ejan

Upload: nabila-hanim

Post on 14-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 ejan

    1/3

    PERINCIAN TUGASAN KURSUS

    QGJ3033 SUKAN SEPANJANG HAYAT DAN REKREASI

    SEM 2 SESI 2012/2013

    Anda sebagai pendidik merupakan agen penting dalam merealisasikan agenda negara dalam

    membentuk dan malahirkan generasi dan masyarakat Malaysia yang sihat dan cergas. Melaluisukan sepanjang hayat dan rekreasi dapat membantu anda mencapai matlamat tersebut.

    Tuliskan kertas konsep berkenaan pelaksanaan program bagi membudayakan sukan sepanjang

    hayat dan rekreasi di sekolah. Kertas Konsep berkenaan harus mengandungi aktiviti sepanjang

    tahun.yang realistik dan mampu dilaksanakan di sekolah. Nyatakan contoh-contoh program

    tersebut serta huraian yang tepat dan jelas berkaitan pelaksanaannya. Penulisan anda haruslah

    disokong dengan teori, kajian atau pandangan dan pendapat dari pakar. Sediakan juga satu

    contoh brosur berkaitan salah satu program yang dilaksanakan secara kreatif dan inovatif yang

    mampu menarik perhatian murid di sekolah.

    Format penulisan1. Pengenalan2. Konsep sukan sepanjang hayat dan rekreasi.3. Definisi sukan sepanjang hayat dan rekreasi4. Kepentingan sukan sepanjang hayat dan rekreasi dalam pembangunan domain psikomotor,

    kognitif dan afektif murid.

    5. Program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang realistic dan mampu dilaksanakan disekolah .

    6. Kajian dan tinjauan terhadap bagaimana sukan sepanjang hayat dan rekreasi yangdilaksanakan di sekolah luar negara.

    7. Brosur salah satu program sukan sepanjang hayat dan rekreasi yang di laksanakan disekolah.

    8. Rujukan.

  • 7/30/2019 ejan

    2/3

    BML 3063

    SINTAKSIS BAHASA MELAYU (PJJ)

    Tugasan

    1. Format KulitPerlu mempunyai ciri yang berikut:

    (a) Tajuk

    (b) Kod Kursus dan Nama Kursus(c) Nama Pelajar dan No. Matriks

    (d) Nama Kumpulan E-Learning

    (e) Nama Pensyarah

    2. Tajuk Tugasan

    Anda dikehendaki memilih satu teks bertulis (lebih kurang 2 halaman A4) yangditerbitkan pada tahun ini (2013) untuk dikaji dari aspek yang berikut.;

    i. namakan jenis binaan ayat yang tedapat di dalam teks.

    ii. namakan jenis binaan ayat tunggal dan ayat majmuk.iii. berikan peratusan setiap analisis tersebut.

    (50 markah)

    3. Format Penulisan

    (a)Pendahuluan: Dalam tiga atau empat ayat tentang apa dan bagaimana.(b)Tujuan: Seperti yang dikehendaki dalam tajuk.(c)Bidang: Kajian ini melibatkan aspek analisis sintaksis.

    (d)Bahan: Semua aspek yang dikaji melibatkan bahan penggunaan bahasa dalam bahasaMelayu. Anda dikehendaki memilih satu teks bertulis (lebih kurang 2 halaman A4) yangditerbitkan pada tahun ini (2013) sama ada berdasarkan akhbar, majalah, jurnal dan lain-

    lain.

  • 7/30/2019 ejan

    3/3

    (e)Konsep: Terdapat konsep penting yang digunakan dalam tugasan. Konsep ini perludidefinisikan untuk keperluan tugasan tersebut. Definisi itu perlu dengan perkataan

    sendiri, bukan secara memetik.

    (f) Analisis: Dapatan daripada analisis sepenuhnya dalam Lampiran I akan digunakan dalambahagian analisis ini. Contoh perlu representatif, selebih-lebihnya empat contoh untuksesuatu penjelasan aspek atau subaspek.

    (g) Penutup: Bahagian ini memuatkan tujuan secara ringkas sama ada tercapai atau

    sebaliknya tujuan di atas. Selain itu, dimasukkan dapatan secara ringkas. Kajian lanjutandicadangkan dalam bahagian ini sama ada dari segi penumpuan yang lebih luas pada data

    yang sama genre atau pada genre yang berlainan.

    (h) Nota Hujung: Masukkan jika perlu. Nota ini merupakan penjelasan yangmungkin mengganggu kelancaran idea jika dimasukkan ke dalam isi.

    (i) Bibliografi: Perlu ada. Pastikan formatnya seragam. Seboleh mungkin, gunakanGaya Dewan.

    (j) Lampiran I: Lampiran ini memuatkan analisis sepenuhnya terhadap bahan yang

    dipilih.

    (k) Lampiran II: Bahan yang menjadi kajian tugasan perlu discan. Kegagalan

    berbuat demikian akan menjejaskan pemberian markah.

    TARIKH HANTAR : 30.4.2013