ekonomi monetari (eppe 2213) - ukm.my a… · jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam...

9
Ekonomi monetari (EPPE 2213) Tajuk: Dasar Monetari Di Negara Argentina Nama: Suriawani Binti Abdul Hadi No Matrik:A131890 Nama Pensyarah: Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi

Upload: vuongngoc

Post on 07-Sep-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Ekonomi monetari

(EPPE 2213)

Tajuk: Dasar Monetari Di Negara Argentina

Nama: Suriawani Binti Abdul Hadi

No Matrik:A131890

Nama Pensyarah: Dr. Mohd Azlan Shah Zaidi

Page 2: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Sejarah dasar monetari

Secara umumnya, Polisi Monetari dijalankan dengan menggunakan

pelbagai alat untuk mengawal dan mempengaruhi pertumbuhan

ekonomi , inflasi , pengangguran dan lain-lain. Selain itu, ia

ditentukan oleh kerajaan melalui bank pusat untuk mengawal

penawaran wang dan menjamin kestabilan dalam ekonomi sesebuah

negara.

Bagi Negara Argentina, agensi kawal selia untuk sistem

kewangan dilahirkan sebagai hasil reformasi perbankan dan kewangan pada tahun

1935 yang membawa perubahan besar oleh enakmen Akta Kongres pada 28 MEI 1935.Pada

hari tersebut, ia menandakan pembubaran rasmi Lembaga Mata Wang,

yang telah beroperasi sejak 1899, dan kelahiran Bank Negara Argentina (BCRA) yang

masih beroperasi hingga kini.

Seterusnya, Executive Decrees ditubuhkan hasil dari pembentukan Bank Negara

Argentina (BCRA) , serta penamatan Lembaga Mata Wang (Currency Board), Agensi kredit

kerajaan (Government Credit Agency), dan Lembaga Seliaan (Self-Regulatory Board) yang

bertarikh 31 Mei 1935.Dan juga tarikh yang sama dianggap ulang tahun Bank Negara

Argentina , walaupun institusi itu menjadi berkuat kuasa seperti beberapa hari kemudian,

iaitu pada 06 Jun, tahun 1935.

Inisiatif untuk mewujudkan Bank Negara semasa Agustín P. Justo menjadi Presiden

Argentina , dan Federico Pinedo yang bertindak sebagai Menteri Ekonomi berdasarkan

pendapat pakar yang dikeluarkan pada tahun 1933 dengan misi yang diketuai oleh Otto

Niemeyer dan kata-kata beliau, " a monetary and financial policy that responds to authentic

national interests ".

Pembaharuan dalam ekonomi dimana skim adalah berdasarkan keperluan untuk

mengatasi keadaan monetari dan perbankan yang serius yang dicipta oleh krisis dunia

dalam tahun 1930-an, kemudiannya menanggung kemelesetan ekonomi pada 1938.

Page 3: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Alat dasar monetari yang diamalkan

Bagi mempengaruhi ekonomi Negara, bank pusat sesebuah Negara akan menetapkan alat

dasar monetari yang akan dijalankan bagi Negara tersebut. Antara alat dasar monetari yang

biasa digunakan ialah operasi pasaran terbuka, pinjaman diskaun , dan rizab berkanun. Bank

Negara perlulah merancang dengan baik agar alat yang akan digunakan akan member kesan

positif keatas kedudukan ekonomi Negara.

Bank Negara Argentina diamanahkan dengan membuat dan melaksanakan dasar

monetari yang konsisten, memastikan pasaran wang yang seimbang di samping memupuk

simpanan dan pelaburan.. Program Kewangan adalah selaras dengan matlamat untuk

mencapai keseimbangan antara penawaran dan permintaan wang dan memihak kepada

persekitaran kestabilan harga, dimana ejen-ejen ekonomi mampu untuk membuat keputusan

yang tepat.

