edu.docx

Upload: sekut-tawar

Post on 29-Feb-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengenalan

Bimbingan Kaunseling ini pada asasnya mempunyai pelbagai takrifan yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi. Setiap takrifan ini, dihuraikan oleh ahli-ahli psikologi ini mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), menjelaskan maksud bimbingan ialah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Selain itu Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya. Manakala Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat. Namun ia bukan hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur nasihat ini. Pada asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counseling yang bermaksud menolong. Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan maksud kaunseling ini antaranya ialah Blocher (1974) merumuskan bahawa kaunseling ialah satu proses menolong individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan keadaan persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan potensi diri untuk masa depannya. Kaunseling menurut takrifan Shertzer dan Stone (1968), membawa maksud proses interaksi seseorang individu dalam memahami diri sendiri serta keadaan sekelilingnya. Proses ini melibatkan penetapan matlamat dan nilai hidup yang dibentuk dan dijelaskan sehingga dapat mecapai keputusan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah satu keadaan dimana proses untuk membantu individu yang bermasalah, Krumboltz dan Thoreson (1976). Namun bimbingan dan kaunseling ini merupakan perkara yang penting di sokolah. Ini disebabkan kerana sekolah merupakan sebuah institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat kerana di sekolahlah murid-murid mendapat pendidikan secara formal. Namun begitu, sejak dahulu lagi telah wujudnya masalah disiplin dan masalah akademik di sekolah. Hal ini merupakan hal biasa di peringkat sekolah kerana setiap murid berbeza dari segi latar belakang dan tahap kognitif maka tidak hairanlah berlakunya pelbagai masalah di sekolah. Perbezaan yang wujud antara individu telah menyebabkan berlakunya masalah tingkah laku, emosi, kelainan tahap keupayaan belajar dan lain-lain lagi walaupun mereka ditempatkan di kelas atau sekolah yang sama. Menurut Crow dan Crow (1983) dalam buku Mok Soon Sang (2011) menyatakan bahawa bimbingan dalam konteks pendidikan merujuk kepada bantuan dan pertolongan yang diberikan dengan betul kepada murid yang berkenaan. Kaunseling pula merupakan proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Secara kesimpulannya, semua pihak termasuklah ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbir haruslah memberikan sokongan padu dalam membekalkan maklumat yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah murid agar masalah murid dapat dibantu dengan khidmat bimbingan dan kaunseling. Maka, dapatlah dikatakan bahawa proses membantu atau membimbing murid ini melibatkan usaha kolektif antara kaunselor, guru, rakan sebaya, ibu bapa dan murid itu sendiri. Usaha sama dan sokongan daripada semua pihak akan membolehkan matlamat Bimbingan dan Kaunseling iaitu memupuk kebolehan menyelesaikan masalah sendiri, membantu murid menguasai pelbagai kemahiran asas untuk penyesuaian diri serta menggunakan potensi yang ada pada diri untuk mencapai prestasi yang lebih baik dalam kehidupan akan dapat dicapai.

Bahagian A: Analisis Dokumen dan Sumber.2.0Bahagian A 2.1Jadual KekerapanSEKOLAH KEBANGSAAN SG RAWANG43950 SG PELEK, SELANGOR.

REKOD BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2014BilPerkhidmatanLelakiPerempuanJumlahPeratus %

1Disiplin3073725 %

2Peribadi 15102517 %

3Akademik 30306040 %

4Lain-lain18102818 %

Jumlah9357150100 %

JADUAL 2.1.1 : BILANGAN PELAJAR MENDAPAT PERKHIDMATAN KAUNSELING KELOMPOK (KLIEN)

