit Mesin penguli doh Mesin pengisar tebu

Sistem takal mesin gerudi meja/lantai

Gear

Definisi Gear adalah piring silinder yang dikelilingi oleh gigi-gigi gear Gear diperbuat daripada logam dan PVC atau plastik

Fungsi Gear Fungsi gear bergantung kepada jenis gear Umumnya gear digunakan untuk Menghantar kuasa dan pergerakan memperlahankan pergerakan dan melajukan pergerakan menukar gerakan getaran putaran kepada gerakan lurus atau gerakan turun naik

Contoh Fungsi gear Gear dalam kotak gear kereta Gear dalam pemain CD/VCD/DVDberfungsi memperlahankan dan melakukan pergerakan keretaberfungsi memutarkan CD dan membuka dan mengeluarkan/memasukan CD

Jenis Gear Gear taji Gear serong Gear belitan Gear rak dan pinan Gear heliks

Gear tajiGear belitanGear rak dan pinanGear serong

D. Pergerakan Elektromekanikal Definisi Pergerakan elektromekanikal ialah pergerakan yang dimulakan dan dikawal oleh litar elektronik

Ciri-ciri Terdapat litar elektronik Menggunakan elektrik untuk mengawal sistem Diprogramkan

Psoses Suis bekalan kuasa dihidupkan (on) Litar elektronik menggerakkankan motor dan mengawal tindak balas lain-lain bahagian atau suis

Contoh-contoh pergerakan elektromekanikal Kamera digital Kereta mainan kawalan jauh Pemain CD,VCD dan DVD

Kamera digital Robot

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting, Perak

Masih dalam pembinaan ...........

ELEKTRIK - TINGKATAN 1

NOTA KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN SATU

Elektrik

MAKSUD ELEKTRIK

Elektrik ialah tenaga Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus ulang alik (AC/AU). Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad).

SUMBER ELEKTRIK

i. Sel Kering ii. Sel Basah iii. Dinamo Basikal

Kaedah menghasilkan elektrik:

Melalui proses tindak balas kimia - contoh sel kering dan sel basahMelalui tindak balas aruhan kemagnetan - contoh dinamo basikal dan janakuasaLain-lain seperti: kuasa solartindakan haba

Sel Kering

Sel kering menghasilkan voltan 1.5 volt Dua sel kering yang disambungkan secara siri akan menghasilkan 3.0 volt

Dua sel kering disambung siri

Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC) Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh sel kering adalah daripada hasil tindak balas kimia Sel kering digunakan pada alatan elektrik mudah alih berkuasa rendah - seperti lampu picit, jam loceng, alatan permainan

Bahagian Sel kering

A = Punca positif , B = Bekas zink , C = elektrolit , D = Batang karbon , E = Punca negatif

Sel Basah

Sel basah biasanya menghasilkan voltan 6.0 volt, 12 Volt dan 24 volt Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri Sel basah lebih dikenali sebagai bateri Sel basah digunakan di dalam kenderaan seperti motor, kereta, lori dan bas

Bahagian sel basah

A = Plat positif (plumbum peroksida) , B= Terminal positif , C = Penyelang , D = Plat negatif (plumbum) , E = Elektrolit (Asid Sulfurik Cair)

Dinamo Basikal

Dinamo basikal menghasilkan voltan 6 volt - 12 volt Arus elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah arus ulang alik (AU/AC) Tenaga elektrik yang dihasilkan oleh dinamo ialah hasil daripada aruhan kemagnetan

Bahagian Dinamo Basikal

A = Pemutar , B = Magnet kekal , C = Teras besi, D = gegelung dawai , E = punca elektrik