BCRA (Banco Central De La Republica Argentina) mempunyai beberapa mekanisme untuk

mengetatkan atau melonggarkan dasar monetari:

Kadar faedah di mana ia meminjam dari atau meminjamkan wang kepada bank-bank

Jumlah Dolar yang dibeli atau dijual di pasaran terbuka;

Pengiraan keperluan rizab tunai yang minimum

Bagi Bank Negara Argentina, alat dasar monetari yang utama ialah ‘Repurchase Agreement’

yang juga dikenali sebagai satu repo, RP, atau penjualan dan perjanjian belian balik,

penjualan sekuriti bersama-sama dengan perjanjian bagi penjual untuk membeli balik

sekuriti pada tarikh kemudian. Harga belian balik harus lebih besar daripada harga

jualan asal, perbezaan yang berkesan mewakili kepentingan kadang-kadang dipanggil kadar

repo.

Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1

Disember 2010 hingga 6 Disember 2011. Berdasarkan Chart 1 diatas, kita dapat lihat

peningkatan yang tinggi pada bulan Mac 2011 berbanding bulan sebelumnya. Secara

keseluruhannya, transaksi repo bagi Negara Argentina pada tahun 2011 mengalami naik turun

setiap bulan.

Page 4: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Laporan ‘Repurchase Agreement’ Negara Argentina.

Page 5: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Antara pembolehubah dasar monetari yang digunakan

International Reserves

- Bank pusat akan menerbitkan rizab antarabangsa yang dinyatakan dalam US$.

Satu bahagian dalam jadual setiap sukuan, perlu menyatakan ramalan bagi stok

rizab antarabangsa sukuan akan datang dalam millon pada hari terakhir sukuan

tersebut.

Monetary base

- Dasar monetari yang boleh dilaksanakan dengan menukar saiz wang asas. Bank-

bank pusat menggunakan operasi pasaran terbuka untuk menukar wang asas .Bank

pusat membeli atau menjual aset rizab (biasanya instrumen kewangan seperti

bon)sebagai pertukaran untuk wang deposit di bank pusat.

Foreign Exchange Market

- Pertukaran asing (foreign exchange atau forex) berlaku apabila suatu mata

wang ditukar kepada mata wang lain. Ia merupakan suatu jenis

perdagangan/transaksi aktiviti jual beli mata wang antara negara yang melibatkan

pasar-pasar matawang utama di dunia selama yang berlangsung secara 24 jam

secara berterusan

Page 6: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Contoh Pemboleh Ubah Dasar Monetari Yang Digunakan Di Argentina.

DESCRIPTION (IN MILLIONS OF AR$) AMOUNT

BCRA’s international reserves excluding 2009 SDRs allocations (in millions of US$) 46371

Liquidity facilities 1963

Monetary base (including increase due to quasimonies) 202805

Monetary circulation 163101

Money outside the financial system 144032

Money in financial institutions 19069

Banks’ deposits in AR$-denominated current accounts at the BCRA 39704

LEBACs (BCRA bills) 65353

Cash deposits in financial institutions 433679

In current accounts (net of FUCO utilisation) 92482

In savings accounts 100636

Time deposits (including investments and excluding CEDROs) 219560

CEDROs (including accrued CER) 0

Other (including deposits exchanged for BODENs) 21002

Financial institutions’ loans to the private sector 283678

Private interbank loans interest rate (BAIBAR), % a.n. 10,58

30-day time deposits in financial institutions interest rate, % a.n. 13,3

BADLAR, local currency, private Banks 18,5625

90-day LEBAC interest rates, % 13,97

Reference exchange rate (AR$ against US$) 4,278

CER (Reference Stabilisation Coefficient) 2,8678

Page 7: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Kesan Dasar Monetari Kepada Kedudukan Ekonomi

Jadual 1: Penilaian Bagi Indeks Harga.