BilPerkhidmatanLelakiPerempuanJumlahPeratus %

1Disiplin3073725 %

2Peribadi 15102517 %

3Akademik 30306040 %

4Lain-lain18102818 %

Jumlah9357150100 %

JADUAL 2.1.2 : BILANGAN SESI KAUNSELING KELOMPOK (KLIEN) Pada 10hb Februari 2015 yang lalu, saya dan rakan sepraktikum telah berjumpa dengan guru kaunseling Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang iaitu Cikgu Nor Afida Bt Adnan bagi menyelesaikan satu tugasan yang telah diamanahkan iaitu EDU 3073, Bimbingan & Kaunseling Kanak-Kanak. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah tentang masalah yang berlaku dalam kalangan murid sekolah. Dalam masa yang sama juga sekolah ini tidak mempunyai rekod atau buku catatan khas kaunseling dalam merekod kes-kes yang mereka terima. Cuma apa yang diberitahu ialah guru bimbingan dan kaunseling lantikan sekolah diwajibkan untuk mengikuti satu kursus yang telah disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Oleh itu, saya telah membuat catatan temu bual bagi mengukuhkan huraian yang berkaitan soalan tugasan ini.Hasi daripada temubual yang telah dilaksanakan, setiap sekolah diwajibkan untuk melaksanakan program berbentuk motivasi murid bagi semua tahap. Antara program yang wajib dilaksanakan di setiap sekolah ialah Program Maju Diri (PMD). Antara aktiviti yang biasa dilakukan di dalam PMD adalah WHO AM I, FIKIR-FIKIR, SASARAN KITA, Pengurusan Wang Saku Sekolah, Inventori Kendiri, BELALANG PEKAK, Telinga Lintah dan sebagainya. Semua program yang dilaksanakan berfokuskan kepada teras proses pembinaan diri dan penyungguhan kendiri murid. Ini kerana murid di sekolah rendah tidak didedahkan dengan latihan pembinaan kendiri dengan menggunakan potensi yang ada dalam diri secara maksima bagi mengamalkan budaya kerja yang gemilang dan cemerlang kerana Pendekatan kaunseling yang digunakan bagi Program Maju Diri (PMD) ini ialah berorientasikan pembinaan diri di dalam diri murid. Pembinaan ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang berusaha memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka berpotensi menjadi individu pelajar dan pemimpin cemerlang, memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Dalam masa yang sama pembinaan diri ini sangat sesuai kerana dapat memberi maklumat berguna dan pengalaman kepada murid untuk mengenali dan memahami diri mereka dengan lebih jelas. Murid dapat membina konsep kendiri yang positif dan membantu mengenal pasti nilai-nilai baik untuk diaplikasikan dalam diri mereka seperti kejujuran, amanah, bertanggungjawab, hormat-menghormati dan saling bekerjasama melalui program yang telah dilaksanakan. Dengan adanya program seperti ini, kes-kes yang kerap berlaku di SK Sungai Rawang ini seperti mencuri, ponteng sekolah, merokok, dan sebagainya akan berkurangan kerana murid-murid telah diisi dengan nilai-nilai murni yang memungkinkan mereka untuk berkelakuan lebih baik dan tidak sekali-kali berniat untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka lakukan di sekolah. Di samping itu, antara masalah disiplin yang sering dibincangkan oleh pihak sekolah berkaitan dengan ponteng sekolah. Masalah ini memang tidak asing lagi bagi semua sekolah di seluruh Malaysia. Hal ini kerana murid masih tidak menyedari betapa pentingnya menuntut ilmu. Mereka hanya tahu untuk bergembira dan berseronok di luar sekolah. Pada tahun lepas, terdapat segelintir murid yang tidak mahu hadir ke sekolah. Murid tersebut tinggal bersama neneknya. Neneknya memang tidak mampu untuk memujuk murid-murid tersebut agar datang ke sekolah. Maka, kehadiran murid-murid tersebut dikira tidak hadir. Murid-murid tersebut juga membuat keputusan untuk tidak hadir ke sekolah dan hanya terperap di rumah. Masalah disiplin lain ialah perbuatan vandalisme di sekolah. Murid yang terlibat ialah murid tahun 6 dan 2. Mereka bertindak menconteng tandas sesuka hati, bergaduh dan mencuri duit kawan. Tindakan mereka ini sememangnya tidak wajar kerana sekolah merupakan tempat untuk menimba ilmu bukannya tempat untuk menjadi gangstar ataupun samseng. Kajian mendapati bahawa kebanyakan murid yang melakukan vandalisme adalah kerana dipengaruhi oleh kawan dan juga ingin melepaskan rasa puas mereka kepada murid-murid lain. Demi mengeratkan hubungan di antara kawan, mereka sanggup mengikut apa yang dilakukan oleh kawan mereka untuk menunjukkan bahawa mereka mementingkan persahabatan itu. Disamping itu, masalah lain ialah murid tidak membuat atau menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan guru. Ada yang menyiapkan separuh dari kerja rumah mereka dan terdapat juga di antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian ke atas kerja rumah pada setiap kali diberikan aktiviti susulan. Oleh sebab itu, masalah ini perlu dipantau oleh guru dan mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya.Dapatan analisa berdasarkan jadual kekerapan dapat dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu bilangan pelajar mendapatkan perkhidmatan kaunseling kelompok dan bilangan sesi kaunseling kelompok. Pembahagian ini telah dibuat untuk tujuan menyemak bilangan murid yang mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah agar laporan lebih berfokus dan jelas. Jadual kekerapan menunjukkan klien adalah murid-murid di sekolah SK Sungai Rawang daripada Tahun 1 sehingga Tahun 6 dan murid yang terlibat ialah murid lelaki dan perempuan. Jadual 2.1.1 menunjukkan bahawa terdapat empat daripada enam perkhidmatan yang digunakan oleh pelajar iaitu perkhidmatan berkaitan akademik, disiplin, peribadi dan lain-lain. Bagi perkhidmatan kaunseling kelompok(klien), murid lebih banyak terlibat dalam masalah akademik. Hal ini dapat dilihat apabila peratusnya ialah 40 % berbanding perkhidmatan yang lain. Seterusnya diikuti oleh perkhidmatan disiplin iaitu sebanyak 25 %. Manakala, perkhidmatan lain-lain pula ialah sebanyak 18 % dan perkhidmatan peribadi sebanyak 17 %. Tambahan lagi, bagi jadual 2.1.2 pula jelas menunjukkan peratus tertinggi ialah perkhidmatan akademik sebanyak 40 %, perkhidmatan kedua tertinggi ialah sebanyak 25 % iaitu perkhidmatan disiplin, perkhidmatan lain-lain pula sebanyak 18 % dan seterusnya perkhidmatan peribadi sebanyak 17 %.Tuntasnya, pendekatan ini akan memberi kesedaran kepada murid supaya sentiasa peka dengan sekolah selaku rumah kedua dan guru sebagai ibu bapa kedua mereka. Ini secara tidak langsung membuatkan mereka gembira untuk datang ke sekolah dan sentiasa berdisiplin mematuhi peraturan sekolah tanpa ada niat untuk melanggarnya. Secara keseluruhannya, segala masalah yang diterima dapat ditangani dengan baik kerana adanya kerjasama yang sangat baik antara guru dan ibu bapa bagi menangani setiap masalah yang melibatkan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Sungai Rawang.