Jenis-jenis sel

Sel Alkali Sel merkuri Sel lithium Sel nikel kadmium

KEGUNAAN ELEKTRIK

i. Pengisar ii. Lampu Pendafluor iii. TV iv. Sterika v. Radio

Untuk menghasilkan :

cahaya

Contoh - lampu pendafluor, lampu pijar, LED

bunyi

Contoh - Radio, siren, buzzer, loceng

haba

Contoh - Pengering rambut, pembakar roti, seterika, cerek, ketuhar

gerakan

Contoh - Kipas angin, pengisar, motor elektrik

isyarat elektronik

Contoh - kalkulator, pad permainan, komputer

WAYAR ELEKTRIK

Wayar kuprum beranemal Digunakan untuk membuat gegelung elektrik

Teras tunggal

Digunakan dalam bidang elektronik Mampu mengalirkan elektrik kuasa sangat rendah

Teras kembar

Digunakan untuk alat elektrik kuasa rendah seperti lampu dan peti suara Untuk membuat sambungan ke punca negatif dan positif atau wayar hidup dan wayar neutral sahaja

Kabel teras tiga

Digunakan untuk menyambung alatan elektrik berkuasa tinggi Untuk membuat sambungan ke punca hidup, neutral dan bumi

I = Wayar kuprum beranemal , II = Wayar teras tunggal , III = Wayar teras kembar , IV = Kabel teras tiga

JENIS PLAG

Plag 2 pin Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa rendah Radio , TV, Pencukur

Plag 3 pin Terdapat 2 jenis, plag 3 pin 13 ampere dan plag 3 pin 15 ampere Digunakan untuk menyambung bekalan elektrik kepada alatan elektrik berkuasa tinggi Periuk nasi, ketuhar, peti sejuk, seterika mengunakan plag 3 pin 13 ampere Pendingin hawa menggunakan plag 3 pin 15 ampere

I = plag 2 pin , II = plag 3 pin

i. Kedudukan tamatan L, N, dan Eii. Pemasangan kod warna yang betuliii. Kabel teras tiga biru, hijau dan coklat

PENDAWAIAN PLAG 3 PIN 13 AMPERE

Alatan

I = Pena Ujian , II = Penjalur wayar , III = Pisau lipat

Bahan Kabel teras 3

Langkah-langkah

Buangkan penebat kabel kira-kira 4 cm Jalurkan hujung ketiga-tiga wayar Pintalkan ketiga-tiga hujung wayar Buka penutup plag Pasangkan teras pada tamatan mengikut kod wayar yang betul iaitu Wayar coklat/hitam ---> tamatan hidup(L) Wayar biru/merah -----> tamatan neutral (N) Wayar hijau/hijau-kuning ------>Tamatan bumi (E)

Tutup semula plag dan pasangkan skru

FIUS

i. Simbol fius ii. Fius katrij iii. Fius dawai

Digunakan untuk memutuskan litar sekiranya berlaku litar pintas atau lebihan tenaga elektrik Memberi perlindungan kepada alatan elektrik daripada rosak dan terbakar Unit ukuran fius ialah ampere Terdapat dua jenis fius Fius katrij - digunakan dalam plag 3 pin dan fius perkhidmatan rumah

Fius 13A

Digunakan dalam plag 3 pin 13 ampere

Fius 30A

Digunakan dalam fius perkhidmatan dalam sistem bekalan elektrik domestik

Fius Dawai - digunakan dalam kotak agihan berfius dalam rumah

Kadar fius yang biasa digunakan ialah 5A, 10A, 13A dan 30A Fius dibuat daripada aloi timah atau plumbum

LAMPU PIJAR DAN LAMPU PENDAFLUOR

i. Lampu pijarKelalang Filamen Pin Sumber elektrik

ii. Lampu PendaflourPemegang Tiub Perumah Suis penghidup

Lampu pijar

Ciri-ciri lampu pijar Menghasilkan cahaya kuning yang menyilaukan mata Cahayanya panas Meninggalkan bayang hitam Menggunakan kuasa elektrik yang banyak

Bahagian lampu pijar Filamen = menyala dan mengeluarkan cahaya Gas argon = mencegah filamen daripada terbakar dan putus Sesuntuh = menyambung filamen ke punca elektrik Mentol kaca = melindungi gas argon dan filamen