Indeks harga pengguna atau IHP atau dalam bahasa Inggeris: Consumer Price

Index, CPI merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur atau menentukan

kadar inflasi. CPI mengukur harga purata barang-barang dan perkhidmatan yang biasanya

digunakan oleh isi rumah pada tempoh masa yang ditetapkan. CPI diukur dengan

membandingkan purata harga barangan dan perkhidmatan pada tahun asas dengan purata

harga barang bagi tahun semasa

Berdasarkan Jadual 1 diatas, kita dapat melihat bahawa pelaksanaan dasar monetari

oleh Negara Argentina adalah baik kerana peningkatan dan penurunan bagi indeks harga

pengguna (CPI) tidak begitu ketara dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Cuma pada awal

tahun 2011, CPI menunjukkan peningkatan tetapi ia mula menurun sedikit demi sedikit pada

pertengahan tahun 2011.

Bagi Gaji (Wages) pula, peningkatan pada tahun 2008 hingga 2009 dan sekali gus

CPI juga meningkat sedikit. Namun, kejatuhan gaji pada awal tahun 2010 menyebabkan CPI

juga menurun sedikit. Tetapi, Negara Argentina telah memulihkan kembali keadaan tersebut

dan kita dapat lihat peningkatan pada gaji pada akhir tahun 2010.

Page 8: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Jadual 2: Jumlah KDNK@GDP, Penggunaan ,Dan Pelaburan

Keluaran dalam negara kasar (KDNK) atau dalam bahasa inggeris gross domestic

production (GDP) sesebuah negara adalah satu cara untuk mengukur ekonomi nasional.

KDNK bermaksud jumlah nilai pasaran keseluruhan barangan dan perkhidmatan terakhir

yang dikeluarkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu. Ia juga mengambil kira jumlah

nilai yang dicampur pada setiap peringkat pengeluaran untuk barangan dan perkhidmatan

terakhir yang dihasilkan dalam sesebuah negara pada masa tertentu, dan diberi dalam

nilai wang.

Berdasarkan Jadual 2, GDP mengalami pertumbuhan yang sekata iaitu ada penurunan

dan peningkatan yang tidak begitu ketara dari tahun 2008 hingga tahun 2011. Cuma pada

tahun 2009, GDP menunjukkan nilai negatif, tetapi mula meningkat pada tahun 2010.

Bagi penggunaan pula, dapat dilihat bahawa ia mengikut GDP Negara tersebut. Jika

GDP meningkat, ia juga meningkat begitu juga sebaliknya. Dapat dilihat pada rajah

diatas,garisan penggunaan dan GDP adalah rapat dan ia berubah mengikut GDP.

Bagi pelaburan pula, mengalami naik turun yang ketara bagi setiap suku tahun.

Jumlah pelaburan yang paling rendah adalah pada sukuan keempat tahun 2008 iaitu apabila

penggunaan dan GDP negatif. Namun ia mula menunjukkan peningkatan pada sukuan yang

seterusnya.

Page 9: Ekonomi monetari (EPPE 2213) - ukm.my A… · Jadual dibawah adalah menunjukkan transaksi dalam repo di Negara Argentina dari 1 Disember ... -Pertukaran asing (foreign exchange atau

Jadual 3: Kadar Guna Tenaga.

Pertumbuhan ekonomi juga boleh diukur melalui guna tenaga sesebuah negara.

Gunatenaga ialah jumlah tenaga buruh yang digunakan oleh berbagai kegiatan ekonomi di

dalam sesuatu negara. Pengangguran pula adalah tenaga buruh yang secara aktif mencari

pekerjaan tetapi masih belum mendapat pekerjaan. Sesebuah negara dikatakan dapat

mencapai guna tenaga penuh apabila kadar penganggurannya sama atau kurang dari 4%. Jika

kadar pengangguran rendah, bermakna kebajikan rakyat negara tersebut adalah baik kerana

semua orang mempunyai pekerjaan dan boleh berbelanja.

Berdasarkan Jadual 3, kadar guna tenaga adalah rendah pada awal tahun 2009 dan

mula meningkat sedikit demi sedikit dan ini menunjukkan dasar yang dijalankan di Argentina

mampu meningkatkan kadar guna tenaga. Berkemungkinan Argentina telah membangunkan

beberapa industri yang berpotensi bagi mengurangkan kadar pengangguran dan seterusnya

meningkatkan guna tenaga.