Bahagian B: Penggunaan Teori dan Teknik Bidang ilmu Kaunseling merupakan satu hubungan yang professional di antara kaunselor yang terlatih dengan klien sama ada secara individu atau berkumpulan bagi mengatasi kebuntuan dengan bimbingan kaunselor bagi mencapai matlamat yang ditetapkan secara tepat dan cepat. Di dalam mengendalikan proses kaunseling, terdapat pelbagai teori yang diguna pakai bagi membantu kaunselor mengatasi pelbagai permasalahan yang dibawa oleh klien. Teori-teori ini telah dikaji selidik bagi merungkai pemahaman mengenai jiwa manusia. Penyelidikan mengenai cara pemikiran dan jiwa manusia ini telah banyak memberi manfaat kepada pelbagai bidang yang melibatkan pembangunan manusia. Kajian ini juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada bidang pendidikan yang memerlukan pemahaman mengenai cara manusia berfikir dan bertingkah laku. Kajian ini juga memberi manfaat kepada bidang kaunseling bagi mengatasi memberikan pengetahuan kepada kaunselor untuk membimbing klien mengatasi masalahnya. Menurut kamus dewan m.s 1341 teori bermaksud pendapat yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ianya juga merupakan satu andaian yang mengandungi beberapa idea dan pandangan yang menjelaskan sesuatu kejadian atau fenomena. Teori ini memberikan kesan yang amat mendalam bagi pelaksanaan sesi kaunseling. Kaunselor dapat mengetahui dan meramal tingkah laku klien dan seterusnya memudahkan kaunselor membimbing klien bagi menyelesaikan masalah mereka. Sebagai contohnya dengan menggunakan teori yang sedia ada, kaunselor akan lebih mudah untuk meramal dan menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi oleh kliennya.Berdasarkan kepada hasil temubual yang telah dijalankan, saya telah memperolehi beberapa masalah yang kerap berlaku di SK Sungai Rawang antaranya ialah masalah ponteng sekolah, murid tercicir / murid bermasalah dan pergaduhan. Menurut Cikgu Nariff, dalam menyelesaikan masalah ini, beliau kerap menggunakan Teori Pemusatan Perorangan untuk mengendalikan sesi kaunseling. Pendekatan Teori Pemusatan Perorangan ini merupakan asas dalam konsep yang tergolong di dalam psikologi kemanusiaan (humanistic), dan kewujudan (existentialism). Ia dipelopori oleh Carl Rogers. Guru kelas telah memaklumkan masalah klien tersebut kepada guru kaunseling melalui borang tingkah laku. Penggunaan borang tingkah laku ini sangat penting untuk guru bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien yang dihantar oleh guru kelas klien ini.