Lampu pendarfluor

Kelebihan Lampu pendaflour

Warnanya putih terang dan tidak menyilaukan mata Cahayanya sejuk Menjimatkan elektrik Tidak meninggalkan bayang hitam

Bahagian Lampu pendarflour

Tiub pendarfluor = berisi gas argon dan merkuri, menghasilkan cahaya ultra ungu Pemegang tiub = memegang pin elektrod Cok = membekalkan voltan tinggi Suis Penghidup = menghidupkan lampu Perumah = tapak memegang bahagian-bahagian lampu yang lain

Menu

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2006SMK Bukit Jana, 34600 KamuntingEmail : [email protected]

LITAR ELEKTRIK

Nota Kemahiran Hidup Tingkatan SatuElektrik : Elektif KT

Litar Elektrik Maksud Litar Satu sambungan lengkap sumber elektrik (sel) dan beban elektrik (mentol) dengan menggunakan pengalir (wayar)

i. Sumber (sel kering) ii. Beban (mentol) iii. Pengawal (suis)iv. Punca positif (wayar mereh) v. Punca negatif (wayar hitam)

Lukisan skimatik litar mudah

Jenis-jenis Litar Litar mudah Litar yang mengandungi satu sumber satu beban dan satu pengalir

Litar pintas Litar tanpa beban Litar yang mengandungi wayar pintasan

Litar siri Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri

Litar selari Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara selari

Litar siri selari Litar yang mengandungi beban elektrik yang disambung secara siri dan juga selari

Litar asasA = Beban , B = Pengalir , C = Sumber elektrik

Litar siri

Litar selari

Litar siri selari

Perbezaan litar siri dan litar selari Litar SiriLitar SelariVoltanVoltannya adalah semakin kurang apabila beban bertambahVj=V1+V2+V3.....VoltanVoltannya sama disemua tempatVj=V1=V2=V3.....ArusArusnya sama disemua tempatArusArusnya semakin kurang apabila semakin banyak bebanRintanganSemakin ditambah beban semakin banyak jumlah rintanganRintanganJumlah rintangan adalah lebih kecil daripada nilai perintang yang paling kecilApabila satu mentol terbakar, mentol yang lain tidak akan menyalaApabila satu mentol terbakar , mentol yang lain akan terus menyalaJika ditambah satu mentol, mentol yang lain akan menjadi malap kerana bebanan bertambahJika ditambah satu mentol, nyalaan mentol yang lain tidak akan berubah

Voltan, Arus dan Rintangan Definisi Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam pengalir elektrik Unit sukatan bagi daya tersebut ialah Volt (V) Arus ialah sejunlah elektron yang bergerak di dalam pengalir elektrik Unit sukatan bagai arus ialah Ampere (A/I) Rintangan ialah halangan terhadap pergerakan arus Unit sukatan bagi rintangan ialah Ohm

Hukum Ohm Hukum ohm ialah hukum yang menyatakan hubungan di antara Voltan, Arus dan Rintangan Hukum ohm diperjelaskan oleh lencana hukum Ohm

Contoh pengiraan

Diberi voltan=12 volt, rintangan = 4 ohm, cari arus = (?) dalam litar di bawah.

Meter elektrik Meter Volt Meter yang digunakan untuk menyukat voltan atau daya gerak elektrik(DGE) Terdapat dua jenis meter volt Meter volt arus terus Meter volt arus ulang alik

Meter disediakan dalam beberapa julat tertentu Meter volt dipasang selari dengan sumber (sel) dan beban (mentol) didalam litar

i. Meter volt arus terus ii. Meter volt arus ulang-alik

Meter Ampere Meter yang digunakan untuk menyukat kadar pergerakan arus di dalam litar Meter ampere dipasang secara siri dengan sumber (sel) dan beban (mentol) di dalam litar