Sebelum melaksanakan bimbingan dan kauseling kepada klien, guru bimbingan dan kaunseling itu perlu menguasai dengan sebaik mungkin serta mengaplikasikan beberapa teknik-teknik asas kaunseling. Kecekapan menguasai teknik-teknik ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan emosi dan psikologi. Antara teknik yang asas dalam membantu adalah teknik membina perhubungan, teknik penstrukturan, teknik menyoal, teknik parafrasa, teknik mendengar, teknik berkomunikasi dan teknik melakukan dorongan minima.Teknik membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. Tahap ini termasuklah memberi perangsang kepada klien agar sentiasa tenang dengan memberikan tanggapan pertama yang positif. Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Dalam teknik ini terdapat beberapa sub teknik asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara duduk dalam kaunseling. Berdasarkan temu bual bersama guru bimbingan dan kaunseling, cikgu nariff memberitahu bahawa setiap proses atau pelaksanaan kaunseling itu perlu adanya sebuah bilik yang khusus untuk menjalankan kaunseling kerana temu bual antara kaunselor dan klien itu perlu dilakukan secara tertutup dan rahsia tanpa orang di sekeliling mendengarnya bagi menjaga rahsia masalah klien yang dihadapi. Ini sangat penting kerana secara tidak langsung klien akan berasa yakin dan berani untuk menyuarakan dan meluahkan segala masalah yang terbuku di fikirannya. Oleh itu, bilik yang tertutup sangat penting dan antara teknik asas dalam membina perhubungan awal bagi memberi keselesaan dan keyakinan kepada klien.

Teknik mendengar merupakan satu teknik yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar.Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun sebaliknya. Untuk menangani masalah yang dihadapi oleh kaunselor ini, mendengar adalah satu teknik yang paling sesuai untuk meyelami masalah-masalah yang mungkin merupakan kunci utama untuk kaunselor bagi mendapatkan punca dan cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi klien itu. Sebagai contoh, masalah ponteng sekolah, kaunselor perlu mendengar alasan yang diberikan oleh murid dan membuat analisis untuk melihat segala jenis permasalahan klien tersebut kerana setiap masalah yang terjadi sudah pastinya akan ada sebab yang tidak dapat dielakkan seperti ada masalah keluarga yang memungkinkan klien tersebut jarang untuk hadir ke sekolah berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Oleh sebab itu, mendengar merupakan teknik yang paling penting dalam proses kaunseling. Pemahaman yang tepat hanya akan diperoleh dengan adanya pendengaran yang baik.