Meter Pelbagai Kegunaan Untuk mengukur voltan, arus dan rintangan Untuk menguji keterusan litar

Bahagian meter pelbagai

A = Skala B = Skru pelaras sifarC = Julat bacaan D = Tombol pemilih julatE = Punca positif F = Punca NegatifG = Pelaras sifar Ohm H = Jarum penunjuk

Skala Mengandungi skala bagi bacaan rintangan, voltan arus terus, voltan arus ulang-alik

Jarum Penunjuk berfungsi menunjukkan bacaan pada skala

Skru Pelaras Sifar berfungsi melaraskan jarum penunjuk pada bacaan sifar (0)

Pelaras Sifar Ohm berfungsi melaraskan jarum penunjuk semasa menguji rintangan

Prob Negatif dan prob Positif berfungsi menyentuh alatan elektrik dan komponen elektronikprob hitam untuk negatifdan prob merah untuk positif

Tombol Pemilih Julat berfungsi untuk memilih julat bacaan yang dikehendaki

Julat berfungsi menunjukkan kadar sukatan yang akan diukur

Membaca meter Ohm pada meter pelbagai Langkah-langkah membaca meter Ohm Laraskan tombol ke julat bacaan ohm Temukan kedua-dua prob negatif dan positif Laraskan pelaras sifar ohm hingga jarum menunjukkan bacaan sifar (0)

Unit Kawalan Utama Bekalan Elektrik Domestik i. Suis Utama ii. Pemutus Litar Bocor ke Bumi iii. Peti Agihan Berfius iv. Soket dan suis

Fius Perkhidmatan Fungsi - untuk mengawal bekalan jika berlaku arus berlebihan dan untuk memutuskan bekalan kepada pelanggan yang gagal membayar bil penggunaan

Penyambung Neutral Fungsi - menyambung litar rumah dengan wayar bekalan neutral

Meter KWJ Fungsi - untuk menyukat dan merekodkan kadar penggunaan tenaga elektrik jenis - terdapat dua jenis meter Meter analog Meter digital

Meter kWJ jenis diigital

Suis Utama Funsi untuk menyambung dan memutuskan bekalan elektrik di dalam rumah Suis ini adalah suis jenis dua kutub satu arah Di dalamnya terpasang fius katrij

Pemutus Litar bocor ke bumi berfungsi memutuskan bekalan elektrik dalam litar dirumah jika berlaku kebocoran arus atau litar pintas

Kotak agihan berfius berfungsi mengagihkan bekalan elektrik di dalam litar

Suis dan Soket Suis berfungsi memutuskan dan menyambung litar kepada alatan elektrik Soket berfungsi menghubungkan alatan elektrik kepada sumber bekalan elektrik rumah

i. Fius Perkhidmatan ii. Penyambung Neutral iii. Meter Kwjiv. Suis utama v. PLCB vi. Kotak Agihan Berfius

Kuasa Elektrik Maksud Kuasa Elektrik Kadar kerja yang dihasilkan oleh arus elektrik Unit ukuran kuasa elektrik ialah watt (W)

Formula Mencari Kuasa Elektrik Kuasa = voltan x arus ( P = V x I )

Kuasa elektrik alatan elektrik Kuasa elektrik yang digunakan oleh kebanyakan alat elektrik dinyatakan dalam plat perincian Perkakasan yang mengeluarkan haba lebih menggunakan kuasa elektrik berbanding yang mengeluarkan cahaya Contoh periuk nasi elektrik berkuasa 900W sementara lampu pendafluor berkuasa 40W

Contoh plat perincian sebuah kipas elektrik

Menu

Hak Cipta Muhammad Khairi. 2007SMK Bukit Jana, 34600 Kamunting.

Masih dalam pembinaan

Followers

Blog Archive

2009

(1)

September

(1)Nota Kemahiran Hidup Tingkatan SatuElektrik : Ele...

About Me

RASZoszie

View my complete profile