Penstrukturan merupakan satu teknik yang sangat penting di dalam sesuatu sesi kaunseling. Ini adalah kerana sekiranya penstrukturan dilakukan dengan baik dalam sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Ini akan menimbulkan rasa selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa sahaja yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya. Sebagai contoh, jika masalah klien bergaduh, penstrukturan yang ringkas perlu dilakukan dan klien perlu tahu mengapa bergaduh menjadi satu kesalahan yang sangat besar di dalam sekolah. Ini secara tidak langsung akan membantu klien supaya mereka tahu mengapa mereka melakukan kesalahan yang melanggar peraturan sekolah khususnya.

Soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah sesi kaunseling. Ini adalah kerana ia merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Biasanya, soalan akan ditanya oleh kaunselor dan dijawab oleh klien. Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha menggalakkan klien menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu, soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan yang tertentu dan berupaya untuk menarik perhatian klien untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya tergugat. Namun, kaunselor perlu pastikan bahawa soalan yang hendak ditanya itu sesuai, mudah difahami dan memudahkan klien untuk menjawabnya dengan penuh rela. Selain itu, soalan boleh juga digunakan untuk menggalakkan atau mengurangkan percakapan klien. Dalam usaha kaunselor memahami lebih lanjut perkara yang ingin dirundingkan oleh klien, menyoal adalah satu cara yang perlu dilaksanakan.

Teknik memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. Membuat parafrasa adalah penting untuk menunjukkan kaunselor mendengar dan memahami apa yang dikatakan oleh klien. Parafrasa sangat sesuai digunakan di peringkat awal hubungan kaunseling kerana parafrasa merupakan pernyataan semula kenyataan dan mesej yang dibawa oleh klien untuk mendapatkan kepastian. Ishammudin Hj. Ismail (1999) menjelaskan bahawa tujuan teknik parafrasa adalah untuk mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan dan tanda memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru sebutkan. Sebagai contoh, jika klien mempunyai masalah ponteng sekolah, kaunselor perlu mendengar semua luahan yang diutarakan oleh klien dan hanya memerhatikan tingkah laku klien dan mengulangi semua kata-kata yang baru diucapkan oleh mereka sebagai tanda kita mendengar dan memahami apa yang diluahkan oleh klien.

Teknik berkomunikasi merupakan satu teknik yang sangat penting bagi seorang kaunselor . Kaunselor perlu mengelakkan daripada menggunakan perkataan-perkataan yang sukar difahami oleh klien. Kaunselor patut menggunakan ayat-ayat yang biasa dan bukannya dari buku-buku akademik. Ini adalah kerana bukan semua klien adalah berpelajaran tinggi atau mempunyai pengetahuan yang begitu luas. Dengan itu, kaunselor perlu cuba untuk menggunakan perkataan yang mudah supaya klien tidak berasa rendah diri bila berdepan dengan kaunselor. Di samping itu, elakkan juga penggunaan ayat-ayat yang panjang dan berbelit-belit. Ini bertujuan untuk mengelakkan klien daripada menjadi keliru dan tidak faham apa yang telah dikatakan oleh kaunselor. Sebagai contoh, jika kaunselor menerima klien yang mempunyai murid tercicir / murid bermasalah, kaunselor perlu menggunakan merendahkan penggunaan bentuk ayat supaya klien-klien yang mempunyai masalah pembelajaran seperti disleksia, pintar cerdas, hiperaktif, dan sebagainya akan mudah menerima nasihat dan teguran yang langsung dan secara tidak langsung.

Teknik dorongan minima diperlukan untuk memberikan sokongan dan dorongan kepada klien untuk meneruskan perbincangan. Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Di antara contoh dorongan minima adalah seperti hmm, teruskan, lepas itu, kemudian, jadi, terangkan lagi, oh., sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya dan lain-lain lagi. Tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk memberangsangkan klien untuk terus bercerita. Ishammuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan melakukan mendorong minima adalah supaya klien terus bercakap dan mempengaruhi arus perbualan antara mereka. Pada teknik ini, kaunselor sangat perlu memberikan perhatian dan penyertaan kepada klien yang terdiri daripada murid-murid ini kerana penyertaan kita bersama mereka ketika proses kaunseling ini sedikit sebanyak akan memberikan mereka sokongan dan semangat bagi meneruskan dan menjadikan proses kaunseling itu semakin mudah.Dalam sesi kaunseling, ekspresi wajah dapat membantu menerangkan erti mesej yang disampaikan. Oleh itu adalah penting bagi kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat meyakinkan klien. Pandangan mata juga memberikan makna sama ada guru jujur menerima dan bersedia untuk membantu. Kontak mata, senyuman dan mimik muka memberikan satu ekspresi penting dalam usaha mewujudkan hubungan sama ada untuk memulakan hubungan dan sesi kaunseling. Menurut Eisenberg dan Delaney (1977), peringkat penerokaan adalah proses berlakunya komunikasi yang didorong keikhlasan dan kejujuran serta berterus terang terhadap peranan sebenar yang hendak dibincangkan antara kedua-dua pihak. Segala perasaan tidak logik, tidak rasional sama ada dalam diri guru atau klien perlu dikikis dan dihindari dengan segera supaya tidak mengganggu pencapaian matlamat sebenar. Klien digalakkan lebih banyak bercakap dan meluahkan perasaan manakala guru hanya mendorong dan menggalakkan klien untuk terus bercakap.

Pada peringkat mengenal pasti masalah, kaunselor berperanan membantu klien mengenali masalah yang telah membawa dirinya ke sesi tersebut. Dengan mengetahui pelbagai masalah yang dihadapi oleh klien akan memudahkan guru bagi menentukan langkah bagi klien mengatasinya. Kaunselor boleh menggunakan pendekatan secara langsung seperti Inner Circle oleh Lazarus (1998) sekiranya terdapat klien yang sukar hendak berkongsi pada peringkat awal. Kaunselor perlu membantu klien meletakkan keutamaan ke atas masalah yang dikenal pasti. Selain itu, kaunselor perlu membantu klien mengenal pasti antecedent atau pelbagai perkara yang mendahului masalah, mengenal pasti consequences atau pelbagai akibat masalah dan juga teknik, kekuatan dan sumber bahan yang boleh digunakan bagi membantu kliennya.

Pada peringkat mencari alternatif, kaunselor berjaya mengenal pasti punca sebenar yang murid tercicir / murid bermasalah. Kaunselor membantu murid dengan mengaplikasikan Teori Kaunseling Pemusatan Perorangan. Kaunselor cuba membantu murid supaya dapat membina konsep kendiri dalam diri murid seperti mengelakkan segala perasaan negative seperti kurang yakin serta rendah diri. Kaunselor menunjukkan peluang-peluang positif berdasarkan potensi yang dimiliki oleh klien sekaligus membantu murid menaikkan semangatnya untuk terus dating ke sekolah.

Pada akhir sesi, kaunselor memberikan peneguhan, semangat dan kata-kata perangsang kepada murid agar dapat memajukan diri selepas ini. Sesi kaunseling yang berjaya perlu mempunyai penamatan yang baik. Kaunselor boleh memulakan proses penamatan dalam sesi kaunseling dengan menerangkan bahawa matlamat kaunseling sudah dicapai dan penamatan boleh dilakukan. Penamatan sesi ini terbahagi kepada dua iaitu penamatan sesi untuk sesi lanjutan dan penamatan sesi kaunseling keseluruhannya. Menurut Pietrofesa, Hoffman dan Splete (1984), jika klien membincangkan satu isu baru pada akhir-akhir sesi, kaunselor boleh mengingatkan bahawa terdapat hanya lima atau sepuluh minit lagi masa yang tinggal. Ketika ke arah penamatan sesi, rumusan sama ada kecil atau besar membantu untuk meringkaskan apa yang sudah berlaku di dalam sesi kaunseling. Perkara penting dalam penamatan sesi kaunseling individu adalah merangka sesi yang akan datang jika terdapat sesi susulan.

KERTAS KERJA PROGRAM MAJU DIRI (2013)SEKOLAH KEBANGSAAN SG RAWANG43950 SG PELEK, SELANGOR.

PENDAHULUANPMD (Program Maju Diri) sekolah rendah adalah satu program berbentuk development sebagai teras kepada proses pembinaan diri dan penyungguhan kendiri murid. Murid di sekolah rendah tidak didedahkan dengan latihan pembinaan kendiri dengan menggunakan potensi yang ada dalam diri secara maksima bagi mengamalkan budaya kerja yang gemilang dan cemerlang. Masalah keciciran pelajar dalam aspek pendidikan sahsiah dan mental positif masih ditahap yang mencabar walaupun prestasi UPSR di beberapa sekolah bertambah baik. Adalah penting murid sekolah rendah dibimbing agar mereka boleh hidup berdikari, berkeyakinan tinggi, berdisiplin serta boleh mengamalkan nilai-nilai murni bertepatan dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

RASIONALMurid SKSR mampu mengurus diri, belajar secara terancang, memotivasikan diri dan menentukan kerjaya masa depan yang positif dan cemerlang untuk diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

OBJEKTIF1. Memberi kesedaran kepada pelajar bahawa mereka berpotensi menjadi individu pelajar dan pemimpin cemerlang.2. Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti pengurusan seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

SASARANMurid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6)

TEMPAT Dewan SK Sg RawangTARIKH29, 30 dan 31 Januari 2013 (Selasa, Rabu dan Khamis)

AHLI JAWATANKUASAPengerusi:TN HJ MOHD RASID BIN HAMIDN.Pengerusi:PN NORAZIAN BT MOHAMADSetiausaha:MOHD NARIFF BIN MD DRUSPenyelaras:Tahun 4:WAN KHAIRUL HAYATI BINTI WAN SALLEHTahun 5:EN AHMAD RAZALI B BAKERITahun 6:PN NOOR AZIAH BT IBARAHIMAJK Pelaksana:Semua guru Tahap 2

JADUAL PROGRAM MAJU DIRI TAHUN 4

MASAAKTIVITICATATAN

8.00pg 8.30pgIce BreakingPisang Apa

8.30pg 9.00pgSama Tak Serupa

9.00pg 10.00pgWajah Siapakah itu

10.00pg 10.30pgREHAT

10.30pg 11.30pgSAHIBA

11.30pg 12.30tghBELALANG PEKAK

12.30tgh 1.00tghInventori Kendiri

1.00tgh 1.20tghRefleksi

JADUAL PROGRAM MAJU DIRI TAHUN 5

MASAAKTIVITICATATAN

8.00pg 8.15pgMind Setting

8.15pg 9.15pgWHO AM I

9.15pg 10.00pgFIKIR-FIKIR

10.00pg 10.30pgREHAT

10.30pg 11.30pgSASARAN KITA

11.30pg 12.30tghPengurusan Wang Saku Sekolah

12.30tgh 1.00tghInventori Kendiri

1.00tgh 1.20tghRefleksi

JADUAL PROGRAM MAJU DIRI TAHUN ENAM

MASAAKTIVITICATATAN

8.00pg 8.30pgIce BreakingTong Sampah

8.30pg 9.00pgIkrar Tahun Enam

9.00pg 10.00pgWawasan Diri

10.00pg 10.30pgREHAT

10.30pg 11.30pgHARI INI DAN ESOK

11.30pg 12.30tghTelinga Lintah

12.30tgh 1.00tghInventori Kendiri

1.00tgh 1.20tghRefleksi

ANGGARAN PERBELANJAANTIADA

PENUTUPProgram ini akan Berjaya dengan adanya kesungguhan serta keikhlasan dalam pelaksanaannya. Jika semua pihak bekerjasama, ianya akan mencapai matlamat terakhirnya iaitu melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam semua bidang dan menyahut cabaran Falsafah Pendidikan Negara dan wawasan 2020.

Disediakan oleh,Disahkan oleh,

...(MOHD NARIFF BIN MD DRUS)(TN HJ MOHD RASID B HAMID)Guru Bimbingan dan KaunselingGuru BesarSK Sg RawangSK Sg Rawang